Tutorial 2_atom Dan Teori Atom

download Tutorial 2_atom Dan Teori Atom

of 3

description

biologi

Transcript of Tutorial 2_atom Dan Teori Atom

Jabatan KimiaFakulti Sains dan Matematik

Tutorial 2

Atom dan Teori Atom

Jawab semua soalan di bawah

Unit 2: Atom dan Teori Atom

Soalan Struktur

1.Senaraikan penemuan dan eksperimen ahli-ahli sains di bawah: (a) Dalton, J. (b) Avogadro, A.C.(c) Rutherford, E. (d) Chadwick, J.

2. Takrifkan istilah-istilah di bawah:(a) Nombor proton(b) Nombor nukleon(c) Jisim atom relatif(d) Jisim molekul relatif (e) Jisim formula relatif(f) Isotop

3.Jadual 1 di bawah menunjukkan nombor proton dan nombor nukleon bagi empat atom A,B,C dan D. Gunakan maklumat yang diberikan dalam jadual untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.AtomNombor protonNombor nukleon

A919

B1123

C1735

D1737

(a) Nyatakan bilangan elektron dan bilangan neutron yang terdapat dalam atom-atom A dan B.(b) Antara atom-atom di Jadual 2, yang manakan isotop?(c) Nyatakan sebab bagi jawapan di (b).

4.Unsur Klorin mempunyai dua isotop iaitu 35Cl dan 37Cl. Kelimpahan relatif bagi isotop-isotop tersebut masing-masing 75% dan 25%. Kirakan jisim atom relatif bagi Klorin.

5.Hitungkan jisim molekul relatif dan jisim formula relatif bagi sebatian-sebatian berikut:(a) Ca(OH)2 (b) C2H5OH(c)[Pt(NH3)2Cl4](d) Cu(NH3)4SO4

6.Kira bilangan mol bagi (a) 3.011 x 1022 atom magnesium(b) 24.5 g H2SO4

7.Kirakan(a) jisim gas nitrogen dalam 6.022 x 1024 atom nitrogen(b) bilangan ion hidrosida dalam sebatian magnesium hidrosida

8.Satu cawan mengandungi 45 g glukosa (C6H12O6). (a) Berapakan bilangan mol glukosa yang terdapat dalam cawan itu?(b) Nyatakan bilangan molekul glukosa yang dalam cawan itu.

9.Berapakah bilangan mol atom carbon and atom oksigen dalam 0.250 mol carbon dioxide?

10.Kirakan bilangan mol H2O dalam salji dengan berat 5.0 x 105 g? Berapakah salji diperlukan untuk membuat 1 kg ais?

Jawapan:3. (a) A - 9 elektron, 10 neutron; B - 11 elektron, 12 neutron (b)C dan D (c) C dan D mempunyai nombor proton yang sama, tetapi nombor neutron yang berlainan.

4. 35.5

5. (a)74(b) 46(c) 371(d) 228

6. (a)0.05 mol(b) 0.25 mol

7. (a)140 g(b)1.20 x 1023

8.(a)0.25 mol(b) 1.51 x 1023

9.0.25 mol atom C; 0.50 mol atom O.

10.2.78 x 10-6 mol H2O; 2.0 x 107 ketul salji

SRK 3013 Pengantar Kimia