UCAPAN PERASMIAN

9
UCAPAN PERASMIAN MAJLIS KONVOKESYEN PRASEKOLAH DAERAH PASIR GUDANG 2010 OLEH PEGAWAI PELAJARAN DAERAH PASIR GUDANG DI DEWAN KOMPLEKS PUSAT BANDAR PASIR GUDANG PADA 8 NOVEMBER 2010 Yang dihormati (Pengerusi Prasekolah Daerah Pasir Gudang) Yang berusaha, guru besar-guru besar sekolah- sekolah daerah Pasir Gudang, Guru-guru prasekolah, Pembantu-pembantu Pengurusan Murid, Murid-murid yang diraikan pada hari ini, Ibu bapa, Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati dan dikasihi sekalian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam sejahtera, Salam 1Malaysia.

Transcript of UCAPAN PERASMIAN

Page 1: UCAPAN PERASMIAN

UCAPAN PERASMIANMAJLIS KONVOKESYEN PRASEKOLAH DAERAH PASIR GUDANG 2010

OLEHPEGAWAI PELAJARAN DAERAH PASIR GUDANG

DI DEWAN KOMPLEKS PUSAT BANDAR PASIR GUDANGPADA

8 NOVEMBER 2010

Yang dihormati (Pengerusi Prasekolah Daerah Pasir Gudang)

Yang berusaha, guru besar-guru besar sekolah-sekolah daerah Pasir

Gudang,

Guru-guru prasekolah,

Pembantu-pembantu Pengurusan Murid,

Murid-murid yang diraikan pada hari ini,

Ibu bapa,

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati dan dikasihi sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Salam sejahtera,

Salam 1Malaysia.

Pertama sekali, mari kita sama-sama memanjatkan sepenuh kesyukuran

kerana dengan izin-Nya, dapat kita bersama-sama berkumpul di dalam

dewan yang indah ini untuk satu tujuan yang murni, iaitu bagi meraikan

murid-murid prasekolah sesi persekolahan 2010 yang telah berjaya

menamatkan persekolahan prasekolah mereka.

Page 2: UCAPAN PERASMIAN

Jika tuan-tuan dan puan-puan dapat lihat sendiri, dewan ini dipenuhi

dengan guru-guru dan pembantu pengurusan murid. Mereka ini telah

berganding bahu dan berusaha keras bagi memastikan majlis yang mulia ini

dapat berlangsung dengan sempurna demi menjadikan ia satu hari yang

penuh kenangan kepada murid-murid ini.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Untuk pengetahuan kita bersama, Majlis Konvokesyen ini merupakan

program tahunan yang kita adakan dengan penuh gilang-gemilang. Ia salah

satu acara penting yang mewarnai takwim aktiviti prasekolah selain aktiviti-

aktiviti kejohanan sukan dan olahraga, kebudayaan, bahasa dan

sebagainya. Majlis ini juga sebagai penutup tirai kepada semua aktiviti

prasekolah.

Maka, molek benarlah majlis ini turut menjadi tanda penghargaan

terhadap jasa dan pengorbanan guru-guru, PPM dan tidak lupa juga semua

ibu, bapa dan penjaga yang sama-sama mengasuh dan mendidik anak-anak

kecil ini sebagai persediaan mereka untuk menghadapi alam persekolahan

yang lebih mencabar pada tahun hadapan.

Jika sebelum ini, mungkin ada di antara anak-anak ini yang bersifat

introvert dan kurang keyakinan diri, kini, setelah setahun berlalu, tuan-tuan

dan puan-puan sendiri dapat melihat perubahan sikap yang sangat ketara

dan positif. Murid-murid ini telah menyertai pelbagai jenis pertandingan

seperti olahraga, tarian, nyanyian, bercerita dan sebagainya. Ada yang

Page 3: UCAPAN PERASMIAN

bakal kita saksikan bakatnya untuk menghiburkan kita pada pagi ini. Semua

pertandingan dan aktiviti ini bukan sahaja bertujuan untuk mencari

pemenangnya semata-mata, tetapi lebih berorientasikan pembinaan self-

esteem atau keyakinan diri sewaktu berhadapan dengan situasi yang

mendebarkan atau terpaksa berhadapan di hadapan khalayak. Di kalangan

kita sendiri pun ada yang masih terketar-ketar untuk bercakap di hadapan

umum, tetapi murid-murid ini berjaya menampilkan persembahan yang

menarik dan bersahaja walaupun bertubuh kecil molek. Pelbagai

pencapaian telah digapai dan dicipta, sama ada pada peringkat sekolah,

zon, daerah, negeri, hatta ada di antara mereka yang telah mengharumkan

nama negeri Johor di peringkat kebangsaan. Namun, itu semua tidak

datang bergolek.

Hadirin yang dihormati,

Semangat kerjasama di kalangan mereka turut dipupuk semenjak mereka

melangkah ke dalam kelas-kelas prasekolah. Pelbagai teknik pengajaran

dan pembelajaran dirancang bagi memastikan mereka menyelesaikan

sesuatu tugasan itu bersama-sama. Tidak kiralah di dalam aktiviti

membaca, mengira, beriadah dan sebagainya.

Adalah amat penting agar anak-anak ini belajar untuk bekerja dalam

satu pasukan tanpa mengira warna kulit dan agama sewaktu mereka masih

mentah lagi. Ini supaya amalan ini menjadi kebiasaan sehinggalah mereka

dewasa kelak. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Page 4: UCAPAN PERASMIAN

Interaksi interpersonal yang diterapkan sewaktu mereka belajar,

bukan sahaja di antara murid dengan guru, atau murid dengan bahan

pembelajaran, tetapi yang lebih penting, interaksi sesama mereka sendiri.

Adab dan tatacara sewaktu berinteraksi dan berkomunikasi turut sama

diutamakan dan mereka dididik agar dapat berhubung sesama manusia

dalam suasana yang aman, beradab dan berkemanusiaan.

Semua ini adalah sejajar dengan semangat 1Malaysia yang menjadi

tunggak kepada keamanan dan setiakawan antara masyarakat pelbagai

kaum dan agama. Kita mahu anak-anak ini berkawan dengan sesiapa

sahaja, dan menghapuskan syak wasangka yang sentiasa bermain di benak

orang-orang dewasa seperti kita.

Kita sama-sama berharap agar semua ini tidak terkandas di tengah

jalan. Sebagai ibu bapa, adalah menjadi tugas dan tanggung jawab tuan-

tuan dan puan-puan semua agar apa yang telah disemai di dalam jiwa anak-

anak ini terus dibaja, disiram dan dijaga, agar ia terus subur sehinggalah

mereka cukup matang. Janganlah kita menjadi racun, yang membunuh

benih-benih ini, atau pun menjadi sabit, yang ‘menebas’ dedaun yang

menghijau apabila ia cukup subur. Jika tidak, sia-sialah apa sahaja usaha

mereka sepanjang berada di bangku prasekolah ini.

Page 5: UCAPAN PERASMIAN

Kuning emas masaknya padi,

Mawar merah dalam jambangan,

Terima kasih setulus hati,

Budimu tuan jadi sanjungan

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Saya ingin mengambil kesempatan ini bagi mengucapkan setinggi-tinggi

penghargaan dan syabas kepada semua guru dan PPM yang tanpa

mengenal lelah dan penat, mendidik murid-murid ini dengan penuh kasih

sayang. Bayangkan kesusahan dan cabaran yang dihadapi oleh mereka

dalam melayan karenah anak-anak ini yang masih kecil. Tanpa kesabaran

dan tekad, tidak mungkin kita dapat berjumpa pada pagi ini untuk melihat

kejayaan murid-murid ini. Kita kadangkala tidak sedar dan mengambil

ringan akan usaha yang ditunjukkan guru-guru dan PPM, dan mereka pun

bukanlah golongan yang suka mendabik dada terhadap jasa yang telah

dicurahkan. Mereka tidak pernah mengeluh di hadapan kita, apatah lagi

berputus harap. Terima kasih cikgu, kerana cikgu mendidik anak kami.

Saya juga mengucapkan tahniah kepada semua murid prasekolah

daerah Pasir Gudang kerana anda semua telah berjaya mengharungi alam

pendidikan selama setahun. Diharapkan murid-murid semua dapat

menggunakan dan mengamalkan apa sahaja yang telah dipelajari sebagai

bekalan untuk ke Tahun 1 pada tahun hadapan. Marilah sama-sama berdoa

agar anda semua mencapai kejayaan yang lebih gemilang pada tahun

Page 6: UCAPAN PERASMIAN

hadapan. Tunjukkan keyakinan diri ada yang tinggi ketika menerima sijil di

atas pentas ini nanti. Kami bangga dengan anda semua.

Tidak lupa juga kepada semua pihak, sama ada terlibat secara

langsung atau tidak langsung, daripada jawatankuasa penyediaan makanan,

sehinggalah jawatankuasa teknikal, bagi memastikan majlis yang penuh

bermakna ini menjadi lebih bermakna. Jasa tuan-tuan dan puan-puan

semua hanya Allah yang dapat membalasnya.

Hadirin sekalian,

Dengan kata-kata akhir itu tadi, saya dengan sukacitanya dan dengan lafaz

yang mulia Bismillahirrahmanirrahim, merasmikan Majlis Konvokesyen

Prasekolah Daerah Pasir Gudang Tahun 2010.

Sekian,

Wabillahitaufiq wal hidayah,

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.