Ucapan Perasmian Othman b. Abdul

download Ucapan Perasmian Othman b. Abdul

of 8

description

teks untuk ADUN Pendang

Transcript of Ucapan Perasmian Othman b. Abdul

TTEKSUCAPAN PERASMIAN

YANG BERHORMAT DATO WIRA OTHMAN BIN ABDULDGMK, DSSA, SDK, AMKAHLI PARLIMEN PENDANG

SEMPENA MAJLIS HARI ANUGERAH CEMERLANG TAHUN 2015SMA MAAHAD TAHFIZ AL-ABIDIN, POKOK TAI, PENDANG

Terima kasih, Saudari Pengacara Majlis

Yang DihormatiHaji Ahmadi Putra B. Zainol Abidin,Penyelia Kanan,Bahagian Kawalan Akidah dan Budaya,Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

Yang DihormatiPemangku Pegawai,Pejabat Pendidikan Daerah Pendang

Yang BerusahaUstaz Anas Bin Haji zainol Abidin,Pengetua,SMA Maahad Tahfiz Al-Abidin

Yang DimuliakanUstaz Haji Zainol Abidin Bin Sudin,Pengerusi Lembaga,SMA Maahad Tahfiz Al-Abidin

Yang DihormatiEn. Zaidi Bin Johari,Yang Dipertua,Persatuan Ibu Bapa dan Guru,SMA Maahad Tahfiz Al-Abidin

Guru-guru serta penerima-penerima anugerah

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh dan salam 1Malaysia1.Pertamanya, marilah lita memanjatkanrasa syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, maka dapat kita bersama-sama hadir dan memeriahkan Majlis Anugerah Cemerlang SMA Maahad Tahfiz Al-Abidin bagi tahun 2015 di pagi ini. Saya juga amat berbesar hati dan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana menjemput saya untuk menyempurnakan majlis pada hari ini.

2.Saya dimaklumkan bahawa Majlis Hari Anugerah Cemerlang Tahun 2015 ini diadakan bersekali dengan Mesyuarat PIBG Sekolah pada sebelah petang. Oleh hal yang demikian, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada para waris yang sudi hadir ke majlis ini.

3.Pada pagi ini kita akan bersama-sama meraikan kejayaan seramai 84 penerima anugerah yang terdiri daripada pelajar, guru dan staf sokongan di SMA Maahad Tahfiz Al-Abidin. penganugerahan ini merupakan satu pengiktirafan dan penghargaan sekolah terhadap prestasi cemerlang yang disumbangkan oleh mereka sepanjang tahun 2014. Oleh itu, syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua yang berjaya terpilih.

4.Sesungguhnya kecemerlangan yang dinikmati merupakan hasil usaha yang gigih setiap individu tersebut. Hal ini secara kolektifnya akan membawa kepada kecemerlangan sesebuah organisasi khususnya sekolah.

5.Saya berharap agar anugerah ini akan terus menjadi motivasi dan pembakar semangat tuan-tuan, puan-puan dan para pelajar untuk terus mempertingkatkan lagi usaha, prestasi kerja terhadap sekolah ini. Kita perlu bersaing secara sihat untuk terus cemerlang melalui penambahbaikan, berinovasi an sentiasa melakukan perubahan secara berterusan dan member manfaat kepada semua.

6.Kalau tidak di pecahkan ruyung mana kan dapat sagunya pepatah Melayu yang seiring dengan usaha yang gigih pasti akan membuahkan hasil yang memberangsangkan. Hal ini membawa kita kepada konsep mentaliti manusia yang menjadi kuasa pendorong terhadap sesebuah kejayaan. Islam juga mendidik kita bahawa usaha yang gigih berserta dengan tawakkal pasti membuahkan kejayaan. Semangat waja yang didorong oleh buah kejayaan akan mewujudkan sebuah komuniti yang berdaya saing, koperatif dan inovatif terhadap satu misi yang telah ditetapkan.

7.Sesungguhnya pihak kementerian telah berusaha untuk mentransformasikan sistem pendidikan di Malaysia. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) adalah sebuah pelan yang didasarkan untuk mengupayakan kemenjadian murid terhadap pelbagai tahap pencapaian. Sebelas anjakan transformasi sistem pendidikan memungkinkan lagi keberhasilan kecemerlangan murid tercapai. Usaha ini dilihat mendapat sambutan yang baik oleh segenap warga pendidik bahkan pelajar itu sendiri. Hasrat murni ini dijana dengan mementingkan konsep Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PDP) agar pelajar lebih berfikir dalam menyelesaikan sesuatu perkara dalam setiap subjek yang dipelajari.

Hadirin yang dihormati,8.Rentetan daripada pelan ini, maka satu topik yang menjadi viral meniti dari bibir ke bibir setiap individu di Malaysia iaitu PT3. Sebuah sistem penilaian yang ditambah baik. Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) diganti dengan Peperiksaan Tingkatan Tiga (PT3) yang lebih mensasarkan kemahiran individu secara menyeluruh merangkumi aspek-aspek kemahiran utama. Saya yakin dalam jangka masa lima tahun lagi sistem ini akan membawa tahap pendidikan Malaysia ke arah yang lebih setanding dengan negara-negara lain di dunia.

9.Selain itu, suka saya untuk memetik ucapan dari YAB Tan Sri Dato Muhyiddin Bin Mohd Yassin pada 7 APRIL 2015 semasa Majlis Pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 2025 (pendidikan Tinggi) PPPM (PT) bertempat di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur baru-baru ini. Antara intipati ucapan beliau adalah evolusi pendidikan negara telah di pacu sejak tahun 2007 lagi dengan matlamat untuk membangunkan modal insan dengan minda kelas pertama dan memperkasa pendidikan negara bagi meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi.

10.Dalam ucapan tersebut beliau menekankan aspek sepuluh lonjakan yang seterusnya menyokong lima aspirasi utama iaitu akses, ekuiti, kualiti, kecekapan dan perpaduan. Konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) diperkukuh dengan memberikan peluang pembelajaran yang lebih fleksibel, meningkatkan kualiti piawaian bagi program sedia ada dan membangunkan kesedaran minat dalam kalangan masyarakat awam terhadap pendidikan. Rangka Kerja Pengiktirafan Pendidikan Terdahulu (APEL) juga diperkenalkan bagi mewujudkan system kredit kebangsaan yang berfungsi untuk mengumpul kredit bermodul yang seterusnya membolehkan warga Malaysia mengikuti kursus-kursus yang diiktiraf secara global.

11.Tambahan lagi Pendidikan Latihan dan Vokasional (TVET) di perkemaskan dengan mengembangkan kualiti kurikulum yang lebih mensasarkan kepada kehendak industri dibantu oleh kerjasama antara agensi-agensi lain. Walaubagaimanapun, hal ini akan hanya berjaya jika dijana dari peringkat akar umbi lagi. Kolaborasi antara Jabatan Pendidikan Negeri dengan Pejabat Pendidikan Daerah hanya akan dapat direalisasikan dengan kejayaan di peringkat sekolah-sekolah itu sendiri. Oleh itu, dapat saya simpulkan bahawa segala macam strategi, anjakan dan program-program kerajaan akan berjaya jika pelajar-pelajar seperti kamu semua berjaya. Segalanya bermula disini.

12. Akhir sekali, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada penerima-penerima anugerah cemerlang bagi tahun 2014. Saya berharap agar kecemerlangan ini akan terus menjadi pemangkin dan menjadi pendorong untuk kejayaan yang lebih besar pada massa akan datang. Pengiktirafan yang anda terima pada hari ini sebenarnya membawa amanah dan tanggungjawab yang baru dalam diri anda semua.

13.Kepada mereka yang belum menerima anugerah pada tahun ini, janganlah berputus asa. Sentiasa lipat gandakan usaha secara berterusan serta sentiasa berdoa dan bertawakkal kepada Allah S.W.T . Saya berharap agar anda dapat meningkatkan mutu dan kualiti pencapaian untuk menjayakan semua dasar, program, aktivit yang seterusnya kerajaan dapat mencapai aspirasi yang telah dirancangkan selaras dengan gagasan 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

14.Saya mengakhiri ucapan saya dan dengan lafaz Bismillah Hiirohmanirrohim seterusnya merasmikan Hari Anugerah Cemerlang SMA Maahad Tahfiz Al-Abidin bagi tahun 2014.

Sekian, Wabillahitaufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh.