UCAPAN PERASMIAN YANG BERHORMAT DATO’ SRI · PDF filekepada Kementerian Sains Teknologi...

7
UCAPAN PERASMIAN YANG BERHORMAT DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT MAJLIS PELANCARAN PROGRAM INOVASI SOSIAL MOSTI: PROGRAM KESEDARAN KESIHATAN TERHADAP KANSER SERVIKS BERSAMA ALAT PERSAMPELAN SENDIRI, CERVISAFE KOMPLEKS PENYAYANG SRI AMAN, SARAWAK 10 FEBRUARI 2017 (JUMAAT) 9.30 PAGI

Transcript of UCAPAN PERASMIAN YANG BERHORMAT DATO’ SRI · PDF filekepada Kementerian Sains Teknologi...

Page 1: UCAPAN PERASMIAN YANG BERHORMAT DATO’ SRI · PDF filekepada Kementerian Sains Teknologi dan ... peka dan sedar bahawa pentingnya untuk kaum ... suntikan HPV secara percuma kepada

0

UCAPAN PERASMIAN

YANG BERHORMAT DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

MAJLIS PELANCARAN

PROGRAM INOVASI SOSIAL MOSTI: PROGRAM KESEDARAN KESIHATAN TERHADAP KANSER SERVIKS

BERSAMA ALAT PERSAMPELAN SENDIRI, CERVISAFE

KOMPLEKS PENYAYANG SRI AMAN, SARAWAK 10 FEBRUARI 2017 (JUMAAT)

9.30 PAGI

Page 2: UCAPAN PERASMIAN YANG BERHORMAT DATO’ SRI · PDF filekepada Kementerian Sains Teknologi dan ... peka dan sedar bahawa pentingnya untuk kaum ... suntikan HPV secara percuma kepada

1

SALUTASI

BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

SALAM SEJAHTERA & SALAM KEKELUARGAAN

YB. DATUK SERI PANGLIMA WILFRED MADIUS TANGAU MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI YB. DATUK HAJJAH FATIMAH ABDULLAH MENTERI KEBAJIKAN, WANITA DAN KESEJAHTERAAN KOMUNITI SARAWAK YB. HAJJAH SHARIFAH HASIDAH SAYEED AMAN GHAZALI MENTERI MUDA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DAN PEMBANGUNAN KELUARGA YB. DATUK FRANCIS HARDEN HOLLIS MENTERI MUDA PEMBANGUNAN LUAR BANDAR MERANGKAP ADUN N.32 SIMANGGANG YBHG. DATIN MEGIR GUMBEK SETIAUSAHA TETAP KEMENTERIAN KEBAJIKAN, WANITA DAN KESEJAHTERAAN KOMUNITI SARAWAK YBHG DATO’ NORHALIM YUNUS KETUA EKSEKUTIF, MALAYSIAN TECHNOLOGY DEVELOPMENT CORPORATION (MTDC) PEGAWAI-PEGAWAI KANAN KERAJAAN, PEGAWAI-PEGAWAI PERSEKUTUAN DAN NEGERI, BARISAN MEDIA SERTA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG SAYA HORMATI

Page 3: UCAPAN PERASMIAN YANG BERHORMAT DATO’ SRI · PDF filekepada Kementerian Sains Teknologi dan ... peka dan sedar bahawa pentingnya untuk kaum ... suntikan HPV secara percuma kepada

2

PENGENALAN

1. Alhamdulillah, bersyukur saya ke-hadrat Allah S.W.T. Kerana

dengan limpah kurnia dan inayahnya dapat kita bersama-sama

berkumpul di perkarangan Kompleks Penyayang Sri Aman bagi

pelaksanaan PROGRAM INOVASI SOSIAL MOSTI (MSI): PROGRAM KESEDARAN KESIHATAN TERHADAP KANSER SERVIKS BERSAMA ALAT PERSAMPELAN SENDIRI, CERVISAFE. Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada

tuan-tuan dan puan-puan, semua ahli keluarga dan masyarakat di

sekitar Sri Aman yang dapat hadir sejak awal pagi hari ini.

2. Bagi pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan

Masyarakat (KPWKM) dan merangkap Ahli Parlimen P201

Batang Lupar, saya merasa amat bersyukur dan berterima kasih

kepada Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

kerana memilih Parlimen Batang Lupar sebaga lokasi

pelaksanaan program kolobrasi ini. Ia merupakan program

berlandaskan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) antara 2

Kementerian iaitu KPWKM melalui Lembaga Penduduk dan

Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) serta MOSTI.

3. Di kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi

penghargaan dan ucapan terima kasih di atas sokongan dan

kerjasama yang diberikan oleh pihak Kerajaan Negeri Sarawak,

Malaysian Technology Development Corporation (MTDC), Pusat

Sumber dan Pendidikan Kanser (CaRE) - Universiti Putra

Malaysia (UPM), La-DIY Healthcare Sdn Bhd serta semua pihak

yang terlibat dalam memastikan kejayaan pelaksanaan Program

Inovasi Sosial Mosti (MSI).

Page 4: UCAPAN PERASMIAN YANG BERHORMAT DATO’ SRI · PDF filekepada Kementerian Sains Teknologi dan ... peka dan sedar bahawa pentingnya untuk kaum ... suntikan HPV secara percuma kepada

3

KESEDARAN BERKAITAN PENJAGAAN KESIHATAN WANITA

4. Melalui program ini, saya percaya lebih ramai yang akan lebih

peka dan sedar bahawa pentingnya untuk kaum wanita menjaga

kesihatan, khususnya berkaitan dengan serviks (pangkal rahim).

Tahniah saya ucapkan kepada kaum lelaki terutamanya yang

bergelar suami kerana melapangkan diri menghadiri program

khusus untuk wannita hari ini kerana kita tahu bahawasanya

suami merupakan tunjang bagi isteri dan keluarga. Suami

seharusnya menyokong kuat isteri mereka dalam usaha menjaga

kesihatan masing-masing. Isteri sihat, barulah keluarga dapat

diurus sempurna.

5. Kementerian melalui LPPKN begitu memandang serius

mengenai isu kesihatan serviks. Di Klinik Nur Sejahtera LPPKN

turut menyediakan perkhidmatan saringan kanser serviks (Ujian

Saringan Pap Smear). Alhamdulillah semakin lama kesedaran

kaum wanita di Sarawak semakin meningkat. Melalui rekod, pada

tahun 2014 seramai 2,769 orang klien telah menjalani

pemeriksaan pap smear ataupun ujian saringan pangkal rahim.

Manakala pada tahun 2015, jumlah klien telah meningkat kepada 3,507 orang dan pada tahun 2016 adalah seramai 2,961 orang klien yang telah melakukan ujian saringan tersebut

di Klinik Nur Sejahtera LPPKN Negeri Sarawak.

CERVISAFE KAEDAH ALTERNATIF TERKINI

Hadirin yang dihormati sekalian,

6. Saya sebagai Menteri yang menjaga wanita, merasa amat

bangga dengan usaha yang telah dijalankan oleh MOSTI melalui

Page 5: UCAPAN PERASMIAN YANG BERHORMAT DATO’ SRI · PDF filekepada Kementerian Sains Teknologi dan ... peka dan sedar bahawa pentingnya untuk kaum ... suntikan HPV secara percuma kepada

4

MTDC dalam menghasil dan memperkenalkan kaedah alternatif

saringan kanser serviks dengan alat persampelan sendiri,

Cervisafe kepada wanita di Malaysia. Difahamkan bahawa

Cervisafe adalah produk hasil rekaan rakyat Malaysia yang telah

berjaya dikomersilkan melalui pembiayaan dana CRDF MOSTI

yang disalurkan melalui MTDC.

7. Cervisafe merupakan kaedah alternatif yang sangat baik dalam

memastikan semua golongan wanita peka dalam penjagaan

kesihatan serviks masing-masing. Saya faham antara kekangan

utama bagi rakyat Sarawak adalah jarak yang jauh untuk akses

ke bandar bagi mendapatkan perkhidmatan kesihatan. Jadi

dengan terhasilnya inovasi teknologi baru Cervisafe ini akan lebih

memudahkan dan tiada lagi penghalang untuk semua golongan

wanita menjaga kesihatan serviks mereka. Sesungguhnya

pengesanan awal bagi sebarang penyakit adalah yang terbaik.

8. Saya cadangkan selepas ini MTDC boleh membekalkan alatan ini

kepada klinik-klinik Nur Sejahtera LPPKN juga, sebagai langkah

penyebaran perkhidmatan dan promosi. Saya sangat berharap

agar Cervisafe ini boleh dijadikan metodologi pengambilan

sampel alternatif di Malaysia oleh kerajaan dan Kementerian

Pembangunan Wanita bersedia mengambil tanggungjawab

sebagai pelaksana kepada program nasional ini.

9. Untuk makluman semua, program kesedaran ini akan dijalankan

di sepuluh (10) lokasi di Semenanjung Malaysia, Sabah dan

Sarawak. Pada hari ini, kita begitu bertuah kerana seramai 85

Page 6: UCAPAN PERASMIAN YANG BERHORMAT DATO’ SRI · PDF filekepada Kementerian Sains Teknologi dan ... peka dan sedar bahawa pentingnya untuk kaum ... suntikan HPV secara percuma kepada

5

orang daripada peserta yang hadir, layak dan menepati kriteria

telah terpilih untuk menerima Cervisafe dan menjalani ujian

saringan HPV DNA dan LBC secara percuma. Nilai bagi setiap

pakej ujian dan peralatan melebihi RM 300.

KOMITMEN KEMENTERIAN MENERUSI LPPKN

10. Walau bagaimanapun, bagi anda yang mahukan perkhidmatan

doktor atau jururawat masih boleh berkunjung ke Klinik Nur

Sejahtera LPPKN atau mana-mana klinik kesihatan untuk

menjalani pemeriksaan serviks.

11. Kerajaan begitu prihatin dalam memastikan rakyat Malaysia dapat

hidup dengan sihat dan sejahtera. Dalam usaha mewujudkan

kesedaran terhadap penjagaan kesihatan serviks ini juga,

Kementerian saya melalui LPPKN tidak putus memberikan

suntikan vaksinasi HPV secara percuma kepada remaja wanita

yang lahir dari tahun 1990 hingga 1996 bagi mencegah kanser

serviks dari awal. Malah Kementerian Kesihatan Malaysia juga

turut menyumbang dalam usaha tersebut dengan memberikan

suntikan HPV secara percuma kepada para pelajar Tingkatan

Satu hingga Tingkatan Tiga di sekolah-sekolah seluruh Malaysia.

12. Untuk makluman semua, jumlah penerima vaksinasi HPV bagi

tempoh 5 tahun iaitu bermula Julai 2012 hingga Disember 2016 di

Negeri Sarawak adalah 20,751 orang dan sejumlah 83.7%

daripadanya lengkap bagi ketiga-tiga dos. Untuk makluman,

vaksinasi HPV perlu diambil sebanyak 3 dos dalam tempoh enam

bulan selepas dos pertama.

Page 7: UCAPAN PERASMIAN YANG BERHORMAT DATO’ SRI · PDF filekepada Kementerian Sains Teknologi dan ... peka dan sedar bahawa pentingnya untuk kaum ... suntikan HPV secara percuma kepada

6

13. Suka juga saya memaklumkan bahawa program subsidi

mamogram kepada wanita 40 tahun ke atas dengan pendapatan

isi rumah bawah RM10,000.00 masih diteruskan pada tahun ini.

Saya harapkan ahli keluarga memberi sokongan untuk wanita dan

para ibu mendapatkan maklumat dan nasihat daripada LPPKN

untuk mendapatkan maklumat mengenai subsidi ujian Mamogram

dan Vaksinasi HPV demi kesejahteraan keluarga masing-masing.

PENUTUP

Hadirin yang dihormati sekalian,

14. Saya berharap kita semua akan sentiasa menyokong segala

usaha murni pihak kerajaan dalam memastikan kesejahteraan

rakyat terus terpelihara. Akhir kata, sekali lagi tahniah saya

ucapkan kepada MOSTI, Parlimen Batang Lupar, MTDC dan

LPPKN serta Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser (Care UPM)

di atas penganjuran program ini. Tidak lupa juga kepada semua

pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung

dalam menjayakannya. Semoga segala usaha murni LPPKN

membina keluarga sejahtera di Malaysia amnya dan Sarawak

khasnya mendapat barakah Ilahi.

15. Dengan lafaz Bismillahirrahminirrahim, saya merasmikan

merasmikan PROGRAM INOVASI SOSIAL MOSTI:

KESEDARAN KESIHATAN TERHADAP KANSER SERVIKS

BERSAMA ALAT PERSAMPELAN SENDIRI, CERVISAFE.

Sekian. Wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum

warahmatullahi wabarakatuh.