Ujian Pembelajaran Motor
-
Upload
mahadewan-muniandy -
Category
Documents
-
view
226 -
download
0
Transcript of Ujian Pembelajaran Motor
8/14/2019 Ujian Pembelajaran Motor
http://slidepdf.com/reader/full/ujian-pembelajaran-motor 1/16
PENGENALAN
Maklum balas memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan prestasi atlet.
Maklum balas berperanan sebagai garis panduan untuk memperbaiki sesuatu
kemahiran. Satu ujian telah dijalankan untuk melihat keberkesanan maklum balas
yang diberi secara terperinci dan tidak terperinci.
Prosedur Ujian
Ujian maklum balas terperinci dan tidak terperinci.
Deskripsi : Ujian ini melibatkatkan kaedah memasukkan bola
ping pong ke dalam lubang(sasaran). Mata subjek
yang diuji akan diikat semasa ujian dijalankan.
Subjek perlu memasukkan bola ping pong dalam
lubang sasaran dengan tepat. Subjek diuji dua kali
iaitu untuk ujian maklum balas terperinci dan ujian
maklum balas tidak terperinci.
Objektif : Untuk mengenal pasti prestasi subjek yang diuji
apabila diberi maklum balas secara terperinci dan
tidak terperinci. Ujian ini juga untuk mengenal pasti
keberkesanan maklum balas dalam peningkatan
prestasi subjek.
Skor : Skor yang dibuat oleh subjek adalah berdasarkan
berapa biji bola ping pong yang boleh dimasukkan
dengan tepat dalam sasaran dalam 5 kali
percubaan.
Sasaran : subjek yang diuji adalah 5 guru pelatih dari opsyen
2 PISMP P.KHAS IPGM-Kampus Temenggong
8/14/2019 Ujian Pembelajaran Motor
http://slidepdf.com/reader/full/ujian-pembelajaran-motor 2/16
8/14/2019 Ujian Pembelajaran Motor
http://slidepdf.com/reader/full/ujian-pembelajaran-motor 3/16
8/14/2019 Ujian Pembelajaran Motor
http://slidepdf.com/reader/full/ujian-pembelajaran-motor 4/16
ix. Subjek akan diuji untuk ujian maklum balas
terperinci.
x. Subjek akan diberi maklum balas seperti “
anda perlu bergerak ke hadapan/ belakang/
atas/ bawah ........cm.
xi. Subjek akan membuat 5 kali percubaan untuk
ujian maklum balas tidak terperinci.
Sementara itu, pengurusan, pengelolaan, dan pentadbiran ujian tersebut,
pengkaji akan membahagikannya kepada 3 fasa iaitu:-
1. Fasa Persediaan
1.1Alatan
Model untuk menjalankan ujian amali sangat penting. Pastikan model ujian
sesuaian dengan kehendak objektif. Sediakan ukuran yang bersesuaian dengan
jelas. Peralatan lain yang diperlukan ialah bola ping pong untuk dimasukkan
dalam sasaran, meja untuk meletakkan model ujian dan kerusi untuk subjek
duduk. Kain hitam juga perlu disedikan untuk mengikat mata subjek. Selain itu,
sediakan borang data untuk mencatat skor dan.
1.2Tempat ujian
Persediaan alatan ujian boleh dilakukan dimana-mana tempat yang bersesuian.
Pastikan tempat yang dipilih bebas dari gangguan bising dan selesa.
1.3Masa ujian
8/14/2019 Ujian Pembelajaran Motor
http://slidepdf.com/reader/full/ujian-pembelajaran-motor 5/16
8/14/2019 Ujian Pembelajaran Motor
http://slidepdf.com/reader/full/ujian-pembelajaran-motor 6/16
8/14/2019 Ujian Pembelajaran Motor
http://slidepdf.com/reader/full/ujian-pembelajaran-motor 7/16
cubaan4/cm 4 -2 1 1 1
cubaan5/cm 0 1 0 0 -1
2. Memberi maklumat tidak terperinci/umum
nama homalah theva tamil ranjini shuba
cubaan1/cm -4 -8 8 -2 1
cubaan2/cm -2 -6 -2 1 -2
cubaan3/cm -2 -6 0 -2 4
cubaan4/cm0 4 -2 -1 6
cubaan5/cm 3 0 -1 0 1
Graf garis 1
8/14/2019 Ujian Pembelajaran Motor
http://slidepdf.com/reader/full/ujian-pembelajaran-motor 8/16
Graf garis 2
Ulasan data dan graf
Data yang dikumpul menunjukkan prestasi responden apabila diberi
maklumat terperinci dan maklumat tidak terperinci dalam meningkatkan kemahiran
mereka. Dua ujian dijalankan untuk setiap responden. Pencapaian mereka dilukis
dalam graf garis. Objektif kajian kami telah tercapai kerana responden telah
menunjukkan prestasi yang baik jika diberi maklum balas secara terperinci. Ada juga
responden yang menunjukkan prestasi yang kurang baik jika diberi maklum balas
secara terperinci. Responden dapat memasukkan bola ping pong dalam sasaran
dalam percubaan yang kelima atau pun keempat jika mereka diberi arahan secara
terperinci. Mereka mampu membetulkan kesilapan mereka dan mempertingkatkan
prestasi mereka.
8/14/2019 Ujian Pembelajaran Motor
http://slidepdf.com/reader/full/ujian-pembelajaran-motor 9/16
8/14/2019 Ujian Pembelajaran Motor
http://slidepdf.com/reader/full/ujian-pembelajaran-motor 10/16
tetapi maklum balas yang diberikan tidak digunakan sepenuhnya. Berikut adalah
beberapa cadangan untuk menyediakan maklum balas semasa latihan untuk
kesan yang maksimum.
1) Maklum balas harus mempunyai maklumat yang berkaitan dengan perlakuan
kemahiran yang betul. Jurulatih harus memberi maklum balas yang jelas dan
khusus terhadap sesuatu perlakuan kemahiran.
2) Maklum balas mestilah sesuai dengan perlakuan atau tingkah laku . Misalnya
memberi pujian pada tugas yang mudah atau tahap pencapaian yang
sederhana adalah tidak sesuai.
3) Jurulatih harus memberi maklum balas sebaik sahaja pemain melakukan
kesilapan. Walaubagaimanapun, semasa pertandingan jurulatih dinasihatkan
tunggu sebentar sebelum memberi maklum balas kepada atlit. Ini bertujuan
supaya pemikiran atlit lebih jelas terhadap maklum balas yang akan diberi.
4) Atlit yang menerima maklum balas harus digalakkan bertanggungjawab
secara peribadi ke atas tingkah laku dan pencapaian prestasi.
5) Jurulatih harus memberi maklum balas yang pendek, jelas dan sesuai dengan
tahap kebolehan pemain. Maklum balas yang panjang dan kurang jelas boleh
menyebabkan atlit lebih keliru.
Dalam sukan, maklum balas adalah maklumat yang diterima oleh pemain
tentang perlakuan mereka. Tujuan memberi maklum balas adalah untuk atlit
8/14/2019 Ujian Pembelajaran Motor
http://slidepdf.com/reader/full/ujian-pembelajaran-motor 11/16
membuat perbandingan antara perlakuan dan maklumat yang perlu dikuasai oleh
atlit bagi memperbaiki kelemahan mereka. Bagi meningkatkan keberkesanan
melakukan sesuatu kemahiran, jurulatih boleh memberi maklum balas kepada atlit
semasa latihan. Ini adalah kerana sekiranya berlaku kesalahan, jurulatih boleh
memperhentikan latihan serta-merta dan menjelaskan kesilapan yang berlaku.
Semasa pertandingan jurulatih hanya dapat memberi maklum balas dengan hanya
menjerit dari luar padang atau gelanggang. Walaubagaimanapun, cara ini tidak
berapa berkesan kerana atlit tidak dapat menerima maklum balas yang jelas atas
sebab gangguan penonton dan persekitaran yang kurang memuaskan. Jurulatih
hanya dapat memberi maklumat semasa waktu rehat dan ketika berlaku pertukaran
atlit. Jurulatih menyampaikan maklum balas kepada pemain melalui pemain yang
akan dimasukkan menggantikan atlit yang dikeluarkan. Jurulatih juga boleh memberi
maklum balas selepas pertandingan atau sesi latihan. Semasa sesi perbincangan,
jurulatih boleh menjelaskan dan menerangkan kesilapan-kesilapan yang dilakukan
oleh setiap ahli dalam pasukan itu.
Maklum balas berkaitan dengan prestasi memberi beberapa manfaat kepada
atlit. Dua fungsi utama maklum balas ialah motivasi dan memberitahu atau
mengarah. Maklum balas motivasi membolehkan atlit mempelajari secara khusus
tentang kesilapan yang dilakukan dan mengadakan satu garisan panduan untuk
membaiki prestasi akan datang. Atlit perlu mempunyai objektif yang jelas untuk
menetapkan matlamat yang produktif kerana matlamat yang berkesan adalah
spesifik dan boleh diukur.
Maklum balas boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu, maklum balas
motivasi dan maklum balas pengajaran.
Maklum balas motivasi
8/14/2019 Ujian Pembelajaran Motor
http://slidepdf.com/reader/full/ujian-pembelajaran-motor 12/16
Melalui motivasi maklum balas boleh memberi kesan yang mendalam kepada
atlet. Ia berfungsi apabila jurulatih mendedahkannya pengalaman positif dan
negative tentang diri mereka. Ini juga bergantung kepada prestasi mereka. Atlet atau
pelajar perlu menilai secara spesifik tentang kesilapan yang lepas dan mesti
mempunyai asas untuk memantapkan prestasi mereka pada masa akan datang.
Contohnya, bagi pemain sepak takraw yang kalah dalam sesuatu pertandingan,
jurulatih akan mendedahkan tentang kelemahan pemain-pemain tersebut. Kemudian
dari situlah pemain-pemain tersebut akan mengkaji semula kelemahan-kelemahan
diri masing-masing dan mengikut semula latihan intensif bagi pertandingan yang
akan datang.
Cara kedua ialah maklum balas dapat dimotivasikan dengan memberi
pengukuhan yang bernilai kepada atlet. Ia dapat merangsang perubahan sikap
daripada negative kepada positif. Sesetengah pengukuhan pengurusan kendiri
menjadi lebih penting daripada pengukuhan luaran yang datangnya melalui jurulatih
itu sendiri. Pengajar atau jurulatih perlu member pengukuhan dan maklum balas
yang bersifat positif dan dengan itu, atlet akan memberi tindak balas yang positif
serta menunjukkan peningkatan. Fungsi maklum balas motivasi yang ketiga ialah
berkaitan dengan penetapan sasaran. Kejayaan penetapan sasaran mengandungi
maklum balas daripada pencapaian yang berkaitan dengan sasaran yang telah
ditetapkan.
Maklum balas pengajaran
Selain bertindak sebagai fungsi motivasi, maklum balas juga menjadi
mekanisme pengajaran kepada atlet. Ia terbahagi kepada tiga komponen iaitu
tentang sikap yang perlu ditunjukkan , peringkat kecekapan yang harus dicapai
dalam setiap kemahiran dan kecekapan serta pencapaian atlet yang terkini.
8/14/2019 Ujian Pembelajaran Motor
http://slidepdf.com/reader/full/ujian-pembelajaran-motor 13/16
Fungsi-fungsi ini selalu digunakan ketika atlet menunjukkan prestasi yang
merosot dalam bidang masing –masing. Apabila sesuatu kemahiran sudah dikuasai
maka jurulatih bertindak ke arah kemahiran yang lain. Contohnya, pemain bola lisut
yang ingin menguasai pukulan bola, atlet diajar tentang cara memegang kayu
pemukul dengan baik dan komponen-komponen kemahiran yang lain. Cara sebegini
membawa kepada persekitaran pembelajaran yang lebih efektif danmemberikan
pelajar tentang maklumat yang lebih spesifik terhadap persembahan kemahiran
yang lebih mantap bagi setiap fasa.
Tharpe dan Gallimore(1976) menjalani kajian terhadap sikap jurulatih John
Wooden dalam 15 sesi latihan yang dijalankan dan mendapati 75% komen dan
pandangan Wooden termasuk dalam maklum balas pengajaran. Komen-komennya
lebih kepada apa yang patut dibuat oleh pemain-pemainnya dan cara untuk
melakukan setiap latihan dengan betul.
Secara kesimpulannya, kedua-dua fungsi maklum balas sama ada maklum
balas motivasi atau pengajaran mempunyai konsep yang sama. Akan tetapi kita
dapat melihat bahawa maklum balas pengajaran merupakan komponen yang efektif
dan kompetetif seperti kajian yang telah dijalankan oleh Bandura dan
Cervone(1983) bahawa terdapat perselisihan negatif antara sasaran (maklum balas
motivasi) dengan rangsangan persembahan atlet.
Peranan maklum balas tambahan
Maklum balas tambahan dalam proses latihan atau pembelajaran sesuatu
kemahiran mempunyai dua peranan yang penting.
1.Mempermudahkan pencapaian matlamat aksi kemahiran tertentu. Ini adalah
kerana , maklumbalas tambahan akan memberikan maklumat-maklumat
tentang kejayaan kemahiran yang sedang atau telah dilakukan. Pelajar dapat
8/14/2019 Ujian Pembelajaran Motor
http://slidepdf.com/reader/full/ujian-pembelajaran-motor 14/16
menentukan sama ada apa yang telah dilakukan adalah bersesuaian untuk
melakukan kemahiran berkenaan dengan betul. Dalam kes di atas responden
dapat meramal akan pergerakan tangan mereka tepat atau pun tidak tepat
dan dapat membetulkan kesilapan mereka selepas maklum balas diberi.
2. Maklumbalas tambahan juga memotivatikan pelajar untuk meneruskan
usahanya ke arah sesuatu matlamat. Dalam ujian yang dibincangkan di atas
sunjek dapat menggunakan maklum balas tambahan yang diberikan untuk
membandingkan perlakuannya dengan matlamat perlakuan mereka. Mereka
juga kemuadian menentukan sama ada perlu meneruskan percubaannya
kearah mencapai sasaran.
4. KESIMPULAN
Kesimpulannya sekiranya maklum balas pengajaran diberi kepada
seseorang, ia akan lebih berkesan daripada maklum balas motivasi. Maklum balas
pengajaran adalah cara dimana seseorang diajar tentang sesuatu perkara dan juga
perkara-perkara yang berkaitan dengan perkara utama. Contohnya dalam aktiviti
yang dijalankan oleh kami, maklumat- maklumat yang berkaitan dengan aktiviti telah
diberikan secara jelas dan terperinci seperti panjang papan uji kaji, di manakah
8/14/2019 Ujian Pembelajaran Motor
http://slidepdf.com/reader/full/ujian-pembelajaran-motor 15/16
terletaknya sasaran dan sebagainya. Ini akan memberikan gambaran yang jelas
tentang sesuatu aktiviti yang dijalankan. Oleh itu, kemungkinan melakukan
kesalahan dapat dikurangkan.
Dalam aktiviti yang dijalankan, apabila maklum balas pengajaran diberikan
tentang aktiviti tersebut, pelajar dapat memperolehi satu gambaran yang jelas
tentang aktiviti yang dijalankan. Oleh itu para pelajar dapat mencapai sasaran
apabila maklumat secara terperinci diberikan. Namun ada juga pelajar yang dapat
mencapai sasaran hanya dengan maklumat yang tidak terperinci. Ujian yang
dijalankan berjaya mencapai objektif.
BIL TAJUK/PERKARA
Bahagian pertama(tugasan individu)
1 Jurnal 1
2 Jurnal 2
3 Jurnal 3
8/14/2019 Ujian Pembelajaran Motor
http://slidepdf.com/reader/full/ujian-pembelajaran-motor 16/16
4 Jurnal 4
Bahagian kedua (tugasan kumpulan.)
1 Pengenalan
Diskripsi ujian
2 Pengumpulan data
Graf garis
Ulasan data
3 Perbincangan
4 Kesimpulan
Refleksi
Kolabrasi