Ulasan Artikel Ilmiah

8
\ QGK 3013 : KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN TAJUK NAMA : AZIZAH BT. AHMAD NOMBOR KAD MATRIKS : D20102043806 NAMA KURSUS : KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KOD KURSUS : QGK 3013 NAMA KUMPULAN : UPSI 06 ULASAN ARTIKEL ILMIAH

Transcript of Ulasan Artikel Ilmiah

Page 1: Ulasan Artikel Ilmiah

\

QGK 3013 : KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN

TAJUK

NAMA : AZIZAH BT. AHMAD

NOMBOR KAD MATRIKS : D20102043806

NAMA KURSUS : KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN

KOD KURSUS : QGK 3013

NAMA KUMPULAN : UPSI 06

NOMBOR TELEFON : 019 473 5320

ULASAN ARTIKEL ILMIAH

Page 2: Ulasan Artikel Ilmiah

1.0 LATAR BELAKANG

Jika dilihat kemajuan yang dialami oleh negara dari tahun ke tahun, banyak perkara yang boleh

dibanggakan. Sesuatu yang baru ditemui dan yang lama ditingkatkan kualiti supaya semua dapat

merasai kesannya. Namun begitu, tidak semua perkembangan membawa kepada sesuatu yang

baik. Perkembangan yang tidak baik ini bukan sahaja memberi kesan kepada individu tetapi

kepada masyarakat dan negara secara keseluruhannya.

Mungkin ramai yang menganggap perkembangan ini memberi banyak impak positif tetapi

sebenarnya perkembangan ini menyumbang kepada satu gejala yang amat membimbangkan.

Gejala yang dimaksudkan adalah gejala obesiti. Gejala ini dialami oleh segenap lapisan

masyarakat tanpa mengira peringkat umur, bangsa dan agama. Gejala inilah yang menjadi

kebimbangan dunia sejagat kerana masalah ini masih berterusan dan terus meningkat.

Peningkatan peratusan masalah ini dari tahun ke tahun amat membimbangkan. Isu ini menjadi

perhatian utama di dunia. Pelbagai usaha giat dijalankan untuk mengurangkan masalah ini.

Menurut Sizer dalam buku yang ditulisnya yang bertajuk ”Nutrition Concepts and

Controversies”(2006), pada tahun 2000, 64% orang dewasa di Amerika Syarikat mengalami

masalah lebihan berat badan dan lebih kurang 30% mengalami masalah obesiti. Tambahan lagi,

seorang daripada tujuh kanak-kanak dan remaja di negara itu mengalami lebihan berat badan.

Objektif The Dietry Guidelines 2005 dan Healthy People 2010 adalah termasuk untuk

mengurangkan jumlah obesiti dan lebihan berat badan dan Food and Drug

Administration( FDA ) telah mengambil langkah untuk berdepan dengan masalah dunia ini.

Di negara ini, obesiti menjadi kebimbangan banyak pihak. Menurut mantan Menteri Kesihatan

Malaysia, Datuk Chua Soi Lek, peningkatan sebanyak 20 peratus dalam tempoh tujuh tahun

boleh menjejaskan kemajuan dan pembangunan negara. Berdasarkan kajian oleh Kementerian

Kesihatan dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia( UPM ), Universiti Sains Malaysia( USM

) dan Universiti Kebangsaan Malaysia( UKM ) pada tahun 2002 hingga 2003 bagi orang dewasa

18 hingga 59 tahun, jumlah peningkatan ini adalah hampir 20 peratus berbanding kajian yang

dijalankan sebelumnya iaitu pada tahun 1996 sebanyak 20 peratus. Menurut beliau lagi, perkara

ini amat membimbangkan. Oleh itu pelbagai program akan dijalankan untuk mengubah cara

hidup dan corak pemakanan rakyat Malaysia.

1

Page 3: Ulasan Artikel Ilmiah

Obesiti adalah gejala penyakit lebihan berat badan yang dialami oleh individu yang memiliki

indeks jisim badan ( BMI ) 30 atau lebih( Wiliam,2005 ). Obesiti juga dikenali sebagai

kegemukan yang disebabkan berkumpulnya lemak yang berlebihan di dalam badan( Kamus

Dewan ). Pengumpulan lemak ini akan semakin meningkat sekiranya langkah untuk

mengurangkan lemak badan tidak dilakukan.

2.0 ULASAN ARTIKEL

Ulasan ini meliputi 5 artikel yang berkaitan dengan obesiti dalam kalangan pelajar dan remaja.

Kesemua artikel memberikan definisi berkaitan obesiti di peringkat awal penulisan artikel ini.

Obesiti bermaksud, individu yang mempunyai berat badan berlebihan yang mana terdapat

lebihan lemak yang terkumpul di dalam badan. Obesiti kanak-kanak merupakan suatu wabak di

negara-negara membangun. 25 peratus kanak-kanak di Amerika Syarikat mengalami masalah

berat badan berlebihan dan 11 peratus mengalami masalah obesiti. Pertambahan berat badan dan

obesiti memberi kesan kepada fizikal dan psikologi pengidapnya.

Daripada kelima-lima artikel, hanya satu artikel menyatakan bahawa berat badan berlebihan

bukan sahaja diukur dengan BMI( Body Mess Indeks ) iaitu formula untuk menilai berat badan

dan ketinggian seseorang tetapi boleh diukur dengan ’underwater weighing( densitometry ),

’multi-frequency bioelectrical impedance analysis( BIA ) dan magnetic resonance imaging( IMR

). Dalam Wikipedia, ’Underwater weighing’ merupakan satu kaedah untuk menentukan jisim

badan tanpa lemak. Kaedah ini mengukur berat seseorang dalam air dan kemudian mengira jisim

tanpa lemak badan (otot) dan lemak badan. Kaedah ini adalah salah satu kaedah yang lebih tepat.

Walau bagaimanapun, ia biasanya dilakukan melalui kemudahan dalam penyelidikan khas dan

peralatan yang digunakan sangat mahal. Menurut Wikipedia lagi, analisis Bioelectrical impedans

(BIA) pula adalah satu kaedah yang lazim digunakan untuk menganggarkan komposisi badan

dan khususnya lemak badan. Sejak kemunculan peranti pertama boleh didapati secara komersial

pada pertengahan 1980-an kaedah yang telah menjadi popular kerana senang untuk digunakan,

mudah alih peralatan dan kos yang agak rendah berbanding dengan beberapa kaedah lain analisis

komposisi badan. Ia adalah biasa di pasaran pengguna sebagai alat yang mudah untuk membuat

anggaran lemak badan. BIA sebenarnya menentukan impedans elektrik atau bangkangan

2

Page 4: Ulasan Artikel Ilmiah

terhadap aliran arus elektrik melalui tisu badan yang kemudiannya boleh digunakan untuk

mengira anggaran jumlah air badan (TBW). TBW boleh digunakan untuk menganggarkan lemak

bebas jisim badan dan perbezaan dengan berat badan dan lemak badan. Manakala pengimejan

resonans magnetik (MRI) adalah teknik pengimejan perubatan yang digunakan dalam radiologi

untuk menyiasat anatomi dan fungsi badan dalam kedua-dua kesihatan dan penyakit. Pengimbas

MRI menggunakan medan magnet yang kuat dan gelombang radio untuk membentuk imej

badan. Teknik ini digunakan secara meluas di hospital-hospital untuk diagnosis perubatan,

pementasan penyakit dan untuk rawatan susulan tanpa terdedah kepada sinaran ion. Artikel ini

juga menyatakan bahawa kaedah BMI adalah kurang tepat untuk mengukur tahap kegemukan

kanak-kanak kerana kanak-kanak sentiasa mengalami proses membesar dari semasa ke semasa.

Empat daripada artikel tersebut menyenaraikan kesan daripada lebihan berat badan atau obesiti

dalam kalangan individu atau pelajar sekolah. Di antara kesannya adalah risiko penyakit

diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung, sleep apnea( tidur dengan mengalami

kekurangan oksigen ), masalah reflux(GERD), stress, glukosa darah, kegagalan sistem

perkumuhan, kanser dan sebagainya. Semua penyakit atau masalah ini berisiko tinggi dan

individu yang menghadapi masalah-masalah ini kurang sihat dan cergas. Kehidupan juga

menjadi semakin sukar dan membebankan.

Terdapat banyak sebab mengapa berlakunya obesiti atau lebihan berat badan dalam kalangan

pelajar sekolah. Tiga daripada artikel ini menyenaraikan sebab-sebabnya. Di antaranya ialah

faktor genetik atau keturunan, pengaruh persekitaran, budaya masyarakat, kurang atau tidak

mengamalkan senaman, stress, mengalami masalah keluarga atau pasangan( bagi yang telah

berkahwin ), masalah emosi dan sebagainya. Hasil kajian telah membuktikan bahawa individu

yang mengalami masalah obesiti atau lebihan berat badan adalah lahir daripada keluarga yang

gemuk. Selain itu pengaruh persekitaran seperti pengaruh rakan sebaya dan masyarakat. Para

pelajar cenderung untuk mengikuti rakan-rakan supaya mereka diterima dalam kalangan

tersebut.

Kurang atau tidak mengamalkan senaman juga merupakan faktor penting yang menyumbang

kepada faktor obesiti atau lebihan berat badan. Individu yang banyak menghabiskan masa

dengan menonton televisyen dan komputer cenderung mengalami masalah ini kerana kurang

pergerakan atau statik. Dalam salah satu artikel ini mencadangkan aktiviti senaman yang boleh

3

Page 5: Ulasan Artikel Ilmiah

dilakukan oleh setiap individu iaitu berjalan dengan cepat, menaiki tangga, bersenam aerobik,

berlari, lari-lari anak( joging ), berbasikal, berenang, bermain badminton, skuasy, merentas desa

dan sebagainya. Pendek kata pelbagai aktiviti fizikal boleh dilakukan untuk menghalang

masalah kegemukan yang amat digeruni tetapi sukar untuk diatasi melainkan dengan keazaman

dan usaha yang bersungguh-sungguh.

Dalam salah satu artikel dihuraikan mengapa setiap individu itu perlu bersenam. Di antaranya

senaman dapat meningkatkan kelembutan( kelenturan otot ) dan membina kekuatan otot, jantung

akan bekerja dengan lebih cekap, meningkatkan kadar nadi dan mencegah pengerasan arteri dan

dapat menurunkan tekanan darah tinggi, meningkatkan keupayaan badan mengawal paras

glukosa darah, membantu mengawal lipid darah yang tidak normal serta menguatkan tulang dan

meningkatkan imbangan untuk mencegah atau memperlahankan osteoporosis( kereputan tulang )

dan mengurangkan risiko patah tulang apabila terjatuh.

Bagaimana menguruskan dan menangani obesiti dalam kalangan pelajar dihuraikan dalam artikel

yang terakhir. Kanak-kanak memerlukan sokongan keluarga bagi membantu mereka menangani

masalah obesiti atau mengelakkannya demi kesihatan dan kesejahteraan hidup. Ibu bapa boleh

membantu menangani masalah ini dengan menyediakan makanan yang berkhasiat dan rendah

kalori, mengambil tahu pemakanan anak-anak di sekolah, makan bersama keluarga, tidak

memberi makanan sebagai hadiah atau galakan, menghadkan pengambilan snek atau makanan

ringan dan melibatkan diri secara aktif dalam kumpulan sokongan. Semua faktor ini akan

membantu masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak dalam menangani obesiti.

Sebagai kesimpulannya, gejala obesiti atau lebihan berat badan boleh diatasi sekiranya semua

pihak seperti ibu bapa, masyarakat sekitar, pihak sekolah dan organisasi antarabangsa

mengambil berat dan sentiasa peka dengan sebarang perubahan yang berlaku dalam kalangan

masyarakat pada hari ini. Mempunyai berat badan yang berlebihan bukanlah suatu pilihan yang

baik dan boleh dielakkan sekiranya pencegahan awal dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan

terkawal. Hasil analisa yang dilakukan, pengulas mendapati maklumat yang diperolehi sangat

bermanfaat untuk diamalkan samada untuk kesihatah dan kesejahteraan diri sendiri mahupun

keluarga serta anak didik di sekolah. Sebagai seorang guru, maklumat yang diperolehi ini akan

dimanfaatkan dengan menyalurkan maklumat berkaitan kepada semua anak didik semasa

4

Page 6: Ulasan Artikel Ilmiah

perhimpunan mingguan, aktiviti kokurikulum dan dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik

darjah. ( 1,370 patah perkataan )

5