Ulasan Mate Baru

download Ulasan Mate Baru

of 7

description

ULASAN

Transcript of Ulasan Mate Baru

Ulasan artikel

Uses Cartoon To Bulid Problem Solving Skills dan Komik Jadi Bahan Pembelajaran

PengenalanSaya telah memilih dua buah artikel mengenai penggunaan kartun dalam pengajaran Matematik . Salah satu artikel adalah bertajuk Uses Cartoon To Bulid Problem Solving Skills yang merupakan hasil penulisan Bara Levitt. Satu lagi artikel pula bertajuk Komik Jadi Bahan Pembelajaran yang ditulis oleh Rashiqah Ilmi binti Abdul Rahim. Pada pandangan saya, berdasarkan kedua-dua tajuk artikel yang ditulis, lebih memfokuskan kepada cara penyampaian pengajaran dan pembelajaran melalui kartun dalam pembelajaran Matematik yang dilakukan oleh para pendidik. Kartunmengikut takrif yang mudah berkisar sesuatu yang lucu, lawak, jenaka diambil daripada perkataanBahasa Inggeris"cartoon". Agak berbeza dengankomik, kartun adalah media yang mudah mendapat ransangan kerana ia berjaya mengelikan hati pembaca dan penonton serta menarik minat untuk mereka terus membacanya. Kebiasaannya kartun berada diluar logik akal.Secara keseluruhannya, kedua-dua hasil penulisan ini adalah mengenai penggunaan kartun dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. Artikel yang ditulis oleh Bara Levitt lebih memfokuskan kepada penggunaan kartun dalam meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. Daripada pembacaan yang telah dibuat, saya mendapati terdapat persamaan pandangan dalam penulisan artikel kedua-dua orang penulis iaitu tanggapan lazim masyarakat kartun dan komik sebagai bahan yang tidak berfaedah adalah tidak benar, malahan menganggap kedua-dua elemen tersebut merupakan bahan pembelajaran yang berpotensi. Kedua-dua orang penulis memberikan tumpuan kepada kelebihan penggunaan kartun dalam pengajaran dan pembelajaran dalam penulisan mereka. Antaranya ialah menarik minat murid dalam pembelajaran terutamanya dalam subjek yang dianggap sukar difahami seperti Sains dan Matematik, memupuk pemikiran kreatif dalam kalangan murid, murid didedahkan dengan penggunaan bahasa yang betul, menghiburkan murid melalui elemen humor dalamnya, membina konsep serta kemahiran semasa pembelajaran dan sebagainya.

Apa yang dipelajari daripada penggunaan kartun dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik.

Dalam artikel Uses Cartoon To Bulid Problem Solving Skills, penggunaan kartun dalam Matematik dapat membina pengetahuan Matematik baru melalui penyelesaian masalah. Melalui masalah yang diterima, murid akan belajar bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut. Kartun yang dibina akan melibatkan masalah dalam kehidupan seharian atau disesuatu tempat, Seseorang yang mahir dalam penyelesaian masalah akan mempunyai kelebihan jika dibandingkan dengan seseorang yang tidak mempunyai kemahiran itu. Penyelesaian masalah bermaksud seseorang akan terlibat dengan sesuatu masalah di mana penyelesaiannya belum diketahui. Penyelesaian masalah yang baik mempunyai kecenderungan matematik yang membolehkan mereka menganalisis situasi dengan lebih berhati-hati dalam terma matematik dan secara semulajadi mengemukakan masalah itu dari sudut pandangan mereka sendiri.Manakala dalam artikel Komik Jadi Bahan Pembelajaran yang ditulis oleh Rashiqah Ilmi binti Abdul Rahim menyatakan bahawa, negara Jepun telah berjaya menggunakan komik dalam pembelajaran sains, matematik, sejarah dan bahasa secara berkesan, menghibur sambil mendidik pelajar, sekali gus mempromosi serta menarik masyarakat antarabangsa mengenali seni tradisi mahupun bahasa mereka.Kehebatan negara matahari terbit itu mempromosikan budaya, gaya hidup dan cara berfikir rakyat negaranya melalui komik Doraemon sebagai kucing robot dari masa depan iaitu watak ciptaan kartunis Fujiko Fujio, cukup membuktikan keberkesanan komik dalam mengasah kreativiti kanak-kanak dan penyampaian maklumat. Beliau juga mengatakan, pendekatan bersifat interaktif seperti penggunaan komik sebagai bahan perantaraan dalam pembelajaran sudah pasti dapat mengubah minda masyarakat kerana ianya dilihat lebih terbuka, menghiburkan dan bebas berbanding mentelaah nota apatah lagi mentelaah buku-buku tebal di dalam kelas sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Penyelidikan telah menyediakan bukti bahawa kartun dan komik mempunyai tarikan khususnya di kalangan kanak-kanak umur sekolah (Wright & Sherman, 2006). Pelajar secara umumnya selesa dengan menggabungkan maklumat visual dan teks dalam membaca komik. Penggunaan komik dalam pengajaran itu boleh memberi peluang kepada pembinaan kemahiran, kreativiti dan membaca untuk kandungan (Urbani, 1978).

Kesan-kesan penggunaan kartun dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik.

Walau bagaimanapun, aspek yang paling mendapat perhatian saya daripada pembacaan kedua-dua artikel ini ialah kelebihan penggunaan kartun dalam pengajaran Matematik. Dalam artikel yang ditulis Bara Levitt, beliau telah membangkitkan dalam artikelnya bahawa guru memainkan peranan penting dalam penyediaan kebolehan penyelesaian pelajar. Mereka mesti memilih masalah-masalah yang membolehkan pelajar mengingatinya. Mereka perlu mewujudkan persekitaran yang boleh mengalakkan untuk menjelajah, mengambil risiko, berkongsi kegagalan dan kejayaan dan bertanyakan soalan antara satu sama lain. Dalam suasana yang menggalakkan ini, pelajar akan dapat membina keyakinan yang diperlukan untuk menjelajahi permasalahan dan meningkatkan kebolehan untuk membuat penyesuaian terhadap strategi penyelesaian masalah mereka. Sebagai contoh guru menyediakan kartun yang belum siap dibina. Murid diminta menyiapkan kartun tersebut dimana pengakhiran kartun tersebut perlu menjawab masalah yang ditimbulkan oleh guru tadi. Di sini murid akan belajar untuk mengenal pasti maklumat dan memikirkan bagaimana maklumat yang dikenal pasti tersebut boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Hal ini boleh dilakukan secara berkumpulan dan ini dapat menggalakkan pembelajaran secara koperatif, berkomunikasi dengan baik iaitu mendorong pelajar untuk bertanyakan soalan dan membentuk kreativiti murid dalam pembinaan kartun yang seterusnya.Manakala artikel yang ditulis oleh Rashiqah Ilmi binti Abdul Rahim pula, beliau telah menyatakan bahawa seorang guru Matematik yang bernama Nur Salwa Hashim telah memberikan komen bahawa penggunaan kartun memberikan motivasi kepada murid untuk lebih memahami suatu masalah Matematik yang diajukan secara santai dan lebih efektif.Menerusi kartun juga murid-murid lebih memahami topik-topik dalam pembelajaran matematik seperti penggunaan nombor, operasi tolak, operasi tambah, operasi bahagi, operasi darab, pecahan, perpuluhan, peratusan dan wang. Ini kerana kebanyakan pelajar lebih suka kepada gaya pembelajaran secara visual dan kartun juga mampu menunjukkan secara keseluruhan pembelajaran sesuatu topik dalam matematik. Contohnya kartun yang melibatkan topik wang, disini pelajar bukan sahaja mempelajari nilai mata wang malah mengaitkan dengan topik-topik yang melibatkan operasi tolak, operasi tambah, operasi bahagi dan operasi darab. Penggunaan komik, komik dapat menarik perhatian dan semangat murid untuk belajar menterjemahkan cerita ke dalam gambar sehingga murid-murid dapat mengingat sesuatu pelajaran itu dengan lebih lama. Isi pelajaran yang terkandung di dalam komik dapat menjelaskan keseluruhan cerita kerana terdapat ilustrasi gambar yang dapat mempermudah murid-murid mengetahui bentuk atau contoh konkrit mengenai maksud dari bahan pembelajaran tersebut.Bagaimana penggunaan kartun dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik.

Dalam sesuatu pembelajaran kemahiran pemerhatian amatlah penting, terutama kepada pelajar yang mengamalkan gaya pembelajaran secara visual. Bagi penggunaan kartun dalam proses pengajaran dan pembelajaran kebiasaannya, ia digemari oleh mereka yang belajar melalui pemerhatian. Kartun adalah suatu cerita yang disampaikan dengan dominasi gambar yang sangat menonjol. Komik-komik yang sering kita lihat adalah komik-komik yang bercerita adiwira, cerita kartun dan legenda di mana komik-komik ini sangat menarik dan mempunyai bilangan pembaca yang ramai. Walaubagaimanapun untuk menyesuaikan penggunaan komik dengan gaya pembelajaran jenis visual, auditori dan kinestetik, kartun juga boleh dibina dengan menggunakan perisian yang ada di dalam komputer. Guru-guru boleh menyelitkan suara latar dan menambah pergerakkan animasi untuk menambahkan lagi keberkesanan komik yang dicipta. Komik yang dirancang dengan gagasan yang berisi isi pelajaran atau nilai-nilai yang positif iaitu mengandungi tentang nilai-nliai sosial, budaya, agama dan ekonomi dapat memberikan kesan yang positif kepada murid-murid dalam menimba ilmu pengetahuan. Oleh itu, untuk membina kartun yang dapat menarik minat murid, kita sebagai guru boleh menggunakan watak-watak yang menjadi trend atau kegilaan murid-murid masa kini sebagai watak-watak yang akan diselitkan dalam pembikinan kartun pembelajaran bersiri.Keberkesanan penggunaan kartun juga haruslah sesuai dengan keperluan dan tahap murid-murid yang hendak dididik. Selain itu, gambar-gambar yang akan digunakan dalam kartun haruslah sesuai dengan isi pelajaran yang akan disampaikan dan tidak mempunyai unsur-unsur yang sensitif kepada mana-mana pihak. Untuk itu, penyediaan kartun tersebut haruslah dirancangkan dengan baik terlebih dahuluSelain itu, kartun-kartun yang digunakan dalam pembelajaran matematik boleh dipersembahkan oleh guru melalui beberapa cara seperti tayangan video ataupun bercerita. Murid-murid akan memerhatikan persembahan yang ditunjukkan oleh guru supaya perjalanan cerita kartun dapat diikuti. Proses awal dari penggunaan kartun dalam pembelajaran matematik adalah dapat menarik minat pelajar untuk memerhatikan isi pelajaran yang disajikan oleh guru. Proses selanjutnya adalah memasukkan ilmu kedalam fikiran pelajar melalui kartun. Setelah proses tersebut tercapai maka kartun berfungsi sebagai media pengingat tentang apa yang telah diajarkan oleh guru kepada mereka. Jika proses-proses tersebut terlaksana dengan baik, maka murid-murid akan mengingat ilmu dan isi pelajaran apabila mereka mengingat kembali perjalanan cerita kartun yang telah dilihat mereka sewaktu proses pembelajaran matematik.

Saranan, cadangan dan pandangan pengulas Dalam pembacaan saya terhadap kedua-dua artikel ini saya sejujurnya, menyokong hujah-hujah yang diberikan oleh kedua-dua orang penulis, tetapi untuk menambahkan lagi keberkesanan penulisan artikel ini, saya berpendapat mereka boleh menyatakan aspek-aspek yang mungkin membawa kepada ketidak berkesanan semasa menggunakan kartun dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam penulisan artikel mereka. Seperti yang kita ketahui bahawa setiap bahan pembelajaran yang digunakan akan mempunyai kekurangan selain daripada kelebihan. Justeru itu, sebagai seorang guru, kita perlu meneliti aspek-apek tersebut semasa penyediaaan bahan-bahan yang berkenaan dan berhati-hati semasa menggunakannya dalam pengajaran agar dapat mewujudkan pembelajaran yang efektif dalam kalangan murid-murid. Selain itu penulis boleh menyatakan bukan semua pelajar sesuai untuk mengunakan komik sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Ini kerana terdapat tiga gaya pembelajaran yang berbeza seperti gaya pembelajaran visual, auditori (pendengaran) dan kinestetik. Sepertimana yang kita semua tahu, komik merupakan bahan pelajaran yang sangat sesuai untuk murid-murid yang mempunyai gaya pembelajaran secara visual. Oleh itu, kelemahan yang dapat dilihat adalah penggunaan komik untuk mengajar pelajar-pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran auditori dan kinestetik kurang berkesan jika dibandingkan dengan murid-murid yang belajar dengan gaya pembelajaran secara visual. Akhir sekali, boleh dinyatakan bahawa kartun yang dijadikan bahan pembelajaran juga mempunyai gaya bahasa yang kurang baik kerana terdapat kartun yang menggunakan bahasa pasar dan ringkas yang hanya digunakan dalam perbualan harian tidak sesuai untuk pembelajaran tatabahasa sesuatu bahasa, namun bahasa tersebut masih boleh digunakan untuk memperkenalkan sesuatu bahasa kepada kaum lain atau warga asing yang ingin mempelajari bahasa tempatan. Perkara ini memberikan kesimpulan kartun masih tidak dapat mengalihkan perhatian murid-murid 100% dari bacaan yang lain yang lebih berguna, selain itu diperlukan penyesuaian yang baik dalam tatabahasa yang digunakan terutama dalam kartun pembelajaran.

Kesimpulan

Kesimpulannya, kartun adalah media komunikasi visual yang merupakan kumpulan gagasan yang disampaikan dalam bentuk gambar yang berurutan dengan unsur-unsur yang ada di dalamnya. Unsur-unsur yang ada didalam komik antara lain; cara menggambar karakter, ekspresi wajah, balon kata, garis gerak, latar, aksi dalam kartun, dan panel, termasuk bahasa verbal. Penggunaan kartun dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dilihat dapat mewujudkan peluang kepada mereka untuk menjadi lebih kreatif dan dapat meluaskan lagi pengetahuan mereka serta merangsang pembelajaran baru. Dengan demikian guru dapat menggunakan pendekatan asas masalah untuk membantu pelajar dalam memahami dan mempelajari matematik. Dengan penggunaan kartun juga prestasi pelajar mampu ditingkatkan apabila ia melibatkan dengan proses penyelesaian masalah. Ini adalah kerana penyelesaian masalah memberikan peluang kepada pelajar untuk melihat dan menghubungkaitkan idea-idea matematik dalam pembinaan kartun bersiri. Ini boleh membantu menjadikan pembelajaran matematik lebih mencabar serta lebih menarik dan bukan lagi sesuatu yang membosankan. Pengalaman dalam penyelesaian masalah, membolehkan pelajar menghasilkan idea baru dan boleh menghasilkan penyelesaian yang inovatif apabila berhadapan dengan masalah dan ia juga dapat menggalakkan pelajar berfikir secara heuristik, dimana pelajar digalakkan untuk mencuba dan belajar dari kesilapan dalam mencaripenyelesaian sesuatu masalah. Ia pasti akan dapat membantu membangunkan kemahiran menyelesaikan masalah para pelajar di dalam kelas mahupun di dalam kehidupan sebenar.

Rujukan

Abdul Ghani Abdullah, Abd. Rahman Abdul Aziz & Abdul Rashid Mohamed. (2007). Humor dalam pengajaran. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Awang Sariyan. (2011). Pelajar asing belajar Bahasa Melayu melalui Upin dan Ipin. Akhbar Kosmo, 17 Mac.

Ong Eng Tek & Ahmad Nizam Abdullah. (2009). Keberkesanan modul kartun dalam pengajaran dan pembelajaran Biologi Tingkatan Empat. Jurnal Sains dan Matematik, 1 (2): 77-86.

Bara Levitt, (2013). Uses Cartoon To Bulid Problem Solving Skills. Diperoleh pada 10 Ogos 2014, daripada laman web

http://about.knowre.com/2014/05/summercartoons/

Rashiqah Ilmi binti Abdul Rahim, (2010). Komik Jadi Bahan Pembelajaran. Diperoleh pada 15 Ogos 2014, daripada laman web

http://w1.bharian.com.my/bharian/articles/Komikjadibahanpembelajaran/Article

4