UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN · PDF fileUndang dan Peraturan-Peraturan Am Pertandingan Bola...

6

Click here to load reader

Transcript of UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN · PDF fileUndang dan Peraturan-Peraturan Am Pertandingan Bola...

Page 1: UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN · PDF fileUndang dan Peraturan-Peraturan Am Pertandingan Bola Jaring Jabatan Perdana Menteri. 2.2 TARIKH DAN TEMPAT ... BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN

1

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN

PERTANDINGAN BOLAJARING JPM 2012

1. NAMA PERTANDINGAN

Pertandingan ini dinamakan PERTANDINGAN BOLAJARING JABATAN PERDANA MENTERI 2012 anjuran Kelab Bukit Perdana Jabatan Perdana Menteri.

2. PERATURAN PERTANDINGAN

2.1 UNDANG-UNDANG Pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-Undang Gabungan Persekutuan Bola Jaring Wanita Antarabangsa (IFNA) serta Undang-Undang dan Peraturan-Peraturan Am Pertandingan Bola Jaring Jabatan Perdana Menteri. 2.2 TARIKH DAN TEMPAT

2.2.1 Pertandingan akan diadakan seperti ketetapan berikut: Tarikh: 17 Mac 2012 (Sabtu) Tempat: Padang Bola Jaring, Taman Pancarona

Presint 18 Putrajaya.

Masa: 8.00 pagi hingga 6.00 petang 2.2.2 Taklimat dan undian akan dijalankan pada 15 Mac 2012

(Khamis) di Bilik Mesyuarat Aras 2, Blok B8, Kompleks JPM, Putrajaya pada jam 10.00 pagi.

Page 2: UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN · PDF fileUndang dan Peraturan-Peraturan Am Pertandingan Bola Jaring Jabatan Perdana Menteri. 2.2 TARIKH DAN TEMPAT ... BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN

2

2.2.4 Pihak penganjur berhak menjalankan undian bagi pihak sekiranya tiada wakil.

2.3 SISTEM PERTANDINGAN 2.3.1 Setiap pasukan akan di bahagikan kepada beberapa kumpulan,

pusingan awal dijalankan secara liga. Johan dan Naib Johan kumpulan layak ke peringkat seterusnya. Peringkat suku akhir hingga akhir dijalankan secara kalah mati.

3. PENDAFTARAN PEMAIN

3.1 Sepuluh (10) orang pemain sepasukan, minimum tujuh (7) orang pemain; dan

3.2 Senarai nama-nama pemain untuk setiap perlawanan hendaklah

diserahkan kepada Urusetia Pertandingan 30 minit sebelum pertandingan bermula.

4. SISTEM DAN MASA PERMAINAN

Dalam semua peringkat pertandingan, masa permainan adalah seperti berikut: 4.1 07 minit masa pertama 4.2 02 minit rehat 4.3 07 minit masa kedua

5. PERTUKARAN PEMAIN

Lima (5) orang pemain untuk pertukaran, semasa rehat atau jika berlaku kecederaan dalam masa permainan.

6. PENENTUAN KEDUDUKAN DALAM KUMPULAN

Pasukan yang mendapat mata tertinggi akan diisytihar Johan dan pasukan yang mendapat mata kedua tertinggi akan diisytiharkan Naib Johan. Sekiranya pasukan mendapat mata yang sama, maka cara penentuan adalah seperti berikut:

Page 3: UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN · PDF fileUndang dan Peraturan-Peraturan Am Pertandingan Bola Jaring Jabatan Perdana Menteri. 2.2 TARIKH DAN TEMPAT ... BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN

3

6.1 Pasukan yang mempunyai perbezaan jaringan terbanyak dikira menang.

6.2 Jika masih seri, pasukan yang mempunyai perbezaan kena jaring yang terendah dikira pemenang.

6.3 Jika masih seri juga, keputusan perlawanan di antara pasukan

yang terlibat sebelumnya akan menentukan pemenang. 7. PERLAWANAN SEPARUH AKHIR DAN AKHIR

Dalam perlawanan peringkat ini, jika terdapat keputusan seri setelah tamat masa permainan, maka tiga (3) hantaran tengah akan diadakan di mana kedua-dua pasukan ditentukan dengan membuat undian untuk menentukan pasukan mana yang akan membuat permulaan hantaran tengah. Pasukan yang mendahului dengan dua (2) jaringan gol terlebih dahulu diisytihar sebagai pemenang.

8. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

8.1 Mana-mana pasukan yang datang lewat selepas masa tambahan 5 minit dari masa permainan yang ditetapkan dianggap telah memberi kemenangan percuma (3 mata) tanpa kiraan mata jaringan;

8.2 Semua pemain mesti memakai ‘Track Bottom”. Seluar pendek

atau skirt tidak dibenarkan; 8.3 Tiap-tiap pasukan dikehendaki membawa dua (2) set bib yang

berlainan warna, untuk mebuat pertukaran jika berlaku persamaan warna;

8.4 Hanya pemain-pemain yang didaftarkan dalam borang

penyertaan sahaja dibenarkan bermain di sepanjang

pertandingan ini (peringkat liga hingga ke peringkat akhir). Semua

pemain diwajibkan membawa bersama pas pekerja/surat

tawaran pekerjaan pada hari pertandingan (bagi tujuan

pengesahan);

Page 4: UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN · PDF fileUndang dan Peraturan-Peraturan Am Pertandingan Bola Jaring Jabatan Perdana Menteri. 2.2 TARIKH DAN TEMPAT ... BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN

4

8.5 Hanya SEORANG sahaja pemain yang pernah mewakili negara dan negeri bagi pertandingan peringkat Kebangsaan, MAKSAK dan SUKMA tahun 2007 hingga kini yang boleh didaftarkan dalam pasukan;

8.6 Setiap pemain hanya dibenarkan mewakili satu pasukan sahaja;

8.7 Warga Jabatan/Agensi di bawah JPM yang bekerja di luar dari JPM (Jawatan Kader) adalah tidak dibenarkan mewakili Jabatan asal beliau;

8.8 Setiap pasukan hanya dibenar mengambil dua (2) orang sahaja pemain dari jabatan/agensi di bawah JPM yang tidak mewakili jabatan/agensi tersebut. Walau bagaimanapun, keutamaan penyertaan harus diberikan kepada jabatan/agensi asal pemain itu sendiri;

8.9 Jika sesuatu pasukan menarik diri, maka pasukan tersebut tidak

dibenar meneruskan pertandingan;

8.10 Pasukan tersebut dianggap tidak menyertai pertandingan ini dengan semua mata dan jaringan gol dibatalkan;

8.11 Jika ada apa-apa bantahan ianya hendaklah dibuat secara

bertulis tidak lewat dari 30 minit selepas perlawanan yang dibantah itu tamat kepada Jawatankuasa Penganjur kejohanan berserta dengan wang tunai RM300.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Ratus Sahaja) sebagai cagaran;

8.12 Jika bantahan diterima wang cagaran akan dikembalikan jika

tidak perkara sebaliknya akan berlaku; dan 8.13 Bantahan akan didengar oleh Jawatankuasa Penganjur dan

Pengadil. Keputusan adalah muktamad; 9. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa pertandingan yang berkenaan dan keputusan adalah MUKTAMAD.

Page 5: UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN · PDF fileUndang dan Peraturan-Peraturan Am Pertandingan Bola Jaring Jabatan Perdana Menteri. 2.2 TARIKH DAN TEMPAT ... BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN

5

10. HADIAH PERTANDINGAN

Hadiah yang disediakan adalah seperti berikut:

Bil. Tempat Nilai

1.

JOHAN NAIB JOHAN KETIGA & KEEMPAT

RM700.00 RM500.00 RM200.00 RM200.00

11. BAYARAN DAN BORANG PENYERTAAN

11.1 Bayaran penyertaan bagi setiap Jabatan/Agensi/Bahagian ialah RM100.00 (Ringgit Malaysia: Seratus Sahaja). Semua bayaran hendaklah dibuat secara tunai; dan

11.2 Borang penyertaan yang telah lengkap diisi hendaklah

dikemukakan beserta bayaran masuk bertanding pada atau sebelum 14 Mac 2012 (Rabu) kepada:

Setiausaha

Kelab Bukit Perdana Jabatan Perdana Menteri Aras -1, Blok B8, Kompleks JPM Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 PUTRAJAYA (u.p. Encik Mohammad Suhaimi bin Md Saad) Tel. No: 03-8872 3431 Faks No: 03-88883106 Email: [email protected]

Page 6: UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN · PDF fileUndang dan Peraturan-Peraturan Am Pertandingan Bola Jaring Jabatan Perdana Menteri. 2.2 TARIKH DAN TEMPAT ... BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN

6

BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN BOLA JARING

JABATAN PERDANA MENTERI 2012 Nama Jabatan/Agensi/Bahagian: .............................................................................

Nama Ketua Pasukan : ......................................................................................... No. Tel: ................................................ (Pej.) ...................................................... (H/P)

No. Faks: .............................................. (e-mel): ...........................................................

Bil.

Nama Penuh Pemain No. MYKAD

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10. Semua Salinan KAD PAS (Pas Pekerja) pemain hendaklah disertakan bersama semasa penyerahan borang penyertaan ini.

PENGAKUAN DIRI Saya Pengurus Pasukan seperti nama di atas dengan ini bersetuju mengikut segala undang-undang dan peraturan serta mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak penganjur dan pasukan saya mengaku tidak akan mengemukakan sebarang tuntutan terhadap pihak penganjur di atas sebarang musibah ke atas diri/pasukan saya sebelum, semasa dan selepas menyertai pertandingan ini.

Tarikh: ..................................... .......................................................

(Tandatangan Pengurus Pasukan)