1
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN
PERTANDINGAN BOLAJARING JPM 2012
1. NAMA PERTANDINGAN
Pertandingan ini dinamakan PERTANDINGAN BOLAJARING JABATAN PERDANA MENTERI 2012 anjuran Kelab Bukit Perdana Jabatan Perdana Menteri.
2. PERATURAN PERTANDINGAN
2.1 UNDANG-UNDANG Pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-Undang Gabungan Persekutuan Bola Jaring Wanita Antarabangsa (IFNA) serta Undang-Undang dan Peraturan-Peraturan Am Pertandingan Bola Jaring Jabatan Perdana Menteri. 2.2 TARIKH DAN TEMPAT
2.2.1 Pertandingan akan diadakan seperti ketetapan berikut: Tarikh: 17 Mac 2012 (Sabtu) Tempat: Padang Bola Jaring, Taman Pancarona
Presint 18 Putrajaya.
Masa: 8.00 pagi hingga 6.00 petang 2.2.2 Taklimat dan undian akan dijalankan pada 15 Mac 2012
(Khamis) di Bilik Mesyuarat Aras 2, Blok B8, Kompleks JPM, Putrajaya pada jam 10.00 pagi.
2
2.2.4 Pihak penganjur berhak menjalankan undian bagi pihak sekiranya tiada wakil.
2.3 SISTEM PERTANDINGAN 2.3.1 Setiap pasukan akan di bahagikan kepada beberapa kumpulan,
pusingan awal dijalankan secara liga. Johan dan Naib Johan kumpulan layak ke peringkat seterusnya. Peringkat suku akhir hingga akhir dijalankan secara kalah mati.
3. PENDAFTARAN PEMAIN
3.1 Sepuluh (10) orang pemain sepasukan, minimum tujuh (7) orang pemain; dan
3.2 Senarai nama-nama pemain untuk setiap perlawanan hendaklah
diserahkan kepada Urusetia Pertandingan 30 minit sebelum pertandingan bermula.
4. SISTEM DAN MASA PERMAINAN
Dalam semua peringkat pertandingan, masa permainan adalah seperti berikut: 4.1 07 minit masa pertama 4.2 02 minit rehat 4.3 07 minit masa kedua
5. PERTUKARAN PEMAIN
Lima (5) orang pemain untuk pertukaran, semasa rehat atau jika berlaku kecederaan dalam masa permainan.
6. PENENTUAN KEDUDUKAN DALAM KUMPULAN
Pasukan yang mendapat mata tertinggi akan diisytihar Johan dan pasukan yang mendapat mata kedua tertinggi akan diisytiharkan Naib Johan. Sekiranya pasukan mendapat mata yang sama, maka cara penentuan adalah seperti berikut:
3
6.1 Pasukan yang mempunyai perbezaan jaringan terbanyak dikira menang.
6.2 Jika masih seri, pasukan yang mempunyai perbezaan kena jaring yang terendah dikira pemenang.
6.3 Jika masih seri juga, keputusan perlawanan di antara pasukan
yang terlibat sebelumnya akan menentukan pemenang. 7. PERLAWANAN SEPARUH AKHIR DAN AKHIR
Dalam perlawanan peringkat ini, jika terdapat keputusan seri setelah tamat masa permainan, maka tiga (3) hantaran tengah akan diadakan di mana kedua-dua pasukan ditentukan dengan membuat undian untuk menentukan pasukan mana yang akan membuat permulaan hantaran tengah. Pasukan yang mendahului dengan dua (2) jaringan gol terlebih dahulu diisytihar sebagai pemenang.
8. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
8.1 Mana-mana pasukan yang datang lewat selepas masa tambahan 5 minit dari masa permainan yang ditetapkan dianggap telah memberi kemenangan percuma (3 mata) tanpa kiraan mata jaringan;
8.2 Semua pemain mesti memakai ‘Track Bottom”. Seluar pendek
atau skirt tidak dibenarkan; 8.3 Tiap-tiap pasukan dikehendaki membawa dua (2) set bib yang
berlainan warna, untuk mebuat pertukaran jika berlaku persamaan warna;
8.4 Hanya pemain-pemain yang didaftarkan dalam borang
penyertaan sahaja dibenarkan bermain di sepanjang
pertandingan ini (peringkat liga hingga ke peringkat akhir). Semua
pemain diwajibkan membawa bersama pas pekerja/surat
tawaran pekerjaan pada hari pertandingan (bagi tujuan
pengesahan);
4
8.5 Hanya SEORANG sahaja pemain yang pernah mewakili negara dan negeri bagi pertandingan peringkat Kebangsaan, MAKSAK dan SUKMA tahun 2007 hingga kini yang boleh didaftarkan dalam pasukan;
8.6 Setiap pemain hanya dibenarkan mewakili satu pasukan sahaja;
8.7 Warga Jabatan/Agensi di bawah JPM yang bekerja di luar dari JPM (Jawatan Kader) adalah tidak dibenarkan mewakili Jabatan asal beliau;
8.8 Setiap pasukan hanya dibenar mengambil dua (2) orang sahaja pemain dari jabatan/agensi di bawah JPM yang tidak mewakili jabatan/agensi tersebut. Walau bagaimanapun, keutamaan penyertaan harus diberikan kepada jabatan/agensi asal pemain itu sendiri;
8.9 Jika sesuatu pasukan menarik diri, maka pasukan tersebut tidak
dibenar meneruskan pertandingan;
8.10 Pasukan tersebut dianggap tidak menyertai pertandingan ini dengan semua mata dan jaringan gol dibatalkan;
8.11 Jika ada apa-apa bantahan ianya hendaklah dibuat secara
bertulis tidak lewat dari 30 minit selepas perlawanan yang dibantah itu tamat kepada Jawatankuasa Penganjur kejohanan berserta dengan wang tunai RM300.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Ratus Sahaja) sebagai cagaran;
8.12 Jika bantahan diterima wang cagaran akan dikembalikan jika
tidak perkara sebaliknya akan berlaku; dan 8.13 Bantahan akan didengar oleh Jawatankuasa Penganjur dan
Pengadil. Keputusan adalah muktamad; 9. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa pertandingan yang berkenaan dan keputusan adalah MUKTAMAD.
5
10. HADIAH PERTANDINGAN
Hadiah yang disediakan adalah seperti berikut:
Bil. Tempat Nilai
1.
JOHAN NAIB JOHAN KETIGA & KEEMPAT
RM700.00 RM500.00 RM200.00 RM200.00
11. BAYARAN DAN BORANG PENYERTAAN
11.1 Bayaran penyertaan bagi setiap Jabatan/Agensi/Bahagian ialah RM100.00 (Ringgit Malaysia: Seratus Sahaja). Semua bayaran hendaklah dibuat secara tunai; dan
11.2 Borang penyertaan yang telah lengkap diisi hendaklah
dikemukakan beserta bayaran masuk bertanding pada atau sebelum 14 Mac 2012 (Rabu) kepada:
Setiausaha
Kelab Bukit Perdana Jabatan Perdana Menteri Aras -1, Blok B8, Kompleks JPM Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 PUTRAJAYA (u.p. Encik Mohammad Suhaimi bin Md Saad) Tel. No: 03-8872 3431 Faks No: 03-88883106 Email: [email protected]
6
BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN BOLA JARING
JABATAN PERDANA MENTERI 2012 Nama Jabatan/Agensi/Bahagian: .............................................................................
Nama Ketua Pasukan : ......................................................................................... No. Tel: ................................................ (Pej.) ...................................................... (H/P)
No. Faks: .............................................. (e-mel): ...........................................................
Bil.
Nama Penuh Pemain No. MYKAD
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10. Semua Salinan KAD PAS (Pas Pekerja) pemain hendaklah disertakan bersama semasa penyerahan borang penyertaan ini.
PENGAKUAN DIRI Saya Pengurus Pasukan seperti nama di atas dengan ini bersetuju mengikut segala undang-undang dan peraturan serta mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak penganjur dan pasukan saya mengaku tidak akan mengemukakan sebarang tuntutan terhadap pihak penganjur di atas sebarang musibah ke atas diri/pasukan saya sebelum, semasa dan selepas menyertai pertandingan ini.
Tarikh: ..................................... .......................................................
(Tandatangan Pengurus Pasukan)
Top Related