UNIT 3

19
UNIT 3 CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN Ciri utama usahawan merupakan set tingkah laku yang menyumbang ke atas kejayaan seseorang usahawan berjaya. Individu yang cenderung untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan perlu memahami profil usahawan berjaya, menghayati dan mengamalkan ciri utama usahawan berjaya

description

UNIT 3. CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN - PowerPoint PPT Presentation

Transcript of UNIT 3

Page 1: UNIT 3

UNIT 3

CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN

Ciri utama usahawan merupakan set tingkah laku yang menyumbang ke atas kejayaan seseorang usahawan berjaya.

Individu yang cenderung untuk menceburkan diri dalam bidang

keusahawanan perlu memahami profil usahawan berjaya, menghayati dan mengamalkan ciri utama usahawan

berjaya

Page 2: UNIT 3

CIRI-CIRI UTAMA USAHAWAN

KREATIF INOVATIF BIJAK MENGAMBIL PELUANG BERWAWASAN ATAU BERPANDANGAN

JAUH MEMILIKI DORONGAN DALAMAN TIDAK MUDAH PUTUS ASA BERANI MENGAMBIL RISIKO

Unit 3 – Ciri-Ciri Keusahawanan

Page 3: UNIT 3

1. KREATIF

Bermaksud : mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu produk atau idea baru dan asli.

Contoh :* berkemampuan mencipta kereta yang boleh terbang bila diperlukan.* penciptaan mesin Automatic Teller Machine (ATM).

Page 4: UNIT 3

2. INOVATIF

Bermaksud: kebolehan untuk melakukan pembaharuan atau pengubahsuaian untuk mempertingkatkan atau memperbaiki mutu sesuatu produk

Kehendak manusia yang sentiasa berubah merupakan penggerak kepada inovasi

Inovasi yang dilakukan akan mengandungi elemen kreativiti di dalamnya.

Unit 3 – Ciri-Ciri Keusahawanan

Page 5: UNIT 3

Sambungan………….

Contoh: ketidakselesaan membawa pelbagai jenis kad seperti lesen, kad pengenalan, kad ATM dan lain-lain dapat diatasi dengan mencipta satu kad serba guna iaitu kad pintar

Matlamat inovasi ialah untuk melakukan sesuatu dengan efisyen dan berkesan

Unit 3 – Ciri-Ciri Keusahawanan

Page 6: UNIT 3

3. BIJAK MENGAMBIL PELUANG

Peluang bermaksud kesempatan yang datang atau dicari untuk direbut dan dimanfaatkan oleh seseorang bagi mendapatkan hasil atau pulangan yang menguntungkan

Contoh: pembangunan kawasan perumahan baru akan mewujudkan pelbagai peluang perniagaan seperti peruncitan, pengangkutan dan komunikasi.

Oleh itu usahawan perlu bijak merebut peluang dan menjalankan perniagaan yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak penduduk

Unit 3 – Ciri-Ciri Keusahawanan

Page 7: UNIT 3

4. BERWAWASAN

Wawasan ialah matlamat jangka panjang

Wawasan memberi hala tuju yang menjadi panduan kepada seorang usahawan

Wawasan yang diimpikan perlu diisi dengan usaha yang gigih dan realistik

Contoh: Tan Sri Azman Hashim mempunyai wawasan untuk mewujudkan satu rangkaian bank sendiri

Unit 3 – Ciri-Ciri Keusahawanan

Page 8: UNIT 3

5. MEMILIKI DORONGAN DALAMAN

Dorongan dalaman : desakan yang terbit dari dalam diri usahawan untuk mencapai kejayaan

Usahawan yang mempunyai dorongan dalaman yang kuat dapat membuktikan kemampuan dirinya

Dorongan dalaman meliputi keyakinan diri untuk melakukan sesuatu tugas serta menghadapi cabaran dengan jayanya.

Unit 3 – Ciri-Ciri Keusahawanan

Page 9: UNIT 3

6. TIDAK MUDAH PUTUS ASA

Bermaksud: cekal menghadapi pelbagai halangan dan cabaran

Usahawan yang berjaya tidak mudah putus asa apabila menghadapi kegagalan, berusaha berulang kali untuk mengatasi cabaran yang menghalang pencapaian matlamat

Apabila gagal dia akan terus mencuba kerana setiap kegagalan akan memberi pengajaran yang sangat berguna

Unit 3 – Ciri-Ciri Keusahawanan

Page 10: UNIT 3

PROFIL USAHAWAN YANG BERJAYA

Profil usahawan yang berjaya adalah satu gambaran yang menerangkan tentang latar belakang dan faktor yang membawa seseorang usahawan kepada kejayaan

Usahawan yang berjaya boleh ditakrifkan sebagai seorang usahawan yang telah berjaya mendirikan dan memperluaskan perniagaannya

Unit 3 – Ciri-Ciri Keusahawanan

Page 11: UNIT 3

PROFIL USAHAWAN YANG BERJAYA

LATAR BELAKANG FAKTOR DORONGAN KEGAGALAN DAN HALANGAN CARA MENGATASI KEGAGALAN DAN

HALANGAN KEJAYAAN PRINSIP HIDUP

Unit 3 – Ciri-Ciri Keusahawanan

Page 12: UNIT 3

LATAR BELAKANG

Usahawan yang berjaya mempunyai faktor latar belakang yang berbeza

Antaranya: latar belakang keluarga sama ada dari segi keluarga perniagaan atau makan gaji, kedudukan di dalam keluarga sama ada anak sulung atau tidak, pengalaman kepimpinan dan pengurusan, kemahiran teknikal dan kemahiran hubungan manusia (interpersonal)

Unit 3 – Ciri-Ciri Keusahawanan

Page 13: UNIT 3

FAKTOR DORONGAN

Dorongan: rangsangan dalaman dan luaran yang diperlukan oleh usahawan untuk mencapai kejayaan yang cemerlang

Dorongan dalaman menjadi pemangkin untuk berusaha bersungguh-sungguh – desakan dari dalam diri sendiri

Dorongan luaran adalah daripada ahli keluarga, masyarakat, kerajaan, dewan-dewan perniagaan dan tokoh korporat yang berjaya

Unit 3 – Ciri-Ciri Keusahawanan

Page 14: UNIT 3

KEGAGALAN DAN HALANGAN

Terdapat 2 jenis halangan iaitu halangan dalaman ( kelemahan diri sendiri) dan luaran (faktor persekitaran, undang-undang dan kebudayaan)

Faktor yang menyebabkan kegagalan : pengurusan kewangan yang tidak cekap, tidak peka kepada maklumat sekeliling, ketidakcekapan dalam pengeluaran dan produk yang tidak kompetitif

Unit 3 – Ciri-Ciri Keusahawanan

Page 15: UNIT 3

Sambungan……

Usahawan perlu menjadikan kegagalan sebagai pengajaran, perlu memperbaiki kesilapan dan mengelakkan dari melakukan kesilapan yang serupa di masa hadapan

Unit 3 – Ciri-Ciri Keusahawanan

Page 16: UNIT 3

CARA MENGATASI KEGAGALAN DAN HALANGAN

Mengatur strategi perniagaan yang lebih mantap

Melengkapkan diri dan sumber-sumber kawalannya seperti tenaga kerja, teknologi pengeluaran, mesin, peralatan dan bahan mentah

Contoh: kegagalan menyiapkan projek perumahan pada tempoh masa yang ditetapkan boleh diatasi dengan perancangan yang rapi

Unit 3 – Ciri-Ciri Keusahawanan

Page 17: UNIT 3

KEJAYAAN

Bermaksud: suatu kemajuan ke arah pencapaian matlamat cemerlang

Setiap individu mempunyai takrif kejayaan yang tersendiri

Seseorang usahawan akan sentiasa berusaha untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan

Unit 3 – Ciri-Ciri Keusahawanan

Page 18: UNIT 3

PRINSIP HIDUP

Bermaksud: asas pegangan yang dijadikan sebagai panduan dalam hidup seseorang

Usahawan berjaya biasanya mempunyai prinsip hidup sebagai pegangan mereka

Contoh: jujur dalam urusniaga, amanah, cekap, sederhana, telus mengendalikan perniagaan dan lain-lain

Unit 3 – Ciri-Ciri Keusahawanan

Page 19: UNIT 3