WacanaIslamHadhari

18
1 Islam Hadhari dari Perspektif Bukan Islam Dr. Sarjit S. Gill Fakulti Ekologi Manusia, UPM Wacana Bulanan Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 20 Mac 2007

description

waj

Transcript of WacanaIslamHadhari

Page 1: WacanaIslamHadhari

1

Islam Hadhari dari Perspektif Bukan Islam

Dr. Sarjit S. Gill Fakulti Ekologi Manusia, UPM

Wacana Bulanan Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA20 Mac 2007

Page 2: WacanaIslamHadhari

2

Fokus perbincangan1. Epistemologi Islam Hadhari2. Peri pentingnya Islam Hadhari3. Objektif Islam Hadhari4. 10 Prinsip Islam Hadhari5. Islam Hadhari dan Modal Insan6. Respons Masyarakat Bukan Islam

Terhadap Islam Hadhari7. Faktor Kelesuan Wacana Islam

Hadhari8. Saranan Pemerkasaan Islam Hadhari

Page 3: WacanaIslamHadhari

3

Epistemologi Islam Hadhari YAB Perdana Menteri (2004) menegaskan: “... Islam Hadhari adalah usaha untuk

mengembalikan umat Islam kepada asas – kepada fundamental. Asas dan fundamental menurut yang terkandung dalam Al-Quran dan hadis yang merupakan teras pembinaan tamadun Islam. Islam Hadhari jikalau ditafsir secara jelas, sama sekali tidak akan memesongkan mana-mana umat Islam daripada asas akidah”.

Page 4: WacanaIslamHadhari

4

Peri pentingnya Islam Hadhari

Pendekatan Islam Hadhari (PIH) penting kerana menekankan ketamadunan Islam yang berpaksikan kepada ajaran asas agama tersebut.

PIH bertujuan mewujudkan dan mengukuhkan tamadun yang berteraskan Islam.

Page 5: WacanaIslamHadhari

5

Samb. Konsep IH yang membawa pendekatan

mulia dalam pembentukan sebuah negara yang harmoni disalah anggap oleh bukan Melayu. Ada dua pandangan popular dalam kalangan masyarakat bukan Islam:

i. Apakah IH agama baharu?ii. Adakah IH satu proses Islamisasi yang

baharu di Malaysia? Kedua-dua pandangan perlu diberi

perhatian secara ilmiah.

Page 6: WacanaIslamHadhari

6

Objektif Islam Hadhari

Melahirkan individu dan masyarakat Islam yang mempunyai kekuatan spiritual, akhlak, intelektual, material, mampu berdikari, berdaya saing, melihat ke hadapan, inovatif serta cekap menangani cabaran semasa secara bijaksana, rasional, praktikal dan damai (JAKIM 2005: 14).

Page 7: WacanaIslamHadhari

7

Samb. Objektif IH mantap, ideal dan bersifat

menyeluruh. Ia wajar diberi perhatian oleh

masyarakat tanpa mengira latar belakang agama kerana IH berpaksikan nilai dan norma positif sekali gus membentuk keperibadian dan sahsiah individu bercirikan agama.

Page 8: WacanaIslamHadhari

8

Samb. IH menekankan pelbagai nilai

kemanusiaan dan kemasyarakatan. Tidak salah bagi penganut agama lain

memahami IH dan dijadikan panduan mengikut acuan agama masing-masing.

Perlu ditegaskan semua ajaran agama menekankan nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan yang murni.

Page 9: WacanaIslamHadhari

9

10 Prinsip Islam Hadhari(1) Keimanan dan Ketaqwaan Kepada Allah; (2) Kerajaan Adil dan Beramanah; (3) Rakyat Berjiwa Merdeka; (4) Penguasaan Ilmu Pengetahuan; (5) Pembangunan Ekonomi Seimbang &

Komprehensif; (6) Kehidupan Berkualiti; (7) Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita; (8) Keutuhan Budaya dan Moral; (9) Pemuliharaan Alam Semulajadi dan (10) Kekuatan Pertahanan

(Sumber: JAKIM, 2005: 17)

Page 10: WacanaIslamHadhari

10

Islam Hadhari dan Modal Insan Menurut Abdul Rahman Embong (2006)

konsep pembangunan modal insan adalah sebahagian daripada konsep pembangunan insan (atau ‘pembangunan manusia’) yg lebih luas.

Manusia atau insan yang dijadikan matlamat pembangunan akan mendapat faedah dan berupaya menikmati kualiti kehidupan dan kesejahteraan yang lebih baik.

Page 11: WacanaIslamHadhari

11

Respons Masyarakat Bukan Islam Terhadap IH

Wacana mengenai IH agak lesu di kalangan orang Melayu.

Ada pelbagai pandangan dan kritikan mengenai IH.

Orang bukan Melayu semacam keliru dan mahukan penjelasan lebih lanjut mengenai agenda murni yang dibawa YAB Perdana Menteri.

Page 12: WacanaIslamHadhari

12

Faktor Kelesuan Wacana IH

Agenda murni YAB Perdana Menteri semacam tidak difahami oleh barisan kepemimpinan negara.

Jarang sekali kedengaran wakil rakyat terutama Melayu menyentuh mengenai IH pada majlis perasmian, pelancaran dan keramaian pada peringkat nasional dan negeri.

Page 13: WacanaIslamHadhari

13

Menurut Mohd. Kamal Hassan (2005) pendekatan Islam Hadhari (PIH) - suatu dasar baru dan belum pun sempat menunjukkan hasil, ia terpaksa berhadapan dengan pelbagai sikap sinis dan nakal dari kalangan umat Islam Malaysia sendiri tentang pengungakapan dan konseptualisasinya.

Page 14: WacanaIslamHadhari

14

Sehingga kini, jarang kedengaran pemimpin MCA, MIC, Gerakan atau PPP yang memberi pandangan mengenai IH.

Adakah pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) memahami dan menghayati secara murni 10 prinsip IH?

Perlu ditegaskan, Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan Misi Nasional yang digubal kerajaan memfokus kepada IH terutama dalam konteks pembinaan modal insan.

Page 15: WacanaIslamHadhari

15

Penekanan modal insan perlu mencirikan personaliti unggul.

Ia amat penting kerana golongan yang baik dari segi mental, fizikal dan rohani sebenarnya berupaya menentukan hala tuju dan pembangunan negara pada masa hadapan.

Page 16: WacanaIslamHadhari

16

Saranan Pemerkasaan IH Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) perlu lebih komited untuk memberi penerangan kepada masyarakat bukan Islam mengenai IH.

Hal ini kerana orang bukan Islam turut mempunyai semangat ingin tahu mengenai kandungan & mesej IH memandangkan semua prinsipnya memberi mesej sejagat kepada umat manusia untuk kembali kepada ajaran asas agama masing-masing.

Page 17: WacanaIslamHadhari

17

Samb. Dialog terbuka mengenai IH; Pertandingan menulis esei peringkat sekolah, kolej

dan universiti; Papan iklan yang memaparkan 10 prinsip IH; Ruangan soal jawab IH dalam akhbar dan laman web; Media massa, iaitu media elektronik seperti televisyen

dan radio yang membahaskan Debat Perdana - menjemput sarjana yang mengkhusus dalam bidang agama & masyarakat; menambah program televisyen atau radio 30 minit bersama Menteri mengenai IH;

Brosur - kandungan IH.

Page 18: WacanaIslamHadhari

18

Penutup IH penting difahami oleh semua lapisan

masyarakat terutama masyarakat Melayu Muslim.

Tujuannya memastikan semangat kerjasama dan muafakat serta toleransi agama berkekalan sepanjang masa dalam kalangan masyarakat Malaysia yang multietnik sifatnya.

Semua prinsip IH relevan dengan agama yang dianuti oleh masyakarat Malaysia.