Wk5-t5 - Ekonomi Mikro - Keseimbangan Pasaran

9
TOPIK 5 KESEIMBANGAN PASARAN

description

Keseimbangan

Transcript of Wk5-t5 - Ekonomi Mikro - Keseimbangan Pasaran

Page 1: Wk5-t5 - Ekonomi Mikro - Keseimbangan Pasaran

TOPIK 5

KESEIMBANGAN PASARAN

Page 2: Wk5-t5 - Ekonomi Mikro - Keseimbangan Pasaran

Keseimbangan Pasaran

Merujuk kepada satu keadaan di mana kuantiti sesuatu barang yang

diminta dalam pasaran sama dengan kuantiti barang tersebut yang di

tawarkan dalam pasaran tersebut. Didapati pada tingkat keseimbangan

harga yang ditawarkan oleh penjual sama dengan harga yang sanggup

dibayar oleh pengguna

Ia juga merujuk kepada satu keadaan di mana tingkat harga pasaran tidak

didorong untuk mengalami perubahan. Boleh digambarkan dengan tiga

cara

i. Cara jadual/data

ii. Cara gambar rajah

iii. Cara matematik

Cara Jadual

Harga

(RM)

Kuantiti

diminta(unit)

Kuantiti

ditawar(unit) Ulasan

2 200 60 Qd>Qs, wujud >n DD, P

4 190 120 Qd>Qs, wujud >n DD, P

6 180 180 Qd=Qs, tdk ada >nDD/SS, P≠Δ

8 170 240 Qs>Qd, wujud >nSS, P

10 160 300 Qs>Qd, wujud >nSS, P

Dalam jadual di atas keseimbangan berlaku pada tingkat harga RM6. Ini

adalah kerana kuantiti yang diminta dalam pasaran iaitu 180 unit sama

dengan kuantiti yang ditawarkan dalam pasaran iaitu 180 unit. Didapati

pada tingkat ini tidak wujud lebihan permintaan atau lebihan penawaran

serta tingkat harga di pasaran tidak didorong untuk mengalami perubahan.

Page 3: Wk5-t5 - Ekonomi Mikro - Keseimbangan Pasaran

Jika tingkat harga pasaran ialah RM2 wujudlah satu keadaan di mana

kuantiti yang diminta dalam pasaran (200 unit) melebihi kuantiti yang

ditawarkan dalam pasaran (60 unit). Ini bererti wujudlah lebihan permintaan.

Lebihan permintaan ini akan memaksa harga pasaran meningkat. Harga

pasaran akan meningkat sehingga semua lebihan permintaan dihapuskan.

Ini bermakna harga pasaran akan meningkat sehingga ke tingkat RM6.

Sebaliknya jika harga pasaran ialah RM10 wujudlah satu keadaan di mana

kuantiti yang ditawarkan dalam pasaran (300 unit) melebihi kuantiti yang

diminta dalam pasaran (160 unit). Ini bererti wujudlah lebihan penawaran.

Lebihan penawaran ini akan memaksa harga pasaran menurun. Harga

pasaran akan menurun sehingga semua lebihan penawaran dihapuskan. Ini

bermakna harga pasaran akan menurun sehingga ke tingkat RM6

Rumusan: Keseimbangan pasaran dicapai apabila kuantiti sesuatu barang

yang diminta dalam pasaran menyamai kuantiti barang tersebut yang

ditawarkan dalam pasaran tersebut, serta tidak wujudnya lebihan

permintaan atau lebihan penawaran dan harga tidak didorong untuk

mengalami perubahan.

Page 4: Wk5-t5 - Ekonomi Mikro - Keseimbangan Pasaran

Cara Gambar Rajah

Dalam gambar rajah di atas keseimbangan berlaku pada tingkat harga Pe.

Ini adalah kerana kuantiti yang diminta dalam pasaran iaitu Qe unit sama

dengan kuantiti yang ditawarkan dalam pasaran iaitu Qe unit. Didapati

pada tingkat ini tidak wujud lebihan permintaan atau lebihan penawaran

serta tingkat harga di pasaran tidak didorong untuk mengalami perubahan.

Jika tingkat harga pasaran ialah P1 wujudlah satu keadaan di mana kuantiti

yang diminta dalam pasaran (Q2 unit) melebihi kuantiti yang ditawarkan

dalam pasaran (Q1 unit). Ini bererti wujudlah lebihan permintaan. Lebihan

permintaan ini akan memaksa harga pasaran meningkat. Harga pasaran

akan meningkat sehingga semua lebihan permintaan dihapuskan. Ini

bermakna harga pasaran akan meningkat sehingga ke tingkat Pe.

Sebaliknya jika harga pasaran ialah P1 wujudlah satu keadaan di mana

kuantiti yang ditawarkan dalam pasaran (Q4 unit) melebihi kuantiti yang

diminta dalam pasaran (Q3 unit). Ini bererti wujudlah lebihan penawaran.

Lebihan penawaran ini akan memaksa harga pasaran menurun. Harga

Harga

Kuantiti

S

S

D

D

Lebihan ss

Lebihan DD

E Pe

Qe

P1

Q1 Q

2 Q

3 Q

4

P2

Page 5: Wk5-t5 - Ekonomi Mikro - Keseimbangan Pasaran

pasaran akan menurun sehingga semua lebihan penawaran dihapuskan. Ini

bermakna harga pasaran akan menurun sehingga ke tingkat Pe

Rumusan: Keseimbangan pasaran dicapai apabila kuantiti sesuatu barang

yang diminta dalam pasaran menyamai kuantiti barang tersebut yang

ditawarkan dalam pasaran tersebut, serta tidak wujudnya lebihan

permintaan atau lebihan penawaran dan harga tidak didorong untuk

mengalami perubahan.

Cara Matematik

Keseimbangan berlaku apabila

Qd = Qs

Contoh:- Qd = 300 – 2P manakala Qs = 160 + 3P

Maka cara menghitung keseimbangan ialah

Qd = Qs

300 – 2P = 160 +3P

5P = 140

P = 28

Untuk menentukan kuantiti keseimbangan boleh ganti ke dalam Qd atau Qs

Jika ganti ke dalam Qd maka

Qd = 300 – 2(28) atau Qs = 160 + 3(28)

= 300 – 56 = 160 + 84

= 244 = 244

Maka harga keseimbangan ialah RM28 dan kuantiti keseimbangan ialah 244

unit

Page 6: Wk5-t5 - Ekonomi Mikro - Keseimbangan Pasaran

PERUBAHAN KESEIMBANGAN PASARAN

Pengenalan

Perubahan harga barang lain, cita rasa pengguna, dan pendapatan

pengguna boleh mempengaruhi keseimbangan pasaran

Keluk permintaan dan penawaran beralih ke kanan atau kiri

2 kategori perubahan keseimbangan pasaran

a) perubahan permintaan sahaja

b) perubahan penawaran sahaja

Permintaan meningkat

keseimbangan asal ialah E0

apabila permintaan meningkat keluk permintaan akan beralih ke

kanan dari D0D0 ke D1D1

kesannya ialah titik keseimbangan beralih dari E0 ke E1

Page 7: Wk5-t5 - Ekonomi Mikro - Keseimbangan Pasaran

ini mengakibatkan harga keseimbangan meningkat dari P0 ke P1 dan

kuantiti keseimbangan meningkat dari Q0 ke Q1

Rumusan apabila permintaan meningkat [c.p] harga dan kuantiti

keseimbangan akan meningkat.

Permintaan merosot

keseimbangan asal ialah E0

apabila permintaan merosot keluk permintaan akan beralih ke kiri dari

D0D0 ke D1D1

kesannya ialah titik keseimbangan beralih dari E0 ke E1

ini mengakibatkan harga keseimbangan merosot dari P0 ke P1 dan

kuantiti keseimbangan merosot dari Q0 ke Q1

Rumusan apabila permintaan merosot [c.p] harga dan kuantiti

keseimbangan akan merosot.

Page 8: Wk5-t5 - Ekonomi Mikro - Keseimbangan Pasaran

Penawaran meningkat

keseimbangan asal ialah E0

apabila penawaran meningkat keluk penawaran akan beralih ke

kanan dari S0S0 ke S1S1

kesannya ialah titik keseimbangan beralih dari E0 ke E1

ini mengakibatkan harga keseimbangan merosot dari P0 ke P1 dan

kuantiti keseimbangan meningkat dari Q0 ke Q1

Rumusan apabila penawaran meningkat [c.p] harga keseimbangan

akan merosot manakala kuantiti keseimbangan akan meningkat.

Page 9: Wk5-t5 - Ekonomi Mikro - Keseimbangan Pasaran

Penawaran merosot

keseimbangan asal ialah E0

apabila penawaran merosot keluk penawaran akan beralih ke kiri dari

S0S0 ke S1S1

kesannya ialah titik keseimbangan beralih dari E0 ke E1

ini mengakibatkan harga keseimbangan meningkat dari P0 ke P1 dan

kuantiti keseimbangan merosot dari Q0 ke Q1

Rumusan apabila penawaran merosot [c.p] harga keseimbangan

akan meningkat manakala kuantiti keseimbangan akan merosot.