BMM3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
TAJUK 4 LANGKAH-LANGKAH KHUSUS DALAM PENGELOLAAN SESI PEMULIHAN
SinopsisTajuk ini menjelaskan langkah-langkah khusus dalam pengelolaan sesi pemulihan. Terdapat
enam langkah utama dalam pengelolaan sesi pemulihan di dalam kelas biasa. Langkah
pertama adalah mengenal pasti murid; langkah yang kedua adalah menganalisis masalah,
langkah yang ketiga adalah membuat perancangan, langkah yang keempat adalah
melaksanakan pengajaran, langkah yang kelima adalah membuat penilaian dan akhir sekali
langkah membuat tindakan susulan. Melalui langkah-langkah yang khusus ini, objektif, bahan
bantu mengajar, dan aktiviti khusus yang bersesuaian dengan masalah yang dihadapi oleh
murid hendaklah disediakan oleh guru untuk melaksanakan pemulihan terhadap murid-murid
yang menghadapi masalah pembelajaran pada sesuatu kemahiran bahasa yang diajarkan di
dalam kelas biasa.
Hasil PembelajaranPada akhir tajuk ini, anda dapat:
i. Mengenal pasti masalah murid
ii. Menganalisis masalah pembelajaran dan membuat perancangan pengajaran
iii. Melaksanakan pengajaran pemulihan di dalam bilik darjah, menilai dan membuat
tindakan susulan.
4.1 Mengenal Pasti Masalah MuridMurid-murid pemulihan ialah murid-murid di kelas biasa yang menghadapi masalah
pembelajaran sama ada dalam membaca, menulis, atau mengira. Mereka menunjukkan
ciri-ciri tertentu daripada aspek mental, fizikal, sosial dan emosi (Syed Abu Bakar Syed
Akil, 1997). Pada umumnya murid-murid pemulihan tidak mempunyai masalah
kecacatan akal atau terencat akal. Walau bagaimanapun, murid-murid dalam sesebuah
bilik darjah berbeza-beza daripada segi pengetahuan sedia ada, kebolehan, minat,
bakat dan latar belakang. Kewujudan pelbagai perbezaan ini, menyebabkan terdapat
situasi kelas yang mengandungi murid yang mempunyai tahap kebolehan yang berbeza.
Terdapat murid yang maju, sederhana dan ada yang lemah dan sukar menguasai
pembelajaran berbanding dengan murid-murid lain. Murid yang lemah adalah murid
yang kurang berjaya atau gagal mencapai tahap pembelajaran yang ditentukan dalam
1
BMM3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
mata pelajaran selepas proses pembelajaran berbanding dengan murid-murid lain di
dalam kelasnya.
Guru mata pelajaran Bahasa Malaysia hendaklah mengetahui teknik dan langkah-
langkah khusus dalam pengelolaan sesi pemulihan bagi membantu murid yang
menghadapi masalah pembelajaran kemahiran bahasa atau tahap pencapaian di bawah
tahap pencapaian murid normal. Melalui teknik, aktiviti, langkah-langkah yang khusus
ini, serta penggunaan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan masalah yang
dihadapi oleh murid, guru dapat melaksanakan aktiviti pemulihan terhadap murid-murid
tersebut.
Faktor-faktor yang berikut dipercayai sebagai punca risiko tinggi untuk melahirkan anak
yang bermasalah dalam pembelajaran (Syed Abu Bakar Syed Akil, 1997).
Hubungan kekeluargaan suami isteri yang tidak rapat
Mewarisi baka yang tidak dominan atau gen resesif
Jangka masa kandungan yang pendek atau melebihi tempoh
Kesan setengah-setengah penyakit
Kesan sinar-X yang berlebihan
Kesan dadah atau ubatan
Kekerapan ibu yang mengandung
Kecederaan yang berlaku semasa mengandung
Kelahiran yang kompleks
2
BMM3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
4.2 Ciri-ciri Murid Lemah Murid pemulihan menunjukkan ciri-ciri yang berikut:
Ciri-Ciri Murid Lemah
Setiap murid yang yang lemah akan menunjukkan tanda-tanda yang nyata yang dapat
dikesan oleh seseorang guru. Sebagai contoh, murid yang mempunyai kecacatan fizikal,
iaitu cacat pendengaran biasanya mundur dalam aspek sebutan dan pertuturan, lemah
dalam perkembangan bahasa amnya, serta amat lemah dalam aspek tatabahasa, ejaan,
perbendaharaan kata dan dalam pengetahuan am (Kirk, 1972 dipetik daripada Aziz Abd
Talib, 2000).
4.3 Jenis-jenis Kecacatan FizikalJenis-jenis kecacatan fizikal yang lazim adalah seperti yang berikut:
i. Kecacatan pertuturan seperti sengau, pelat, dan bisu.
ii. Kecacatan penglihatan seperti tidak boleh melihat jauh, rabun atau buta.
iii. Kecacatan pengamatan seperti melihat huruf terbalik, iaitu masalah pembalikan
huruf.
iv. Kecacatan pendengaran seperti kurang dengar atau pekak.
v. Kecacatan tangan yang boleh menimbulkan masalah untuk menulis.
3
Koordinasi fizikal kurang baik iaiatu cara menulis, cara berjalan dan cara berlari
Lampau aktifSuka mengggangu rakan lain
Tidak menyiapkan kerja sekolah
Sakit/ atau pening kepala
Aspek mental Aspek fizikal Aspek sosial Aspek emosi
Selalu lupa isi pelajaran yang diajar
Menghala telinga ke arah guru
Kerap meminta guru mengulang soalan
Cepat letih
Rendah diriSensitive dan mudah
tersinggungMalu dan menarik diriSuka berkelahiSuka menggangguSuka berlagak sebagai
ketua
Berasa kurang selamatTidak memberi
penumpuan terhadap pengajaran
Suka menonjol diriEnggan memberikan
kerjasamaPendiam dan pemaluTidak yakinEstem kendiri rendahCepat marah
Latihan:Anda dikehendaki membuat pembacaan tambahan tentang tanda-tanda masalah
pembelajaran mengikut aspek di atas. Analisis tanda-tanda aspek mental, sosial dan
emosi. Berdasarkan pengalaman di dalam bilik darjah anda, kenal pasti tanda-tanda
masalah pembelajaran yang ditunjukkan oleh murid-murid anda. Apakah kesan
terhadap pembelajaran mata pelajaran bahasa Malaysia?.
BMM3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
Antara tanda-tanda khusus yang berpunca daripada aspek fizikal adalah sperti di
bawah:
Tanda-tanda lemah penglihatan Tanda-tanda lemah pendengaran
Selalu mengerutkan muka Memegang buku secara terlalu dekat
dengan mata Menyengetkan kepala Menonjolkan kepala ke hadapan Menggerakkan kepala secara berlebihan
ketika membaca Menegangkan kelopak mata atau
membuka mata sebesar-besarnya semasa melakukan tugasan
Mengecilkan mata untuk melihat atau membaca yang berada agak jauh.
Tidak selesa di tempat duduk Kerap bertanya guru Bahagian tepi mata merah Mata berair Mata bengkak Sentiasa menggosok mata Tahi mata yang berlebihan
Bacaan mendatar Sebutan yang salah Ejaan yang lemah Menghalakan telinga ke arah guru Kerap meminta guru mengulang
sesuatu. Selalu menekap telinga Mengadu sakit kepala Tidak dapat menumpukan perhatian Sukar memahami arahan Lambat bertindak terhadap bunyi Bersuara degan nada yang tidak
semula jadi. Tidak dapat menganalisis
percakapan orang lain Lambat bertindak terhadap bunyi
4.4 Strategi Mengesan Masalah
Guru mata pelajaran Bahasa hendaklah mengesan masalah pembelajaran murid seawal
yang mungkin, iaitu pada semester pertama persekolahan. Terdapat beberapa strategi
yang dapat digunakan oleh guru bagi mengesan murid-murid yang bermasalah di
dalam kelas.
4
BMM3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
Strategi mengesan murid yang bermasalah
Setiap murid yang lemah akan menunjukkan tanda-tanda yang nyata yang dapat
dikesan oleh seseorang guru. Setelah guru mengecam murid yang menunjukkan tanda
murid yang lemah, guru hendaklah mengenal pasti strategi mengesan masalah. Guru
hendaklah membina atau memilih alat yang sesuai untuk mengesan masalah
pembelajaran murid. Contoh cara mengesan murid yang bermasalah melalui
pemerhatian adalah seperti yang di bawah,
4.4.1 Mengesan masalah melalui pemerhatianPengesanan masalah melalui pemerhatian membantu guru memperoleh
pelbagai maklumat tentang seseorang murid. Panduan membina alat mengesan
masalah melalui pemerhatian adalah dengan,
i. Tentukan objektif pemerhatian
ii. Tentukan item-item utama pemerhatian
iii. Sediakan senarai semak
iv. Tentukan masa (belajar, bermain, kokurikulum)
5
Pemerhatian Pentafsiran rekod prestasi
Pentafsiran rekod profil
Ujian kertas dan pensil
Temu bual dengan ibu bapa/guru darjah
Secara tidak langsung gambaran wajah dan aspek fizikal
Pemerhatian tingkah laku
Pemerhatian secara berterusan
Teknik senarai semakPemerhatian di dalam dan di luar kelas
Rekod pencapaian akademik
Rekod prestasi kemahiran
Rekod lengkap tentang pencapaian di dalam kelas
Rekod diberikan kepada ibu bapa
Rekod maklumat pencapaian semua mata pelajaran
Pencapaian mengikut markah dan gred
Rekod berdasarkan ujian sumatif
Rekod diberikan kepada ibu bapa
Ujian objektif dan ujuan subjektif
Murid membaca, meneliti, mengkaji dan menulis jawapan
Ibu bapaLatar belakang
keluargaAspek kesihatanAspek pemakananAspek kemudahan
pembelajaranKemudahan asasGuru darjahRekod kedatanganKetepatan masaPencapaian akademikTingkah lakuPerbezaan individu
BMM3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
Senarai semak pemerhatian membaca dan memahami ceritaNama murid :
Darjah : Tahun :
Sekolah :
Umur : Jantina :
Tandakan [ / ] Ya atau [ X ] Tidak
Bil Aspek Ya Tidak
1 Menghubung kait maklumat dengan pengetahuan sedia ada
2 Meramal isi cerita
3 Menyedari ketepatan ramalan
4 Menggunakan klu konteks
5 Membauat gambaran awal sebelum membaca
6 Membuat inferens
7 Mengatasi masalah kegagalam memaham
8 Menjawab soalan bertumpu
9 Menjawab soalan bercapah
Skor 7 - 9 Baik
4 – 6 Sederhana
1 - 3 Lemah
Aspek kelemahan1. ------------------------------------------------
2. -----------------------------------------------
4.4.2 Menganalisis masalah dan membuat perancangan Langkah menganalisis masalah adalah langkah bagi mengesan masalah dengan
tepat. Langkah ini dilaksanakan selepas guru mentadbir alat bagi mengesan
masalah pembelajaran. Setelah menganalisis masalah, guru juga perlu
menganalisis punca masalah.
6
BMM3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
4.4.2.1 Masalah membaca mekanis i. Membatang suku kata sebelum menyebut seluruh perkataan.
ii. Bacaan tersekat-sekat – tidak lancar
iii. Teragak-agak – berhenti sejenak kerana tidak pasti.
iv. Membaca terlalu cepat dan gopoh tanpa menghirau tanda bacaan
v. Membaca terlalu lambat/merangkak-rangkak.
vi. Hilang tempat, melangkau perkataan atau baris ayat
vii. Membaca dalam cahaya kurang terang
viii. Menunjuk perkataan dengan jari
ix. Mengelip-ngelip mata, mengerut dahi, menggeleng kepala
x. Suara yang terlalu perlahan/blurring
xi. Kedudukan mata yang terlalu dekat dengan bahan bacaan
xii. Mengelak daripada membaca
xiii. Tidak mengikut tanda bacaan
xiv. Tidak mengikut unit makna
xv. Tidak mengguna sebutan baku
xvi. Bacaan tersekat-sekat
xvii. Mengeja sebelum menyebut
xviii. Tekanan tidak tepat - sung-ai
xix. Meninggalkan, mengganti, menokok tambah, mengulang,
pembalikan, tidak kenal huruf, membuang, mengganti, sebutan
mengikut pengaruh dialek
xx. Tidak boleh membaca secara mekanis
4.4.2.2 Masalah membaca dan memahami Masalah membaca dan memahami boleh berlaku pada empat peringkat
iaitu:
i. Peringkat perkataan
ii. Peringkat ayat
iii. Peringkat perenggan
iv. Peringkat teks
7
BMM3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
Pada peringkat perkataan, masalah kefahaman adalah kegagalan murid
memahami perkataan baharu atau tidak memahami makna mengikut makna
teks, iaitu memahami makna secara terpencil atau terasing daripada makna
yang dihajati oleh penulis. Kegagalan memahami pada peringkat ayat berlaku
apabila murid tidak dapat mentafsir makna ayat dengan tepat, tafsiran makna
ayat adalah kabur atau tidak spesifik atau murid memberikan beberapa tafsiran
yang berbeza makna. Murid yang gagal memahami hubungan antara ayat atau
memahami kohesi ayat, menunjukkan masalah mengenal pasti hubungan makna
antara ayat-ayat dan membuat beberapa kemungkinan tafsiran tentang
hubungan antara ayat. Murid yang lemah juga akan menghadapi masalah
memahami pada peringkat teks. Pada peringkat ini kelemahan murid berlaku
apabila gagal memahami hubungan antara bahagian-bahagian dalam teks, tidak
memahami motif atau tujuan penulis, serta tidak memahami bahagian-bahagian
teks dan makna keseluruhan teks.
4.4.2.3 Masalah Menulis mekanisi. Tulisan ‘cakar ayam’ – tidak dapat dibaca
ii. Tidak tekal – campur dengan tulisan berangkai, huruf kecil huruf
besar, saiz, sendeng/tegak
iii. Tidak tekal - atas garisan antara garisan, ruang antara perkataan
dan antara ayat.
iv. Kesilapan ejaan (terbalik, tertinggal huruf, silap huruf)
v. Kesilapan tatabahasa/sintaksis
vi. Tulisan terlalu rapat
vii. Bercakap kepada diri sendiri sambil menulis
viii. Menulis terlalu lambat
ix. Alat tulis dipegang terlalu rapat dengan kertas
x. Ibu jari ditindih dengan jari telunjuk dan jari hantu
xi. Cara duduk yang tidak betul
xii. Lambat dan bersusah payah menyalin
xiii. Perbezaan yang besar antara kebolehan menulis dengan bertutur
8
BMM3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
4.4.2.4 Punca masalah (mekanis dan pelahiran)i. Kecacatan fungsi otak
ii. Masalah fizikal – penglihatan dan pendengaran
iii. Masalah pengamatan penglihatan dan pendengaran
iv. Masalah keselarasan motor : mata, telinga dan tangan
v. Pengajaran yang tidak berkesan
vi. Masalah kesihatan dan emosi
vii. Daya intelek
Contoh analisis masalah membaca mekanis, punca masalah, dan cadangan tindakan pemulihan
Pemerhatian Punca Cadangan Tindakan
Membaca terlalu lambat/ merangkak-rangkak.
Hilang tempat, melangkau perkataan atau baris ayat
Kedudukan mata yang terlalu dekat dengan bahan bacaan
Mengelak daripada membaca Tidak mengikut tanda bacaan Tidak mengikut unit makna Tidak mengguna sebutan baku Bacaan tersekat-sekat Mengeja sebelum menyebut Menunjuk perkataan dengan jari
Penglihatan
Pendengaran
Perkembangan kognitif yang lambat
Rujuk kepada ibu bapa
Sesuaikan aktiviti membaca mekanis dengan masalah
Contoh analisis masalah menulis, punca masalah,dan cadangan tindakan pemulihan
Masalah Cadangan Tindakan Pemulihan Tulisan ‘cakar ayam’ - tidak dapat
dibaca Tidak tekal – campur dengan tulisan
berangkai, huruf kecil huruf besar, saiz, sendeng/tegak
Tidak tekal - atas garisan antara garisan, ruang antara perkataan dan antara ayat.
Kesilapan ejaan (terbalik, tertinggal huruf, silap huruf)
Membuat aktiviti pratulisan Latihan memegang pensel / pen yang
betul dan berada dalam posisi tubuh yang betul semasa menulis
Latihan menulis dalam buku latihan yang mempunyai dua garisan
Menulis di udara, latihan menulis di atas pasir dengan jari, permainan teka huruf
4.5 Melaksanakan Pengajaran, Menilai, dan Membuat Tindakan Susulan
9
BMM3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
Langkah-langkah selepas mengesan masalah dan punca masalah ialah merancang
pengajaran berdasarkan aktiviti pemulihan yang dirancang, melaksanakan aktiviti,
menilai keberkesanan pelaksaaan aktiviti, dan mengambil tindakan susulan yang sesuai.
Guru hendaklah menentukan objektif pembelajaran bagi mengatasi masalah
pembelajaran yang khusus. Contonya, pada akhir pelajaran murid dapat menyebut
bunyi ‘r’ dan bunyi ‘d’ dengan betul. Objektif pembelajaran haruslah realistik dan sejajar
dengan dengan kebolehan serta minat murid.
4.6 Merancang pengajaranPengajaran yang dirancang haruslah berdasarkan masalah yang hendak diatasi oleh
guru selepas selesai proses penilaian. Aktiviti yang dirancang juga haruslah memenuhi
keperluan kanak-kanak yang ingin diberikan pemulihan. Tahap kesukaran aktiviti juga
perlulah pada aras yang mudah.
4.7 Merancang objektifObjektif pelajaran hendaklah dibina mengikut prinsip-prinsip seperti yang berikut,
i. Daripada yang mudah kepada yang kompleks
ii. Daripada yang sudah diketahui kepada yang belum diketahui
iii. Daripada yang konkrit kepada yang abstrak
iv. Daripada yang dekat kepada yang jauh
v. Daripada yang di dalam pengalaman kepada yang di luar pengalaman
4.7.1 Bahagian-bahagian objektifObjektif pembelajaran perlu mengandungi tiga bahagian utama iaitu,
i. Hasil / outcomes
ii. Syarat / conditions
iii. Kriteria / criteria
Penyataan objektif tidak jelas jika tidak tidak ada ketiga-tiga bahagian di atas.
10
BMM3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
PERLAKUAN : menghuraikan perkara yang dijangkakan murid boleh BUAT iaitu
sesuatu tingkah laku atau penghasilan sesuatu produk yang dapat diperhati.
HASIL PERLAKUAN KATA KERJA
Spesifik boleh diukur
Contoh perlakuan
i. Membatangkan suku kata kvkk dan kvkvk
ii. Menyebut pasangan minimal
iii. Membaca ayat mudah
SYARAT : penyataan yang menghuraikan syarat/keadaan yang diperlukan untuk
membolehkan perlakuan murid.
SYARAT
Contoh syarat
i. Tanpa merujuk kepada teks ………………ii. Berdasarkan teks yang dibaca………………….....
iii. Dalam tempoh masa 10 minit............
11
Peralatan Bahan Masa Latar Perkara yang
disediakan
Membolehkan perlakuan
BMM3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
KRITERIA : memberitahu sebaik mana murid perlu laksanakan sesuatu tugasan
supaya dapat dianggap mencapai objektif. Kriteria boleh dikaitkan dengan had
sebenar dan menghuraikan had tertentu kepada perlakuan tersebut.
KRITERIA
Contoh kriteria
Menyalin 10 ayat dengan kemas dalam tempoh
masa 10 minit
TAJUK 5 PENYEDIAAN RANCANGAN PENGAJARAN PENDIDIKAN PEMULIHAN KEMAHIRAN LISAN,MEMBACA DAN MENULIS
12
Menilai pencapaian murid
Peratus pencapaian Bilangan yang dicapai Bilangan kesilapan yang
dibenarkan Tempoh masa yang
ditentukan Tahap
BMM3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
SinopsisTajuk ini menjelaskan cara menyediakan rancangan pengajaran pendidikan pemulihan
berdasarkan masalah pembelajaran murid yang telah dikenal pasti semasa pengajaran di bilik
darjah. Pelbagai simptom kesulitan murid dalam kemahiran bahasa dijelaskan untuk tindakan
guru memilih strategi yang sesuai untuk pemulihan. Perancangan strategi, aktiviti dan langkah
pengajaran perlu disesuaikan dengan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid
mengikut bidang-bidang kemahiran bahasa.
Hasil PembelajaranPada akhir tajuk ini, anda dapat:
i. Mengenal pasti masalah pembelajaran murid pemulihan
ii. Merancang objektif dan langkah pengajaran dan pembelajaran pemulihan
iii. Menentukan strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran pemulihan
5.1 Mengenal Pasti Masalah Pembelajaran Murid PemulihanMurid-murid yang memerlukan pemulihan adalah murid-murid yang mengalami
kesulitan dalam pembelajaran kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.
Pencapaian pembelajaran murid-murid tersebut biasanya berada di bawah tahap
pencapaian murid biasa. Mereka menghadapi kesulitan untuk membaca, menulis,
mengira, mendengar, mengingati kembali dan bertutur dengan lancar, yakin dan
betul. Mereka menghadapi masalah apabila membuat kerja sekolah dan biasanya
memperoleh keputusan peperiksaan yang kurang memuaskan. Di samping itu,
mereka juga memperlihatkan ciri-ciri seperti kurang yakin diri, rendah konsep diri,
pasif terhadap kegiatan pembelajaran dan mudah putus asa.
13
BMM3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
Secara khusus, murid-murid pemulihan boleh dikenali berdasarkan pelbagai
kelemahan yang boleh dilihat melalui perlakuan pada aspek tertentu dalam kemahiran
bahasa. Antara simptom kelemahan dan kesulitan murid pemulihan yang boleh dilihat
adalah seperti yang berikut:
a. Kemahiran mendengar dan bertutur
o Kosa kata yang terhad
o Menggunakan dialek dalam pertuturan
o Menggunakan bahasa pasar dalam lisan
o Tidak dapat membina ayat mudah
o Tidak dapat mengeluarkan pendapat dengan lancar
o Menyebut nama huruf mengikut loghat bahasa ibunda
o Gagal mematuhi arahan
o Tidak boleh menghuraikan gambar yang ditunjukkan
o sukar bertutur dan menyebut perkataan
o tidak lancar dan kurang fasih dalam sebutan
o sukar menerima dan memahami arahan secara lisan dan tidak dapat
bertindak balas
o lemah dalam memberi maklumat secara lisan daripada bahan yang
ditunjukkan
b. Kemahiran membaca
Antara contoh masalah dalam kemahiran membaca:
o Keliru dengan nama, bentuk dan bunyi huruf
o Keliru pada huruf yang hampir sama: b – d; m – w
o Keliru pada bentuk huruf-huruf besar dan kecil yang berubah; a - A; b – B
o Keliru dengan orientasi, kedudukan dan saiz huruf
o Tidak dapat membatangkan suku kata tertutup
o Keliru menyebut perkataan yang akan seakan-akan sama
o Meninggalkan suku kata dalam perkataan
o Tidak dapat membatangkan perkataan lebih daripada dua suku kata
o Membaca secara berlagu dan intonasi yang membosankan
o Masalah disleksia: [kail] dibaca [ kali ]; [dada] dibaca [baba]
14
BMM3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
o Mengeja sebelum membaca menyebabkan bacaan terhenti-henti
o Keliru apabila membatang perkataan yang mengandungi vocal
berganding
o Tidak dapat membunyikan perkataan yang mengandungi konsonan
berganding
o Membaca secara menghafal
o Tidak memahami bahan yang dibaca
o Mengulang-ulang dan merangkak-rangkak ketika membaca
o Sukar membuat hubung kait
o Tidak dapat membuat urutan
o Kesukaran mencari maklumat daripada bahan yang dibaca
o Tidak dapat menjawab soalan kefahaman dengan ayat yang lengkap
c. Kemahiran menulis
Antara contoh masalah dalam kemahiran menulis
o Tulisan yang buruk dan tidak boleh dibaca
o Bentuk dan condong huruf yang tidak menentu
o Saiz huruf yang tidak seragam
o Menulis terbalik –bermula dari kanan dan bergerak ke kiri. Contoh: s
ditulis ƨ
o Tulisan tidak selari dengan garisan
o Salah urutan dan arah ketika menulis
o Huruf besar dan kecil yang bercampur aduk
o Jarak antara huruf atau antara perkataan yang tidak menentu
o Tidak boleh melakukan latihan koordinat mata dengan tangan
menyebabkan murid menyalin dengan lambat dan perkataan yang disalin
salah ejaan
o Masalah menggunakan huruf besar dan huruf kecil di tempat yang tidak
sesuai
o Tidak dapat membina ayat mudah
o Kosa kata yang terhad
o Ayat tidak gramatis
15
BMM3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
o Lemah dalam penggunaan tanda baca
o Lupa format penulisan
o Lemah dalam penyampaian idea
5.2 Merancang Objektif, Langkah-Langkah Pengajaran, dan Pembelajaran Pemulihana. Perancangan objektif
Objektif pembelajaran pemulihan hendaklah dibuat secara lebih khusus. Objektif
pembelajaran haruslah realistik dan sejajar dengan kebolehan serta minat murid-
murid. Guru perlu membantu murid mengatasi masalah pembelajaran sesuatu
kemahiran tertentu dengan khusus. Selain itu guru juga perlu mengubah sikap
negative dan tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran. Sikap yakin diri juga
perlu dibina pada murid yang mengikuti pemulihan.
Objektif yang khusus akan membolehkan murid-murid menguasai kemahiran
melalui aktiviti alternative. Murid akan mendapat layanan dan kemudahan belajar
yang sesuai dengan kemampuan mereka dan seterusnya peluang pembelajaran
yang sama dengan murid-murid lain. Dengan itu, mereka dapat meneruskan
pembelajaran dalam sistem persekolahan.
Objektif pembelajaran haruslah dibentuk mengikut prinsip-prinsip yang berikut:
i. Daripada yang sudah diketahui kepada yang belum diketahui
ii. Daripada yang mudah kepada yang kompleks
iii. Daripada yang konkrit kepada yang abstrak
iv. Daripada yang dekat kepada yang jauh
v. Daripada yang di dalam pengalaman kepada yang di luar pengalaman
Objektif yang baik harus memenuhi kriteria yang berikut:
i. Menggunakan kata kerja tindakan khusus yang menerangkan objektif
guru.
ii. Menggunakan bahasa yang menghuraikan tingkah laku yang boleh
dilihat.
iii. Menggunakan bahasa yang boleh menghuraikan tingkah laku yang boleh
dinilai.
16
BMM3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
b. Langkah-langkah menjalankan Sesi Pemulihan
i. Kenal pasti dan buat analisis:
ii. Murid bermasalah melalui pemerhatian dan keputusan ujian
iii. Masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid melalui Ujian saringan
dan Diagnostik
iv. Punca masalah daripada aspek fizikal, intelek, dan emosi yang
mengganggu pembelajaran
v. Merancang aktiviti pemulihan yang bersesuaian dengan masalah yang
dihadapi.
vi. Menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran.
vii. Melaksanakan aktiviti pemulihan yang telah dirancang.
viii. Membuat penilaian untuk menentukan kemajuan yang telah dicapai.
ix. Menjalankan tindakan susulan seperti memindahkan semula murid
berkenaan ke dalam kumpulan murid biasa atau merancang semula
aktiviti pemulihan yang baharu sekiranya murid berkenaan belum pulih.
5.3 Langkah-langkah Pelaksanaan Sesi PemulihanLangkah-langkah pelaksanaan sesi pemulihan boleh digambarkan melalui rajah yang
berikut:
5.3 Menentukan strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran pemulihanSetelah dikenal pasti murid yang perlu diberikan pemulihan, guru perlu merancang
aktiviti pemulihan yang sesuai dengan masalah. Guru perlu menentukan objektif dan
17
Kenal pasti murid 2. Analisis Masalah
3. Membuat perancangan
5. Membuat penilaian
4. Melaksanakan pengajaran
6. Tindakan susulan
BMM3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
kemahiran khusus yang hendak dipulihkan, membina dan menyediakan bahan
pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai, merangsang pelbagai pancaindera
(multisensory) dan berbentuk konkrit. Guru memilih teknik pengajaran yang mengambil
kira gaya belajar, menggunakan latih tubi, dan berunsurkan permainan. Strategi
pelaksanaan pemulihan boleh dijalankan dalam bentuk kumpulan atau secara individu.
1. Strategi KumpulanStrategi kumpulan digunakan apabila terdapat sekumpulan kecil murid menghadapi
masalah pembelajaran yang sama. Guru boleh merancang dan menjalankan
pengajaran pemulihan untuk murid-murid bermasalah. Murid-murid lain akan
menjalankan aktiviti pengayaan yang disediakan oleh guru
2. Strategi individuStrategi ini digunakan apabila murid menghadapi masalah pembelajaran yang
berlainan dan khusus. Guru boleh membetulkan kesalahan murid secara individu
sementara murid-murid lain menjalankan aktiviti pengukuhan. Guru juga boleh
menggalakkan murid cerdas mengajar atau membimbing murid-murid bermasalah
secara individu (rakan sebaya).
5.4 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran PemulihanKaedah dan pengurusan aktiviti pemulihan boleh dijalankan dengan menggunakan
pelbagai cara. Aktiviti boleh dijalankan secara langkah-langkah kecil, berfokus pada
sesuatu kemahiran bahasa atau mengikut sesuatu konsep yang berkaitan dengan
masalah pembelajaran murid berkenaan. Setiap aktiviti pemulihan yang dijalankan
perlulah menepati objektif kemahiran bahasa yang menjadi masalah dan tidak dapat
dikuasai oleh murid yang berkenaan. Aktiviti pemulihan perlulah dijalankan mengikut
keperluan dan bidang kemahiran bahasa seperti mendengar dan bertutur, bacaan dan
kefahaman termasuk bacaan mekanis, kemahiran menulis termasuk tulisan mekanis.
Pelbagai kaedah boleh digunakan untuk menyampaikan pengajaran dan pembelajaran
pemulihan. Antara pendekatan dan kaedah yang sesuai dijalankan dalam pengajaran
dan pembelajaran adalah seperti yang berikut:
i. Kaedah fonik
ii. Kaedah abjad
18
BMM3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
iii. Kaedah pandang sebut
iv. Kaedah prabacaan
v. Kaedah suku kata
vi. Kaedah seluruh perkataan
vii. Kaedah pratulisan
viii. Kaedah mekanis
ix. Pendekatan cerakinan
x. Pendekatan binaan
xi. Multisensori
Selain itu, penggunaan bahan bantu belajar yang sesuai, menarik dan pelbagai
rangsangan perlu disediakan untuk membantu menjayakan penguasaan kemahiran
yang ditetapkan. Sebagai contohnya, guru hendak menjalankan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran pemulihan membaca perkataan dua suku kata. Guru boleh menggunakan
kaedah binaan iaitu menggunakan bahan bantu belajar kad suku kata dan meminta
murid membina perkataan daripada suku kata. Murid diminta mengeja dan membaca
perkataan yang dibina. Guru boleh menggunakan teknik permainan untuk meningkatkan
motivasi dan keseronokan dalam pembelajaran. Contoh aktiviti lain bagi membina
kemahiran membaca perkataan adalah suai padan suku kata dan membentuk
perkataan. Murid membaca kuat perkataan yang dihasilkan daripada suai padan suku
kata.
Antara aktiviti pemulihan untuk membina pelbagai kemahiran bahasa adalah seperti
yang berikut:
i. Menekap huruf
ii. Menulis di pasir
iii. Menyalin huruf atau perkataan
iv. Mencari gambar tersembunyi
v. Menulis urutan huruf atau perkataan
vi. Penggunaan warna untuk membuat diskriminasi huruf
vii. Mencari perkataan tersembunyi
viii. Mencari jalan keluar
ix. Latihan membaca nyaring-rakam dan perdengarkan semula
x. Pandang dan sebut
19
BMM3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
xi. Latihan mengeja-imlak
xii. Kaedah Gabungan Bunyi Kata
xiii. Buku Besar (Bigbook)
xiv. Aktiviti Latih tubi
a. Pemintal lidah
b. Pasangan minimal
c. Bersambut
d. Rajah tukar ganti
e. Padanan
xv. Teka silang kata
xvi. Jigsaw
xvii. Permainan menyampaikan pesanan-uji ingatan dan pendengaran
xviii. Permainan Kim- menguji ingatan dan pendengaran
xix. Membuat diskriminasi bunyi
xx. Karangan berpandu
xxi. Bercerita berdasarkan gambar
xxii. Menyusun ayat atau perenggan atau gambar mengikut urutan
xxiii. Membaca kuat atau membacakan kepada (reading to)
xxiv. Berkongsi membaca (Shared reading)
xxv. Membuat perkaitan
5.5 Pengelolaan Pengajaran Pemulihan di Kelas BiasaPengajaran pemulihan dalam kelas hendaklah dijalankan secara bersistematik agar
murid memperoleh faedah yang maksimum. Pengelolaan pengajaran pemulihan
melibatkan empat langkah:
i. Penentuan objektif
ii. Perancangan
iii. Pengajaran
iv. Penilaian
20
BMM3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
Penentuan objektifSebelum pengajaran pemulihan, objektif pengajaran hendaklah ditentukan. Aras objektif
seharusnya sejajar dengan masalah pembelajaran murid.
Contoh perancangan satu pengajaran dan pembelajaran pemulihan:
Masalah: murid tidak boleh melakukan arahan yang didengar
Objektif: pada akhir pelajaran, murid-murid dapat melakukan sesuatu mengikut arahan
yang diberikan.
Perancangan : i. Menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran secara individu atau
kumpulan atau rakan sebaya.
ii. Menentukan bahan bantu belajar yang hendak digunakan mengikut aras
kesukaran, jenis,kegunaan dan daya penarik.
iii. Menentukan aktiviti-aktiviti yang memberikan peluang kepada murid melibatkan
diri dengan aktif dalam pelajaran
iv. Menentukan jenis penilaian yang akan digunakan untuk menilai pencapaian
murid
Pengajarani. Pengajaran normal dijalankan seperti biasa kepada semua murid dalam bilik
darjah. Pengajaran pemulihan dijalankan selepas sesuatu langkah pengajaran
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
ii. Guru akan mengajar seorang atau beberapa orang murid yang lambat yang
menghadapi masalah yang sama.
iii. Murid yang cerdas juga boleh diminta untuk membantu murid yang menjalani
aktiviti pemulihan.
iv. Pada masa yang sama, murid-murid cerdas dan sederhana akan membuat
aktiviti atau lembaran kerja atau aktiviti pengayaan.
21
BMM3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
Penilaiani. Penilaian dijalankan bagi memastikan objektif dicapai atau tidak.
ii. Guru membuat pemerhatian terhadap perlakuan murid.
iii. Selepas penilaian, murid–murid yang telah menguasai kemahiran tersebut akan
mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kumpulan normal.
iv. Murid-murid yang masih belum menguasai kemahiran tersebut akan dirujuk
kepada guru pemulihan.
Contoh aktiviti pemulihan mengikut masalah kemahiran bertutur, membaca dan
menulis.
i. Latih tubi pasangan minimal:
Murid didapati tidak dapat menyebut atau membaca perkataan dengan betul.
Murid tidak dapat membezakan bunyi yang paling minimum dalam perkataan
sehingga menyebabkan makna perkataan itu tersasar jauh. Contoh perkataan :
dari – lari; ladang – lalang; lada – lala; dada – lada
ii. Latih tubi pemintal lidah:
Murid didapati tidak boleh menyebut bunyi yang menggunakan huruf ‘p’ dengan
betul. Contoh : Murid menyebut pemintal lidah seperti: pandang pandan tepi
pagar depan padang. Contoh : Murid bermasalah menyebut /ny/. Murid
menyebut pemintal lidah seperti : nyonya nyanyuk nyanyi nyamuk.
iii. Latih tubi gantian:
Murid tidak dapat menulis ayat dengan lengkap dan betul. Sebagai contoh:
Pokok itu tinggi.
Murid menulis dengan menggantikan perkataan tinggi dengan perkataan lain
berdasarkan gambar dan perkataan yang ditunjukkan oleh guru seperti gambar
dan perkataan: rendah; subur; renek. Murid perlu menghasilkan ayat seperti :
Pokok itu rendah.
22
BMM3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
TAJUK 6 PENYEDIAAN BAHAN BANTU MENGAJAR AKTIVITI PEMULIHAN
SinopsisTajuk ini menjelaskan cara menyediakan bahan bantu mengajarn aktiviti pemulihan
berdasarkan masalah pembelajaran murid yang telah dikenal pasti semasa pengajaran di bilik
darjah. Pelbagai simptom kesulitan murid dalam kemahiran bahasa dijelaskan untuk tindakan
guru memilih strategi yang sesuai untuk pemulihan dan menyediakan bahan bantu mengajar
yang sesuai. Perancangan teknik, pelaksanaan aktiviti dan penyediaan bahan bantu mengajar
perlu disesuaikan dengan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid mengikut bidang-
bidang kemahiran bahasa yang diajarkan.
Hasil PembelajaranPada akhir tajuk ini, anda dapat menyediakan Bahan Bantu Mengajar aktiviti Pemulihan:
i. Kemahiran lisan
ii. Kemahiran Membaca
iii. Kemahiran Menulis
6.1 Penyediaan Bahan Bantu Mengajar untuk Aktiviti Pemulihan Kemahiran LisanContoh aktiviti dan bahan:
mendengar bunyi dan menyatakan nama
melihat rangsangan dan memberi respons yang sesuai
mendengar arahan dan memberi respons yang betul
mendengar bunyi dan mengajuk bunyi
permainan bahasa
bersoal jawab berdasarkan bahan rangsangan
menyanyi dan membuat pergerakan kreatif
latih tubi sebutan atau pengucapan
23
BMM3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
Contoh bahan bantu mengajar:
Rakaman audio-visual Kad gambar Kit Pembelajaran Permainan bahasa
Radio Buku cerita Bigbook lukisan
komputer Gambar bersiri Nyanyian /lirik lagu Seni kraf
Permainan bahasa Boneka Iklan Permainan rekreasi
Kad ucapan Bahan Maujud Carta karton
Kad huruf Plastesin Bahan replika filem
6.2 Penyediaan Bahan Bantu Mengajar Aktiviti Pemulihan Kemahiran MembacaContoh aktiviti dan bahan pemulihan membaca:
Membentuk perkataan dan mengeja
Mengeja perkataan yang disebutkan
Mengeja perkataan yang ditunjukkan
Membaca arahan mudah
Membaca carta alir mudah
Membaca pantun dua kerat
Membaca baris dalam lirik lagu
Membaca dialog kartun atau komik
Membaca cerita mudah
Membaca petikan pendek dan menjawab soalan mudah
Kad Abjad Kad Domino Buku Besar Label objek
Kad Suku Kata Carta Suku Kata Buku Cerita Permainan bahasa
Kad Perkataan Kad Lipat Suku Kata Jadual Carta
Kad FrasaKad Cantum Suku
KataPeta Cogan kata
Kad Ayat Kad Tingkap Gambar Rajah Kartun
Kad Gambar Kad Padanan Lirik lagu Surat khabar
Kad Arahan Gambar Bersiri Iklan pantun
24
BMM3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
Contoh bahan bantu mengajar:
6.3 Penyediaan Bahan Bantu Mengajar Aktiviti Pemulihan Kemahiran MenulisContoh aktiviti dan bahan pemulihan menulis:
Menulis huruf atau suku kata bagi membentuk perkataaan
Menulis perkataan yang disebut
Mengisi tempat kosong dengan perkataan yang betul
Melengkapkan ayat berdasarkan perkataan yang disediakan
Menulis cerita berdasarkan gambar bersiri
Menulis ayat berdasarkan kad perkataan
Menulis ayat berdasarkan gambar
Menyambung dialog mudah
Menulis dialog yang sesuai pada gambar
Menulis kad ucapan
Menulis pesanan mudah
Menulis ayat huraian mengikut ayat topik
Menulis perenggan mengikut peta minda
Contoh bahan bantu mengajar:
kad suku kata Komik carta alir Kad arahan
Kad perkataan Katalog Peta lokasi Buku cerita
Kad ayat Gambar bersiri Jadual perjalanan Dialog mudah
Rajah tukar ganti Gambar tunggal Diari harian Silang kata
Permainan bahasa Akhbar Peta minda Lirik lagu/nyanyian
25
AktivitiPengajaran sesuatu kemahiran sangat memerlukan bahan bantu mengajar sebagai
alat untuk memudahkan murid menguasai konsep, maklumat dan kemahiran tersebut.
Bina bahan bantu mengajar yang sesuai dan memudahkan murid untuk menguasai
kemahiran menulis sekurang-kurang lima ayat yang betul dan lengkap tentang suatu
tajuk. Tunjukkan langkah pelaksanaan aktiviti menulis ayat dengan menggunakan
bahan bantu mengajar tersebut.
Top Related