1.3 Refleksi Nilai Pendidikan
Menurut Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), "Pendidikan di Malaysia
adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara." (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2013).
Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya
menganjakkan diri ke arah kedudukan yang maju dengan mengungkapkan secara
jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan
Malaysia. Kajian ini juga merupakan satu usaha untuk memenuhi tujuan FPK.
Tambahan pula, kajian ini turut memberi kesan yang positif bukan sahaja kepada diri
penyelidik sendiri malah turut memberi implikasi kepada murid-murid, guru-guru
dan pihak sekolah.
Sesi pengajaran yang lepas memberi peluang kepada penyelidik untuk
mengenal pasti beberapa masalah yang dihadapi oleh murid-murid. Masalah yang
telah dikenal pasti dalam kalangan murid-murid Tahun Tiga ialah kesukaran untuk
memahami struktur gigi, jenis gigi dan fungsi gigi. Masalah dalam kalangan murid-
murid ini berjaya dikenal pasti melalui pemerhatian ke atas mimik muka, tingkah
laku dan responden murid-murid di dalam bilik darjah ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran berlangsung.
8
Penggunaan buku teks, nota edaran, dan pengajaran secara kuliah untuk
mengajar topik ini telah menyebabkan murid-murid tidak dapat menguasai tajuk gigi
dengan mahir. Hal ini adalah kerana penggunaan kaedah-kaedah yang dinyatakan
menyebabkan murid-murid pasif dan aktiviti pengajaran bersifat lebih berpusatkan
guru. Oleh itu, pengkaji menggunakan Teori Konstruktivisme iaitu yang dipelopori
oleh Howard Gardner. Beliau mencadangkan lapan jenis kepelbagaian kecerdasan.
Kepelbagaian kecerdasan yang berdasarkan visual dan spatial memberi kesan yang
besar kepada manusia (Williams & Dunn, 2008). Jadi, penggunaan gambar secara
peringkat demi peringkat iaitu secara bersiri dapat membantu murid-murid untuk
memahami satu konsep sains yang rumit seperti tajuk Gigi.
Di sini satu persoalan termuncul, iaitu mengapakah pelbagai kajian
dijalankan walaupun guru mempunyai pelbagai tugasan lain di sekolah? Rasionalnya
adalah kerana terdapat nilai-nilai pendidikan yang harus setiap pendidik patuhi untuk
memastikan murid-murid, guru-guru dan pihak sekolah mencapai tujuan FPK.
Menurut FPK, setiap murid perlu mendapat pendidikan yang sama rata. Kajian ini
sependapat dengan FPK kerana tujuan kajian ini diadakan adalah untuk mencari
punca masalah yang dihadapi oleh murid-murid sekolah dalam pelajaran mereka dan
menyelesaikannya. Hal ini amat penting supaya murid-murid yang berpencapaian
rendah juga tidak terpinggir dalam alam pendidikan malah mendapat pendidikan
yang sama rata seperi murid-murid lain.
Selain itu, kajian ini dapat menghasilkan satu suasana di mana murid-murid
belajar dengan aktif. Penggunaan kaedah gambar bersiri dapat memastikan murid-
murid melibatkan diri dengan aktif dengan menggabungkan gambar-gambar struktur
gigi dan fungsinya dalam bentuk individu atau kumpulan. Jadi mereka tidak hanya
9
duduk di tempat masing-masing malah bergaul dengan rakan-rakan mereka untuk
mencari penyelasaian yang betul dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Tambahan pula, kajian ini dapat juga memotivasikan murid-murid yang
berpencapaian rendah untuk belajar. Penggunaan gambar dapat menarik minat
kanak-kanak yang berumur sembilan tahun. Disamping itu, murid-murid yang
berpencapaian rendah sangat suka untuk melibatkan diri dalam proses pembelajaran
apabila penggunaan gambar yang berwarna warni digunakan. Secara tidak langsung
ia dapat memotivasikan murid-murid untuk belajar kerana mereka suka akan kaedah
yang digunakan.
Kajian ini turut memberi kesan yang positif kepada pihak guru. Nilai guru
yang bertanggungjawab dapat disemai melalui kajian ini. Guru-guru melaksanakan
kajian untuk meningkatkan kecekapan profesional mereka. Kecekapan profesional
yang dimaksudkan di sini adalah dengan mengajar murid-murid secara sama rata dan
dengan penuh bertanggungjawab. Setiap murid perlu dipandang sama dan guru harus
sentiasa berusaha untuk memastikan setiap murid memahami dan menguasai
pengajaran yang dipelajari. Selain itu, kajian sebegini dapat membantu guru
menguasai kemahiran menyelesaikan masalah. Setiap tindakan yang murid-murid
lakukan merupakan satu cabaran untuk guru-guru ketika berada di kelas. Jadi kajian
sebegini dapat membantu guru untuk menguasai cara-cara yang efektif untuk
merancang strategi yang sesuai untuk menyelesaikan masalah. Tambahan pula, sifat-
sifat positif turut tersemai dalam hati guru apabila pelbagai kajian dilaksanakan. Satu
persefahaman juga akan terbentuk dalam kalangan warga sekolah kerana mereka
sentiasa bertukar pendapat untuk mencari maklumat mengenai murid-murid,
pedagogi dan sebagainya. Kesimpulannya, kajian ini akan membantu penyelidik
untuk menyemai nilai pendidikan seperti yang dinyatakan.
10