UNTUK SIARAN SEGERA
Peraduan “Go PRS, Get Treats’’ PPA Memberi Ganjaran Kepada Rakyat
Malaysia Yang Menyimpan Untuk Persaraan
PETALING JAYA (24 Januari 2020): Peraduan "Go PRS, Get Treats" yang julung kali diadakan oleh
Private Pension Administrator Malaysia (PPA) menyaksikan rakyat Malaysia dari seluruh negara
mengambil bahagian dan inisiatif untuk merancang serta menyimpan demi masa depan mereka
dengan Skim Persaraan Swasta (PRS ), skim simpanan dan pelaburan jangka panjang sukarela untuk
persaraan.
Hadiah Utama bernilai RM3,000 dalam bentuk unit PRS dimenangi oleh Lim Tzyy Wee, berasal dari
Selangor. Dan kemenangan beliau telah diraikan dalam satu majlis penyampaian hadiah yang
dianjurkan oleh PPA. Ini merupakan ganjaran berganda buat Lim kerana beliau juga merupakan salah
seorang daripada 80 penerima Ganjaran PRS bernilai RM100 dalam unit PRS, yang diterimanya
melalui cabutan bulanan peraduan, yang diadakan dari Ogos hingga November 2019.
"Saya hanya mengetahui mengenai PRS dua tahun yang lalu dan mempunyai sedikit wang tambahan
untuk mula menabung pada 2019," kata Lim, 33 tahun. "Saya tidak mempunyai banyak masa di luar
waktu kerja, jadi secara peribadi saya sangat suka dengan betapa mudahnya untuk mendaftar dalam
akaun PRS secara atas talian. Keseluruhan proses hanya mengambil masa kurang dari 30 minit
sahaja. "
"Perkhidmatan PRS Online telah dibangunkan dengan memikirkan keperluan untuk individu seperti
Lim," ujar Husaini Hussin, Ketua Pegawai Eksekutif PPA. "Pada zaman teknologi kewangan (“fintech”)
ini, di mana orang ramai lebih selesa mendapatkan maklumat yang diperlukan secara atas talian,
mereka akan lebih cenderung untuk mengkaji serta melayari informasi yang disediakan di laman
web PPA."
"Selain menonjolkan kepentingan perancangan persaraan, kami melancarkan peraduan ini kerana
kami faham nilai yang diletakkan oleh orang ramai terhadap kemudahan perkhidmatan atas talian,"
tambah Husaini. "Dengan PRS Online dan kemudahan atas talian lain yang mudah digunakan seperti
kalkulator persaraan yang disediakan di laman web PPA, kini ianya sangat mudah untuk memulakan
simpanan dalam PRS. PRS Treat pula merupakan sedikit ganjaran tambahan untuk simpanan
persaraan penerima."
Ini adalah benar untuk Seh Soon Lee, yang membawa pulang Hadiah Kedua bernilai RM2,000 dalam
unit PRS, dan Tee Chui Teng, yang menerima Hadiah Ketiga bernilai RM1,000 dalam unit PRS. Kedua-
duanya tahu tentang PRS sebelum peraduan dan sebaik sahaja kempen PRS Treats dilancarkan,
mereka sangat gembira dan terus mengambil langkah yang diperlukan.
Bagi Seh, pada mulanya menyimpan untuk persaraan bukanlah kepentingan utama kerana dia baru
sahaja bekerja selama tiga tahun. Namun setelah membaca mengenai berita "Go PRS, Get Treats"
telah membuatkan beliau berfikir tentang berapakan jumlah yang diperlukan untuk beliau hidup
selesa apabila berhenti bekerja kelak.
"Mengikut kalkulator persaraan PPA, saya memerlukan RM1 juta untuk memiliki pelan pengeluaran
sebanyak lebih kurang RM6,000 sebulan untuk 20 tahun," ujar Seh yang berasal dari Perak. "Adalah
baik untuk membahagikan pelaburan dan memiliki simpanan persaraan tambahan disebabkan faktor
inflasi, selain daripada dana daripada skim mandatori yang mungkin tidak mencukupi."
Berlainan pula dengan Tee yang dilahirkan di Johor, bagi beliau ianya adalah mengenai pengurusan
perkara yang lebih utama dan pengurusan bajet. Beliau mula mendapat tahu tentang PRS melalui
artikel tentang pelepasan cukai peribadi PRS sehingga RM3,000 setahun. Jumlah caruman yang
berpatutan melalui PRS Online menjadi juga menjadi faktor penyebab, di mana jumlah minimum
pelaburan awal hanyalah RM100.
"Walaupun saya tahu tentang pelepasan cukai dari kawan-kawan saya yang berkongsi artikel dan
sentiasa mengingatkan saya semasa musim cukai, saya tidak pernah tahu yang saya boleh mendaftar
secara atas talian," kata Tee. "Peraduan ini menunjukkan saya bagaimana untuk melakukannya
hanya dengan beberapa langkah mudah. Ianya sangat mudah dan senang difahami, kerana
walaupun saya mahu membuat temujanji dengan seseorang untuk menjelaskan kepada saya dengan
lebih lanjut, saya tidak tahu siapa yang akan memberitahu kepada saya."
"Ia merupakan senario yang bagus untuk melihat tiga penerima utama berasal dari tiga negeri yang
berbeza, dan semuanya berumur di bawah 35 tahun. Mereka mungkin berada di peringkat
kehidupanyang berbeza, tetapi sentiasa ada masa yang tepat untuk memulakan tabiat menyimpan."
kata Husaini. "Kami percaya peraduan seperti ini meningkatkan kesedaran untuk persediaan
persaraan, sejajar dengan Strategi Negara untuk Literasi Kewangan 2019-2023."
Setiap bulan sepanjang peraduan "Go PRS, Get Treats" 2019, 20 PRS Treats bernilai RM100 dalam
unit PRS telah diberikan kepada individu terpilih yang mendaftar melalui PRS Online dan menjawab
tiga buah soalan. Selain itu, setiap pendaftaran semasa tempoh peraduan secara automatik layak
untuk cabutan utama PRS Treats bagi merebut hadiah utama, kedua dan ketiga.
Pada tahun ini, PPA berhasrat untuk melancarkan satu lagi peraduan pada suku tahun kedua (Q2)
supaya lebih ramai rakyat Malaysia akan mengikuti jejak hampir 457,000 Ahli PRS yang sudah mula
menyimpan untuk persaraan. Setakat 15 Januari 2020, Nilai Aset Bersih (NAB) bagi kesemua 57 dana
PRS adalah RM3.5 bilion.
Melangkah ke depan, PPA akan terus menghasilkan inisiatif pendidikan untuk meningkatkan tahap
celik kewangan di kalangan rakyat Malaysia, dan memastikan maklumat ini dapat diakses seluas dan
setelus mungkin. Sebagai contoh, laman prestasi dana PRS di laman web PPA telah dipertingkatkan
untuk memudahkan anda melihat prestasi semua Dana PRS, termasuk caj jualan dan yuran
pengurusan.
Berikut adalah pandangan pantas prestasi dana PRS mengikut kategori dana:
Prestasi Terbaik Dana PRS Dalam Kategori Berikut Pulangan Tahunan* (%)
Konservatif 4.29
Sederhana 6.02
Pertumbuhan 6.22
Bukan Teras 11.35
Bukan Teras Islamik 6.48 Sumber: Morningstar (6 Jan 2020)
* Pulangan tahunan menandakan purata pertumbuhan bagi setiap tahun dalam tempoh yang ditetapkan, dalam contoh ini, adalah
bermula dari tarikh dana dilancarkan sehingga 31 Dis 2019
Untuk maklumat lanjut mengenai prestasi PRS Online dan PRS, sila layari www.ppa.my
- TAMAT -
Mengenai PPA
Private Pension Administrator Malaysia (PPA) adalah pentadbir pusat untuk Skim Persaraan Swasta
(PRS). PPA merupakan badan yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan ditubuhkan
untuk mentadbir dan mempromosikan pertumbuhan industri PRS.
PPA berperanan penting untuk menguruskan akaun berpusat seumur hidup untuk Ahli PRS. PPA
menekankan kepentingan menyimpan untuk persaraan dengan PRS dengan bertindak selaku pusat
sumber sehenti bagi orang ramai merujuk mengenai persaraan dan PRS di Malaysia. Ini termasuklah
pelaksanaan inisiatif tambah nilai seperti program pemasaran untuk meningkatkan kesedaran orang
ramai, selain mengadakan kerjasama dengan pihak berkepentingan yang meliputi universiti, media
dan agensi kerajaan bagi menggalakkan rakyat Malaysia untuk menyimpan lebih banyak untuk masa
hadapan dengan PRS. Perkhidmatan PRS Online yang dibangunkan oleh PPA membolehkan orang
ramai dan ahli PRS untuk mendaftar dan menambah caruman PRS mereka melalui komputer dan
peranti pintar dengan mudah, selesa dan selamat.
Mengenai PRS
Skim Persaraan Swasta (PRS) adalah skim simpanan dan pelaburan jangka panjang sukarela yang
direka untuk membantu rakyat Malaysia menyimpan lebih banyak untuk persaraan mereka. PRS
berusaha untuk meningkatkan pilihan bagi semua rakyat Malaysia sama ada bekerja atau bekerja
sendiri untuk menambah simpanan persaraan mereka di bawah persekitaran yang tersusun dan
dikawal selia. Terdapat lapan Penyedia PRS yang menawarkan 55 pilihan dana persaraan, di mana
individu boleh memilih untuk melabur berdasarkan keperluan persaraan, matlamat dan tahap risiko
mereka sendiri. Opsyen dana di bawah PRS adalah bertujuan untuk meningkatkan pulangan jangka
panjang untuk Ahli dalam rangka kerja yang dikawal selia. Rakyat Malaysia mempunyai pilihan untuk
menyimpan di PRS melalui pelbagai saluran seperti PRS Online, Penyedia PRS dan lebih 22,000
Perunding PRS.
PRIVATE PENSION ADMINISTRATOR MALAYSIA
___________________________________________________________________________
Talian Media:
Wong Mew Sum, Pemangku Ketua Pemasaran & Komunikasi | [email protected]
Ernest Chua, Penolong Pengurus, Pemasaran & Komunikasi | [email protected]
Telefon: 03-7732 1520
___________________________________________________________________________
Ketua Pegawai Eksekutif PPA Husaini Hussin (kanan) menyampaikan Hadiah Utama kepada Lim Tzyy
Wee.
Penerima Hadiah Utama, Lim Tzyy Wee (kelima dari kanan), dengan Ketua Pegawai Eksekutif PPA,
Husaini Hussin (keempat dari kanan) dan Wong Mew Sum, Pemangku Ketua Pemasaran dan
Komunikasi PPA (ketiga dari kiri)
Penerima Hadiah Utama peraduan “Go PRS, Get Treats”, Encik Lim Tzyy Wee
Encik Lim Tzyy Wee, Penerima Hadiah Utama
Top Related