8/13/2019 Assignment Kbk3073 Murid Berkeperluan Khas
1/49
1
PEMARKAHAN
1. ESEIa)b)
2. FORUM
JUMLAH
KBK 3073: MURID-MURID BERKEPERLUAN KHASTAJUK TUGASAN 1 dan 2
KUMPULAN
EL- M01 (A121PJJ)
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
MOHD NASIR BIN SALIM D20111049491 012-6141603
NAMA TUTOR E-LEARNING : PUAN NOOR AINI BINTI AHMAD
TARIKH SERAH : 26 NOVEMBER 2012
TUGASAN 1
Pendidikan merupakan program pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan
kanak-kanak berkeperluan khas iaitu program pengajaran khusus yang direka bentuk untuk
memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Secara terperinci huraikan punca-punca kecacatan,
ciri-ciri perkembangan fizikal, kognitif dan sosial kategori
a) Bermasalah Pendengaran
b) Bermasalah Penglihatan
c) ADHD
d) Bermasalah Fizikal
TUGASAN 2
Falsafah Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan
insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan
menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan
ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Bincangkan strategi dan kaedah membantu murid pendidikan khas mengikut model sosial
(social model) dan model perubatan (medical model)
8/13/2019 Assignment Kbk3073 Murid Berkeperluan Khas
2/49
8/13/2019 Assignment Kbk3073 Murid Berkeperluan Khas
3/49
3
Sekapur Sireh
Terlebih dahulu izinkanlah saya memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana diberi
kesempatan, ketabahan dan kekuatan untuk membolehkan saya menyiapkan tugasan ini
demi memenuhi kehendak kursus yang sedang saya ikuti. Saya juga ingin merakamkan
jutaan terima kasih kepada para pensyarah serta para tutor, di atas segala tunjuk ajar,
bimbingan dan nasihat yang dihulurkan sepanjang saya menyempurnakan tugasan ini.
Tanpa nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan, tidak mungkin saya mampu menyiapkan
tugasan ini seperti yang dikehendaki.
Jutaan terima kasih juga saya tujukan kepada rakan-rakan seperjuangan yang begitu baik
dan mempunyai semangat setia kawan yang tinggi dalam membantu dan bekerjasama bagi
menyiapkan kerja kursus ini. Jelas sekali, rakan-rakan tidak lokek untuk memberikan
pendapat, idea dan buah fikiran dalam membantu saya menyiapkan hasil kerja kursus ini
walaupun tidak sebaik mana.
Akhir kata, terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang terlibat di dalam
penghasilan kerja kursus ini.
Sekian, Terima Kasih.
Mohd Nasir bin SalimNO. ID : D20111049491
8/13/2019 Assignment Kbk3073 Murid Berkeperluan Khas
4/49
4
1.0 MUKADDIMAH
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap pada majlis penyampaian
anugerah cemerlang pelajar bagi Parlimen Pekan pada 15 November 2012 lalu telah
berkata, ...."usaha menjadikan Malaysia sebagai negara maju tidak akan tercapai jika
transformasi dalam bidang pendidikan dan modal insan tidak dilakukan dengan sebaiknya.
Justeru, kerajaan telah memperuntukkan jumlah kewangan yang besar bagi merealisasikan
hasrat Malaysia untuk muncul sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020. Ini adalah
pelaburan untuk mencapai hasrat kita muncul sebagai sebuah negara maju, dan ia tidak
mungkin akan tercapai tanpa memajukan bidang pendidikan". (Sumber : Sinar Harian, 16
November 2012).
Merujuk kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), pendidikan di Malaysia adalahsatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Menyedari pentingnya bidang pendidikan sebagai hak asasi untuk semua rakyat, maka
kerajaan telah melakukan pelbagai usaha untuk terus memajukannya. Penambahbaikan
dalam sistem pendidikan di negara kita sebenarnya telah diusahakan secara berterusan
bermula dengan Laporan Razak (1956), kemudiannya Laporan Rahman Talib (1960),
Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979), penggubalan Akta Pendidikan 1996, Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (2006-2010), sehinggalah yang terkini menerusi penyediaan
Pelan Pembangun Pendidikan 2013-2025. Usaha-usaha tersebut terbukti telah membantu
dari segi proses dan progres ke arah pencapaian matlamat pendidikan negara seperti yang
dihasratkan.
Pendidikan untuk semua harus menegaskan tentang hak untuk semua kanak-kanak agar
diberikan pendidikan sempurna tanpa mengira latar belakang sosial mahupun
perkembangan intelek mereka. Ia juga seharusnya tidak membezakan samada kanak-kanak
itu adalah normal atau mereka adalah Individu kurang upaya. Justeru, pelajar kurang upaya
sewajarnya tidak disisihkan daripada arus pembelajaran nasional kerana ada dalam
kalangan mereka sebenarnya mempunyai tahap kecerdasan setanding pelajar sempurna,
malah kadang kala melebihi tahap berkenaan. Hakikatnya, mereka juga mempunyai minat,
hasrat dan cita-cita yang setanding dengan individu normal yang lain.
8/13/2019 Assignment Kbk3073 Murid Berkeperluan Khas
5/49
5
2.0 PENDAHULUAN
Pendidikan khas ialah satu bidang profesion yang berkaitan dengan kaedah, teknik dan
penyelidikan yang tersendiri yang menumpukan ke arah pengurusan dan pembelajaran
yang baik bagi menilai dan mematuhi kehendak-kehendak khas. Dari segi praktiknya,
pendidikan khas merupakan pendidikan secara individual dengan kaedah-kaedah
pengurusan yang bersistematik dari segi susunan fizikal, alatan-alatan khas dan kaedah
pengajaran khas. Kesemua intervensi-intervensi yang dibuat ini semata-mata untuk
menolong kanak-kanak khas agar mencapai kepuasan diri dari segi akedemik dan
vokasional untuk membolehkan mereka berdikari.
Bidang ini juga adalah merujuk kepada pendidikan untuk kanak-kanak luar biasa, iaitu
kanak-kanak dari segi intelek, fizikal, sosial dan emosinya tidak mencapai pertumbuhan dan
penyuburan biasa hinggakan mereka tidak mendapat faedah sepenuhnya daripada
rancangan persekolahan biasa ( Chua Tee Tee & Koh Boh Boon, 1992). Kanak-kanak Khas
adalah kanak-kanak yang perlu dibantu untuk mencapai potensi maksimum mereka dengan
menyediakan pendidikan yang dirancang secara individu dan sistematik. Mereka merupakan
kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang telah dikenal pasti dan disahkan oleh
profesional klinik sebagai mengalami kecacatan yang mengganggu proses pembelajaran.
Kecacatan yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam
kebolehan kognitif, sosial, komunikasi dan kemahiran perkembangan. (Kementerian
Pendidikan Malaysia)
Penumpuan terhadap bidang Pendidikan Khas di Malaysia sebenarnya telah bermula pada
tahun-tahun sekitar 1920an hasil usaha sukarelawan yang terlibat dalam pembukaan
sekolah-sekolah cacat penglihatan dan pendengaran. Laporan Jawatankuasa Kabinet yang
mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran melalui Perakuan 169 pula dianggap titik tolak yang
telah membawa kepada satu penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada
perkembangan bidang Pendidikan Khas di Malaysia. Di samping terus menggalakkan
penyertaan oleh badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak khas,
Kementerian Pendidikan Malaysia pula telah mengambil langkah menyediakan
perkhidmatan khusus untuk murid-murid khas ini.
Kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran di bawah tanggungjawab Kementerian
Pendidikan Malaysia (Kementerian Pelajaran) adalah seperti Sindrom Down, Autisme
ringan, terencat akal minimum, bermasalah pembelajaran spesifik, Attention Deficit
Hyperaktif Disorder (ADHD), bermasalah pendengaran, bermasalah penglihatan dan
8/13/2019 Assignment Kbk3073 Murid Berkeperluan Khas
6/49
6
bermasalah fizikal. Secara umumnya, pendidikan yang diberi adalah menekankan kepada
perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan
Negara. Namun begitu, pendidikan yang diberikan mestilah setaraf dengan kemampuan
yang mereka miliki (Mohd Dan, 2007).
Falsafah Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan
insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan
menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan
ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Bagi memenuhi keperluan dan kehendak Falsafah Pendidikan Khas, kurikulum yang dibina
adalah berlandaskan kepada tiga prinsip utama iaitu :
a. Pendidikan menyeluruh dan bersepadu bertujuan memberi fokus kepada petensi
individu meliputi aspek jasmini, emosi, rohani, intelik dan sosial.
b. Pembelajaran yang menggembirakan ke arah merangsang dan mengekalkan minat
murid berkeperluan khas kepada pembelajaran.
c. Pendidikan sepanjang hayat iaitu pemerolehan ilmu pengetuahuan dan kemahiran
di alam persekolahan yang dapat menjana penguasaan ilmu secara berterusan
untuk digunakan dalam kehidupan seharian.
3.0 KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN
3.1 Definasi dan Pengenalan
Secara umumnya, masalah pendengaran atau pekak adalah melibatkan ketidakupayaan
untuk mendengar. Menurut Kamus Dewan terbitan DBP, pekak didefinisikan sebagai tidak
dapat mendengar langsung atau tidak dapat mendengar dengan baik. Dalam budaya orang
pekak, istilah pekak adalah digalakkan untuk digunakan kerana ia merupakan satu lambang
identiti yang positif kepada komuniti orang pekak. Menurut Cruickshakn dan Johnson (1975),
Masalah pendengaran adalan kegagalan kebolehan kanak-kanak menggunakan deria
dengarnya apabila kecacatan itu dialami. Terdapat dua kategori dalam bermasalah
pendengaran iaitu pekak dan separuh pekak. Pekak adalah kanak-kanak yang mempunyai
deria dengar yang langsung tidak berfungsi, manakala separuh pekak pula adalah kanak-
kanak yang masih boleh menggunakan deria dengar tetapi dengan menggunakan alat
bantuan pendengaran.
8/13/2019 Assignment Kbk3073 Murid Berkeperluan Khas
7/49
7
Chua Tee Tee dan Koh Boh Boon (1992) mendefinasikan kanak-kanak pekak sebagai
seorang yang rosak pendengaran kerana dalam kebanyakan contoh, ia mempunyai
pendengaran separa. Kanak-kanak ini luar biasa kerana tidak dapat bertindak balas
terhadap bunyi-bunyi di sekelilingnya. Asmah Haji Omar (1984) pula mentakrifkan pekak
sebagai seorang yang dilahirkan dengan kecacatan pada deria pendengaran yang tidak
dapat mengenal bunyi bahasa, tidak dapat mendengar perbualan orang lain dan tidak dapat
mengalami serta menghayati pemikiran dan budaya melalui bahasa. Kanak-kanak yang
mengalami kecacatan pendengaran dianggap lebih bernasib malang berbanding mereka
yang mengalami kecacatan lain. Ini kerana kecacatan yang mereka alami tidak kelihatan
melalui fizikal luaran. Oleh itu, orang ramai tidak nampak sebarang kekurangan yang dialami
dan menganggap mereka adalah normal seperti orang lain. Pandangan ini sebenarnya amat
bertentangan dengan situasi sebenar, kerana kecacatan yang mereka alami adalah lebih
teruk berbanding dengan yang kategori kecacatan lain.
3.2 Punca-Punca Kecacatan Pendengaran
Bee H.(1995), mentakrifkan kanak-kanak bermasalah pendengaran adalah mereka yang
menghadapi kesukaran mendengar atau kekurangan pendengaran yang jelas. Masalah
pendengaran adalah berpunca daripada faktor sebelum lahir, semasa lahir dan selepas
lahir.
3.2.1 Faktor sebelum lahir
Kecacatan sebelum kelahiran boleh berpunca disebabkan oleh masalah baka atau
genetik. Masalah ini sebenarnya berkaitan dengan sejarah kesihatan keluarga di
mana ada ahli di dalam keluarga tertentu yang mengalami masalah pendengaran
seperti sindrom Waardenburg, Treacher Collins dan Alport Syndrome. Faktor genetik
seperti ini memungkinkan kecacatan yang sama akan berulang pada anak-anak
yang dilahirkan. Bagi punca kecacatan bukan genetik pula, ia mungkin disebabkan
jangkitan semasa hamil seperti rubella, meningitis,campak,caar,kencing manis dan
sebagainya. Kecacatan juga boleh berlaku akibat pengambilan dadah semasa hamil,
mengandung terlalu kerap, oksemia pada peringkat akhir kehamilan
3.2.2 Faktor semasa lahir
Kecacatan semasa kelahiran pula boleh berpunca disebabkan oleh pengambilan
ubat tertentu seperti gentamisin yang selalu digunakan dalam rawatan bayi selepas
lahir. Ia mungkin disebabkan ibu mengalami darah tinggi yang berlebihan
(preeklampsia) ketika melahirkan bayi. Ia juga boleh terjadi akibat bayi yang
8/13/2019 Assignment Kbk3073 Murid Berkeperluan Khas
8/49
8
pramatang atau tidak cukup berat badan (kurang dari 1.5 kilogram). Antara punca-
punca lain adalah disebabkan oleh bayi yang dilahirkan lemas, bayi yang
memerlukan alat pernafasan selepas lahir, faktor meningitis atau jangkitan kuman di
otak selepas lahir, bayi yang mengalami kekuningan (jaundice) yang teruk
sehingga tahap memerlukan pertukaran darah dan bayi yang dilahirkan dengan
pembentukan muka yang abnormal seperti sumbing.
3.2.3 Faktor selepas lahir
Punca berlakunya masalah selepas kelahiran antaranya disebabkan halangan di
dalam saluran telinga luar seperti tahi telinga yang terlalu banyak atau sekatan
benda asing. Ia juga boleh terjadi akibat kemalangan iaitu kerosakan gegendang
telinga disebabkan oleh tekanan yang terlalu kuat seperti bunyi letupan dan jolokan
benda keras atau tajam ke gegendang telinga. Selain itu, turut mempengaruhi
masalah pendengaran adalah disebabkan jangkitan kronik yang berlaku terhadap
lapisan kulit telinga luar atau telinga dalam dikenali sebagai Otitis Externa dan Otitis
Media. Otitis Externa disebabkan oleh jangkitan bakteria yang dinamakan
swimmers ear yang biasa berlaku kepada perenang kerana kekerapan air
terperangkap di dalam telinga.
3.3 Ciri-Ciri Perkembangan Fizikal
Perkembangan bagi seorang kanak-kanak yang menghadapi masalah pendengaran adalah
bergantung kepada tahap kehilangan pendengaran dan umur semasa kanak-kanak tersebut
mula mengalami masalah pekak. Jika kanak-kanak menghadapi masalah pendengaran
pada peringkat umur antara 12 hingga 24 bulan, perkembangan pertuturan dan bahasa
mereka pasti akan terganggu atau lambat. Ini kerana pada usia berkenaan kanak-kanak
sepatutnya mengalami proses belajar dan membentuk bahasanya sendiri. Kelambatan ini
akan turut menjejaskan perkembangan mentalnya. Oleh itu, kanak-kanak bermasalah
pendengaran akan mempunyai tiga rangkap kecacatan iaitu tidak dapat mendengar, tidak
dapat bertutur dan tidak dapat berfikir seperti kanak-kanak normal (Chua, 1992).
Kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran sebenarnya tidak menunjukkan
sebarang perbezaan dari segi perkembangan fizikal berbanding kanak-kanak normal. Bagi
perkembangan fizikal, motor halus dan motor kasar kanak-kanak ini adalah sama seperti
kanak-kanak normal. Justeru, dari pandangan fizikal luaran, mereka sering dianggap
sebagai kanak-kanak biasa. Namun, yang membezakan mereka berbanding kanak-kanak
normal adalah masalah komunikasi.
8/13/2019 Assignment Kbk3073 Murid Berkeperluan Khas
9/49
8/13/2019 Assignment Kbk3073 Murid Berkeperluan Khas
10/49
10
sebaik mungkin deria pendengaran mereka .Kemajuan teknologi pada hari ini telah banyak
mambantu manusia dalam menjalani kehidupan seharian.Oleh itu, kewujudan dan
penciptaan alat bantu dengar pada hari ini telah banyak membantu golongan bermasalah
bermasalah pendengaran untuk menjalani kehidupan seharian khususnya bagi tujuan
berkomunikasi dalam masyarakat.
Kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran pada kebiasaannya tidak gemar
untuk bersosial dan mereka akan merasa mudah terasa, rendah diri dan suka
mengasingkan diri daripada masyarakat. Ini kerana mereka berasa malu dan merasakan diri
mereka tidak sempurna seperti insan lain. Mereka akan beranggapan masyarakat luar tidak
akan menerima mereka dan memandang mereka sebagai golongan cacat. Oleh itu ibubapa,
guru dan masyarakat harus memainkan peranan mereka dalam memberikan semangat,
motivasi dan perangsang kepada mereka untuk terus maju dan tidak mudah takut dengan
dunia persekitaran.
3.6 Program Pendidikan Khas Kanak-kanak Bermasalah Pendengaran
Program pendidikan khas kanak-kanak bermasalah pendengaran adalah suatu program
yang disediakan di sekolah khas bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan
pendengaran. Ia juga boleh didefinisikan sebagai suatu percantuman di sekolah biasa bagi
murid-murid yang mempunyai kecacatan pendengaran atau mempunyai masalah
pembelajaran. Selain itu, ia juga merupakan suatu program pendidikan inklusif bagi murid-
murid dengan keperluan khas yang dapat menghadiri di dalam kelas biasa bersama-sama
dengan murid-murid biasa. Melalui program pendidikan khas ini, murid-murid bermasalah
pendengaran dilatih daripada segi pertuturan dan belajar subjek-subjek yang dipelajari oleh
murid biasa dengan menggunakan komunikasi seluruh termasuk bahasa isyarat. Program
Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pendengaran pula adalah program yang dilaksanakan
untuk membantu murid keperluan khas masalah pendengaran bergaul dengan murid biasatanpa rasa terpinggir. Kebiasaannya integrasi yang berlaku adalah pada peringkat fizikal di
mana murid dengan keperluan masalah pendengaran dan murid biasa berkongsi bangunan,
padang sekolah dan kantin. Integrasi sosial juga berlaku dalam program sebegini sama ada
secara terancang ataupun tidak terancang. Pihak sekolah mungkin menyediakan aktiviti-
aktiviti di mana kedua-dua kategori murid terlibat sepenuhnya. Murid juga bersama-sama
pada masa rehat dengan mengambil inisiatif sendiri untuk bermain ataupun menolong
antara satu sama lain.
8/13/2019 Assignment Kbk3073 Murid Berkeperluan Khas
11/49
11
4.0 KANAK-KANAK BERMASALAH PENGLIHATAN
4.1 Definasi dan Pengenalan
Masalah penglihatan adalah ketidakupayaan untuk melihat. Menurut Heward (1996),
seseorang yang mempunyai ketajaman penglihatan 20/200 atau kurang daripada mata yang
sihat dengan pembetulan (kaca mata) atau mempunyai medan penglihatan yang sempit
kurang daripada 20 darjah adalah dikategorikan sebagai bermasalah penglihatan. Menurut
Hallahan &Kauffman (2002), kehilangan daya penglihatan terhadap cahaya (kemampuan
menyatakan kewujudan pencahayaan dari kawasan gelap) mahupun unjuran cahaya
(kebolehan untuk mengenalpasti punca arah cahaya.
Menurut National Society For Prevention of Blindness (1990), justifikasi bermasalah
penglihatan adalah berdasarkan ketepatan penglihatan 20/200 atau kurang daripada mata
yang terbaik setelah dilakukan pembetulan atau mempunyai ruang penglihatan melebihi
20/200 tetapi tidak melebihi 20/70 pada mata yang terbaik setelah dijalankan pembetulan.
Masalah penglihatan terbahagi kepada dua iaitu, rabun dan buta. Rabun atau kurang
nampak ialah mereka yang masih boleh membaca dan melihat dengan pandangan yang
kabur (penglihatan
8/13/2019 Assignment Kbk3073 Murid Berkeperluan Khas
12/49
12
4.2 Punca-Punca Kecacatan
4.2.1 Punca kerana penyakit
Merujuk kepada laman Wikipedia, Kebanyakan kecacatan penglihatan adalah
disebabkan oleh penyakit dan kekurangan zat. Menurut anggaran WHO pada tahun
2002, 47.8 peratus punca buta di seluruh dunia adalah disebabkan penyakit katarak,
12.3 peratus kerana glaukoma, 10.2 peratus kerana uveitis, 8.7 peratus kerana
kemerosotan makula (AMD) berkait usia, 3.6 peratus kerana trakoma, 5.1 peratus
kerana kelegapan kornea optik dan 4.8 peratus lagi kerana retinopati diabetik. Di
negara membangun, lebih ramai yang mengalami kecacatan penglihatan
sebenarnya disebabkan keadaan yang boleh dihalang berbanding mereka yang
terdapat di negara maju. Kecacatan penglihatan adalah biasa dalam kalangan
mereka berusia melebihi 60 tahun, manakala kanak-kanak dalam masyarakat miskin
pula adalah lebih cenderung menghadapi masalah penyakit kecacatan penglihatan
berbanding rakan sebaya mereka yang kaya.
4.2.2 Punca kerana keadaan luar biasa dan kecederaan
Kecederaan mata, sering kali berlaku dikalangan mereka di bawah 30 tahun,
merupakan punca utama buta sebelah mata di Amerika Syarikat. Kecederaan dan
kataraksmemberi kesan kepada mata itu sendiri, sementara keluarbiasaan seperti
hypoplasia saraf optik (optic nerve hypoplasia) memberi kesan kepada himpunan
saraf yang menghantar isyarat dari mata kepada belakang otak, yang mampu
mendorong kepada kekaburan penglihatan. Mereka dengan kecederaan pada
occipital lobe di otak, walaupun mempunyai mata dan saraf optik yang tidak
rosak, masih boleh dikelaskan sebagai sah buta atau buta sepenuhnya.
4.2.3 Punca kerana kecacatan genetik
Mereka yang mengalami albinisme sering kali menderita kecacatan penglihatansehingga pada tahap disahkan buta, sungguhpun hanya sedikit dari mereka buta
sepenuhnya. Kongenital amaurosis leber pula mampu menyebabkan buta
sepenuhnya atau kehilangan penglihatan teruk semenjak lahir atau awal kanak-
kanak. Kemajuan terkini dalam pemetaan gen genome manusia telah mengenal
pasti punca genetik lain yang menyebabkan penglihatan kabur atau kebutaan.
Salah satu contoh adalah sindrom Bardet-Biedl.
8/13/2019 Assignment Kbk3073 Murid Berkeperluan Khas
13/49
13
4.2.4 Punca kerana keracunan
Sebahagian kecil dari kesemua kes kebutaan adalah disebabkan oleh memakan
atau termakan bahan kimia tertentu. Contoh yang paling terkenal adalah metanol
yang terdapat dalam spirit bermetil yang kadang-kala digunakan oleh peminum arak
sebagai gantian murah bagi minuman beralkohol biasa.
4.2.5 Punca kerana tindakan sengaja
Kebutaan kadangkala telah digunakan sebagai tindakan membalas dendam dan
penyiksaan dalam sesetengah kes, bagi merampas deria utama seseorang untuk
berinteraksi atau bergerak bebas di dunia ini. Tindakan membutakan diri sendiri atau
orang lain secara jenayah kadangkala boleh berlaku walaupun jumlahnya amat
sedikit.
4.3 Ciri-Ciri Perkembangan Fizikal
Hasil ujian menunjukkan bahawa kanak-kanak buta amat sukar untuk mengadaptasi sumber
atau petunjuk (clue) yang ada. Mereka memerlukan latihan sebelum didedahkan kepada
sesuatu situasi baru (Linn & Petersen, 1985). Permasalahan dalam perkembangan motor
bagi kanak-kanak cacat penglihatan adalah suatu perkara yang sinonim. Ini adalah
disebabkan oleh kekurangan dalam penglihatan akan memberikan kesan yang serius dalam
perkembangan motor mereka (Mason & McCall, 1999). Kegagalan memulakan sesuatu
pergerakan akan melewatkan perkembangannya. Oleh itu ia mungkin akan menyebabkan
kecacatan berganda di mana pergerakan seseorang kanak-kanak itu terbatas ataupun
kelihatan tidak menarik. Bagi kanak-kanak yang dilahirkan mengalami kebutaan konginental,
persekitaran akan menjadi kurang menarik jika mereka berada di dalam posisi duduk.
Mereka akan merasakan lebih selesa untuk berbaring di atas lantai. Oleh yang demikian,
usaha untuk mendapatkan imbangan sukar dilakukan.
Kanak-kanak yang dilahirkan dengan kebutaan konginental juga selalunya akan terlepas
dari menjalankan aktiviti merangkak. Oleh itu mereka akan menghadapi masalah untuk
berjalan kerana kekuatan otot tangan dan kaki tidak dapat diselarikan dengan otot badan,
selain masalah untuk melakukan imbangan. Terdapat juga kanak-kanak cacat penglihatan
yang menunjukkan kelainan gaya mereka berjalan. Ini adalah kerana kekurangan latihan
dan peneguhan sukar dijalankan kerana gaya pembelajaran melalui peniruan sukar
dilakukan akibat penglihatan yang terhad. Sebagai contoh ada kanak-kanak yang berjalan
menggunakan tumit dan ada juga yang menggunakan hujung jari kaki untuk berpijak.
8/13/2019 Assignment Kbk3073 Murid Berkeperluan Khas
14/49
14
4.4 Kesan Terhadap Aspek Kognitif
Kanak-kanak cacat penglihatan mengalami perkembangan yang lewat tentang membentuk
konsep seperti konsep arah di depan, di belakang, di tepi dan di antara. Mereka juga
mengalami kesukaran memahami konsep abstrak seperti tinggi dan warna. Perkara ini akan
mendatangkan kesan dalam perkembangan kemahiran mengklasifikasi bagi kanak-kanak
cacat penglihatan ini. Bagi kanak-kanak kategori ini, masalah pembentukan persepsi yang
lemah merupakan suatu perkara yang dominan. Permasalahan yang sering timbul dari
kelewatan perkembangan persepsi ini, salah satunya adalah melibatkan proses mengenal.
Bayi yang dilahirkan dengan kecacatan penglihatan, had atau limitasi mengenal ibu mereka
hanyalah menerusi bau sahaja. Oleh itu mereka perlu dilatih untuk mengggunakan deria-
deria yang ada untuk mengenal orang di sekelilingnya serta persekitaran mereka.
Kesukaran untuk memahami bentuk adalah perkara yang lumrah wujud di kalangan kanak-kanak cacat penglihatan. Sebagai contoh apabila dikatakan bahawa piramid itu berbentuk
kon dan bentuk kon adalah seperti bentuk segitiga, mereka sukar untuk menggambarkan
bagaimana susunan segitiga itu boleh membentuk sebuah piramid. Ini adalah disebabkan
kekurangan pengalaman dalam mengenal sesuatu struktur bentuk binaan. Daya kreativiti
seseorang dikatakan berkait rapat dengan tahap rangsangan pemikiran mereka.
Walaubagaimanapun, kajian Halpin (1972) pula mendapati bahawa, kanak-kanak cacat
penglihatan adalah lebih kreatif dalam menggunakan manipulasi lisan berbanding kanak-
kanak normal.
4.5 Kesan Terhadap Aspek Sosial
Disebabkan kekurangan yang ada, maka akan timbul perasaan kurang keyakinan diri dalam
kalangan kanak-kanak bermasalah penglihatan dan mereka sering menyisihkan diri dan
merasa rendah diri. Masalah ini perlu diatasi dengan memberi layanan yang baik kepada
mereka tetapi bukan bermaksud layanan yang terlalu istimewa sehingga mereka rasa
berbeza dengan orang normal.
4.6 Program Pendidikan Khas Kanak-kanak Bermasalah Penglihatan
Pelajar Pendidikan Khas bermasalah penglihatan belajar mengikut sukatan pelajaran yang
sama dan kurikulum yang sama dengan aliran perdana. Cuma yang membezakannya ialah
pendekatan pengajaran yang dilaksanakan oleh guru pembimbing. Mereka juga dibenarkan
menduduki peperiksaan awam melalui soalan-soalan dalam peperiksaan yang
dimodikasikan untuk kesesuaian masalah mereka. Pelajar kategori ini juga berpeluang
menggunakan komputer dengan adanya perisian Jaws, iaitu perisian bersuara yangmembantu pelajar mengendalikan komputer.
8/13/2019 Assignment Kbk3073 Murid Berkeperluan Khas
15/49
15
5.0 KANAK-KANAK BERMASALAH ADHD
5.1 Definasi dan Pengenalan
ADHD atau Attention Deficit-Hyperactivity Disorder secara umumnya adalah merujuk
kepada kanak-kanak hiperaktif. Istilah hiperaktif pula adalah merujuk kepada kanak-kanak
yang bertingkahlaku terlampau aktif dan mengganggu. Tingkahlaku mereka yang aktif dan
sukar diramal ini memberi gangguan kepada proses pengajaran guru di sekolah mahupun
penjagaan harian di rumah. Paling ketara mereka bersikap agresif seperti memulakan
pergaduhan dan pertengkaran, cuai menyiapkan tugasan, tidak mahu mendengar apabila
kita bercakap dengannya selain mengelak membuat tugasan yang memerlukan pengekalan
daya mental. Gangguan kurang tumpuan (ADD) tanpa hiperaktiviti (terutama sekali jenis
yang tidak memberi perhatian penuh) adalah subkategori kepada ADHD.
Biasanya, kanak-kanak dalam golongan ini kurang memberi perhatian penuh dan tumpuan
mereka mudah terganggu. Adalah dikatakan bahawa ADD tanpa hiperaktiviti kerapkali tidak
didiagnosa dengan tepat. Gangguan hiperkinetik merupakan satu lagi istilah yang digunakan
untuk menggambarkan ADHD. Dikatakan bahawa 1 daripada 25 kanak-kanak adalah
mengalami masalah ADHD dan diandaikan bahawa ADHD dialami oleh sekurang-kurangnya
seorang kanak-kanak di setiap bilik darjah. ADHD lebih kerap didiagnosa pada kanak-kanak
lelaki berbanding dengan kanak-kanak perempuan. Ini mungkin berlaku kerana ADD tanpa
hiperaktiviti lebih berpengaruh dalam diri kanak-kanak perempuan dan tidak pula didiagnosa
dengan tepat. Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami gangguan ini hanya mendapat
bantuan pada usia 6-9 tahun, walaupun kebanyakan ibu bapa menegaskan masalah yang
dihadapi oleh anak mereka mula dikesan pada usia yang lebih muda.
5.2 Punca-Punca Kecacatan
Tiada siapa tahu apakah punca ADHD. Ia juga tidak dapat dipastikan dengan tepat kerana
terdapat terlalu banyak kemungkinannya. Walaubagaimanapun, antara punca ADHD yang
dikenal pasti secara umum adalah:
5.2.1 Faktor Keturunan
Individu dengan ADHD berkemungkinan besar mempunyai corak ADHD dalam
keluarganya. Malah, kanak-kanak yang ibu atau bapanya mengalami ADHD
berkemungkinan tiga kali ganda mempunyai ADHD.
8/13/2019 Assignment Kbk3073 Murid Berkeperluan Khas
16/49
16
5.2.2 Perbezaan Fungsi Otak
Ahli sains mendapati tiga bahagian otak iaitu prefrontal cortex, basal ganglia, dan
serebelum kerap berfungsi secara berbeza-beza pada individu dengan ADHD
berbanding individu lain. Bagi kanak-kanak ADHD khususnya, terdapat kurang
aktiviti elektrikal dan kurang tindak balas terhadap rangsangan bagi bahagian-
bahagian tersebut.
5.2.3 Faktor Biokimia
Bahan kimia dalam otak yang dikenali sebagai neutransmitter yang memancarkan
malmukat daripada tiga bahagian di atas kepada bahagian yang lain, tidak
dipecahkan dan diserap semula dengan sempurna dalam otak individu dengan
ADHD.
5.2.4 Persekitaran
Kajian-kajian terkini menunjukkan bahawa faktor fisiologi merupakan punca utama
terjadinya ADHD, dan faktor persekitaran pula dilihat sebagai penyumbang kepada
tahap keterukan ADHD yang dialami oleh kanak-kanak.
5.2.5 Kecederaan Otak
Kecederaan otak mungkin terjadi semasa tempoh prenatal akibat daripada
penggunaan dadah, merokok, atau akibat kekurangan oksigen.
5.3 Ciri-Ciri Perkembangan Fizikal
Ciri-ciri tingkah laku kanak-kanak ADHD adalah berbeza dan pada kebiasaannya ADHD
hiperaktif-impulsif mempunyai masalah tingkah laku yang lebih jelas daripada ADHD
impulsive. Kanak-kanak ini lebih agresif contohnya mereka kerap memulakan sesuatu
pergaduhan,kerap membuat kesalahan akibat kecuaian,gagal menyiapkan kerja sekolah,
tidak mahu mendengar apabila bercakap dengannya, sukar mengatur tugasan,tidak sukadan enggan melakukan tugasan.
Kanak-kanak hiperaktif mempunyai ciri-ciri tingkah laku seperti tumpuan perhatian yang
singkat, sentiasa resah dan tidak boleh duduk diam. Dia tidak mengendahkan arahan ibu
bapa atau gurunya dan menunjukan kedegilannya serta susah dikawal dan didisplinkan.
Oleh itu, kanak-kanak hiperaktif sering mengalami masalah pembelajaran di sekolah kerana
tabiatnya yang suka merayau-merayau, tidak boleh duduk di tempatnya dan tidak
mendengar arahan guru.
8/13/2019 Assignment Kbk3073 Murid Berkeperluan Khas
17/49
17
Adakalanya, kanak-kanak hiperaktif juga mempamerkan ciri-ciri perkembangan bahasa yang
lambat. Kesemuanya ini akan menyebabkan dia tidak digemari oleh kanak-kanak lain dan
dia sering berasa terasing. Kanak-kanak yang sebegini sering menyulitkan gurunya yang
kebiasaannya terpaksa menjaga 40 orang murid dalam satu kelas. Dia tidak boleh
memberikan perhatian yang khusus pada murid ini sahaja.
5.4 Kesan Terhadap Aspek Kognitif
Kebiasaannya kanak-kanak hiperaktif ini boleh memahami dan berfikir tetapi sukar untuk
memberi tumpuan atau perhatian. Oleh sebab itu kanak-kanak ini sukar untuk bergaul
dengan masyarakat serta lemah dalam akademik.
5.5 Kesan Terhadap Aspek Sosial
Ciri-ciri sosial kanak-kanak ini lebih tertumpu kepada penghargaan kendiri di mana
penghargaan kendiri positif atau negative bergantung kepada keadaan persekitaran yang
mereka terima dan mereka mudah menyesuaikan diri mengikut tuntutan sosial.Di samping
itu juga,keadaan individu yang mengalami ADHD mereka cepat berasa bosan dan pada
waktu yang sama tidak berdaya hendak menumpukan perhatian pada tugas yang perlu
disiapkannya. Mereka juga mungkin kurang faham atau tidak empati pada perasaan orang
lain.Mereka juga selalunya gagal mencapai kejayaan yang cemelang di sekolah atau tidak
pandai berinteraksi sesame rakannya APA (2000) dalam Azizi Yahaya et.al.(2006)
5.6 Program Pendidikan Khas Kanak-kanak Bermasalah ADHD
Hiperaktif adalah perlakuan atau tingkahlaku yang dianggap bertentangan nilai sosial yang
disebabkan oleh ketidakseimbangan sistem saraf pusat otak dalam mentafsir rangsangan-
rangsangan yang ada di persekitaran. Pencegahan lebih baik dari rawatan.Kanak-kanakhiperaktif ini mnemerlukan rawatan yang terperinci dan pemeriksaan fizikal serta penilaian
perkembangan intelek dan emosinya. Kaunseling yang intensif diperlukan untuk
meningkatkan kemampuan ibu bapa melatih dan member rawatan kepada anak mereka. Ini
memerlukan kasabaran, pengorbanan masa, tenaga dan kewangan. Matlamat rawatan
adalah supaya kanak-kanak ini boleh menyesuaikan diri di sekolah dan masyarakat dengan
sebaik mungkin. Dari masa ke semasa pencapaian perlu dinilai dan strategi pula perlu
diperkemaskan agar sesuai dengan usia serta keadaan. Apa yang paling penting ialah
setiap ibu bapa serta guru perlu mempertingkatkan ilmu pengetahuan tentang
permasalahan-permasalahan kanak-kanak ini.
8/13/2019 Assignment Kbk3073 Murid Berkeperluan Khas
18/49
18
6.0 KANAK-KANAK BERMASALAH FIZIKAL
6.1 Definasi dan Pengenalan
Masalah kecacatan fizikal adalah merujuk kepada kanak-kanak yang mengalamiketidakupayaan fizikal dan memerlukan perubatan atau peralatan khas seperti pendakap
(braces) atau kerusi roda. Ia termasuk ketidakupayaan berbentuk neurologi yang melibatkan
otak dan urat saraf yang rosak (Mohd. Sharani, 2006) serta kecederaan ortopedik yang
melibatkan tulang, sendi dan otot. Antara masalah yang boleh dikategorikan sebagai
kecacatan fizikal ialah:
6.1.1 Cerebral Palsy
Kesukaran bergerak kerana tidak dapat mengkoordinasi badan. Ia disebabkan olehneurologi motor yang tidak dapat berfungsi dengan baik kerana kecederaan di otak.
Kecederaan ini mungkin berlaku sebelum, semasa atau selepas kelahiran. Pada
umumnya kanak-kanak ini juga mungkin mempunyai kecacatan lain seperti masalah
penglihatan, pertuturan atau terencat akal.
6.1.2 Epilepsi
Penyakit sawan yang disebabkan oleh masalah neurologi yang menyebabkan kanak-
kanak menggeleter.
6.1.3 Spina bifida
Kecacatan pada tulang belakang yang boleh menyebabkan kelumpuhan pada
bahagian badan. Ia adalah satu keadaan yang berlaku sejak kelahiran tetapi boleh
dibantu dengan pembedahan.
6.1.4 Muscular dystrophy
Kemerosotan kekuatan otot secara progresif sehingga kanak-kanak akan
memerlukan kerusi roda. Kecerdasan kanak-kanak tersebut tidak terjejas.
6.1.5 Limb deficiencies
Kanak-kanak yang anggota badannya tidak sempurna. Ini mungkin disebabkan oleh
kemalangan atau kecacatan semasa kelahiran. Kanak-kanak ini boleh dilatih
menggunakan anggota palsu.
8/13/2019 Assignment Kbk3073 Murid Berkeperluan Khas
19/49
19
6.1.6 Asthma
Masalah pernafasan yang berlaku apabila tiub bronchial daripada saluran
pernafasan kerongkong menjadi sempit. Masalah ini boleh dibantu dengan dadah
dan penggunaan nebulisec.
6.1.7 Diabetes
Kencing manis ialah penyakit yang disebabkan oleh pancreas yang tidak dapat
berfungsi untuk menghalang peningkatan gula dalam darah manusia. Seperti
asthma, penyakit ini boleh dikawal dengan dadah serta pemakanan yang betul.
6.1.8 Leukemia
Satu bentuk kanser yang agak biasa dikalangan kanak-kanak. Penyakit ini
menyebabkan peningkatan secara mendadak sel putih dalam tulang sum-sum.
Kimoterapi merupakan satu cara yang digunakan untuk membantu mengawalnya.
6.2 Punca-Punca Kecacatan Fizikal
Secara umumnya, punca-punca utama kecacatan fizikal adalah disebabkan kekurangan zat
makanan dan kecederaan disebabkan oleh kemalangan. Bagi penyakit Spina bifida
contohnya, kecacatan pada tulang belakang boleh menyebabkan kelumpuhan pada
bahagian bawah badan. Ia biasanya berlaku sejak kelahiran tetapi boleh dibantu dengan
pembedahan. Kanak-kanak yang mengalami masalah Muscular dystrophy adalah kanak-
kanak yang mengalami kemerosotan kekuatan otot secara progresif sehingga kanak-kanak
memerlukan kerusi roda. Kanak-kanak kategori ini, tahap kecerdasan mereka adalah tidak
terjejas. Bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah Limb deficiencies pula adalah
berpunca disebabkan oleh kemalangan atau kecacatan semasa kelahiran. Mereka boleh
dilatih menggunakan anggota palsu. Bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah
pernafasan atau asthma, ia berlaku apabila tiub bronikal daripada saluran pernafasan
kerongkong menjadi sempit. Pesakit kategori ini boleh dibantu dengan ubat dan
penggunaan nebulisec. Diabetes atau dikenali juga sebagai kencing manis adalah
disebabkan oleh pankreas yang tidak dapat berfungsi untuk menghalang peningkatan gula
dalam darah manusia. Penyakit ini boleh dikawal dengan ubat serta pemakanan yang betul.
Leukemia pula adalah sejenis kanser yang agak biasa dalam kalangan kanak-kanak.
Penyakit ini menyebabkan peningkatan secara mendadak sel darah putih dalam tulang sum-
sum. Rawatan yang boleh dilakukan adalah menerusi kimoterapi yang digunakan untuk
membantu mengawal leukemia.
8/13/2019 Assignment Kbk3073 Murid Berkeperluan Khas
20/49
20
6.3 Ciri-Ciri Perkembangan Fizikal
Kanak-kanak yang mengalami masalah kecacatan fizikal selalunya sukar untuk
mengimbang badan. Mereka juga sukar melukis atau menulis. Mereka kerap tersandung
dan terjatuh. Mereka juga sukar mengangkat objek-objek kecil, sukar berjalan, sukar berlari,
melompat atau memanjat. Mereka juga kerkemungkinan tidak upaya melepaskan sesuatu
objek, sukar melantun, sukar menangkap atau membaling bola. Mereka selalunya sukar
bergerak kerana tidak dapat mengkoordinasikan badan. Sesetengah mereka mengalami
masalah menyuap makanan, menghisap atau menelan. Kebanyakan mereka juga
bergantung kepada orang lain untuk makan atau ke tandas.
6.4 Kesan Terhadap Aspek Kognitif
Kanak-kanak yang mengalami ketidakupayaan fizikal, gerak-geri mereka adalah terbatas.
Ketidakupayaan juga boleh berbentuk neurologi yang melibatkan otak, spinal cord atau
saraf yang rosak. Gangguan neurologi dapat mempengaruhi kecerdasan pertuturan. Kanak-
kanak yang mengalami kelemahan fizikal senang diperhatikan melalui gaya mereka berjalan
ataupun mereka menggunakan alat-alat khusus seperti kereta tolak, tongkat penyokong
ataupun sendi-sendi palsu.
6.5 Kesan Terhadap Aspek Sosial
Masalah sosial yang sering dihadapi oleh golongan ketidakupayaan fizikal ini adalah untuk
menyesuaikan diri di dalam masyarakat. Disebabkan mereka tidak dapat bertutur dengan
baik, mereka berasa rendah diri dan ini akan menjejaskan hubungan mereka dengan
persekitaran. Sebab lain yang menyebabkan kanak-kanak ini rendah diri adalah sikap ibu
bapa yang terlalu memberi perhatian dan perlindungan yang melampau menyebabkan
kanak-kanak ini langsung tidak diberi peluang untuk mempelajari kemahiran asas bagi
penjagaan diri sendiri.
6.6 Program Pendidikan Khas Kanak-kanak Bermasalah Fizikal
Perkara yang penting untuk kanak-kanak bermasalah fizikal (Muscular Dystrophy) adalah
proses pendidikan. Sekolah merupakan tempat di mana mereka boleh berkawan dan
menjalinkan perhubungan mengenai aspek-aspek kehidupan. Menurut Best et al., (2005),
kesukaran menguasai kemahiran motor menyebabkan kanak-kanak ini menghadapimasalah kesukaran untuk menulis. Terdapat banyak pembelajaran sesuai yang mudah dan
8/13/2019 Assignment Kbk3073 Murid Berkeperluan Khas
21/49
21
efektif untuk kanak-kanak Muscular Dystrophy. Menurut Hallahan & Kauffman (2006)
perkhidmatan pendidikan kepada pelajar-pelajar ini haruslah menyediakan jenis
persekitaran yang bersesuaian dengan pelajar tersebut, menyediakan kemudahan yang
sedia ada dalam komuniti serta menyediakan perubatan kepada pesakit. Fungsi
penempatan pendidikan termasuklah kelas pendidikan umum (arus perdana), bilik sumber,
kelas khas dan memperbanyakkan lagi persekitaran terbatas kepada pelajar seperti kelas
khas, sekolah khas, program inklusif, kemudahan tempat tinggal dan hospital. menurut
McGill & Vogle (2001) perubahan yang paling penting ialah memberi pendidikan dalam
persekitaran tidak terhad yang mana pengalaman pelajar di sekolah menjadikan mereka
lebih berdikari. Kanak-kanak bermasalah fizikal juga memerlukan perubahan perkembangan
individu dalam kurikulum, berdasarkan umur kanak-kanak dan perkembangan keadaan.
Adalah sangat penting untuk seseorang guru itu menyedari dan memahami kesan sosial
dan emosi kanak-kanak kategori ini ke atas mortaliti mereka.
7.0 RUMUSAN
Semua pihak perlu bertanggungjawab untuk memastikan sistem pendidikan khas di
Malaysia berjalan lancar demi membantu murid-murid yang dikategorikan sebagai kurang
upaya. Sebagai guru, kita perlu mempunyai pengetahuan tentang ciri-ciri kanak-kanak
kanak-kanak berkeperluan khas supaya perhatian dapat diberikan kepada keperluan
tertentu untuk kanak-kanak berkenaan. Walaubagaimanapun, mungkin ada keraguan
setakat mana perkhidmatan khas yang disediakan untuk pelajar khas menjamin mereka
boleh meningkat dalam kehidupan, berdikari dan menjadi manusia yang produktif. Bagi
pelajar khas, mereka memerlukan kaedah pengajaran yang sesuai untuk membolehkan
mereka mempelajari kemahiran tertentu dan mencapai potensi maksimum mereka di dalam
bilik darjah. Oleh itu, sistem pendidikan khas harus berfungsi untuk menyediakan peluang
pendidikan untuk kanak-kanak khas yang setanding dengan peluang pendidikan untukrakan sebaya mereka yang normal. Sesungguhnya isu keperluan golongan khas ini
khususnya dalam pendidikan wajar selari dengan konsep masyarakat penyayang yang
sedang dipupuk dalam kehidupan rakyat Malaysia. Sewajarnya Pendidikan Khas diberi
perspektif baru dalam pendidikan. Selain tenaga pengajar yang terlatih, prasarana yang
dibina semestinya mengambil kira kesesuaian dengan kehendak kurikulum. Indikator
penting yang menjadi pemacu negara maju ialah pendidikan. Pendidikan bukan sahaja
dapat mengubah penampilan dan kualiti individu tetapi jauh lebih penting mampu membina
kemakmuran dan kesejahteraan negara.
8/13/2019 Assignment Kbk3073 Murid Berkeperluan Khas
22/49
22
RUJUKAN :
Lokman Saim (2004). Pengendalian Kanak-kanak Cacat Pendengaran : Satu Anjakan
Paradigma . Bangi : Penerbit UKM
Zarin Ismail, Safani Bari dan Soo Boon Seng (2004). Integrasi sosial murid berkeperluan
khas bermasalah pendengaran dalam program inklusif. Bangi: Fakulti Pendidikan Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Mohd Siraj Awang (1996). Kanak-Kanak Berkeperluan Khas. Kuala Lumpur: Fajar Bakti
Sdn. Bhd.
Noraini (1980). Kaedah dan Teknik Pelajaran Kanak-Kanak dengan Berkeperluan Khas.
Shah Alam: Fajar Bakti.
Chua Tee Tee dan Koh Boh Boon (1992). Memahami Psikologi Pembelajaran Kanak-Kanak
Bermasalah Pendengaran. Pahang: PTS Publications & Distributor Sdn.Bhd.
http://ldsmpkvip.blogspot.com/
http://www.bandarseriputra.info/2009/12/pendidikan-khas-masalah-pembelajaran.html
http://weedapkhas.wordpress.com/
http://ms.wikipedia.org/wiki/Buta#Punca_buta
http://cikgukhairulecjb.blogspot.com/2009/03/perkembangan-persepsi-dan-motor-kanak.html
8/13/2019 Assignment Kbk3073 Murid Berkeperluan Khas
23/49
23
TUGASAN 2 :
1.0 PENDAHULUAN
Golongan kurang upaya perlu mendapat layanan saksama dalam sistem pendidikan demi
masa depan. Ramai daripada kita yang sering terlepas pandang atau mungkin tidak
menyedari, bahawa satu peratus penduduk Malaysia adalah kanak-kanak istimewa dan
mereka memerlukan perhatian khusus atau pendidikan khas dalam pembelajaran merka.
Sikap tidak peka atau tidak mengambil endah terhadap masalah pembelajaran yang
dihadapi kanak-kanak istimewa itu, sekali gus menyebabkan golongan berkenaan sering kali
ketinggalan jauh atau keciciran dalam menerima pendidikan di negara ini sehingga
memberikan masa depan yang gelap. Justeru, kanak-kanak istimewa tidak patut
dipinggirkan demi memastikan kebaikan dan menjamin masa depannya.
Seiring dengan akta yang mewajibkan pendidikan untuk kanak-kanak, maka kanak-kanak
istimewa juga tidak terkecuali. Mereka perlu diberi perhatian serta mendapat hak sewajarnya
di dalam sistem pendidikan di negara ini. Kanak-kanak istimewa ini mestilah mendapat
layanan saksama dan sewajarnya menerusi pendidikan khas atau pendidikan yang
bersesuaian dengan keperluan mereka. Malah, kita harus ingat bahawa, apabila seseorang
anak istimewa itu dilahirkan, perubahan bukan saja dipertanggungjawabkan kepada
keluarganya, tetapi seluruh komuniti. Ini bermakna, apa saja yang orang normal nikmati,
golongan istimewa juga mesti dapat sama dan berhak mendapatkannya.
Melalui kurikulum kanak-kanak khas ini perlu dibimbing untuk menguasai -kemahiran-
kemahiran asas yang kukuh walaupun mereka pasti akan menghadapi kesukaran
disebabkan oleh pelbagai kecacatan yang menganggu proses pembelajaran mereka.
Mengikut Bogdan & Kurgelmass (1984); Mercer (1973); masalah yang timbul dalam
pembelajaran kanak-kanak khas adalah berpunca dari ketidak mampuan dalam diri muriddan ini menyebabkan mereka sukar mengikuti kurikulum biasa. Oleh yang demikian,
tumpuan adalah untuk mengubah kekurangan-kekurangan di dalam diri pelajar berkenaan
sahaja.
Kajian oleh jabatan pendidikan khas Kementerian Pelajaran menunjukkan, ada kira-kira
314,000 murid sekolah rendah di seluruh negara mengalami disleksia, iaitu sindrom yang
mampu merencatkan kebolehan individu membaca dan menulis sehingga jauh lebih rendah
daripada tahap kebolehan sebenar. Secara perbandingan, jumlah ini adalah bersamaan
satu bagi setiap 20 orang atau lima peratus daripada jumlah penduduk. Mengikut statistik
8/13/2019 Assignment Kbk3073 Murid Berkeperluan Khas
24/49
24
juga, ketika ini ada kira-kira 47,000 orang menghidap autisme yang menyebabkan diri atau
ketidakupayaan memahami perkara di sekeliling selain daripada dirinya sendiri. Kajian
menunjukkan, bilangan yang menghidapi autisme tulen adalah empat hingga lima dalam
10,000 orang dan 10 hingga 15 dalam 10,000 orang mempunyai ciri tertentu autisme.
Justeru pendidikan khas untuk kanak-kanak istimewa di negara ini hendaklah diberikan
dengan seikhlas hati dan semua pihak perlulah bekerjasama supaya pelaksanaan serta
matlamat sebenarnya tercapai.
Hakikatnya, dalam membina pembangunan modul insan kita perlu memikirkan masa depan
anak istimewa ini. Pada masa kini, pendidikan khas di negara ini banyak yang belum
diterokai bagi membantu mengupayakan sepenuhnya golongan kurang upaya ini,
sedangkan anak istimewa sebenarnya ada potensi untuk memajukan diri sendiri mahupun
berdikari. Bidang pendidikan khas di Malaysia tidaklah terlalu mundur dan jika diperhatikan
perkembangannya dari semasa ke semasa, ia mengarah kepada keadaan yang lebih baik.
Banyak bukti telah dapat ditunjukkan berhubung golongan kurang upaya yang sudah pun
berjaya dan menunjukkan kemajuan yang setara dengan orang normal. Faktor terpenting
untuk memastikan kejayaan pendidikan golongan kurang upaya di negara ini lebih didorong
oleh semangat dan daya usaha mereka sendiri. Justeru, dalam memastikan kejayaan dan
keberkesanan program pendidikan khas di negara ini, ia bukan saja tertumpu kepada
merangka program pembelajaran dan menyediakan prasarana yang diperlukan sahaja,
malah yang lebih penting adalah memberi sokongan kepada tenaga pendidik kanak-kanak
istimewa ini.
2.0 FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS
"Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan
yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang danmenguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan
ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan".
Selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara, Falsafah Pendidikan Khas mempunyai
matlamat yang sama dengan Falsafah Pendidikan Negara, iaitu menyediakan
perkembangan optimum kanak-kanak dengan keperluan-keperluan pendidikan khas amnya
agar dapat berfungsi sebagai individu yang berkemahiran, berdikari, berhaluan, boleh
merancang, mengurus kehidupan sendiri, boleh menyedari potensi sendiri dan boleh
8/13/2019 Assignment Kbk3073 Murid Berkeperluan Khas
25/49
25
menyesuaikan diri dalam masyarakat. Isu penting adalah setakat mana pendidikan dan
perkhidmatan khas memberi peluang pelajar bermasalah pendengaran mendapat peluang
pekerjaan, latihan vokasional dan juga melanjutkan pelajaran.
Falsafah pendidikan khas ialah satu usaha yang berterusan untuk menggalakkan
perkembangan optima seseorang individu sebagai seorang yang berkemahiran, berhaluan,
berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta
menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang
dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Jabatan Pendidikan Khas,
2005). Visi pendidikan khas ialah dengan memberikan pendidikan yang berkualiti bagi
menjana murid bekeperluan khas selaras dengan sistem pendidikan kebangsaan manakala
misinya ialah dengan membangunkan modal insan yang cemerlang berasaskan empat
prinsip iaitu sistem pendidikan yang berkualiti, releven dan menyeluruh.
Objektif pendidikan khas pula menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan khas untuk
murid-murid dengan keperluan khas, meyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan
kepada setiap murid dengan keperluan asas, menyediakan peluang untuk mengembangkan
bakat dan potensi murid dengan keperluan khas, menyediakan bahan-bahan pengajaran
dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini dan memastikan tenaga pengajar yang
mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan khas. Selain itu, objektif pendidikan khas
juga adalah untuk menguasai kemahiran asas 3m, meneruskan pembelajaran di kelas biasa
dan membina keyakinan diri dan positif terhadap pembelajaran.
3.0 PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
Di negara kita, program pendidikan khas telah dilaksanakan melalui empat sistem iaitu
Sekolah Pendidikan Khas, Program Intergrasi Pendidikan Khas, Program Inklusif dan
Program Pendidikan Pemulihan. Sekolah Pendidikan Khas ialah sekolah yang diwujudkankhas untuk menempatkan murid-murid yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran
dan masalah pembelajaran. Program Intergrasi Pendidikan Khas pula merupakan program
yang diwujudkan di sekolah harian biasa di sekolah rendah, sekolah menengah dan sek
teknik serta vokasional. Melalui program ini, murid-murid yang bermasalah penglihatan,
pendengaran dan masalah pembelajaran ditempatkan secara separa inklusif. Tempoh
belajar minimum bagi kanak-kanak berkeperluanan khas di sekolah rendah adalah selama
enam tahun manakala tempoh belajar minimum di sekolah menengah pendidikan khas pula
adalah selama lima tahun.
8/13/2019 Assignment Kbk3073 Murid Berkeperluan Khas
26/49
8/13/2019 Assignment Kbk3073 Murid Berkeperluan Khas
27/49
27
4.0 LANGKAH MEREALISASIKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS
Falsafah Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan
insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan
menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan
ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Bagi memenuhi keperluan dan kehendak Falsafah Pendidikan Khas, kurikulum yang dibina
telah berlandaskan kepada tiga prinsip utama iaitu pendidikan yang menyeluruh dan
bersepadu, pembelajaran yang menggembirakan serta bermakna dan pendidikan sepanjang
hayat. Justeru, tumpuan harus diberikan ke arah merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) serta Falsafah Pendidkan Khas menerusi tiga prinsip utama
pelaksanaannya seperti berikut :
4.1 Pendidikan Menyeluruh dan Bersepadu
Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Bahagian Pendidikan Khas perlu menyediakan
sebuah sistem pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu di dalam Program Pendidikan
Khas, yang memberikan fokus kepada potensi individu pelajar-pelajar berkeperluan khas
meliputi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Peningkatan potensi individu
seseorang pelajar memerlukan penglibatan pelajar secara berkumpulan dalam pelbagai
disiplin secara kolaboratif dan bersepadu.
4.1.1 Melaksanakan Pendidikan Menyeluruh Dan Bersepadu
Usaha sangat diperlukan dalam merancang, menyelaras, memantau dan menilai
program-program serta aktiviti yang berkaitan kecemerlangan akademik, kokurikulum
dan peningkatan sahsiah pelajar-pelajar berkeperluan khas. Sehubungan dengan itu,
sukatan pelajaran yang disediakan perlu berkemampuan untuk mendidik pelajarmembina keyakinan diri serta membantu meningkatkan keupayaan intelek, emosi,
sosial, jasmani dan rohani pelajar-pelajar berkeperluan khas. Justeru, sukatan
pelajaran yang disediakan itu telah merangkumkan beberapa bidang seperti bidang
pengurusan kehidupan, bidang akademik berfungsi, bidang kerohanian dan nilai-nilai
murni, dan bidang sosial, riadah dan kreativiti. Dalam setiap bidang juga, telah
ditetapkan komponen-komponen pembelajaran secara menyeluruh merangkumi
aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Selain itu, peralatan dan
kemudahan yang cukup juga perlu disediakan untuk sekolah-sekolah Pendidikan
Khas bagi membantu pengajaran serta pembelajaran guru-guru dan pelajar-pelajar.
8/13/2019 Assignment Kbk3073 Murid Berkeperluan Khas
28/49
28
Ini adalah bersesuaian dengan objektif ke arah menyediakan pendidikan yang sesuai
dan relevan kepada setiap murid yang berkeperluan khas. Pendidikan yang
disediakan bukan sahaja tertumpu kepada pengajaran yang disampaikan kepada
pelajar sebaliknya merangkumi keseluruhan kemudahan yang disediakan kepada
pelajar, sepanjang melalui proses pembelajaran di sekolah pendidikan khas.
4.1.2 Ke Arah Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Matlamat untuk membangunkan prinsip pendidikan menyeluruh dan bersepadu
adalah untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu
Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Ini selaras
dengan Falsafah Pendidikan Khas yang ingin menyediakan perkembangan optimum
kanak-kanak dengan keperluan-keperluan khas agar dapat berfungsi sebagai
individu yang berkemahiran, berdikari, berhaluan, boleh merancang, mengurus
kehidupan sendiri, boleh menyedari potensi sendiri dan boleh menyesuaikan diri
dalam masyarakat.
Bagi merealisasikan kedua-dua Falsafah ini kurikulum pendidikan khas telah
dirangka secara khusus dan teliti supaya pelajar-pelajar berkeperluan khas mampu
mengusai pembelajaran dan boleh meningkatkan keupayaan jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sahsiah mereka. Selain pendekatan yang diberikan kepada pelajar,
usaha juga diberikan menerusi bengkel dan latihan yang secukupnya kepada guru
pendidikan khas supaya mereka mampu menyampaikan pengajaran dengan baik
kepada pelajar.
4.1.3 Hubungan Pendidikan Menyeluruh Dan Bersepadu Dengan Falsafah
Pendidikan Barat
Prinsip pendidikan menyeluruh dan bersepadu ini boleh dikaitkan dengan Falsafah
Pendidikan Barat, Perenialisme yang menyatakan manusia umumnya adalah sama
dan pendidikan haruslah sama untuk setiap manusia (Abdul Fatah, 2007). Tidak
semua kanak-kanak dilahirkan sempurna, terdapat juga kanak-kanak yang istimewa.
Kanak-kanak ini tidak boleh dipinggirkan begitu sahaja, sebaliknya mereka juga
wajar diberi pendidikan. Dengan itu, KPM telah melaksanakan Pendidikan Inklusif
8/13/2019 Assignment Kbk3073 Murid Berkeperluan Khas
29/49
29
secara meluas dan sepadu serta menempatkan murid-murid khas yang bermasalah
penglihatan di tempat kelas-kelas normal dengan diberi bantuan dan sokongan
mengikuti pembelajaran dalam kelas oleh guru resos khas. Ini bertujuan untuk
membolehkan pelajar-pelajar berkeperluan khas untuk mendapatkan pendidikan
seiraing dengan pelajar-pelajar normal yang lain.
Selain itu Falsafah Perenialisme juga ada menyatakan kanak-kanak hendaklah
diajarkan subjek asas yang khusus yang dapat digunakan dalam kehidupannya di
dunia ini (Abdul Fatah, 2007). Selaras dengan falsafah tersebut, KPM berhasrat
untuk membantu pelajar-pelajar berkeperluan khas ke arah menguasai kemahiran
asas 3M selaras dengan perkembangan teknologi maklumat yang semakin pesat
dan mencabar. Ia merupakan satu usaha bagi mengatasi masalah murid yang
menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam mengusai kemahiran asas
membaca, menulis dan mengira. Mengikut Adler (1951, hlm.63), pelajaran 3M iaitu
membaca, menulis dan mengira yang sentiasa menunjukkan disiplin formal sangat
penting dalam pendidikan liberal ataupun pendidikan umum. Pelajar-pelajar
berkeperluan khas yang berjaya menguasai kemahiran 3M dengan baik boleh
membantu mereka menguasai matapelajaran yang lebih tinggi tahapnya. Dengan itu,
penekanan untuk subjek asas lebih diterapkan untuk pelajar-pelajar berkeperluan
khas supaya mereka boleh menggunakan ilmu berkenaan dalam kehidupan mereka
serta membantu meningkatkan keupayaan intelek mereka.
4.1.4 Hubungan Pendidikan Menyeluruh Dan Bersepadu Dengan Fahaman
Idealisme
Fahaman Idealisme boleh dikaitkan dengan prinsip pendidikan menyeluruh kerana
pendidikan Idealisme banyak menekankan kemahiran dalam sesuatu bidang untuk
mendedahkan keupayaan tersembunyi seseorang pelajar. Misalnya, pengalaman
sedia ada murid dititikberatkan juga seperti yang terkandung dalam pengalaman
pembelajaran. Pengajaran guru hendaklah bersesuaian dengan pengalaman murid
supaya pembelajaran senang diikuti dan berkesan. Maka guru perlu menyususn
strategi pengajaran bersesuaian dengan mata pelajaran, tajuk, murid, masa, dan
keadaan kelas. Ini penting kerana pembelajaran yang berkesan mampu membantu
pelajar untuk membantu pelajar menguasainya dari aspek teori dan
praktikal(amalan) dalam kehidupannya. Fahaman Idealisme ini juga percaya bahawa
pendidikan menyeluruh merupakan a body of intellectual subject matter.
8/13/2019 Assignment Kbk3073 Murid Berkeperluan Khas
30/49
30
4.2 Pembelajaran Yang Mengembirakan Dan Bermakna
Prinsip kedua dalam pembentukan kurikulum Pendidikan Khas adalah pembelajaran yang
mengembirakan dan bermakna. Prinsip ini merujuk kepada proses pengajaran dan
pembelajaran yang merangsang dan mengekalkan minat pelajar-pelajar berkeperluan khaskepada pembelajaran. Suasana pembelajaran yang kondusif perlu diberi penekanan agar
murid dapat menguasai pengetahuan dan kemahiran yang boleh digunakan untuk keperluan
diri dan kehidupan bermasyarakat. Ini dapat melahirkan murid yang berkeyakinan dan
berfikiran terbuka.
4.2.1 Peranan JPK Dalam Melaksanakan Pembelajaran Yang Mengembirakan Dan
Bermakna
Ini bertepatan dengan matlamat KPM yang ingin mengubah sikap negatif terhadap
pembelajaran dengan memperkembangkan dan memulihkan perasaan yakin diri
dikalangan pelajar-pelajar berkeperluan khas. Secara psikologinya pelajar-pelajar
berkeperluan khas memiliki perasaan rendah diri dan suka menyendiri. Dengan
adanya kurikulum ini mereka dapat membina keyakinan diri dan merasa diri dihargai
kerana ia memberi lebih peluang dan ruang kepada pelajar istimewa untuk
berinteraksi dengan persekitaran sosial yang lebih luas dimana pelajar-pelajar diberi
ruang untuk memilih rakan sebaya sama ada normal atau tidak normal. Oleh yang
demikian kehidupan mereka dilihat seperti kehidupan kanak-kanak biasa. Selain itu,
pelajar-pelajar diberi peluang untuk mencungkil potensi kemahiran dari pelbagai
bidang seperti, seni, kraftangan, sukan, akademik dan sebagainya. Dengan itu
mereka diberi lebih peluang untuk mengembangkan lagi potensi diri mereka
sewaktu mengikuti pelajaran dikelas bersama pelajar biasa yang lain.
Pelajar-pelajar berkeperluan khas juga diberi ruang untuk belajar daripada pelajar
normal yang lain dalam satu kelas yang sama. Misalnya, pelajar-pelajarberkeperluan khas yang mengikuti Pendidikan Inklusif khasnya akan dapat
mempelajari sesuatu yang berguna daripada tingkah laku pelajar-pelajar normal.
Menurut Piaget (1969), beliau telah mendapati bahawa kanak-kanak adalah
egosentrik untuk mempercayai bahawa semua kanak-kanak berfikir seperti mana
yang mereka lakukan .Dengan memberikan pendedahan kepada persekitaran yang
berbeza ,seseorang kanak-kanak dapat memperluaskan perspektif pandangannya.
Selain itu, dalam memenuhi matlamat kurikulum tersebut KPM berperanan
merancang, mengorganisasi dan mengawal sumber-sumber dengan sempurna bagimemastikan pengurusan pendidikan berkualiti dan bertaraf dunia. Untuk itu,
8/13/2019 Assignment Kbk3073 Murid Berkeperluan Khas
31/49
31
pembelajaran dan pengajaran pelajar Pendidikan Khas haruslah seiring dengan
pekembangan pelajar normal. Kaedah pembelajaran sekarang adalah mengunakan
pendidikan teknologi komputer dan multimedia. Peralatan dan kemudahan
pengajaran dan pembelajaran (P&P) Pendidikan Khas ini adalah berbeza dengan
pendidikan pelajar-pelajar normal, terutama bagi alat bantu mendengar dan
percetakan Braillememerlukan nilai tambah disamping memerlukan kos yang tinggi
untuk memperolehinya. Antara peluang dan kemudahan lain yang turut disediakan
adalah kemudahan frasarana pembelajaran yang konduksif, kelas-kelas khas, guru-
guru yang berkemahiran dalam pendidikan khas, kemudahan pembelajaran dan
pengajaran serta kemudahan teknologi dan multimedia.
4.2.2 Ke Arah Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Falsafah dalam pendidikan khas amatlah bertepatan dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan untuk melahirkan warganegara berpengetahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia dan berkeupayaan ke arah mencapai kesejahteraan diri melalui
pembelajaran yang mengembirakan kerana melaluinya kita dapat membentuk
keyakinan diri mereka untuk bercampur dalam lingkungan masyarakat. Kesan
Pendidikan Khas dalam merealisasikan FPK akan dapat melahirkan dua dimensi
utama iaitu Dimensi Intrinsik dan Dimensi Instrumental. Melalui Dimensi Intrinsik,
matlamat adalah untuk melahirkan individu rakyat Malaysia yang mempunyai
kepercayaan kepada Tuhan, patuh kepada ajaran agama, berpengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri. Manakala melalui Dimensi Instrumental pula, hasrat yang ingin
dicapai adalah untuk melahirkan individu rakyat Malaysia yang mampu memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara.
Oleh yang demikian, prinsip pembelajaran yang menggembirakan dan bermakna
dalam pendidikan khas amatlah bertepatan dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang menekankan kepada usaha untuk mempertingkatkan
pertumbuhan intelek individu, mendidik manusia menjadi lebih cekap dan
membentuk personaliti dan mental ke tahap keharmonian dan kesempurnaan.
Manakala dari sudut ilmu pengetahuan pula, kemahiran dalam penguasaan mata
pelajaran akademik akan dapat membantu murid menguasai prinsip mata pelajaran.
Peranan pendidikan juga menitikberatkan guru yang mempunyai autoriti dalam mata
pelajarannya dan pengajaran nilai-nilai tradisi masyarakat diterapkan. Akhirnya
8/13/2019 Assignment Kbk3073 Murid Berkeperluan Khas
32/49
32
tumpuan kurikulum lebih menumpukan kepada kemahiran asas iaitu 3M dan mata
pelajaran penting seperti bahasa melayu, Matematik dan bahasa Inggeris. Di
samping itu nilai-nilai masyarakat seperti sosial, budaya turut diajar.
4.2.3 Hubungan Prinsip Pembelajaran Yang Bermakna Dan Menggembirakan
Dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Prinsip pembelajaran yang bermakna dan menggembirakan ini adalah berkait
dengan Falsafah Pendidikan Barat iaitu Esensialisme. Falsafah ini berpendapat
bahawa manusia kekurangan nilai-nilai murni yang sempurna. Baik atau buruk
seseorang insan bergantung kepada pengaruh kebudayaan masyarakat iaitu melalui
latihan intelek dan mental untuk membentuk personaliti diri dan mental mereka ke
tahap keharmonian dan penyempurnaan. Dalam Pendidikan Khas, guru memainkan
peranan penting dalam proses pendidikan pelajar untuk memperolehi keperluan dan
kualiti kehidupan agar mereka mencapai kecemerlangan dalam hidup
bermasyarakat. Guru hendaklah mengamalkan sikap kepimpinan demokratik,
mengambil inisiatif, kreatif membentuk iklim konduksif dalam aktiviti P&P dan mahir
dalam mengunakan teknik peneguhan, ganjaran atau denda. Menurut Esensialisme
lagi, ilmu diperolehi dengan berkesan bergantung kepada kerajinan dan tumpuan
pelajar bukan bergantung kepada minat. Minat boleh dipupuk melalui kreativiti guru.
Esensialisme juga menyarankan kurikulum yang dibentuk dapat memenuhi
keperluan masyarakat, kemudahan yang lengkap, aktiviti P&P yang sistematik dan
mengikut kesesuaiannya.
4.2.4 Hubungan Prinsip Pembelajaran Yang Bermakna Dan Menggembirakan
Dengan Fahaman Realisme
Falsafah Pendidikan Khas juga boleh dikaitkan dengan Fahaman Realisme. Menurut
Fahaman Realisme ia lebih memberi penekanan kepada aspek kebendaan. Darisudut metafizik, fahaman ini menganggap bahawa sesuatu perkara yang wujud
dalam alam fikiran, namun pemikiran tersebut perlulah selaras dengan dengan
kewujudannya dialam nyata. Manakala secara epistemologi menyatakan
pengetahuan adalah hasil daripada interaksi dengan alam persekitaran. Dan secara
aksiologinya, nilai itu diterima atau tidak dengan norma masyarakat. Oleh yang
demikian dalam dunia Pendidikan Khas, guru merupakan orang yang
bertanggungjawab untuk melahirkan minat seseorang pelajar melalui strategi
pengajarannya. Guru berperanan meransang dan mengekalkan minat hingga dapatmengusai pengetahuan dan kemahiran.
8/13/2019 Assignment Kbk3073 Murid Berkeperluan Khas
33/49
33
4.3 Pendidikan Sepanjang Hayat
Prinsip yang ketiga ialah memberikan pendidikan sepanjang hayat. Pendidikan sepanjang
hayat merupakan pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran di alam persekolahan
yang dapat menjana peluasan ilmu secara berterusan untuk digunakan dalam kehidupan
seharian. Bagi memastikan pelajar-pelajar berkeperluan khas ini dapat menjana ilmu secara
berterusan, usaha melaksanakannya dibuat melalui objektif iaitu meyediakan bahan
pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini. Bagi memastikan pelajar-pelajar
berkeperluan khas ini mendapat pendidiakan yang mencukupi dan terkini, Unit Penerbitan
dan Percetakan Braille telah ditubuhkan di Kementerian Pelajaran pada tahun 1984 untuk
mengelolakan bahan-bahan, penerbitan dan percetakan braille. Seminar-seminar turut
diadakan seperti contoh seminar Microsoft Regional Training telah diadakan bagi melatih
guru dan Pegawai Bahagaian Pendidikan Khas menggunakan teknologi di dalam
pengajaran yang sesuai untuk murid bermasalah pembelajaran.
Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK) Jabatan Pendidikan Khas juga telah
diwujudkan bagi menyediakan perkhidmatan audiologi termasuk membuat ujian
pendengaran dan fitting alat bantu pendengaran. Perkhidmatan ini disediakan supaya
pelajar-pelajar bekeperluan khas ini mendapat pengesanan awal dari pakar dan akan
memudahkan mereka di dalam proses pembelajaran. Selain itu kelengkapan sekolah seperti
kerusi, meja, komputer, projektor, dan sebagainya turut disediakan dengan lengkap. Tidak
ada jurang di dalam penyediaan alatan pengajaran di antara Sekolah Pendidikan Khas dan
sekolah biasa.
Di sekolah, terdapat subjek di dalam bidang pengurusan kehidupan seperti Pengurusan Diri,
Kemahiran Manipulatif, Pengurusan Tingkah Laku dan Kemahiran Hidup. Dari subjek-subjek
yang dipelajari ini membolehkan pelajar-pelajar berkeperluan khas memiliki kemahiran
masing-masing untuk mereka bersaiang dengan golongan biasa dan seterusnya merekajuga turut dapat menyumbang kepada ekonomi negara di mana terdapat hasil-hasil kerja
tangan mereka yang dipasarkan. Bidang pengurusan kehidupan diajar bukan sahaja untuk
mencapai matlamat membolehkan pelajar-pelajar berkeperluan khas menyumbang kepada
ekonomi negara malah ianya juga bertujuan untuk pelajar-pelajar berkeperluan khas
berdikari tanpa membebankan masyarakat. Di samping itu, ia dapat mengeratakan pelajar-
pelajar berkeperluan khas dengan masyarakat biasa supaya mereka diterima oleh
masyarakat. Dengan mengaplikasikan apa yang mereka pelajari, mereka akan lebih mudah
untuk bergaul dangan masyarakat dan mereka tidak akan disisihkan.
8/13/2019 Assignment Kbk3073 Murid Berkeperluan Khas
34/49
34
Beberapa aktiviti turut dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Khas yang melibatkan pelajar-
pelajar berkeperluan khas seperti Perkhemahan Badan Beruniform Pendidikan Khas
Kebangsaan yang bermatlamat membina kekuatan dalaman pelajar-pelajar berkeperluan
khas agar bersedia menghadapi apa jua halangan yang mendatang. Kejohanan Olahraga
Pendidikan Khas Kebangsaan pula diadakan sebagai acara tahunan untuk membantu
pelajar-pelajar berkeperluan khas menyerlahkan potensi di dalam bidang sukan. Kojohanan
ini dapat mencungkil bakat-bakat yang dapat diketengahkan ke peringkat Paralimpik
antarabangsa bagi mengharumkan nama negara. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan bagi
melaksanakan fungsi, objektif dan matlamat pendidikan khas tadi dapat memenuhi Falsafah
Pendidikan Kebangsaan iaitu berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri dan keluarga serta
memberi sumbangan terhadap kemakmuran masyarakat dan negara.
Menurut mazhab realisme manusia dilahirkan dengan fikiran, ingatan dan kefahaman yang
kosong. Pengalaman dalam perjalanan hidupnyalah yang menyebabkan tertanamnya
pelbagai pengetahuan. Pelajar-pelajar berkeperluan khas tidak seperti pelajar-pelajar biasa
yang dapat dapat menimba pengetahuan melalui pembelajaran semata-mata. Bagi mereka,
setiap apa yang dilihat, disentuh dan dirasa oleh pancaindera mereka merupakan satu
proses pembelajaran. Mereka memerlukan banyak praktikal sebagai pengalaman yang
menjadi panduan di dalam menjalani kehidupan mereka. Justeru, pendekatan yang
dilakukan menerusi pelaksanaan Kem Pertuturan Speech Camp umpamanya, mampu
meningkatkan komunikasi secara mudah di kalangan pelajar pekak dan bisu yang dapat
memberi pengalaman yang sangat bergguna kepada pelajar-pelajar berkeperluan khas.
Ativiti yang dijalankan seperti merentas halangan, keberanian air dan pesembahan tarian
kebudayaan antara negeri, dapat memberi pengalaman kepada pelajar agar lebih
berkeyakinan dan mempunyai kekuatan di dalam menempuh cabaran yang mendatang.
Mereka akan menjadikan pengalaman-pengalaman yang dilalui sebagai pengajaran untuk
sepanjang hayat.
Merujuk kepada falsafah barat progressiveme pula, kelahiran individu ke dunia bersifat suci
serta semulajadi seperti kain putih. Corak individu manusia pada masa hadapan adalah
dipengaruhi dan bergantung kepada pesekitaran dan masyarakatnya. Bersesuaian dengan
matlamat untuk mengeratkan kanak-kanak khas dengan masyarakat biasa supaya mereka
dapat diterima oleh masyarakat, maka usaha telah dipertingkat ke arah menggalakkan
kerjasama dari masyarakat. Dalam pelaksanaan usaha ini, para ibu bapa dijemput dari
masa ke semasa sebagai sukarela dalam bilik darjah sama ada untuk membantu guru atau
hanya menunjukkan kepada mereka bagaimana guru mengendalikan proses pengajaran
dan pembelajaran. Masyarakat juga turut digalakkan menjayakan program-program yang
8/13/2019 Assignment Kbk3073 Murid Berkeperluan Khas
35/49
35
melibatkan pelajar-pelajar khas seperti menjadi sukarelawan program perkhemahan, sukan
dan seminar yang dianjukan oleh KPM serta pihak sekolah. Melalui penglibatan ibu bapa
dan masyarakat, mereka akan lebih memahami dan pelajar-pelajar berkeperluan khas.
Secara keseluruhannya, prinsip pendidikan sepanjang hayat adalah berkaitan dengan
usaha merancang, menyelaras, memantau dan menilai program serta aktiviti yang berkaitan
dengan kecemerlangan program akademik, kokurikulum dan peningkatan sahsiah murid
pelajar-pelajar berkeperluan khas. Oleh itu, penyediaan bahan pengajaran dan
pembelajaran yang mencukupi dan terkini sangat diperlukan bagi memastikan pendidikan
sepanjang hayat untuk pelajar-pelajar berkeperluan khas mampu dicapai.
5.0 STRATEGI DAN KAEDAH MEMBANTU MURID PENDIDIKAN KHAS
5.1 Model-Model Pelaksanaan Pendidikan Khas
Terdapat dua model utama dalam pengendalian murid berkeperluan khas iaitu Model
Perubatan dan Model Sosial. Kedua-dua model ini mengutamakan ke arah masyarakat
penyayang iaitu mengenalpasti masalah dalam komuniti dan kegagalan komuniti
memastikan keperluan OKU diambil kira. Bagi tujuan menjayakan model ini prinsip
kolaborasi dan penglibatan pelbagai pihak amat diutama dengan penglibatan ibubapa,
sekolah dan masyarakat kepada program pendidikan khas. Kolaborasi merupakan
kerjasama yang diberikan oleh beberapa pihak dalam menyelesaikan sesuatu masalah
ataupun untuk mencapai suatu matlamat.
Semangat kerjasama harus lahir secara sukarela untuk memudahkan pencapaian suatu
matlamat. Dalam proses kolaborasi ini kumpulan pelbagai displin memainkan peranan
penting. Menurut Golin dan Ducanis ( 1981), kumpulan pelbagai displin adalah satu unit
yang berfungsi yang terdiri. daripada pelbagai individu yang mempunyai kemahiran atau
kepakaran dalam bidang tertentu. Kumpulan ini akan bergabung tenaga untuk menyediakanperkhidmatan kepada kanak-kanak khas. Mereka berfungsi untuk mengenal pasti masalah
pelajar, merancangkan program pendidikan dan menilai perkembangan pelajar untuk
memastikan keberkesanan Program Pendidikan Khas. Kumpulan ini adalah memastikan
kanak-kanak mendapatkan penempatan yang adil dan sesuai untuk kanak-kanak
berkeperluan khas. Justeru, pembentukan kumpulan pelbagai disiplin untuk menyokong
pelaksaan program pendidikan khas bolreh dibuat dengan peranan dan fungsi seperti
berikut :
8/13/2019 Assignment Kbk3073 Murid Berkeperluan Khas
36/49
36
a) Menaksirkan dan memperincikan masalah asal atau spesifik kanak-kanak khas
dari segi masalah kognitif, fizikal, pendengaran, penglihatan, komunikasi, emosi
atau tingkah laku dan sebagainya.
b) Mengkaji semula intervensi yang telah dicuba oleh guru khas dan mengenalpasti
keberkesanan strategi untuk memulihkan masalah kanak-kanak. Ahli kumpulan
akan menilai kesesuaian program pendidikan yang sedia ada.
c) Mencari alternatif dengan memikirkan pelbagai pendekatan untuk pemulihan.
Contohnya apakah pendekatan pengajaran yang sesuai untuk kanak-kanak
hiperaktif ? Maka ahli kumpulan yang terlibat akan memberikan pelbagai
cadangan untuk mengajar kategori kanak-kanak ini.
d) Mengenalpasti keperluan khas pelajar dan merekodkan keperluan dan segala
maklumat kanak-kanak.
e) Pemilihan penyelesaian melalui pendekatan yang paling sesuai akan dipilih untuk
menyelesaikan masalah kanak-kanak khas. Sebagai contoh kanak-kanak
bermasalah pembelajaran akan dicadangkan rancangan pengajaran individu
dalam program pendidikan.
f) Setiap kumpulan pelbagai displin bertanggungjawab untuk menjalankan dan
memantapkan rancangan pendidikan.
g) Bentuk Kolabarasi Kumpulan Pelbagai Displin
5.2 Kaedah Melibatkan Sokongan Ibubapa
Ibubapa harus sentiasa peka terhadap sebarang aktiviti atau respon yang tidak normal
anak-anak. Mereka patut mengesan kekurangan anak mereka di peringkat awal. Mereka
tidak harus membiarkan sahaja jika mereka dapat mengesan sebarang masalah atau
perubahan pada anak mereka. Mereka harus berbincang dengan professional pakar
berkaitan masalah atau kecacatan anak mereka supaya tindakan selanjutnya untuk
membantu anak-anak mereka dapat diambil dengan segera. Mungkin peluang untuk
memulihkan kecacatan tinggi jika dapat mengesan kecacatan pada peringkat awal. Adalah
penting untuk setiap ibubapa mengetahui cara menjaga anak-anak mereka yang memiliki
kecacatan dari segi mental, emosi dan fizikal kerana kesilapan kecil boleh membawa kesan
8/13/2019 Assignment Kbk3073 Murid Berkeperluan Khas
37/49
37
negatif kepada perkembangan kanak-kanak ini. Mereka sentiasa perlu mendapatkan nasihat
pakar perubatan untuk memulihkan kecacatan kritikal anak mereka kepada keadaan lebih
baik.Oleh itu mereka perlu bersikap positif dan sentiasa percaya dalam diri yang mereka
dapat menangani perkembangan anak-anak mereka. Selepas itu juga perlu melakukan
pemerhatian dan menganalisis setiap perlakuan anak-anak mereka kerana kelakuan anak-
anak berbeza mengikut kecacatan.
Penglibatan ibu bapa dalam program pendidikan khas adalah penting untuk membina
keyakinan dalam diri murid-murid khas selain memberi sokongan kepada mereka. Ibubapa
juga boleh memberi cadangan yang bernas untuk melancarkan lagi program pendidikan
khas. Ibubapa juga harus berkolaborasi dengan guru pendidikan khas dengan mendengar
nasihat guru dan menghadirkan diri dalam perjumpaan yang diadakan di sekolah. Ibubapa
juga boleh melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah seperti
perkhemahan, program motivasi dan sebagainya. Ibu bapa disarankan tidak menganggu
dalam proses pengajaran dan pembelajaran tetapi boleh berperanan sebagai pembantu
kepada guru. Ibubapa boleh membantu guru dengan mengawasi anak-anak mereka semasa
membuat kerja rumah. Ibu bapa perlu melakukan intervensi di rumah kerana ibu bapa
merupakan guru terbaik kerana mereka kerap mendampingi anak-anak mereka. Penglibatan
ibu bapa akan memberi pengaruh dalam perkembangan anak mereka. Sumbangan dan
sokongan padu daripada pihak ibu bapa sangat diperlukan kepada program pendidikan
khas.
5.3 Kaedah Melibatkan Sokongan Pakar Perubatan
Pakar perubatan yang mempunyai pelbagai kepakaran dalam bidang perubatan memainkan
penting untuk mendiagnostik dan merawat penyakit kanak-kanak dan mengesan punca
masalah kecacatan untuk memulihkan kecacatan tersebut. Peranan pakar perubatan dalam
membantu program pendidikan khas adalah :
5.3.1 Pediatrik
Pediatrik bertanggungjawab untuk mendiagnostik dan merawat penyakit kanak-
kanak dan mengesan punca masalah pembelajaran seperti genetic,
kewarisan,prenatal dan postnatal.
5.3.2 Neurologi
Pakar neurologi adalah untuk mendiagnostik dan mengubati penyakit yang berkaitan
dengan neuorologikal seperti kecederaan otak. Pakar ini juga mengawal hiperaktif
8/13/2019 Assignment Kbk3073 Murid Berkeperluan Khas
38/49
8/13/2019 Assignment Kbk3073 Murid Berkeperluan Khas
39/49
39
pergaulan antara murid-murid khas dengan murid-murid biasa harus diperbanyakan. Ini
adalah untuk membolehkan murid-murid khas berinteraksi secara normal dengan semua
golongan dan tidak akan mengasingkan diri. Langkah sebegini akan membantu murid-murid
khas untuk menghadapi masyarakat luar secara normal. Guru khas pula perlu memiliki
kriteria sebagai seorang guru khas supaya program pendikan khas dapat berjalan lancar.
Seorang guru khas harus berfikiran secara kreatif, inovatif dan imagenatif supaya dapat
menarik minat murid-murid berkeperluan khas untuk belajar dan menumpukan perhatian.
Selain itu, kerjasama guru juga penting untuk melancarkan perkembangan program
pendidikan khas. Guru biasa (arus perdana) perlu berkongsi pendapat dan tanggungjawab
bersama guru pendidikan khas supaya objektif pendidikan khas dapat dicapai. Guru khas
dan guru biasa boleh tukar-menukar bahan bantu mengajar supaya dapat menjimatkan
masa dan tenaga. Guru biasa perlu membantu dan memberi tumpuan lebih kepada murid-
murid khas dalam program inklusif supaya mereka dapat kekal dalam kekal biasa. Guru
khas juga membantu guru biasa dengan mengajar pelajar-pelajar lemah dalam kelas biasa.
Guru biasa boleh mengunakan kemahiran dan idea untuk membolehkan muridmurid
mengembangkan bakat dan kemahiran yang pada mereka. Guru biasa perlu mengambil
bahagian dalam aktiviti dianjurkan untuk murid-murid khas supaya guru dapat mengenal dan
memahami keperluan dan ciri mereka supaya mereka tidak menghadapi masalah semasa
mengajar mereka dalam program inklusif. Kolaborasi semua staf sekolah kepada program
pendidikan khas penting untuk merealisikan aspirasi pendidikan khas.
5.3 Kaedah Melibatkan Sokongan Jabatan Kebajikan Masyarakat
Peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merangkumi usaha-usaha membantu serta
memberi perkhidmatan kepada warga kurang upaya bersesuaian dengan keperluan serta
syarat-syarat yang ditetapkan. Perkhidmatan ini hanya diberikan kepada mereka yang
mendaftar dengan jabatan ini sahaja. Perkhidmatan ini diwujudkan untuk menolong orangkurang upaya supaya mereka dapat berdikari dan membolehkan mereka menjadi anggota
masyarakat yang lebih produktif sejajar dengan kebolehan dan keupayaan mereka. Jabatan
ini mengeluarkan Kad Kenal Diri Orang Kurang Upaya untuk memudahkan pengenalan
supaya mereka mendapat perkhidmatan yang cepat dan akses kepada kemudahan awam.
Dengan adanya kad ini pelbagai faedah seperti rawatan perubatan, khidmat pemulihan,
rawatan lanjutan dan latihan vokasional juga diberikan.
Selain itu, untuk mendaftar di sekolah dan institusi tertentu kanak-kanak khas perlu juga
mendapatkan kebenaran JKM. Kad ini perlu untuk golongan Khas ini mengikuti program
8/13/2019 Assignment Kbk3073 Murid Berkeperluan Khas
40/49
40
Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan juga untuk mendapatkan peluang pekerjaan di sektor
awam atau swasta.
RUMUSAN
Dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran, prinsip-prinsip teori pembelajaran
boleh digabungkan dengan kerja-kerja praktikal dalam situasi kehidupan yang sebenar
supaya murid berkeperluan khas mendapat input sepenuhnya. Keupayaan individu akan
menentukan pemilihan pendekatan pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses
pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel dan bersepadu diharapkan dapat melahirkan
individu yang memiliki ciri-ciri seperti mampu berdikari, berdisiplin dan bersikap positif,
bermoral dan beretika, berkemahiran dan berketrampilan dan produktif dan boleh
menyumbang kepada keluarga, masyarakat dan negara. Setelah melalui keseluruhan
proses pengajaran dan pembelajaran dan memiliki ciri-ciri tersebut adalah diharapkan murid
dapat menjalani satu kehidupan yang bermakna kepada diri, keluarga dan bertepatan
dengan nilai-nilai yang diterima oleh masyarakat.
8/13/2019 Assignment Kbk3073 Murid Berkeperluan Khas
41/49
41
RUJUKAN :
Lokman Saim (2004). Pengendalian Kanak-kanak Cacat Pendengaran : Satu Anjakan
Paradigma . Bangi : Penerbit UKM
Zarin Ismail, Safani Bari dan Soo Boon Seng (2004). Integrasi sosial murid berkeperluan
khas bermasalah pendengaran dalam program inklusif. Bangi: Fakulti Pendidikan Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Mohd Siraj Awang (1996). Kanak-Kanak Berkeperluan Khas. Kuala Lumpur: Fajar Bakti
Sdn. Bhd.
Noraini (1980). Kaedah dan Teknik Pelajaran Kanak-Kanak dengan Berkeperluan Khas.
Shah Alam: Fajar Bakti.
Chua Tee Tee dan Koh Boh Boon (1992). Memahami Psikologi Pembelajaran Kanak-Kanak
Bermasalah Pendengaran. Pahang: PTS Publications & Distributor Sdn.Bhd.
http://ldsmpkvip.blogspot.com/
http://www.bandarseriputra.info/2009/12/pendidikan-khas-masalah-pembelajaran.html
http://weedapkhas.wordpress.com/
http://ms.wikipedia.org/wiki/Buta#Punca_buta
http://cikgukhairulecjb.blogspot.com/2009/03/perkembangan-persepsi-dan-motor-kanak.html
8/13/2019 Assignment Kbk3073 Murid Berkeperluan Khas
42/49
42
FORUM E-LEARNING
Soalan 1 :
Sebagai seorang guru, bincangkan simptom kanak-kanak yang berkemungkinan
menghadapi masalah dalam pembelajaran.
Tuntutan dalam mengejar kecemerlangan akademik kadang kala telah menyebabkan para
ibu bapa meletakkan harapan yang terlalu tinggi terhadap kejayaan anak masing-masing.
Terdapat sesetengahnya, terlalu mudah menyalahkan pihak sekolah dengan dakwaan
bahawa guru kurang berpengalaman, tidak mahir, teknik mengajar tidak berkesan, pilih
kasih atau kurang memberikan perhatian kepada pelajar. Ada juga di kalangan merek