PANDUAN PENGGUBALAN KERTAS PEPERIKSAAN DAN SKEMA PEMARKAHAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU 2012
1
1.0 PENGENALAN
Pentaksiran merupakan satu proses untuk mendapat maklumat tentang prestasi pelajar
dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.
Dalam konteks pendidikan, pentaksiran adalah proses untuk mendapatkan gambaran
tentang prestasi pelajar dalam pembelajaran. Justeru itu, instrumen untuk mendapatkan
maklumat perlu berkualiti. Instrumen berkualiti memerlukan item yang berkualiti. Oleh
yang demikian, penggubal item ujian dan peperiksaan perlu mempunyai kemahiran
dalam menggubal item yang baik.
Buku panduan ini dikemukakan untuk membolehkan penggubal kertas peperiksaan
mengenali format, dan menguasai kemahiran menggubal item yang baik. Buku panduan
ini merangkumi aspek-aspek seperti ciri item yang baik, aras kemahiran domain
kognitif dan afektif, jenis item objektif dan subjektif, aspek teknikal dan skema
pemarkahan, contoh-contoh item dan cara pemeriksaan skrip jawapan.
Semasa menggubal kertas peperiksaan, penggubal perlu merujuk Buku Panduan
Penggubalan Kertas Peperiksaan dan Skema Pemarkahan IPG, Sukatan Pelajaran atau
proforma dan Jadual Spesifikasi Ujian/Jadual Penentuan Ujian mata pelajaran, kursus
dan semester yang berkaitan untuk memastikan kertas peperiksaan yang dihasilkan
bermutu serta menepati kriteria penggubalan item.
2.0 OBJEKTIF
2.1 Menghasilkan satu sistem kawalan mutu penggubalan kertas peperiksaan yang mantap.
2.2 Meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan kertas peperiksaan
2.3 Memperincikan cara penggubalan item, skema pemarkahan dan pemeriksaan Skrip jawapan.
2.4 Membantu dalam penggubalan item yang mematuhi kehendak format dan kriteria penggubalan yang ditetapkan
2.5 Menyeragamkan penyediaan kertas peperiksaan untuk semua kursus yang dikendalikan oleh IPG
PANDUAN PENGGUBALAN KERTAS PEPERIKSAAN DAN SKEMA PEMARKAHAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU 2012
2
3.0 CIRI ITEM YANG BAIK
Ujian yang berkualiti merupakan satu instrumen yang mengukur apa yang sepatutnya
diukur pada tahap yang tinggi dan sesuai untuk kumpulan sasaran. Aspek yang hendak
diutamakan ialah kesahan dan kebolehpercayaan.
3.1 Kesahan
Kesahan menjelaskan tentang ketepatan alat pengukuran mengukur apa yang
harus diukur. Kesahan juga menjelaskan keselarian alat pengukuran dengan
kandungan yang telah diajar. Kesahan kandungan diutamakan dalam
penggubalan item peperiksaan. Kesahan kandungan merujuk kepada
keupayaan ujian mengukur pengetahuan dan kemahiran yang sepatutnya diuji.
Oleh yang demikian, penggubal ujian mesti akur kepada Jadual Spesifikasi Ujian
(JSU) dari segi objektif pengajaran, isi kandungan dan aras kesukaran yang
telah ditetapkan. Kesahan kandungan melibatkan pemeriksaan sistematik ke
atas kandungan ujian untuk memastikan sama ada kandungan ujian yang dibina
terdiri daripada sampel yang mewakili perkara yang hendak diukur.
3.2 Kebolehpercayaan
Kebolehpercayaan menjelaskan peringkat ketekalan sesuatu alat mengukur apa
yang harus diukur. Kebolehpercayaan ujian dirujuk kepada ketekalan skor.
Kepercayaan skor berkait rapat dengan instrumen penilaian yang digunakan.
Ketekalan skor dipengaruhi oleh kerelevanan kandungan dan kesesuaian
instrumen. Walau bagaimanapun, kebolehpercayaan adalah suatu keperluan
tetapi bukan satu syarat yang cukup untuk kesahan. Sesuatu ujian yang sah
adalah ujian yang boleh dipercayai.
PANDUAN PENGGUBALAN KERTAS PEPERIKSAAN DAN SKEMA PEMARKAHAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU 2012
3
3.3 Ciri Item Yang Baik
Jadual 1
Ciri-ciri item yang baik.
Bil. Ciri Item
1. Akur Kurikulum
Item yang dibina mestilah dalam cakupan kurikulum
Jika luar skop, skor tidak sah dan skor tidak membawa makna
serta tidak boleh dipercayai
2. Akur Spesifikasi
Jenis dan bentuk item dalam spesifikasi; kandungan mata
pelajaran yang dicakupi; aras kemahiran
Mematuhi spesifikasi ujian kerana mempengaruhi kesahan dan
kebolehpercayaan skor
Akur Peluang
Peluang yang mencukupi diberi kepada pelajar dalam
mempelajari perkara yang ditaksir
Peluang dari segi kemudahan yang ada dan kepakaran
pensyarah dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar
3. Ketepatan: Konstruk, Konteks (Tajuk)
Menepati konstruk iaitu Pengetahuan, Kemahiran dan Nilai
- Jika tidak patuhi, taburan item terjejas dan mempengaruhi
kebolehpercayaan skor
Mesti ikut tajuk/konteks yang dihasratkan
- Jika tidak ada, tajuk yang diwakili akan memberi kesan kepada
taburan item
4. Kejelasan : Rangsangan/Stimulus, Stem, Homogeniti, Bahasa
Rangsangan: sesuai, relevan dan tepat
Stem: bahasa yang gramatis dan minimumkan ayat negatif
Bahasa: mudah difahami, jelas dan tepat
Istilah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sahaja yang
diberi keutamaan. Sekiranya, terdapat istilah daripada sumber
PANDUAN PENGGUBALAN KERTAS PEPERIKSAAN DAN SKEMA PEMARKAHAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU 2012
4
Bil. Ciri Item
lain, pastikan istilah tersebut diguna pakai oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia
5. Kesesuaian: Aras kesukaran, Kepentingan, Keadilan
Aras Kesukaran: menepati aras yang ditetapkan iaitu aras
kesukaran rendah (R), sederhana (S), tinggi (T)
- Item aras (R) boleh dijawab oleh sebahagian besar pelajar
- Item aras (S) boleh dijawab oleh pelajar yang berprestasi
sederhana dan cemerlang
- Item aras (T) boleh dijawab pelajar berprestasi cemerlang
sahaja
Sesuai Penting: item yang dibina mewakili perkara penting dalam
Sukatan Pelajaran/Proforma
Adil : item tidak bias dari segi etnik, agama, budaya dan jantina
Item tidak sensitif dari segi agama, budaya dan emosi
Item yang dibina berbentuk in-situ (localised)
6. Item dalam instrumen mestilah mewakili:
Kepelbagaian item
Kepelbagaian cara penyoalan
4.0 ARAS KEMAHIRAN DOMAIN KOGNITIF DAN AFEKTIF
4.1 Domain Kognitif
Bloom (1956) telah mengenal pasti enam peringkat dalam domain kognitif.
Bermula daripada ingat kembali fakta, iaitu aras paling rendah melalui peringkat
mental yang lebih kompleks dan abstrak hingga ke aras paling tinggi yang
diklasifikasi sebagai penilaian. Namum pada tahun 1990an, sekumpulan ahli
psikologi yang diketuai Anderson, telah mengemas kini taksonomi untuk
mencerminkan kerelevanannya pada abad ke-21. Rajah 1 berikut menunjukkan
taksonomi asal dan taksonomi baharu yang telah disemak semula pada tahun
2001.
PANDUAN PENGGUBALAN KERTAS PEPERIKSAAN DAN SKEMA PEMARKAHAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU 2012
5
Rajah 1: Taksonomi Bloom asal dan Taksonomi Bloom yang telah disemak semula (2001)
Rujukan: Anderson, L. W., & Krathwohl D. R. (eds.) (2001). A taxonomy for learning, teaching, and assessing: A
revision of Bloom's Taxonomy of educational objectives. New York: Longman.
Antara perubahan adalah aras kemahiran keenam-enam kategori ditukar
daripada kata nama kepada kata kerja. Oleh kerana taksonomi menggambarkan
bentuk pemikiran dan pemikiran merupakan proses aktif, maka penggunaan kata
kerja adalah lebih tepat. Semua aras diganti dengan kata kerja dan aras sintesis
dan penilaian disusun semula. Ciri-ciri penting soalan mengikut aras kemahiran
domain kognitif mengikut Taksonomi Bloom yang di semak semula oleh
Anderson dan Krathwohl (2001) adalah seperti dalam Jadual 2 berikut:
Jadual 2
Ciri-ciri penting soalan mengikut aras kemahiran domain kognitif mengikut Taksonomi
Bloom (2001)
Aras Ciri Soalan Kata Tugas Eksplisit
1. Mengingat/ Remembering
Menguji kebolehan calon mengingat semula, mengecam idea, mengenal pasti , menyenarai dan menamakan keterangan, prinsip atau fakta yang telah dipelajari
Jawapan calon menggunakan bahasa asal
Bacakan Catatkan Daftarkan Kenal pasti Labelkan Namakan Nyatakan Padankan Pasangkan Perihalkan
Asal Baharu
PANDUAN PENGGUBALAN KERTAS PEPERIKSAAN DAN SKEMA PEMARKAHAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU 2012
6
Aras Ciri Soalan Kata Tugas Eksplisit
Pilihkan Sebutkan Senaraikan Tandakan
2. Memahami/ Understanding
Menguji kebolehan kognitif yang melibatkan penggunaan pengetahuan tanpa situasi baharu
(a) Penterjemahan:
Kemahiran menyatakan sesuatu konsep yang diketahui melalui perkataan/ simbol
Menterjemah satu bahasa ke
bahasa lain Menukar bentuk simbol kepada
bentuk verbal atau sebaliknya Membaca skor muzik
(b) Interpretasi:
Kemahiran menghubungkaitkan bahagian dalam sesuatu set komunikasi dan menyatakan dalam bentuk lain dengan mengekalkan makna set komunikasi itu mengolah, menyusun, meringkas
sesuatu pernyataan peristiwa atau konsep, menggunakan bahasa sendiri tanpa mengubah makna dan tujuan asal
(c) Ektrapolasi :
Kemahiran yang melibatkan interpretasi yang melampau tentang maklumat dalam set komunikasi Membuat ramalan, inferens atau
anggaran berdasarkan pemerhatian, pengalaman, corak atau trenda
Membuat telahan sebab-akibat sesuatu peristiwa terjadi
Anggarkan Bandingkan Bezakan Hitungkan Huraikan Jelaskan Kategorikan Kemukakan
Parafrasa Perluaskan Ramalkan Rangkumkan Simpulkan Terangkan
Terjemahkan Tulis semula dengan perkataan sendiri
PANDUAN PENGGUBALAN KERTAS PEPERIKSAAN DAN SKEMA PEMARKAHAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU 2012
7
Aras Ciri Soalan Kata Tugas Eksplisit
3.Mengaplikasi / Applying
Menguji kemahiran menggunakan pengetahuan untuk memberikan penjelasan bagi suatu situasi baharu atau menyelesaikan masalah yang baharu. Mengaitkan peristiwa masa kini
dengan peristiwa masa lalu Menyelesaikan masalah
matematik dengan menggunakan rumus yang bersesuaian
Mengunakan pengetahuan dan pengalaman yang ada untuk menyelesaikan masalah berkaitan dengan aspek-aspek kognitif misalnya memberi cadangan berasaskan fakta
Binakan Carikan Gambarkan Gunakan Kaitkan Kemukakan Kirakan Laksanakan Organisasikan Ramalkan Selesaikan Simulasikan Suaikan Tentukan Terapkan Tunjukkan
4. Menganalisis/ Analysing
Menguji kemahiran mencerakinkan / mengumpul maklumat atau bahagian-bahagian dalam suatu set komunikasi sehingga pertalian antara bahagian-bahagian tersebut dapat ditunjukkan dengan jelas
Menguji kebolehan calon membanding dan menghuraikan fakta-fakta kesamaan, perbezaan dan perhubungan di antara satu sama lain.
Banding beza Bandingkan Beri sebab Bezakan Buat analisis
Buat eksperimen Buat inferensi
Buat kiraan/hitungkan Buktikan Cerakinkan Diagnosis
Diskriminasi Ilustrasi Inferensi Kategorikan
Kesan Kritik Modelkan
Perincikan Rangka
Simpulkan Teliti/Periksa
Ubah suai
5. Menilai/ Evaluating
Menguji kebolehan calon membuktikan, menilai, mengesahkan, mengkritik, merumus atau memberi pendapat terhadap sesuatu pernyataan
Calon perlu melihat fakta dari aspek „pro dan kontra‟ semasa membuat penilaian.
Bahaskan Banding beza Pertahankan Bandingkan Beri hujah Beri justifikasi
Beri pendapat Beri sokongan Bincangkan
PANDUAN PENGGUBALAN KERTAS PEPERIKSAAN DAN SKEMA PEMARKAHAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU 2012
8
Aras Ciri Soalan Kata Tugas Eksplisit
Kemahiran membuat pertimbangan atau memberi gred dengan menggunakan kaedah dan kriteria standard tentang kesesuaian, ketepatan, kecekapan, keberkesanan dan sebagainya
Menentukan ketepatan, kecukup-
cakupan, dan kerelevanan data Menyokong suatu dapatan atau
kesimpulan yang dibuat berdasarkan kaedah standard
Mengenal pasti sifat bias dan emosi dalam persembahan
Buat anggaran Buat generalisasi
Buat penghakiman Buat ramalan Buat rumusan
Buat verifikasi Buktikan Cantumkan
Diskriminasikan Gabungkan
Hubungkait Huraikan Interpretasikan Nilai Nilaikan
Pertimbangkan Taksirkan
6. Mencipta/ Creating
Menguji kebolehan calon merancang, mereka / mencipta / menghasilkan sesuatu yang kreatif dan penggabungan pelbagai unsur. Ini termasuk penghasilan sesuatu rancangan, rumusan, kaedah / prosedur atau cadangan.
Kemahiran yang boleh menggabungkan elemen-elemen dan bahagian-bahagian untuk membentuk suatu set maklumat
Melibatkan proses menyusun dan membuat kesimpulan
Lebih bersifat pemikiran bercapah dan kreatif
Mencipta lagu Merekabentuk bangunan
berdasarkan spesifikasi yang ditetapkan
Menghasilkan penemuan matematik daripada pengolahan dan perumusan maklumat matematik
Bandingkan Bentukkan Buktikan Cadangkan Ciptakan Gabungkan Gubal Jana Perincikan Perjelaskan Putuskan Rancangkan Rumuskan Sediakan Sintesiskan Simpulkan Susun semula Tafsirkan
* Kata Kerja yang digunakan bergantung kepada wacana.
* Terdapat juga Kata Kerja yang boleh digunakan merentasi aras.
PANDUAN PENGGUBALAN KERTAS PEPERIKSAAN DAN SKEMA PEMARKAHAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU 2012
9
Jadual 3
Contoh Item Mengikut Aras Kemahiran Taksonomi Bloom yang disemak semula oleh Anderson
(2001)
Bil Aras Kemahiran Contoh Item
1.
Mengingat
1. Apakah maksud sampul kecil dalam sistem fail?
A Satu fail sementara dibuka apabila fail asalnya tidak ditemui
B Satu fail baharu dibuka setelah fail asal melebihi 100 dokumen
C Satu fail baharu diadakan untuk kegunaan pengerusi atau ketua
D Satu fail sementara diadakan bagi mengendalikan satu aktiviti khas
2. Memahami 2. Manakah antara yang berikut merupakan tujuan untuk
memahami dan mempelajari psikologi dalam pendidikan?
A Melengkapkan guru dengan teori dan prinsip tingkah laku murid
B Membantu guru untuk berinteraksi dengan ibu bapa murid secara mesra dan berkesan
C Membekalkan guru dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam mata pelajaran yang diajar di sekolah
D Membantu guru memahami konsep budaya sekolah dan budaya murid untuk menjalankan aktiviti kemasyarakatan
3. Mengaplikasi 3. Puan Zaidah membeli 24 biji epal untuk anak-anaknya.
Sekiranya setiap anak Puan Zaidah mendapat 6 biji epal, berapakah jumlah anak Puan Zaidah?
A 3
B 4
C 5
D 6
4. Menganalisis 4. Teori Kaunseling boleh membantu kaunselor semasa mengendalikan sesi kaunseling sebagai kerangka utama proses kaunseling. Berdasarkan Teori Rasional Emotif Tingkah Laku (REBT), bincangkan dengan memberikan contoh yang jelas tentang lima pandangan teori berkenaan terhadap sifat manusia.
PANDUAN PENGGUBALAN KERTAS PEPERIKSAAN DAN SKEMA PEMARKAHAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU 2012
10
Bil Aras Kemahiran Contoh Item
5. It is believed that knowledge of students‟ multiple intelligences, as described by Gardner, can help a teacher maximize students‟ learning potential. Discuss this belief in the context of the Malaysian teacher.
5. Menilai 6. Pollution has caused severe damage to the environment. How far has man‟s activities contributed to this? Explain your answer with relevant examples.
7. Pencemaran telah menyebabkan kerosakan yang teruk
kepada alam sekitar. Bincangkan sejauhmana aktiviti manusia menyumbang kepada masalah ini?
6. Mencipta 8. Karangkan sebuah cerita untuk menerangkan pengalaman anda semasa menjalani praktikum di sekolah.
4.2 Domain Afektif
Taksonomi ini digunakan sebagai penerangan konstruk yang mengukur domain
afektif yang dikemukakan oleh Krathwohl, Bloom dan Masia (1964). Kategori
dalam domain ini merangkumi aspek-aspek berikut:
Jadual 4
Aspek-aspek Domain Afektif
Kategori Penerangan Kata Tugas Eksplisit
Penerimaan Soalan berhubung dengan kemahiran pelajar untuk memberi perhatian dan menerima idea tanpa soal jawab. Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran/ perhatian terhadap rangsangan dan peristiwa/persekitaran yang berhubung dengan domain afektif.
Berikan Kenal pasti Namakan Pilih Terangkan
Bertindakbalas Pelajar mengikuti atau mematuhi peraturan yang ditetapkan, bertindakbalas dengan sukarela dan melibatkan diri dalam aktiviti berdasarkan minat.
Bacakan Bincangkan Labelkan Lakukan Laporkan Persembahkan Tuliskan
PANDUAN PENGGUBALAN KERTAS PEPERIKSAAN DAN SKEMA PEMARKAHAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU 2012
11
Kategori Penerangan Kata Tugas Eksplisit
Nilaian Penyertaan pelajar dalam sesuatu aktiviti bukan hanya kerana keseronokan tetapi wujudnya komitmen dan penghayatan berdasarkan prinsip yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan.
Bentukkan Beri Justifikasi Cadangkan Huraikan Kajikan Lengkapkan Terangkan
Pengelolaan Pembentukan satu sistem nilai yang konsisten dalam diri seseorang yang mengandungi beberapa nilai lain yang saling berkaitan antara satu sama lain.
Bezakan Gabungkan Hubungkait Organisasikan Pertahankan Sintesiskan Susunkan Ubah suai
Perwatakan Pelajar tahu siapa dirinya dan apa yang diperjuangkannya jika tingkah laku sejajar dengan falsafah hidup yang dipilih dan dipegang.
Cadangkan Diskriminasikan Lakonkan Selesaikan Verifikasi
* Kata Kerja yang digunakan bergantung kepada wacana.
* Terdapat juga Kata Kerja yang boleh digunakan merentasi aras.
5.0 ITEM OBJEKTIF
Item objektif ialah item yang mempunyai pilihan jawapan dimana calon perlu memilih
hanya satu jawapan yang tepat. Item objektif terdiri daripada aneka pilihan dan aneka
gabungan.
5.1 Aneka Pilihan
5.1.1 Item Aneka Pilihan mempunyai tiga komponen:
a. Rangsangan/Stimulus
- maklumat khusus di mana item itu didasarkan
- berbentuk teks, grafik, jadual, perbualan dan lain-lain
b. Stem/Pokok Soalan
- bahagian yang mengandungi tugasan
PANDUAN PENGGUBALAN KERTAS PEPERIKSAAN DAN SKEMA PEMARKAHAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU 2012
12
- berbentuk ayat lengkap, ayat tidak lengkap, soalan dan lain-
lain
c. Pilihan Jawapan
- berbentuk angka, simbol, gambar rajah, frasa, jadual dan lain-
lain
- komponen ini mengandungi kunci iaitu pilihan jawapan tepat
- pengganggu/distraktor untuk mengganggu calon dari jawapan
sebenar
Contoh Soalan Aneka Pilihan:
Sebagai guru bimbingan yang ingin mengaplikasikan kemahiran
mendengar, manakah corak respons berikut memperlihatkan
kemahiran tersebut berdasarkan jawapan murid A?
A ”Nampaknya anda kecewa dengan ayah anda”
B ”Anda tidak kisah walaupun ayah anda tidak sukakan anda”
C ”Anda berasa marah kerana ayah tidak mengambil berat tentang anda”
D ”Jadi anda mengambil keputusan untuk tidak menghiraukan ayah anda”
5.2 Aneka Gabungan / Item Cantuman
5.2.1 Item Aneka Gabungan menghendaki calon membuat satu Pilihan Jawapan
yang tepat daripada satu gabungan empat elemen yang diberikan
5.2.2 Gabungan elemen perlu disebarkan seimbang dalam Pilihan Jawapan.
5.2.3 Elemen-elemen jawapan disusun mengikut pilihan tertib berikut:
Pendek ke panjang
Kuantiti kecil ke banyak
Angka kecil ke angka besar
Murid A: ” Ayah tak sukakan saya pun, saya tak kisah... ”
RANGSANGAN
STEM
KUNCI PILIHAN
JAWAPAN
PANDUAN PENGGUBALAN KERTAS PEPERIKSAAN DAN SKEMA PEMARKAHAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU 2012
13
Contoh Soalan Aneka Gabungan
5.3 Panduan Pembinaan Item Aneka Pilihan
Jadual 4
Panduan Pembinaan Item Aneka Pilihan
Bil Ciri-Ciri Panduan Umum
1. Isi kandungan dan kemahiran yang sepatut diuji.
Pastikan soalan menguji satu hasil pembelajaran yang penting
Pastikan soalan menepati Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dari segi kandungan dan aras kemahiran
Pastikan soalan menguji lebih daripada hanya pengetahuan fakta
2. Pokok soalan/Stem Pokok soalan mengemukakan satu permasalahan yang jelas sahaja
Pokok soalan mengandungi maklumat yang relevan sahaja
Kehendak dan aras soalan dapat diperjelaskan/
ditingkatkan lagi dengan gambar rajah, senario situasi sebenar, jadual dan lain-lain
Pokok soalan harus dalam bentuk positif
Menulis adalah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh semua pelajar dalam
proses pembelajaran bagi membolehkan pelajar memindahkan pemikiran mereka
dalam bentuk tulisan.
Menulis boleh diertikan sebagai
I proses kreatif melahirkan idea melalui bahasa tulisan
II suatu kegiatan mentranskripsi, mengubah bunyi menjadi tanda-tanda baca
III kemampuan seseorang mengemukakan fikiran (idea) kepada pihak lain
melalui media tulisan
IV penggambaran visual tentang fikiran, perasaan dan idea dengan
menggunakan simbol sistem bahasa untuk keperluan komunikasi
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
PANDUAN PENGGUBALAN KERTAS PEPERIKSAAN DAN SKEMA PEMARKAHAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU 2012
14
Bil Ciri-Ciri Panduan Umum
Dicadangkan bilangan item berbentuk negatif
(contoh – KECUALI ) hanya meliputi 5 % daripada jumlah keseluruhan bilangan item bagi sesuatu kertas peperiksaan. Contohnya 5% daripada 20 soalan bersamaan dengan 1 soalan berbentuk negatif sahaja.
Jika soalan negatif, perkataan negatif dalam
pokok soalan perlu ditonjolkan. Perkataan yang hendak ditonjolkan dalam
pokok soalan seperti bukan, paling dan bilangan (contoh: dua) perlu dihitamkan.
3. Pilihan Jawapan Distraktor harus berfungsi dan munasabah Pilihan jawapan harus homogen Pilihan jawapan dalam lingkungan sukatan
pelajaran
Semua pilihan jawapan selaras/selari dari segi tatabahasa dengan pokok soalan
Tiada pembayang jawapan pada pilihan jawapan („verbal clues’)
Tiada pembayang jawapan pada soalan-soalan
lain Elakkan dari menggunakan pilihan jawapan
“Semua di atas”” atau ”Tiada jawapan yang betul”
Pilihan jawapan harus hampir sama panjang
Pilihan jawapan disusun mengikut
kronologi/numerik /abjad /panjang/pendek
Perkataan yang berulang-ulang dalam semua pilihan jawapan dipindah ke pokok soalan
Terdapat 4 pilihan jawapan A, B, C dan D
sahaja ditetapkan untuk setiap soalan
Bilangan item cantuman tidak melebihi dari 5% dari keseluruhan soalan objektif. Contohnya 5% daripada 20 soalan bersamaan dengan 1 soalan item cantuman sahaja.
Empat elemen sahaja (I, II, III,dan IV )
disediakan sebagai pilihan bagi soalan berbentuk pelbagai cantuman/gabungan
PANDUAN PENGGUBALAN KERTAS PEPERIKSAAN DAN SKEMA PEMARKAHAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU 2012
15
Bil Ciri-Ciri Panduan Umum
Empat elemen (I, II, III, dan IV) dicantum dan
disebarkan secara seimbang seperti contoh soalan aneka gabungan di atas.
4. Penggunaan petikan, rajah, istilah dan tatabahasa
Untuk semua soalan, rajah, jadual, peta dan petikan diletakkan sebelum pokok soalan/stem dan dinomborkan jika melebihi satu.
Penggunaan bahasa mudah difahami Struktur bahasa dan istilah betul/sesuai
Ejaan betul dan tekal
Singkatan perkataan (akronim) digunakan
dengan betul dan telah dinyatakan sebelumnya
Petikan atau bahan rujukan harus dinyatakan sumbernya
5. Sebaran jawapan adalah secara rawak
Sebaran jawapan tidak ada pola pada senarai jawapan (Skema Pemarkahan)
Bilangan A, B, C dan D hampir sama banyak
6.0 ITEM SUBJEKTIF
Item Subjektif ialah item yang membenarkan subjektiviti dalam jawapan yang diberikan
oleh calon. Calon boleh menunjukkan pemerolehan pengetahuan dan kemahiran
melalui jawapan kepada item kemahiran berfikir aras tinggi (Higher Order Thinking
Skills). Item subjektif terdiri daripada Item Berstruktur, Item Respons Terhad dan Item
Respons Terbuka.
6.1 Item Berstruktur
Item berstruktur ialah satu siri soalan yang berturutan dan berkaitan antara satu
sama lain. Tugasan item merujuk kepada perkara yang sama. Item berstruktur
membentangkan suatu situasi kepada pelajar yang menghendaki pelajar
memberikan respons. Jawapan yang diberikan merupakan proses atau aspek
yang berkaitan. Item jenis ini boleh menguji masalah situasi yang kompleks.
PANDUAN PENGGUBALAN KERTAS PEPERIKSAAN DAN SKEMA PEMARKAHAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU 2012
16
Bentuk item berstruktur terdiri daripada :
Item Tanpa Petikan
Item Dengan Petikan
Item Dengan Pernyataan
Item Bergambar
Item Bergraf
Item Bergambar rajah
Item Aplikasi
Item Padanan
6.2 Item Respons Terhad
Respons terhad membataskan calon dalam aspek skop soalan dan peruntukan
markah. Ruang jawapan yang disediakan lebih terbatas di mana respons yang
diperlukan daripada calon merupakan satu frasa, beberapa ayat atau satu
perenggan. Sehubungan itu, respons yang dijangkakan distrukturkan
(structured) atau dipandu (guided) berdasarkan kehendak soalan.
6.3 Item Respons Terbuka
Item ini merupakan item yang memerlukan calon merancang dan menyusun
jawapan dengan terbuka. Calon berpeluang mengemukakan idea, menyusun
respons secara kritis, mengemukakan hujah yang rasional dan konstruk yang
membina berdasarkan tuntutan soalan. Item ini menggalakkan calon untuk
mempamerkan proses penaakulan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (Higher Order
Thinking Skills) kepada penilai.
6.4 Panduan Umum Penggubalan Item Berstruktur
Boleh menggunakan petikan, rajah atau jadual sebagai rangsangan
kepada soalan.
Pastikan pecahan-pecahan soalan ada perkaitan dan kesinambungan
mengenai sesuatu tema.
Pecahan soalan meliputi pelbagai aras yang disusun mengikut urutan.
Ruang jawapan bergaris disediakan bagi setiap pecahan soalan dan
dinyatakan peruntukan markah.
PANDUAN PENGGUBALAN KERTAS PEPERIKSAAN DAN SKEMA PEMARKAHAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU 2012
17
Bagi pecahan soalan yang melibatkan pengiraan, lukisan atau ilustrasi,
ruang jawapan tidak perlu digariskan.
Rajah, jadual, peta dan graf diletakkan sebelum pokok soalan dan
dinomborkan jika lebih daripada satu.
Jika petikan digunakan, catatkan sumbernya.
6.5 Panduan Umum Penggubalan Item Subjektif (Item Respons Terhad dan Item
Respons Terbuka)
Jadual 5
Panduan Penggubalan Item Subjektif
Bil. Ciri –Ciri Panduan Khusus Penggubalan Soalan Esei
1. Item Esei Pastikan tidak ada pecahan soalan bagi soalan esei
Elak daripada mempunyai soalan pilihan
2.
Fokus kehendak soalan perlu jelas
Bina setiap soalan supaya tujuan dan maksudnya jelas kepada calon
Tentukan supaya skop, aspek dan penekanan soalan itu jelas
Hadkan fokus soalan supaya murid mempunyai
masa yang cukup untuk menjawabnya Sekiranya soalan membenarkan variasi
perincian, tentukan panjangnya dalam soalan itu
3. Skop soalan adalah berdasarkan objektif pengajaran
Bina soalan yang menepati objektif pengajaran supaya pemeriksa boleh memberi markah dan boleh dipercayai
Berdasarkan objektif pengajaran (akur JSU) Pastikan tugasan soalan yang diberi tidak disoal
dalam bahagian objektif
4. Soalan akur kepada aspek-apsek penulisan soalan esei
Rangsangan digalakkan Boleh menggunakan petikan, rajah atau jadual
sebagai rangsangan kepada soalan Untuk semua jenis soalan, rajah, jadual, peta
dan petikan diletakkan sebelum pokok soalan dan dinomborkan jika melebihi satu.
PANDUAN PENGGUBALAN KERTAS PEPERIKSAAN DAN SKEMA PEMARKAHAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU 2012
18
Bil. Ciri –Ciri Panduan Khusus Penggubalan Soalan Esei
Tugasan soalan perlu jelas dan lengkap (jika
perlu, tunjukkan proses/tingkah laku/kemahiran, syarat dan kriteria)
5. Soalan yang mencabar dan memerlukan pelajar menggunakan pemikiran aras tinggi (Higher Order Thinking Skills-HOTS)
Sekurang-kurangnya 30% soalan esei adalah beraras tinggi.
Mencabar Menggunakan kata tugas “mengapa”, “sejauh
manakah” dan sebagainya Sifat terbuka (open-ended)
6. Skema Pemarkahan disediakan bersama-sama dengan soalan
Skema Pemarkahan yang lengkap yang disertakan soalan di dalamnya.
Jika perlu, sediakan satu sampel hujah untuk menjawab soalan supaya meningkatkan kebolehpercayaan pemarkahan.
7.0 PANDUAN ASPEK TEKNIKAL
7.1 Page setup :
margin: top & bottom 1 inch
left & right 1 inch
default tab 0.5 inch
7.2 Font
Bahasa Malaysia dan Inggeris font Arial dan saiz 11.
Bahasa Arab font Traditional Arabic saiz 18
Bahasa Melayu Jawi font Jawi Biasa saiz 18
Bahasa Cina font Song Ti
Bahasa Tamil font Kambar
7.3 Spacing / Jarak
Jarak antara baris dalam soalan ialah 1
Jarak antara Rangsangan / Situasi dengan tugasan 1.5
Jarak antara Tugasan dengan Pilihan jawapan bagi soalan objektif ialah 1.5
Jarak antara setiap pilihan jawapan dalam soalan objektif ialah 1.5
PANDUAN PENGGUBALAN KERTAS PEPERIKSAAN DAN SKEMA PEMARKAHAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU 2012
19
Jarak antara soalan dengan nombor soalan ialah 1 tab.
Jarak antara soalan dengan ruang jawapan dalam soalan struktur ialah 1.5
Jarak antara baris-baris ruang jawapan ialah 1.5
Jarak antara soalan dengan soalan ialah 2
Jarak antara ruang jawapan soalan struktur dengan markah ialah 1
Contoh :
a Soalan
________________________________________________
________________________________________________
[2 markah]
Jarak antara soalan esei dengan markah ialah 1.5
7.4 Sistem Penomboran
Soalan yang tiada pecahan dinomborkan dengan nombor bulat, titik dan
mulakan soalan pada jarak 1 tab.
Contoh:
1. Soalan
________________________________________________
Bagi soalan yang mengandungi soalan pecahan:-
Rangsangan dinomborkan dengan nombor bulat dan titik.
Pecahan soalan dinomborkan dengan abjad berhuruf kecil
Sub pecahan soalan dinomborkan dengan nombor roman kecil
Contoh:
1. Soalan
______________________________________________
______________________________________________
a Soalan
________________________________________
________________________________________
i Soalan
___________________________________
___________________________________
1.5
PANDUAN PENGGUBALAN KERTAS PEPERIKSAAN DAN SKEMA PEMARKAHAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU 2012
20
7.5 Penggunaan tanda bacaan, huruf besar/kecil:
Tugasan yang berbentuk soalan diakhiri dengan tanda soal (?)
Tugasan yang berbentuk pernyataan lengkap mestilah diakhiri dengan
noktah.
Tugasan yang berbentuk pernyataan tidak lengkap diakhiri tanpa sebarang
tanda bacaan.
Semua pilihan jawapan tidak perlu diakhiri dengan noktah.
Huruf besar digunakan dalam permulaan ayat, kata nama khas, selepas
tanda noktah, selepas tanda soal, permulaan setiap unsur dalam soalan
cantuman dan pilihan jawapan soalan objektif aneka pilihan.
Huruf kecil digunakan dalam permulaan setiap unsur soalan cantuman dan
pilihan jawapan soalan objektif berbentuk pelengkap.
7.6 Panduan Umum
Nombor halaman mula dicetak pada muka surat 2 di bahagian tengah footer.
Nombor halaman pertama tidak dicetak walaupun ianya termasuk dalam
pengiraan jumlah halaman bercetak.
Header No. Kod : EDU3104 (contoh) perlu ditulis pada bahagian kiri pada
setiap halaman kertas soalan.
Header Angka Giliran : ____________ hanya perlu ditulis atas sebelah
kanan kertas soalan struktur sahaja.
Muka hadapan buku soalan bagi semua kertas peperiksaan disediakan
dalam bahasa Melayu.
Perkataan SULIT perlu diletakkan pada header di muka hadapan sebelah kiri
buku soalan dan pada footer sebelah kanan di setiap halaman dalam buku
soalan menggunakan font Arial bersaiz 11.
Bahagian bawah halaman akhir setiap buku soalan, kertas saranan jawapan
dan Skema Pemarkahan dituliskan dengan pernyataan © Hak Cipta
Kerajaan Malaysia 20_ _
PANDUAN PENGGUBALAN KERTAS PEPERIKSAAN DAN SKEMA PEMARKAHAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU 2012
21
8.0 SKEMA DAN RUBRIK PEMARKAHAN
Skema pemarkahan merupakan dokumen yang mengandungi jawapan dan panduan
untuk memberi markah respons pelajar serta pembahagian skor bagi setiap jawapan.
Pemarkahan melibatkan proses penentuan markah untuk setiap respons yang
dipersembahkan oleh pelajar. Justeru itu, adalah penting untuk menunjukkan dengan
jelas dan terperinci aspek-aspek yang dikehendaki dalam tugasan item. Bentuk jawapan
yang ideal juga disertakan sebagai rujukan kepada pemeriksa semasa menimbangkan
markah yang harus diberikan kepada jawapan pelajar. Panduan dan contoh jawapan
akan membantu pemeriksa melakukan pemeriksaan dengan tekal untuk menjamin
keadilan dalam penilaian.
Skema pemarkahan mestilah menepati kehendak soalan dan mempunyai ciri-ciri
keobjektifan yang tinggi. Ini bermakna markah yang diberikan kepada setiap soalan
adalah tekal atau konsisten bagi semua pemeriksa. Untuk menjamin keobjektifan,
skema pemarkahan perlu menyatakan peraturan memberi markah secara terperinci.
Bagi item objektif khasnya jenis aneka pilihan, skema pemarkahan adalah dokumen
yang mengandungi jawapan muktamad.
Bagi item berstruktur, skema pemarkahan mengandungi pelbagai contoh jawapan dan
memberi markah bagi setiap fakta/isi dan huraian. Contohnya, jika Soalan 1 mempunyai
2 bahagian iaitu 1 a dan 1 b di mana markah keseluruhannya ialah 20. Pemarkahan
dinyatakan seperti berikut dan dituliskan pada bahagian bawah sebelah kanan jawapan.
Contoh 1 a:
1 fakta/isi x 1 markah = 1 markah
1 fakta + huraian x 2 = 2 markah
5 fakta + huraian x 2 = 10 markah
Jumlah = 10 markah
Contoh 1 b:
1 fakta/isi x 1 markah = 1 markah
1 fakta + huraian x 2 = 2 markah
5 fakta + huraian x 2 = 10 markah
Jumlah = 10 markah
Jumlah keseluruhan = 20 markah
PANDUAN PENGGUBALAN KERTAS PEPERIKSAAN DAN SKEMA PEMARKAHAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU 2012
22
Item subjektif (item respons terhad dan item respons terbuka) mengandungi skema
pemarkahan yang terdiri daripada contoh jawapan, panduan dan rubrik pemarkahan
untuk memberi markah kepada respons pelajar bagi setiap tugasan yang terdapat
dalam setiap item.
8.1 Kaedah Pemarkahan
8.1.1 Kaedah Analitik
Markah diberikan mengikut fakta-fakta yang telah ditentukan untuk
sesuatu item tanpa mengambil kira mutu respons keseluruhan
Setiap fakta ditentukan pemberatan markah
Satu Senarai Semak (Checklist) boleh disediakan.
Jumlah keseluruhan markah akan menentukan kedudukan calon
berbanding prestasi calon yang lain
8.1.2 Kaedah Holistik
Pemberian markah mengambil kira mutu respons secara keseluruhan
berdasarkan satu standard yang telah ditetapkan
Perkara-perkara yang harus dipertimbangkan dalam menentukan
standard harus dikenalpasti kemudian tahap pencapaian akan
ditentukan yang dikenali sebagai gred (Contoh: A+, A, A-, B+, B, B-,
C+)
Pemeriksa menilai dengan membaca secara keseluruhan, kemudian
menimbangkan gred berdasarkan standard yang ditetapkan
Julat markah perlu disediakan bagi setiap standard gred (Contoh: A+
= 90% – 100 %)
PANDUAN PENGGUBALAN KERTAS PEPERIKSAAN DAN SKEMA PEMARKAHAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU 2012
23
8.2 Rubrik Pemarkahan Item Respons Terhad dan Respons Terbuka
Rubrik adalah prosedur dan set kriteria yang ditetapkan untuk tujuan pemberian
markah bagi hasil kerja atau prestasi murid dalam jawapan. Sesuatu rubrik
menyenaraikan respons-respons yang dijangkakan dalam kemahiran-kemahiran
yang dinilai seperti contoh dalam Jadual 6, 7 dan 8 di bawah.
Jadual 6
Contoh respons yang dijangkakan bagi kemahiran yang dinilai
Bil Kemahiran Huraian
1. Pengetahuan isi kandungan
Fakta spesifik-peristilahan, fakta, cara, urutan, trenda, pengkategorian, perkaedahan, teori, prinsip, struktur dan generalisasi
2. Kefahaman Konsep
Menunjukkan kebolehan menterjemah dari satu bentuk ke bentuk yang lain (transformasi/terjemahan)
Boleh menunjukkan cara menjawab soalan dengan pendekatan sendiri
Membuat interpretasi
Boleh mentafsir maksud isu utama atau kata-kata kunci (cue words) dalam soalan/tugasan tersebut
Membuat ektrapolasi iaitu melanjutkan sesuatu daripada apa yang diberi atau disediakan
Mampu melanjutkan maklumat yang diberi ke masa hadapan atau masa yang lepas berdasarkan jangkaan sendiri
3. Proses Pemikiran Kritis Mengaplikasikan ilmu, kemahiran dan kefahaman terhadap sesuatu ke dalam situasi tertentu
Memberikan contoh-contoh pengalaman dalam memberikan hujahnya.
Menjelaskan sebab, faktor atau unsur yang terlibat dalam sesuatu isu yang dibincangkan.
Menjelaskan perkaitan atau hubungkait dalam isu yang dibincangkan
Membincangkan apa yang berlaku di peringkat organisasi
Menyelesaikan isu, kebolehan membuat cadangan penambahbaikan
Menjelaskan pendiriannya sendiri terhadap sesuatu isu yang dibincangkan berserta dengan kriteria penilaian yang digunakan
PANDUAN PENGGUBALAN KERTAS PEPERIKSAAN DAN SKEMA PEMARKAHAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU 2012
24
Bil Kemahiran Huraian
Kesan dan akibat dijelaskan dengan mengemukakan pendapat sendiri untuk menyokong rumusan bagi setiap hujah
Kemahiran Berkomunikasi Bahasa yang digunakan dan kemahiran membuat rujukan
(Sumber: Freedman, R. L. H. (1994). Open ended questioning: A handbook for educators. USA: Addison-
Wesley )
Jadual 7
Contoh Rubrik Pemarkahan Holistik
Gred
Skala 100
markah
Deskriptor
Amat Cemerlang
(A+)
90- 100
Mempamerkan satu pemahaman yang jitu dan menyeluruh terhadap soalan
Pemahaman sangat mendalam tentang kandungan yang relevan
Menggunakan banyak hujah bersama contoh dan data untuk menyokong kesimpulan
Menjawab dengan tepat dan berkomunikasikan idea dengan cemerlang
Interpretasi yang menyeluruh dan pengolahan idea logikal dan koheren
Cemerlang (A dan A-)
75-89 Mempamerkan satu pemahaman yang tepat dan baik terhadap soalan
Pemahaman yang mendalam tentang kandungan yang relevan
Menggunakan beberapa hujah bersama contoh dan data untuk menyokong kesimpulan
Menjawab dengan tepat dan berkomunikasikan idea dengan berkesan
Interpretasi yang jelas dan pengolahan idea yang jelas dan logikal
.
Kepujian ( B+, B dan B-)
60-74 Mempamerkan pemahaman baik terhadap soalan
Pemahaman sederhana mendalam dan kandungan yang relevan
Menggunakan sebilangan kecil hujah bersama contoh dan data yang menyokong kesimpulan
Menjawab dengan agak tepat dan berkomunikasikan idea dengan jelas
Beberapa interpretasi yang jelas dan pengolahan idea agak jelas dan logikal
Lulus (C+ dan
C)
50-59 Mempamerkan pemahaman yang minima terhadap soalan
Pemahaman minima kandungan yang relevan
Menggunakan hanya sebilangan kecil hujah bersama beberapa
PANDUAN PENGGUBALAN KERTAS PEPERIKSAAN DAN SKEMA PEMARKAHAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU 2012
25
Gred
Skala 100
markah
Deskriptor
contoh dan data yang menyokong kesimpulan
Beberapa ketidaktepatan dalam jawapan dan beberapa kekaburan dalam mengolah idea
Interpretasi idea yang lemah
Gagal (C-, D+, D
dan F)
< 49 Tidak mempamerkan pemahaman terhadap soalan
Tidak menjurus kepada isu dalam soalan. Pemahaman lemah tentang kandungan yang relevan
Hujah tidak disokong dengan contoh dan data
Banyak hujah yang tidak relevan; jawapan yang kabur; pengolahan idea yang kabur
Interpretasi idea yang sangat lemah
Jadual 8
Example of Holistic Scoring Rubrics
Grade Scale 100 marks
Descriptors
High Distinction
(A+)
90-100 Demonstrates an accurate and complete understanding of the question
An in-depth understanding of the relevant content Uses several arguments with examples and data that support the conclusion
Answers accurately and communicates ideas exceptionally well
Very insightful interpretations and there is a lucid and logical progression of ideas.
Distinction (A and A-)
75-89 Demonstrates an accurate and good understanding of the question
A fairly in-depth understanding of the relevant content; uses some arguments with examples and data that support the conclusion
Answers accurately and communicates ideas effectively
Clear interpretations and there is a clear and logical presentation of ideas.
Credit ( B+, B and B-)
65-74 Demonstrates an understanding of the question
An understanding of the relevant content; uses a few arguments with examples and data that support the conclusion
Answers fairly accurately and communicates ideas clearly
Some clear interpretations and there is a fairly clear and logical presentation of ideas.
Pass (C+ and
C)
50-64 Demonstrates only a minimal understanding of the question
A minimal understanding of the relevant content
PANDUAN PENGGUBALAN KERTAS PEPERIKSAAN DAN SKEMA PEMARKAHAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU 2012
26
Grade Scale 100 marks
Descriptors
Uses only a minimal number of arguments with a few examples and data that support the conclusion
Some inaccuracies in the answer and some ambiguity in the presentation of ideas
Weak interpretation of ideas.
Fail (C-, D+, D
and F)
<49 Does not demonstrate an understanding of the question
Does not address the issues in the question; poor understanding of the relevant content
Arguments used are not supported by examples and data
Many irrelevant arguments
Many inaccuracies in the answer
Ideas presented are ambiguous
Very poor interpretation of ideas.
9.0 PROSES PEMERIKSAAN SKRIP JAWAPAN
9.1 Penyelarasan Pemeriksaan
Langkah-langkah dalam penyelarasan pemeriksaan adalah seperti berikut:
i. Sebelum proses pemeriksaan, Ketua Pemeriksa memilih tiga sampel skrip
jawapan (satu cemerlang, satu sederhana dan satu lemah). Pemilihan dibuat
secara rawak berasaskan rekod prestasi calon dalam kursus berkenaan. Bagi
kumpulan yang bilangannya kurang daripada 15 calon hanya perlu memilih
satu skrip jawapan sahaja. Sampel ini akan digunakan oleh semua pemeriksa
terlibat dalam proses penyelarasan pemeriksaan.
ii. Menjalankan penyelarasan skema pemarkahan dengan pemeriksa.
iii. Semak sampel berdasarkan rubrik dan skema pemarkahan oleh semua
pemeriksa yang terlibat untuk memastikan semua elemen penilaian ditanda dan
digred dengan sewajarnya.
iv. Markah muktamad hendaklah dicapai mengikut persetujuan antara
pemeriksa.
PANDUAN PENGGUBALAN KERTAS PEPERIKSAAN DAN SKEMA PEMARKAHAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU 2012
27
v. Sekiranya seorang pemeriksa sahaja yang memeriksa skrip peperiksaan
kursus berkenaan, pemeriksaan skrip jawapan hendaklah dilakukan
bersama-sama ketua jabatan/pensyarah yang dilantik.
vi. Selepas proses ini pemeriksa yang terlibat akan meneruskan proses
pemeriksaan, berpandukan skrip jawapan pelajar yang telah diselaraskan
dan skema pemarkahan yang mungkin telah diubah suai dan dipersetujui
oleh panel.
9.2 Proses Pemeriksaan Skrip Jawapan
Pemeriksa hendaklah menanda semua skrip jawapan. Markah mentah dicatat
dengan jelas mengikut rubrik dan skema pemarkahan bagi persediaan
penyelarasan markah (moderasi).
9.3 Moderasi Skrip Jawapan
Moderasi dilaksanakan untuk menyelaraskan pemarkahan skrip jawapan kepada
suatu piawai yang dikehendaki bagi meningkatkan kesahan dan
kebolehpercayaan serta kualiti jawapan pelajar. Di samping penyelarasan
pemeriksaan skrip jawapan, penyelarasan markah akan membantu pemeriksa
membaiki taburan skor dan gred pelajar agar mempunyai lengkung normal.
Prosedur pelaksanaan moderasi adalah seperti langkah-langkah berikut.
Prosedur moderasi pemarkahan skrip jawapan akan berlaku selepas semua
skrip diperiksa. Sampel skrip jawapan yang dipilih termasuk:
a) 2 skrip jawapan yang mempunyai skor tertinggi ( 80 – 100%)
b) 1 skrip jawapan yang mempunyai skor tertinggi di antara skrip “Cemerlang”
(75 -79%)
c) 1 skrip jawapan yang mempunya skor terendah di antara skrip
“Cemerlang”(75-79%)
d) 1 skrip jawapan yang mempunyai skor tertinggi di antara skrip “ Kepujian”
(65-74%)
e) 1 skrip jawapan yang mempunyai skor tertinggi di antara skrip “Kepujian”
(55-64%)
f) 5 skrip jawapan yang mempunyai skor terendah di antara skrip “Lulus”
(50-54%)
g) Semua skrip jawapan yang gagal ( < 49%)
PANDUAN PENGGUBALAN KERTAS PEPERIKSAAN DAN SKEMA PEMARKAHAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU 2012
28
Prosedur moderasi berlaku di mana ketua pemeriksa akan periksa semula semua skrip
jawapan yang dipilih dan jika tidak berlaku ketidaktekalan yang signifikan, maka markah
yang dipersetujui boleh dimasukkan dalam borang markah.
Sekiranya berlaku ketidaktekalan, maka penyelarasan markah perlu dijalankan.
Contohnya, jika skrip jawapan yang mempunyai skor terendah di antara skrip
“Cemerlang” (contohnya 75 markah) didapati sepatutnya memperoleh markah yang
lebih iaitu 78 markah setelah diperiksa semula, skrip jawapan yang mempunyai skor
kedua dan ketiga terendah perlu dipilih dan diperiksa semula.
Setelah pemeriksaan semula, dan jika kedua-dua skrip ini juga didapati mempunyai
markah yang lebih rendah daripada yang sepatutnya, keputusan perlu dibuat dalam
kalangan pemeriksa sama ada meningkatkan atau mengekalkan markah semua skrip
skrip jawapan “cemerlang”. Keputusan dibuat sama ada meningkatkan markah ke
markah 80 atau kekalkan perlu dibuat dalam kalangan pemeriksa. Sekiranya
dipersetujui untuk meningkatkan markah, jumlah markah yang ditingkatkan perlu
dttentukan dan dipersetujui oleh semua pemeriksa. Penyelarasan markah juga dibuat
jika markah skrip jawapan perlu diturunkan setelah diperiksa semula dan dipersetujui
oleh semua pemeriksa.
10.0 KAWAL MUTU PENGGUBALAN KERTAS PEPERIKSAAN DAN SKEMA
PEMARKAHAN
Bagi menyeragamkan proses penggubalan kertas peperiksaan dan skema pemarkahan,
perkara-perkara yang dibincangkan dalam buku panduan ini dititikberatkan dan menjadi
panduan agar soalan peperiksaan dan skema pemarkahan yang digubal menepati
piawaian yang ditetapkan. Instrumen Penggubalan Soalan Peperiksaan dan Skema
Pemarkahan (LAM PT06-05) seperti dalam Lampiran 1 akan digunakan untuk
menggantikan LAM PT06-04, LAM PT06-05 dan LAM PT06-06.
Pemeriksa Luar In-House (iEE) memainkan peranan penting dalam memastikan mutu
soalan peperiksaan dan skema pemarkahan mematuhi standard yang ditetapkan. Rajah
2 di bawah menunjukkan carta alir penggubalan soalan peperiksaan dan skema
pemarkahan serta kawal mutu oleh Pemeriksa Luar In-House (iEE).
PANDUAN PENGGUBALAN KERTAS PEPERIKSAAN DAN SKEMA PEMARKAHAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU 2012
29
MULA
JADUAL KERJA KAWAL MUTU KERTAS SOALAN OLEH iEE
PERINGKAT IPGM
PENYEDIAAN DAN PEMURNIAAN DRAF SOALAN DAN SKEMA PEMARKAHAN OLEH
PANEL PENGGUBAL
PEMANTAPAN DAN KAWALAN
MUTU OLEH PEMERIKSA LUAR
IN-HOUSE (iEE) PERINGKAT
INSTITUT
MENEPATI SPESIFIKASI
TIDAK
MENEPATI
SPESIFIKASI
PENGGUBALAN DRAF KERTAS SOALAN KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN
JABATAN AKADEMIK DI IPGK PADA AWAL SEMESTER AKADEMIK
PERCETAKAN DAN PENGEDARAN KERTAS SOALAN
KEPADA IPGK
PENYEMAKAN DAN PEMURNIAN
DRAF KERTAS SOALAN
PERINGKAT JABATAN
AKADEMIK IPGK
SUDAH MANTAP
BELUM MANTAP
MESYUARAT
PENYELARASAN
PENGURUSAN
PEMERIKSA
LUAR IN-HOUSE
TAMAT
PENYERAHAN DAN PENGHANTARAN DRAF KERTAS SOALAN DAN SKEMA PEMARKAHAN
OLEH KUPP KEPADA IPGM
PENYERAHAN DAN PENGHANTARAN CADANGAN
KERTAS SOALAN DAN SKEMA PEMARKAHAN BERBENTUK SEDIA KAMERA OLEH
IPGK PENYELARAS KEPADA IPGM
PEMILIHAN KERTAS SOALAN
MUKTAMAD OLEH PANEL IPGM
PEMANTAPAN DAN PENENTUAN KUALITI CADANGAN KERTAS SOALAN BERBENTUK
“SEDIA KAMERA “OLEH PEMERIKSA LUAR IN-HOUSE IPGK PENYELARAS, iEE , WAKIL PENGGUBAL IPGK DAN PEGAWAI IPGM SECARA BERPUSAT
Rajah 2 : Carta Alir Proses Kawal Mutu Kertas Peperiksaan dan Skema Pemarkahan oleh
Pemeriksa Luar In-House (iEE)
PANDUAN PENGGUBALAN KERTAS PEPERIKSAAN DAN SKEMA PEMARKAHAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU 2012
30
11.0 PENUTUP
Buku Panduan Penggubalan Kertas Peperiksaan dan Skema Pemarkahan IPG telah
menggariskan panduan dan prosedur dalam proses penggubalan item serta
pemarkahan jawapan soalan subjektif. Aspek-aspek yang terangkum dalam buku
panduan ini terdiri daripada panduan menggubal soalan yang baik berdasarkan kepada
Taksonomi Bloom, panduan teknikal menggubal dan menyunting soalan aneka pilihan,
soalan struktur dan soalan esei serta kawalan mutu oleh Pemeriksa Luar In-House
(iEE). Di samping itu, skema pemarkahan dan pemeriksaan skrip jawapan
menggunakan rubrik dan kriteria rubrik dikemukakan sebagai panduan umum kepada
semua penggubal kertas peperiksaan.
PANDUAN PENGGUBALAN KERTAS PEPERIKSAAN DAN SKEMA PEMARKAHAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU 2012
31
BIBLIOGRAFI
Anderson, L. W., & Krathwohl D. R. (eds.) (2001). A taxonomy for learning, teaching, and assessing: A revision of Bloom's Taxonomy of educational objectives. New York: Longman
Bloom, B. S. (ed). (1956). Taxonomy of educational objectives: Book 1 cognitive domain. New
York: Longman Department of Education, Queensland. (2002). A guide to productive pedagogies: Classroom
reflection manual. Brisbane: Department of Education Freedman, R. L. H. (1994). Open ended questioning: A handbook for educators. USA: Addison-
Wesley Madsen, H. S. (1983). Techniques in testing. New York: Oxford University Press Oosterhof, A. (2003). Developing and using classroom assessments. New Jersey: Pearson
Education Inc. Miller, M. D., Linn, R. L. & Gronlund, N. E. (2009). Measurement and assessment in teaching
(10th ed.). New Jersey: Pearson Education Inc. Gronlund, N. E. (1993). How to make achievement tests and assessments. (5th ed.). Boston:
Allyn & Bacon.
PANDUAN PENGGUBALAN KERTAS PEPERIKSAAN DAN SKEMA PEMARKAHAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU 2012
32
Penghargaan
Dr Noriati Bt Abd Rashid Pengarah Pusat Pembangunan Akademik,IPGM
Puan Hazina Bt Zakaria Penolong Pengarah (bersara) Pusat Pembangunan Akademik, IPGM
Dr Mohd Nordin Bin Abu Bakar Penolong Ketua Pengarah Pusat Pembangunan Akademik, IPGM
Dr Boon Pong Ying Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa
Antarabangsa
Tn Hj Abu Bakar Lazim Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman (bersara)
En Shamsul b. Abdullah Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh
Puan Jamilah bt Ismail Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
Puan Zaidah bt Abu Bakar Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
Puan Norijah Bt Mohamed Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas
Puan Jamilah Binti Ismail IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur
En Badrol Hisham B Abdullah Ishak IPG Kampus Ipoh, Perak
Panel Pemurnian Buku Panduan Penggubalan Kertas Peperiksaan dan Skema
Pemarkahan
Dr Noriati Bt Abd Rashid Pengarah Pusat Pembangunan Akademik, IPGM
En Mohd Radzuan Mohamad Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pengurusan Peperiksaan dan Senat, IPGM
Dr Lee Leh Hong Penolong Pengarah Jabatan Pengurusan Peperiksaan dan Senat, IPGM
Dr Boon Pong Ying Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa
Dr Yazid Bin Abdul Manap Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim
Cik Lim Zek Chew Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas
PANDUAN PENGGUBALAN KERTAS PEPERIKSAAN DAN SKEMA PEMARKAHAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU 2012
33
Top Related