5/22/2018 C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan
1/279
C2006ATURCARA KONTRAK
& UKUR BINAAN 1
PENULIS MODUL
NOOR LIDA BT. JUSOH (POLISAS)
KHADIJAH MURNI BT. ISMAIL (POLISAS)
MODULPOLITEKNIK
KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA
5/22/2018 C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan
2/279
NAMA : NOOR LIDA BT JUSOHALAMAT : Jabatan Kejuruteraan Awam
Politeknik Sultan Haji AhmadShah
Semambu,25350, Kuantan, Pahang.
TELEFON : 09-5661300 ext. 310(Pejabat)
E-MAIL : -KELULUSAN : Diploma Ukur Bahan (UTM)
Sijil Khas PerguruanPertukangan
( IPDA-POLIMAS)
JAWATAN : Pensyarah Teknik
NAMA : KHADIJAH MURNI ISMAIL
ALAMAT : Jabatan KejuruteraaAwam
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah,Semambu,
25350, Kuantan, Pahang.TELEFON : 09-5661300 ext. 310 (Pejabat)E-MAIL : nikha02@ yahoo.comKELULUSAN : Diploma Ukur Bahan (UTM)
Sijil Khas Perguruan Pertukangan( IPDA-POLIMAS)
JAWATAN : Pensyarah Teknik
BIODATA PENULIS MODUL
C 2006 ATURCARA KONTRAK
DAN UKUR BINAAN 1
5/22/2018 C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan
3/279
SOAL SELIDIK MODUL OLEH PELAJAR
Tajuk Modul : _________________________ Kod Modul :_____________
Nama Pelajar : _______________________ No. Pendaftaran: ____________
Kursus : ____________________________________
Nama Penulis Modul : ______________________________
Sila gunakan skala berikut untuk penilaiananda.
4 Sangat setuju3 Setuju
2 Tidak setuju1 Sangat tidak setuju
Arahan: Tandakan pada ruangan skor yang dipilih.
Bil ELEMEN PENILAIAN SKALA
A. FORMAT 1 2 3 4
1 Susun atur muka surat adalah menarik.
2 Saiz fontyang digunakan adalah senang untuk dibaca.
3Saiz dan jenis gambar serta carta yang digunakan sesuaidengan input.
4 Carta dan gambar senang dibaca dan difahami.5
Jadual yang digunakan tersusun dengan teratur dan mudahdifahami.
6 Teks input disusun dengan cara yang mudah difahami.
7 Semua ayat berbentuk arahan dipamerkan dengan jelas.
B. ISI KANDUNGAN 1 2 3 4
8 Saya faham semua objektif dengan jelas.
9 Saya faham pada idea yang disampaikan.
10 Cara persembahan idea adalah menarik.
11 Semua arahan yang diberikan mudah difahami.
12Saya boleh melaksanakan semua arahan yang diberikandalam unit ini.
13 Soalan dalam aktiviti adalah mudah dijawab.
14 Saya boleh menjawab soalan-soalan dalam penilaian kendiri.
15 Maklum balas boleh membantu mengenalpasti kesilapan saya.
16 Ayat-ayat yang digunakan mudah difahami.
17 Gaya penulisan menarik.
18 Saya boleh mengikuti unit ini dengan mudah.
19 Unit ini memudahkan saya mempelajari & memahami topik ini.
20 Penggunaan modul ini menarik minat saya.
5/22/2018 C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan
4/279
GRID KURIKULUM
Grid kurikulum modul ini adalah berdasarkan kepada kurikulum yang sedang
digunakan di Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia.
TOPIK UNIT
1. INDUSTRI BINAAN SECARA AM 1 2
2. KAEDAH TAKSIRAN AWALAN 3 4
3. KAEDAH BINA KADAR 5 6 7 8
4. ATURCARA TAWARAN 9 10
5. ATURCARA KONTRAK 11 12
6. KAEDAH PENGUKURAN
KUANTITI
13 14 15 16 17 18
7. SYARAT-SYARAT KONTRAK
SETARA
19 20
UNIT 1 : INDUSTRI BINAAN SECARA AM ( 2 JAM )
1.1Bidang Industri Binaan Secara Am1.2Tugas Ahli Kumpulan Perekabentuk1.3Tugas Ahli Kumpulan Jurubina
UNIT 2 : INDUSTRI BINAAN SECARA AM ( 2 JAM )
2.1 Struktur Organisasi Firma Kontraktor
2.2Carta Organisasi Firma Kontraktor2.3Sistem Kepala2.4Aturcara Pendaftaran Kontraktor di Pusat Khidmat
Kontraktor
UNIT 3 : KAEDAH TAKSIRAN AWALAN ( 2 JAM )
3.1Definisi Taksiran Awalan3.2Kegunaan Taksiran Awalan3.3Kaedah Penilaian Unit
UNIT 4 : KAEDAH TAKSIRAN AWALAN ( 2 JAM )
4.1Kaedah keluasan Lantai
4.2Kaedah Kandungan Isipadu
4.3Kelebihan dan Keburukan Taksiran Awalan
5/22/2018 C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan
5/279
UNIT 5 : KAEDAH BINA KADAR ( 2 JAM)
5.1Kegunaan Jadual kadar harga Dalam kerja-kerja Taksiran
5.2Dasar-dasar Bina kadar
UNIT 6 : KAEDAH BINA KADAR ( 2 JAM)
6.1Membina Kadar Kerja Korekan dengan Tangan6.2Membina Kadar Kerja Korekan dengan Jentera Penggali
UNIT 7 : KAEDAH BINA KADAR ( 2 JAM)
7.1Membina Kadar Kerja Konkrit dengan Tangan7.2Membina Kadar Kerja Konkrti dengnan Jentera
UNIT 8 : KAEDAH BINA KADAR ( 2 JAM)
8.1Membina Kadar kerja bata8.2Membina Kadar kerja tetulang
UNIT 9 : ATURCARA TAWARAN ( 3 JAM )
9.1Takrif Tawaran dan Sebut Harga9.2Jenis, ciri, keperluan, kebaikan dan Keburukan Tawaran-
tawaran berikut :
10.2.1 Tawaran Terbuka10.2.2 Tawaran Terhad10.2.3 Tawaran terpilih10.2.4 Tawaran Pra Kelayakan10.2.5 Tawaran Perundingan
9.3Kandungan Dokumen Tawaran Berdasarkan Kontrak SenaraiBahan dan Lukisan/Spesifikasi.
9.4Kegunaan Dokumen Meja Tawaran.9.5Takrif Iklan Tawaran9.6Ciri-ciri Iklan Tawaran yang baik9.7Maklumat-maklumat dan Syarat-syarat didalam Iklan
Tawaran.
9.8Jangkamasa Proses Pengiklanan Tawaran.
5/22/2018 C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan
6/279
UNIT 10 : ATURCARA TAWARAN (2 JAM )
10.1Borang-borang Piawai Semasa Menender10.2Proses Penutupan Tawaran
10.3Kegunaan Peti Tawaran10.4Proses Pembukaan tawaran dan Tugas JawatankuasaPembukaan Tawaran
10.5Laporan Tawaran10.6Tugas dan Kuasa Ahli Lembaga Tawaran10.7Proses Penganugerahan Tawaran10.8Sebab-sebab Penolakan Tawaran10.9Tawaran Semula
UNIT 11 : ATURCARA KONTRAK ( 2JAM )
11.1Takrif Kontrak11.2Prinsip-prinsip Kontrak11.3Perhubungan Kontrak dan tawaran11.4Jenis, Ciri, Keperluan, Kebaikan dan keburukan perolehan
(Procurement )
12.4.1 Kontrak Jumlah Gumpal Berdasarkan SenaraiKuantiti
12.4.2 Kontrak Jumlah Gumpal Berdasarkan Spesifikasi,Lukisan dan jadual kadar harga.
12.4.3 Kontrak Turnkey 12.4.4 Kontrak Kos Utama ( Main Cost Contract )
UNIT 12 : ATURCARA KONTRAK ( 2 JAM )
12.1 Takrif Sub Kontrak Dinamakn dan Pembekal Dinamakan12.2 Kontraktor kecil, Kontraktor Kecil Dinamakan dan
Pembekal
Dinamakan
12.3 Perbezaan antara Kontraktor Kecil dan Kontraktor kecilDinamakan
12.4 Jenis-jenis Borang Kontrak setara Jabatan Kerja Raya
UNIT 13 : KAEDAH PENGUKURAN KUANTITI ( 2 JAM )
13.1 Kegunaan Senarai Kuantiti13.2 Jenis-jenis Senarai Kuantiti13.3 Unit-unit Pengukuran Kuantiti
5/22/2018 C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan
7/279
UNIT 14 : KAEDAH PENGUKURAN KUANTITI ( 3 JAM )
14.1 Kaedah Pengukuran Kuantiti14.2 Mengenal Lukisan Sub Struktur Bangunan
UNIT 15 : KAEDAH PENGUKURAN KUANTITI ( 2 JAM )
15.1 Mengukur Kuantiti Kerja Pengorekan Tanah
UNIT 16 : KAEDAH PENGUKURAN KUANTITI ( 2 JAM )
16.1 Mengukur Kuantiti Rangka Konkrit Bertetulang untuk
Asas Papak
UNIT 17: KAEDAH PENGUKURAN KUANTITI ( 2 JAM )
17.1 Mengukur Kuantiti Rangka Konkrit Bertetulang untukTiang Asas
UNIT 18 : KAEDAH PENGUKURAN KUANTITI ( 2 JAM )
18.1 mengukur Kuantiti Rangka Konkrit bertetulang untukrasuk Tanah
UNIT 19 : PENGENALAN SYARAT-SYARAT KONTRAK SETARA
( Rujukan Kepada Borang Kontrak Setara JKR 203, JKR 203A )
19.1 Kelebihan borang Kontrak Setara19.2 Kandungan-kandungan Borang Kontrak Setara19.3 Fasal 1 : Takrif dan tafsiran19.4 Fasal 2 : Tugas Pegawai Penguasa dan Wakil Pegawai
Penguasa
UNIT 20 : PENGENALAN SYARAT-SYARAT KONTRAK SETARA
( Rujukan Kepada Borang Kontrak Setara JKR 203, JKR 203A )
20.1 Fasal 3 : Hak Pegawai Penguasa untuk MengambilTindakan
20.2 Fasal 5 : Arahan Pegawai Penguasa
20.3 Fasal 9 : Bahan dan Mutu Hasil Kerja20.4 Fasal 10 : Bahan dan Barang Tak Pasang
5/22/2018 C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan
8/279
PANDUAN MENGGUNAKAN MODUL
1. Modul ini dibahagikan kepada 20 unit. Setiap unit disediakan dalam jilid yang
sama.2. Mukasurat dinomborkan berdasar kepada kod subjek, uni t dan halaman.
C2006 / UNIT 1 / 5
Subjek Unit 1 Halaman 5
3. Pada permulaan unit, objektif am dan khusus dinyatakan.
4. Setiap unit mengandungi urutan aktviti dan diberikan simbol berikut :
OBJEKTIF
Bahagian ini mengandungi objektif am dan khusus setiap
pembelajaran.
INPUT
Input mengandungi maklumat yang akan anda pelajari.
AKTIVITI
Bahagian ini mengandungi proses pembelajaran secara aktif
untuk menguji
kefahaman anda. Anda perlu ikuti dengan teliti dan
melaksanakan arahan
yang diberi.
5/22/2018 C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan
9/279
MAKLUMBALAS KEPADA AKTIVITI
Bahagian ini mengandungi jawapan kepada soalan soalan
yang
dikemukakan dalam aktiviti.
PENILAIAN KENDIRI
Penilaian kendiri menguji kefahaman anda dalam setiap unit.
MAKLUMBALAS KEPADA PENILAIAN KENDIRI
Bahagian ini mengandungi jawapan kepada soalan soalan
yangdikemukakan dalam penilaian kendiri.
5. Anda perlu mengikuti unit demi unit yang disediakan.6. Anda boleh meneruskan unit selanjutnya setelah berjaya melalui unit
sebelumnya dan yakin dengan pencapaian anda.
PERNYATAAN TUJUAN
MODUL INI DISEDIAKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJARPELAJAR
SEMESTER 2 YANG MENGIKUTI KURSUS SIJIL/DIPLOMA DI JABATAN
KEJURUTERAAN AWAM. IANYA BERTUJUAN UNTUK MEMBERI
PENDEDAHAN KEPADA PELAJAR TENTANG KONSEP SESUATU UNIT
KEARAH PEMBELAJARAN KENDIRI ATAU DENGAN BIMBINGAN
DARIPADA PENSAYARAH.
5/22/2018 C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan
10/279
PRASYARAT KEMAHIRAN DAN PENGETAHUAN
Prasyarat untuk mengikuti modul ini adalah lulus dalam
peperiksaan akhir semester satu sijil/diploma.
OBJEKTIF AM
Diakhir modul ini, pelajar-pelajar akan dapat :
i Mempelajari dan memahami Bidang Industri Binaan
Secara Am,
Tugas Ahli kumpulan Pereka Bentuk dan Ahli
Kumpulan Jurubina,
Organisasi Kontraktor, Carta Organisasi, SistemKepala, Aturcara
pendaftaran Kontraktor di Pusat Khidmat Kontraktor.
Ii Mempelajari dan memahami maksud Taksiran Awalan,
Penggunaan
Kaedah Penilaian Unit, Kaedah Keluasan Lantai,
Kaedah Isipadu
Bangunan serta Kelebihan dan Keburukan Taksiran
awalan.
III MEMPELAJARI DAN MENGETAHUI
KEGUNAAN JADUAL KADAR HARGA, DASARbina kadar ; bahan ,buruh, loji, tanggungan syarikat,
keuntungan,
penggunaan Jentera penggaul konkrit, kerja korekan;
menggunakan
tangan dan jentera, kerja konkrit, kerja bata dan kerja
tetulang.
Iv Mengetahui takrif tawaran dan sebutharga, jenis, ciri ,
keperluan,
kebaikan dan keburukan tawaran ; tawaran terbuka,
tawaran terhad,
tawaran terpilih, tawaran pra kelayakan/dua peringkat,
tawaran
perundingan, dokumen tawaran , dokumen meja
tawaran, takrif iklan
tawaran, ciri iklan, jangkamasa proses pengiklanan,
borang piawai
menender, penutupan dan pembukaan tawaran,Jawatankuasa
5/22/2018 C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan
11/279
pembukaan tawaran, lapuran tawaran, peti tawaran,
tempoh laku
tawaran dan lanjutan tempoh laku tawaran, lembaga
tawaran dan
bidangkuasanya, pengnugerahan tawaran, penolakantawaran dan
tawaran semula.
V Memahami takrif kontrak, prinsip-prinsip kontrak,
perhubungan
kontrak dan tawaran, jenis, ciri, keperluan, kebaiakan
dan keburukan
kontrak, takrif dan ciri-ciri subkontrak, kontraktor kecil,
sub
kontraktor Dinamakan, pembekal Dinamakn, borang-borang Kontrak
Setara Jabatan Kerja Raya.
vi. Mengetahui kegunaan senarai kuantiti, jenis senaraikuantiti, unit
pengukuran kuantiti, kaedah pengukuran kuantiti,
mengenal lukisan
Substruktur, mengukur kuantiti Kerja-kerja sub-
struktur bangunan.
vii. Mempelajari kandunagn-kandungan Borang KontrakSetara,
kelebihan Borang kontrak Setara, takrif dan tafsiran,
tugas pegawai
penguasa dan wakil pegawai penguasa, hak pegawai
penguasa untuk
mengambil tindakan, arahan peghawai penguasa, bahan
dan mutu
hasil kerja, bahan-bahan dan barang-barang tak pasang.
PERALATAN DAN SUMBER YANG PERLU DIGUNAKAN BERSAMA
MODUL
1. Kalkulator2. Borang Dimensi3. Borang Senaraian Langsung
4. Borang Kontrak Setara JKR 203/ JKR203A5. Pelan / Lukisan
5/22/2018 C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan
12/279
RUJUKAN
1. Standard Method of Measurement of Building Works for use inMalaysia. (
Latest Edition ), Institute of Surveyors malaysia.
2. Jadual Kadar Harga untuk Kerja-kerja Kecil dan Memperbaiki,Jabatan
Kerja Raya.
3. Dokumen Tawaran, Jabatan Kerja Raya4. Dokumen Kontrak, jabatan kerja raya5. Elements of Quantity Surveying (Metric), J. Willis
5/22/2018 C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan
13/279
C 2006/UNIT 1/
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN
1
INDUSTRI BINAAN SECARA AM
BIDANG INDUSTRI BINAAN
Objektif am: : Mengetahui secara am mengenai bidang industri binaan , dapat
membezakan tugas-tugas ahli kumpulan perekabentuk, kumpulan
jurubina dan susunatur organisasi firma kontraktor serta aturcara
pendaftaran kontraktor.
Objektif khusus: Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:
Mendefi nisikan industri binaan.
Menyatakan jenis-jenis kerja kejur uteraan awam, bangunan dan
kejuruteraan awam berat.
Menghur aikan perhubungan industri binaan dengan pertumbuhan
ekonomi negara
Mengenalpasti aktiviti -aktiviti yang terl ibat di dalam pembinaan
sesebuah projek.
Membezakan tugas-tugas ahl i kumpulan perekabentuk
Membezakan tugas-tugas ahl i kumpulan Jurubina.
Menerangkan secara am susun atur organisasi f irma kontraktor yang
baik
Mengenal pasti ciri -ciri organisasi f irma kontraktor mengikut bidang,
tugas dan tanggung jawab serta melakar kan carta organisasinya.
Menerangkan perhubungan sistem kepala dengan f irma kontraktor
Menerangkan atur cara pendaftaran kontraktor.
UNIT 1
OBJEKTIF
http://modul2poli.blogspot.com/
5/22/2018 C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan
14/279
C 2006/UNIT 1/
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN
2
INDUSTRI BINAAN SECARA AM
1.0 Pengenalan
Industri binaan adalah satu bidang yang sangat penting bagi menstabilkan negara.
Ia merupakan satu bidang perniagaan yang meliputi kerja bangunan, kejuruteraan awam,
mekanik, air, elektrik, kuari, memajukan hutan dan tanah, telehubungan dan lain-lain.
Matlamat utama ialah untuk mendapatkan pulangan atau keuntungan ke atas pelaburan
yang telah dibuat sehingga ke peringkat yang paling maksimum. Bagi menjamin
melicinkan perjalanan sesuatu projek binaan ini, maka pengurusan dan aturcara yang baik
mesti dirancangkan.
1.1 Definisi Industri BinaanIndustri yang meliputi kerja-kerja bangunan dan kerja-kerja kejuruteraan awam.
1.2 Jenis-jenis kerja dalam industri binaan1.2.1 Kejuruteraan Awam
Ia melibatkan projek-projek besar serta kos yang banyak dan komplek.
Contoh-contoh kerjanya seperti :
pembinaan jalanraya dan lebuhraya
jambatan dan jeti
terowong
pembentungan najis dan lain-lain.
INPUT 1A
http://modul2poli.blogspot.com/
5/22/2018 C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan
15/279
C 2006/UNIT 1/
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN
3
INDUSTRI BINAAN SECARA AM
1.2.2 Bangunan
Ia melibatkan kerja-kerja pembinaan :
Rumah-rumah kediaman
Pejabat-pejabat
Hotel dan resort
Hospital
Sekolah dan institusi pendidikan
Masjid dan lain-lain
1.2.3 Kejuruteraan Awam berat Pelantar minyak
Empangan sungai
Lapangan terbang
Rangkaian lebuhraya negara
Landasan keretapi dan lain-lain
1.3 Hubungan di antara industri binaan dengan pertumbuhan ekonominegara.
Industri binaan merupakan salah satu industri utama yang mempunyai
hubungan yang rapat dengan keadaan ekonomi negara. Apabila keadaan
ekonomi berkembang, industri binaan akan turut berkembang bagi
memenuhi permintaan yang bertambah. Ini kerana permintaan berkesan
terhadap barangan dan perkhidmatan akan bertambah apabila jumlah
pendapatan penduduk bertambah.
http://modul2poli.blogspot.com/
5/22/2018 C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan
16/279
C 2006/UNIT 1/
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN
4
INDUSTRI BINAAN SECARA AM
Oleh sebab itu industri binaan dianggap sebagai penggalak terhadapperkembangan industri-industri lain. Banyak aktiviti ekonomi lain yang
berkaitan dengannya turut berkembang. Umpamanya ialah pengeluaran
bahan-bahan, komponen, peralatan dan loji binaan. Selain itu jika sesuatuprojek binaan mula dilaksanakan di sesuatu tempat , berbagai-bagai
aktiviti seperti perumahan, perniagaan dan lain-lain mula berkembang.
Industri binaan juga merupakan industri perkhidmatan yang membantu
industri industri lain dalam menyediakan kemudahan infrastrukturfizikal dan bangunan. Walaupun demikian, industri binaan adalah sangat
komplek dan mempunyai ciri- ciri tersendiri. Oleh itu kontraktor sebagai
pihak terakhir dalam industri binaan yang akan merealisasikan projekbinaan ke alam nyata perlu memahami beberapa aspek penting
yang akan mempengaruhi kerja-kerja di tapak binaan.
1.4 Aktiviti-aktiviti yang terlibat di dalam pembinaan.
1.4.1 Kajian KemungkinanKajian ini perlu dilaksanakan terlebih dahulu sebelum sesuatu
pembinaan dijalankan. Di antara kajian yang perlu dibuat
ialah :
i. Kajian Sosial iaitu untuk menentukan untung rugi,
dapat memenuhi permintaan pelanggan atau tidak
juga
tercapai atau tidak bagi menyelesaikan masasosial.
ii. Kajian penyiasatan tanah bagi menentukan jenis-
jenis tanah dan keupayaan galasnya.
iii. Laporan perlu dibuat berdasarkan laporan yang
sedia ada dan kajian-kajian baru yang telah dibuat.
http://modul2poli.blogspot.com/
5/22/2018 C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan
17/279
C 2006/UNIT 1/
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN
5
INDUSTRI BINAAN SECARA AM
1.4.2 RekabentukPeringkat rekabentuk dibahagikan kepada subperingkat : cadangan
rangka,reka bentuk skim, rekabentuk terperinci dan maklumat
pengeluaran. Cadangan rangka dan rekabentuk skim kadang kaladikenali sebagai pelan lakar, manakala reka bentuk terperinci dan
maklumat pengeluaran sebagai lukisan kerja.
Sebagai rumusannya peringkat ini merangkumi : Reka bentuk skim, termasuk anggaran kos Reka bentuk terperinci
Lukisan kerja, spesifikasi dan jadual
Bil kuantiti anggaran kos akhir
1.4.3 TenderTawaran dikeluarkan setelah plan selesai dibuat bagi memilih
kontraktor yang sesuai untuk membina dan menyiapkan projek
pembinaan tersebut.
1.4.4 KontrakKontrak adalah suatu perjanjian di antara dua atau lebih pihak yang
bertanggungjawab dan perjanjian itu berkuatkuasa oleh undang-undang.
Dari segi kontrak, pihak utama dalam kontrak binaan ialah
kontraktor sebagai pihak yang membuat tawaran dan tuanpunyasebagai pihak yang menerima. Manaakala perunding merupakan
pihak lain yang biasanya dilantik oleh tuanpunya.
Rajah 1.1 menunjukkan pertalian di antara kontrak
TUANPUNYA KONTRAKTOR
ArkitekJurukur Bahan
pembekal
Jurutera Kontraktor
kecil
http://modul2poli.blogspot.com/
5/22/2018 C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan
18/279
C 2006/UNIT 1/
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN
6
INDUSTRI BINAAN SECARA AM
1.4.5 PembinaanKontraktor yang telah menandatangani kontrak mesti membina dan
menyiapkan pembinaan mengikut waktu yang dihadkan dan kosyang dipersetujui dan juga mengikut kualiti yang telah ditentukan.
1.4.6 PenyerahanProjek pembinaan akan diserahkan oleh kontraktor kepada pemaju
atau tuanpunya setelah pembinaan siap sepenuhnya (termasuk
setelah tamat tempoh tanggungang kecacatan).
1.4.7 Penggunaan dan penyenggaraan.Setelah projek pembinaan itu boleh digunakan atau diduduki olehpengguna maka majikan atau tuanpunya akan sentiasa membuat
penyenggaraan yang mana perlu.
2.0 Tugas-tugas ahli kumpulan perekabentuk
Ahli kumpulan perekabentuk ialah :
2.1
Pemaju projek.2.1.1 merupakan tuanpunya yang berniat atau
berkehendak untuk membina projek.
2.1.2 melantik perunding dan kontraktor.
2.2 Arkitek.
2.2.1 menyempurnakan hajat tuanpunya projek serta
memberi nasihat dan cadangan.
2.2.2 menyediakan rekabentuk awal dan terperinci
berdasarkan kehendak dan modal yang dimiliki
oleh tuanpunya projek itu.
http://modul2poli.blogspot.com/
5/22/2018 C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan
19/279
C 2006/UNIT 1/
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN
7
INDUSTRI BINAAN SECARA AM
2.3 Jurutera struktur/Awam, Elektrik dan Jentera.
2.3.1 Peranannya hampir sama dengan arkitek cuma
merujuk bidang masing-masing dan selalu
berhubung dengan arkitek.
2.4 Jurukur Bahan
2.4.1 Berperanan sebagai penasihat kos pada
peringkat awal walaupun lukisan terperinci
belum disediakan.
2.4.2 Membuat Anggaran kasar untuk rujukan pihak
pemaju.
2.4.3 Sebagai perancang kos bagi menganalisa secara
sistematik setiap elemen di dalam sesebuah
bangunan serta membuat perbandingan dengan
kos keseluruhan.
2.4.4 Menyediakan Dokumen tawaran.
3.0 Tugas-tugas ahli Kumpulan JurubinaAhli-ahli kumpulan Jurubina ialah :
3.1 Kontraktor.
Ia bertanggungjawab untuk:
3.1.1 membina dan menyiapkan projek pembinaan
berdasarkan dokumen kontrak.
3.1.2 menanggung segala kerja yang telah
dilaksanakan dan disiapkan di tapak bina.
http://modul2poli.blogspot.com/
5/22/2018 C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan
20/279
C 2006/UNIT 1/
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN
8
INDUSTRI BINAAN SECARA AM
3.1.3 Melaksanakan kerja dengan teratur dan cekap
bagi menyiapkan kerja mengikut tarikh yang
telah ditentukan.
3.1.4 Mematuhi segala peraturan pihak berkuasa
tempatan .
3.1.5 Menyediakan perlindungan insuran ke atas kerja
dan pekerjanya.
3.2 Arkitek.
3.2.1 Mengawas dan menyelia projek semasa
pembinaan
3.2.2 Sebagai ketua di kalangan perunding
3.2.3 Berhubung dengan kontraktor
3.3 Jurutera Struktur/Awam, Elektrik dan Jentera
3.3.1 Mengawas dan menyelia projek semasa
pembinaan3.3.2 Penasihat utama di dalam bidang masing-masing
di tapak bina.
3.4 Jurukur Bahan
3.4.1 menilai kerja di tapak bina untuk bayaran
kemajuan.
3.4.2 Menilai arahan pindaan kerja
3.4.3 Memastikan sebarang kecacatan telah diperbaiki
apabila tamat tempoh tanggungan kecacatan.
3.4.4 Menyediakan akaun muktamad
http://modul2poli.blogspot.com/
5/22/2018 C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan
21/279
C 2006/UNIT 1/
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN
9
INDUSTRI BINAAN SECARA AM
Sila u ji kefahaman anda dengan menjawab soalan-soalan beri kut sebelum
meneruskan unit yang selanju tnya. Anda boleh menyemak jawapan
berdasarkan maklum balas di halaman beri kutnya.
1.1 Nyatakan definasi industri binaan.
1.2 Senaraikan TIGA (3) jenis kumpulan kerja yang utama di dalam industri
binaan.
1.3 Senaraikan jenis-jenis kerja yang terlibat bagi setiap kumpulan kerja di
bawah :
a) Kejuruteraan Awam
b) Bangunan
c) Kejuruteraan Berat
1.4 Nyatakan aktiviti-aktiviti yang terlibat di dalam pembinaan sesebuah projek
mengikut urutannya.
1.5 Terangkan dengan jelas perbezaan tugas-tugas Jurukur Bahan sebagai
perekabentuk dan Jurubina.
1.6 Huraikaan peranan masing-masing bagi Perekabentuk sesuatu projek
pembinaan :
a) Pemaju projek
b) Arkitek
http://modul2poli.blogspot.com/
5/22/2018 C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan
22/279
C 2006/UNIT 1/
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN
10
INDUSTRI BINAAN SECARA AM
PERHATIAN
Anda hanya boleh berpindah ke input selanjutnya jika anda dapat
menjawab kesemua soalan dalam aktiviti 1A
1.1 Industri yang meliputi kerja-kerja bangunan dan kejuruteraan awam. Matlamat
yang utama ialah untuk mendapatkan pulangan atau keuntungan ke atas pelaburansehingga ke peringkat yang paling maksimum. Untuk mencapainya perlu ada
kerja sama di antara pihak-pihak yang terlibat.
1.2 a) Kejuruteraan Awam
b) Bangunan
c) Kejuruteraan awam berat
1.3 a) Kejuruteraan Awam - pembinaan jalanraya, jambatan , terowong,
pembentungan najis dan lain-lain.
b) Bangunan - Rumah kediaman, pejabat, , hospital, sekolah dan lain-lain.
c) Kejuruteraan awam berat - Pelantar minyak, empangan, lapangan terbang,
rangkaian lebuh raya dan lain-lain.
1.4 Urutan aktiviti-aktiviti :
i) Kajian kemungkinan
ii) Rekabentuk
iii) Tender
iv) Kontrak
v) Pembinaan
vi) Penyerahan
vii) Penggunaan dan penyenggaraan.
http://modul2poli.blogspot.com/
5/22/2018 C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan
23/279
C 2006/UNIT 1/
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN
11
INDUSTRI BINAAN SECARA AM
1.5 Rujuk nota 2.4 dan 3.4
1.6 a) Pemaju projek merupakan tuanpunya yang berniat atau berkehendak
untuk membina projek , melantik perunding dan kontraktor serta
sebagai pembayar projek.
b) Arkitek menyempurnakan hajat tuanpunya projek serta memberi nasihat
dan cadangan. Juga menyediakan rekabentuk awal dan terperinci
berdasarkan kehendak dan modal yang dimiliki oleh tuanpunya projek
itu
http://modul2poli.blogspot.com/
5/22/2018 C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan
24/279
C 2006/UNIT 1/
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN
12
INDUSTRI BINAAN SECARA AM
ORGANISASI FIRMA KONTRAKTOR
4.0 STRUKTUR ORGANISASI FIRMA KONTRAKTOR
Pada umumnya sesebuah syarikat kontraktor dijalankan dalam bentuk organisasi.
Organisasi adalah satu proses bagaimana kerja yang hendak dibuat oleh seseorang
atau kumpulan dapat disatukan supaya tugas dan kerja yang berlainan dalam
firma itu dapat mencapai matlamatnya melalui satu sistem operasi yang cekap dan
sistematik.
Menurut Paulson, Fonahl dan Parker (1992), struktur organisasi adalah berkait
rapat dengan ketepatan membuat keputusan dalam situasi projek. Hal ini bererti
jika struktur organisasi itu pincang, kelam kabut dan tidak menepati kehendak
projek, maka keputusan yang tepat berkaitan projek mungkin tidak dapat dibuat.
Keadaan ini tentunya menggambarkan pula kelemahan struktur organisasi secara
keseluruhannya.
INPUT 1B
Ayah tahu tak syarat
syarat hendak menjadi
kontraktor .
http://modul2poli.blogspot.com/
5/22/2018 C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan
25/279
C 2006/UNIT 1/
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN
13
INDUSTRI BINAAN SECARA AM
Susun atur organisasi adalah berdasarkan tugas dan tanggung jawab mengikut
bahagian-bahagian tertentu dalam firma. Rajah 1.2 menunjukkan hiraki struktur
organisasi.
Tertinggi Pengurusan mengikut
kuasa dan
Pertengahan Penyeliaan / teknikal polisi
firma
Bawah Pekerja
Rajah 1.2 Hiraki struktur organisasi
4.1 CIRI-CIRI ORGANISASI .
Terdapat banyak ciri bagi setiap organisasi berdasarkan bidang kuasa, tugas
dan tanggung jawab masing-masing. Bidang kuasa ini berubah-rubahberdasarkan kecil atau besar firma kontraktor tersebut dan juga projek yang
dilaksanakan.
Rajah 1.3.menunjukkan bidang kuasa di dalam firma kontraktor.
http://modul2poli.blogspot.com/
5/22/2018 C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan
26/279
C 2006/UNIT 1/
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN
14
INDUSTRI BINAAN SECARA AM
Rajah 1.3 : Bidangkuasa di dalam firma kontraktor
PENGARAH URUSAN
PENGURUS PROJEK
Bidang kuasa1. Pengurusan projek
2. Polisi-polisi syarikat.
3. Pengurusan projek baru
4. Mentadbir kontrak
KOORDINATOR PROJEK
Bidang kuasa
1. Membantu pengurus projek.
2. Pengurusan tapak dan kontrak.
3. Membuat pesanan di atas
bahan-bahan binaan.
4. Mengawasi pembaziran bahan-
bahan binaan.5. Menyediakan tuntutan bayaran
PENYELIA TAPAK
KERJA SIVIL
PENYELIA TAPAK
KERJA BANGUNAN
PEKERJA PEKERJA
Bidang kuasa
1. Membantu pengurus projek.
2. Membuat laporan mingguan
kepada pengurus projek
3. Mengawasi kemajuan kerja
di tapak kerja supaya
mengikut jadual.
4. Koordinasi dengan wakil
tapak pemilik dan sub-
kontraktor.
5. Membahagikan penggunaan
jentera di tapak.
Bidang kuasa
1. Membantu Pengurus projek
2. Memastikan keselamatan di
tapak dipatuhi.
3. Mengawasi kerja-kerja dan
pekerja di tapakbina.
4. Mencatitkan kerja-kerja
harian dan cuaca harian.
http://modul2poli.blogspot.com/
5/22/2018 C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan
27/279
C 2006/UNIT 1/
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN
15
INDUSTRI BINAAN SECARA AM
5.0 CARTA ORGANISASI FIRMA KONTRAKTOR
Carta organisasi amat penting :i) untuk melicinkan pentadbiran
ii) untuk mengetahui bidang kerja dan tugas-tugas sendiri.
iii) bagi mewujudkan satu pengurusan yang cekapiv) menjimatkan perbelanjaan.
Saiz atau bentuk carta organisasi firma kontraktor sama ada kecil,sederhana atau besar bergantung kepada firma ataupun projek pembinaan
yang dijalankan. Namun begitu sebagai asasnya, carta organisasi adalah seperti
rajah 1.4
Rajah 1.4 Carta Organisasi Firma Kontraktor
PENGURUS
PENTADBIRAN TEKNIKAL
AM KEWANGAN PEMBELIAN PROJEK
http://modul2poli.blogspot.com/
5/22/2018 C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan
28/279
C 2006/UNIT 1/
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN
16
INDUSTRI BINAAN SECARA AM
6.0 SISTEM KEPALA
Anda tahu apa itu kepala ? Anda tentu mengambil berat terhadap kepala anda.
Tetapi anda jangan ingat sistem kepala yang kita akan pelajari ini sama dengan
kepala yang anda faham. Amat jauh sekali bezanya. Mari kita fahami apa itu
Sistem Kepala.
Sistem kepala memainkan peranan yang besar di dalam industri pembinaan.
Pihak yang terlibat dinamakan Kontraktor Kepala. Sistem ini menjuruskan
kepada pengkhususan sesuatu jenis kerja. Setiap Kontraktor yang ingin berdaftar
dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) mestilah menyatakan kepala-kepala
yang ingin didaftarkan mengikut kepakaran masing-masing.
Kontraktor kepala mempunyai hubungan yang rapat dengan kontraktor tetapipekerjanya bukan pekerja kontraktor. Hanya kontraktor kepala yang mempunyai
kontrak dengan kontraktor untuk menyiapkan kerja-kerja yang diberikan.
KEPALA ! !
http://modul2poli.blogspot.com/
5/22/2018 C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan
29/279
C 2006/UNIT 1/
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN
17
INDUSTRI BINAAN SECARA AM
Kontraktor kepala bekerja berdasarkan kepada keuntungan. Peralatan
pertukangan ringan adalah di bawah penyediaan dan penyelenggaraan kontraktor
kepala. Kontraktor hanya menyediakan peralatan atau jentera berat sahaja.
Kebaikan Sistem Kepala
i. Kontraktor terlepas dari tanggung jawab mengurus dan mengawal pekerja
binaan.
ii. Ianya lebih anjal (pekerja dapat bertukar ke tempat kerja)
iii. Kerja dapat disempurnakan dengan lebih cepat.
Keburukan Sistem Kepala
i. Pengawasan pekerja (kontraktor tiada kuasa untuk mengawasi secara terus
pekerja kontraktor kepala)
ii. Kualiti kerja
iii. Pembaziran bahan binaan.
http://modul2poli.blogspot.com/
5/22/2018 C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan
30/279
C 2006/UNIT 1/
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN
18
INDUSTRI BINAAN SECARA AM
Jenis- jenis Kepala
Jenis-jenis kepala yang wujud dalam pendaftaran kontraktor kerja awam ialah :
JENIS KEPALA BIDANG KERJA
Kepala I Kerja Kejuruteraan Awam
(Civil Engineering Works)
Kepala II Kerja Bangunan
(Building Works)
Kepala III Kerja Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan
Pembersihan dan Kejuruteraan Air.
(Mechanical, Sanitary and Water Engineering
Works)
Kepala IV Lain-lain Kerja Kejuruteraan Awam Specialist.
(Other Specialist Civil Engineering Works)
Kepala V Kerja pecah batu, Pembekalan Tanah dan
Pengangkutan.
(Quarrying Metal and Earth Supply, Cartage and
Transport)
Kepala VI Kerja Perhutanan dan Pembangunan tanah.
(Forest and Land Development)
Kepala VII Kerja Elektrik
(Electric Works)
Kepala VIII Kerja Telekomunikasi(Telecommunication Works)
Jadual 1.1 : Jenis-jenis Kepala
http://modul2poli.blogspot.com/
5/22/2018 C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan
31/279
C 2006/UNIT 1/
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN
19
INDUSTRI BINAAN SECARA AM
7.0 ATUR CARA PENDAFTARAN KONTRAKTOR DI PUSAT KHIDMAT
KONTRAKTOR (PKK)
7.1 Pendaftaran Kontraktor
Kontraktor yang ingin melibatkan diri dalam industri binaan hendaklah
mendaftarkan diri di Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) atau Lembaga
Pembangunan Industri Malaysia (LPIM).
7.2 Tugastugas Pusat Khidmat Kontraktor
i. Pusat pendaftaran bagi semua kontraktor kerja di peringkatPersekutuan atau negeri.
ii. Memberi pengiktirafan Bumiputera kepada kontraktor-kontraktoryang berkelayakan.
iii. Pusat rujukan perihal kontraktor kerja
iv. Memberi khidmat nasihat dan bantuan kepada kontraktorbumiputera.
7.3 Syarat-syarat Pendaftaran Kontraktor
i. Mestilah mendaftar perniagaan di Pejabat Pendaftaran Perniagaan.
ii. Memiliki modal yang minimum.
iii. Mempunyai kelayakan Teknikal (sijil/diploma/ijazah)
iv. Mempunyai pengalaman kerja atau rekod kerja syarikat.
v. Mempunyai kemudahan kredit, bekalan bahan dan mesin.
vi. Mempunyai surat sokongan daripada penyelia projek dankontraktor utama.
vii. Mempunyai alat kelengkapan dan jentera
viii. Mempunyai kakitangan teknikal dan pengurusan.
Pemohon-pemohon yang memiliki syarat-syarat (berkelayakan) boleh memohon
di PKK dan akan ditemuduga.
http://modul2poli.blogspot.com/
5/22/2018 C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan
32/279
C 2006/UNIT 1/
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN
20
INDUSTRI BINAAN SECARA AM
7.4 Kelas Pendaftaran Kontraktor
Pemohon hendaklah menyatakan Kelas pendaftaran yang hendak dipohon.Kontraktor dibenarkan berdaftar dalam satu kelas sahaja.
Pendaftaran Kelas F adalah dikhaskan untuk syarikat perseoranganBumiputera dan syarikat-syarikat yang 100% Bumiputera dari segi
pegangan saham, Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja.
Kontraktor yang berdaftar hanya dibenarkan menyertai tender yang
dipelawa bagi kelas pendaftaran yang ianya didaftarkan.
Had Kewangan (iaitu kos kerja) bagi satu-satu kelas pendaftaran adalahseperti berikut :
KELAS HAD KEWANGAN (RM)
A 4,000,001 keatas
B 2,000,001 hingga 8,000,000
BX 1,000,001 hingga 4,000,000
C 750,001 hingga 2,000,000
D 150,001 hingga 750,000
E 100,001 hingga 350,000
EX 50,001 hingga 150,000F 100,000 ke bawah
Jadual 1.2 - Had Kewangan bagi kelas pendaftaran
7.5 Pengiktirafan Bumiputera
Syarikat yang memohon Pengiktirafan Bumiputera hendaklah memenuhi syarat
yang tercatat dalam Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 7 tahun 1974 iaitu :
i. Majoriti atau sekurang-kurangnya 51% daripada Ahli Lembaga Pengarah
terdiri daripada kaum Bumiputera.ii. Majoriti atau sekurang-kurangnya 51% daripada Ahli Pengurusan
terdiri daripada kaum Bumiputera.
iii. Majoriti atau sekurang-kurangnya 51% daripada hak milik saham dimiliki
oleh kaum Bumiputera.iv. Majoriti atau sekurang-kurangnya 51% daripada pekerja-pekerja
(perkeranian dan tapak bina) terdiri daripada kaum Bumiputera.
http://modul2poli.blogspot.com/
5/22/2018 C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan
33/279
C 2006/UNIT 1/
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN
21
INDUSTRI BINAAN SECARA AM
7.6 Kelayakan Kakitangan
Syarikat yang memohon hendaklah ada sekurang-kurangnya seorangberkelulusan teknikal di dalam syarikat, sama ada sebagai Ahli LembagaPengarah, Pemegang Saham atau kakitangan yang dibayar gaji dan
dibayar caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Kelulusan teknikal yang diwajibkan adalah seperti berikut :
i. Kelas A, B dan BX
Ijazah atau Diploma Lanjutan daripada institusi pengajian tinggi
yang diiktiraf oleh kerajaan dalam bidang yang ada kaitan denganbidang kerja yang dipohon.
ii. Kelas C
Diploma daripada institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh
kerajaan dalam bidang yang ada kaitan dengan bidang kerja yang
dipohon.
iii. Kelas D, E, EX dan F
Sijil kursus pemborong dan/atau pengalaman kerja dalam bidangkerja yang dipohon.
iv. Kelulusan Tambahan
a) Bagi bidang kerja Telekomunikasi (kepala VIII), syarikat
yang memohon mestilah mempunyai ahli pengurusan atau
pekerja yang memiliki Sijil Kelulusan / Surat PerakuanKompetensi daripada Jabatan Telekom Malaysia (JTM)
atau Syarikat Telekom Malaysia (STM) bagi pihak JTM.
b) Bagi bidang kerja tertentu yang lain perlu surat akuan samaada dari Jabatan Kilang dan Jentera, Jabatan Bomba, Majlis
Perbandaran, Jabatan Galian, Polis Di Raja Malaysia dan
sebagainya.
http://modul2poli.blogspot.com/
5/22/2018 C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan
34/279
C 2006/UNIT 1/
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN
22
INDUSTRI BINAAN SECARA AM
7.7 Denda Terhadap Pihak Kontraktor
Pihak kontraktor yang melanggar syarat-syarat pendaftaran akan didendasama ada dalam bentuk penggantungan atau pembatalan atau penarikan
semula Perakuan (lesen) Pendaftaran.
Faktor-faktor berikut akan menyebankan pendaftaran kontraktor digantung
atau ditarik balik :
pemegang perakuan telah dihukum sebagai bankrup atau
petisyen penggulungan berhubung dengan kontraktor telahdiserahkan atau
pemegang perakuan gagal mematuhi mana-mana peruntukan
Akta atau peraturan-peraturan pendaftaran atau
pemegang perakuan telah memperolehi perakuan dengan
membuat perakuan atau pernyataan palsu secara bertulis atau
sebaliknya atau
pemegang perakuan meninggalkan kerja pembinaan yang sedang
dijalankan atau
pemegang perakuan telah didapati bersalah oleh mahkamah atau
mana-mana badan penyiasat yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis kerana cuai dalam perlaksanaan
kerja-kerja pembinaan yang dilaksanakan atau
pemegang perakuan telah melanggar atau gagal mematuhi, atautelah membantu pelanggaran mana-mana terma, syarat-syarat
atau batasan yang dikenakan oleh Lembaga.
http://modul2poli.blogspot.com/
5/22/2018 C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan
35/279
C 2006/UNIT 1/
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN
23
INDUSTRI BINAAN SECARA AM
Pendaftaran akan terbatal secara automatik seperti kes-kes di bawah :
i) Apabila pendaftarannya dengan Pendaftar Perniagaan telah tamat,
kecuali kontraktor menyerahkan salinan perakuan pembaharuandengan pendaftar Perniagaan dalam tempoh satu (1) bulan selepas
tarikh tamat Perakuan Pendaftaran Perniagaan
ii) Bgi kontraktor yang pendaftarannya dengan Jabatan bekalanElektrik dan gas telah tamat, kecuali kontraktor menyerahkan
salinan perakuan pembaharuan dalam tempoh dua (2) minggu
selepas tarikh tamat pendaftaran.
iii) Apabila seseorang kontraktor yang menjalankan operasi secara
milik tunggal meninggal dunia kecuali waris atau walinya memohon
kebenaran dari Lembaga Pembangunan Industri PembinaanMalaysia ( LPIPM) dalam masa satu (1) bulan dari tarikh kematian,
di mana dengan kelulusan LPIPM, pendaftarannya boleh diteruskan
sehingga kerja-kerja semasa yang sedang dilaksanakan siap.
iv) Apabila rakan kongsi kontraktor yang beroperasi secara perkongsian
meninggal dunia atau berpecah kongsi kecuali rakan kongsi yang
masih hidup atau tinggal memohon kebenaran LPIPM dalamtempoh satu (1) bulan dari tarikh kematian atau pemecahan, dimana
dengan kelulusan LPIPM, pendaftaran kontraktor dibenarkan
sehingga kerja semasa siap atau tamat pendaftarannya yang mana
lebih awal.
Kontraktor yang pendaftarannya telah dibatalkan, digantung atau ditarik
balik tidak dibenarakan dari menyertai mana-mana tender baru atau
meneruskan mana- mana kerja pembinaan.
Pihak Lembaga boleh dalam keadaan tertentu membenarkan kontraktoryang pendaftarannya telah dibatalkan untuk menyiapkan kerja semasanya.
Perakuan Pendaftaran adalah hak milik LPIPM dan hendaklah diserahkan
balik kepada LPIPM dalam tempoh empat belas (14) hari setelah notis
dihantar apabila pendaftaran kontraktor dibatal, digantung atau di tarikbalik atas apa-apa sebab.
http://modul2poli.blogspot.com/
5/22/2018 C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan
36/279
C 2006/UNIT 1/
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN
24
INDUSTRI BINAAN SECARA AM
7.8 Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM atau
CIDB)
Peranan Lembaga ini ialah :
i) Untuk mendaftarkan kontraktor-kontraktor yang hendak
melaksanakan perniagaan di Malaysia sama ada syarikat kerajaan
atau swasta.
ii) Mendaftarkan kakitangan pengurusan dan penyeliaan.
iii) Mendaftar pekerja mahir atau tukang.
iv) Menyediakan latihan bagi peningkatan latihan dan kemahiran.
http://modul2poli.blogspot.com/
5/22/2018 C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan
37/279
C 2006/UNIT 1/
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN
25
INDUSTRI BINAAN SECARA AM
Sil a uj i kefahaman anda dengan menjawab soalan-soalan ber ikut sebelum
meneruskan uni t yang selanju tnya. Anda boleh menyemak jawapan berdasarkan
maklum balas di halaman beri kutnya.
1.7 Terangkan bidang kuasabidang kuasa bagi :
i) Penyelia Tapak Kerja Sivil.
1.8 Nyatakan tujuan carta organisasi bagi sesebuah firma kontraktor.
1.9 Mengapakah sistem kepala mendatangkan keburukan di dalam industri
binaan ?
1.10 En. Ahmad adalah seorang kontraktor yang telah didapati bersalah oleh
mahkamah kerana memberi rasuah kepada pegawai Pusat Khidmat
Kontraktor (PKK).
Terangkan kedudukan En. Ahmad.
http://modul2poli.blogspot.com/
5/22/2018 C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan
38/279
C 2006/UNIT 1/
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN
26
INDUSTRI BINAAN SECARA AM
1.11 Berdasarkan satu contoh diberi, padankan jenis-jenis kepala dalam
pendaftaran kontraktor kerja awam berdasarkan bidang kerja masing-masing di
dalam Jadual 1
JENIS
KEPALA
BIDANG KERJA
Kepala I Kerja Bangunan
(Building Works)
Kepala II Kerja pecah batu, Pembekalan Tanah dan
Pengangkutan.
(Quarry Metal and Earth Supply, Cartage
and Transport)
Kepala III Kerja Elektrik
(Electric Works)
Kepala IV Lain-lain Kerja Kejuruteraan Awam
Specialist.
(Other Specialist Civil Engineering Works)
Kepala V Kerja Kejuruteraan Awam
(Civil Engineering Works)
Kepala VI Kerja Telekomunikasi
(Telecommunication Works)
Kepala VII Kerja Perhutanan dan Pembangunan tanah.
(Forest and Land Development)
Kepala VIII Kerja Kejuruteraan Mekanikal,
Kejuruteraan Pembersihan dan KejuruteraanAir.
(Mechanical, Sanitary and Water
Engineering Works)
Jadual 1
http://modul2poli.blogspot.com/
5/22/2018 C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan
39/279
C 2006/UNIT 1/
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN
27
INDUSTRI BINAAN SECARA AM
Anda hanya boleh berpindah ke PENILAIAN KENDIRI jika anda dapat menjawab
ke semua soalan dalam Aktiviti 2B.
1.7 Bidang kuasa bagi penyelia tapak kerja sivil ialah :1. Membantu pengurus projek.
2. Membuat laporan mingguan kepada pengurus projek
3. Mengawasi kemajuan kerja di tapak kerja supaya mengikut jadual.4. Koordinasi dengan wakil tapak pemilik dan sub-kontraktor.5. Membahagikan penggunaan jentera di tapak.
1.8 Tujuan carta organisasi ialah :
i) untuk mengetahui bidang kerja dan tugas-tugas sendiri.
ii) bagi mewujudkan satu pengurusan yang cekap
ii) menjimatkan perbelanjaan.
1.9 Sistem kepala mendatangkan keburukan kerana :
i. Pengawasan pekerja (kontraktor tiada kuasa untuk
mengawasi secara terus pekerja kontraktor kepala)
ii. Kualiti kerja tidak memuaskan.
iii. Bahan binaan berlaku pembaziran.
MAKLUM BALAS 1B
PERHATIAN
http://modul2poli.blogspot.com/
5/22/2018 C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan
40/279
C 2006/UNIT 1/
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN
28
INDUSTRI BINAAN SECARA AM
1.10 En. Ahmad akan digantung atau ditarik balik Perakuan Kontraktor kerana beliau
telah disahkan bersalah oleh mahkamah.
(Rujuk fakta mukasurat 22)
2.6 Rujuk nota mukasurat 18
http://modul2poli.blogspot.com/
5/22/2018 C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan
41/279
C 2006/UNIT 1/
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN
29
INDUSTRI BINAAN SECARA AM
Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda
pada maklum balas yang disediakan.
Semoga berjaya.
SOALAN 1 - 1
Huraikan hubungan industri binaan dengan pertumbuhan ekonomi negara.
SOALAN 12
Pada pendapat anda mengapakah kontrak penting di dalam industri pembinaan?
SOALAN 13
Huraikan dengan terperinci perbezaan di antara tender dan kontrak.
SOALAN 1 - 4
Anda pemegang Sijil /Diploma Kejuruteraan Awam berhasrat membukasebuah syarikat kontraktor. Nyatakan syaratsyarat yang perlu dipatuhi
untuk memenuhi hasrat tersebut.
SOALAN 1 - 5
Anda ditugaskan untuk mendapatkan contoh-contoh carta organisasi yangsebenar daripada sebuah syarikat / firma kontraktor yang anda pilih.
Sila buat ulasan anda berdasarkan maklumat yang diperolehi itu.
PENILAIANKENDIRI
http://modul2poli.blogspot.com/
5/22/2018 C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan
42/279
C 2006/UNIT 1/
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN
30
INDUSTRI BINAAN SECARA AM
Adakah anda telah mencuba dahulu ?
Jika YA, sila semak jawapan anda.
JAWAPAN 11
Industri binaan merupakan salah satu industri utama yang mempunyai hubungan yang
rapat dengan keadaan ekonomi negara. Apabila keadaan ekonomi berkembang, industribinaan akan turut berkembang bagi memenuhi permintaan yang bertambah. Ini kerana
permintaan berkesan terhadap barangan dan perkhidmatan akan bertambah apabila
jumlah pendapatan penduduk bertambah.
JAWAPAN 12
Kontrak amat penting di dalam industri pembinaan kerana ia merupakan satu perjanjian
yang disahkan oleh undang-undang. Tanpa perjanjian yang bertulis kemungkinan akan
berlaku di mana kontraktor akan membina secara sambil lewa ataupun tidak mengikut
spesifikasi yang telah ditetapkan. Kontraktor juga mungkin menyiapkan pembinaan tidak
mengikut tempoh yang telah ditetapkan. Jadi tuanpunya boleh mengambil tindakan
mengikut undang-undang jika kontraktor melanggar kontrak.
JAWAPAN 13
Perbezaan di antara tender dan kontrak.
Tender adalah proses penawaran untuk memilih kontraktor yang layak untuk membina
dan menyiapkan projek pembinaan yang dicadangkan. Semasa proses ini juga dokumen
tender disediakan.
http://modul2poli.blogspot.com/
5/22/2018 C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan
43/279
C 2006/UNIT 1/
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN
31
INDUSTRI BINAAN SECARA AM
Manakala kontrak ialah perjanjian yang dibuat setelah kontraktor yang layak menerima
tawaran untuk membina dan menyiapkan projek tersebut. Kontrak ini ditantatangani
sebelum pembinaan dimulakan. Hanya kontraktor dan tuanpunya yang terlibat di
daalam kontrak ini.
JAWAPAN 1- 4
Rujuk nota 7.3 muka surat 19
JAWAPAN 1- 5
Berdasarkan maklumat yang diperolehi oleh pelajar.
.
http://modul2poli.blogspot.com/
5/22/2018 C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan
44/279
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 2/1
KAEDAH TAKSIRAN AWALAN
KAEDAH TAKSIRAN AWALAN
OBJEKTIF
Objektif Am : Mempelajari dan memahami maksud taksiran awalan,
penggunaan Kaedah Penilaian unit, Kaedah Keluasan
Lantai, Kaedah Isipadu Bangunan serta Kebaikan dan
Keburukan Taksiran Awalan
Objektif Khusus : Di akhir unit ini pelajar sepatutnya dapat :
Menerangkan definisi taksiran awalan
Menerangkan kegunaan taksiran awalan dalam pembangunan sesuatu projek. Membuat taksiran menggunakan Kaedah Penilaian Unit. Membuat taksiran menggunakan Kaedah Keluasan Lantai Membuat taksiran menggunakan Kaedah Isipadu Bangunan.
UNIT 2
http://modul2poli.blogspot.com/
5/22/2018 C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan
45/279
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 2/2
KAEDAH TAKSIRAN AWALAN
2.1 TAKRIF TAKSIRAN AWALAN
Taksiran awalan ialah kerja-kerja anggaran untuk mengetahui kos sesuatu projek
yang melibatkan pengiraan tertentu berdasarkan lukisan dan maklumat teknikal
yang dianalisa secara bersama.
Biasanya anggaran awalan dibuat setelah lukisan persembahan disediakan olehArkitak. Disamping untuk mengetahui harga kasar bangunan, anggaran ini
digunakan untuk mengimbangkan rekabentuk bangunan cadangan.
Apa yang penting ialah anggaran tersebut mestilah setepat yang mungkin untuk
dijadikan panduan kepada pihak pemaju mengenai peruntukan kewangan bagi
meneruskan satu-satu projek.
2.2 TUJUAN TAKSIRAN AWALANDiantara tujuan-tujuan taksiran awalan ialah :
2.2.1 Mengetahui Peruntukan Kewangan Majikan
Majikan sekurang-kurangnya akan mendapat panduan berapakahperuntukan kewangan yang patut disediakan untuk membiayai projek yang
dicadangkan. Dengan adanya harga anggaran, pihak majikan dapat
mengetahui kedudukan kewangannya sama ada mendapatkan pinjaman
dengan institusi kewangan atau menggunakan modal sendiri.
2.2.2 Kontraktor Memasuki Tawaran
Setiap organisasi kontraktor mestilah mempunyai pengetahuan yang jelas
serta pendekatan yang logik untuk mentaksirkan kos banguanan. Kos yangmereka anggarkan merupakan harga yang mereka kemukakan untuk
mendapatkan sesuatu tender. Selain dari memperolehi kerja, anggaran itu
memastikan kontraktor mendapat keuntungan untuk meneruskanperniagaan.
2.2.3 Ahli Perunding Mereka Bentuk Bangunan
Ahli-ahli perunding yang terdiri daripada Arkitek, Juru Ukur Bahan, jurutera
dan lain-lain akan bekerjasama untuk mempastikan rekabentuk dan hargaadalah sentiasa dikawal dan seimbang. Ini dapat mempastikan bahawa
I NPUT 2
http://modul2poli.blogspot.com/
5/22/2018 C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan
46/279
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 2/3
KAEDAH TAKSIRAN AWALAN
majikan akan membuat pelaburan yang menguntungkan dari segirekabentuk dan perbelanjaan.
2.2.4 Mengetahui Pulangan Pelaburan kepada PemajuPihak pemaju yang merancang sesuatu projek biasanya ingin mengetahui
kadar pulangan pelaburan mestilah melebihi daripada perbelanjaan. Kadar
pulangan yang melebihi 25% dianggap sebagai projek yang berdaya maju.
2.2.5 Panduan Pihak Institusi KewanganInstitusi kewangan biasanya ingin mengetahui anggaran perbelanjaan projekyang akan dibiayai oleh mereka. Institusi kewangan hanya membiayai
projek-projek yang berdaya maju sahaja. Oleh itu anggaran perbelanjaan
dan pulangan merupakan perkara-perkara yang akan dianalisis untuk semuaprojek yanga akan dibiayai.
2.2.6 Kerja-kerja sebut harga Kontraktor Kecil kepada Kontraktor UtamaKontraktor utama kerapkali menyerahkan sebahagian kerja kepada
kontraktor kecil melaksanakan sepenuhnya kerja-kerja di tapak. Oleh itu
kontraktor kecil juga perlu mempunyai pengetahuan untuk menganggarkankos banganan seperti mana kontraktor utama memasuki tawaran.
2.2.7 Mengetahui Peratusan dan Pecahan Harga-harga Elemen KerjaBangunan.
Kos bangunan merupakan gabungan beberapa kos mata benda kecil yangtermasuklah kos bahan, buruh, loji serta tanggungan syarikat. Kesemua kos
tersebut boleh dipecahkan kepada kos-kos seperti elemen yang berikut :
Cerucuk
Rangka
Dinding
TanggaBumbung
Kemasan
Kemudahan BangunanKerjakerja Luar
2.2.8 Analisa kos-kos dan reka bentuk untuk maklumat akan datang
Semua maklumat yang diperolehi boleh dijadikan sebagai maklumat yangberfaedah bagi kerja-kerja anggaran untuk projek akan dating.
http://modul2poli.blogspot.com/
5/22/2018 C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan
47/279
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 2/4
KAEDAH TAKSIRAN AWALAN
2.3 KAEDAH PENILAIAN UNITPenilaian unit merupakan cara taksiran awalan yang paling ringkas, mudah dan
kasar serta memberikan harga taksiran yang paling kurang tepat jika dibandingkandengan cara-cara lain.
Cara ini mengambil kira bilangan unit kandungan bangunan yang akan dibina.
Contohnya bangunan sekolah, kandungan yang diambil kira adalah bilangan kerusi,meja atau pun bilangan pelajar. Hospital mengambil kira bilangan katil pesakit.
Asrama mengambil kira bilangan katil atau bilangan pelajar.
Kaedah ini sesuai digunakan apabila sesuatu projek cadangan yang diketahui unit
kandungannya dan juga harga per unit bagi bangunan bangunan yang sudah siapdibina.
Contoh :
1. Harga bangunan sekolah yang sudah siap = RM 100,000.002. Jumlah pelajar = 100 pelajarOleh itu, harga per unit kandungan ( pelajar ) = RM 100,000.00
--------------100
= 1,000.00/pelajar
Dengan menggunakan kedua-dua maklumat di atas maka harga harga bagi
bangunan cadangan dapat dianggarkan. Katakan sebuah bangunan yang akandidirikan yang boleh menampung seramai 200 orang pelajar.
Oleh itu, harga bangunan cadangan = 200 x RM 1,000.00
= RM 200,000.00
Kebaikan kaedah penilaian unit
:
1. Teknik Pengiraan yang mudah dan cekap2. Pihak majikan mendapat gambaran harga bangunan mengikut
bilangan kemudahan seperti bilangan pelajar, katil dan
sebagainya.
3. Sesuai untuk projek-projek seperti sekolah (bilanganpelajar),hospital (bilangan katil), stadium / pawagam
( bilangan tempat duduk )
http://modul2poli.blogspot.com/
5/22/2018 C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan
48/279
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 2/5
KAEDAH TAKSIRAN AWALAN
Keburukan kaedah penilaian unit :
1. Pengiraan yang kurang tepat kerana majikan tidak mendapatgambaran bentuk, ukuran dan keluasan bangunan.
2.4 KAEDAH KELUASAN LANTAIKeluasan lantai bangunan memainkan peranan penting didalam kaedah ini. Pelandari lukisan persembahan diperlukan untuk mendapatkan ukuran panjang dan lebar
bangunan cadangan. Satu cara taksiran yang ringkas, mudah, kasar serta tidak
memerlukan banyak maklumat. Harga taksiran yang diperolehi adalah tidah tepattetapi masih boleh digunakan untuk taksiran awalan kerana ia tidak melibatkan
banyak masa.
Keluasan lantai boleh diperolehi dengan mendarabkan ukuran panjang denganlebar bangunan. Ukuran panjang dan lebar sebenar bangunan hendaklah diukur
dari permukaan luar dinding ke permukaan luar dinding sebelah seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 4 (a)
Luar Dalam
Lantai
Rajah 2.1(a) : Keratan Dinding Bangunan
Ukuran Dalam
Ukuran Ten ah
Ukuran Luar
http://modul2poli.blogspot.com/
5/22/2018 C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan
49/279
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 2/6
KAEDAH TAKSIRAN AWALAN
Panjang = P
Lebar = L
Rajah 2.1(b) : Pelan Lantai A
Berdasarkan rajah di atas panjang ialah 15.00 meter dan lebar bangunan ialah
6.00 meter.
Keluasan Lantai Bangunan = Panjang x Lebar
= 15.00m x 6.00m
= 90.00 meter persegi
Untuk mendapatkan harga anggaran bagi bangunan tersebut kadar harga per meter
persegi hendaklah diketahui berdasarkan bangunan yang sedia ujud dimana cara
pembinaan dan reka bentuknya sama dengan bangunan yang hendak ditaksirkan.
Katakan kadar harga bangunan yang sedia ujud adalah RM 200.00 bagi semeterpersegi. Maka harga Taksiran bagi bangunan cadangan adalah :
Kos bangunan cadangan = Keluasan Lantai x kadar/meter persegi
= 90.00 x RM 200.00
= RM 18,000.00
Wow.. dengan kira luas
sahaja terus dapat anggarkos bangunan.
Senangnya
http://modul2poli.blogspot.com/
5/22/2018 C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan
50/279
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 2/7
KAEDAH TAKSIRAN AWALAN
Harga taksiran yang diperolehi merupakan harga pembinaan bangunan sahaja. Ini
bermakna kerja-kerja pembinaan yang lain seperti pagar , jalan, parit, menanam
rumput dan lain-lain kerja luar perlulah dikira berasingan dan dicampurkan dengan
harga keluasan lantai bangunan untuk mendapatkan jumlah harga bangunantersebut.
Bagi bangunan yang tidak mempunyai dinding atau dinding separuh sahaja sepertitempat letak kereta dan teres, luas lantainya hendaklah dikira separuh sahaja. Rujuk
rajah di bawah :
Rajah 2.1(c) : Pelan Lantai B
Luas Garaj = 1/2 x panjang x lebar
= 1/2 x 4.50 x 3.20
= 1/2 x 14.4
= 7.20 meter persegi
Bilik 2
Bilik 1
Gara
8.20
5.20
3.20
4.50
http://modul2poli.blogspot.com/
5/22/2018 C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan
51/279
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 2/8
KAEDAH TAKSIRAN AWALAN
Kebaikan kaedah keluasan lantai :
1. Teknik pengiraannya agak mudah dan ringkas2. Pihak majikan mendapat gambaran tentang keluasan lantai
yang hendak dibina
3. Kaedah yang lebih tepat berbanding dengan Kaedah PenilaianUnit.
Keburukan kaedah keluasan lantai:
1. Tidak mengambil kira ketinggian bangunan2. Masih kurang tepat kerana pengiraannya secara kasar sahaja
2.5 KAEDAH ISIPADU BANGUNAN
Dari segi ketepatan kaedah ini adalah lebih kurang sama dengan kaedah keluasan
lantai. Dengan cara ini isipadu bangunan cadangan perlu diambil kira. Cara untuk
mendapatkan isipadu ialah dengan mendarabkan ukuran panjang, lebar dan tinggibangunan. Ukuran-ukran tersebut boleh diperolehi melalui lukisan persembahan
yang mempunyai pandangan pelan, sisi dan hadapan bangunan. Ukuran panjang
dan lebar bangunan boleh dirujuk kepada pelan bangunan manakala ukuran tinggi
bangunan boleh dirujuk kepada pelan keratan dan pandangan sisi bangunan.
Cara mengukur ketinggian bangunan bergantung kepada jenis-jenis bumbung yang
biasanya dibahagikan kepada dua jenis iaitu :
2.5.1 Bumbung Curam
Bumbung curam adalah bumbung yang mempunyai sudut curam melebihi
15 darjah dari garisan ufuk. Boleh dibahagikan kepada dua iaitu bumbung
curam penuh dan bumbung curam separuh.
http://modul2poli.blogspot.com/
5/22/2018 C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan
52/279
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 2/9
KAEDAH TAKSIRAN AWALAN
Rahaj 2.2(a) : Bumbung Curam Penuh
Rajah 2.2.(b) : Bumbung Curam Separuh
Bagi kedua-dua jenis bumbung curam diatas jumlah tinggi bangunan diukur
dari permukaan atas asas hingga ke aras siling dan ditambah dengan separuh
tinggi tegak bumbung
Tinggi bumbung = T
Tinggi bangunan = H
Tinggi Bangunan = H
Tinggi Bumbung = TTinggi Separuh
Bumbung = T/2
Aras Tanah
Tinggi SeparuhBumbung = T/2
Aras Tanah
Tinggi Bangunan = H + T/2
http://modul2poli.blogspot.com/
5/22/2018 C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan
53/279
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 2/10
KAEDAH TAKSIRAN AWALAN
2.5.2 Bumbung RataBumbung rata ditakrifkan sebagai bumbung yang mempunyai sudut curam
kurang dari 15 darjah dari garis ifuk . Boleh dibahagikan kepada dua iaitu
bumbung rata penuh dan bumbung rata dengan dinding parapet
2.5.2.1Bumbung Rata PenuhJumlah ukuran tinggi diambil dari permukaan atas asashingga ke aras bumbung dan ditambahkan dengan nilai
0.6 meter.
Rajah 2.2(c) : Bumbung rata penuh
2.5.2.2 Bumbung Rata dengan Dinding Parapet
a. Jika tinggi dinding parapet kurang dari 600 mm,maka jumlah tinggi diukur dari permukaan atas asas
dan ditambahkan dengan 600 mm.
Tinggi = H + 0.6 m
H = Tinggi Bangunan
0.6 m
Aras Tanah
Aras Siling
Tinggi = H + 0.6 m
http://modul2poli.blogspot.com/
5/22/2018 C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan
54/279
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 2/11
KAEDAH TAKSIRAN AWALAN
b. Jika tinggi dinding parapet lebih dari 600 mm, makajumlah tinggi bangunan diukur dari permukaan atas
asas dan ditambahkan dengan ketinggian dinding
Parapet.
Tinggi = H + T
Rajah 2.2 (d) : Bumbung Rata dengan Dinding Parapet
Setelah mendapat ukuran panjang, lebar dan tinggi bangunan maka isipadu bangunan bolehdiperolehi dengan mendarabkan ketiga-tiga ukuran tersebut. Andaikan :
Panjang bangunan = 45.00 meterLebar Bangunan = 15.00 meter
Tinggi bangunan = 20.00 meter
Jadi isipadu bangunan = panjang x lebar x tinggi
= 45 x 15 x 20
= 33, 750 meter padu
Berdasarkan kepada kadar harga bagi satu meter padu sebuah bangunan yang sedia ujud
yang sama dalam segi pembinaan dan rekabentuknya, harga bagi 33,750 meter padu
bangunan di atas dapat dinilaikan.Katakan kadar harga bagi satu meter padu bangunanyang sedia ada adalah RM 100.00.
Jadi Harga Bangunan Cadangan = RM 100.00 x 33,750 meter padu
= RM 3,375,000.00
Tinggi bangunan = H
Tinggi Parapet = T
Aras Tanah
Paras Bumbun
http://modul2poli.blogspot.com/
5/22/2018 C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan
55/279
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 2/12
KAEDAH TAKSIRAN AWALAN
Kebaikan kaedah isipadu bangunan :
1. Kaedah ini lebih tepat jika dibandingkan dengan kedua - dua kaedahsebelumnya sebab mengambil kira ketinggian bangunan.
2. Sesuai untuk semua jenis bangunan.3. Pengiraan yang masih mudah dan cepat
Keburukan kaedah isipadu bangunan:
1. Pihak majikan tidak dapat mengetahui keluasan lantai bangunan melaluiPengiraan
2. Memerlukan Lukisan yang lebih lengkap.
http://modul2poli.blogspot.com/
5/22/2018 C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan
56/279
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 2/13
KAEDAH TAKSIRAN AWALAN
Sil a uj i kefahaman anda dengan menjawab soalansoalan ber ikut sebelum
meneruskan unit yang selanju tnya. Anda boleh menyemak jawapan berdasarkan
maklumbalas dihalaman sebelah.
2.1 Tandakan ( / ) bagi kenyataan yang benar tentang taksiran awalan.
1.Kaedah yang mudah dan ringkas
2.Memerlukan lukisan yang lengkap
3.Dibuat diperingkat awal mereka bentuk projek
4.Hanya untuk mendapatkan gambaran tentang kos
projek cadangan.
5.Memerlukan masa yang lama kerana perlu
merujuk kepada banyak maklumat
2.2 Nyatakan ciri ciri Taksiran Awalan
2.3 Senaraikan kegunaan kegunaan taksiran awalan di dalam industri binaan.
2.4 Apakah yang dimaksudkan dengan bilangan unit kandungan dan berikan
contoh contohnya.
2.5 Siapakah pihak yang bertanggung jawab untuk membuat taksiran awalan
dan siapakah pihak yang memerlukan harga taksiran ini.
AKTIVITI 2
http://modul2poli.blogspot.com/
5/22/2018 C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan
57/279
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 2/14
KAEDAH TAKSIRAN AWALAN
2.1
1.Kaedah yang mudah dan ringkas
2.Memerlukan lukisan yang lengkap
3.Dibuat diperingkat awal mereka bentuk projek
4.Hanya untuk mendapatkan gambaran tentang
kos projek cadangan.
5.Memerlukan masa yang lama kerana perlu
merujuk kepada banyak maklumat
2.2 Ciri ciri taksiran awalan adalah mudah, cepat dan ringkas serta tidak
memerlukan lukisan yang lengkap tetapi kurang tepat.
2.3 Kegunaan taksiran awalan ialah :
a. Mengetahui peruntukan kewangan majikanb. Panduan kepada konktraktor untuk memasuki tawaranc. Ahli perunding mereka bentuk bangunan.d. Mengetahui pulangan pelaburan majikane. Panduan kepada pihak institusi kewanganf. Kerjakerja sebut harga bagi kontraktor kecil kepada
kontraktor utama.g. Mengetahui peratusan dan pecahan harga Elemen kerja
bangunan.
2.4 Bilangan unit kandungan adalah bilangan kelengkapan, perkakas atau
perabot yang terdapat didalam sesbuah bangunan. Kelengkapan ini memberimakna yang besar kepada sesebuah bangunan itu. Unit unti kandungan itu
seperti bilangan kerusi , meja dan katil. Unit kandungan itu merujuk kepada
bilangan penghuni seperti bilangan pelajar untuk bangunan sekolah atau asramaatau bilangan pesakit untuk bangunan hospital.
2.5 Pihak yang bertanggung jawab membuat taksiran awalan adalah Juru UkurBahan dan pihak yang memerlukan harga taksiran ini adalah pihak majikan.
MAKLUMBALAS 2
http://modul2poli.blogspot.com/
5/22/2018 C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan
58/279
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 2/15
KAEDAH TAKSIRAN AWALAN
Anda telah menghampir i kejayaan. Sil a cuba semua soalan soalan dalam peni laian
kendir i in i dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan. Sekiranya ada
masalah , sila berbincang dengan pensyarah anda. Semoga anda berjaya
SOALAN 21
Berdasarkan maklumat maklumat dibawah. Kirakan kos pembinaan sebuah asrama
yang dijangkakan akan menampung pelajar seramai 2000 pelajar.
Jenis Kos Pembinaan Bilangan Pelajar
Asrama A 2, 500, 000. 00 1500
Asrama B 2, 000, 000. 00 1000
Dengan mengambil kira faktor kenaikan kos sebanyak 20 % disebabkan
perubahan harga bahan dan upah buruh kirakankan jumlah kos pembinaan
asrama tersebut.
SOALAN 22
Berdasarkan rajah di atas kirakan taksiran bangunan cadangan dengan
menggunakan kaedah isipadu bangunan. Andaikan kos per meter padu bangunan
yang telah lepas adalah RM 350.00.
PENILAI AN KENDIRI
9500
4000
2000
http://modul2poli.blogspot.com/
5/22/2018 C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan
59/279
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 2/16
KAEDAH TAKSIRAN AWALAN
PANDANGAN SISI
PANDANGAN PELAN
SOALAN 23
3600 6000
Berdasarkan rajah dibawah dapatkan kos bangunanan cadangan dengan
menggunakan kaedah keluasan lantai. Andaikan kadar harga bagi semeter persegiadalah RM 250.00.
4000
4500 1500
7000
Ruang Tamu / Keluarga
Ruang Makan / Dapur
Bilik Tidur
Ruang Letak
kereta
3200
4500
http://modul2poli.blogspot.com/
5/22/2018 C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan
60/279
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 2/17
KAEDAH TAKSIRAN AWALAN
MAKLUMBALAS
Anda perlu mencuba dahulu. Sekiranya sudah, sila semak jawapan anda.
SOALAN 2 1
Kos per unit Asrama A =1500
00.000,500,2RM
= RM 1666.67
Kos per unit Asrama B =1000
00.000,000,2RM
= RM 2000.00
Purata kos per unit = RM 1666.67 + RM 2000.00
2= RM 1833.34
Kenaikan kos sebanyak 20% = RM 1833.34 x100
20
= RM 366.67
Jumlah kos per unit = RM 366.67 + RM 1833.34
= RM 2200.01
Kos pembinaan asrama = RM 2200.01 x 2000
= RM 4400020.00
http://modul2poli.blogspot.com/
5/22/2018 C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan
61/279
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 2/18
KAEDAH TAKSIRAN AWALAN
SOALAN 2 2
Isipadu ruang berbumbung rata = 7.00 x 4.50 x ( 9.5 + 0.60 )
= 7.00 x 4.50 x 10.10
= 318.15 m3
Isipadu ruang berbumbung curam = 4.00 x 1.50 x (4.00 +2
1x 2.00 )
= 4.00 x 1.50 x 5.00
= 30.00 m3
Kos bangunan cadangan = ( 318.15 + 30.00 ) x RM 35.00
= 348.15 x RM 350.00
= RM 121 852.50
SOALAN 2 3
Luas ruang letak kereta = 4.50 x 3.60
= 16.20 m2
Luas bangunan = (9.60 x 7.70 ) - 16.20
= 73.92 - 16.20
= 57.72 m2
Kos ruang letak kereta =2
1x 16.20 x RM 250.00
= RM 2 025.00
Kos bangunan = 57.72 x RM 250.00
= RM 14 430.00
Kos keseluruhan = RM 2 025.00 + RM 14 430.00
= RM 16455.00
http://modul2poli.blogspot.com/
5/22/2018 C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan
62/279
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 / 1
KAEDAH BINA KADAR
KAEDAH BINA KADAR
OBJEKTIF:
Objektif Am: Mengetahui keperluan dan kegunaan kadar harga, jadual kadar
harga, asas pengiraan kadar harga; bahan, buruh, loji,
pengurusan dan keuntungan, pengiraan kadar harga; kerja
konkrit menggunakan mesin penggaul konkrit dan pembancuhan
dengan tangan. Pengiraan kadar kerja korekan; menggunakan
tangan dan jentera. Pengiraan kadar kerja bata dan kerja
tetulang.
Objektif Khusus Diakhir unit ini pelajar sepatutnya dapat :
Menerangkan kegunaan dan kepentingan kadar hargadalam kerjakerja taksiran
Menghuraikan asas pengiraan kadar harga; Kos bahan Kos buruh Kos loji dan kelengkapan Kos pengurusan Kadar keuntungan
Mengira kadar harga kerja korekan dengan menggunakantangan
Mengira kadar kerja korekan dengan jentera.
UNIT 3
http://modul2poli.blogspot.com/
5/22/2018 C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan
63/279
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 / 2
KAEDAH BINA KADAR
KAEDAH BINA KADAR
3.0 PENGENALAN
Didalam kerjakerja binaan terdapat beratusratus matabenda kerja( item of works )
yang terlibat. Semasa kerja kerja di tapak kontraktor akan menggunakan berbagai
cara dan teknik untuk menyiapkan kerja termasuklah menggunakan bahan binaan,
buruh dan kelengkapan dapat berjalan dengan memuaskan.
Semua perkara di atas memerlukan perbelanjaan kewangan kontraktor. Bagi
kontraktor yang berpengalaman, mereka kurang menghadapi masalah kerana mereka
biasanya menyimpan segala maklumat dan data tentang kerja- kerja yang telah
disiapkan
Walaubagaimana pun harga- harga bagi setiap matabenda akan sentiasa berubah dari
semasa kesemasa bergantung kepada keadaan ekonomi, masalah buruh, kenaikan
harga, cukai, kehendak undang-undang dan sebagainya.
Oleh itu pengetahuan harga bahan binaan, pasaran dan harga buruh serta loji amatlah
penting untuk membantu seseorang pemborong dan ahli-ahli iktisas didalam
menentukan harga yang paling munasabah untuk setiap mata benda kerja.
I NPUT 3
http://modul2poli.blogspot.com/
5/22/2018 C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan
64/279
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 / 3
KAEDAH BINA KADAR
3.1 KEGUNAAN DAN KEPENTINGAN KADAR HARGA DALAM KERJA
TAKSIRAN
Ahli ikhtisas seperti Jurukur Bahan akan menggunakan unit kadar diperingkat mereka
bentuk bangunan untuk mendapatkan harga anggaran sesuatu projek bagi tujuan
tujuan yang berikut :
Mengetahui peruntukan kewangan pihak majikan Mengetahui kesesuaian rekabentuk berdasarkan had peruntukan yang
dibenarkan oleh pihak majikan
Sebagai maklumat dan rekod untuk rujukan dan anggaran projek-projek dimasaakan datang.
3.2 DASARDASAR BINA KADAR
Unit kadar adalah bagi mata benda kerja yang dikira pada unit ukuran tertentu dimana
ianya meliputi kesemua harga harga yang mempengaruhi kos seperti bahan, buruh,
peralatan, pengurusan dan perolehan kepada syarikat.
Oleh itu dasardasar bina kadar adalah :
Kos bahan Kos buruh Kos loji dan kelengkapan Kos pengurusan Kadar keuntungan
Tetapi tidak semua matabenda kerja mengambil kira semua factor diatas. Ia
bergantung kepada jenis dan cara kerja yang akan dilaksanakan di tapak bina.
Contohnya:
Kerja penggalian dengan tanganHanya kos buruh, tanggungan syarikat dan keuntungan sahaja yang
perlu diambil kira.
Mengikat batu Bata
http://modul2poli.blogspot.com/
5/22/2018 C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan
65/279
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 / 4
KAEDAH BINA KADAR
Mengambil kira faktor kos buruh, bahan, tanggunagn syarikat dan
keuntungan.
Membancuh konkrit menggunakan jenteraKelima-lima kos diatas perlu diambil kira.
3.2.1 Kos BahanFaktorfaktor yang menentukan kos bahan adalah :
Harga asal bahanHarga yang tidak mengambil kira kadar keuntungan, kos
pengangkutan dan lain-lain. Merupakan harga bahan di kilang atau
harga dari pembekal atau juga dikenali sebagai harga pasaran.. Harga
asal bahan akan berubahubah dari masa ke semasa dan juga dari
satu tempat ke satu tempat.
Kos pengangkutan ke tapak binaBayaran yang dikenakan bagi tujuan mengangkut bahan binaan ke
tapak bina. Ini termasukaln sebarang tambahan kos untuk membawa
bahan binaan ke tapak . Biasanya pembekal menentukan harga yang
tertentu mengikut tempat . Semakin jauh tapak bina dari kilang atau
gudang, maka semakin tinggi kos pengangkutannya. Kos
pengangkutan termasuk juga kon untuk menurunkan barang samada
menggunakan tenaga buruh atau menggunakan jentera seperti fork
lift atau menggunakan kren.
Kos MenyimpanAdalah kos untuk menyimpan bahan binaan yang mudah rosak seperti
simen, kaca dan jubin atau bahan-bahan yang mudah terbakar seperti
kayu disamping untuk tujuan keselamatan.
http://modul2poli.blogspot.com/
5/22/2018 C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan
66/279
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 / 5
KAEDAH BINA KADAR
Pembaziran dan KerosakanBagi bahan bahan yang mudah rosak atau tidak digunakan
sepenuhnya hendaklah dikira sebagai pembaziran. Dianggarkan
antara sepuluh hinngga lima belas peratus bahan-bahan binaan di
tapak bina mengalami pembaziran dan kerosakan. Nilaian pembaziran
berbeza bergantung kepada jenis bahan, jenis kerja dan kecekapan
kerja. Pembaziran dikira dari peringkat pesanan hingga ke masa
proses pembinaan. Secara amnya nilai pembaziran mengikut jenis
bahan adalah seperti berikut :
Simen 5% Genting 2% Kayu 5% Keluli 10%
3.2.2 Kos Buruh
Kos buruh adalah bayaran kepada seseorang pekerja setelah iamenyempurnakan sesuatu bidang pekerjaan. Bayaran kepada pekerja berbeza
mengikut kemahiran seseorang pekerja. Secara amnya terdapat empat jenis
buruh yang terdapat dipasaran ;
Tukang
Orang yang mahir malaksanakan sesuatu bidang pekerjaan dalam
segi pertukangan seperti tukang kayu, tukang besi, penurap bata
tukang melepa tukang paip dan sebagainya. Tukang akan dibayar
upag mengikut kadar harian atau jam ( sehari adalah 8 jam kerja ).
Upah tukang boleh mencapai RM 80.00 sehari bergantung kepada
jenis dan kerumitan kerja.
http://modul2poli.blogspot.com/
5/22/2018 C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan
67/279
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 / 6
KAEDAH BINA KADAR
Buruh Separuh Mahir
Pekerja yang bekerja sebagai pembantu kepada tukang. Biasanya
pekerja separuh mahir diperlukan apabila terdapat banyak kerja-kerja
yang sama perlu dilaksanakan oleh tukang. Kadar upahnya adalah
antara RM 25.00 hingga RM 40.00 sehari.
Buruh Kasar
Buruh yang kurang mahir melakukan sesuatu pekerjaan. Mereka
melakukan kerja mengikut yang diarahkan oleh tukang atau buruh
separuh mahir. Di tapak bina buruh kasar diperlukan untuk
melakukan kerja kerja seperti mengangkut bahan binaan,
membuang bahan binaan dan membersihkan tapak bina. Bayaran
untuk buruh kasar adalah antara RM 15.00 hingga RM 25.00.
Kepala
Seseorang yang mengetuai sekumpulan pekerja seperti tukang,
pekerja separuh mahuir dan buruh kasar. Bertanggungjawab untuk
mengendali dan menyelia kerjakerja di tapak pembinaan bagi pihak
kontraktor. Kepala biasanya orang yang berpengalaman dalam bidang
tertentu termasuklah pengurusan bahan binaan, alatan, loji dan
menguruskan buruh. Kepala dibayar mengikut gaji bulanan dan
diperuntukkan didalam kos pengurusan syarikat kontraktor
berkenaan.
http://modul2poli.blogspot.com/
5/22/2018 C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan
68/279
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 / 7
KAEDAH BINA KADAR
Angkatap Buruh
Kemahiran dan keupayaan buruh tidak sama diantara satu sama lain.
Oleh itu, kemahiran perlu diukur secara angkatap buruh. Angkat buruh
bermaksud purata masa yang diambil oleh seseorang pekerja
menyiapkan sesuatu kerja sehingga siap mengikut unit unit tertentu.
Unitunitnya adalah seperti jam/m, jam/m2, jam/m
3dan jam/kg.
3.2.3 Kos Loji dan Kelengkapan
Kontraktor akan menggunakan berbagai loji dan kelengkapan untuk
melaksanakan kerjakerja di tapak bina dengan tujuan menjimatkan masa dan
tenaga. Boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu :
Loji Tidak Berjentera
Merupakan alatan asas dalam kerja pertukangan. Biasanya dimiliki
sendiri oleh kontraktor. Hargaharga untuk loji tidak berjentera
dimasukkan sebagai kos pengurusan syarikat kontraktor. Contoh
contoh loji tidak berjentera adalah seperti peranca, tangga, kereta
sorong, peralatan tangan, bakul, baldi dan sebagainya.
Loji Berjentera
Untuk menggunakan loji atau peralatan berjentera kontraktor
hendaklah memperuntukkan sejumlah wang untuk membeli dan atau
menyewa peralatan tersebut. Oleh yang demikian modal untuk
membeli dan menyewa alat-alat tersebut patutlah dikira semula untuk
mendapatkan kos modal yang telah dikeluarkan. Cara mendapat balik
wang modal yang digunakan untuk membeli peralatan tersebut ialah
http://modul2poli.blogspot.com/
5/22/2018 C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan
69/279
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 / 8
KAEDAH BINA KADAR
dengan menganalisa harga penggunaan alat-alat itu sejam sehari dan
juga upah buruh yang mengendalikan peralatan tersebut .
Jenis jenis peralatan berjentera adalah seperti lori, jentolak,
jengkorek, penggaul konkrit , penggetar konkrit, alat pemadat dan
sebagainya.Peralatan berjentera sama ada disewa atau dibeli sendiri
oleh kontraktor bergantung kepada kedudukan kewangan kontraktor
atau berdasarkan keperluan sam ada secara berterusan atau sekali
sekala.
Cara
cara menganalisa jentera
Analisa jentera yang disewaBiasanya kadar sewaan adalah termasuk jentera, pemandu dan
minyak. Kadar semasa ialah antara RM 90.00 hingga RM 160.00
sehari.
Analisa jentera yang dibeliJentera kepunyaan sendiri diperolehi melalui pembelian terus dari
syarikat pembekal loji.. Modal yang banyak diperlukan dan
kontraktor perlu mengendalikan sendiri jentera berkenaan.
Pada asasnya koskos yang ditanggung oleh kontraktor adalah :
Kos susutan bagi satu jentera yang digunakan sehingga jenteratersebut dijual dengan harga terpakai.
Kos kehilangan pelaburan iaitu kewangan yang digunakanuntuk membeli jentyera merupakan satu pelaburan.
Kontraktor sebenarnya menanggung faedah atas pelaburan
yang dibuat.
Kos selenggaraan iaitu menyelenggara jentera supaya dapatberfungsi dengan sempurna
http://modul2poli.blogspot.com/
5/22/2018 C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan
70/279
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 / 9
KAEDAH BINA KADAR
Kos pengangkutan iaitu pengangkutan ke tapak binasepanjang tempoh kerja.
Kos kendalian jentera iaitu upah pemandu dan pembantu sertapenggunaan bahan api.
3.2.4 Kos Pengurusan SyarikatKos pengurusan syarikat ialah kadar perbelanjaan yang ditanggung oleh
syarikat untuk mengurus dan mentadbir kakitangan dan kelengkapan pejabat.
Perkaraperkara tersebut termasuklah :
Gaji, elaun dan lainlain bayaran untuk semua kakitangan syarikat. Sewa pejabat, gedung setor, bengkel dan lainlain. Bayaran elektrik, telefon, pos, insuran, telek,telegraf dan lainlain.
Kelengkapan pejabat seperti perabut, mesin taip, komputer, mesin
fotokopi, kertas, alat tulis dan lain-lain. Bayaran untuk mengendalikan bengkel dan untuk perkakas
perkakas yang tidak berjentera
Kos pengurusan dikira secara peratus daripada kos bahan, buruh dan loji iaitu
diantara lima hingga sepuluh peratus. Nilaian peratus kos pengurusan dikira
dengan membahagikan jumlah hitung panjang wang masuk atau wang
pembalikan untuk setahun dengan jumlah kos pengurusan syarikat.
http://modul2poli.blogspot.com/
5/22/2018 C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan
71/279
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 / 10
KAEDAH BINA KADAR
Contoh :
Katakan wang masuk atau wang pembalikan syarikat untuk setahun adalah RM
1,000,000.00, Manakala kos pengurusan setahun adalah RM 50,000.00.
Nilaian peratus kos pengurusan = Kos Pengurusan
-------------------
Wang Masuk
= RM 50,000.00
----------------- x 100 %
RM 1,000,000.00
= 5%
3.2.5 Kadar Keuntungan
Bagi menjamin perniagaan kontraktor dapat berjalan dengan sempurna, maka
syarikat memerlukan sedikit peruntukan untuk menampung kos tanggungan
pengurusan dan pentadbiran sesuatu kontrak.
Kadar keuntungan dikira secara peratus daripada semua kos bahan, buruh dan
loji. Keuntungan yang dikira adalah keuntungan kasar ( gross profit ).
Keuntungan kasar terdiri daripada:
Keuntungan bersih ( nett cost ) Kos Pengurusan ( overhead )
http://modul2poli.blogspot.com/
5/22/2018 C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan
72/279
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 / 11
KAEDAH BINA KADAR
Kadar peratusan yang diambil adalah berbeza antara satu firma dengan satu
firma yang lain bergantung kepada saiz kontrak, jenis kerja, beban kerja sedia
ada, risiko kontrak dan jangka masa kontrak.
Sekiranya kontraktor mahu keuntungan bersih sebanyak 5%, maka
Keuntungan kasar = Keuntungan bersih + Kos Pengurusan
= 5% + 5%
= 10%
Biasanya kadar peratus keuntungan adalah antara sepuluh peratus hingga lima
belas peratus.
3.3 MEMBINA KADAR KERJA PENGGALIAN
Terdapat dua cara kerja penggalian yang biasa di jalankan di tapak bina bergantung
kepada isipadu tanah yang hendak digali serta kerumitan kerja yang dihadapi:
Kerja penggalian dengan tangan ( Manual)
Menggunakan peralatan tangan seperti cangkul dan penyodok. Sesuai untuk
kerja-kerja kecil dan di tempat yang sempit.
Kerja Penggalian dengan Jentera
Menggunakan jentera seperti traktor, jentolak,jengkaut dan jengkorek. Sesuai
untuk kerja pengorekan yang besar dan luas.
http://modul2poli.blogspot.com/
5/22/2018 C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan
73/279
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 / 12
KAEDAH BINA KADAR
Pertambahan Isipadu tanah
Apabila tanah digali dan tanah itu hendak dibuang ke tempat yang lain, isipadu tanah
tersebut telah bertambah daripada isipadu asalnya. Oleh itu factor pertambahan
isipadu hendaklah diambil kira semasa membina kadar kerja penggalian. Peratus
pertambahan berbeza-beza mengikut jenis tanah yang digali.Peratus pertambahan
isipadu selepas penggalian adalah seperti dalam jadual 4.4.
Jenis tanah Peratus Pertambahan Isipadu
Pasir
Tanah liat
Tanah Biasa
Batu bata
10%
20%
25%
50%
Jadual 3.0 : Jadual Pertambahan Isipadu tanah
Pengiraan kos kerja penggalian hendaklah mengambil kira kos perkaraperkara
Berikut :
Kos untuk menggali Kos untuk mengangkut dan membuang tanah yang telah digali Kos untuk mengembalikan, mengisi dan menghentak Kos untuk meratakan bahagian dasar korekan, dan Kos untuk memampan dan menupang sisi penggalian sekiranya perlu.
Unit Pengukuran untuk kerjakerja penggalian adalah dalam meter padu kecuali bagi
kerja kerja penggalian tanah permukaan yang tidak melebihi 300mm dalam adalah
dalam unit meter persegi.
http://modul2poli.blogspot.com/
5/22/2018 C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan
74/279
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 / 13
KAEDAH BINA KADAR
3.3.1 Membina Kadar Kerja Penggalian Dengan Tangan
Bagi tujuan membina kadar kerja penggalian dengan tangan maklumat tentang
angkatap buruh untuk kerja penggalian dan kadar upah buruh sehari ( 8 jam )
adalah diperlukan.
Contoh angkatap buruh untuk kerja penggalian dengan tangan adalah seperti
jadual 3.1 :
Bil Huraian Kerja Unit Angkatap Buruh
1
2
3
4
5
Menggali timbusan tanah biasa
Menggali peparit tidak melebihi 1.5
meter dalam
Menggali peparit melebihi 1.5 meter
dalam tetapi tidak melebihi 3.00meter dalam
Mengangkut keluar tanah yang digali
dari tapak pembinaan jaraknya tidak
melebihi 100 meter.
Mengisi tanah kedalam lori
M3
M3
M3
M3
M3
1.20 jam
1.74 jam
2.61 jam
1.2 jam
1.00 jam
Jadual 3.1 : Angkatap Buruh kerja Korekan
http://modul2poli.blogspot.com/
5/22/2018 C2006_Aturcara Kontrak & Ukur Binaan
75/279
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 / 14
KAEDAH BINA KADAR
Bil Huraian Kerja Unit Angkatap Buruh
6
7
8
9
10
11
12
Menggali ruang bawah tanah tidak
melebihi 1.50 meter dalam
Menggali ruang bawah tanah melebihi
1.5 meter dalam tetapi tidak melebihi
3.00 meter dalam
Penggalian am keatas tanah timbus
Penggalian am keatas tanah liat
Penggalian am ke at