WAJ3106 HUBUNGAN ETNIKTANG CHOON BOEY BC2
Malaysia sebuah negara yang mempunyai masyarakatnya yang berbilang bangsa dan
majmuk dan terunggul di mata dunia. Disebabkan masyarakat berbilang bangsa,
masalah perpaduan dan integrasi merupakan satu masalah besar. Perubahan yang
wujud di antara kaum dari segi pemikiran, tingkah laku telah menimbulkan
pertelingkahan atau ketegangan dalam negara. Ini dapat dilihat melalui Peristiwa 13 Mei
1969 yang mengugat keselamatan dan keharmonian negara.Selepas tragedi 13 Mei
1969, para pemimpin sedar bahawa perpaduan tidak dapat dicapai secara semula jadi
dan telah mengatur pelbagai langkah untuk mewujudkan perpaduan di kalangan rakyat.
Perpaduan dan integrasi merupakan dua konsep yang berkait rapat dan
digunakan bersilih-ganti. Namun demikian, perpaduan dan integrasi merujuk kepada dua
proses yang berbeza.
Perpaduan Negara ialah satu keadaan di mana rakyat dari pelbagai kummpulan
etnik , agama dan wilayah, hidup dengan aman sebagai satu bangsa yang bersatu
dengan memberi komitmen yang penuh kepada identiti kebangsaan berlandaskan
kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.
Integrasi nasional merupakan satu proses dinamik yang merapatkan masyarakat
negeri-negeri dalam masyarakat bagi membentuk sata bangsa Malaysia yang
mempunyai identitinya sendiri berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun
Negara.
Pada masa kini ramai yang prihatin terhadap perpaduan dan integrasi nasional.
Dalam buku “Malaysia Kita” integrasi nasional bermaksud proses menyatu padukan
berbagai-bagai kumpulan yang mempunyai perbezaan kebudayaan dan sosial ke dalam
satu sistem wilayah bagi mewujudkan identiti nasional.
1
WAJ3106 HUBUNGAN ETNIKTANG CHOON BOEY BC2
Di samping itu, terdapat juga pendapat lain yang mengatakan integrasi nasional
sebagai satu bentuk integrasi sosial bersama mengetepikan perbezaan-perbezaan besar
tetapi dalam masa yang sama tidak menghilangkan identiti asas masing-masing.
Sarjana tempatan Haji Ishak bin Saat dalam bukunya “Sejarah Sosial
Masyarakat Malaysia” integrasi lebih merupakan penerapan cirri-ciri luar atau ciri-ciri
budaya kaum lain ke dalam sesuatu budaya hingga cirri-ciri itu dapat disebatikan dengan
budaya yang menerimanya.
Plural membawa maksud :
Masyarakat pelbagai bangsa di alam Melayu sebelum kedatangan kuasa-kuasa penjajah
iaitu Eropah yang terbentuk melalui proses semula jadi tanpa sebarang rancangan
pemaksaan di sebaliknya.
Maksud Pluralisme , Pluraliti, Pluralistik
Pluralisme Pluraliti Pluralistik
Ideologi yang menyama-
ratakan kepercayaan
dan pegangan yang
berbeza dalam
masyarakat.
Wujudnya kepelbagaian
bangsa, agama di suatu
tempat pada satu masa
secara semula jadi.
Contohnya :
Masyarakat Melaka
Wujudnya kepalbagaian
bangsa, agama di suatu
tempat pada satu masa
secara terancang atau
dipaksakan oleh pihak-
pihak tertentu yang
berkepentingan.
Contohnya :
Era Penjajah British.
2
WAJ3106 HUBUNGAN ETNIKTANG CHOON BOEY BC2
Dalam perbincangan saya ini, fokus lebih diberikan kepada masyarakat pluralistik
kerana kesannya terdapat dalam masyarakat Malaysia pada masa kini.
Masyarakat pluralistik terbentuk selepas zaman kedatangan orang-orang Eropah.
Penjajah membawa masuk pendatang asing dari China dan India ke Asia Tenggara
untuk kepentingan ekonomi. Dasar penjajah menyebabkan mereka gagal berasimilasi
dengan penduduk , alam sekitar dan sistem sosial-politik-agama yang wujud di Asia
Tenggara.
Sebagaimana yang pernah ditunjukkan oleh kajian Furnival (1956) ,negara-
negara Dunia Ketiga pasca merdeka amat teruk dikacau bilaukan oleh penjajah dengsn
polisi “ pecah dan perintah” . polisi sedemikian juga amat lumayan diamalkan oleh British
ke atas nenek moyang kita dahulu sebelum merdeka kerana pendekatan sedemikian
menguntungkan pihak penjajah. Bagi Furnival falsafah sedemikian telah mewujudkan
dan mengukuhkan pluralisme atau suatu bentuk masyarakat berbilang kaum yang “they
mix but do not combine” atau dalam bahasa Melayu “mereka bercampur tetapi tidak
bersatu” . Bagi Furnival falsafah pluralisme sedemikian lebih banyak mendatangkan
bencana kepada kestabilan sosial dan politik Negara.
Kesannya wujud kelompok-kelompok masyarakat yang hidup terasing daripada
kelompok yang lain walaupun tinggal di tempat yang sama yang dikenali sebagai
masyarakat majmuk.
3
WAJ3106 HUBUNGAN ETNIKTANG CHOON BOEY BC2
Hubungan dengan China dan India telah menjadi titik permulaan kepada
pembentukan masyarakat pluralistik. Faktor perdagangan di Tanah Melayu menjadi
persinggahan para pedagang dari kedua-dua benua tersebut.
Abad ke-7 Masihi, kewujudan institusi pengajian agama di alam Melayu pada
zaman kerajaan Melayu Sri Vijaya. Alam Melayu terkenal sebagai pusat pengajian dan
penyebaran ilmu pengetahuan. Melalui perdagangan antara Tanah Melayu dan India-
China telah tersebar agama Hinduisme dam Buddhisme.
Menurut salah seorang tokoh ilmuan, Hinduisme dan Buddhisme tidak memberi
kesan yang besar dalam kehidupan rakyat biasa berbeza dengan pengaruh Islam.
Buktinya, tidak terdapat kitab-kitab yang membincangkan idea-idea besar seperti
falsafah, ketuhanan dan lain-lain yang berasaskan Hinduisme dan Buddhisme di alam
Melayu, tetapi yang ada hanya kitab-kitab yang bersifat kesenian.
Hinduisme dan Buddhisme diterima baki dalam kalangan pemerintah alam Melayu
sebelum kedatangan Islam. Mitos Hinduisme mengukuhkan institusi raja di alam Melayu.
Kebesaran raja-raja juga digambarkan menerusi candi-candi yang didirikan.
Masyarakat pluralistik terbentuk daripada penjajah, terutamanya penjajahan
British. Ia jugs berkait rapat dengan dasar British mengeksplitasikan ekonomi Tanah
Melayu untuk keuntungan yang cepat dan maksimum.
Pihak British telah menyebabkan migrasi orang Cina ke Tanah Melayu. Mereka
berasal dari Kwangtung dan Fukien dan dibawa masuk melalui sistem kontrak buruh,
tiket kredit secara berkumpulan dan persendirian. Menurut kajian, pada tahun 1895-
1927 lebih daripada 6 juta orang Cina berhijrah ke Tanah Melayu. Manakala pada tahun
1931, 34% daripada penduduk Tanah Melayu ialah Orang Cina.
4
WAJ3106 HUBUNGAN ETNIKTANG CHOON BOEY BC2
Di Sarawak pula, orang Cina lebih bertumpu di kawasan Sibu , Miri dan Bintulu.
Manakala di Sabah, Syarikat Borneo Utara, British membawa masuk buruh asing seperti
orang Cina, Filipina, Jawa dan Jepun. Mereka diarah untuk bekerja di lading tembakau,
getah, kelapa, pembalakan dan pemeliharaan mutiara.
Migrasi orang India juga turut berlaku pada masa itu. Mereka dibawa dari India
Selatandan dibawa melalui sistem Kangani. Situasi ini bermula pada tahun 1880-an dan
berlaku pesat pada abad ke-20.
Menurut satu kajian pada tahun 1911 sebanyak 10% daripada penduduk Tanah
Melayu ialah orang India dan meningkat kepada 15% pada tahun 1921. Mereka bekerja
di lading-ladang getah, sektor perkhidmatan kerja raya.
Terdapat juga migrasi penduduk Melayu dari Indonesia, Jawa dan Sumatera.
Mereka kebanyakannya bekerja dalam sektor pertanian dan tinggal di luar bandar.
Migrasi lain yang terdapat pada masa itu ialah migrasi penduduk Arab, Parsi dan Ceylon.
Terbuktilah bahawa migrasi menjadi salah satu faktor kepada terbentuknya masyarakat
pluralistik.
5
WAJ3106 HUBUNGAN ETNIKTANG CHOON BOEY BC2
6
Politik Politik
Demokrasi di Malaysia telah berjalan lancar terutamanya semenjak
pilihanraya umum pertama tahun 1955 iaitu tiga kumpulan etniik utama –
Melayu , Cian dan India telah bersatu untuk mendesak British memberikan
kemerdekaan. Selepas era 1960an perjalanan politik terus berkembang dinamik. Kerjasama
parti-parti politik dalam pakatan parti pemerintah telah berkembang dengan
peningkatan keahliannya. Contoh : penubuhan Barisan Nasional 1974.
Dasar-dasar kerajaan berkaitan hubungan etnik melalui formula tolak ansur
telah berjaya mengekalkan keharmonian masyarakat di Malaysia.
Perlembagaan Perlembagaan
Perlembagaan merupakan panduan asas kepada pelaksanaan sistem politik dan
mencatatkan kontrak sosial dipersetujui bersama antara kaum di negara ini.
Orang Melayu bersetuju memberi taraf kerakyatan kepada orang bukan Melayu.
Orang bukan Melayu bersetuju ke atas peruntukan hak keistimewaan orang Melayu
Kontrak sosial merupakan satu kepakatan yang telah dirunding, pembentukan parti-
parti politik etnik dan “coalition” sebagai model permuafakatkan polotik (Parti
Perikatan, Barisan Sosialis. Barisan Nasional, Barisan Alternatif). Setiap etnik
mempunyai wakil dalam bentuk parti politik dan mencapai persepakatan untuk hidup
dalam aman dan damai. PENDIDIKAN PENDIDIKAN
Semasa penjajahan dibahagikan kepada 3 pringkat:
Pendidikan British rendah dan menengah
Sekolah Melayu peringkat rendah. Terdapat juga sekolah agama/Quran
Sekolah vernacular Cina dan India
WAJ3106 HUBUNGAN ETNIKTANG CHOON BOEY BC2
CABARAN POLITIK
Politik perkauman boleh menimbulkan perasaan kurang senang dan
mengukuhkan semangat perkauman jika sesuatu tindakan diambil tanpa mendapat kata
sepakat oleh semua pihak. Isu-isu perkauman seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan,
agama, kerakyatan dan ekonomi jika dipergunakan untuk tujuan berpolitik, pastinya ia 7
EKONOMI EKONOMI
Sistem pendidikan kebangsaan telah dibentuk berasaskan keseragaman
kurikulum,sukatan matapelajaran dan orientasi melalui :
Laporan Razak 1956
Laporan Rahman Talib
Matlamat kedua-dua laporan : menyatukan kanak-kanak daripada berbilang etnik
di bawah satu sistem pendidikan kebangsaan dengan menggunakan satu bahasa
pengantar tunggal – Bahasa Melayu.
Isu yang berkaitan dengan ekonomi memerlukan iltizam yang kuat daripada
semua pihak untuk merapatkan jurang yang sedia ada.
Keperluan untuk membetulkan kedudukan dimensi ekonomi ini amat
mendesak kerana ia menjadi sebagai salah satu asas utama dalam memupuk
kerjasama antara etnik.
Ketidak seimbangan kedudukan ekonomi berdasarkan etnik juga harus diatasi
kerana ia dapat menjadi sumber pencetus konflik. Contoh : peristiwa 13 Mei
1969. Pada tahun 1957 kerajaan telah menggiatkan usaha untuk mengatasi
pelbagai masalah sosio-ekonomi dan sosio –politik, iaitu empat peringkat
rancangan pembangunan ekonomi negara untuk membangunkan ekonomi
negara.
WAJ3106 HUBUNGAN ETNIKTANG CHOON BOEY BC2
tidak akan menyumbang ke arah masyarakat yang bersatu padu. Seperti yang diketahui,
setiap kaum di Malaysia diwakili oleh parti politik masinng-masing. Hal ini menyebabkan
semangat perkauman yang menebal dalam diri setiap individu. Ia menyebabkan setiap
kaum sukar untuk menerima pemimpin daripada kaum lain serta akan memperjuangkan
hak dan kepentingan kaum masing-masing.
Implikasinya mengakibatkan semau etnik akan saling berusaha untuk
mengekalkan identiti kaumnya sendiri tidak kira dari aspek bahasa dan budaya. Mereka
akan terus cuba untuk mempertahankan hak mereka agar mereka juga mendapatkan
hak yang sama rata. Selain itu, semangat taat setia pada negara Malaysia juga tidak
wujud di kalangan etnik kerana masing-masing pasti ingin menaburkan bakti pada kaum
mereka sahaja dan hanya mementingkan kemajuan kaum mereka. Lambang bendera
Malaysia akan tinggal sebagai lambang sahaja jika semua etnik hanya mementingkan
hak etnik masing-masing.
CABARAN SOSIAL
Pemisahan penempatan
Ia akibat dasar “pecah dan perintah” yang diamalakn sejurus selepas British
menjajah Tanah Melayu. Ketiga-tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India bukan sahaja
tinggal di kawasan yang berbeza malah menjalankan pekerjaan yang berbeza. Hal ini
menyebabkan ketiga-tiga kaum ini tidak bergaul sesama mereka dan tidak mengenali
antara satu sama lain dan tidak boleh berinteraksi antara sesama mereka khususnya
mereka yang tinggal dalam wilayah yang bebeza. Hal ini berlaku akibat pemishan
fizikal yang disebabkan keadaan geografi di Sabah dan Sarawak.
Pengasingan sistem pendidikan
Setiap golongan etnik mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri. Maksudnya
di sini, pelajar Melayu menuntut di sekolah Melayu dan menggunakan bahasa
pengantaran bahasa Melayu, pelajar Cina menuntut di sekolah Cina dan menggunakan
bahasa Mandarin sebagai bahasa perantaraan, mankala pelajar India menuntut di
sekolah Tamil dan menggunakan bahasa Tamil.
8
WAJ3106 HUBUNGAN ETNIKTANG CHOON BOEY BC2
Sistem persekolahan yang memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda dan
perbezaan etnik kurang memainkan peranan berkesan bagi memupuk integrasi dan
persefahaman dalam kalangan pelajar. Keadaan ini hanya akan menyebabkan interaksi
mereka terhad dan hanya bergaul dalam kumpulan etnik yang sama tanpa
perkembangan budaya.
Implikasinya terhadap hubungan etnik memperlihatkan perbezaan dari aspek
lokasi yang berbeza merupakan perkembangan yang kurang sihat dalam pemupukan
hubungan etnik di Malaysia. Selain ini, ia hanya meningkatkan lagi perasaan kekitaan
atau etnosentrisme yang bermaksud persepsi yang melibatkan kelompok etnik lain
melalui kaca mata etnik itu sendiri. Keadaan sebegini hanya akan menimbulkan
prasangka dan mengekalkan kejahilan di dalam kalangan ahli bagi sesuatu golongan
etnik terhadap golongan etnik yang lain.
CABARAN EKONOMI
Dominasi sektor ekonomi
Dominasi sektor ekonomi memperlihatkan jurang yang luas antara setiap etnik.
Contohnya, majority kaum Melayu menguasai sektor pertanian yang memerlukan
banyak tenaga sumber manusia dan berteknologi rendah. Bagi kaum Cina, yang
umumnya menguasai sektor yang lebih maju seperti perniagaan, perdagangan dan
menggunakan teknologi moden. Manakala kaum India pula banyak terlibat dengan
perladangan di estet getah dan kelapa sawit. Tiap-tiap golongan etnik sentiasa
mencuba untuk bersaing dalam ekonomi ini untuk berusaha mendapatkan hak dan
keuntungan yang lebih besar.
Perbezaan pekerjaan
Perbezaan pekerjaan menghalang interaksi dengan lebih kerap. Contohnya,
golongan melayu hanya berinteraksi dengan Melayu sahaja tanpa bercampur gaul
dengan kaum lain. Hal ini membuatkan semangat perkauman semakin menebal dalam
diri setiap individu dan langsung tiada permuafakatan dengan kaum-kaum yang lain.
9
WAJ3106 HUBUNGAN ETNIKTANG CHOON BOEY BC2
Implikasinya mengakibatkan ketidakpuasan hati bagi semua golongan etnik. Bagi
kaum Melayu yang terlibat dalam sektor pertanian mendapat pendapatan yang sedikit
dan berkemungkinan mengalami kemiskinan. Situasi yang sama juga akan berlaku
terhadap kaum India yang di mana harga getah dan kelapa sawit adalah berlandaskan
kepada keadaan ekonomi di dunia. Golongan etnik Cina pula akan terus mencari
peluang-peluang keemasan dalam peniagaan dan mereka dapat hidup dalam hidup
yang cukup mewah. Namun begitu, mereka pasti berasa tidak puas hati yang di mana
kebanyakan peluang perniagaan diutamakan kepada kaum Bumiputera atau Melayu.
Sudah tentu timbulnya persoalan kepada mereka di mana hak mereka sedangkan
selama ini mereka banyak menyumbang kepada ekonomi negara. Isu-isu sebegini
merupakan perkara yang boleh menyebabkan negara kita bergolak.
Selain itu, dalam Rancangan Malaysia Kedua ada menyatakan perpaduan negara
tidak boleh dicapai tanpa kesaksamaan dan keseimbangan yang lebih besar dalam
kalangan kumpulan sosial etnik Malaysia melalui penyertaan mereka dalam
pembangunan negara dan dalam perkongsian manfaat daripada permodenan dan
pertumbuhan ekonomi. Sesungguhnya, perpaduan negara tidak boleh dipupuk
seandainya sebahagian besqarnya penduduk kekal miskin dan peluang pekerjaan yang
tidak mencukupi.
Fenomena kemiskinan bukan sahaja terdapat di kawasan luar bandar tetapi juga
di kawasan bandar. Keadaan ini boleh mengugat perpaduan negara kerana masalah
kemiskinan hanya menonjol dalam kalangan kelompok etnik yang tertentu sahaja.
CABARAN NILAI
Kaum Melayu, Cina dan India mempunyai agama, bahasa dan kebudayaan yang
berlainan. Perbezaan ini bertambah sukar apabila setiap kaum terus menebal dengan
10
WAJ3106 HUBUNGAN ETNIKTANG CHOON BOEY BC2
bahasa dan kebudayaan mereka sendiri. Setiap etnik tidak mempunyai perasaan
hormat menghormati dengan agama dan budaya etnik-etnik yang lain. Kesukaran untuk
hidup dalam satu masyarakat yang sama pasti akan menimbulkan kekecohan di
kawasan tersebut.
Masalah ini pasti mewjudkan ketidak elesaan juga mereka melihat budaya yang
sebelum ini belum pernah disaksikan oleh mereka. Golongan etnik-etnik ini tentunya
sukar untuk menerimanya dan tidak mungkin akan menerima apa-apa perubahan
walhal ianya memberikan banyak faedah dalam kehidupan seharian mereka. Mereka
akan mengutamakan anggota dari etnik yang sama dalam mendapatkan pekerjaan,
memilih sahabat dan mencari teman hidup .
Implikasinya ialah akan mengakibatkan anggota etnik lebih mengutamakan
anggota daripada etnik yang sama dalam memilih sahabat, mendapatkan pekerjaan.
Perkara ini seolah-olah sudah menjadi tegar kerana ia memang sukar untuk diubah
walaupun menggunakan peralatan atau teknologi moden. Setiap etnik tidak mempunyai
perasaan hormat menghormati dengan agama dan budaya etnik-etnik yang lain.
Kesukaran untuk hidup dalam masyarakat yang sama pasti akan menimbulkan
kekecohan di kawasan tersebut.
Masalah ini pasti mewujudkan ketidakselesaan dan golongan etnik ini tentu sukar
untuk menerimanya dan tidak mungkin akan menerima apa-apa perubahan walaupun
diberi banyak manfaat dan faedah dalam kehidupan seharian mereka.
CABARAN GLOBALISASI
11
WAJ3106 HUBUNGAN ETNIKTANG CHOON BOEY BC2
Cabaran globslisasi yang menunjukkan proses globalisasi serta pembaratan corak
hidup berasaskan ekonomi dan politik barat merupakan cabaran yang perlu dihadapi
oleh rakyat Malaysia pada masa kini.
Implikasinya ialah terdedah kepada pengaruh barat. Sekiranya dillihat daripada
sudut positif, budaya barat akan membawa pembaharuan kepada kita terutamanya dari
segi teknologi. Namum begitu, pengaruh Barat ini juga mewujudkan pelbagai unsure-
unsur yang negatif dari segi budaya hedonism e atau budaya budaya kuning. Seperti
yang biasa kita dengar, sesuatu yang buruk lebih senang diikut berbanding dengan
yang baik.
Para remaja yang bakal menjadi peneraju negara pada masa hadapan sudah
tercemar kerana budaya kuning yang dibawa ini. Jelasnya di sini dapat dilihat,
kehalusan dan ketimuran rakyat Malaysia semakin terhapus dari pengaruh Barat bagi
merealisasikan wawasan negara. Tradisi dan adat resam kita pasti akan hilang juga
kerana tiadanya insan yang ingin menjaganya daripada lupus dalam arus pemodenan
zaman.
12
WAJ3106 HUBUNGAN ETNIKTANG CHOON BOEY BC2
Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan eratv bersifat toleransi yang
mewujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk
mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan adalah
proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai
bersama serta perasaan cinta dan banggakan negara. Di samping itu juga, definisi
perpaduan menurut Kamus Bahasa Melayu terbitan Fajar Bakti Sdn Bhd nenakrifkan
sebagai penggabungan , peleburan, persesuaian, kecocokan dan perihal berpadu iaitu
bergabung menjadi satu dan sepakat.
Ekoran dari peristiwa 13 Mei 1969, kerajaan telah melaksanakan pelbagai
langakah atau dasar sosial, ekonomi dan politik kea rah pewujudan dan pengukuhan
perpaduan dan integrasi nasional. Usaha yang diambil oleh kerajaan telah memberi
kesedaran di masyarakat tentang kepentingan perpaduan dan integrasi nasional. Proses
pemantapan perpaduan serta integrasi nasional yang dilaksanakan oleh kerajaan
meliputi pelbagai bidang, di antaranya :
RUKUN NEGARA
Rukun negara merupakan dokumen awal yang menanamkan semangat
kesetiaan, kesopanan dan kesusilaan bagi mewujudkan pelbagai kaum. Menurut Tengku
Anuar dalam bukunya Pengetahuan Kenegaraan Malaysia mengatakan rukun negara
merupakan ideologi kebangsaan yang bertujuan untuk menyatukan fikiran, pendapat dan
perasaan rakyat tanpa mengira perbezaan yang berdasarkan asal keturunan, bahasa,
agama dan budaya. Tercetusnya masalah perpaduan pada 13 Mei 1969 telah mendesak
kerajaan menjalankan dasar yang lebih tegas. Rukun negara diperkenalkan pada 31
Ogos 1970 dan digubal oleh Majlis Perundangan Negara untuk memupuk integrasi
nasional. Secara terperinci, objektif rukun negara diperkenalkan adalah untuk mencapai
perpaduan yang lebih erat di kalangan masyarakat majmuk. Seterusnya ialah
membentuk sebuah negara yang adil dan saksama tanpa mengira kaum dan agama,
memelihara dan megekalkan prinsip demokrasi, membentuk sebuah masyarakat
13
WAJ3106 HUBUNGAN ETNIKTANG CHOON BOEY BC2
Malaysia yang liberal dan membina masyarat progresif yang akan menggunakan sains
dan teknologi moden.
Rukun negara melaksanakan dasar dan garis panduan supaya proses perpaduan
dapat dipercepatkan. Ia juga menggariskan prisip-prinsip yang harus diikuti dan
diamalkan oleh rakyat. Tidak dilupakan ia menyedarkan rakyat tentang kesan buruk yang
menimpa Negara akibat tragedi tersebut. Rukun negara membolehkan rakyat
mengamalkan toleransi dan tatasusila yang mulia.
DASAR EKONOMI BARU (DEB)
Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan pada tahun 1970-1990 sebagai tindak balas
kepada peristiwa 13 Mei 1969, rusuhan kaum yang dikatakan terjadi kerana jurang
perbezaan ekonomi. Dasar ini digubal untuk mencapai perpaduan negara melalui
penghapusan kemiskinan dan struktur sosio-politik dan ekonomi masyarakat yang tidak
seimbang. Matlamat DEB adalah untuik mencapai perpaduan negara dan integrasi
nasional. Strategi “serampang dua mata” diperkenalkan iaitu mengurangkan dan
akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah
peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum;
mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk
memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya
menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.
Peranan dan penyertaan kerajaan dalam kegiatan pembanguan ekonomi negara
melalui DEB amat jelas di mana DEB dijalankan bagi mencapai matlamat mengimbangi
perbezaan kedudukan ekonomi antara kaum. DEB secara jelas menetapkan kadar
kuantitatif minimum 30% sebagai matlamat pekuiti di sektor korporat dan dalam
penyusunan semula guan tenaga supaya mencerminkan komposisi penduduk. Berbagai
usaha yang telah diambil oleh kerajaan bagi mengatasi masalah sosial ekonomi dan
pelan pembangunan telah dirangka supaya dapat mengatasi beberapa masalah.
Antaranya ialah :
Mewujudkan peluang pekerjaan
Menambah daya pengeluaran dan pendapatan
14
WAJ3106 HUBUNGAN ETNIKTANG CHOON BOEY BC2
Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan di antara kaum dan di antara bandar
dan luar bandar
Memodenkan kehidupan di luar bandar
Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputra
Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat
Meningkatkan kemudahan infrastuktur
Pada pandangan saya DEB adalah satu dasar yang masih relevan dan harus
dipertahankan, Cuma cara pelaksanaannya perlu diperbaiki agar bersesuaian dengan
cabaran semasa. DEB perlu memasarkan golongan peringkat bawahan seperti golongan
petani dan nelayan agar turut merasai limpahan ekonomi negara. Dengan ini perpaduan
antara kaum dapat diatasi.
DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan menjadi tunjang kepada perpaduan negara. Tidak dapat dinafikan
bahawa sekolah dan pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam
pembinaan dan pembentukan negara dan rakyat yang bersatu padu. Sememangnya
Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa :
“ Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kea rah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insane yang
harmonis dan seimbang dqari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkemampuan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian masyarakat dan negara. “
15
WAJ3106 HUBUNGAN ETNIKTANG CHOON BOEY BC2
Secara tidak langsung dasar ini dapat melahirkan satu masyarakat Malaysia yang
bersatu padu dan berintegrasi seperti yang dihasratkan dalam Rukun Negara melalui
penggunaan dan penghayatan kurikulum yang bersepadu, penggunaan bahasa
pengantar dan sistem peperiksaan yang sama serta penglibatan aktif pelajar dalam
aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dirancang dan dilaksanakan sepanjang persekolahan
pe;lajar.
Kurikulum yang dibina bukan saja bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan dan
maklumat berbentuk akademik sahaja, bahkan ia juga dapat membentuk sahsiah,
keperibadian dan perwatakan murid yang diingini bagi memupuk perpaduan. Kurikulum
ini berorientasikan suasan Malaysia dan dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai
tahun 1983. Mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidkan Moral yang diperkenalkan
dapat mengukuhkan pegangan agama, menanam sifat-sifat mulia serta membentuk
tingkah laku yang bersopan santun dan saling menghormati sesama manusia.
Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-
sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Di bawah
konsep ini, dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan bahasa pengantar dan
pentadbiran akan ditempatkan dalam kawasan yang sama dan berkongsi kemudahan
asas seperti padang permainan, dewan dan kantin. Setiap sekolah akan mempunyai
bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu sama lain dengan menggunakan
jambatan penghubung (link-way). Pelaksanaan sekolah wawasan akan mewujudkan
persekitaran yang memberi peluang yang lebih luas kepada murid daripada pelbagai
kaum untuk bergaul dan berinteraksi secara langsung dalm pelbagai aktiviti.
WAWASAN 2020
16
WAJ3106 HUBUNGAN ETNIKTANG CHOON BOEY BC2
Wawasan 2020 merupakan satu wawasan yang amat mencabar bagi rakyat
Malaysia, khasnya golongan pelajar. Wawasan 2020 ini dikemukakan oleh bekas
Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 28hb Februari 1991 (Mok Soon Sang,
m/s 105). Wawasan 2020 meletakkan matlamat menjelang tahun 2020, Malaysia
sebagai sebuah Negara merdeka akan menjadi negara benar-benar maju, mampu
berdikari, progresif dan makmur. Objektif ini hanya dicapai jika rakyat Malaysia dapat
menghadapi dan mengatasi pelbagai halangan atau rintangan yang dianggap sebagai
cabaran.
Peranan pendidikan dalam proses pembinan bangsa Malaysia perlu diasaskan
kepada Wawasan 2020, iaaitu satu gagasan pembinaan masa depan masyarakat
Malaysia yang bertunjangkan kepada Sembilan Cabaran utama.
SEMBILAN CABARAN WAWASAN 2020
Pembentukan Masyarakat yang Bersatu padu
Pembentukan Masyarakat yang Bebas, Merdeka dan Cemerlang
Pembentukan Masyarakat Demokratik yang Matang
Pembentukan masyarakat yang Berakhlak Mulia dan Utuh
Pembentukan Masyarakat yang Toleran
Pembangunan Masyarakat Saintifik dan Maju
Pembinaan Masyarakat Penyayang
Pembentukan Masyarakat Keadilan Ekonomi-Sosial
Pembentukan Masyarakat Daya Saing dan Makmur
GAGASAN 1 MALAYSIA
17
WAJ3106 HUBUNGAN ETNIKTANG CHOON BOEY BC2
Matlamat 1 Malaysia adalah melahirkan sebuah negara bangsa Malaysia yang
terdiri daripada pelbagai kaum dan agama yang harus menganggap diri mereka sebagai
satu keluarga besar dalam satu negara bangsa Malaysia, malah berfikir dan bertindak ke
arah mencapai perpaduan yang jati antara berbilang kaum. Gagasan 1 Malaysia
berhasrat mewujudkan sebuah kerajaan yang berpaksikan kepada hasrat “ Rakyat
Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.
Gagasan 1 Malaysia menekankkan sikap penerimaan kelainan yang wujud di
kalangan rakyat sebagai satu realiti hidup rakyat Malaysia. Rakyat berbilang keturunan
dan etnik di Malaysia perlu menerima keunikan kaum yang lain. Rakyat Malaysia sedia
hidup sebagai satu “keluarga besar” dalam satu negara hak milik bersama.
Gagasan 1 Malaysia adalah pemangkin kepada kelahiran sebuah negara bangsa
yang mementingkan sikap kesamaan dan kekitaan di kalangan rakyat. Semua kaum
perlu menganggap bahawa mereka adalah rakyat jati di Malaysia di mana segala hasil
pembangunan perlu dinikmati secara bersama. Rakyat Malaysia perlu menganggap
Malaysia sebagai negara ibunda atau Negara kita bersama.
Gagasan 1 Malaysia mendukung prinsip keadilan social untuk semua kaum. Ini
bermakna nasib dan kepentingan semua kaum akan terbela agar mana-mana kaum atau
kumpulan masyarakat pun merasa mereka dipinggirkan. Malah kaum dan gologan
masyarakat yang memerlukan bantuan kerajaan akan diberikan keutamaan dalam
menerima bantuan yang sewajarnya. Dengan ini, Gagasan 1 Malaysia menegaskan
bahawa tidak siapapun rakyat Malaysia perlu menganggap diri mereka sebagai rakyat
kelas 2 atau dipinggirkan dalam arus pembanguan perdana negara ini. Malah setiap
kaum, bumiputra ataupun bukan bumiputra, yang memerlukan bantuan untuk
meningkatkan taraf dan kualiti hidup masing-masing akan dibantu kerajaan.
Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk membina Negara bangsa, semua kaum
perlu berusaha memperkasakan Gagasan 1 Malaysia dengan menumpukan perhatian
kepada penerapan nilai-nilai murni dan teras 1 Malaysia sebagai amalan hidup mereka.
18
WAJ3106 HUBUNGAN ETNIKTANG CHOON BOEY BC2
Usaha kerajaan untuk mewujudkan “sistem amaran konflik perkauman” telah
mengheret beberapa persepsi terhadap pencapaian negara dalam usaha meyemarakkan
perpaduan kaum. Antara persoalan yang terbangkit ialah sejauh manakah usaha
kerajaan selama ini berhasil untuk memakmurkan perpaduan kaum.
Menurut Dr Candra Muzaffar, masyarakat Malaysia lebih cenderung kepada
hubungan “fungsional” daripada hubungan “empatetik”. Maksudnya kita sekadar
berhubungan di pejabat, di pasar dan di tempat kerja, tetapi kita tidak mahu berkongsi
masalah yang melampaui sempadan-sempadan persekitaran.
Usaha jitu kerajaan untuk memakmurkan dan menyuburkan perpaduan kaum
melalui program perpaduan kaum antara masyarakat berbilang etnik telah banyak
terganggu dan kadangkala terbantut pada kadar yang tidak sanggup kita perakui.
Contohnya, kewujudan sekoalh-sekolah monoetnik, dan media massa monoetnik yang
memberikan tumpuan kepada etnik-etnik yang diperwakilkan melalui bahasa ibunda
masing-masing. Papan tanda iklan kedai-kedai di mana-mana bandar di Maalysia lebih
mengutamakan bahasa ibunda masing-masing.
Malaysia tidak sunyi daripada peristiwa yang condog kepada perbalahan etnik
seperti peristiwa penentangan Dong Jiao Zhong terhadap dasar kementeraian
pendidikan pada tahun 1987 yang membawa kepada pelaksanaan “Operasi Lalang”
yang menurut beberapa pemerhati politik. Perbalahan pengurusan sebuah kuil Hindu
dan masjid di Kampung Jawa, Pulau Pinang pada tahun 1998, tragedi Kampung Medan
pada tahun 2001, peristiwa pergaduhan etnik antara peserta PLKN, isu mahasiswa UM
yang tidak mesra dalam bentuk hubungan silang-etnik, mungkin mengundang kita semua
untuk sama-sama memikirkan tentang kejayaan dasar dan modus operandi perpaduan
kaum negara.
Memandangkan peristiwa yang berlaku di atas, usaha kerajaan untuk perpaduan
kaum tidak akan berjaya sekiranya rakyat Malaysia tidak mahu memberi sumbangan dan
kerjasama bagi menjayakan perpaduan rakyat berbilang kaum di Malaysia.
19
WAJ3106 HUBUNGAN ETNIKTANG CHOON BOEY BC2
Terdapat peribahasa Melayu berbunyi ,”bulat air kerana pembentung, bulat
manusia kerana muafakat”. Semangat perpaduan berperanan signifikan dalam usaha
melahirkan masyarakat yang bermuafakat dan menyemarakkan semangat integrasi
nasional dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum selaras inspirasi “ Satu Malaysia”.
Walau bagaimanapun, alangkah kecewanya melihat semangat yang murni ini kian hari
kian ditelan kemodenan dan diabaikan oleh generasi muda ini. Untuk mengelakkan
semangat perpaduan daripada terkubur begitu sahaja, institusi keluarga memainkan
peranan penting untuk menyuntik semangat perpaduan yang luhur dalam sanubari
generasi muda yang merupakan bakal pelapis kepimpinan tahah air.
Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, teladan ibu bapa atau lebih
dikenali sebagai “role model” untuk menyemai semangat solidariti dalam kalangan anak-
anak. Dalam konteks ini, ibu bapa wajar menunjukkan suri teladan yang baik dengan
menjalinkan perhubungan yang erat dan karib dengan jiran tetangga. Sempena
sambutan perayaan, ibu bapa haruslah mengadakan majlis rumah terbuka. Secara tidak
langsung, amalan ini dapat membentuk ikatan silaturahim dan memperkukuh semangat
kejiranan dalam kalangan jiran tetangga setempat. Justeru, perpaduan akan bertambah
kukuh dan teguh.
Semangat mahmudah yang jitu turut mampu diterap dalam jiwa generasi muda
melalui dorongan yang diberi oleh anak-anak mereka untuk menyertai aktiviti-aktiviti
yang dapat mengukuhkan perpaduan antara kaum di sekolah seperti PLKN, RIMUP dan
sebagainya. Maka program-program khas yang diwujudkan untuk remeja ini amatlah
efektif dalam menjana peluang untuk mewujudkan interaksi antara generasi muda.
Strategi serampang dua mata ini bukan sahaja dapat menyemai semangat perpaduan
dalam kalangan remaja malahan mampu menyemarakkan semangat patriotisme mereka.
Program RIMUP berjaya menyatukan pelbagai kaum. Contohnya, sekolah saya
telah bersama-sama menjayakan program ini setiap tahun. Anak murid sekolah saya
akan bersama-sama dengan anak murid dari SK dan SJKT yang berada di komplek
Jabatan Pendidkan Negeri Kedah untuk menjalankan aktiviti permainan, larian merentas
desa dan persembahan tarian tradisional pelbagai kaum. Kami berinteraksi dengan
gembira. Melalui PLKN pula , anak-anak muda dapat bergaul dengan mesra antara
20
WAJ3106 HUBUNGAN ETNIKTANG CHOON BOEY BC2
satu sama lain. Ini dapat dilihat melalui anak saya yang telah menyertai PLKN awal
tahun ini. Dia dapat berinteksi mesra dengan pelatih-pelatih semasa di kem. Walaupun
mereka sudah tamat berlatih, tetapi mereka tetap bersiul muka dan selalu berinteraksi
sesama mereka melalui internet. Dengan cara ini, perpaduan dapat dipupuk di kalangan
generasi muda.
Lambang-lambang kebesaran negara seperti bendera, lagu kebangsaan dan jata
negara juga harus dikenali dan dihormati oleh setiap warganegara Malaysia. Bendera
negara kita, Jalur Gemilang haruslah dikibarkan dengan penuh semangat dan dihormati
sebagai sesuatu yang suci. Kita juga harus berdiri tegak semasa menyanyikan lagu
Negaraku, menghayati liriknya dan menyanyikannya dengan penuh bersemangat.
Semangat kekitaan juga amat penting dalam mengekalkan perpaduan. Semangat
kekitaan dapat diamalkan dengan memupuk amalan tolak ansur dan bertoleransi antara
masyarakat. Kita haruslah sanggup bertolak ansur, sabar dsn mengawal diri deemi
mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejateraan hidup. Sifat
bersatu padu antara masyarakat yang berbilang kaum amat penting untuk mewujudkan
keharmonian dan semangat berjuang untuk negara, bukannya untuk bangsa dan kaum
sendiri.
Kita harus sentiasa hormat menghormati antara satu sama lain tanpa mengira
kedudukan, bangsa atau agama. Kita tidak berhak mengkritik atau mengutuk adat resam
dan kepercayaan kaum lain. Aktiviti yang melibatkan penglibatan pelbagai kaum seperti
gotong-royong dapat memupuk semangat bermasyarakat antara kaum.
Sifat berdisiplin juga amat penting dalam memupuk perpaduan. Peraturan dan
undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan haruslah dipatuhi untuk kesenangan
semua pihak. Seseorang rakyat haruslah berakhlak dan berbudi pekerti mulia untuk
membolehkan berinteraksi dengan mudah. Rakyat yang peramah sudah tentu dapat
meningkatkan reputasi negara.
Kita juga harus berkelakuan sopan supaya tidak dilabelkan sebagai rakyat yang
biadap atau kurang ajar. Seseorang rakyat juga haruslah mempertahankan serta
21
WAJ3106 HUBUNGAN ETNIKTANG CHOON BOEY BC2
menjunjung Perlembagaan Negara untuk menwujudkan keamanan dalam negara.
Rakyat yang bersifat amanah dan jujur akan dipercayai oleh orang lain dan ini akan
membawa perpaduan antara rakyat.
Rakyat juga harus berusaha dengan gigih dan bersifat produktif untuk memajukan
negara. Rakyat yang rajin dan gigih dapat meningkatkan prestasi ekonomi negara dan
taraf hidup mereka. Rakyat juga harus tabah menerima sesuatu cabaran atau
pembaharuan dalam negara tanpa menjejaskan perpaduan negara.
Seperti yang terkandung dalam pepatah Melayu “ Bersatu Kita Teguh, Bercerai
Kita Roboh”, semangat perpaduan yang menjadi panduan hidup anak watan merupakan
inti kepada pembentukan masyarakat harmoni. Untuk merealisasikan matlamat ini, iaitu
membentuk masyarakat sakinat dan mengecapi perpaduan antara kaum.
Akhir kata, perpaduan adalah amat penting dalam sesebuah negara untuk
menjamin kedamaian di kalangan rakyat. Oleh itu, kita haruslah bekerjasama
mengekalkan perpaduan di negara kita untuk kebaikkan semua.
22
WAJ3106 HUBUNGAN ETNIKTANG CHOON BOEY BC2
Bibliografi
Zahid Emby dalam Asnarulkhadi Abu Samah & Jayum A. Jawan. (1997). Kenegaraan Malaysia. Serdang: Penerbit Universiti Putera Malaysia.
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/242-dasar-pendidikan-kebangsaan.html
1.Shahril @ Charil Marzuki, Zainun Ishak, Lee Pau Wing, Dr. Saedah Siraj, Pendidikan Di
Malaysia, 1993, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.
2.Juriah Long, Halimah Badioze Zaman, Putih Mohamed, Zalizan Mohd Jelas, Aliran Dalam
Amalan Pendidikan Menjelang Abad Ke-21, 1992, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia,
Bangi.
3.Educational Planning and Research Division, Education In Malaysia, 1980, Kementerian
Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.
4. Asnarulhadi Abu Samah dan Jayum A. Jaw an 1997. Kenegaraan Malaysia. Universiti Putra
Malaysia. DASAR EKONOMI BARU (DEB) (1970–1990)137.
5.Pengajian Am Kenegaraan Malaysia, Mohd. Thajudin Abd. Muthalib, East View, 1997.
6.Pengajian Am Kertas 900/1, Prof Madya Dr. Cheu Hock Tong, Pustaka Sarjana, 2001.
7.Tun Mohammad Suffian Hashim, Mengenal Perlembagaan Malaysia, Tun Mohammad Suffian
Hashim, DBP, 1984. 8.http://blog.cari.com.my/index.php?
op=ViewArticle&articleId=7753&blogId=453 9. http://www.wikipedia.com
10. http://elib.uum.edu.my/kip/Record/0000113089
23