1
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK
BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS (PROJEK/AMALI)
NAMA : BATI ANAK AING Angka Giliran Pelajar : 2012021360034
Tajuk Tugasan : Pengurusan Makmal Sains Dan Sumber
Pensyarah : Hj. Zailani Bin Jaya Kursus/Matapelajaran : SCE3123
Tarikh Hantar : 27 SEPT 2014 Tarikh Diterima :
Perincian maklum Balas Tugasan
Pemeriksa :
Moderator (Jika berkenaan)
Kekuatan :
Kekuatan :
Aspek yang boleh diperbaiki: Aspek yang boleh diperbaiki:
Tandatangan : Tarikh :
Tandatangan : Tarikh :
Pengesahan pelajar tentang maklum balas yang diberikan pensyarah. Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuk dan fahami. Catatan (Jika ada) Tandatangan Pelajar : Tarikh :
Pengakuan Pelajar Saya mengaku tugasan ini adalah hasil saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan : __________________ Tarikh : 27 Sept 2014 (BATI ANAK AING)
2
Pengenalan
Perancangan yang tepat adalah perlu untuk memastikan bahawa setiap sen
yang diperuntukkan oleh kerajaan kepada pihak sekolah adalah berbaloi. Justeru
pegawai yang bertanggungjawab perlulah merancang dan menentukan keperluan
makmal sains dan bukannya sekadar menghabiskan peruntukkan yang diberikan.
Untuk memastikan ini dijalankan dengan sepatutnya maka satu jawatan kuasa perlu
dibentuk untuk mngelakkan berlakunya pembaziran dan juga mungkin unsur-unsur
keculasan dalam urusan pembelian alat dan kelangkapan makmal. Ini juga akan
memastikan proses perolehan melalui pembelian akan berjalan mengikut tatacara atau
prosedur yang telah ditetapkan.
Proses Pembelian Melalui Sebut Harga
Setelah mendapat peruntukkan sebanyak RM30 000 untuk kegunaan makmal
sains, ketua panitia sains perlulah menyemak rekod peralatan dan bahan sains yang
ada di dalam makmal untuk mengetahui stok semasa alat dan bahan untuk mengetahui
keperluan sebenar makmal. Ini akan memastikan keadaan semasa stok setiap bahan
dan peralatan yang perlu adalah seimbang dan mencukupi untuk kegunaan
pembelajaran di makmal sains sepanjang tahun. Tidak akan berlaku keadaan dimana
sesuatu stok itu terlampau berlebihan atau terlalu kurang. Ini adalah kerana terdapat
sesetengah bahan yang tidak dapat disimpan dalam suatu jangka masa yang lama.
Setelah mengetahui keadaan semasa stok alat dan bahan sains yang ada di
makmal. Guru ketua panitia senarai alat-alat dan bahan tersebut secara terperinci.
Spesifikasi alat dan bahan yang akan dibeli perlu dinyatakan beserta bilangan yang
diperlukan. Dalam proses ini guru ketua panitia juga perlu berbincang dengan guru-guru
yang terlibat dengan penggunaan makmal sains yakni guru-guru lain yang terlibat
mengajar matapelajaran sains terutamanya guru yang mengajar sains di tahap dua
sekolah rendah. Ini adalah bertujuan bagi memastikan alat dan bahan yang dibeli nanti
juga akan memenuhi keperluan dan perancangan setiap guru yang terlibat dengan
penggunaan makmal.
3
Satu Jawatan Kuasa sebut harga perlu dibentuk bagi membantu proses sebut
harga dan pembelian alat dan bahan sains.Jawatan Kuasa ini akan berbincang tentang
pihak-pihak atau penender-penender yang perlu dihubungi berkaitan soal pembelian
peralatan dan bahan sains setelah kelulusan diberikan oleh pihak pentadbir sekolah
untuk melakukan pembelian berkenaan.
Jawatan Kuasa Pembelian Melalui Pesanan Tempatan
AHLI
PERANAN
TUGAS
GURU BESAR
PENGERUSI
Memberikan anggaran peruntukkan
mengikut pecahan kepala dan unit
Guru Penolong
Kanan, Guru
Kanan Mata
Pelajaran atau
Guru Panitia
AJK
Mengadakan perbincangan dengan
guru Mata Pelajaran tentang
perancangan pembelian berdasarkan
stok semasa untuk diserahkan kepada
pengerusi untuk membuat keputusan
Jawatan Kuasa Sebut Harga perlulah berbincang dan memilih pembekal-
pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan. Pihak sekolah perlu
menghantar surat untuk mendapatkan sebut harga kepada lima pembekal yang telah
dipilih oleh Jawatan Kuasa Sebut harga. Ini bertujuan untuk mendapatkan nilai yang
terbaik bagi setiap bahan atau alat yang hendak dipesan. Pihak sekolah perlu
menyatakan spesifikasi item dan kuantiti yang diperlukan. Pihak sekolah juga perlu
menyatakan tarikh tutup sebut harga dan menyimpan salinan surat tersebut.
4
Setelah mendapatkan sebut harga daripada pembekal-pembekal tersebut,
Jawatan Kuasa Sebut Harga akan bermesyuarat untuk memilih pembekal yang sesuai
untuk membekalkan bahan dan alat yang akan dipesan. Ini bagi membolehkan hanya
pembekal yang betul-betul layak yang akan terpilih bagi tujuan membekalkan bahan
dan peralatan sains yang dipesan. Pemilihan haruslah berdasarkan sebut harga dan
criteria utamanya ialah harga item, mutu, status pembekal dan perkhidmatan selepas
jualan.Sampel tertentu juga boleh diminta dari pembekal untuk diteliti terlebih dahulu.
Setelah Jawatan Kuasa Sebut Harga bersetuju untuk memilih pembekal tertentu
untuk membekalkan alat dan bahan sains tersebut, guru yang dipertanggungjawabkan
dikehendaki untuk membuat pesanan. Pesanan yang dibuat adalah berlandaskan
senarai yang telah diluluskan oleh pihak pentadbir sekolah dan Jawatan Kuasa sebut
Harga. Pesanan hendaklah dibuat menggunakan Borang Pesanan Tempatan (LPO)
yang telah disediakan. Borang Pesanan yang telah lengkap diisi hendaklah segera
dihantar kepada pihak pembekal yang telah dipilih oleh Jawatan Kuasa Sebut Harga.
Salinan Borang Pesanan hendaklah disimpan oleh pihak sekolah.
Bahan dan alat yang dipesan akan dihantar oleh pembekal setelah menerima
Borang Pesanan daripada pihak sekolah. Guru yang dipertanggungjawabkan akan
menerima dan alat yang dipesan beserta dengan Nota Hantaran.Guru yang
dipertanggungjawabkan tersebut akan menyemak setiap barang dan alatan yang
dihantar adalah menepati pesanan yang telah dibuat. Ianya haruslah sama dari segi
kualiti, kuantiti dan harga yang sama dalam Borang Pesanan dari pihak sekolah.
Pihak pembekal akan menghantar nota akuan penerimaan pesanan yang telah
dibuat oleh pihak sekolah. Nota penerimaan pesanan dari pembekal ini akan difailkan
bersama-sama dengan borang pesanan.Seterusnya menghantar satu nota hantaran
yang menyatakan tarikh dan masa barangan akan dihantar ke sekolah seperti yang
dinyatakan dalam borang pesanan. Ketua Jabatan membuat persiapan untuk menerima
barang yang akan dihantar tersebut.Nota hantaran tersebut perlu difailkan bersama-
sama dokumen yang lain.
5
Seterusnya pembekal akan menghantar barangan yang telah dipesan. Tiga
salinan nota hantaran disertakan oleh pembekal. Guru yang bertanggungjawab terlebih
dahulu menyemak barangan yang dihantar tersebut sebelum menandatangi nota
hantaran yang disertakan. Dua salinan nota yang telah ditandatangi dikembalikan
kepada pembekal dan satu lagi disimpan di sekolah sebagai rujukan.
Seterusnya, setelah berpuas hati dengan barangan yang dihantar oleh pembekal
maka guru yang bertanggungjawab akan menerima dan menandatangi invois.Jika
terdapat item yang bercanggah ianya haruslah dipulangkan kepada pembekal dan
digantikan dengan spefikasi yang dikehandaki,barulah invois ditandatangi.
Bahan dan alatan yang telah diterima tersebut pula seterusnya perlu direkodkan
ke dalam rekod stok/inventori atau kad-kad stok. Invois berkaitan akan dicop dengan
mencatatkan nombor muka surat dan nombor buku stok dimana bahan atau alatan
tersebut telah direkodkan. Invois berkenaan seterusnya perlulah diserahkan kepada
kerani kewangan untuk proses pembayaran kepada pembekal.
6
PROSES PEROLEHAN/PEMBELIAN MELALUI SEBUT HARGA
Menyediakan spefikasi alat dan bahan
Invois dicop dengan mencatatkan
nombor muka surat dan nombor buku
stok
Menyerahkan invois kepada kerani
kewangan
Jawatan Kuasa Sebut Harga memilih
pembekal
Mendapatkan sebut harga
Membuat Pesanan Menerima bahan/alatan dan nota
hantaran
Menerima invois dan menandatangi
sekiranya berpuashati dengan
barangan yang dihantar
Merekod ke dalam stok/inventori/kad-
kad stok
7
Borang Pesanan
Ruj. Kami : JPS(W)/SKLP/153/04/11/01
Kepada : BLISS ALLIANCE SDN. BHD
Ruj Tender : PPD/SH/3/2013
Tempoh Tender : 01.05.2013 HINGGA 31.05.2015
Bil
No. Barang (Sebutharga/
Tender)
Perihal Barang-Barang
Kuantiti Dipesan
Kuantiti Diterima
Harga Seunit
Jumlah Harga (RM)
1 Science intellect Kit (Ring and ball apparatus) 8 185 1480 2 Set Kanta Pembesar 10 60 600 3 Set Neraca Spring 10 125 1250 4 Desktop Timer stop watch 8 195 1560 5 Set Alat Timbang (1 kg & 500g) 3 120 360 6 Single Knife Switch 30 3 90 7 Battery Holder (2 Cells) 30 3 90 8 Silinder Penyukat Kaca (250 ml) 10 29 290 9 Round Bottom Flask (Kaca – 500ml) 10 23 230 10 Bikar Kaca (250 ml) 10 9 90 11 Bikar Kaca (500 ml) 10 12 120 12 Kelalang Kon Kaca (500 ml) 10 15 150 13 Kalsium Klorida (100 g) 2 38 76 14 Fine Iron Filling 4 30 120 15 Litmus Paper Red 10 12 120 16 Litmus Paper Blue 10 12 120 17 Tabung Didih 30 4 120 18 Tabung Uji 40 2 80 19 Rak Tabung uji 20 12 240 20 Rubber Stopper (23 mm) 40 2 80 21 Labogas Bunsen Burner 15 195 2925 22 Kit uji Kestabilan 5 280 1400
8
Ruj. Kami : JPS(W)/SKLP/153/04/11/01
Kepada : BLISS ALLIANCE SDN. BHD
Ruj Tender : PPD/SH/3/2013
Tempoh Tender : 01.05.2013 HINGGA 31.05.2015
Bil
No. Barang (Sebutharga/
Tender)
Perihal Barang-Barang
Kuantiti Dipesan
Kuantiti Diterima
Harga Seunit
Jumlah Harga (RM)
23 Stetoscope 20 32 640 24 Thermometer 23 3 69 25 Thermometer Klinik 20 3 60 26 Wall Thermometer (Long) 5 24 120 27 Basic Microscope (70X/150X/400X) 12 260 3120 28 Set Berjenis-jenis Magnet 10 150 1500 29 Sun-Earth-Moon (Movement Model) 4 270 1080 30 Model Of Human Torso 2 330 660 31 Tele-Scope with syand 5 590 2950 32 Solar System Model 4 450 1800 33 Binocullar With Bag 20 140 2800 34 Set Bentuk Asas Bongkah 10 88 880 35 Satah Condong 8 325 2600 36 Model Bumi 2 335 670 37 Bulb MES 5 20 100 38 Alat Timbang (10 Kg) 2 110 220 39 Bikar Kaca (1000 ml) 10 27 270 40 Life Cycle Of Animal Flip Chart 1 250 250 41 Kelalang Kon Kaca (1000 ml) 10 28 280 42 3-D Model For Maths And science 1 320 320 43 Pemegang Bateri (2 Bateri) 20 2 40 44 Rubber Insulated Crocodile Clip (Blue) 3 5 15 45 Rubber Insulated Crocodile Clip (Red) 3 5 15
JUMLAH BESAR 30000
Tandatangan Guru Besar : …………………………… Tarikh : …………………. Cop Sekolah :
Untuk kegunaan pejabat sahaja : Tandatangan Pegawai : …………….. Lulus/Tidak Lulus Nama&Jawatan :
9
Penyimpanan Stok
Setelah proses penerimaan bahan dan alatan sains serta proses penyemakan
telah dijalankan, alatan dan bahan tersebut hendaklah disimpan di dalam makmal
sains. Proses ini dinamakan proses penyimpanan stok. Ianya adalah proses yang amat
penting untuk memeriksa dan mengemaskini stok serta untuk merancang pembelian
tahunan.
Sehubungan dengan itu semua peralatan dan bahan sains yang diterima atau
dikeluarkan hendaklah didaftar atau direkodkan berdasarkan Tatacara Pengurusan
Aset Alih Kerajaan seperti yang terkandung dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5
Tahun 2007 dengan menggunakan borang berikut:
Daftar Harta Modal (KEW. PA-2)
Daftar Inventori (KEW. PA-3)
Senarai Daftar Harta Modal (KEW. PA-4)
Senarai Daftar Inventori (KEW. PA-5)
Daftar Pergerakan Harta Modal dan Inventori (KEW.PA-6)
Senarai Aset (KEW.PA-7)
Perekodan peralatan dan bahan sains ini juga perlu mengikuti Tatacara Pengurusan
Stor Kerajaan berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan Bil.5/2009 yang melibatkan
penggunaan borang yang berikut:
Kad Petak (KEW.PS-4)
Borang Permohonan Stok (KEW.PS-11)
10
Penyimpanan Bahan Dan Radas Sains
Bahan-bahan dan alat atau radas yang telah diterima tidak akan dibahagikan
kepada individu tertentu sebaliknya ianya akan diagihkan kepada stor-stor di makmal
sains. Setelah proses pelabelan dan spefikasi bahan atau alat dilakukan menggunakan
borang-borang seperti yang dinyatakan diatas maka proses seterusnya adalah
menyimpan bahan,alat atau radas tersebut ke dalam laci, kabinet atau ruang letak yang
betul.
Di stor makmal terdapat ruang-ruang simpanan iaitu laci, almari, kabinet, rak dan
sebagainya. Setiap ruang mestilah dilabelkan mengikut apa yang disimpan padanya.
Selain label, ruang simpanan diberi kod yang sesuai supaya mudah untuk mencari
bahan atau item semasa pemeriksaan stok. Contoh terdapat tiga kabinet dalam makmal
sains maka ianya boleh dilabelkan sebagai K1, K2, dan K3.
Kad-kad stok biasanya disimpan mengikut abjad dan mengandungi maklumat
tentang setiap item dalam bentuk kod. Contohnya, botol specimen dilabel sebagai BK3.
Ini bermakna botol spesimen disimpan di makmal Biologi, dalam kabinet nombor 3.
Jenis dan ragam kod yang digunakan hendaklah mudah dan tidak mengelirukan. Kad-
kad stok bahan item pakai habis haruslah dipisahkan dari kad-kad stok peralatan.
Contoh Kad Stok
SK Long Pelutan
ITEM : Kelalang, Volumetrik 500ml
Tarikh
Stok
Masuk
(ada)
Tarikh
Kuantiti
dibeli
Harga
Jumlah
stok
Tarikh
Dipinjam
rosak,dll
Baki
Tanda
tangan
2014
25/3
8
26/4
9
RM108
17
17/8
3
14
11
Bahan dan alatan yang telah dipesan ini terdiri dari pelbagai jenis dan kategori.
Pegawai bertanggungjawab perlu menyusun atau mengasingkan setiap bahan dan
alatan mengikut kategori yang telah ditetapkan. Bahan yang telah dipesan tersebut
boleh dikategorikan kepada empat jenis iaitu :-
1. Bahan – bahan Kaca
2. Bahan Sains
3. Alat-alat sains
4. Bahan bantu mengajar
Walaupun bahan dan alat sains tersebut boleh dikategorikan seperti dia atas namun
perekodan bahan dan alat tersebut perlu dilakukan mengikut jenis bahan atau alat dan
juga harga pembelian. Contohnya sesetengah bahan akan direkodkan sebagai bahan
pakai habis seperti kertas litmus manakala sesetengah pula perlu direkodkan sebagai
aset kekal atau sebagai Harta Modal seperti Teleskop yang memerlukan
penyelerengaraan dari semasa ke semasa.
Dari segi penyusunan bahan pula mengikut kategori jenis bahan atau alatan itu
sendiri. Contohnya alatan kaca akan disusun disatu tempat contohnya satu kabinet
yang mempunyai rak yang tidak terlalu tinggi dari paras lantai. Bahan-bahan kaca
disimpan mengikut saiz dan elakkan disimpan bersama bahan atau alat yang berat.
Setiap alat tersebut akan dilabelkan menikut jenis dan tempat penyimpanan contohnya
“Tabung Didih 2/40 K5”. Ini bermaksud tabung didih yang kedua dari 40 stok yang ada
dan diletakkan di dalam kabinet yang ke lima.
Termometer-termometer hendaklah disimpan didalam kotak yang asal mengikut
jenis dan julat. Bahan kaca hendaklah disimpan tegak dan dijauhkan dari punca
panas.Penunu Bunsen pula disimpan bersama dengan tripod dan kaki retot dan perlu
diperiksa dari semasa ke semasa. Alat bantu mengajar pula perlu disimpan didalam
almari bertingkap cermin. Carta-carta perlu ditutup dengan helaian plastik yang lutsinar
untuk memelihara keadaannya.
Alat yang mahal seperti Teleskop dan mikroskop hendaklah disimpan didalam kotak
dan bungkusan asal dan kotak atau bungkusan tersebut dilabelkan dengan jelas.
Sementara item-item yang kecil seperti penyumbat getah hendaklah disimpan bersama
item kecil yang lain seperti mancis, gabus dan pemegang tabung uji. Item-item kecil ini
hendaklah disimpan dalam kotak kayu yang mempunyai banyak petak-petak yang kecil.
Model-model yang besar pula seperti model Bumi, Model Pergerakan Sistem Suria
dan Model Dada Manusia perlu diletakkan di atas meja yang khusus dan ditutup
dengan helaian plastik untuk mengelakkan debu.
12
GOOGLE DRIVE
Pengenalan
Dewasa ini semua sudah maklum bahawa penggunaan teknologi dalam apa juga
urusan sama ada rasmi atau tidak rasmi sudah menjadi lumrah. Tidak kira dimanapun
kita berada apa yang pasti zaman ini keperluan utama semua orang adalah teknologi
maklumat dan komunikasi. Begitu juga dengan bidang pendidikan, penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi bukan sahaja satu agenda yang penting dalam
perancangan Kementerian Pendidikan malahan penggunaannya juga turut tersebar
luas dikalangan warga pendidik. Justeru kita tidak dapat lari dari dunia maya yang
semakin berkembang pada masa kini. Teknologi Maklumat bukan sahaja menjadi
sesuatu yang perlu bagi warga pendidik, tetapi ianya juga membantu dan memudahkan
proses pengajaran sama ada di dalam dan di luar kelas secara rasmi atau tidak rasmi.
Sesuai dengan pembelajaran seluas hayat, penggunaan teknologi dalam dunia
pendidikan adalah sesuatu yang mampu merangsang perkembangan dunia pendidikan
dan minda generasi muda dewasa ini.
Apa itu Google Drive
Google drive merupakan penyimpanan fail berasaskan “cloud” secara percuma
dan berbayar kepada orang ramai. Perkhidmatan ini boleh digunakan untuk memuat
naik bahan, bekerjasama dan menyimpan fail anda secara atas talian. Kelebihan
penggunaan aplikasi ini adalah ianya boleh dibuka dari mana-mana computer malahan
fail-fail yang telah tersimpan akan sentiasa selamat walaupun komputer anda rosak.
Jika anda tiada niat untuk berkongsi fail yang disimpan dengan orang lain ianya juga
boleh digunakan untuk kegunaan secara persendirian.
Google drive akan menyediakan ruang penyimpanan secara percuma sebanyak
5GB. Pengguna boleh memuatnaik sehingga 30 jenis fail antaranya photoshop, video
gambar dan kebanyakkan fail dalam bentuk Microsoft Office. Pendek kata google drive
13
mampu untukmenyokong hampir kesemua bentu fail yang digunakan oleh kebanyakkan
pengguna dalam talian.
Fail-fail ini pula boleh dikongsikan kepada pengguna yang lain atau kepada
seseorang individu yang kita maksudkan.Pengguna yang lain akan dapat mengakses
keseluruhan fail yang telah dimuatnaik dalam google drive.Kita juga boleh berdiskusi
tentang isi sesuatu fail sama ada dalam bentuk “Word” atau video dengan rakan yang
lain melalui kemudahan “Komen”. Ini bermaksud kita boleh berkolaborasi dengan
rakan-rakan yang lain menggunakan aplikasi Google Drive.
Selain itu pihak yang lain akan dapat menggunakan aplikasi dari pihak ketiga
dalam aplikasi google drive seperti mengedit gambar menggunakan aplikasi Pixlr,
mengirimkan fax menggunakan aplikasi Hellofax atau menandatangi sesutau dokumen
rasmi menggunakan Docusign melalui aplikasi Google Drive ini.
Penggunaan Google drive Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran.
Perubahan masa dan kehendak telah mengubah lanskap dunia pendidikan.
Sesuatu sesi pembelajaran itu boelh dilakukan sama ada secara bersemuka atau dari
jarak jauh. Kemajuan teknologi masa kini memungkinkan pelbagai apliaksi telah
dibangunkan dan disesuaikan dengan dunia pendidikan..
Antara aplikasi yang boleh digunakan untuk meningkatkan kualiti dan
kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran adalah aplikasi Google
Drive.Kemampuan aplikasi ini untuk menyokong pelbagai bentuk pengaturcaraan yang
biasa dipakai oleh kebanyakkan pengguna memudahkan proses memuatnaik fail-fail
yang perlu.
Kaedah atau proses pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk
perbincangan atau sumbangsaran amat bersesuai dilakukan menggunakan aplikasi
Google Drive. Satu topik yang telah dipilih untuk perbincangan dimuat naik untuk
dibincangkan. Sesi pembelajaran menggunakan aplikasi ini dilakukan di bilik yang
bersesuaian seperti di makmal komputer sekolah. Murid-murid akan memuat naik
14
pendapat atau saranan masing-masing ke dalam fail yang telah disediakan
menggunakan kemudahan “Komen”. Dalam proses ini guru akan bertindak sebagai
penyelia perbincangan sahaja. Apa yang menarik tentang kaedah ini adalah, kelas
berada dalam keadaan yang lebih senyap dan terkawal berbanding kaedah
perbincangan secara konvensional yang kebiasaanya akan menimbulkan kebisingan
dan sedikit mengganggu kelas-kelas yang bersebelahan. Penglibatan pelajar dalam
perbincangan juga akan meningkat jika dibandingkan dengan proses perbincangan
biasa yang memerlukan pendapat dikeluarkan secara lisan. Kadang kala terdapat murid
yang banyak idea dan pendapat tetapi malu untuk mengutarakan idea atau pendapat
berkenaan. Penggunaan aplikasi Google Drive akan membolehkan pelajar ini peluang
yang diperlukan untuk menonjolkan kebolehan yang ada pada mereka. Masa
perbincangan juga akan dapat disingkatkan kerana beberapa pendapat pelajar boleh
dimuatnaik dalam masa yang sama secara sekaligus.
Aplikasi Google Drive ini juga boleh dijadikan sebagai ganti buku utnuk membuat
kerja rumah atau kerja sekolah. Guru akan memuatnaik soalan yang berkaitan,
seterusnya semua murid dalam kelas tersebut akan mengakses fail tersebut dan
melengkapkan tugasan yang diberikan. Setelah mereka selesai, murid-murid pula akan
memuatnaik tugasan yang telah dilengkapkan tersebut ke dalam fail yang telah
disediakan oleh guru. Guru dengan ini akan mudah untuk memantau mana-mana murid
yang belum lagi melaksanakan tugasan tersebut. Ini akan mengurangkan penggunaan
buku dan pen yang kadangkala akan membosankan dan memenatkan murid-murid.
Penggunaan teknologi teutamanya Teknologi maklumat Dan Komunikasi akan sentiasa
menarik minat murid-murid untuk melibatkan diri secara aktif.
Sesuai dengan tugas seorang guru dewasa ini yang lebih kepada pemudahcara,
Penggunaan Google Drive amat berkesan untuk memantau perkembangan seseorang
pelajar selain dari pemerhatian secara terus dalam bilik darjah.Tugasan murid diteliti
dan diberikan komen-komen tertentu tentang kekuatan atau kelemahan. Guru juga
boleh meminta pelajar-pelajar tertentu untuk menambahbaik tugasan yang diberikan
jika didapati hasil kerja murid kurang memuaskan. Guru juga boleh mencadangkan agar
murid-murid tertentu merujuk kepada hasil kerja murid tertentu yang lebih berkualiti. Ini
15
akan membolehkan murid bukan sahaja terlibat aktif dalam aktiviti pembelajaran maya ,
malah mereka juga boleh bertindak sebagai pembimbing rakan sebaya melalui aplikasi
Google Drive tanpa perlu untuk berdepan dengan rakan yang dibimbing. Jadi murid ini
akan lebih berkeyakinan semasa proses membimbing kerana tidak perlu berdepan
dengan rakan yang dibimbing.
Guru juga boleh menjadikan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran
menggunakan aplikasi Google Drive ini sesuatu yang menarik dengan memuatnaik
bahan-bahan tambahan yang berkaitan seperti gambar, video atau carta-carta yang
boleh dijadikan rujukan oleh murid.Guru juga boleh menggalakkan murid untuk mencari
bahan-bahan lain yang berkaitan dengan topik dan dimuatnaik dalam fail yang telah
disediakan. Ini akan menjadikan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran yang
berkembang dan boleh dikemaskini dari semasa ke semasa.
Untuk kelas-kelas peperiksaan pada tahun semasa, penggunaan Google Drive
adalah sesuatu yang amat bermanfaat kepada para pelajar. Para pelajar ini boleh
berhubung secara dalam talian dengan guru masing-masing walaupun semasa cuti
sekolah. Ini akan meningkatkan jumlah “contact hour” murid dan pelajar. Selain itu
aplikaasi ini akan menggalakkan murid itu sentiasa mengulangkaji pelajaran. Mereka
juga akan berusaha untuk mencari bahan atau sumber baharu yang berkaitan dengan
isi pembelajaran.Seterusnya fokus para pelajar terhadap pelajaran akan sentiasa
berada pada tahap tertinggi sepanjang masa sehingga waktu peperiksaan.
Kesimpulannya, Google Drive adalah sesuatu aplikasi yang sesuai digunakan
oleh guru untuk menyampaikan atau melaksanakan sesuatu sesi pengajaran dan
pembelajaran sama ada secara langsung atau tidak langsung. Penggunaan aplikasi ini
diyakini akan meningkatkan minat dan keterlibatan pelajar secara akktif tanpa rasa
paksaan. Ini tentunya akan meningkatkan minat murid-murid kepada pelajaran dan
seterusnya mendorong mereka untuk mencapai keputusan yang lebih baik pada masa
akan datang. Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran adalah satu
kaedah mempelbagai dan menambahkan keseronokan murid untuk terus mengikuti
pelajaran.
16
Refleksi
Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada pensyarah pembimbing
iaitu Tuan Haji Zailani Bin Jaya kerana telah membimbing saya sepanjang
melengkapkan tugasan ini. Tugasan kali ini berkaitan dengan tatacara pembelian
secara sebut harga bagi bahan dan alatan sains dan juga aplikasi maya terkini yajg
sesuai digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Dalam proses untuk melengkapkan kerja kursus ini‚ banyak maklumat telah
diteliti sama ada berbentuk buku atau bahan yang terdapat dalam talian. Membaca dan
mendapatkan maklumat dari bahan-bahan ini secara tidak langsung telah
membolehkan saya mendapat banyak pengetahuan sampingan yang sama ada
berkaitan atau tidak berkaitan dengan tugasan yang diberi.Semasa mencari maklumat
yang diperlukan untuk kerja kursus ini‚ saya juga telah mendapat maklumat yang amat
berguna seperti penggunaan aplikasi yang bersesuai untuk digunapakai dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam dan luar kelas.
Tugasan ini juga membolehkan saya mendalami serba sedikit tentang tatacara
pengurusan makmal sains di sekolah terutamanya hal-hal berkaitan pembelian secara
sebut harga yang berkaitan dengan tajuk tugasan yang diberikan.Ianya sangat berguna
kerana tugasan ini begitu relevan dengan bidang tugas semasa saya. Maklumat yang
diperolehi ini akan digunapakai semasa urusan pembelian alat dan bahan sains pada
masa akan datang.
Cabaran yang ditempuhi semasa melengkapkan tugasan ini juga merupakan
satu pengalaman yang amat bermakna kepada saya. Kedudukan tempat bertugas yang
jauh menghadkan sumber yang boleh saya gunakan hanya kepada bahan dalam talian
sahaja. Kekerapan yang tinggi untuk melayari internet telah membantu saya lebih mahir
mengendalikan perisian yang digunakan. Saya juga telah bertambah mahir untuk
memilih sumber yang boleh digunakan dan dipercayai. Pengalaman dan kemahiran
mengendalikan Komputer untuk melayari internet dapat mengurangkan masa saya
untuk mencari maklumat yang diperlukan. Maka ini akan membolehkan saya
17
menggunakan lebih banyak masa menyiapkan tugasan berbanding mencari maklumat
yang diperlukan.
Akhir sekali‚ dengan melakukan tugasan ini saya telah memperolehi satu
pengalaman dan ilmu yang amat berharga yang selama ini langsung tidak ada pada
saya. Kini saya mempunyai idea yang lebih luas untuk mempelbagaikan bahan yang
bersesuai dengan kehendak dan kebolehan pelajar saya. Sebelum ini saya hanya
bergantung kepada bahan-bahan sama ada buku atau bahan dari internet yang
kadangkala kurang bersesuai dengan murid di sekolah saya. Maka pengalaman ini
merupakan satu proses pembelajaran dan amat berguna kepada saya terutamanya
dalam penyediaan tapak pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan
murid dalam menyahut cabaran dunia teknologi. Ilmu yang diperolehi dalam urusan
pembelian alat dan bahan sains pula adalah sesuatu yang sangat berguna terutamanya
untuk merancang pembelian alat secara berhemah.
18
Rujukan
Bahagian Pembangunan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. Pengurusan
Dan Keselamatan Makmal Sains Di Sekolah. 2010. Putra Jaya Edisi Kedua.
Tatacara Perolehan Sebut Harga
http://www.research.usm.my/bursary/files/TatacaraSebutharga/TSBP-
TatacaraSebuthargaV2.pdf di akses pada 25 September 2014.
Kementerian Kewangan Malaysia. Pembelian Terus
http://www.treasury.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=603
:pembelian-terus&lang=ms di akses pada 25 September 2014.
Apa itu google drive http://akushafuan.blogspot.com/2012/07/simpan-fail-penting-di-google-
drive.html di akses pada 23 September 2014
Cara menggunakan google drive http://evvayulinda.blogspot.com/ di akses pada 23 September
2014
Mengenal google drive http://ilmukomputer.org/2013/06/18/mengenal-google-drive-2/ di akses
pada 23 September 2014
Lihat Fail Apakah Yang Memenuhi Google Drive Dan Dropbox Menggunakan Unclouded
http://amanz.my/2014/08/unclouded-android/ diakses pada 24 September 2014
Wikipedia. Google Drive http://id.wikipedia.org/wiki/Google_Drive di akses pada 24 September
2014
Servis Cloud Storage Terbaik : SkyDrive Vs Dropbox Vs Google Drive
.http://jomphp.com/servis-cloud-storage-terbaik-skydrive-vs-dropbox-vs-google-
drive.html di akses pada 24 September 2014