FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
HBML2203
PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU
SEKOLAH BESTARI
Nama MOHAMMAD HANAFIAH BIN HJ. ABDUL WAHAB
Nombor Matrik 710410125751001
No KPT 710410-12-5751
Nombor Telefon 0146534729 / 0198049774
Alamat email [email protected]
Nama Tutor SUKRAN BIN NALAMIN
Pusat Pembelajaran OUM Tawau.
Semester JANUARI 2013
2
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA SURAT
1 Pengenalan 3
2 Konsep Sekolah Bestari 3 - 4
3 Tujuan Kajian 4
3.1 Sasaran Kajian 5
3.2 Kaedah Kajian 5
3.3 Maklumat Pemilihan Responden 5
3.4 Dapatan Responden Kaji Selidik 5 - 10
4 Sistem Penilaian 10
5 Sistem Pengurusan Sekolah 10 - 11
6 Infrastruktur Teknologi dan Integrasi Sistem 11 - 12
7 Penutup 12
8 Bibliografi 14
3
1. PENGENALAN
Sekolah Bestari adalah merupakan salah satu daripada tujuh aplikasi flagship dalam
Projek Koridor Raya Multimedia yang dilaksanakan pada tahun 1996. Tujuan pelaksanaannya
secara am, adalah untuk melahirkan kalangan pelajar yang kreatif dan kritis untuk menghadapi
pelbagai cabaran zaman mereka di masa muka dalam era teknologi maklumat dan perkembangan
global. Walau bagaimanapun, dua asas penting dalam sistem pendidikan di Malaysia yang sedia
ada iaitu Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan nilai-nilai moral tidak diketepikan. Bahagian
Pendidikan Guru yang dipertanggungjawabkan mengendali kursus Sekolah Bestari telah
mencadangkan empat pendekatan pengurusan pembelajaran bestari iaitu :(a) pembelajaran
berpusatkan pelajar, (b) pembelajaran bersifat individu, (c) pembelajaran berfikrah, dan (d)
pembelajaran berbantukan teknologi.
Berdasarkan komitmen dan pelaburan yang telah dibuat, pembelajaran berbantukan
teknologi maklumat adalah kaedah terkini yang sesuai dilaksanakan. Kaedah tersebut juga
dianggap sesuai kerana pelaksanaannya akan dengan sendirinya dapat melengkapi ketiga-tiga
kaedah lain. Hasil analisis SWOT, didapati pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek amat
perlu diterapkan serta sesuai agar alam pendidikan menjadi lebih berkesan disamping
menyeronokkan. Namun begitu, pelaksanaannya haruslah dibuat secara menyeluruh dan
bersepadu untuk memastikan kejayaannya. Kejayaan pelaksanaan kaedah ini bukan sahaja akan
menjadi pendidikan lebih berkesan tetapi juga menarik, selesa dan berkualiti serta dapat
menonjolkan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan bertaraf dunia di rantau ini
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
2. KONSEP SEKOLAH BESTARI
Negara kita Malaysia berhasrat menukar imej sistem pendidikan selaras dengan visi negara
dalam mencapai Wawasan 2020. Program pelaksanaan konsep Sekolah Bestari merupakan satu
daripada tujuh aplikasi flagship dalam projek Koridor Raya Multimedia (MSC). Sekolah
Bestari acuan Malaysia berfokuskan kepada pembudayaan amalan berfikir untuk membina
kekuatan minda di kalangan pelajar untuk menghadapi pelbagai cabaran zaman mereka di masa
4
muka dalam era teknologi maklumat dan perkembangan global. Secara amnya, pelaksanaan
Sekolah Bestari mengubah paradigma proses pengurusan, kaedah pengajaran dan pembelajaran
serta kurikulum. Antara lain kurikulum sekolah akan mengambilkira kebolehan atau kemampuan
pelajar. Sebagai contoh, pelajar cemerlang boleh mempelajari kandungan sukatan pelajaran yang
lebih tinggi dan kompleks sementara pelajar yang lemah akan meneruskan segala aktiviti
pembelajaran sehingga mereka bersedia untuk mempelajari kandungan yang lebih tinggi.
Sementara sistem pengurusan sekolah, penilaian serta lain-lain komponen pengurusan juga
melalui proses anjakan, selaras dengan arus perkembangan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi atau Information Communication Technology (ICT). Walaupun pelaksanaan
Sekolah Bestari menuntut sistem pendidikan melaksanakan transformasi yang ketara, namun
dua asas penting dalam sistem pendidikan di Malaysia iaitu Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK) dan nilai-nilai moral tidak diketepikan. Kedua-dua asas perkara tersebut yang
menekankan kepada pembinaan dan pembangunan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu serta pembentukan nilai-nilai murni menjadikan konsep Sekolah Bestari sesuatu yang
mutlak.
3. Tujuan Kajian
Selaras dengan program negara dalam pembentukkan Sekolah Bestari, maka satu kaji selidik
secara ringkas telah dijalankan ke atas empat buah sekolah rendah di daerah Semporna, yang
mana pemilihan sekolah adalah secara rawak serta bersesuaian. Antara sekolah-sekolah yang
terlibat adalah :-
i. S.K Pekan Semporna
ii. S.K Bubul Semporna
iii. S.K Tampi-Tampi
iv. S.K Bangau-Bangau
5
3.1 Sasaran Kajian
Seramai 20 (dua puluh) orang guru tanpa had jantina, yang mana setiap sekolah diwakili oleh 5
(Lima) orang guru dipilih secara rawak.
3.2 Kaedah Kajian
Bagi mengumpul dan mendapatkan maklumat kalangan responden ini, kaedah penilaian yang
dijalankan adalah berbentuk kaji selidik. Soal selidik merangkumi siri-siri soalan yang dijawab
oleh guru-guru berkaitan dengan kefahaman mereka terhadap Sekolah Bestari. Empat pilihan
item : Soalan jenis ini memberi responden empat pilhan jawapan seperti Sangat Tidak Setuju,
Tidak Setuju, Setuju dan Sangat Setuju. Responden hanya perlu menandakan tanda X pada
pilihan jawapan di setiap item soalan.
3.3 Maklumat Pemilihan Responden
Jumlah responden = 20 orang
Jantina = L 8 orang, P 12 orang
Umur = antara 28 hingga 45 tahun
Pengalaman Mengajar = 5 tahun ke atas.
3.4 Dapatan Responden Kaji Selidik
BORANG SOAL SELIDIK SEKOLAH BESTARI
Skala 1. Sangat Tidak Setuju
2. Tidak Setuju
3. Setuju
4. Sangat Setuju
6
Bil Perkara 1 2 3 4
1 Memahami dengan jelas konsep sekolah bestari - - - 20
2 Mengetahui dan memahami tentang pedagogi bestari - - - 20
3 Mempunyai kepekaan terhadap perubahan dalam kurikulum bestari - - - 20
4 Ada kesediaan melakukan perubahan mengikut keperluan
pendidikan semasa - - - 20
5 Ada kesediaan untuk memikul tanggungjawab sebagai agen
perubahan. - - - 20
6 Ada kesediaan untuk melaksanakan perubahan mengikut keprluan
semasa 20
7 Latihan guru bestari dapat membantu peningkatan ilmu dan
kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran bestari
- - - 20
8 Latihan guru bestari dapat meningkatkan kualiti dan
keprofesionalisme keguruan.
- - - 20
9 Latihan guru bestari memberikan peluang dan ruang untuk
menambah baik maklumat terkini( input) tentang pedagogi bestari.
- - - 20
10 Kursus peningkatan profesionalisme membantu para pendidik
memperkembang ilmu dan kemahiran mengikut keperluan semasa.
- - - 20
11 Latihan peningkatan profesionalisme dapat mewujudkan
pemuafakatan dan perkongsian ilmu.
- - - 20
12 Perubahan-perubahan maklumat terkini perlu disebarkan agar arah
tuju pendidikan dibangunkan bersama.
- - - 20
13 Perubahan yang dilaksanakan dapat membantu meningkatkan arah
tuju pendidikan negara dengan berkesan.
- - - 20
14 Menaruh keyakinan perubahan dalam arus pendidikan perlu
dilakukan bersama oleh semua warga pendidik demi masa depan
negara.
- - - 20
7
Item 1 Jelas menunjukkan bahawa rata-rata kalangan guru sudah pun mengetahui tentang
konsep sekolah bestari. Ini berdasarkan daripada penerimaan maklumat yang disebarkan melalui
media massa mahupun bengkel / kursus atau taklimat yang dikendalikan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia melalui Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah masing-
masing.
Item 2 Kefahaman jelas tentang pedagogi bestari amat perlu memandangkan teknik dan keadah
adalah berbeza darpada kaedah tradisional yang mana, dalam pedagogi bestari ini merangkumi
teori pembelajaran, kemahiran generic, cirri-ciri pelajar, strategi pengajaran dan jenis
pembelajaran dan menjurus kearah pemusatan pelajar itu sendiri. Di Sekolah Bestari
pembelajaran akan bercorak kearah kendiri mengikut kadar individu, kesinambungan dan
reflektif. Ini akan berlaku dengan adanya pembekalan teknologi pelbagai media dan jaringan
meliputi seluruh dunia. Pembelajaran berubah daripada berpusatkan guru kepada yang
berpusatkan pelajar. Kurikulum di Sekolah Bestari lebih fleksibel dan terbuka. Kurikulum di
Sekolah Bestari dirancang supaya bermakna, mempunyai tanggungjawab sosial, reflektif,
holistik, global, terbuka berdasarkan matlamat. In menggalakkan pembelajaran holistik,
membenarkan kanak - kanak maju mengikut tahap pencapaian masing - masing dan mengambil
kira keupayaan, minat dan keperluan pelajar yang berbeza - beza. Kanak - kanak dididik dengan
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, disemai dengan nilai murni dan digalakkan
meningkatkan kefasihan berbahasa. Kurikulum Sekolah Bestari dibentuk untuk membentuk
pelajar mencapai perkembangan yang seimbang.
Pelajar sebagai pembelajar aktif di Sekolah Bestari. Pembelajaran yang berpusatkan budaya
berfikir dengan memanfaatkan sumber ilmu oleh teknologi serta menggunakannya secara
menyeluruh dan bersepadu dalam berbagai situasi. Sekolah memupuk kemahiran penyelesaian
masalah yang kreatif bagi menghadapi situasi baru. Pelajar bertindak dengan berani dalam
membuat keputusan dan bertanggungjawab terhadap keputusan itu. Pelajar akan membuat
pengembaraan maklumat mengelilingi dunia untuk mencari dan mengumpul data. Pelajar akan
dapat mencapai sumber tempatan, kebangsaan dan global. Penjaringan melalui internet juga
membolehkan interaksi antara pelajar dan guru - guru yang lain serta orang ramai di seluruh
dunia.
8
Dunia pelajar akan diperluaskan melalui perhubungan, pendidikan dan sosial ini. Pembelajaran
yang bermakna ini dapat memupuk dan mempertingkatkan segala potensi yang ada pada pelajar
secara cekap, ekonomis dan berkesan dengan menggunakan daya fikir, pengetahuan, kemahiran
dan teknologi pendidikan era ini dan cabaran masa hadapan memerlukan Sekolah Bestari sebagai
wadah ke arah pencapaiannya. Penjaringan mempunyai kelebihan dari segi membolehkan pelajar
yang tidak dapat menghadiri sekolah untuk membuat kerja sekolah dari rumah. Ini memberi
makna baru kepada idea ketidakhadiran sekolah kerana pembelajaran masih dapat berlaku di luar
sekolah. Oleh itu, pelajar perlu diajar strategi untuk menerajui maklumat dengan cekap dan
selektif. Usaha berpasukan, kerjasama kumpulan, fleksibiliti, pandangan jauh dan ketrampilan
menggunakan bahasa antarabangsa akan juga ditekankan.
Sekolah Bestari Malaysia akan mengambil juga konsep inovatif kelas melangkau maya. Sistem
sekarang memberi ketegangan kepada pelajar yang lemah dan menghalang kemajuan pelajar
pintar. Dalam Sekolah Bestari, teknologi akan memberi fleksibiliti untuk membasmi ketegangan
dalam pendidikan. Pelajar yang lebih cerdas akan dapat menyiapkan semua kerja kursus dan
penilaian lebih awal daripada tempoh normal. Pelajar yang kurang berupaya akan melalui
program asas mengikut kadar pembelajarannya, serta diberi bantuan khas oleh guru. Ini dapat
berlaku kerana penubuhan sistem pengeluaran item penilaian yang berpusatkan dari dalam talian.
Sistem penilaian fleksibel ini akan membenarkan pelajar dalam satu kelas fizikal untuk bekerja
pada aras yang berlainan dalam matapelajaran yang sama, selain membenarkan pelajar terus ke
aras yang lain dalam mata pelajaran yang berlainan pada bila - bila masa. Dengan cara ini,
pelajar kurang cerdas, yang biasanya diabaikan akan diberi perhatian yang sewajarnya.
Guru berperanan sebagai pembimbing di sisi. Guru memberi sokongan psikologi dan galakan.
Guru akan bertanggubngjawab menyediakan suasana yang menggalakkan pembelajaran ke arah
kendiri yang kreatif dan berdikari. Guru akan mengenalpasti matlamat mendefinisikan halatuju
bagi pelajarnya, memandu kemajuan pelajar ke arah mencapai matlamat tersebut dan
membenarkan pelajar belajar mengikut kadar sendiri. Pelajar akan mendapat perhatian individu
dari guru. Komputer akan mengambil alih rutin dan pemyampaian maklumat dan membebaskan
guru daripada tugasan pentadbiran yang remeh supaya mereka dapat menumpukan perhatian
terhadap aspek pendidikan yang bersifat kemanusiaan.
9
Pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran akan digunakan di Sekolah Bestari. Antaranya
ialah strategi inovatif yang berasaskan teknologi seperti perbincangan dengan rakan jauh,
pembelajaran jarak jauh, penggunaan data sebagai sumber maklumat, memproses maklumat.
memproses maklumat dan menghubungkan dapatan; merujuk ensiklopedia elektronik; belajar
dari courseware elektronik dan komunikasi elektronik. Interaksi pelajar dan guru sama ada dalam
kumpulan kecil atau individu masih menjadi sebahagian daripada kursus pengajaran dan
pembelajaran.Dengan menumpukan kepada perkembangan individu, guru digalakkan untuk
membina kemahiran sosial pelajar dan juga untuk menerap moral dan etika yang baik serta nilai
patriotisme.
Item 3 Sememangnya sebagai seorang guru ,perlulah senantiasa peka dengan segala perubahan
dasar terutama dalam soal pengajaran dan pembelajaran dari semasa ke semasa.
Item 4 Kesediaan dalam membuat sebarang perubahan hanya akan dapat terlaksana sekiranya
semua guru telah diberi latihan dalaman atau menghadiri kursus-kursus berkaitan sebagai
persediaan kearah perubahan. Sebagai contoh Kursus Dalam Perkhidmatan Guru Bestari anjuran
Bahagian Pendidikan Guru.
Item 5 dan 6 Sebagai pendidik, seharusnya bersedia memikul tanggungjawab dalam sebarang
dasar perubahan pendidikan untuk dilaksanakan diperingkat sekolah masing-masing.
Item 7,8,9 Latihan dan kursus-kursus intensif yang menjurus tentang sekolah bestari seperti
mana yang dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Guru amat perlu dalam peningkatan keilmuan
dan juga keprofesionalisme guru tersebut dalam kesediaan membimbing dengan sempurna
kepada kalangan pelajar.
Item 10,11 Untuk lebih meningkatkan tahap keprofesionalisme kalangan guru, maka latihan
dan krusus berterusan dari semasa ke semasa perlu diadakan bagi mengasah kefahaman guru
dengan lebih mantap serta membolehkan konsep sekolah bestari lebih praktikal.
10
Secara keseluruhan, jelas kita ketahui bahawa sebarang dasar perubahan dalam bidang
pendidikan perlu diamati bersama disamping memerlukan komitmen yang lebih padu kalangan
semua warga pendidik demi mencapai misi dan hasrat kependidikan.
4. SISTEM PENILAIAN
Sistem penilaian Sekolah Bestari berbeza daripada sistem sedia ada untuk membantu
merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara.Ia berasaskan unsur dan rujukan kriteria tertentu
untuk memberi gambaran holistik dan tepat tentang prestasi pelajar.Guru,pelajar dan ibubapa
dapat mengakses butiran penilaian melalui komputer.Penilaian Sekolah Bestari adalah fleksibel
dan mudah digunakan,di samping menjamin mutu maklumat penilaian dengan menggunakan
pelbagai pendekatan dan alat.Ia menjurus kepada pensijilan terbuka yang bukan sahaja
menunjukkan pencapaian komulatif pelajar,tetapi juga untuk peningkatan berterusan sepanjang
hayat.Sekolah Bestari memerlukan bahan pengajaran dan pembelajaran konvensional dan
elektronik yang sesuai dengan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berbagai-bagai.Bahan
ini mengambil kira pelbagai keperluan dan kebolehan pelajar bagi meningkatkan keupayaan dan
potensi mereka supaya lebih bertanggungjawab menguruskan pembelajaran sendiri.
5. SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH
Objektif utama pengurusan Sekolah Bestari ialah untuk mengurus sumber dan proses dengan
cekap dan berkesan bagi menyokong fungsi pengajaran dan pembelajarn.Pihak pengurusan
membantu mengagihkan sumber tenaga manusia yang mahir kepada aktiviti yang lebih
bermakna,menjimatkan kos pada jangka panjang,meningkatkan mutu keputusan melalui akses
yang lebih baik kepada maklumat dan mempercepatkan proses membuat keputusan.
Bagi mencapai objektif ini, pengurusan Sekolah Bestari memerlukan pentadbir profesional yang
gigih dan berwibawa serta guru yang dapat menjelaskan matlamat sekolah,memimpin pengajaran
di sekolah,memimpin pengajaran di sekolah,dan mampu mendapatkan sokongan padu daripada
11
ibubapa dan masyarakat.Mereka perlu mempereratkan komunikasi terbuka dengan semua
pihak,mengagihkan sumber secara adil dan bijak,mengesan prestasi sekolah berbanding dengan
objektif kewangan dan bukan kewangan,serta menyediakan suasana persekolahan yang
menyokong pembelajaran. Mereka perlu juga mewujudkan dan mengekalkan staf yang
bermotivasi dan berprestasi tinggi,menjamin keselamatan sekolah dan penghuni,serta
menggunakan dan mengurus teknologi dengan sesuai,berkesan dan cekap.Bagi mencapai
objektif Sekolah Bestari proses dalamannya perlu diselaraskan sebagai suatu sistem .Sistem yang
sempurna membolehkan bekalan input yang sesuai menghasilkan output yang dikehendaki
seperti kesediaan pelajar untuk melanjutkan pelajaran,atau penyertaan yang aktif dan produktif di
kalangan tenaga kerja.Inisiatif Sekolah Bestari menawarkan peluang yang unggul untuk menilai
semula sistem persekolahan sedia ada, mengenal pasti masalah dan mencari penyelesaian terbaik
dengan bantuan teknologi.
6. INFRASTRUKTUR TEKNOLOGI DAN INTEGRASI SISTEM
Penggunaan teknologi maklumat sebagai alat akan membolehkan penyimpanan data dan
memudahkan pentadbir untuk mendapatkan semula data yang banyak. Ia memudahkan kerja
memproses dan menyampaikan hasil yang berkaitan untuk pentadbir membuat keputusan. Ini
akan membantu meningkatkan kecekapan, menghapuskan pertindihan dan secara radikal
membaiki akses bagi semua yang berkenaan.
Dengan pengkomputeran dalam talian pengurusan sekolah, pentadbir akan dapat merancang,
mengurus dan menggunakan sumber manusia dan fizikal dengan berkesan. penjaringan akan
memudahkan penglibatan ibubapa dan masyarakat dalam rancangan sekolah dan menjadikan
mereka rakan kongsi yang berkesan dalam pendidikan anak mereka. Dengan adanya pangkalan
data, maklumat tentang pelajar dan guru lebih mudah didapati oleh pihak yang sah. Keperluan
kebajikan pelajar dan guru lebih mudah diambil kira dengan pemantauan yang kerap.
Pemantauan sistematik kemajuan pelajar akan mengingatkan sekolah tentang bila perlunya
tindakan susulan bagi pelajar pintar dan yang kurang pintar. Penilaian berasaskan unsur dan
rujukan kriteria tertentu untuk memberi gambaran holistik dan tepat tentang prestasi pelajar.
12
Ciri Sekolah Bestari yang paling ketara ialah suasana pengajaran dan pembelajaran yang dibina
berdasarkan amalan terbaik dalam pendidikan rendah dan menengah daripada seluruh dunia. Ini
melibatkan pemantapan kurikulum, pedagogi, penilaian dan bahan pengajaran dan pembelajaran
yang sah.
7. PENUTUP
Kurikulum Sekolah Bestari dirancang supaya bermakna, mempunyai tanggungjawab sosial,
reflektif, holistik, global, terbuka berdasarkan matlamat. Ia menggalakkan pembelajaran holistik,
membenarkan kanak - kanak maju mengikut tahap pencapaian masing - masing dan
mengambilkira keupayaan,. minat dan keperluan pelajar yang berbeza-beza. Kanak - kanak
dididik dengan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, disemai dengan nilai murni dan
digalakkan meningkatkan kefasihan berbahasa. Kurikulum Sekolah Bestari dibentuk untuk :
a) Membantu pelajar mencapai perkembangan yang seimbang;
b) Menyepadukan pengetahuan, kemahiran, nilai dan penggunaan bahasa yang betul;
c) Menyatakan secara eksplisit hasil pembelajaran yang dikehendaki bagi tahap keupayaan yang
berbeza;menawarkan pembelajaran multi disiplinari,bertema dan berterusan:
d) Memupuk pengetahuan,kemahiran dan sikap yang sesuai untuk berjaya dalam Zaman
Maklumat:
e) Memupuk pengetahuan,kemahiran dan sikap yang sesuai untuk berjaya dalam Zaman
Maklumat.
Pengajaran Sekolah Bestari berhasrat menjadikan pembelajaran lebih menarik, menggalakkan,
merangsangkan dan bermakna melibatkan minda,semangat dan tubuh badan dalam proses
pembelajarn:membina asas kemahiran untuk menyediakan kanak-kanak bagi menghadapi
cabaran masa depan dan mengambil kira pelbagai keperluan dan kebolehan pelajar.
Jumlah 2,420
13
8. BIBLIOGRAFI
Bahagian Pendidikan Guru. (1998). Kurikulum kursus dalam perkhidmatan: Latihan
guru Sekolah Bestari. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Computimes (2000). Training teachers for smart school project. 4 December: 31.
Dick, M., & Reynolds, A. (1998) Using ICT Training Needs Analysis Materials With Staff In
Two Secondry Schools. (Atas talian:
http://www.adastral.demon.co.uk/ma3/assignment/index.htm)
Fiske, E. B. (1991). Smart School, Smart Kids. New York: Simon and Schuster Publisher.
Jeannette, Swist. (2001). Intergrating Information and Communication Technology in
Professional Practice: based on a survey of primary ans secondry school in Scottish school.
Journal of Information Technology for Teacher Education, 9(2):167-182
Kaufman, R., Rojas, A. M, & Mayer, H. (1993). Needs assessment: a users guide.
Englewood Cliffs, New Jersey: Educational Technology Publication Inc.
Kaufman, R. A. (1972). Educational system planing. New Jersey: Prentice Hall Inc.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1997a). The Malaysian Smart School. An MSC
Flagship Application. A Conceptual Blueprint. Kuala Lumpur: Kerajaan Malaysia
Mohd Majid Konting. (1997). Anjakan paradigma pendidikan keguruan. Kertas kerja
Konvensyen PERPEMA Ke-9, Kuala Lumpur, 14-16 Julai.
Noraini Attan (2002). Tahap Kesediaan Guru dalam Penggunaan Teknologi Maklumat
Berasaskan Komputer bagi Pengajaran dan Pembelajaran Sains. Master Of Ed. Thesis. Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Norizan Abdul Razak (2003). Computer Competency of In-Service ESL Teachers in
Malaysian Secondry Schools. Ph.D. Thesis, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Pearce, S. D. (1995). Needs assessment: constructing tacit knowledge from practice.
International Journal of Lifelong Education. 14(5):405-419
Pratt, D. (1994). Curriculum planing: A practical handbook for professionals. Fort
Worth: Harcourt Brace College Publishers.