Tamadun manusia yang semakin
maju hari ini menjadikan mereka
mengutamakan pencapaian
mereka dari sudut akademik bagi
membangunkan teknologi dan
kemajuan sesuatu negara.
Sekiranya kita meminta nasihat
daripada orang tua-orang tua
kita, biasanya mereka pasti akan
meminta kita untuk belajar
bersungguh-sungguh agar masa
depan kita cerah dan terjamin.
Ini merupakan satu hakikat
yang perlu diterokai dalam
neraca Islam bagaimana ia
memandang sudut
kecemerlangan ini sebagai suatu
agenda yang menjamin keagungan jati diri
ummah gemilang yang mampu memimpin
manusia.
―Kelebihan orang yang berilmu berbanding
orang yang jahil adalah seperti kelebihan aku ke
atas orang yang paling rendah (martabatnya) di
kalangan kamu.‖ —Hadith
Barangkali kebanyakan kita sudah lali dengan
bermacam hadis yang merungkaikan kehebatan
dan kemuliaan golongan yang berilmu dan
pencari ilmu. Namun apabila kita fahami bahawa
Islam adalah sebuah sistem kehidupan yang
sempurna, maka kita tidak boleh memandang
ilmu dari satu sudut sahaja, tanpa membawa apa-
apa natijah kepada apa yang paling disuruh oleh
Allah S.W.T dengan Islam yang dibawa oleh
RasulNya.
―Celupan Allah, dan siapakah yang lebih baik
celupan berbanding celupanNya ?‖ – Surah Al-
Baqarah: 138
Musa A.S mengajar erti kesungguhan
Apabila kita meneliti sejarah para anbiya‘ kita
akan dapati beberapa petunjuk yang boleh
menjadi sampel yang hidup bagi topik yang kita
bincang ini.
Dalam surah Al-An‘am, Allah S.W.T telah
menyebut mengenai kelebihan para anbiya‘ lalu
Allah akhiri dengan ayat:
―Mereka itulah yang telah diberikan petunjuk
oleh Allah, maka dengan petunjuk mereka itu,
contohilah!‖—Surah Al-An‘am: 90
Dalam kisah Musa A.S, suatu ketika Allah
menanyakan kepada beliau, ―Siapakah yang
paling berilmu ?‖ Lantas beliau menjawab,
―Aku!‖. Lalu Allah menegur beliau kerana tidak
menasabkan ilmu itu kepadaNya dan
mewahyukan kepadanya bahawa di sana terdapat
seorang manusia yang lebih berilmu daripadanya.
―BagiKu ada seorang hamba di tempat
pertemuan dua laut, dia lebih berilmu
daripadamu,‖ Allah membalas. Lantas Musa A.S
terus pergi bermusafir bersama Yusha‘ bin Nun
mencari hamba tersebut yang merupakan Nabi
Khidir A.S.
Kisah ini jelas diceritakan kepada kita dalam
surah Al-Kahfi dari ayat 60 hingga 82. Kita bukan
mahu membincangkan secara terperinci kisah
yang berlaku antara mereka berdua seperti kisah
menebuk kapal dan pembunuhan budak, tapi
cuba kita ambil beberapa kefahaman terhadap
ilmu yang ditunjukkan oleh Musa A.S.
Musa A.S tidak teragak-agak untuk pergi
mencari hamba tersebut untuk belajar
dengannya, walaupun beliau adalah salah seorang
Ulul Azmi yang paling tinggi martabatnya di sisi
Allah S.W.T.
Ketika di awal pertemuan antara Musa A.S dan
Khidir A.S, beliau dengan penuh rendah diri
meminta Khidir A.S untuk mengajarkannya
beberapa ilmu yang tidak diketahuinya. Ini boleh
didapati dalam ayat 66 yang berbunyi:
―Musa berkata kepadanya (Khidir) bolehkah
aku mengikutimu agar engkau mengajarkanku
Kisah Nabi Musa
A.S berguru
dengan Nabi
Khidir A.S
diceritakan dalam
Surah Al-Kahfi.
BA
DR
UD
DIN
GH
AZ
ALI/ F
LIC
KR
2
Ism
am
esir.c
om
apa yang telah diajarkan kepadamu beberapa
perkara (yang boleh dijadikan) petunjuk?‖
Apabila dijawab oleh Khidir dengan jawapan
bahawa Musa A.S tidak akan mampu bersabar
dengannya (kerana ilmu yang diketahui oleh
Khidir berlawanan dengan apa yang difahami
oleh Musa), Musa menjawab, ―Dia (Musa A.S)
berkata: Engkau akan mendapati aku insya Allah
mampu bersabar dan aku tak akan mengingkari
arahanmu.‖
Setelah berlaku beberapa kesalahan yang
dilakukan, ia menjadikan Musa A.S meletakkan
syaratnya sendiri jika sekiranya beliau tersalah
lagi maka beliau tidak akan
meminta untuk bersamanya lagi.
Maka akhirnya Musa A.S tersilap
buat kali ketiga yang
mengakibatkan beliau tidak akan
bersama Khidir A.S lagi untuk
belajar daripadanya.
―Dia (Khidir A.S) berkata: Inilah tempat
perpisahan antara aku dan engkau, aku akan
beritahu padamu apakah takwil (maksud) di
sebalik apa yang engkau tidak mampu sabar
tadi.‖—Surah Al-Kahfi: 78
Lantas Khidir A.S menerangkan beberapa
perkara yang Musa A.S rasakan tidak betul tadi
bahawa semua itu adalah ilmu Allah yang
diberikan kepadanya, bukan berdasarkan hawa
nafsu beliau.
Kisah ini memberikan kita satu gambaran jelas
mengenai ciri-ciri seorang penuntut ilmu yang
sebenar dan adabnya terhadap guru. Walaupun
beliau telah menjalani pelbagai mehnah dan ujian
melawan Firaun dan melayan kerenah Bani
Israel, sudah semestinya beliau punyai banyak
ilmu dan pengalaman ketika berhadapan dengan
konspirasi Firaun dan kelicikan Bani Israel,
namun segala yang diperoleh itu tidak
menjadikan beliau bongkak bahkan beliau
menunjukkan adab dan tatasusila yang tinggi,
sebagai pedoman generasi akan datang.
Muhammad S.A.W melukis jalan
kecemerlangan
Jika kita lihat Musa A.S bersungguh dalam
mencari ilmu dalam surah Al-Kahfi, kita akan
lihat pula bagaimana Allah S.W.T menurunkan
wahyu pertamanya dalam surah Al-‗Alaq yang
menunjukkan kepentingan membaca yang akan
menjadi tunjang kemajuan tamadun manusia.
Namun ia bukan sekadar berobjektifkan
kemajuan dari sudut kebendaan, bahkan ia
adalah seruan sejagat untuk menyeru manusia
kepada Islam dan memahamkan mereka cara
hidup yang rabbani dan fitrah. Ia selamanya tidak
akan lari dari misi perutusan para rasul kepada
setiap umat;
―Dan sesungguhnya Kami telah utuskan setiap
umat itu ada Rasul agar (menunjukkan mereka
jalan) menyembah Allah dan menjauhi taghut.‖—
Surah An-Nahl: 36
Demikianlah apa yang telah ditunjukkan
dalam sirah Nabi S.A.W ketika mana baginda
menyuruh Zaid bin Tsabit pergi belajar bahasa
Ibrani dari seorang Yahudi, untuk menjadi
setiausaha Rasulullah S.A.W dalam surat
menyurat dengan Yahudi. Setelah itu beliau
disuruh untuk mempelajari bahasa Suryani bagi
menyampaikan dakwah kepada kelompok-
kelompok di Timur Tengah yang menggunakan
bahasa ini.
―Kamu adalah sebaik-baik umat yang
dikeluarkan untuk manusia, menyuruh mereka
kepada makruf dan mencegah mereka daripada
mungkar serta kamu beriman kepada Allah.‖—
Surah Ali Imran: 110
Para sahabat R.A telah dididik dengan
kefahaman yang jelas dalam ayat ini. Mereka
memahami bahawa kecemerlangan itu terbentuk
dengan ruh yang beriman dan jiwa yang peka
dengan sensitiviti dakwah.
Kecemerlangan tamadun Islam tidak akan
timbul sekiranya para sahabat R.A duduk diam di
rumah dan berpeluk tubuh, tanpa tokoh seperti
Uqbah bin Nafi‘ pergi ke Afrika Utara
menyebarkan Islam. Tamadun di Andalus
(Sepanyol) tidak akan mampu mencapai
kemajuan yang tinggi sehingga Universiti
Cordoba dikenali dunia sekiranya Musa bin
Nusair tidak mengutuskan Tariq bin Ziyad ke
Mereka memahami bahawa kecemerlangan
itu terbentuk dengan ruh yang beriman dan
jiwa yang peka dengan sensitiviti dakwah.
3
Ism
am
esir.c
om
sana.
Pemahaman ini sebenarnya telah Rasulullah
S.A.W pupuk awal-awal lagi ketika baginda
berkata kepada Khabbab bin Arat R.A ketika di
tepi Kaabah sebelum hijrah:
―Demi Allah, Allah pasti akan
menyempurnakan urusan (agama) ini,
sehinggalah seorang penunggang akan berjalan
dari San‘a ke Hadramaut, tidak takut melainkan
Allah dan serigala yang akan membaham
kambingnya.‖
Demikian jugalah yang berlaku ketika
Rasulullah S.A.W berkata selepas hijrah,
―Sesungguhnya Kota Kostantinopel akan dibuka,
maka sebaik-baik tentera adalah tentera (yang
membuka kota) itu, dan
sebaik-baik panglima adalah
pangilma tentera itu.‖
Segalanya telah Rasulullah
S.A.W ajarkan, sehingga para
sahabat dan generasi
selepasnya begitu optimis
terhadap kemenangan yang
akan dikecapi suatu hari
nanti. Lantas satu-satu Allah
tunjukkan kepada para
sahabat. Bermula dengan Badar, kemudian
dengan kegagalan Uhud, lalu kemenangan
Khandaq, serta pembukaan terhebat iaitu Fathu
Makkah yang menyaksikan selepas itu
berbondong-bondong Arab memeluk Islam.
Demikianlah beberapa episod sejarah Islam
yang mengajar kita erti kecemerlangan.
Pohon yang tinggi menjulang, dari akar
yang kuat terpasak
Segala fiqh yang ditunjukkan oleh dua Ulul
Azmi tadi akhirnya membawa kita kepada satu
formula yang ringkas dan padat. Ia adalah seperti
yang ditunjukkan oleh Allah S.W.T dalam surah
Ibrahim:
―Tidakkah engkau perhatikan bagaimana Allah
membuat perumpamaan sebuah kalimah yang
baik (kalimah tauhid) seperti sebuah pohon yang
baik, akarnya terpasak kukuh, dan pohonnya
menjulang ke langit. Ia memberikan buah-
buahannya pada setiap masa dengan izin
Tuhannya, dan begitulah
Allah membuat
perumpamaan kepada
manusia, agar mereka selalu
mendapat peringatan,‖—
Surah Ibrahim: 24-25
Ia adalah suatu formula
fitrah yang akan menjamin
kecemerlangan yang hakiki,
dengan meletakkan iman
sebagai asas yang kukuh
dalam sebuah projek
membina tamadun yang
gemilang.
Fiqh atau kefahaman
terhadap kecemerlangan dari
sudut ini sudah pastinya
mengubah beberapa perspektif kita, apabila kita
melihat sesuatu perkara dengan pertimbangan
Islam dan pedoman sirah.
Potret Tariq bin Ziyad
dipaparkan pada wang kertas
Gibraltar, sebuah tanah
jajahan British.
BA
NK
NO
TE
DE
N.C
OM
4
Ism
am
esir.c
om
A lhamdulillah, dapat Suri bertemu lagi
dengan para pembaca pada sesi baru,
semester baru, kekuatan baru dan
berbekalkan azam dan semangat yang baru dalam
diri masing-masing, insya Allah.
Kepada semua yang telah menempuh
peperiksaan pada semester lalu, tahniah Suri
ucapkan kerana telah berjaya mempamerkan
kecemerlangan anda dalam berusaha. Semoga
menjadi satu semangat untuk terus mendapatkan
yang terbaik dalam setiap aspek kehidupan.
Bagi yang kurang berjaya pula, ingatlah
bahawa kegagalan kita dalam peperiksaan
bukanlah segala-galanya. Bukankah kegagalan itu
jalan menuju kejayaan? Yang gagal takkan
selamanya gagal dan begitu juga sebaliknya.
Teruskan usaha, usah berputus asa. Pasti terselit
hikmah yang tak pernah kita sangka. Mungkin
langkah selepas ini adalah langkah kejayaan
anda. Jangan pernah berhenti melangkah. Jatuh
dan bangun semula adalah putaran kehidupan.
Yang penting jangan kita jatuh dan tak bangun-
bangun semula. Itu sungguh bahaya!
Bercakap tentang kecemerlangan, teringat Suri
pada satu kata-kata. Kalau tak silap, tokoh
falsafah terkenal, Aristotle telah
mengungkapkannya:
"We are what we repeatedly do. Excellence
then, is not an act, but a habit."
Ada benarnya kata-kata ini. Kecemerlangan
bukanlah satu tindakan tetapi ia merupakan satu
tabiat yang telah dibiasakan dalam kehidupan
seharian. Cuba kita muhasabah perjalanan
kehidupan seharian kita. Jika setiap hari kita
telah dibiasakan dengan tabiat-tabiat orang
cemerlang seperti disiplin dan menjaga waktu,
pastinya kecemerlangan telah 'mendarah daging'
dalam diri kita dan ia tidak menjadi suatu
bebanan untuk mencapainya.
Sesuai juga dengan kata-kata pujangga Arab,
من جد وجد، ومن زرع حصد.―Siapa berusaha akan mendapat, dan siapa
menanam akan menuai.‖
Apa yang telah kita usahakan untuk mencapai
kecemerlangan, itulah hasilnya. Tanpa usaha,
tiada apa-apa pun pulangan buat kita.
Para ulama' dan cendekiawan Islam silam
telah menunjukkan contoh kecemerlangan yang
menakjubkan. Siapa tidak kenal pada Ibnu Sina,
Ibnu Khaldun, Al-Khawarizmi, Ibnu Kathir,
Imam Nawawi dan ramai lagi tokoh-tokoh ilmuan
dalam sejarah kegemilangan Islam. Penguasaan
Dari Meja Suri
Permulaan Baru Para ulama' dan cendekiawan Islam silam telah menunjukkan contoh
kecemerlangan yang menakjubkan. Siapa tidak kenal pada Ibnu Sina, Ibnu
Khaldun, Al-Khawarizmi, Ibnu Kathir, Imam Nawawi dan ramai lagi tokoh-tokoh
ilmuan dalam sejarah kegemilangan Islam. Penguasaan ilmu mereka begitu hebat
sekali. Bukan setakat ilmu duniawi, ilmu ukhrawi tidak dilupakan juga.
VA
NC
OU
VE
RF
ILM
SC
HO
OL/
FLIC
KR
5
Ism
am
esir.c
om
ilmu mereka begitu hebat sekali. Bukan setakat
ilmu duniawi, ilmu ukhrawi tidak dilupakan juga.
Mereka memahami bahawa ilmu itu bukan
untuk dimiliki sendiri tapi disampaikan. Jika
bukan kerana mereka, tidaklah sampai kepada
kita ilmu pengetahuan yang amat bernilai dan
bermakna. Mereka juga memahami hakikat
menuntut ilmu dan mengembangkan
pengetahuan adalah untuk memartabatkan Islam.
Mereka seharusnya menjadi sumber inspirasi
kita pada hari ini. Langkah-langkah
kecemerlangan mereka perlu dijejaki agar
kegemilangan Islam dapat dikembalikan ke
tangan kita semula.
Ayuh berusaha untuk mencapai
kecemerlangan. Ia bukan sesuatu yang mudah.
Semuanya bermula dari cita-cita yang tinggi,
perasaan percaya pada diri dan yang paling
penting, pergantungan sepenuh jiwa pada Ilahi.
Yang utama, Allah S.W.T sememangnya tidak
melihat kepada natijah kecemerlangan tetapi
sejauh mana usaha dan pengorbanan kita ke arah
itu.
Sentiasalah perbaharui serta perbanyakkan
niat dalam menuntut ilmu, dengan harapan
segala yang kita niatkan akan diperolehi dan
dapat disumbangkan kepada agama, bangsa dan
negara.
Sebelum mengundur diri, Suri ingin berkongsi
sepotong hadis yang pasti menjadi motivasi buat
kita dalam menyusuri kembara menuntut ilmu.
قال رسول اهلل صلى اهلل عليه وسلم: من سلك طريقا يبتغي فيه علما سهل اهلل له طريقا
.إىل اجلنةRasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud,
―Barangsiapa yang menempuh perjalanan untuk
menuntut ilmu, Allah akan memudahkan
perjalanan menuju ke syurga.‖
Apa pun, ingat selalu tujuan akhir kita, untuk
syurga dan meraih redhaNya.
Salam kecemerlangan dari Suri!
Wallahu a‘lam.
6
Ism
am
esir.c
om
7
Ism
am
esir.c
om