KAITAN FAKTOR PENYUMBANG DENGAN KECEMERLANGAN AKADEMIK
PELAJAR ASRAMA HARIAN
Nuremelia Binti Mohamad Rawan
dan
Tn Hj Meor Ibrahim Bin Kamaruddin
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
ABSTRAK
Kecemerlangan akademik merupakan matlamat utama semua pelajar. Kajian ini dijalankan
untuk mengenalpasti apakah kaitan faktor sikap, motivasi, rakan sebaya dan program
pembelajaran asrama dengan kecemerlangan pelajar asrama harian. Kajian berbentuk
deskriptif ini melibatkan sampel 61 orang pelajar tingkatan 4 dari empat buah asrama sekolah
menengah kebangsaan harian di daerah Johor Bahru. Instrumen kajian yang digunakan
mengandungi 32 item yang berdasarkan kepada skop kajian. Kebolehpercayaan soal selidik ini
telah diuji (α = 0.8827) manakala keesahan item-item diperolehi menerusi perbincangan dengan
pakar. Data-data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package
for Social Science (SPSS) versi 10.0. Dapatan kajian mendapati secara keseluruhannya kesemua
faktor yang dikaji mempunyai kaitan dengan kecemerlangan pelajar asrama harian. Beberapa
cadangan telah dikemukakan untuk meningkatkan lagi prestasi pelajar-pelajar ini. Hasil kajian
ini diharapkan dapat dijadikan panduan kepada pihak-pihak yang berkenaan bagi meningkatkan
prestasi pelajar-pelajar asrama.
PENGENALAN
Asrama-asrama telah dibina untuk memberi tujuan kemudahan tempat tinggal bagi pelajar yang
berdekatan ataupun bagi pelajar yang jauh terutamanya mereka yang datang dari keluarga yang
pendapatan rendah dan sederhana. Mereka diberi kesempatan tinggal di asrama agar tidak
tercicir daripada mengikuti persekolahan. Dengan adanya kemudahan asrama ini pelajar-pelajar
berpeluang untuk menumpukan perhatian mereka terhadap pelajaran tanpa banyak gangguan.
2
Terdapat tiga jenis asrama iaitu asrama di sekolah harian, asrama pusat dan asrama di sekolah
berasrama penuh (Hussein, 1993). Asrama di sekolah harian adalah khas untuk murid-murid
sekolah itu dan sebahagian kecil sahaja pelajar dari kesemua pelajar sekolah itu yang tinggal di
asrama. Asrama pusat pula adalah untuk keperluan bersama beberapa buah sekolah manakala
asrama di sekolah asrama penuh adalah untuk menempatkan seluruh pelajar sekolah itu di
asrama.
Pelajar-pelajar asrama banyak menikmati kemudahan-kemudahan seperti tempat tinggal yang
selesa, ruangan pembelajaran yang sempurna dan kemudahan beriadah yang lengkap. Pelbagai
pembudayaan asrama diterapkan kepada setiap pelajar bagi melahirkan individu yang berdikari,
berakhlak mulia, berilmu dan berketerampilan dengan bantuan para guru dan warden asrama.
Program-program peningkatan seperti ceramah-ceramah keagamaan dan kursus-kursus motivasi
turut dijalankan di asrama dari masa ke semasa. Dengan ini pelajar seharusnya menggunakan
peluang tinggal di asrama dengan semaksimum mungkin dalam mencapai wawasan
kecemerlangan akademik mereka kelak.
LATAR BELAKANG MASALAH
Jika dilihat secara umum, faktor pengajaran dan pembelajaran seseorang pelajar merupakan
aspek penting yang akan menentukan sejauh mana pencapaian akademik seseorang pelajar
tersebut. Dalam konteks ini, pencapaian akademik yang cemerlang telah menjadi matlamat
utama yang harus dicapai bukan sahaja oleh pelajar itu sendiri, bahkan menjadi harapan oleh ibu
bapa, para guru dan pihak sekolah.
Dalam usaha untuk memperolehi pencapaian akademik yang cemerlang, banyak aspek yang perlu
diberi penekanan dan ianya tidak akan diperolehi oleh pelajar sekiranya terdapat faktor-faktor
negatif yang mempengaruhi aktiviti pembelajaran. Pencapaian akademik yang cemerlang oleh
seseorang pelajar itu dinilai apabila seseorang pelajar itu telah sempurna memperolehi ilmu
pengetahuan serta kemahiran yang dipelajari ke tahap cemerlang dan dimanfaatkan secara
optimum.
Bagi merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pelbagai kemudahan diwujudkan
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi membantu pelajar dalam pembelajaran di sekolah.
3
Antaranya ialah pembinaan asrama yang bertujuan untuk memberi kemudahan tempat tinggal
yang berdekatan dengan sekolah kepada pelajar yang datang dari jauh, terutamanya pelajar
miskin. Kemudahan dan kesempatan diberikan kepada pelajar-pelajar yang tinggal di asrama
turut bertujuan untuk membolehkan mereka mencapai kemajuan dalam bidang pelajaran,
membentuk rohani dan jasmani yang sihat dan mempelajari hidup bermasyarakat.
PENYATAAN MASALAH
Kecemerlangan yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar yang menghuni asrama di sekolah
berasrama penuh memang tidak perlu disangkal lagi kerana pelajar-pelajar di situ memang terdiri
dari mereka yang memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan sehingga melayakkan
mereka menetap di situ. Namun pelajar-pelajar yang menetap di sekolah asrama harian juga
mempunyai prestasi yang cemerlang dalam akademik mereka walaupun mereka bukanlah terdiri
daripada pelajar-pelajar yang cemerlang sebelum memasuki asrama. Kajian ini dilakukan bagi
menfokuskan tentang faktor penyumbang utama kecemerlangan pelajar-pelajar asrama sekolah
harian biasa. Secara dasarnya terdapat beberapa faktor yang dikesan mempunyai kaitan dengan
pencapaian akademik seseorang pelajar antaranya ialah faktor sikap pelajar, motivasi, rakan
sebaya dan program pembelajaran asrama.
OBJEKTIF KAJIAN
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti kaitan faktor sikap, motivasi, rakan sebaya dan
program pembelajaran asrama dengan kecemerlangan akademik pelajar asrama harian.
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini dijalankan dalam bentuk penyelidikan deskriptif dengan menggunakan set soal selidik
dengan nilai kebolehpercayaan, α=0.8827. Teknik persampelan yang digunakan dalam kajian ini
ialah persampelan bertujuan. Sampel bagi kajian ini terdiri daripada pelajar-pelajar asrama
tingkatan 4 yang memperolehi keputusan cemerlang dengan purata peperiksaan 70% ke atas
dalam peperiksaan pertengahan tahun. Pelajar-pelajar asrama ini dipilih dari empat buah sekolah
menengah di daerah Johor Bahru iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Sultan
4
Ibrahim, Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan
Ismail dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abu Bakar.
Instrumen yang digunakan adalah Skala Likert 5 mata. Semua data-data yang diperolehi akan
dikumpul dan diproses dengan menggunakan perisian komputer Statistical Package for Social
Science Version 10.0. Tahap pengaruh yang ingin dikaji adalah berdasarkan empat faktor seperti
yang ditunjukkan dalam Jadual 1 berdasarkan item yang dipilih. Kajian ini menggunakan
peratusan (%), kekerapan (f) dan min. Untuk menentukan tahap kaitan faktor dalam menyumbang
kepada kecemerlangan akademik pelajar asrama harian, jadual tahap kaitan berdasarkan min
seperti dalam Jadual 2 ditunjukkan.
Jadual 1 : Taburan Item-Item Soal Selidik
Persoalan kajian Nombor item
Faktor sikap 1-10
Faktor motivasi 11-17
Faktor rakan sebaya 18-25
Faktor program pembelajaran asrama 26-32
Jadual 2 : Tahap Kaitan Berdasarkan Min
Tahap Penilaian Min
Tinggi 3.5 – 5.0
Sederhana 2.5 – 3.4
Rendah 1.0 – 2.4
5
ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN
Bahagian ini membincangkan mengenai analisis terhadap kaitan faktor penyumbang dengan
kecemerlangan akademik pelajar asrama harian yang terdiri daripada 32 item soalan yang mana
telah dibahagikan kepada empat faktor iaitu faktor sikap, motivasi, rakan sebaya dan program
pembelajaran asrama.
FAKTOR SIKAP
Kaitan faktor sikap adalah tinggi dengan kecemerlangan akademik pelajar asrama harian (min
4.13). Purata peratus pelajar yang bersetuju mengenai faktor sikap adalah penyumbang kepada
kecemerlangan akademik mereka adalah lebih tinggi berbanding pelajar yang kurang setuju dan
tidak setuju. Ini dapat dilihat dalam Jadual 3 iaitu purata keseluruhan pelajar yang bersetuju
adalah seramai 79.3%.
Jadual 3 : Taburan frekuensi, peratusan dan min dari aspek faktor sikap.
Bil Item Kekerapan (f) & peratus (%) Min
TS KS S
f % f % f %
1 Belajar adalah satu
tanggungjawab yang
perlu saya utamakan.
0
0
0
0
61
100
4.82
2 Saya belajar untuk
mendapat keputusan
yang cemerlang.
0
0
1
1.6
60
98.3
4.75
3 Saya berusaha
memperbaiki keputusan
peperiksaan yang rendah.
0
0
0
0
61
100
4.59
4 Saya merancang waktu
untuk mengulangkaji
pelajaran.
1
1.6
14
23.0
46
75.4
3.90
5 Saya memperuntukkan
masa yang cukup untuk
mengulangkaji pelajaran.
0
0
16
26.2
45
73.8
3.87
6 Saya rajin mengulangkaji
pelajaran.
4
6.5
24
39.3
33
54.1
3.49
7 Saya selalu bertanya guru
jika ada pelajaran yang
saya kurang faham.
6
9.8
28
45.9
27
44.2
3.43
8 Saya akan meminta
bantuan daripada rakan-
6
rakan apabila
menghadapi masalah
dalam pelajaran.
0 0 3 4.9 58 95.1 4.39
9 Saya menyiapkan kerja
sekolah yang diberi oleh
guru pada waktu yang
ditetapkan.
6
9.8
16
26.2
39
64.0
3.72
10 Saya yakin yang saya
boleh lulus dengan
cemerlang dalam semua
mata pelajaran.
0
0
7
11.5
54
88.5
4.31
Purata keseluruhan
2.8 17.9 79.3 4.13
Hasil dapatan menunjukkan kebanyakan pelajar merasakan bahawa belajar adalah satu
tanggungjawab yang perlu mereka utamakan (min 4.82). Ini menunjukkan bahawa pelajar
mempunyai aspirasi yang tinggi dalam pembelajaran mereka. Pencapaian akademik pelajar ada
kaitan dengan aspirasi pelajar, kerana aspirasi dapat menggambarkan nilai yang dimiliki oleh
pelajar.
Pelajar yang bercita-cita tinggi meletakkan pencapaian diri sebagai matlamat utama dalam
pembentukan aspirasi yang tinggi. Apabila pelajar tahu yang belajar itu adalah satu
tanggungjawab yang perlu mereka utamakan maka pelajar akan bersungguh-sungguh untuk
belajar untuk memperolehi kecemerlangan dalam akademik mereka. Menurut Tajul (1990),
untuk berjaya dalam pelajaran seorang pelajar mestilah cuba menguasai tiga perkara iaitu
mempunyai tanggapan yang betul, mempunyai persediaan yang cukup dan motivasi yang tinggi
untuk berjaya dalam pelajaran.
Hasil dapatan mendapati masih ada pelajar yang mempunyai sikap negatif dalam pembelajaran
mereka iaitu mereka malas bertanya guru jika kurang paham dalam pelajaran (min 3.43). Pelajar
bersikap angkuh, malas dan malu untuk bertanya kepada guru jika menghadapi masalah dalam
pemahaman mereka dalam pelajaran. Menurut Noran Fauziah (1991) dalam pembelajaran, sikap
memainkan peranan yang penting ke arah kejayaan seseorang pelajar. Mereka yang bersikap
positif selalunya akan mencapai kejayaan manakala pelajar yang bersikap negatif selalunya akan
menemui kegagalan dalam pelajaran. Sikap negatif ini mungkin dipengaruhi oleh faktor-faktor
luaran tetapi ini jelas sekali akan memberi kesan yang kurang baik terhadap pelajar. Oleh itu
sikap negatif seperti malas belajar, malu bertanya, bersikap angkuh dan lain-lain lagi tidak
seharusnya diamalkan oleh pelajar kerana ia akan membuat seseorang itu gagal.
7
FAKTOR MOTIVASI
Berdasarkan Jadual 4, didapati kaitan faktor motivasi adalah tinggi (min 4.18) dengan
kecemerlangan akademik pelajar asrama harian. Ini dapat dilihat melalui purata peratusan
keseluruhan pelajar yang setuju bahawa motivasi mempunyai kaitan dengan kecemerlangan
akademik mereka adalah tinggi (81.7%).
Jadual 4 : Taburan frekuensi, peratusan dan min dari aspek faktor motivasi
Bil Item Kekerapan (f) & peratus (%) Min
TS KS S
f % f % f %
11 Peluang tinggal di
asrama merupakan
dorongan utama saya
belajar dengan
bersungguh-sungguh.
3
4.9
10
16.4
48
78.7
4.16
12 Saya tetap bersemangat
untuk belajar walaupun
terpaksa menguruskan
diri sendiri di asrama
tanpa bantuan ibu bapa.
1
1.6
5
8.2
55
90.1
4.36
13 Saya tetap bersemangat
untuk belajar walaupun
mengalami kesukaran
untuk menyesuaikan diri
dengan rakan-rakan di
asrama.
2
3.2
11
18.0
48
78.7
3.97
14 Rakan-rakan saya di
asrama sentiasa memberi
semangat kepada saya
supaya maju dalam
pelajaran.
1
1.6
12
19.7
48
78.7
4.13
15 Kejayaan senior-senior
saya di asrama dalam
Peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia
(SPM) mendorong saya
untuk belajar
bersungguh-sungguh.
4
6.5
6
9.8
51
83.6
4.21
16 Kejayaan senior-senior
saya di asrama
melanjutkan pelajaran ke
IPT (Institusi Pengajian
1
1.6
10
16.4
50
81.9
4.30
8
Tinggi) mendorong saya
untuk belajar
bersungguh-sungguh.
17 Warden asrama
seringkali menasihatkan
saya untuk menghargai
masa supaya maju dalam
pelajaran.
2
3.3
10
16.4
49
80.4
4.10
Purata keseluruhan
3.2 15.1 81.7 4.18
Di dalam proses pembelajaran, motivasi merupakan satu faktor yang amat penting dalam
menentukan pencapaian pelajar. Ini kerana motivasi adalah penggerak tingkah laku individu.
Item 12 menunjukkan pelajar tetap bersemangat untuk belajar walaupun terpaksa menguruskan
diri sendiri di asrama tanpa bantuan ibu bapa (min 4.36). Hasil dapatan kajian ini menunjukkan
walaupun pelajar terpaksa berdikari sendiri menguruskan kehidupan mereka di asrama tanpa
pertolongan ibu bapa tetapi mereka mempunyai motivasi intrinsik yang tinggi dalam diri mereka
untuk belajar.
Motivasi intrinsik yang wujud dalam diri individu pelajar membuatkan pelajar tetap semangat
meneruskan kehidupan harian di asrama. Motivasi memainkan peranan penting untuk
memastikan proses pembelajaran seseorang pelajar. Menurut Crow dan Crow (1983), motivasi
adalah faktor berkuasa dalam pembelajaran. Ini adalah kerana motivasi dapat menggalakkan
seseorang pelajar dalam kegiatan belajarnya. Kehidupan di asrama tidak menjadikan pelajar
pasif malah semakin bersemangat untuk terus maju dalam pelajaran.
Pelajar didapati tetap bersemangat untuk belajar walaupun mengalami kesukaran untuk
menyesuaikan diri dengan rakan-rakan di asrama (min 3.97) menunjukkan bahawa hanya 78.7%
sahaja pelajar yang tetap bersemangat untuk belajar walaupun sukar menyesuaikan diri dengan
rakan sebaya di asrama. Manakala selebihnya hilang semangat apabila berdepan dengan masalah
sebegini. Menurut Ee (1995), motivasi ekstrinsik adalah hal dan keadaan yang datang dari luar
individu. Apabila pelajar berdepan dengan masalah menyesuaikan diri dengan rakan-rakan lain
di asrama, ini bermakna pelajar mendapat motivasi yang rendah dari rakan-rakan. Maka
kekurangan atau ketiadaan motivasi bersifat eksternal menyebabkan pelajar kurang bersemangat
untuk melakukan proses pembelajaran di asrama.
9
FAKTOR RAKAN SEBAYA
Faktor rakan sebaya mempunyai kaitan yang tinggi dalam menyumbang kepada kecemerlangan
akademik pelajar asrama harian (min 4.05). Hasil dapatan seperti dalam Jadual 5 menunjukkan
pelajar memberikan purata peratusan setuju seramai 77.3%. Ini menunjukkan perhubungan
pelajar dengan rakan sebaya adalah penting dengan kecemerlangan akademik pelajar.
Jadual 5 : Taburan frekuensi, peratusan dan min dari aspek faktor rakan sebaya
Bi
l
Item Kekerapan (f) & peratus (%) Min
TS KS S
f % f % f %
18 Prestasi akademik
saya meningkat
kerana dipengaruhi
oleh rakan-rakan di
asrama yang rajin
belajar.
3
4.9
16
26.2
42
68.9
3.89
19 Semangat persaingan
yang tinggi di
kalangan rakan-rakan
di asrama menaikkan
semangat saya untuk
belajar.
0
0
7
11.5
54
88.5
4.30
20 Saya dan rakan-rakan
di asrama bersaing
untuk mendapat
markah yang tinggi
dalam setiap ujian
dan peperiksaan di
sekolah.
1
1.6
8
13.1
52
85.2
4.26
21 Saya tekun belajar
kerana mencontohi
rakan-rakan di
asrama yang tidak
suka membuang
masa.
1
1.6
15
24.6
45
73.8
3.85
22 Saya dan rakan-rakan
di asrama sentiasa
belajar secara
berkumpulan.
3
4.9
10
16.4
48
78.7
4.03
23 Saya dan rakan-rakan
di asrama tidak
pernah ponteng ke
kelas.
5
8.2
18
29.5
38
62.2
3.80
10
24 Rakan-rakan saya
sering mengajak saya
mengulangkaji
pelajaran bersama-
sama.
3
4.9
10
16.4
48
78.7
4.00
25 Rakan-rakan saya
tidak pernah
mengejek apabila
saya mendapat
markah rendah
daripada mereka.
6
9.8
5
8.2
50
82.0
4.25
Purata keseluruhan
4.5 18.2 77.3 4.05
Perhubungan di antara rakan sebaya adalah penting kerana ia merupakan sokongan emosi bagi
seseorang pelajar. Ini disokong oleh hasil dapatan yang menunjukkan bahawa semangat
persaingan yang tinggi di kalangan rakan-rakan di asrama menaikkan semangat pelajar untuk
belajar (min 4.30). Menurut Mok (2001), rakan sebaya dapat mempengaruhi perkembangan
intelek, perlakuan diri seseorang individu, emosi dan hubungan sosialnya. Apabila rakan-rakan
di asrama mempunyai semangat yang tinggi untuk memperoleh kejayaan dalam pelajaran secara
tidak lagsung mempengaruhi perkembangan pembelajaran dan semangat pelajar untuk
memperoleh kecemerlangan dalam akademik mereka.
Pelbagai perkara positif dapat dipelajari menerusi rakan sebaya. Contohnya, rajin belajar seperti
berbincang berkaitan pelajaran di sekolah, secara tidak langsung pelajar berkenaan turut rajin
belajar bagi meningkatkan pencapaian pelajar itu sendiri (Abdullah, 2005). Ini jelas menunjukkan
pemilihan rakan sebaya memainkan peranan dalam membentuk diri remaja seperti yang
ditunjukkan dalam item 21 dimana pelajar menjadi tekun untuk belajar kerana mencontohi rakan-
rakan di asrama yang tidak suka membuang masa (min 3.85).
Minat dan kelakuan yang ada pada rakan sebaya seseorang pelajar penting sebagai pengaruh
terhadap minat, perlakuan dan seterusnya menentukan pencapaian seseorang pelajar dalam
akademik. Ini disokong oleh hasil dapatan yang menunjukkan bahawa pelajar dan rakan-rakan di
asrama tidak pernah ponteng ke kelas (min 3.80).
Jika pelajar memilih rakan sebaya yang sehaluan yang memang ingin memperoleh
kecemerlangan dalam pelajaran maka memudahkan pelajar mencapai kecemerlangan yang sama.
Ini bertepatan dengan pendapat Sharifah Alwiah (1987a) yang menyatakan persamaan dari cara-
11
cara dan nilai rakan sebaya banyak mempengaruhi perkembangan pembelajaran seseorang
individu.
FAKTOR PROGRAM PEMBELAJARAN ASRAMA
Berdasarkan Jadual 6, didapati kaitan organisasi pembelajaran di asrama adalah tinggi dengan
kecemerlangan akademik pelajar asrama harian (min 3.93). Secara keseluruhannya, purata
peratus pelajar yang bersetuju adalah lebih tinggi iaitu 74.0 % berbanding yang kurang setuju dan
tidak setuju.
Jadual 6 : Taburan frekuensi, peratusan dan min dari aspek faktor program pembelajaran
asrama
Bil Item Kekerapan (f) & peratus (%) Min
TS KS S
f % f % f %
26 Saya mematuhi
jadual belajar yang
telah ditetapkan oleh
pentadbir asrama.
2
3.3
23
37.7
36
59.0
3.72
27 Saya dapat belajar
dengan selesa pada
waktu belajar yang
telah ditetapkan.
2
3.3
13
21.3
46
75.4
3.92
28 Waktu belajar yang
telah ditetapkan oleh
pentadbir asrama
adalah mencukupi.
2
3.3
19
31.1
40
65.5
3.80
29 Saya dapat
menumpukan
perhatian terhadap
pelajaran walaupun
belajar secara
beramai-ramai.
3
4.9
26
42.6
32
52.5
3.56
30 Saya mengikuti
program-program
motivasi yang
dianjurkan oleh
3
4.9
6
9.8
52
85.3
4.11
12
pentadbir asrama
kerana membantu
meningkatkan
semangat saya untuk
belajar.
31 Saya mengikuti
kuliah-kuliah agama
di asrama kerana
banyak memberi
keinsafan kepada
saya supaya sedar
akan tanggungjawab
sebagai seorang
pelajar.
0
0
4
6.6
57
93.4
4.20
32 Kelas-kelas tambahan
yang dianjurkan oleh
pentadbir asrama
dapat meningkatkan
kefahaman saya
dalam pelajaran.
1
1.6
7
11.5
53
86.9
4.18
Purata keseluruhan
3.1 22.9 74.0 3.93
Hasil dapatan menunjukkan bahawa kuliah-kuliah agama yang diadakan di asrama banyak
memberi keinsafan kepada pelajar supaya sedar akan tanggungjawab sebagai seorang pelajar
(min 4.20). Ini adalah sama seperti dapatan dalam kajian Mohd. Zamre (2000) yang menyatakan
bahawa minat pelajar yang begitu tinggi terhadap program-program kerohanian menunjukkan
seakan sudah menjadi satu budaya asrama dalam menanamkan keyakinan kepada Allah dan
mendidik pelajar-pelajar bertawakal. Dengan adanya program seperti ini secara tidak langsung
memberi kesan pada pembelajaran pelajar iaitu mereka lebih bersungguh-sungguh dalam
pembelajaran mereka kerana sedar tanggungjawab mereka sebagai pelajar yang untuk
memperolehi kecemerlangan dalam akademik.
Hasil kajian mendapati masih ada pelajar yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di
asrama yang mana mereka perlu belajar secara beramai-ramai di dewan belajar (min 3.56).
Keadaan ini bertepatan dengan kenyataan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (1998) berkenaan
asrama-asrama sekolah menengah yang menyatakan pelajar-pelajar di asrama tidak mempunyai
bilik-bilik khas seperti bilik bacaan, bilik perbincangan, bilik tamu dan lain-lain. Keadaan ini
boleh menjejaskan kecemerlangan akademik para pelajar di asrama.
13
RUMUSAN
Melalui penganalisisan data dan perbincangan mengenai hasil dapatan dapat dirumuskan
bahawa faktor sikap mempunyai kaitan yang tinggi dengan kecemerlangan akademik pelajar
asrama harian (min 4.13). Dapatan ini menunjukkan pelajar asrama harian mempunyai sikap
yang positif terhadap usaha mereka dalam pelajaran. Antara sikap-sikap positif yang wujud
dalam diri pelajar asrama harian ini ialah mereka rajin, tekun, berusaha tinggi, bersemangat tinggi
dan tidak mudah berputus asa dalam pembelajaran mereka. Mereka juga mempunyai kesedaran
yang tinggi untuk memperoleh prestasi akademik yang cemerlang.
Faktor motivasi menunjukkan kaitan yang paling tinggi dengan kecemerlangan akademik pelajar
asrama harian (min 4.18). Ini menunjukkan pelajar-pelajar mempunyai motivasi yang tinggi
untuk belajar. Setiap pelajar mempunyai matlamat, impian dan cita-cita yang tinggi untuk
memperolehi kecemerlangan dalam akademik mereka. Selain daripada motivasi yang wujud
dalam diri mereka, mereka juga memperolehi motivasi dari luar iaitu motivasi ekstrinsik daripada
ibu bapa, warden asrama, rakan sebaya dan senior-senior mereka yang telah berjaya. Motivasi
ekstrinsik juga dapat menolong pelajar untuk belajar. Justeru, motivasi memang memainkan
peranan penting dalam memastikan kecemerlangan seseorang pelajar.
Hasil analisis juga mendapati faktor rakan sebaya menunjukkan kaitan yang tinggi dengan
kecemerlangan akademik pelajar asrama harian (min 4.05). Di dapati pelajar dipengaruhi oleh
rakan-rakan mereka dari segi sikap dan cara belajar. Pelajar yang mempunyai rakan sebaya yang
rajin belajar akan mendorong mereka untuk memperkembangan intelek dan potensi ke tahap
optimum. Persamaan dari cara-cara dan nilai rakan sebaya banyak mempengaruhi perkembangan
pembelajaran seseorang individu. Pelajar dan rakan sebaya sentiasa bekerjasama ketika
berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran untuk bersama memperolehi kecemerlangan
dalam akademik.
Berdasarkan hasil analisis di dapati program pembelajaran asrama menunjukkan kaitan yang
tinggi dengan kecemerlangan akademik pelajar asrama harian (min 3.93). Walaupun begitu
terdapat juga beberapa kelemahan dalam aspek-aspek organisasi pembelajaran yang perlu
diambil perhatian. Dari segi kesesuaian jadual waktu belajar di asrama di dapati pelajar di asrama
dapat belajar pada waktu-waktu yang diperuntukkan ini dengan selesa tetapi terdapat sebahagian
sahaja pelajar (59.0 %) yang dapat dapat mematuhi jadual ini dengan baik. Hampir separuh
14
(52.5%) sahaja daripada pelajar menyatakan bahawa mereka dapat menumpukan perhatian
terhadap pelajaran walaupun belajar secara beramai-ramai. Dari segi program khas yang
dijalankan oleh pentadbir asrama menunjukkan kesan yang positif terhadap pengaruh
kecemerlangan akademik pelajar.
KESIMPULAN
Hasil kajian yang telah dijalankan ini diharap dapat memberi gambaran dan maklumat mengenai
kaitan faktor-faktor dalam menyumbang dengan kecemerlangan akademik pelajar asrama harian.
Disebabkan kajian ini hanyalah berbentuk deskriptif, maka perbincangan berkenaan
pembolehubah seperti faktor sikap, motivasi, rakan sebaya dan program pembelajaran asrama
adalah mencukupi untuk meninjau permasalahan yang dikemukakan. Secara keseluruhan hasil
kajian ini adalah memuaskan dan diharapkan agar ianya dapat dijadikan panduan dan sumber
rujukan kepada pihak-pihak yang berminat terutamanya pihak pentadbir asrama sekolah-sekolah
terlibat.
RUJUKAN
Abdullah Sani Yahaya (2005). Mengurus Disiplin Pelajar. Pahang Darul Makmur:
PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Crow and Crow (1983). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Ee, Ah Meng (1995). Murid Dalam Proses Pembelajaran Asas Pendidikan 2.
Shah Alam: Fajar Bakti.
Hussein Ahmad (1993). Pendidikan dan Masyarakat Antara Dasar Reformasi Dan
Wawasan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian
Pendidikan Malaysia.
15
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (1998). Program Asrama Lima Bintang.
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah. Tidak diterbitkan.
Mohd. Zamre Osman (2000). Peranan Asrama Dalam Menyumbangkan
Kecemerlangan Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah Teknik Kulim Dalam
Peperiksaan SPM/SPMV. Universiti Teknologi Malaysia: Projek Sarjana
Muda. Tidak diterbitkan.
Mok, Soon Sang (2001). Psikologi Pendidikan Untuk Kursus Diploma Perguruan
Semester 1. Subang Jaya: Kumpulan Budiman.
Noran Fauziah Yaakub (1991). Sikap Pelajar UUM Terhadap Gerak Kerja Ko- kurikulum.
Seminar Kebangsaan Mengenai Ko-kurikulum: 18-20 Ogos 1985.
Sharifah Alwiyah Alsagoff (1987a). Psikologi Pendidikan 1 Konsep-konsep Asas
Psikologi Dan Psikologi Pendidikan, Psikologi Perkembangan. Kuala
Lumpur: Heinemann.
Tajul Ariffin Noordin (1990). Pendidikan Satu Pemikiran Semula. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka & Kementerian Pendidikan Malaysia.
Top Related