Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang punca permainan jenis ini kurang diminati masyarakat hari ini. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
Rangka Jawapan
-Wau sejenis permainan tradisional di negara kita-Contoh-contoh permainan tradisional lain -gasing, congkah, batu seremban, sepak raga dan lain-lain. -Sayang sekali kurang diminati masyarakat hari ini-Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan hal ini terjadi Isi 1-Dianggap kolot oleh generasi muda hari ini-Dikaitkan dengan masyarakat lama/ masyarakat di kawasan pedalaman-Tidak mencerminkan perkembangan sains dan teknologi hari ini-Generasi muda berasa malu untuk mengidentifikasikan diri mereka dengan permainan-permainan ini Isi 2-Banyak persaingan daripada permainan moden-Wujud banyak permainan moden, terutamanya yang berkaitan dengan komputer-Permainan-permainan tersebut lebih canggih dan menarik-Anggap permainan tradisional membosankan Isi 3-Generasi kini kurang terdedah kepada permainan tradisional-Permainan-permainan ini tidak tersebar luas-Ada anak-anak muda yang tidak pernah melihat permainan tradisional-Oleh itu mereka tidak mencintainya. Isi 4-Permainan tradisional tidak dikategorikan sebagai satu sukan-Lebih merupakan unsur kebudayaan-Tidak mencabar bagi anak-anak muda-Generasi hari ini lebih tertarik dengan sukan moden Penutup-Permainan tradisional - satu warisan budaya bangsa-Tidak harus dibiarkan pupus-Setiap pihak harus bekerjasama untuk menghidupkan semula permainan-permainan ini