7/27/2019 KBK 3053 Snoezelen & forum.
1/13
KBK 3053: KO-KURIKULUM DAN REKREASI
TAJUK TUGASAN 1 dan 2
KUMPULAN
_________
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
NAMA TUTOR E-LEARNING:____________________________________
TARIKH SERAH: ________________
PEMARKAHAN
2. ESEI:
(a)
(b)
3. FORUM
JUMLAH
LAMPIRAN 1
7/27/2019 KBK 3053 Snoezelen & forum.
2/13
ISI KANDUNGAN
Halaman
1.0 Pendahuluan
2.0 Definisi terapi dalam konsep pendidikan khas
3.0 Sejarah Terapi Snoezelen
4.0 Jenis-jenis peralatan yang terdapat di bilik Terapi Snoezelen dan
Fungsinya kepada kanak-kanak berkeperluan khas
5.0 Kesan-kesan Terapi Snoezelen terhadap kognitif , tingkah laku dan
Emosi kanak-kanak berkeperluan khas
6.0 Aktiviti pembelajaran yang boleh dijalankan di bilik Terapi Snoezelen
7.0 Penutup
FORUM E-LEARNING
1 Tajuk Forum 1
2 Tajuk Forum 2
3 Tajuk Forum 3
4 Tajuk Forum 4
LAMPIRAN 2
7/27/2019 KBK 3053 Snoezelen & forum.
3/13
FORUM
1
Salam sejahtera
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, OKU bermakna individu
yang tidak berupaya menentukan sendiri bagi memperolehkeperluan biasa bagi dirinya sendiri dan gagal untuk hidup
bermasyarakat disebabkan kecacatan dari segi fizikal atau
mental semenjak kelahiran ataupun kemudiannya.
Rekreasi pula berasal dari perkataan Inggeris
"recreation" bermakna "aktiviti-aktiviti yang mengisi
kesenggangan masa seseorang individu yang memberikan
ketenangan dan kepuasan. Rekreasi ada tiga jenis - rekreasi
darat, rekreasi udara dan rekreasi air.
Manakala halangan persekitaran merangkumi aspek
yang luas termasuklah dari faktor keluarga, rakan sebaya,
status sosio ekonomi, kebudayaan , kepercayaan masyarakat
serta kemudahan-kemudahan yang disediakan .
Halangan persekitaran yang dihadapi oleh golongan
OKU antaranya ialah kemudahan yang disediakan tidak
bercirikan keselamatan, keselesaan dan kesuaian untuk
digunakan oleh OKU disamping tidak mudah untuk sampai ke
satu-satu destinasi dan perletakan sesuatu kemudahanrekreasi jauh untuk dikunjungi. Dalam hal ini kemudahan
rekreasi ini dibina tanpa mengambil kira mengenai akses
untuk golongan OKU ke kawasan rekreasi tersebut . Ini
menyebabkan pergerakan dan aktiviti rekreasi mereka
terbatas.
26 Feb
2013
06:45:32
PM
SHARIAH BT
AWALDEEN
FORUM
1
Salam sejahtera
Saya bersetuju dengan pendapat cikgu dan ingin menambah
iaitu faktor keluarga juga merupakan antara halanganpersekitaran bagi OKU untuk berekreasi. Ini kerana ada
diantara keluarga ini bersikap terlalu melindungi anak-anak
OKU. Mereka tidak yakin dengan kebolehan anak mereka.
Oleh kerana terlalu melindungi, ada anak-anak OKU ini tidak
dibenarkan berekreasi di luar rumah bersama rakan sebaya .
Bukan itu sahaja , mempunyai sifat malu kerana ada anak OKU
juga menyebabkan keluarga ini tidak membenarkan anak
mereka di bawa keluar rumah dan juga berekreasi dengan
masyarakat sekeliling.
01 Mar
2013
11:04:39
PM
SHARIAH BT
AWALDEEN
7/27/2019 KBK 3053 Snoezelen & forum.
4/13
FORUM
1
Salam sejahtera
Saya bersetuju dengan pendapat cikgu , antara halangan
persekitaran terhadap golongan OKU untuk berekreasi ialah
sikap masyarakat. Saya ingin menambah lagi tidak semua
komuniti dalam masyarakat yang dapat menerima golongan
OKU ini. Ada antaranya menjauhkan diri apabila berjumpaatau didekati oleh golongan ini, ada yang mencemuh dan
melabel dengan pelbagai gelaran terhadap golongan ini. Hal
ini menambahkan lagi rasa rendah diri golongan ini. Ada juga
yang menggunakan hak OKU untuk kepentingan mereka . Ini
dapat dilihat terutamanya kawasan meletak kereta golongan
OKU ini sewenang-wenangnya digunakan oleh mereka yang
tidak bertanggungjawab.
03 Mar
2013
09:31:56
PM
SHARIAH BT
AWALDEEN
FORUM
1
Salam sejahtera
Saya menyokong pemdapat cikgu , setengah-setengah
kemudahan yang disediakan tidak menepati kriteria bagi
digunakan untuk rekreasi golongan OKU malah kemudahan
yang disediakan adalah terhad. Bukan itu sahaja kadang-
kadang kala kemudahan rekreasi yang disediakan tidak
disediakan secara percuma malah mengenakan kos yang
tinggi untuk digunakan oleh golongan ini. Tidak semua
golongan OKU ini yang mampu untuk menggunakan
kemudahan rekreasi yang mengenakan bayaran yang tinggi.
Ini antara halangan persektiaran bagi golongan OKU untuk
berekreasi.
03 Mar
2013
09:44:44
PM
SHARIAH BT
AWALDEEN
FORUM
1
Salam sejahtera
Saya ingin menambah pendapat cikgu yang ketiga
mengenai halangan persekitaran yang dihadapi golongan
masalah pendengaran. Dalam hal ini golongan OKU yang
menghadapi masalah penglihatan juga terpaksa menghadapi
rintangan untuk berekreasi.
Bagi mereka yang menghadapi masalah penglihatan,
perasaan kurang yakin pada diri sendiri untuk menghadapi
persekitaran luar juga merupakan satu halangan untuk
mereka berekreasi. Keadaan tempat rekreasi yang bertangga,
tidak rata antara satu tempat ke satu tempat serta yang tiada
kemudahan untuk golongan masalah penglihatan aksess
merupakan halangan persekitaran yang terpaksa golongan ini
hadapi.
23 Mar
2013
07:27:39
PM
SHARIAH BT
AWALDEEN
7/27/2019 KBK 3053 Snoezelen & forum.
5/13
Forum
2
Salam sejahtera
Rekreasi merupakan aktiviti terancang yang dilakukan
untuk memenuhi masa lapang bagi memperolehi keseronokan
dan ketenangan minda . Inklusif keadaan dimana kanak-kanak
berkeperluan khas ini diberi peluang melakukan aktiviti
bersama-sama kanak-kanak normal. Oleh itu rekreasi inklusifadalah aktiviti terancang yang dilakukan bersama antara
kanak-kanak berkeperluan khas dengan kanak-kanak normal
bagi memperolehi keseronokan.
Rekreasi inklusif perlu dilaksanakan bagi memberi
pendedahan murid-murid berkeperluan khas ini kepada dunia
luar dengan meluaskan kemahiran sosial mereka dengan
masyarakat luar. Keadaan ini dapat membantu bukan sahaja
kanak-kanak berkeperluan khas ini malah masyarakat
sekeliling untuk mengenali mereka dengan lebih dekat lagidan menggalakkan interaksi antara kanak-kanak ini dengan
kanak-kanak normal di samping memperkui hak pendidikan
yang sama untuk semua kanak-kanak tanpa mengira
perbezaan individu.
Selain itu rekreasi inklusif ini akan memberi peluang
kepada kanak-kanak berkeperluan khas ini bersaing dengan
kanak-kanak normal secara aktif bagi mengembangkan bakat
mereka . Kanak-kanak normal boleh membantu kanak-kanak
berkeperluan khas ini semasa bersama terlibat dalam rekreasiinklusif ini. Secara tidak langsung dapat menerapkan nilai
murni bekerjasama antara satu sama lain tanpa mengira
keadaan seseorang.
Kelemahan yang ada dalam rekreasi inklusif ialah dari
segi penerimaan masyarakat bukan sahaja masyarakat
setempat malah di kalangan murid-murid sekolah. Terdapat
unsurunsur negatif yang berlaku antaranya ialah ejekan atau
pelabelan yang menyebabkan kanak-kanak berkeperluan khas
ini merasa rendah diri.
Di samping itu terdapat juga keadaan di mana kanak-
kanak berkeperluan khas ini tidak mendapat perhatian di
mana kehadiran mereka tidak diendahkan dan dianggap
sebagai satu gangguan atau bebanan.
17 Mar
2013
06:20:11
PM
SHARIAH BT
AWALDEEN
Forum
2
Salam sejahtera
Saya bersetuju dengan pendapat cikgu berkenaan
rekreasi inklusif ini boleh memberi motivasi kepada kanak-kanak berkeperluan. Malah rekreasi inklusif ini boleh
17 Mar
2013
07:18:17
PM
SHARIAH BT
AWALDEEN
7/27/2019 KBK 3053 Snoezelen & forum.
6/13
mengurangkan masalah kesihatan mental yang dihadapi oleh
kanak-kanak yang terlibat ini. Apabila berekreasi mereka akan
dapat merasai suasana sosial yang menarik , dapat
menghilangkan masalah yang dihadapi serta membantu
meningkatkan mood positif yang berkaitan dengan harga diri
apabila bersama-sama dengan masyarakat sekeliling. Keadaan
ini disebabkan apabila mereka berekreasi mereka akan
terleka dan berasa seronok dengan aktiviti yang disertai lantas
dapat melupakan tekanan yang dihadapi.
Namun terdapat juga kelemahan disebalik kebaikan
rekreasi inklusif ini di mana sikap tolenrasi individu normal
adalah sangat tipis terhadap kanak-kanak berkeperluan khas
ini. Kepentingan diri mereka diutamakan tanpa
mempertimbangkan orang lain terutama mereka yang
berkeperluan khas. Tidak memberi peluang dan sukar untuk
membantu semasa melakukan aktivti rekreasi inklusif. Hal ini
akan menyebabkan kanak-kanak berkeperluan khas ini akan
terus tertekan dan menghadapi kemurungan.
Forum
2
Salam sejahtera
Saya ingin menambah lagi pendapat cikgu berkenaan rekreasi
inklusif ,sebagaimana kanak-kanak normal perlu rekreasi bagi
memenuhi tuntutan hidup mereka, begitu juga kanak-kanak
khas ini mereka juga perlu berekreasi bagi memenuhi tuntuan
hidup mereka juga. Dalam hal ini rekreasi inklusif perlu
dilaksanakan agar semua kanak-kanak dapat berekreasi
bersama tanpa mengira masalah yang dihadapi.
Rekreasi inkulsif membantu murid-murid berkeperluan khas
berdikari dan membina keyakinan diri. Apabila mereka
berekreasi bersama , memberi peluang kepada murid-murid
berkeperluan khas ini terlibat sama dengan aktiviti-aktiviti
yang disediakan oleh masyarakat setempat. Secara tidak
langsung akan memberi peluang kepada murid-murid inibukan sahaja berdikari malah boleh meningkatkan prestasi
sosial mereka.
Manakala kelemahan rekreasi inklusif pula ialah murid-murid
berkeperluan khas ini tidak diberi peluang menggunakan
kemudahan yang disediakan , kadang-kala kemudahan yang
disediakan tidak bersesuaian dengan tahap mereka dan
aktiviti yang disediakan masyarakat setempat tidak
bersesuaian dengan tahap keupayaan mereka.
23 Mar
2013
08:37:09
PM
SHARIAH BT
AWALDEEN
7/27/2019 KBK 3053 Snoezelen & forum.
7/13
Forum
2
Salam sejahtera
Kebaikan rekreasi inklusif bukan sahaja dinikmati oleh
kanak-kanak berkeperluan khas saja malah ia juga memberi
manfaat kepada kanak-kanak aliran perdana. Apabila
berekreasi bersama kanak-kanak aliran perdana bukan saja
dapat berkomunikasi dengan kanak-kanak berkeperluan khasmalah boleh menjadi platform kepada kanak-kanak aliran
perdana untuk mencurahkan bakti kepada kanak-kanak
berkeperluan khas dan boleh bertindak sebagai pembimbing
rakan sebaya.
Walau bagaimana pun terdapat kanak-kanak aliran
perdana yang masih tidak boleh menerima kehadiran atau
penyertaan kanak-kanak berkeperluan khas ini dalam rekreasi
inklusif di mana kehadiran mereka ini dianggap sebagai
gangguan dan dipandang rendah oleh golongan ini.
23 Mar
2013
08:51:10
PM
SHARIAH BT
AWALDEEN
Forum
2
Salam sejahtera
Semasa menjalani rekreasi inklusif , kanak-kanak berkeperluan
khas ini akan berinteraksi dan berkomunikasi serta melakukan
aktiviti bersama-sama dengan kanak-kanak aliran perdana.
Interaksi dan komunikasi ini memberi ruang dan peluang
kepada semua kanak-kanak yang terlibat sama ada kanak-
kanak berkeperluan khas atau kanak-kanak normal . Keadaan
ini boleh membantu peningkatan prestasi dari segi sosial,
tingkah laku , kognitif serta fizikal yang memberangsangkan
kanak-kanak berkeperluan khas ini. Bagi kanak-kanak aliran
perdana pula rekreasi inklusif ini akan dapat menanam sifat
tolong menolong disamping mengetahui peranan atau
sumbangan mereka dalam masyarakat
23 Mar
2013
09:13:05
PM
SHARIAH BT
AWALDEEN
FORUM
3
Salam sejahtera.
Aktiviti kokurikulum dan rekreasi mempunyai hubungan rapat
dimana kedua-duanya menyediakan peluang kepada pelajar
11 Apr
2013
05:44:44
SHARIAH BT
AWALDEEN
7/27/2019 KBK 3053 Snoezelen & forum.
8/13
untuk menambah dan mengamalkan kemahiran,
pengetahuan, nilai-nilai murni yang telah dipelajari dan
dipratikkan di luar bilik darjah Pengurusan yang cekap dan
bersistematik diperlukan untuk melaksanakan rekreasi
ini. Pengurusan aktiviti rekreasi inklusif dan rekreasi khas
melibatkan pelbagai tatacara pengurusan, persediaan
sebelum aktiviti , semasa aktiviti dan selepas aktiviti
dijalankan yang mana semua undang-undang yang
ditetapkan perlu dipatuhi bagi menjamin kelancaran aktiviti
rekreasi tersebut.
Hal ini dapat dilihat apabila sesebuah program hendak
mengadakan aktiviti rekreasi inklusif atau rekreasi khas di luar
kawasan sekolah terdapat pekeliling yang perlu dipatuhi bagi
mengadakan aktivti di luar termasuklah lawatan iaitu SPI Bil,
12/2000: Lawatan Pendidikan Murid di Hari Persekolahan dan
pekeliling SPI Bil.5/2002 : Lawatan Sekolah Pada Hari
Persekolahan . Pekeliling ini mengkehendaki perancangan
aktiviti disediakan sebelum, semasa dan selepas lawatan dan
hendaklah dikatikan dengan pembelajaran di dalam bilik
darjah dan juga tempat yang dibenarkan untuk melawat.
Selain dari pekeliling , terdapat juga prosedur lain yang perlu
diikuti antaranya membuat kertas kerja untuk diluluskan oleh
pihak sekolah, meminta kebenaran daripada ibu bapa,
menghantar borang Undang-undang Pelancongan Sekolah
1957 kepada Pejabat Pelajaran Daerah dan juga meminta
kebenaran dari pihak yang hendak dilawati . Borang Undang-
undang Pelancongan Sekolah 1957 hendaklah diisi sekurang-
kurangnya empat salinan jika lawatan diadakan di dalam
negeri sendiri dan perlu ditambah salinannya mengikut negeri
yang dilalui.
Undang-undang dan pekeliling ini bertujuan agar aktiviti yang
diadakan ini benar-benar memberi manfaat kepada murid-
murid serta menjamin keselamatan serta kelancaran aktiviti
tersebut.
PM
FORUM
3
Salam sejahtera.
Ya bersetuju dengan kesimpulan dari cikgu Nurulhuda
iaitu undang-undang sangat mempengaruhi perkhidmatan
rekreasi inklusif dan rekreasi khas agar tidak diabaikan dan
seterusnya dapat melindungi hak orang kurang upaya.
Adanya undang-undang dan prosedur yang perlu
dipatuhi bagi melakukan rekreasi inklusif dan rekreasi khas ini ,
segala aktiviti yang dijalankan akan dilakukan dengan
13 Apr
2013
11:40:08
PM
SHARIAH BT
AWALDEEN
7/27/2019 KBK 3053 Snoezelen & forum.
9/13
perancangan dan persediaan yang teliti. Perancangan dan
persediaan perlu mengambil kira pelbagai aspek termasuk
kesesuaian sesuatu aktiviti atau perkhidmatan yang
disediakan. Seterusnya aspek keselamatan juga merupakan
aspek yang penting dan perlu diambil perhatian dalam
melakukan sesuatu aktiviti. Keselamatan ini merangkumi
keselamatan perkhidmatan dan peralatan yang disediakan
disamping keselamatan murid-murid yang terlibat atau yang
menggunakan perkhidmatan rekreasi tersebut.
FORUM
3
Salam sejahtera
Apa yang cikgu nyatakan merupakan asas
kesaksamaan hak dan peluang kepada OKU bagi penyertaan
penuh kepada masyarakat. Akta ini turut memberi
kehormatan dan kebebasan bagi membolehkan mereka hidup
berdikari dan melalui akta ini jugalah memastikan OKU
menikmati hak dan peluang dan mengakses secara selesa di
bawah undang-undang OKU.
Akta-akta yang diwujudkan ini bertujuan untuk
menjaga kepentingan dan hak golongan OKU ini dan meberi
peluang kepada mereka untuk menjalani rekreasi yang
disediakan disamping menjaga dan memelihara keperluan
golongan ini agar mereka juga berpeluang menikmati nya
sebagaimana golongan lain perolehi.
Namun undang-undang dan akta yang ada masih
belum dapat menjamin segala kemudahan rekreasi tersebut
dapat digunakan oleh golongan OKU ini selamat dan selesa.
Keadaan ini terjadi disebabkan sikap orang ramai yang tidak
ambil peduli terhadap kemudahan yang disediakan untuk
golongan OKU ini disamping sikap sambil lewa setengah-
setengah pengurusan yang menyediakan kemudahan untuk
golongan ini.
21 Apr
2013
05:37:25
PM
SHARIAH BT
AWALDEEN
FORUM
3Salam sejahtera
Saya tertarik dengan pendapat cikgu iaitu dalam
kedua-dua rekreasi terdapat undang-undang yang telah
ditetapkan dimana undang-undang sememang mempengaruhi
perkhidmatan ini , dimana untuk menglibatkan Orang kurang
upaya, pihak yang berwajib sepatutnya menyediakan lathan
dan keperluan yang sesuai agar keselamatan dan keselesaan
OKU untuk melaksanakan rekreasi inklusif dan khas.
21 Apr
2013
05:57:05
PM
SHARIAH BT
AWALDEEN
7/27/2019 KBK 3053 Snoezelen & forum.
10/13
Bukan itu sahaja dalam kita menyediakan pelbagai
aktiviti rekreasi sama ada di dalam atau di luar sama ada
sesama murid keperluan khas atau inklusif dengan murid
aliran perdana , kita masih terikat dengan pelbagai peraturan
dan pekeliling termasuklah Peraturan-peraturan Dalam Akta
1996 , Tatacara Pengurusan Kokurikulum dan Rekreasi dan
juga Pekeliling SPI Bil. 9/2000 : Panduan Keselamatan Diri
Pelajar Semasa PJK, Aktiviti Kokurikulum dan Sukan di
Dalam/Luar Kawasan Sekolah.
Kesemua ini merupakan proses yang sistematik yang
dapat menjamin kelancaran pelaksanaan aktiviti serta
keselamatan golongan ini dalam menjalani rekreasi inklusif
atau rekreasi khas.
FORUM
3
Salam sejahtera
Saya bersetuju dengan pendapat cikgu,
penguatkuasaan undang-undang dalam rekreasi khas juga
memberi peluang golongan kelainan upaya menjalani aktiviti
rekreasi yang lebih mencabar. Justeru undang-undang dapat
mengurangkan keterbatasan mereka supaya kehidupan
mereka lebih menyeronokkan, bermakna dan merasa diri
dihargai.
Saya ingin menambah pendapat tersebut, semua akta
dan peraturan yang telah dibuat oleh kerajaan bertujuan
memberi peluang kepada golongan ini menikmati bukan
sahaja kemudahan rekreasi malah pelbagai kemudahan yang
disediakan. Golongan ini seberapa boleh akan diberikan hak
kesamarataan dan diberi peluang untuk menjalani kehidupan
seperti anggota masyarakat yang lain. Seterusnya dengan
adanya undang-undang dan akta-akta sudah pasti pihak yang
bertanggungjawab akan memastikan peraturan untuk tempat
rekreasi, menyediakan kemudahan mengikut spesifikasi yang
ditetapkan bagi OKU untuk melibatkan diri dalam akttivitirekreasi.
21 Apr
2013
06:36:51
PM
SHARIAH BT
AWALDEEN
FORU
M 4
Salam sejahtera
Permainan lasak atau ekstreem merupakan aktiviti di luar bilik
darjah atau di kawasan tapak yang disediakan seperti trek, laluan
berhalangan , sungai atau gunung sama ada dibina untuk aktiviti
10 Apr
2013
06:21:
52 PM
SHARIAH
BT
AWALDEEN
7/27/2019 KBK 3053 Snoezelen & forum.
11/13
tersebut atau kawasan semulajadi . Bersesuaian dengan namanya,
permainan lasak atau ekstreem adalah permainan yang memberi
cabaran kepada fizikal maupun mental seseorang yang menyertainya.
Tiada peraturan yang ditetapkan dalam permainan ini.
Secara umumnya kanak-kanak berkeperluan khas berbeza
daripada kanak-kanak normal dari segi mental, keupayaan deria melihat
atau mendengar , keupayaan berkomunikasi , tingkahlaku dan emosi
serta berbeza dari segi fizikal.
Bagi pendapat saya kanak-kanak yang mempunyai masalah
pendengaran tidak mempunyai masalah untuk melakukan permainan
lasak ini. Majoriti daripada mereka tidak menghadapi masalah dari segi
fizikal yang mana fizikal mereka sama seperti kanak-kanak normal.
Begitu juga dengan murid-murid yang menghadapai masalah
pembelajaran. Tidak semua dari mereka yang menghadapi masalah
fizikal. Mereka ini juga berupaya menyertai aktiviti sukan dan
permaianan apatah lagi permainan lasak atau ekstreem. Bagi mereka
yang mempunyai masalah penglihatan ada di kalangan mereka yang
telah berjaya mendaki Gunung Kinabalu. Ini membuktikan mereka juga
tidak menghadapi halangan untuk melakukan permainan lasak ini.
Kesemua golongan ini boleh melakukan aktiviti lasak ini dengan teknik
serta bimbingan dari guru mereka. Oleh itu permainan lasak ini boleh
dilakukan oleh kanak-kanak berkeperluan khas mengikut kesesuaian
permainan tersebut serta mengikut keadaan kanak-kanak berkeperluan
khas itu.
FORU
M 4
Salam sejahtera
Saya kurang setuju dengan pendapat cikgu bahawa kanak-kanak
pendidikan khas tidak sesuai dengan sukan jenis lasak mereka lebih
sesuai menjalani terapi. Kanak-kanak keperluan khas ini termasuklah
golongan masalah penglihatan, pendengaran serta masalah fizikal. Oleh
itu kebanyakan daripada mempunyai keupayaan fizikal yang hampir
sama dengan kanak-kanak normal. Oleh itu tiada masalah bagi golongan
ini untuk melakukan serta menyertai permainan ekstreem. Ini dapatdibuktikan dengan kejayaan pelajar-pelajar spastik dari Petaling Jaya
yang berjaya mendaki gunung
Kinabalu. (http://pdknet.com.my/forum/index.php?topic=461.
0)
Selain itu permainan lasak ini membantu mereka membina keyakinan
diri disamping memberi peluang kepada kanak-kanak berkeperluan khas
ini merasai dan menggunakan peralatan yang digunakan oleh kanak-
kanak normal. Mereka juga mempunyai hak yang sama dengan kanak-
kanak normal. Kita sebagai guru yang perlu berusaha membimbing sertamemberi yang terbaik dengan melakukan pengubahsuaian terhadap
10 Apr
2013
11:16:
26 PM
SHARIAH
BT
AWALDEEN
http://pdknet.com.my/forum/index.php?topic=461.0http://pdknet.com.my/forum/index.php?topic=461.0http://pdknet.com.my/forum/index.php?topic=461.0http://pdknet.com.my/forum/index.php?topic=461.0http://pdknet.com.my/forum/index.php?topic=461.0http://pdknet.com.my/forum/index.php?topic=461.07/27/2019 KBK 3053 Snoezelen & forum.
12/13
aktiviti lasak agar mereka tidak merasa tersisih dan mempunyai sifat
berdaya saing dengan kanak-kanak normal.
FORU
M 4
Salam sejahtera
Betul pendapat cikgu kanak-kanak berkeperluan ini boleh
menyertai permainan lasak ini sekiranya telah memenuhi kriteria
keselamatan dan minat kanak-kanak tersebut. Mereka berupaya
melakukan pelbagai aktiviti dengan diberi bimbingan yang betul . Ini
jelas terbukti dengan berita kejayaan orang kurang upaya fizikal boleh
bermain skateboard. (http://dunia-uniks.blogspot.com/2011/05/10-
orang-cacat-kaki-terhebat.html)
Jelaslah kepada kita bahawa kanak-kanak berkeperluan khas ini
jika diberi perhatian dan dilatih dengan cara yang betul mampu
melakukan kejayaan yang cemerlang dalam bidang yang diceburi serta
mampu menyaingi kanak-kanak normal.
10 Apr
2013
11:37:
27 PM
SHARIAH
BT
AWALDEEN
FORU
M 4
Salam sejahtera.
Saya kurang setuju dengan pendapat cikgu permainan lasak
tidak sesuai dengan murid berkeperluan khas. Walaupun permainan
lasak ini berisiko tinggi namun jika dikendalikan dengan teknik yang
betul serta dipantau oleh professional ianya boleh disertai oleh kanak-
kanak berkeperluan khas.
Perkara ini telah terbukti di mana beberapa orang OKU
termasuklah Sindrom Down, cacat penglihatan dan juga Cerebral Palsy
telah berjaya mendaki Gunung Kinabalu. Dengan latihan yang dilalui dan
keazaman serta semangat yang tinggi mereka berjaya membuktikan
bahawa mereka juga boleh melakukan sebagaimana orang-orang normal
lakukan. www.sabahparks.org/eng/events/event_details.asp?eventsid=
96
13 Apr
2013
11:54:
53 PM
SHARIAH
BT
AWALDEEN
FORU
M 4
Salam sejahtera
Saya kurang bersetuju dengan pendapat cikgu, permainan lasak
atau ekstreem tidak sesuai bagi kanak-kanak berkeperluan khas kerana
boleh mendatangkan risiko kecederaan kepada pelakunya dan lebih
sesuai dilakukan oleh orang dewasa.
Pada pendapt saya permainan ini boleh dilakukan oleh semua orang
termasuklah kanak-kanak berkeperluan khas jika dibimbing dengan cara
dan teknik yang betul. Terdapat banyak tempat yang menyediakan
permainan lasak atau ekstreem ini secara di luar atau di dalam
bangunan. Kemudahan yang disediakan boleh membantu kanak-kanak
14 Apr
2013
10:28:
52 PM
SHARIAH
BT
AWALDEEN
http://dunia-uniks.blogspot.com/2011/05/10-orang-cacat-kaki-terhebat.htmlhttp://dunia-uniks.blogspot.com/2011/05/10-orang-cacat-kaki-terhebat.htmlhttp://dunia-uniks.blogspot.com/2011/05/10-orang-cacat-kaki-terhebat.htmlhttp://dunia-uniks.blogspot.com/2011/05/10-orang-cacat-kaki-terhebat.htmlhttp://dunia-uniks.blogspot.com/2011/05/10-orang-cacat-kaki-terhebat.htmlhttp://dunia-uniks.blogspot.com/2011/05/10-orang-cacat-kaki-terhebat.html7/27/2019 KBK 3053 Snoezelen & forum.
13/13
berkeperluan khas ini menjalani latihan sebagai persediaan bagi aktiviti
mendaki gunung atau aktiviti yang lain. Selalunya kemudahan tempat ini
ada menyediakan jurulatih yang bertauliah yang boleh membantu
kanak-kanak ini bermain permainan lasak atau ekstreem ini.
Terdapat juga kejayaan yang dilakukan oleh kanak-kanak
berkeperluan khas yang cikgu perlu ketahui ini termasuklah kejayaanpelajar cacat penglihatan dari SMK Pend.Khas Setapak di mana mereka
telah menjalani acara perkhemahan di Pulau Redang.Antara aktiviti yang
dilakukan termasuklah menjelajah hutan, aktiviti snorkelling dan juga
berenang di kawasan pulau tersebut. Dengan bimbingan guru serta
sukarelawan kanak-kanak berkeperluan khas ini berjaya melakukan
aktiviti sebagaimana kanak-kanak normal
melakukannya. http://www.smpkhasetapak.blogspot.com/search/lab
el/Annual%20Activities
http://www.smpkhasetapak.blogspot.com/search/label/Annual%20Activitieshttp://www.smpkhasetapak.blogspot.com/search/label/Annual%20Activitieshttp://www.smpkhasetapak.blogspot.com/search/label/Annual%20Activitieshttp://www.smpkhasetapak.blogspot.com/search/label/Annual%20Activitieshttp://www.smpkhasetapak.blogspot.com/search/label/Annual%20Activities