7/29/2019 Kesan Globalisasi Terhadap Dunia
1/8
Kesan globalisasi dari sudut teknologi.
Globalisasi merujuk kepada perubahan yang menjadikan dunia tanpa sempadan
yang disebabkan oleh kepesatan atau kepantasan perkembangan teknologi maklumat.
Segala modal, tenaga manusia, kemahiran dan nilai menyeberangi sempadan dalam masa yang
begitu singkat. Perubahan yang meliputi skop yang luas ini dihubungkan dengan kemajuan
teknologi, khususnya dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi.
Dunia kini terpaksa berdepan dengan gelombang globalisasi akibat secara langsung
daripada ledakan teknologi maklumat berkenaan. Kemajuan dalam bidang ini memaksa beberapa
negara membuka pintu seluas-luasnya kepada pengaruh luar yang membahayakan dan
merosakkan jika tiada kawalan melalui dasar langit terbuka. Globalisasi yang berselindung di
sebalik ledakan teknologi maklumat merupakan suatu proses re-westernisasi atau imperialism
budaya, bahasa dan pendidikan yang berpengaruh dan mempunyai kesan melemah dan akhirnya
telah banyak meminggirkan proses Islamisasi dan pemantapan budaya sejagat.
Justeru, dalam konteks kesan yang nyata kepada dunia dapat kita lihat dari sudut
impaknya terhadap bidang teknologi maklumat itu sendiri. Teknologi telah mengubah wajah
ekonomi konvensionalyang lambat dan mengendalikan interaksi sumber daya fizik secara lokal
menjadi ekonomi digital yang serba cepat dan global. Teknologi dapat dibahagikan kepada
beberapa bahagian seperti teknologi pengangkutan, teknologi pembangunan, teknologi maklumat
dan sebagainya.
Dari segi teknologi pengangkutan, dunia telah melalui revolusi dan telah menggerakkan
manusia kepada beberapa penemuan-penemuan terhebat yang memberi manfaat kepada sejagat.
Contohnya, penciptaan lokomotif iaitu keretapi, kereta, kapal terbang, motorsikal dan kapal.
Penciptaan ini memudahkan urusan seharian manusia sejagat dan tidak memerlukan masa yang
panjang untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Melalui proses globalisasi, dunia
berkongsi sumber dan kepakaran untuk mereka-cipta sesuatu teknologi pengangkutan yang lebih
canggih dan berfuturistik misalnya kapal angkasa lepas. Jika zaman Perang Dunia pertama,
manusia menggunakan senjata yang berada di muka bumi. Mereka membunuh, menembak dan
memusnah antara satu dengan yang lain dengan perantaraan bumi. Dalam peperangan dunia
kedua pula, manusia telah menggunakan angkasa untuk berperang. Justeru, teknologi kapal
terbang adalah penting untuk memastikan kemenangan sesuatu peperangan.
7/29/2019 Kesan Globalisasi Terhadap Dunia
2/8
Antara bidang teknologi lain yang cepat maju dan canggih adalah bidang teknologi
maklumat dan komputer. Bill gates (1996), peneroka bidang komputer yang terkenal, dapat
memasarkan aplikasi keluaran Window ke serata dunia . Perkembangan teknologi yang begitu
pesat pada masa ini di seluruh dunia memerlukan tindakan segera pembangunan sumber manusia
untuk memberi latihan, pengetahuan dan kemahiran tentang teknologi maklumat, robotik dan
sebagainya.Kehidupan manusia semakin banyak bergantung kepada komputer dan teknologi di
era globalisasi hari ini.
Melalui dasar globalisasi yang diamalkan juga, teknologi maklumat dapat disalurkan
dengan lebih cekap dan pantas tanpa sebarang halangan. Kita dapat membuat panggilan samada
melalui suara, gambar mahupun video pada bila-bila masa dan tempat. Penggunaan internet juga
boleh dilakukan dengan sambungan wayar dan tanpa wayar (wifi). Ini dapat dilihat dengan
perkembangan sumber 3G dan terkini dikenali sebagai 4G. Ekoran proses globalisasi ini
kebanyakan tempat samada di bandar mahupun di pedalaman sudah mampu mencapai capaian
internet dengan mudah.
Kesan positif lain yang dapat diperhatikan daripada globalisasi dunia ini ialah jaringan
komunikasi dan informasi adalah tidak terhad dan ini memberi impak yang besar untuk
pendidikan. Contohnya, kewujudan Sekolah Bestari di Malaysia. Ia merupakan salah satu
daripada tujuh flagship dalam Projek Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Corridor).
Pada bulan Julai 1997, Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri ketika itu telah
melancarkan dokumen flagship Sekolah Bestari di Malaysia disamping dokumen berkaitan
flagship- flagship lain. Syarikat Swasta dari dalam atau luar negara dijemput untuk
mengemukakan kertas cadangan bagi menjayakan flagship- flagship ini. Sekolah Bestari
Malaysia merupakan satu institusi pendidikan yang telah direkabentuk semula secara
menyeluruh dari segi pengajaran pembelajaran dan pengurusan sekolah dengan matlamat
membantu pelajar menghadapi cabaran Zaman Maklumat. Tumpuan utama dalam projek
Sekolah Bestari ini ialah pelaksanaan proses pengajaran pembelajarannya. Ini ada kaitannya
dengan kurikulum, pedagogi, pentaksiran, dan juga bahan-bahan P&P. Kesemua elemen ini
dititikberatkan supaya pelajar dapat belajar dengan lebih berkesan dan cekap. Kaedah
pembelajaran Sekolah Bestari menggalakkan pelajar mengamalkan pembelajaran akses kendiri ,
terarah kendiri dan mengikut kadar pembelajaran sendiri. Justeru, dengan kemudahan jaringan
7/29/2019 Kesan Globalisasi Terhadap Dunia
3/8
yang disediakan, para pelajar dan pendidik dapat mengakses maklumat dan berkongsi segala info
dengan hanya di hujung jari.
Di samping itu, kegiatan institusi pendidikan dan latihan telah ditumpukan ke arah
menghasilkan kemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan literasi komputer. Langkah
kerajaan Malaysia membina Lebuh Raya Multi Media , Universiti Multi Media dan Pusat
Pentadbiran Kerajaan Berelektronik yang kita telah maklum sekarang adalah langkah yang bijak
untuk persediaan tenaga manusia yang akan menggunakan teknologi maklumat di dalam era
globalisasi.
Melalui pengakses mengakses internet dengan laman-laman global seperti Yahoo,
Google, HTML (Hypertext Markup Language), Friendster, Facebook dan Twitter juga, manusia
sejagat dapat berhubung dan berkenalan antara satu sama lain. Konsep perdagangan elektronik
melalui internet, yang dikenali dengan nama e-Commerce dan e-Bussiness telah banyak
membantu manusia menjalankan perniagaan dan urusan seharian. Seseorang itu hanya perlu
menekan papan kekunci untuk melaksanakan transaksi pembayaran bil, pinjaman, membeli-
belah dan sebagainya tanpa perlu ke bank.
Teknologi dalam bidang kesihatan juga telah mengakibatkan kesihatan rakyat sedunia
lebih selamat dan terjamin. Ubat-ubatan yang dulunya diproses secara tradisional kini digantikan
dengan penggunaan mesin-mesin yang berteknologi tinggi di hospital, natijah daripada hubungan
yang berlaku di antara sesebuah negara dengan negara yang lain melalui era globalisasi.
Globalisasi juga telah membuka ruang kepada kejayaan merawat sumber air agar lebih bersih
dan selamat digunakan dan dapat menghindar daripada penyakit wabak seperti taun, malaria dan
sebagainya. Ini dapat dibuktikan dengan lebih daripada 85% penduduk dunia dapat hidup
sehingga mencapai umur 60 tahun dan lebih iaitu 2 kali ganda daripada 20 tahun lalu.
Fenomena ketara yang dapat dilihat ekoran daripada globalisasi yang berlaku seantero
dunia juga ialah penguasaan media cetak dan media elektronik yang dimiliki oleh syarikat-
syarikat gergasi yang berpusat di Barat. Kecanggihan dunia Barat dalam bidang teknologi
komunikasi memberi peluang yang lebih luas kepada mereka bagi mendominasi penyebaran
berita antarabangsa. Berita-berita politik, ekonomi dan dominasi Barat ke atas negara-negara
lain di dunia menjadi liputan utama. Era global telah membuka ruang seluas-luasnya kepada
Barat untuk mengukuhkan lagi dominasi mereka ke atas media kerana bentuk-bentuk berita lebih
memihak kepada kuasa-kuasa tertentu dan kritikal ke atas sesebuah negara. Paling menyedihkan
7/29/2019 Kesan Globalisasi Terhadap Dunia
4/8
adalah media digunakan oleh Barat sebagai agen penyebar kepada dunia tentang keburukan
Islam dan orang-orang Islam. Umat Islam di dunia digambarkan sebagai pemberontak dan sering
menimbulkan kekecohan. Sekiranya berlaku peperangan antara sesebuah negara Barat dengan
negara Islam, negara Islam itu akan menjadi mangsa mahkamah media yang sentiasa
menjatuhkan hukuman salah kepada negara Islam itu.
Dunia juga didedahkan lagi dengan penemuan baru media dan antara yang terkini dan
tercanggih adalah teknologi maklumat atau IT. Dalam era IT, penggunaan laman web yang
berkesan mampu menarik individu melayari laman web yang mereka minati. Apa yang
menyebabkan internet berpengaruh berbanding dengan media cetak adalah sifatnya yang dapat
menerobos sempadan negara. Ia sukar disekat, ditapis dan dihalang tidak seperti bahan cetak
yang boleh dirampas bila-bila masa. (Tamadun 1998,34)
Globalisasi dan perubahan undang-undang.
Merujuk kepada karya Datuk Rais Yatim dalam Majalah Pemikir, Edisi Oktober-
Disember 2000;
Globalisasiyang sebenarnya terasas kepada pengolahan ilmu dan produk adalah pucuk
dicita ulam mendatang bagi negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan rakan-rakan
sekutunya yang mahukan seluruh dunia mengamalkan cara mentadbir dan berinteraksi mereka;
cara dalam mengurus perniagaan; cara berkonsepsi tentang hak-hak asasi manusia serta
undang-undang yang dikatakan sebagai universal atau sejagat. Ia juga menerapkan supaya
perniagaan multi-nasionalnya dapat menembusi sebarang halangan domestik yang
dikuatkuasakan oleh sesebuah negara. Tetapi apa yang nyata, di bawah peraturan General
Agreement On Trade and Tariff (GATT), tarif yang tinggi masih wujud di negara-negara maju
sehingga sukar bagi negara-negara membangun untuk menembusi pasaran mereka. Konflik
seperti ini jelas terkandung dalam politik globalisasi tetapi ia banyak dilenyapkan oleh pihak-
pihak berkuasa tertentu ke atas syarikat-syarikatgergasi yang berpengaruh luas.
Pendekatan lain yang diolah oleh Barat ini ialah melalui perundangan antarabangsa dan
undang-undang wilayah. Protokol dan konvensyen WTO (World Trade Organisation), IMF
(International Monetary Fund), Bank Dunia serta agensi-agensi Bangsa-Bangsa Bersatu,
misalnya adalah sebahagian daripada prasarana yang telah disejagatkan konsep yang kononnya
7/29/2019 Kesan Globalisasi Terhadap Dunia
5/8
memelihara negara-negara anggota walhal sebenarnya lebih menguntungkan kuasa-kuasa besar
seperti Amerika. Peruntukan undang-undang WTO bahawa pada tahun-tahun tertentu selepas
2000 misalnya, beberapa negara perlu membuka pintu domestiknya bagi laluan urusniaga (trade)
antarabangsa bersekali dengan undang-undang. Susulannya, undang-undang yang bertembung
atau berkonflik dengan undang-undang yang sedia wujud di negara-negara anggota WTO
dikenakan proses deregulation agar kononnya akan wujud arus bebas (freeflow) perniagaan
antarabangsa. Dari segi profesion undang-undang, misalnya, sudah ada tekanan supaya firma-
firma khusus undang-undang luar negara dibenarkan untuk beroperasi di negara-negara yang
tertakluk kepada peraturan dan protokol WTO.
Proses yang dinyatakan di atas hanyalah sekelumit di antara isu-isu globalisasi dari sudut
undang-undang. Ada banyak lagi implikasi globalisasi yang merunsingkan terutama bagi
negara-negara membangun seperti Malaysia. Banyak hal berkaitan perundangan dan peraturan
globalisasi yang mencengkam sistem domestik sesebuah negara. Pengalaman beberapa negara
seperti Indonesia, Thailand dan Korea, susulan kuatkuasa undang-undang bantuan dan pinjaman
IMF (International Monetary Fund) telah pun menunjukkan ciri-ciri pengetepian kuat kuasa
undang-undang tempatan lantaran cokmar globalisasi itu telah mencengkam..
Globalisasi juga telah menunjukkan kesan dari segi pelaksanaan undang-undang
contohnya di Malaysia jelas bahawa undang-undangnya tertakluk kepada common law Inggerisdi samping syariah mengepalai undang-undang keluarga seseorang Muslim. Penjenayahan atau
criminality dalam perundangan kita terasas sejak 1883 kepada Kanun Keseksaan yang berasal
dari kanun sama di India. Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 juga banyak dipadankan dengan
undang-undang keselamatan dalam negeri di India. Sementara itu, undang-undang sivil kita
yang dikuatkuasakan di bawah Akta Undang-undang Sivil 19569 sekarang adalah nas undang-
undang common law dan equity seperti yang ada di England sehingga 1956 .
Jelas bahawa gelombang globalisasi benar-benar mencakup seluruh kehidupan manusia
di dunia amnya dan bagi kita di Malaysia khususnya. Jika kecenderungan yang dibincangkan
tersebut terus berlaku, sedikit sebanyak lunas-lunas keadilan sejagat (natural justice) akan
bertapak dengan lebih meluas lagi. Setiap negara perlu menjaga dan mempertahankan undang-
7/29/2019 Kesan Globalisasi Terhadap Dunia
6/8
undangnya secara praktikal dan diterima rakyat. Antara penguatkuasaan dan penghakiman mesti
ada titik pertemuan yakni keadilan.
Keghairahan arus globalisasi ini juga telah membawa kepada perubahan dan
penguatkuasaan undang-undang terutama berkaitan dengan teknologi maklumat. Sebuah agensi
di bawah Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) iaitu CyberSecurity Malaysia
contohnya telah diberikan peranan yang besar bagi jenayah siber. Kes-kes seperti menceroboh
akses perbankan seperti kad kredit, menggodam laman web (sesawang) atau mewujudkan perang
siber dikendalikan dengan cekap bagi menyelesaikan masalah yang berlaku. Memetik laporan
dari sebuah akhbar bertarikh 7 Jan 2010 (Utusan Malaysia), Ketua Pegawai Eksekutif
CyberSecurity Malaysia, Lt. Kol. (B) Husin Jazri, berkata:
"Bagi tahun ini, setakat 30 November 2009, CyberSecurity Malaysia telah membantu pihak
berkuasa menganalisis sebanyak 338 kes forensik digital, berbanding 298 kes sepanjang tahun
2008,"
Justeru, penubuhan agensi sebegini merupakan langkah yang bijak untuk melawan arus
perdana global yang telah memacu manusia untuk berusaha melakukan sesuatu di luar kawalan.
Selain itu, pihakkerajaan Malaysia mengambil langkah yang positif untuk tidak menapis dunia
siber. Ini termaktub dalam rang undang-undang jaminan yang dijanjikan oleh kerajaan Malaysiadengan syarikat-syarikat Koridor Raya Multimedia. Seksyen 3(3) Akta Komunikasi dan
Multimedia 1998 juga mengisytiharkan bahawa tiada suatu pun peruntukan di bawah akta
tersebut yang membenarkan sebarang penapisan maklumat berlaku. Prinsip ini adalah
berdasarkan pendapat bahawa pengawalan maklumat hanya akan memberikan kesan yang
negatif kepada perkembangan teknologi komunikasi yang canggih ini. Selain Malaysia banyak
negara lain mengambil langkah yang sama contohnya Indonesia, India, Mexico dan boleh
dikatakan semua negara maju tidak menapis internet. Ini berbeza sekali dengan sesetengah
negara yang mengambil pendirian yang jauh lebih agresif. Negara-negara seperti Cuba dan
China, mengamalkan penapisan maklumat secara total atau separa. Mereka menganggap
kandungan yang dibawa di dalam Internet sebagai ancaman ideologi kepada penduduk mereka.
Mereka lebih suka penduduk mereka pasif, buta dan tidak celik kepada maklumat dan
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kerajaanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Koridor_Raya_Multimediahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Koridor_Raya_Multimediahttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Teknologi_komunikasi&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Teknologi_komunikasi&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Indiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Cubahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Chinahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Chinahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Cubahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Indiahttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Teknologi_komunikasi&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Koridor_Raya_Multimediahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kerajaan7/29/2019 Kesan Globalisasi Terhadap Dunia
7/8
perkembangan dunia terkini. Banyak juga negara yang bersikap sederhana dan menapis hanya
maklumat yang mungkin merosakkan fikiran orang awam.
Tidak menapis internet bermakna semua orang boleh menggunakan internet dengan bebas, ini
termasuklah penjenayah siber. Oleh itu tidak bermakna dirangka undang-undang jenayah siber.
Beberapa contoh peristiwa akibat tiada penapisan internet misalnya, melalui alam siberZapatista
National Liberation Army di Mexicosemakin bertenaga dalam menegakkan perjuangan mereka ,
aktivis siber di Indonesiaberjaya menumbangkan rejim Suharto pada bulan Mei 1998, Pelampau
Hindu yang merobohkan masjid pada awal tahun 1990-an dan menyerang penganut Kristian
pada akhir tahun 1990-an terdiri daripada golongan pekerja di India yang menggunakan kaset
video dan Internet untuk menyebarkan mesej serta tragedi 11 September juga menggunakan
komunikasi internet.
Keadaan ini mewujudkan isu baru tentang keselamatan, seperti yang disebut dalam
OECD Guidelines for the Security of Information Systems and Networks: Towards A Culture of
Security. Sesetengah negara, seperti Amerika Syarikat meletakkan perlindungan daripada
serangan berasaskan siber dan jenayah teknologi tinggi sebagai salah satu keutamaan yang
penting. Ekoran Peristiwa 11 September kerajaan dalam OECD merangka Garis Panduan
Keselamatan Sistem dan Rangkaian Maklumat yang baru untuk bertindak balas terhadap
keganasan siber, virus komputer, penggodaman, dan ancaman lain.
Walaupun Zaman Maklumat ini menjanjikan kecekapan yang semakin meningkat, namun
keselamatan negara lebih sukar untuk diurus, kata Eliot A. Cohen, pakar strategi dan kuasa
ketenteraan, semasa Persidangan Tahunan Keenam di Abu Dhabi. Teknologi maklumat bukan
sahaja mengaburkan sempadan antara perkhidmatan dan sempadan antara dunia ketenteraan
dengan dunia awam, tetapi juga mengaburkan sempadan keselamatan.
Menurut laporan berita Bernama, dalam rencana ; Menteri Undang-undang Komanwel bincang
jenayah siber di Sydney, Australia telah berkongsi pengalaman dalam menangani jenayah siber
dan dibincangkan bersama oleh Menteri Undang-undang dari lebih 40 negara pada Mesyuarat
Menteri-menteri Undang-undang (CLMM) di Sydney. Pada pertemuan itu, Polis Persekutuan
Australia memberikan maklumat terkini mengenai ancaman siber yang dihadapi oleh negara
http://ms.wikipedia.org/wiki/Penapisanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Mexicohttp://ms.wikipedia.org/wiki/Mexicohttp://ms.wikipedia.org/wiki/Indonesiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Hinduhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Masjidhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kristianhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Indiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Indiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kristianhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Masjidhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Hinduhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Indonesiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Mexicohttp://ms.wikipedia.org/wiki/Penapisan7/29/2019 Kesan Globalisasi Terhadap Dunia
8/8
Komanwel, dan para perwakilan turut mendengar taklimat daripada pakar jenayah siber Prof
Madya Dr Jonathan Clough mengenai ancaman jenayah siber terhadap keselamatan negara dan
agensi penguat kuasa undang-undang.
Jenayah siber merupakan masalah global yang tidak boleh ditangani oleh mana-mana negara
secara bersendirian, kata Peguam Negara Australia Robert McClelland pada persidangan itu.
Peluang ini membolehkan negara berkongsi pengalaman dan mengukuhkan kerjasama
antarabangsa, katanya.
Secara tuntasnya, semua negara perlu menggembleng usaha dan tenaga untuk sama-sama
menangani permasalahan yang wujud angkara kerakusan kuasa globalisasi yang melanda ke
serata dunia tanpa sempadan ini. Saluran global yang terbentang luas dalam pelbagai sumber ini
sebenarnya membawa banyak kesan negatif dari positif dan telah menghuru-harakan umat
sejagat dengan sepantas kilat. Maka, langkah penguatkusaan undang-undang demi menjaga
keselamatan dan politik negara-negara sedunia adalah amat wajar untuk menyekat dan
mengawasi pelbagai lagi masalah dan kes yang timbul ekoran kelangsungan virus globalisasi
sejagat.
Top Related