KRT3013 TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH
NAMA: MUNALIZATUL BT DAUD
NO MATRIK: D20102043877
KUMPULAN: EL-A23
NAMA PENSYARAH: CIK ASMARA BINTI ALIAS
TUGASAN: 1B
TEKNOLOGI KOMPUTER DIKATAKAN DAPAT MENBANTU PROSES PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN DI BILIK DARJAH. SEBAGAI SEORANG GURU DI SEKOLAH RENDAH,
JELASKAN ISU BERIKUT:
1. KENALPASTI MASALAH PENGAJARAN DI BILIK DARJAH.
Guru merupakan pendidik yang berperanan menyampaikan ilmu bagi membangunkan insan
agar selari dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan insan yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek(JERI). Namun dalam melaksanakan
tugas mengajar di dalam kelas, guru sudah pastinya menghadapi masalah. Isu masalah yang
dikenalpasti ialah kurangnya tumpuan murid terhadap pengajaran guru terutamanya murid-
murid di kelas tahun 1 di mana mereka pertama kalinya menjejakkan kaki ke alam
persekolahan yang formal. Tumpuan kajian pemasalahan adalah ketika pengajaran
matapelajaran Bahasa Malaysia. Pemasalahan ini berlaku kerana masih terdapat segelintir
murid yang masih belum menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan menaakul
dengan baik. Ada segelintir murid boleh membaca dengan baik namun lemah dari segi
penulisan dan begitulah sebaliknya berlaku. Ada juga terdapat murid yang masih belum
menguasai kemahiran membaca suku kata terbuka dan ada juga yang masih belum mengenal
serta mengecam huruf.Akibat dari itu murid-murid ini kurang memberi tumpuan pada
pengajaran guru serta tidak fokus terhadap aktiviti yang dilaksanakan di dalam bilik darjah
kerana mereka selalu ketinggalan berbanding murid di arus perdana yang telah menguasai
kemahiran 3M itu. Tidak dapat dinafikan di dalam setiap kelas terdapat perlbagai tahap
kebolehan murid dan guru harus peka dan memainkan peranan agar semua murid terlibat
sepenuhnya dalam aktiviti yang dilaksanakan.
2. KAITKAN BAGAIMANA TEKNOLOGI KOMPUTER DAPAT MEMBANTU ANDA
MENYELESAIKAN MASALAH DALAM (1).
Dalam bidang pendidikan, usaha mempertingkatkan penggunaan komputer dalam
pengajaran dan pembelajaran terus dipergiatkan bagi melahirkan generasi yang celik komputer
dan sentiasa peka dengan perkembangan teknologi semasa. Selaras dengan kesungguhan
kerajaan menggalakkan penggunaan komputer dalam bilik darjah semasa menjalankan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Masalah kurangnya tumpuan murid di dalam kelas dapat diatasi
dengan penggunaan teknologi komputer. Antara kebaikannnya ialah terdapatnya hubungan
interaktif kerana komputer membolehkan wujudnya hubungan di antara rangsangan dengan
jawapan. Bahkan komputer dapat menggalakkan inspirasi dan meningkatkan minat murid
terhadap pembelajaran. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah dari segi mengeja
perkataan suku kata terbuka seperti buku, meja, bola dan mata. Murid menyesuaikan gambar
dengan perkataan yang diberi dan pada masa yang sama mereka boleh menyemak jawapan
mereka. Kebaikan seterusnya ialah dengan menggunakan komputer akan terdapat
pengulangan. Komputer membolehkan murid atau guru mengulangi apabila perlu untuk
memperkuatkan lagi pembelajaran dan memperbaiki ingatan. Aktiviti pengulangan amat
memerlukan kebebasan daripada para murid(Clements, 1995). Antara contoh aktiviti ialah
pengulangan menyebut suku kata tertutup seperti bas, dam, gam dan beg. Murid boleh
mengulang aktiviti sampai mereka boleh menguasai kemahiran mengeja dan menyebut suku
kata tertutup tersebut. Ini dapat mengelakkan rasa jemu murid apabila mereka lupa dan kurang
mengingat. Kebaikan menggunakan computer dalam aktiviti pengajaran guru ialah guru dan
murid mendapat maklum balas dan peneguhan. Media komputer membolehkan murid
memperoleh maklum balas terhadap pembelajaran secara serta merta. Peneguhan positif yang
diberikan apabila murid memberikan jawapan dapat memotivasikan murid. Oleh itu murid rasa
diri mereka dihargai dan seterusnya mengurangkan sikap bermain murid di dalam kelas yang
boleh mengurangkan daya tumpuan mereka terhadap pengajaran guru. Objektif pembelajaran
murid lebih luas dengan penggunaan komputer dan boleh dilakukan sendiri oleh murid dan
membolehkan simulasi pengalaman pembelajaran dilakukan secara terus.
Namun di dalam kebaikan yang diperolehi terdapat juga kelemahan penggunaan
computer dalam pengajaran di dalam bilik darjah. Antara kelemahan penggunaan komputer
ialah kemudahan komputer yang tidak mencukupi untuk seorang murid satu komputer. Selain
itu guru tidak bersedia untuk menggunakannya disebabkan tidak berkeyakinan untuk
menggunakannya dan terpaksa mencuri sedikit masa untuk penyelenggaraannnya.
Komputer sebagai satu yang membebankan kerana memerlukan masa dari segi penyediaan
kerana usaha untuk guru membentuk bahan pembelajaran berasaskan komputer memerlukan
kemahiran yang tinggi. Murid sudah tentu akan menjadi jemu andai sentiasa mengulangi bahan
yang sama. Ini memerlukan kreativiti guru untuk mempelbagaikan bahan namun akibat dari
kekangan masa guru tidak mampu untuk memperbanyakkan bahan berasaskan komputer.
Selain kebaikan, kelemahan penggunaan komputer dalam pengajaran di dalam kelas
terdapat juga cabaran-cabaran yang harus dihadapi samada di pihak guru mahupun pihak
sekolah. Antara cabaran yang dihadapi ialah kekurangan kemahiran guru dalam bidang IT
kerana tidak ramai guru yang memanfaatkan internet sebagai satu alternatif untuk menyediakan
bahan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, kekurangan prasarana dan bahan sokongan
dari pihak kementerian dan sekolah juga merupakan satu cabaran dalam melaksanakan
pengajaran dengan sistem komputer. Kekurangan dari bilangan komputer di mana murid
terpaksa berkongsi komputer menyebabkan berlakunya sifat dengki dan berebut di antara murid
kerana ada murid yang dapat menyentuh dan mengakses computer dan ada murid yang hanya
menjadi pemerhati. Cabaran seterusnya ialah masalah sumber kewangan yang tidak
mencukupi. Pihak sekolah yang tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi bagi
membiayai perlbagai kos penggunaan tenologi maklumat akan kembali kepada pembelajaran
konvensional. Sekolah gagal memainkan peranan positif bagi membangunkan murid supaya
celik komputer terutama murid dari kawasan luar bandar akibat dari masalah kewangan yang
dihadapi. Perkembangan pendidikan dalam pengetahuan ICT memerlukan anjakan peranan
pendidikan dan profesion keguruan. Guru-guru perlu mempunyai pengkhususan bidang
pengetahuan komunikasi maklumat (ICT). Guru perlu berani meneroka bidang IT dan
pendekatan pengajaran secara tradisional secara sogokan nota-nota harus dikikis dari
pemikiran guru tetapi diubah dengan membekalkan pengetahuan dan kemahiran ke arah
mendapatkan maklumat dari komputer. Cabaran seterusnya penggunaan komputer dalam bilik
darjah bagi mengatasi kurangnya daya tumpuan murid ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran ialah guru menghadapi kekangan masa untuk menghabiskan silibus jika
berterusan menggunakan teknologi komputer di dalam bilik darjah kerana penggunaan internet
untuk mendapat bahan pembelajaran yang baharu memerlukan masa yang lama untuk dilayari
dan diakses. Membina, membangunkan dan mengintegrasikan sumber-sumber multimedia
agak sukar walaupun mempunyai kemahiran teknikal tetapi masa dan sumber yang terhad akan
menjadi penghalang utama dalam dunia digital.
Penggunaan komputer bagi menangani masalah kurangnya fokus murid terhadap
pengajaran dalam situasi pendidikan konvensional bukan hanya terdapat kebaikan. Kelemahan
serta cabaran namun juga terdapatnya peluang-peluang tertentu yang mungkin menguntungkan
sesetengah pihak seperti guru dan murid. Antara peluang penggunaan komputer dalam bilik
darjah semasa aktiviti pengajaran ialah berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan
guru dan murid terhadap pelajaran. Ia juga memberi peluang pembelajaran yang sama kepada
semua murid yang perlbagai keupayaan untuk mencuba mengakses komputer ketika sesi
pembelajaran dijalankan. Selain itu penggunaan komputer dapat meningkatkan motivasi guru
serta murid. Selain itu penggunaan komputer juga memberi peluang kepada murid belajar lebih
berkesan dengan bimbingan yang minimum dari guru. Selain itu guru boleh mengakses
maklumat yang sukar diperolehi dari internet untuk dijadikan bahan pengajaran untuk murid.
Pengunaan komputer juga membolehkan murid mencuba atau melaksanakan eksperimen yang
sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksanakan secara biasa. Ini juga dapat
meningkatkan daya imaginasi serta kreativiti guru dan murid serta meningkatkan kemahiran ICT
di kalangan mereka.
RUMUSAN
Penggunaan ICT dalam bidang pendidikan adalah selaras dengan hasrat Malaysia
untuk meningkatkan kualiti pendidkan bertaraf dunia ICT dan penggunaan komputer dalam
pengajaran di bilik darjah membolehkan pembangunan pendidikan di negara ini menjadi lebih
kompetitif dan dapat bersaing di peringkat antarabangsa. Pendidikan di Malaysia perlu
melangkah ke hadapan bagi mengantarabangsakan status pendidikannya di peringkat global.
Peranan institusi pendidikan bagi meningkatkan kadar celik komputer yang melibatkan
pengetahuan dan kemahiran komputer ke arah melahirkan masyarakat siber bergantung pada
profesion keguruan. Kaedah pengajaran tradisional chalk dan talk perlu diubah untuk
disesuaikan dengan kaedah mengajar menggunakan peralatan ICT seperti menggunakan
projector, computer dan persembahan PowerPoint bagi mengatasi masalah pengajaran yang
dihadapi di dalam kelas. Walaupun terdapat kelemahan, cabaran serta peluang dalam
penggunaan computer di dalam bilik darjah, seharusnya guru mengambil peluang ini untuk
mempertingkatkan lagi kemahiran dalam bidang IT dan seterusnya dapat meningkatkan
profesionalisme keguruan.