7/30/2019 Laras sains
1/2
Laras sains
Definisi laras bahasa ialah laras khusus dalam penggunaan bahasa menurut
bidang penggunaannya - Asmah Hj.Omar (1984). Laras bahasa dapat ditakrifkan
sebagai variasi bahasa yang berbeza berdasarkan fungsi dan boleh berubah-ubah.
Halliday (1968). Berdasarkan artikel Langkah-langkah Peningkatan Kuantiti
Pengeluaran Makanan di Sarawak oleh Sadi Bin Bujang, didapati penggunaan laras
sains banyak digunakan.
Laras bahasa sains ini bersifat ilmiah dan formal serta sangat mementingkan
ketepatan makna dan fakta. Laras ini banyak mengandungi istilah khusus dengan
pemilihan kata yang tepat dan teknikal. Dengan kata lain, laras ini tidak
membenarkan penggunaan kata yang mengelirukan dan tafsiran makna yang
bercanggah.
Satu daripada ciri penting laras sains yang dapat dikenal pasti ialah istilah
khusus. Istilah khusus ini merupakan istilah yang tidak digunakan langsung dalam
laras bahasa yang lain dan kadar penggunaannya adalah tinggi. Kebanyakan
penggunaan istilah khusus dalam laras sains merupakan kata nama primer, iaitu
kata nama yang sudah memasuki golongan kata nama dalam bentuk akarnya. Halini kerana bidang sains mengkaji dan memperkatakan alam nyata yang terdiri
daripada benda-benda konkrit seperti tumbuh-tumbuhan, haiwan, serangga dan
manusia. Contohnya, amino nitrogen, mikro organisma dan enzim. Istilah ini
merupakan istilah saintifik yang ada kalanya tidak dapat difahami oleh orang yang
bukan daripada bidang sains kerana istilah sedemikian hanya difahami oleh mereka
yang mempelajari ilmu sains seperti para doktor dan saintis.
Walaupun laras sains banyak menggunakan istilah khusus, namun
sebahagian perkataan dan frasa yang mengungkapkan ilmu sains masih merupakan
bahasa umum. Hal ini bertujuan untuk memudahkan istilah tersebut difahami oleh
kebanyakan orang. Sebagai contoh, awalan poli bagi istilahpolihibridyang terdapat
dalam artikel membawa bersama-sama kata penambah tertentu, terutama yang
berkaitan dengan pengambilan kata nama daripada bahasa asing.
Ciri lain yang dapat dikenal pasti ialah kejelasan. Laras sains mementingkan
kejelasan kerana penulisan dalam bidang sains ialah hasil penyelidikan dan kajian
7/30/2019 Laras sains
2/2
melalui data yang dikumpulkan dan dianalisis. Jika sesuatu istilah itu digunakan
untuk merujuk kepada sesuatu benda atau perkara, maka istilah itu dikira tepat bagi
merujuk hal tersebut sahaja. Dengan kata lain, istilah itu tepat dan jelas bagi
mentakrif hal itu dan tidak merujuk kepada makna dalam bentuk yang lain. Misalnya,
istilah nilai ph yang digunakan dalam artikel mempunyai makna dan digunakan
dengan jelas dalam bidang sains bagi menerangkan ukuran tentang keasidan atau
kealkalian sesuatu larutan dengan skala antara 0 hingga 14, iaitu ph 7 menunjukkan
larutan yang neutral, kurang daripada ph 7 menunjukkan larutan berasid, dan lebih
daripada ph 7 menunjukkan larutan beralkali.