PERSEPSI PENDUDUK TAMAN SRI PULAI, SKUDAI, JOHOR
TERHADAP PENGURUSAN SAMPAH ISI RUMAH MENURUT
PENDEKATAN ISLAM HADHARI
FATIMAH BINTI MUSENI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PERSEPSI PENDUDUK TAMAN SRI PULAI, SKUDAI, JOHOR
TERHADAP PENGURUSAN SAMPAH ISI RUMAH MENURUT
PENDEKATAN ISLAM HADHARI
FATIMAH BINTI MUSENI
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
April 2008
iii
DEDIKASI
Khas buat yang tersayang.....
Ayahanda & Bonda... Museni Bin Brahim & Siti Mahani binti Yasir
Kasih sayang, pengorbanan, ketabahan, ketenangan dan doronganmu menjadi inspirasiku...
Terima kasih atas segala-galanya... Dikau teramat kucintai dan kusayangi..
Selama-lamanya....
Al-Fatihah Buat kekanda yang disayangi
Mohd Idris bin Museni Moga dicucuri rahmat dan bahagia disana...
Kekanda-kekanda dan Adinda-adindaku yang dikasihi... Khairiah & Mohd Fadhil, Wardah & Abd. Rahman al-Akhdhori,
Mohd Syuhada`, Siti Nor Fatehah, Syahdatul Syafiqah, Ahmad Khairil Hanis & `Amirah `Aisyah... Moga kejayaan menjadi milik kita bersama...
Anak-anak saudaraku... Mohd `Afif Fadhli, Sumayyatus Syahidah, Ahmad Muhaimin
&`Ainul Mardhiyyah... Semoga kalian menjadi insan berguna kelak...amin....
Kesemua para pendidikku... Halalkan segala ilmu yang dicurahkan...
Jasa kalian teramat bernilai pada diriku...
Sahabat-sahabat seperjuanganku.... Kenangan bersama kalian tidak mungkin akanku lupakan...
Hingga akhir hayatku...
Terima kasih atas segalanya.....
iv
PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat Allah S.W.T. di atas limpah kurnia-Nya serta selawat dan
salam buat Nabi Muhammad s.a.w, akhirnya laporan Projek Sarjana Muda (PSM) ini
dapat disiapkan dengan sempurna.
Setinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga buat penyelia
yang dihormati, Dr. Sulaiman bin Kadikon di atas segala nasihat, dorongan dan
bimbingan serta tunjuk ajar yang telah diberikan di sepanjang proses pembikinan
projek sarjana muda ini.
Jutaan terima kasih juga buat pensyarah-pensyarah Pusat Pengajian Islam
Dan Pembangunan Sosial (PPIPS), UTM di atas tunjuk ajar yang diberikan
membantu melengkapkan lagi projek ini. Terima kasih kepada En. Yuslee b. Abdul
Hamid, Penolong Pengarah Kesihatan Persekitaran MPJBT. Begitu juga kepada
Tuan Hj. Md Nor bin Salleh, Pengerusi Masjid Taman Sri Pulai dan Hj. Mohd
Rosely bin Abd. Rahman, Pengerusi Rukun Tetangga Zon Pakis di atas maklumat
yang telah diberikan.
Terima kasih juga kepada Imam Masjid Taman Sri Pulai, Abu Ayub bin
Abdul Razak dan juga seluruh penduduk Islam di Zon Pakis yang telah memberikan
kerjasama yang sebaiknya di sepanjang proses pengedaran soal selidik. Buat sahabat-
sahabat tahun akhir Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) sesi
2007/2008, terima kasih kerana memberikan sokongan dalam usaha menyiapkan
projek ini.
Akhir kata, kepada semua individu yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung, ribuan terima kasih diucapkan. Semoga Allah melipatgandakan pahala
amalan kalian seterusnya dikurniakan kejayaan di dunia dan di akhirat, amin.
v
ABSTRAK
Kajian yang berbentuk deskriptif ini bertujuan untuk melihat persepsi penduduk
Islam di Zon Pakis, Taman Sri Pulai, Skudai, Johor terhadap pengurusan sampah isi
rumah menurut pendekatan Islam Hadhari. Fokus kajian ini adalah untuk mengenal
pasti tahap pengetahuan penduduk terhadap masalah pengurusan sampah, sikap
penduduk terhadap pengurusan sampah isi rumah dan persepsi penduduk terhadap
pendekatan Islam Hadhari mengenai pengurusan sampah isi rumah. Sampel kajian
adalah seramai 201 orang responden yang terdiri daripada penduduk yang beragama
Islam, di Zon Pakis, Taman Sri Pulai, Skudai, Johor. Instrumen yang digunakan
dalam kajian ini adalah berbentuk soal selidik yang mengandungi empat soalan
berkaitan latar belakang responden dan 32 item soalan berkaitan persoalan kajian.
Nilai kebolehpercayaan alat kajian adalah α = 0.874. Data yang diperolehi menerusi
kajian ini dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages For Social
Sciences (SPSS) for windows version 14.0 bagi mendapatkan kekerapan, peratusan
dan min. Hasil kajian menunjukkan bahawa responden memberikan persepsi yang
positif terhadap persoalan kajian. Nilai min yang diperolehi ialah 4.33 bagi tahap
pengetahuan terhadap masalah pengurusan sampah, 3.97 bagi sikap penduduk
terhadap pengurusan sampah isi rumah dan 4.48 bagi persepsi penduduk terhadap
pendekatan Islam Hadhari mengenai pengurusan sampah isi rumah. Beberapa
cadangan turut dikemukakan kepada beberapa pihak tertentu untuk diambil
perhatian. Diharap kajian ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak untuk
lebih memahami pengurusan sampah isi rumah.
vi
ABSTRACT
The descriptive research to look at the perception among Islam resident at Zon Pakis,
Taman Sri Pulai, Skudai, Johor towards domestic waste management based on Islam
Hadhari approach. This research are focus on identifying the resident level of
knowledge towards waste management problem, the resident attitude towards
domestic waste management and the resident perception on Islam Hadhari approach
towards domestic waste management. Research sample has 201 respondent consist of
muslims resident, at Pakis Zone, Taman Sri Pulai, Skudai, Johor. The instrument
used was a set of questionnaire, where contained of 32 items, focusing on the area of
the research. The value of the research instrument`s realibility was a α = 0.874. The
data obtained was analyzed using the Statistical Packages For Social Sciences
(SPSS) for windows version 14.0 software in order to fling out the mod, percentage
and mean. The result of this study shows that the respondents have a positive
perception towards the research objectives. The mean value obtained was 4.33 for
the resident level of knowledge towards waste management problem, 3.97 for the
resident attitude towards domestic waste management and 4.48 for the resident
perception on Islam Hadhari approach towards domestic waste management. They
also come out with a few suggestion to the responsible person for their concern.
Hopefully, this research will give a benefit to all for their understanding on domestic
waste management.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
TRANSLITERASI ARAB xv
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI AYAT AL-QURAN xvii
SENARAI HADITH xviii
SENARAI LAMPIRAN xix
BAB 1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.6.1 Pelajar 7
1.6.2 Ibu Bapa 8
viii
1.6.3 Pendidik 8
1.6.4 Pihak Yang Bertanggungjawab 8
1.6.5 Masyarakat 9
1.7 Batasan Kajian 10
1.8 Takrifan Istilah 10
1.8.1 Persepsi 10
1.8.2 Penduduk 11
1.8.3 Pengurusan 11
1.8.4 Sampah Isi Rumah 11
1.8.5 Pendekatan 12
1.8.6 Islam Hadhari 13
1.9 Kesimpulan 13
BAB 2 SOROTAN KAJIAN 15
2.1 Pengenalan 15
2.2 Masalah Pengurusan Sampah 16
2.2.1 Kekurangan Tapak Pelupusan 16
2.2.2 Kos Penyelenggaraan Sampah 18
2.2.3 Pencemaran 19
2.3 Pengurusan Sampah Isi Rumah 21
2.3.1 Planning (Merancang) 22
2.3.2 Organizing (Mengelola) 23
2.3.3 Leading (Memimpin) 23
2.3.4 Controlling (Mengawal) 24
2.4 Pendekatan Islam Hadhari Terhadap Pengurusan
Sampah Isi Rumah 24
2.4.1 Pendekatan Konsep Khalifah 25
2.4.2 Pendekatan Konsep Adab dan Akhlak 28
2.4.1.2 Sifat Ihsan 28
2.4.2.2 Sifat Qana`ah 29
2.4.2.3 Sifat Mahabbah 29
ix
2.4.2.4 Sifat Ta`awun 30
2.5 Kajian Lepas 31
2.6 Kesimpulan 33
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 35
3.1 Pengenalan 35
3.2 Reka Bentuk Kajian 35
3.3 Tempat Kajian 36
3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 37
3.5 Instrumen Kajian 37
3.5.1 Pengumpulan Data Primer 38
3.5.1.1 Soal selidik 38
3.5.2 Pengumpulan Data Skunder 39
3.6 Prosedur Kajian 39
3.6.1 Kajian Rintis 41
3.6.2 Kajian Sebenar 42
3.7 Analisis Data 42
3.8 Jangkaan Kajian 43
3.9 Kesimpulan 43
BAB 4 ANALISIS DATA 44
4.1 Pengenalan 44
4.2 Analisis Data (Bahagian A) 45
4.2.1 Jantina 45
4.2.2 Umur 45
4.2.3 Tahap Pendidikan 46
4.2.4 Bilangan Ahli Dalam Rumah 46
4.3 Analisis Data (Bahagian B) 47
x
4.3.1 Analisis Tahap Pengetahuan Penduduk
Terhadap Masalah Pengurusan Sampah 47
4.3.2 Analisis Sikap Penduduk Terhadap
Pengurusan Sampah Isi Rumah 51
4.3.3 Analisis Persepsi Penduduk Terhadap
Pendekatan Islam Hadhari Mengenai
Pengurusan Sampah Isi Rumah 57
4.4 Min Keseluruhan 61
4.5 Kesimpulan 65
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 66
5.1 Pengenalan 66
5.2 Perbincangan 66
5.2.1 Latar Belakang Responden 67
5.2.2 Tahap Pengetahuan Penduduk Terhadap
Masalah Pengurusan Sampah 68
5.2.3 Sikap Penduduk Terhadap Pengurusan
Isi Rumah 70
5.2.4 Persepsi Penduduk Terhadap Pendekatan
Islam Hadhari Mengenai Pengurusan
Sampah Isi Rumah 73
5.3 Rumusan 76
5.3.1 Rumusan Tahap Pengetahuan Penduduk
Terhadap Masalah Pengurusan Sampah 76
5.3.2 Rumusan Sikap Penduduk Terhadap
Kaedah Pengurusan Isi Rumah 77
5.3.3 Rumusan Persepsi Penduduk Terhadap
Pendekatan Islam hadhari Mengenai
Pengurusan Sampah Isi Rumah 78
5.4 Cadangan 79
5.4.1 Individu 79
xi
5.4.2 Ibu Bapa 80
5.4.3 Intitusi Pendidikan 81
5.4.4 Pihak Yang Bertanggungjawab 82
5.4.5 Media Massa 83
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 84
5.6 Penutup 85
BIBLIOGRAFI 86
LAMPIRAN
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Komposisi Sisa Sampah 5
1.2 Sumber Sisa Pepejal Domestik 12
3.1 Jumlah Taburan Penduduk Yang Beragama Islam 37
3.2 Tahap Pemeringkatan Skor Di Dalam Skala Likert 40
3.3 Pengkelasan Instrumen Kajian 41
3.4 Skala Min Bagi Soal Selidik 43
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 45
4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 45
4.3 Taburan Responden Mengikut Tahap Pendidikan 46
4.4 Taburan Responden Mengikut Bilangan Ahli dalam Rumah 46
4.5 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item: Saya mengetahui negara
ini kekurangan tapak pelupusan sampah. 47
4.6 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item: Tapak pelupusan yang
besar dan luas diperlukan untuk menampung jumlah sampah
yang banyak. 47
4.7 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item: Saya tahu kitar semula
dapat membantu masalah kekurangan tapak pelupusan sampah. 48
4.8 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item: Saya tahu kos
penyelenggaraan dan pengurusan sampah adalah tinggi. 48
4.9 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item: Kos yang tinggi terpaksa
ditanggung apabila sampah tidak diurus dengan baik 49
4.10 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item: Saya tahu kos
penyelenggaraan dan pengurusan sampah ditanggung
melalui cukai pintu 49
4.11 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item: Sikap manusia adalah
punca utama pencemaran alam sekitar 50
xiii
4.12 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item: Saya tahu tentang
jenis-jenis pencemaran alam sekitar seperti pencemaran udara. 50
4.13 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item: Saya tahu pembuangan
sisa sampah di rumah tanpa kawalan boleh mengakibatkan
pencemaran air dan persekitaran. 50
4.14 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item: Saya tahu punca dan sebab
mengapa saliran air boleh tercemar dan tersumbat 51
4.15 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item: Saya menyediakan bakul
sampah di dalam rumah dan tong sampah di luar rumah 51
4.16 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item: Saya memastikan tong
sampah atau bakul sampah sentiasa berfungsi dengan baik 52
4.17 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item: Saya tidak menyangkutkan
sampah di pagar 52
4.18 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item: Saya tidak meletakkan
sampah di tepi jalan 53
4.19 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item: Saya memastikan sampah
di urus supaya tidak diselongkar oleh haiwan liar seperti anjing 53
4.20 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item: Saya tidak membiarkan
sampah bertaburan di hadapan rumah 54
4.21 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item: Saya tidak membiarkan
sampah tersimpan selama beberapa hari di dalam rumah 54
4.22 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item: Saya mencampurkan
semua jenis sampah seperti kertas, plastik, botol dan sisa
makanan ke dalam tong sampah atau bakul sampah 54
4.23 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item: Saya tahu kempen
kitar semula 55
4.24 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item: Saya mengasingkan
sampah mengikut kategorinya seperti kertas, plastik, botol
dan sisa makanan 55
4.25 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item: Mengasingkan sampah
mengikut kategorinya tidak membuang masa saya 56
4.26 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item: Saya mengamalkan
kitar semula 56
xiv
4.27 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item: Menjaga alam sekitar
dengan mengurus sampah adalah tanggungjawab sebagai
seorang khalifah 57
4.28 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item: Kitar semula
mengelakkan manusia daripada melakukan pembaziran 57
4.29 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item: Menjaga kebersihan
dengan mengurus sampah adalah sebahagian daripada iman 58
4.30 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item: Menjaga alam sekitar
dengan mengurus sampah selaras dengan tuntutan Islam 58
4.31 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item: Sampah yang diurus
dapat menjaga kemaslahatan (kepentingan) dan mengelakkan
kemudharatan kepada seluruh umat manusia 59
4.32 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item: Pengurusan sampah perlu
bermula dari rumah mengelakkan daripada berlaku kerosakan
terhadap alam sekitar 59
4.33 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item: Saya sedia bekerjasama
dengan kerajaan dalam usaha menangani masalah
pengurusan sampah 60
4.34 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item: Sikap terhadap pengurusan
sampah isi rumah perlu ditingkatkan 60
4.35 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item: Sebagai muslim, saya
menunjukkan contoh yang baik kepada non-muslim dalam
menguruskan sampah isi rumah 60
4.36 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item: Saya mengamalkan kitar
semula demi kesejahteraan alam sekitar 61
4.37 Analisis Min Keseluruhan Item 1 Hingga 10 61
4.38 Analisis Min Keseluruhan Item 11 Hingga 22 62
4.39 Analisis Min Keseluruhan Item 23 Hingga 32 64
xv
TRANSLITERASI ARAB
Kajian ini memuatkan tulisan Transliterasi yang digunakan oleh Esiklopedia Islam
dengan sedikit perbezaan dengan tulisan biasa.
Konsonan
’ d (hamza) (dad) ض ء
t (’ta) ط b (’ba) ب
z (’za) ظ t (’ta) ت
‘ (ayn‘) ع th (’tha) ث
gh (ghayn) غ j (jim) ج
f (’fa) ف h (’ha) ح
q (qaf) ق kh (’kha) خ
k (kaf) ك d (dal) د
l (lam) ل dh (dhal) ذ
m (mim) م r (’ra) ر
n (nun) ن z (zay) ز
w (waw) و s (sin) س
h (’ha) ه sh (shin) ش
y (’ya) ي s (sad) صVovel
(fathah) a fathah panjang a
(kasrah) i kasrah panjang i
(dammah) u dammah panjang u
xvi
SENARAI SINGKATAN
MPJBT - Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah
SWM - Southern Waste Management
JAS - Jabatan Alam Sekitar
PBT - Pihak Berkuasa Tempatan
BPK - Blok Perancangan Kecil
KPKT - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
JBT - Johor Bahru Tengah
SPSS - Statistical Packages for Social Sciences (SPSS)
Sdn. Bhd. - Sendirian Berhad
r.a - Radhi Allahu`anhu
s.a.w - Sallallahu `Alaihi Wasallam
S.W.T - Subhanahu Wa Ta`ala
SS - Sangat Setuju
S - Setuju
KS - Kurang Setuju
TS - Tidak Setuju
STS - Sangat Tidak Setuju
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
PSZ - Perpustakaan Sultanah Zanariah
PSI - Perpustakaan Sultan Ismail
t.t - Tiada Tahun
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia
UM - Universiti Malaya
NGO - Badan-badan Bukan Kerajaan
xvii
SENARAI AYAT AL-QURAN
NO. AL-QURAN TAJUK MUKA SURAT 1.1 Surah al-Qasas 28: 77 2
2.1 Surah al-Baqarah 2: 30 25
2.2 Surah al-Baqarah 2: 11 26
2.3 Surah al-Taubah 9: 108 26
2.4 Surah al-Maaidah 5: 2 30
2.5 Surah al-Taubah 9: 71 30
2.6 Surah Fussilat 41: 53 34
5.1 Surah al-Baqarah 2: 222 73
5.2 Surah al-Isra` 17: 72 75
xviii
SENARAI HADITH
NO. HADITH TAJUK MUKA SURAT 2.1 Riwayat Muslim 27
2.2 Riwayat Bukari dan Muslim 29
5.1 Riwayat Bukhari 75
xix
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Borang Soal Selidik
B Surat Kebenaran menjalankan kajian
C Data Belanjawan Pemungutan Sampah SWM
di Kawasan MPJBT
D Peta Kawasan Kajian
E Gambar Disekitar Kawasan Kajian
F Contoh Poster
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Kehidupan manusia tidak terbatas hanya kepada hubungan sesama manusia,
tetapi juga dengan alam persekitarannya. Kesejahteraan yang dinikmati oleh manusia
adalah akibat daripada kehidupan yang sejahtera antara sesama manusia dengan alam
tabii di sekitarnya.
Manusia merupakan hamba Allah yang telah dilantik untuk memegang
jawatan khalifah Allah (Haron Din, 2000). Sebagai khalifah, manusia diberi mandat
untuk mentadbir dan mengurus alam ini dengan kemampuannya memahami ciri-ciri
tabii alam secara terbatas. Tujuannya tidak lain semata-mata untuk memudahkan
urusannya dalam mentadbir alam di samping tidak melakukan kerosakan ke atasnya.
Firman Allah S.W.T:
2
Æ tGö/ $# uρ !$yϑ‹ Ïù š9 t?# u™ ª!$# u‘# ¤$! $# nο tÅzFψ $# ( Ÿωuρ š[Ψ s? y7 t7ŠÅÁtΡ š∅ÏΒ
$u‹ ÷Ρ‘‰9 $# ( ⎯ Å¡ômr& uρ !$yϑŸ2 z⎯ |¡ôm r& ª!$# šø‹ s9 Î) ( Ÿωuρ Æ ö7 s? yŠ$|¡x ø9 $# ’ Îû
ÇÚ ö‘ F{ $# ( ¨βÎ) ©!$# Ÿω =Ït ä† t⎦⎪ ωšø ßϑø9 $# ∩∠∠∪
"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan ".
(Surah al-Qasas, 28: 77)
Berdasarkan ayat ini, Allah SWT melarang manusia melakukan kerosakan ke
atas muka bumi. Malangnya, dalam usaha untuk membangun alam ini, manusia
mempunyai kecenderungan untuk menguasai dan mengeksploitasi alam tabii ini
secara berlebih-lebihan. Akibatnya, peristiwa banjir kilat, pencemaran alam sekitar,
perubahan cuaca dan sebagainya berlaku sehingga menyebabkan keseimbangan alam
tabii mula terganggu. Memang alam ini perlu terus dibangunkan, keselesaan hidup
perlu ditingkatkan, teknologi perlu dibangunkan selaras dengan keperluan manusia,
namun, apabila keseimbangan alam tidak dikekalkan, mengundang bencana hasil
perbuatan tangan manusia sendiri.
Untuk mengatasi masalah ini, maka pendekatan Islam Hadhari melalui
prinsip kesembilan iaitu pemuliharaan alam sekitar, membangunkan alam secara
terancang perlulah diberi penekanan yang bersungguh-sungguh. Ia dapat
dilaksanakan dengan cadangan menggabungjalinkan antara pembangunan sains dan
teknologi dengan ajaran agama dan nilai budaya masyarakat serta diterapkan kepada
seluruh peringkat masyarakat.
Ini jelas menunjukkan bahawa dalam konteks Islam Hadhari, tidak pernah
mengabaikan segala masalah yang dihadapi oleh semua lapisan masyarakat,
termasuk masalah pengurusan sampah isi rumah. Sebagai satu agama yang syumul,
3
Islam mempunyai pendekatan, jalan penyelesaian dan perspektifnya yang tersendiri.
Oleh itu, keberkesanan pengurusan sampah isi rumah dengan cara pengendalian dan
pengurusan sampah yang terkawal dan sempurna dapat membantu ke arah
pemuliharaan alam sekitar iaitu prinsip kesembilan Islam Hadhari.
1.2 Latar Belakang Masalah
Isu buangan sisa sampah merupakan isu yang hangat diperkatakan di
peringkat kerajaan tempatan yang berkait rapat dengan proses perbandaran dan
permodenan sesebuah kawasan. Ini disebabkan oleh peningkatan penghasilan
buangan sisa sampah dan kaedah pelupusannya yang tidak efisien. Di samping
pertambahan penduduk, inovasi pengeluaran barangan (menerusi kaedah
pembungkusan) adalah penyumbang terbesar kepada peningkatan jumlah dan isi
padu sampah yang dikeluarkan (Rospidah Ghazali dan Chamhuri Siwar: 2001).
Kadar buangan sisa sampah juga dijangka meningkat sejajar dengan
pertambahan penduduk dan kepesatan aktiviti pembuangan sisa di kawasan Johor
Bahru Tengah (JBT). Sehingga tahun 2010, kuantiti penjanaan sisa sampah
perdagangan dan domestik di kawasan pentadbiran JBT dijangka meningkat kepada
40,400 tan/tahun (Rancangan Struktur MPJBT 1991-2010).
Perkhidmatan pengurusan sisa pepejal di JBT didapati tidak memuaskan dan
tidak mencapai tahap kualiti yang secukupnya walaupun sebahagiannya telah
diswastakan berdasarkan aduan awam yang diterima terutamanya penduduk-
penduduk MPJBT. Justeru, pihak yang diberi tangggungjawab masih lagi gagal
memberi pengurusan yang berkesan seperti perkhidmatan kerja dijalankan tidak
mengikut jadual, spesifikasi kerja tidak dipatuhi, aduan sisa pepejal lambat atau tidak
diambil tindakan dan masih juga terdapat kawasan perumahan yang telah
dikeluarkan Sijil Kelayakan Menduduki (C.F.O) tidak diberikan perkhidmatan
pemungutan sisa pepejal.
4
Berikutan dengan masalah sampah dan pengurusannya yang semakin
meruncing di Malaysia, maka Yang Berbahagia Dato` Haji Anwar b. Haji Abd
Rahman, Timbalan Setiausaha (Pembangunan), Kementerian Sumber Asli dan Alam
Sekitar, meminta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) supaya
berusaha memperbaiki dan meningkatkan keadaan kebersihan dan pengurusan
sampah. Selain itu, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga diminta untuk
memperbaiki prestasi perkhidmatan terhadap kerja pembersihan dan pengurusan
sampah. Aktiviti kawal selia dan penguatkuasaan terhadap kerja yang dijalankan juga
perlu dipertingkatkan secara kontrak tempatan atau melalui pihak konsortium yang
dilantik kerajaan.
1.3 Penyataan Masalah
Masalah sampah bukanlah fenomena baru dalam masyarakat tempatan atau
global, justeru sejak dahulu sehingga kini, masalah ini tidak pernah selesai
terutamanya di kawasan perumahan dan tumpuan penduduk di bandar serta kawasan
perindustrian (Jamaluddin Md. Jahi: 1996).
Buangan sampah yang dihasilkan oleh isi rumah merupakan antara
penyumbang terbesar kepada masalah yang dihadapi. Ini diikuti oleh buangan dari
kegiatan perindustrian, pembinaan, pasar dan kedai. Daripada kajian yang dibuat
terhadap komposisi sisa isi rumah di Malaysia, data perolehan menunjukkan sisa
organik mempunyai peratusan yang tinggi iaitu 43.2% dan kaca mencatatkan
peratusan yang paling kecil iaitu 3.2% (Shahrom Md Zain, et. Al: 2002). Jadual 1.1
di bawah menunjukkan komposisi sisa isi rumah yang dihasilkan oleh penduduk
Malaysia.
5
Jadual 1.1: Komposisi Sisa Sampah
Bil. Komponen Komposisi berat % 1- Sisa organik 43.2% 2- Kertas 23.7% 3- Plastik 11.2% 4- Kaca 3.2% 5- Besi 4.2% 6-- Lain-lain 14.5%
(Sumber: World Bank 1999)
Menurut Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk S.
Sothinathan, mengatakan setiap individu di negara ini secara purata dianggar
membuang sampah sebanyak 2kg setiap hari (Mingguan Malaysia, 7 Mei 2006).
Selain itu, menurut akhbar Berita Harian (11 September 2003), masalah
pembuangan sisa sampah isi rumah yang tidak sempurna berpunca daripada sikap
dan amalan masyarakat yang kurang penekanan terhadap cara terbaik membuang
sampah. Walaupun ia mungkin dianggap sesetengah pihak sebagai remeh,
sebenarnya sikap sedemikian boleh menjadi punca sampah bertaburan dan
berlakunya longgokan sampah di merata tempat. Di samping itu, kesedaran sivik
mengenai cara pembuangan sampah yang sempurna oleh masyarakat masih jauh
ketinggalan berbanding warga bandaraya lain seperti Australia dan Jepun. Justeru,
masyarakat mengambil mudah tanpa memikirkan kesan sampingan yang akan
berlaku kepada sampah isi rumah yang dibuang jika tidak menggunakan cara yang
betul.
Masalah lain yang sering dilakukan segelintir masyarakat ialah tidak
mengikat bungkusan sampah dengan sempurna atau menggantungkan plastik sampah
di pagar sementara menunggu ketibaan kakitangan syarikat pengurusan sisa sampah.
Ada juga yang memasukkan sisa isi rumah ke dalam tong sampah tetapi tong
berkenaan tidak dapat berfungsi dengan baik sama ada tidak bertutup atau rosak.
Mereka berpendapat perkara ini remeh dan menyerahkan tugas tersebut kepada pihak
berkuasa, menyebabkan mereka kurang inisiatif untuk membuang sampah dengan
sempurna. Justeru, sampah berkenaan dapat diselongkar haiwan liar sehingga
menyebabkan kawasan dikotori dan dicemari bau yang kurang menyenangkan. Oleh
6
itu, tidak dinafikan bahawa walaupun taraf hidup di bandaraya seperti JBT tinggi
tetapi masih kurang mengamalkan tanggungjawab menjaga kebersihan alam sekitar.
Justeru, pengasingan sampah mengikut kategorinya yang dimulakan dari
rumah merupakan salah satu cara yang perlu diberi perhatian serius. Ini kerana
penjanaan sisa isi rumah yang tidak diurus dengan baik mengakibatkan masalah yang
lebih besar seperti kekurangan tapak pelupusan sampah.
Hakikatnya, sejauhmanakah masyarakat hari ini sedar tentang masalah yang
melanda ini? Sedangkan masyarakat sebenarnya mampu menyumbang sesuatu untuk
membantu mengurangkan masalah sampah dengan pengurusan yang lebih baik dan
sempurna. Kesedaran ini masih belum sebati di dalam jiwa masyarakat khususnya
masyarakat Islam yang sinonimnya dikaitkan dengan umat yang mementingkan
kebersihan. Oleh itu, kesedaran sivik masyarakat amat ditagih agar mewujudkan
budaya membuang sampah dengan lebih sempurna bermula dari rumah. Melalui
permasalahan ini, penyelidik merasakan perlu dibuat kajian untuk mengenal pasti
sikap penduduk terhadap kaedah pengurusan sampah isi rumah.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan bagi mencapai objektif berikut:
i- Mengenal pasti tahap pengetahuan penduduk terhadap masalah
pengurusan sampah.
ii- Mengenal pasti sikap penduduk terhadap pengurusan sampah isi
rumah.
iii- Mengenal pasti persepsi penduduk terhadap pendekatan Islam
Hadhari mengenai pengurusan sampah isi rumah.
7
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan kepada objektif, diharapkan kajian ini dapat menjawab persoalan
berikut:
i- Apakah tahap pengetahuan penduduk terhadap masalah pengurusan
sampah?
ii- Apakah sikap penduduk terhadap pengurusan sampah isi rumah?
iii- Apakah persepsi penduduk terhadap pendekatan Islam Hadhari
mengenai pengurusan sampah isi rumah?
1.6 Kepentingan Kajian
Penyelidikan ini dibuat kerana ingin memberikan gambaran dan penjelasan di
kalangan masyarakat tentang kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar
melalui pengurusan sampah isi rumah yang betul. Kajian ini juga diharap dapat
memberi manfaat dan kesedaran kepada beberapa pihak.
1.6.1 Pelajar
Kajian ini diharap dapat memberi kesedaran kepada para pelajar tentang
masalah pengurusan sampah dan kaedah pengurusannya yang betul. Di samping
membentuk sikap dengan nilai-nilai terpuji sebagaimana yang digariskan dalam
Islam seterusnya membawa pelajar yang juga merupakan anak-anak generasi akan
datang untuk sama-sama memikirkan apakah sumbangan mereka dalam menangani
masalah ini dengan baik.
8
1.6.2 Ibu Bapa
Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam sesebuah keluarga.
Ibu bapa juga bertanggungjawab dalam mendidik anak-anak sejak dalam kandungan
lagi. Justeru, memberi pendidikan awal kepada anak-anak perlu bermula dari rumah.
Dengan adanya kajian ini, diharap dapat membantu memberi kesedaran ibu bapa
tentang kaedah pengurusan sampah isi rumah yang betul. Ibu bapa juga diharap dapat
memantau, mengasuh, mendidik seterusnya memberi kesedaran kepada anak-anak
tentang bagaimana kaedah pengurusan sampah isi rumah yang betul.
1.6.3 Pendidik
Golongan pendidik adalah golongan kedua yang paling hampir selepas
ibubapa dalam melahirkan pelajar yang baik dari segi akademik dan sahsiah mereka.
Kajian ini diharap dapat membantu para pendidik dalam usaha untuk memberi
kesedaran kepada para pelajar berhubung masalah pengurusan sampah dan
menunjukkan kaedah pengurusannya yang betul, seterusnya sebagai salah satu jalan
dalam menangani masalah ini.
1.6.4 Pihak Yang Bertanggungjawab
Pihak yang dimaksudkan ialah mereka yang bertanggungjawab terhadap
perkhidmatan pengurusan sampah. Di Malaysia, pihak yang bertanggungjawab ini
pada dasarnya merupakan PBT yang beroperasi mengikut negeri masing-masing.
Pihak ini biasanya terdiri daripada majlis perbandaran ataupun majlis bandaraya
negeri seperti MPJBT, yang terlibat secara langsung di dalam kerja-kerja
pemungutan sampah, memproses dan melupuskan sisa tersebut sebagai sisa yang
tidak merbahaya kepada orang awam.
9
Selain itu, terdapat juga badan swasta yang beroperasi secara kontrak dengan
PBT untuk melakukan kerja-kerja tersebut. Antaranya ialah Alam Flora Sdn. Bhd,
Southern Waste Management (SWM) Sdn. Bhd. SWM Sdn. Bhd merupakan pihak
kontraktor yang terbesar di dalam mengendalikan sistem pengurusan sampah di
Selatan Semenanjung Malaysia termasuk kawasan pentadbiran MPJBT. Namun,
terdapat juga pihak-pihak swasta yang lain yang merupakan sub-sub PBT.
Oleh itu, kajian ini diharap dapat membantu di dalam memberi maklumat
yang sebenar kepada PBT terhadap pengurusan sampah di kawasan perumahan pada
masa akan datang. Disamping dapat membari panduan kepada PBT di dalam
memperbaiki sistem pengurusan yang sedia ada ke arah mewujudkan perkhidmatan
yang lebih cemerlang dan di waktu yang sama dapat membantu mempertingkatkan
kualiti alam persekitaran di kawasan perumahan dan sekitarnya.
Begitu juga dengan badan swasta yang dilantik oleh PBT di sekitar MPJBT
seperti SWM, diharap mendapat sedikit pandangan dan maklumat ke atas tanggapan
awam terhadap tahap perkhidmatan yang ditawarkan. Selain itu, dapat dijadikan
sedikit panduan ke arah pengurusan dan peruntukan perkhidmatan yang berkualiti
kepada badan ini, sebagai salah satu langkah kepada peningkatan prestasi di dalam
penawaran perkhidmatan kerja yang lebih baik.
1.6.5 Masyarakat
Kajian ini dijalankan terhadap penduduk Taman Sri Pulai, Skudai, Johor,
khasnya untuk dijadikan sebagai alat pengukur tahap kesedaran penduduk terhadap
pengurusan sampah isi rumah yang betul. Selain itu, pihak responden yang juga
pihak penerima perkhidmatan perlulah memberi kerjasama yang positif terhadap
perkhidmatan pengurusan sampah di kawasan perumahan mereka yang mana mampu
membantu pihak yang terlibat kepada penghasilan mutu perkhidmatan yang lebih
baik.
10
Kajian ini juga diharap dapat dijadikan sebagai rujukan kepada masyarakat
amnya dalam mewujudkan persekitaran yang lestari dan mesra alam setanding
dengan negara maju melalui sebuah sistem pengurusan sampah isi rumah yang
efektif.
1.7 Batasan Kajian
Kajian ini dilakukan terhadap penduduk di Zon Pakis, Taman Sri Pulai,
Skudai, Johor. Jenis kediaman yang terdapat di Zon Pakis ialah teres setingkat yang
di diami oleh populasi meliputi penduduk lelaki dan perempuan daripada pelbagai
bangsa dan agama. Oleh kerana kajian yang dijalankan oleh penyelidik menyentuh
tentang pendekatan Islam Hadhari, maka penyelidik hanya mengambil penduduk
yang beragama Islam sahaja.
Kajian yang dijalankan ini memfokuskan terhadap aspek pengurusan sampah
isi rumah yang berbentuk pepejal sahaja, tetapi tidak termasuk sampah jenis pukal
seperti perabot.
1.8 Takrifan Istilah
1.8.1 Persepsi
Dalam Kamus Bahasa Melayu Nusantara (2003), persepsi dimaksudkan
sebagai gambaran (bayangan) dalam hati atau fikiran seseorang tentang sesuatu,
pandangan dan tanggapan.
11
1.8.2 Penduduk
Merujuk Kamus Bahasa Melayu Nusantara (2003), istilah penduduk
bermaksud orang yang menduduki sesuatu tempat (kampung, negeri, pulau dan
sebagainya). Penduduk yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah penduduk Taman
Sri Pulai, Skudai, Johor.
1.8.3 Pengurusan
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), istilah pengurusan bermaksud
perihal (kerja dan sebagainya) mengurus sesuatu. Manakala Kamus Pelajar Bahasa
Malaysia (1987) pula mentakrifkan pengurusan sebagai perbuatan atau hal mengurus
sesuatu (syarikat, badan perniagaan dan lain-lain).
Kajian ini hanya memfokuskan kepada pengurusan sampah isi rumah sahaja.
1.8.4 Sampah Isi Rumah
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), sampah bermaksud benda-
benda yang dibuang atau kotoran (daun kering, kertas-kertas kotor dan lain-lain),
manakala Kamus Bahasa Melayu Nusantara (2003) mentakrifkan sampah sebagai
barang atau benda yang dibuang kerana tidak digunakan lagi termasuk kotoran
seperti daun kering atau kertas kotor.
Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling (1974), sampah merupakan bahan
buangan termasuk semua bahan yang telah ditetapkan sebagai bahan buangan
terjadual sama ada dalam bentuk pepejal, cecair, gas atau wap yang dilepaskan ke
dalam alam sekeliling yang boleh menyebabkan pencemaran.
12
Namun, di dalam kajian ini, penyelidik hanya memberi fokus kepada sampah
isi rumah dalam bentuk pepejal sahaja. Menurut Eri kusmar (2006) dalam kajiannya
yang berjudul “Persepsi Penduduk Pusat Hentian Kajang dan Taman Tenaga
Kajang Tentang Pencemaran Sampah Sarap Dan Pengurusannya” menjelaskan
bahawa sisa pepejal domestik atau sampah isi rumah merupakan sisa yang dihasilkan
oleh kawasan kediaman ataupun bangunan yang digunakan sebagai kediaman. Ini
termasuklah sisa makanan, aluminium, botol, kaca, kertas, beg plastik, tin, habuk,
debu dan lain-lain tetapi tidak termasuk sampah sarap tanaman atau bahan buangan
binaan.
Jadual 1.2: Sumber Sisa Pepejal Domestik
Jenis buangan
Buangan
Organik Sisa makanan, kertas, tekstil, getah, kulit, kayu dan sisa kebun atau halaman rumah.
Bukan organik
Kaca, besi, tembikar, plastik, tin-tin, aluminium, ferrous metal, kotoran.
Sisa ”bulky waste”
Barangan elektrik seperti radio, televisyen, peti sejuk, mesin basuh, perabot, barangan mewah, buangan tekstil, barangan isi rumah berbahaya seperti bateri dan mentol lampu.
(Sumber: Alam flora Sdn. Bhd)
1.8.5 Pendekatan
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), pendekatan bermaksud kaedah
(cara, langkah-langkah dan sebagainya) yang diambil bagi memulakan dan
melaksanakan tugas (menyelesaikan masalah dan lain-lain). Pendekatan yang
digunakan dalam kajian ini berdasarkan kepada pendekatan prinsip kesembilan Islam
Hadhari iaitu pemuliharaan alam sekitar.
13
1.8.6 Islam Hadhari
Perkataan Islam secara harfiahnya bermakna komitmen, kepatuhan dan
penyerahan diri (Ala`eddin Kharofa: 1992). Perkataan Islam juga berasal daripada
perkataan aslama yang bermaksud penyerahan diri seseorang kepada Tuhan (Syed
Mahmuddunnasir: 1981).
Menurut Haron Din (2000), pengertian Islam dari segi bahasa terdapat
pelbagai makna kerana perkataan Islam merupakan nama terbitan dan kata kerjanya
ialah perkataan salam yang mengandungi tiga makna iaitu:
Pertama : Tulen dan suci daripada sebarang kecacatan zahir dan batin.
Kedua : Damai, aman atau sejahtera
Ketiga : Taat dan menyerah
Manakala dari segi syara` pula ialah mentauhidkan Allah SWT, patuh, tunduk
dan jujur hati kepada-Nya serta beriman dengan ajaran Allah SWT yang dibawa oleh
Nabi Muhammad SAW (Haron Din: 2000).
Hadhari pula diertikan sebagai civilization yang bermaksud peradaban atau
tamadun. Dari segi istilah, hadhari bermaksud yang bertamadun atau Islam yang
menekankan aspek ketamadunan (Abd. Manaf Haji Ahmad: t.t).
1.9 Kesimpulan
Kesimpulannya, bab ini telah membincangkan berkaitan dengan pengenalan,
latar belakang masalah, penyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian,
kepentingan kajian, batasan kajian dan takrifan istilah.
14
Dengan merujuk kepada bab satu ini, dapat difahami apa yang akan
dibincangkan atau dikaji oleh penyelidik. Hal ini dapat dirujuk melalui penyataan
masalah, objektif kajian dan persoalan kajian. Manakala melalui takrifan istilah pula,
penyelidik memberi fokus kepada pengertian kajian secara lebih terperinci dan
menjadi fokus utama dalam kajian ini.
Top Related