BAB 1
PENGENALAN
1.1 PENDAHULUAN
Di dalam bab ini akan dibincangkan tentang latar belakang sejarah
penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( ICT – Information &
Communication Technology) dalam bidang pendidikan dan kepentingannya kepada
para pelajar di institusi pendidikan samada di peringkat rendah, menengah dan
tinggi. Seterusnya penulis akan merujuk kepada kajian kes yang disasarkan iaitu
kepada keberkesanan penggunaan ICT dalam mata pelajaran Sains dalam topik
”Haba” Tingkatan 1 yang mana ini adalah fokus utama kajian ini. Pernyataan
masalah bagi kajian ini diperjelaskan berserta dengan objektif kajian, Hipotesis
Kajian, kepentingan kajian, batasan kajian dan Kesimpulan.
1.2 LATAR BELAKANG ICT
Perkembangan penggunaan kemudahan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (ICT) sebagai strategi meningkatkan kefahaman dalam pendidikan kini
dilihat semakin rancak berkembang sejajar dengan perkembangan arus pemodenan
dan transformasi pendidikan dunia tanpa. Menurut Pisapa (1994), intergrasi ICT
dalam P&P bermaksud penggunaan teknologi pembelajaran untuk memperkenal,
memperkukuh dan menambah kemahiran. Di mana teknologi ini perlulah tidak lari
daripada objektif pengajaran-pembelajaran dan kaedah pengajaran. Perlaksanaan ICT
dalam pengajaran-pembelajaran perlu terancang dan bersesuaian bagi memastikan
keberkesanan perlaksanaannya serta penerimaannya. Matlamat pembangunan ICT
dalam pendidikan antara lainnya ialah untuk meningkatkan pembangunan
infrastruktur ICT dengan memperluas akses dan ekuiti dalam kemudahan ICT,
memperluas kurikulum berasaskan ICT, meningkatkan sistem pentaksiran dengan
menggunakan ICT, menekankan pengintergrasian ICT dalam pengajaran-
pembelajaran, meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT dikalangan pelajar dan
tenaga pengajar, meningkatkan penggunaan ICT dalam pengurusan pendidikan,
1
meningkatkan usaha pengurusan dan penyelenggaraan perkakasan ICT,
meningkatkan program penyelidikan dan pembangunan, dan meningkatkan
kerjasama antara institusi pendidikan dengan masyarakat dalam membantu
memperkembangkan ICT dalam pendidikan (Pelan Induk Peningkatan Pendidikan,
2007). Menurut Buyong (2002), cabaran dunia pendidikan dalam meneroka dan
mengaplikasikan ICT melalui pendekatan-pendekatan yang berkesan telah membawa
para pengajar dan pelajar mengenali dan seterusnya mempraktikkannya mengikut
kesesuaian bidang yang diingini. Keberkesanan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran (P&P) dapat dilihat seawal peringkat pra-sekolah, sekolah rendah,
sekolah menengah sehingga ke institusi pendidikan tinggi.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) juga telah mengambil langkah awal
dengan memperkenalkan pelbagai program seawal sekolah rendah dalam usaha
untuk memperkenalkan dan mendedahkan penggunaan ICT di kalangan generasi
muda. Antara program tersebut ialah Program PPSMI, sekolah bestari, komputer
dalam pendidikan, my-schoolnet, Pusat Akses, portal my-GFL (Malaysian Great For
Learning) dan portal EDUWEBTV. Ini kerana mereka merupakan generasi akan
datang yang diharap dapat menjadi generasi celik ICT yang cemerlang. Maka dengan
itu, wujudlah istilah pendidikan dan ICT yang sering dilaung-laungkan Kementerian
Pendidikan Malaysia. Ini dibuktikan dengan petikan kata-kata dari Datuk Seri
Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Pelajaran pada waktu itu) :
‘kementerian ini sentiasa mencari jalan terbaik bagi menyahut hasrat
kerajaan untuk memajukan bidang teknologi komunikasi dan maklumat (ICT)
dalam pendidikan’
ICT memainkan peranan penting sebagai alat bantu mengajar dan belajar
yang serba canggih dan lebih berkesan daripada pendekatan ’Paper & Chalk’.
Coleman dan J. Nicholas et. al(1998), berpendapat teknologi yang digunakan adalah
sebagai alat bantuan mengajar dan bukannya sebagai pengganti guru atau pelajar.
Dengan ini jelaslah penggunaan ICT dalam P&P bererti menggunakan teknologi
maklumat secara efisien, terancang dan bersesuaian dengan objektif pengajaran dan
pembelajaran untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P.
2
Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk membincangkan keberkesanan
penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Sains bagi topik
Haba Tingkatan 1 di kalangan pelajar SMK Bandar Kerayong, Bera, Pahang.
1.3 PENYATAAN MASALAH
Teknologi Maklumat boleh memberikan impak signifikan terhadap
keberkesanan, kecekapan dan produktiviti di dalam aktiviti yang dijalankan. Pada
pendapat penulis, faktor-faktor tertentu dapat mempengaruhi keberkesanan tersebut.
Antaranya ialah pengetahuan, kemahiran dan teknologi.
Rajah 1.3.1 : Hubungan Faktor Yang Mempengaruhi Keberkesanan
Faktor TeknologiFaktor
Teknologi
Faktor Kemahiran
Faktor Kemahiran
Faktor PengetahuanFaktor Pengetahuan
Keberkesanan penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
matapelajaran Sains Tingkatan 1 dalam topik Haba
3
Penggunaan ICT
Penggunaan komputer yang meluas serta perkembangan sains dan teknologi
maklumat hari ini banyak memberikan manfaat kepada para guru seperti
mempelbagaikan alat bantu mengajar (ABM), merekod serta menyimpan maklumat
pelajar dan sebagainya. ABM yang berasaskan ICT dapat meningkatkan minat
pelajar di samping meningkatkan kefahaman pelajar dan menjadikan strategi
mengajar itu berkesan. Namun begitu terdapat satu cabaran penting yang perlu
dihadapi iaitu kesediaan dan kompetensi guru mengaplikasi dan mengintegrasi
teknologi maklumat dalam pengajarannya. Dalam erti kata lain, faktor pengetahuan
dan kemahiran guru menyampaikan ilmu pengetahuan turut menjadi ukuran kepada
keberkesanan penggunaan ICT di kalangan pelajar.
Seperti yang semua sedia maklum pelajar mulai dari peringkat rendah
merupakan kumpulan pelajar pertama yang diperkenalkan dengan kaedah pengajaran
dan pembelajaran dengan menggunakan ICT. Terdapat pelbagai jenis peralatan dan
CD Courseware yang berbagai jenis. Pada hari ini, sekiranya para pelajar didedahkan
dengan pelbagai kaedah penerangan sudah tentu penerimaan mereka akan lebih
berkesan. Justeru itu, faktor teknologi adalah dilihat dan dipercayai mampu
memainkan peranan yang penting dalam memastikan keberkesanannya di kalangan
pelajar tingkatan 1 untuk matapelajaran Sains dalam topik Haba.
Berdasarkan kepada apa yang dinyatakan di atas maka satu kajian mengenai
keberkesanan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran
Sains di kalangan pelajar tingkatan 1 perlu dijalankan. Kajian ini perlu dijalankan
bagi memastikan kesemua faktor yang dinyatakan benar-benar dapat meningkatkan
keberkesanan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pengajaran
dan pembelajaran matapelajaran Sains.
1.4 SOALAN KAJIAN
1.4.1 Adakah terdapat perbezaan min pencapaian matapelajaran
Sains yang signifikan antara kumpulan yang menggunakan
kaedah pembelajaran dengan menggunakan ICT?
4
1.4.2 Sejauh mana keberkesanan yang dirasai oleh pelajar semasa
belajar dalam keadaan berbantukan ICT dan sebelumnya?
1.5 OBJEKTIF KAJIAN
Di dalam slot objektif kajian ini, penulis akan melihat sejauh mana faktor-
faktor yang terlibat dapat mempengaruhi keberkesanan penggunaan ICT dalam
pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Sains bagi topik Haba di kalangan
pelajar tingkatan 1. Kajian ini dijalankan berdasarkan kepada objektif-objektif
berikut :
1.5.1 Mengenalpasti peranan ICT dalam keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran matapelajaran Sains dalam topik haba.
1.5.2 Mengenalpasti sejauhmana penggunaan ICT dapat
meningkatkan keberkesanan kefahaman oleh pelajar semasa
dan selepas belajar.
1.5.3 Melihat hubungan di antara penggunaan ICT dengan
matapelajaran Sains Tingkatan 1 dalam topik haba.
1.5.4 Menilai tahap pengetahuan pelajar dalam bidang teknologi.
1.5.5 Melihat adakah kemahiran penggunaan teknologi yang
mencukupi di kalangan pelajar tingkatan 1 dapat menyumbang
kepada keberkesanan penggunaan ICT.
Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti sejauh mana keberkesananya
terhadap pelajar sebelum dan selepas belajar dengan berbantukan ICT .
5
Rajah 1.5.1 : Teori Input-Proses-Output : Bartol & Martin (1994)
1.6 KEPENTINGAN KAJIAN
Setiap kajian mempunyai kepentingan tersendiri .Kepentingan kajian
bermaksud apakah kajian berkenaan berguna dan dapat digunakan oleh mana-mana
pihak. Setiap kajian yang dijalankan selalunya mempunyai objektif tertentu atau
untuk kepentingan pihak tertentu samada untuk menambahbaik atau membaikpulih.
Begitu juga dengan kajian kes ini yang mana dijalankan bagi mengkaji tahap
keberkesanan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dalam
matapelajaran Sains bagi topik Haba di kalangan pelajar tingkatan 1 SMK Bandar
Kerayong. Dalam kajian ini, faktor yang dikaji adalah meliputi aspek pengetahuan,
kemahiran dan teknologi. Aspek-aspek ini dianggap sebagai tunjang utama kepada
penulis bagi mengukur sejauh mana keberkesanan penggunaan ICT dalam
matapelajaran Sains khususnya di kalangan pelajar tingkatan 1 dapat ditingkatkan.
Justeru itu, dengan adanya kajian seumpama ini, diharapkan ia dapat menarik pihak-
pihak yang terlibat terutama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), pihak sekolah,
guru-guru dan pelajar bagi bersama-sama memperbaiki kelemahan di samping
6
INPUT
Pelajar Tingkatan Satu
PROSES
Kaedah Kajian
OUTPUT
Keberkesanannya
mempertingkatkan lagi kecekapan yang ada bagi mempersiapkan diri pelajar yang
bakal menempuh banyak lagi cabaran dan halangan pada masa hadapan.
Dalam pada itu, kajian ini juga berguna kepada pelbagai pihak untuk
memberi penekanan kepada beberapa ciri-ciri utama bagi setiap aspek bagi
mengoptimumkan penggunaan ICT seperti yang diharapkan oleh semua pihak.
Seterusnya, kajian ini juga diharapkan dapat mewujudkan kesedaran di kalangan
semua pihak tentang pentingnya ICT untuk di aplikasikan dalam kehidupan seharian.
Akhir sekali, hasil kajian ini diharapkan dapat memberi gambaran dengan jelas serta
dapat dijadikan garis panduan yang berguna kepada semua pihak untuk
meningkatkan lagi prestasi pengajaran dan pembelajaran serta mutu perkhidmatan
dengan berbekalkan kemudahan dan kecanggihan teknologi yang ada bagi
memastikan tahap keberkesanan dan kompetensi dapat dipertingkatkan lagi dari
semasa ke semasa bagi manfaat pada masa hadapan.
1.7 BATASAN KAJIAN
Batasan kajian bermaksud memberitahu tentang had-had atau ‘kekurangan’
kajian. Dalam kajian ini, penulis membataskan kajian kepada perkara-perkara
tertentu sahaja supaya skop kajian tidak menjadi terlalu luas yang mana sekiranya
terlalu luas akan melibatkan banyak aspek yang akan membuatkan kajian menjadi
tidak relevan. Batasan-batasan kajian meliputi tempat kajian, sampel kajian, aspek
kajian yang dipilih serta masa kajian yang digunakan. Tempat kajian yang dilakukan
adalah di SMK Bandar Kerayong, Bera, Pahang. Kajian ini hanya dibataskan kepada
pelajar-pelajar tingkatan 1 sahaja dan bagi matapelajaran Sains yang memfokuskan
kepada topik Haba. Sampel kajian pula terdiri daripada 30 orang pelajar tingkatan 1
dari beberapa kelas. Oleh itu, jumlah keseluruhan sampel kajian adalah sebanyak 30
orang responden sahaja.
Selain itu, terdapat faktor lain yang boleh digunakan bagi mengukur tahap
keberkesanan penggunaan ICT dalam P&P ini tetapi dalam kajian ini hanya penulis
hanya memfokuskan kepada aspek pengetahuan, teknologi, dan kemahiran.
7
1.8 KESIMPULAN
Di dalam bab ini penulis telah menjelaskan latar belakang ICT dalam bidang
pendidikan di Malaysia, perkembangannya serta hubungan penggunaannya dengan
pengajaran dan pembelajaran di kalaingan pelajar tingkatan 1. Seterusnya, beberapa
isu yang wujud dalam mempengaruhi keberkesanan penggunaan teknologi turut
dikemukakan bagi menyokong permasalahan kajian ini. Tumpuan diberikan kepada
beberapa faktor utama yang menyumbang kepada keberkesanan penggunaan ICT
dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Sains iaitu pengetahuan,
kemahiran dan teknologi. Akhir sekali penulis mengemukakan pernyataan masalah,
objektif kajian, kepentingan kajian dan batasan yang dihadapi. Turut dijelaskan ialah
beberapa istilah dalam kajian ini supaya tidak berlaku kesilapan tafsiran terhadap
beberapa perkataan dalam tajuk kajian ini.
8
BAB 2
TINJAUAN LITERATUR
2.1 PENGENALAN
Di dalam bab ini, tinjauan terhadap beberapa kajian lepas telah dijalankan
untuk mengenalpasti faktor-faktor yang telah dikenalpasti yang mempengaruhi
keberkesanan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran
Sains kepada pelajar tingkatan 1. Maka tinjauan kajian kali ini hanya memberi
tumpuan kepada tiga faktor utama iaitu pengetahuan, kemahiran dan teknologi. Di
samping itu, faktor-faktor lain yang dijangka dapat menyumbang kepada fokus
kajian yang dijalankan akan turut dikenalpasti tetapi tidak secara meluas.
2.2 KAJIAN KEBERKESANAN PENGGUNAAN ICT DALAM P&P
Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud
menggunakan ICT secara efisien, meluas, terancang dan bersesuaian untuk
meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Pada abad ke ini, kemahiran menggunakan ICT dilihat sebagai satu bonus dan
kemahiran ini dilihat amat penting kepada sesebuah institusi terutamanya institusi
pendidikan. Keupayaan seseorang individu dalam menguasai penggunaan ICT dapat
membantu merentasi dan mengharungi dunia maklumat tanpa sempadan yang
semakin pantas berkembang. Justeru, pendedahan kepada alam perkomputeran perlu
dilakukan pada peringkat awal secara sistematik dan terancang agar budaya
perkomputeran dapat dibina dalam suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih
positif. Bagi menghadapi cabaran perkembangan dunia ICT ini, semua pihak tidak
boleh terlepas pandang dan peluang untuk merealisasikan cabaran ini kerana
penggunaan kemudahan ICT yang efektif akan dapat menyumbang kepada
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Oleh yang demikian,
faktor-faktor utama yang telah dikenalpasti dijangka dapat membantu meningkatkan
keberkesanan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini dapat
dibuktikan melalui penyiaran bahan-bahan penyelidikan samada melalui media
9
massa, artikel, bahan-bacaan ilmiah, faktor-faktor yang menjadi pemangkin kepada
keberkesanan itu adalah terdiri daripada pengetahuan, kemahiran dan teknologi.
2.2.1 KEBERKESANAN DARI ASPEK KEMAHIRAN
Menurut Zainudin Abu Bakar, Muhamad Rashid Rajuddin, Mohd Ali
Ibrahim, Nur Husna Abdul Wahid dan Zainuddin Hassan dari UTM, Skudai,
Johor dalam kajian mereka mengenai pengetahuan dan kemahiran, mereka
menyatakan kemahiran ICT guru-guru sebenarnya mempunyai kaitan dengan
pengetahuan dan kemahiran guru tentang komputer. Oleh itu bagi
memastikan aspek pengajaran pembelajaran berbantukan komputer berjalan
dengan lancar, satu aspek yang perlu diambil perhatian ialah pengetahuan
guru. Ini kerana tanpa pengetahuan yang baik dan jelas berkenaan dengan
komputer dapat memastikan penggunaan ICT sebagai alat dapat dilaksanakan
dengan baik dan berkesan.
Namun begitu dalam satu kajian Kleiman (2000) telah mendapati
bahawa guru-guru kurang kompeten dalam menggunakan teknologi,
terutamanya komputer. Walaubagaimanapun, mereka masih berasa selesa
semasa menggunakan komputer. Internet contohnya, merupakan salah satu
saluran pengetahuan yang boleh digunakan dalam mendapatkan maklumat
dan idea-idea baru berkenaan satu-satu perkara. Namun begitu, sekiranya
guru-guru tidak mempunyai pengetahuan tentang pencarian di internet, proses
menggunakannya akan menjadi lebih lama dan kadang kala tidak boleh
dijalankan.
Pengenalan kepada inovasi dalam pendidikan iaitu penggunaan ICT
dalam proses pengajaran pembelajaran memerlukan perkembangan baik dari
segi ilmu dan pengalaman guru. Inovasi hanya dianggap berjaya apabila
guru-guru telah dapat menerima dan mengaplikasikannya. Begitu juga
dengan pelajar. Sebagai contoh, guru boleh menyampaikan dan berkeupayaan
melaksanakannya dalam bilik darjah. Pelajar pula berupaya menerima dan
mengaplikasikannya supaya proses penerimaan lebih berkesan. Guru juga
10
perlu menunjukkan keyakinan yang tinggi terhadap kemampuan
mengadaptasi ICT ke dalam pengajaran pembelajaran mereka.
Merujuk kepada artikel ‘Tahap Kompetensi Pendidik Menggunakan
ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran’ oleh Norazen, Hassan Ash’ dan
Mohd Ruzman pula, pengetahuan dan kemahiran mengguna serta
mengintegrasikan ICT dapat membantu meringankan beban tugas. Kelebihan
seseorang guru dalam menyepadukan alat teknologi pendidikan seperti
komputer di dalam pengajaran, bukan sahaja dapat menarik minat dan
rangsangan pelajar untuk menguasai pelajarannya dengan lebih mudah, malah
dapat memotivasikan pelajar berfikir secara kreatif di samping menambahkan
keseronokan kepada guru dan pelajar itu sendiri dalam proses pendidikan.
Secara kesimpulannya pelaksanaan kaedah pengajaran dan pembelajaran
berbantukan ICT dijangka dapat meringankan beban tugas guru yang semakin
mencabar di zaman ini. Justeru, inovasi dalam pendidikan merupakan perkara
yang dituntut agar dapat direalisasikan selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan juga Transformasi Pendidikan yang sering dilaung-laungkan
oleh Perdana Menteri, Menteri Pelajaran dan para pemimpin yang lain.
Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dari segi
pengajaran memerlukan perancangan yang cekap dan efisien supaya ilmu
pengetahuan dapat disampaikan kepada setiap pelajar mengikut gaya
pembelajaran masing-masing. Teknologi maklumat dan komunikasi yang
digunakan dalam pengajaran juga dapat memberi peluang pembelajaran yang
lebih dinamis, menarik minat serta meningkatkan ilmu pengetahuan yang
relevan dan berguna kepada pelajar. Oleh yang demikian, bagi melaksanakan
tugas ini guru seharusnya bijak dan kreatif mendidik serta merancang
pelbagai strategi, kaedah dan pendekatan dengan jayanya melalui bantuan
ICT ini.
Berdasarkan kajian kedua yang dirujuk tadi, guru perlu menguasai
seberapa banyak pengetahuan dan kemahiran seiring dengan keperluan
semasa mengikut kesesuaian pelajar dan persekitaran masa kini. Kajian ini
11
menunjukkan kebanyakan guru dan pelajar mempunyai sikap positif terhadap
komputer dan ICT apabila hasil kajian yang diperolehi memberikan
perbezaan min yang ketara iaitu dalam aggaran 0.00. Menurut Gage dan
Berliner (1984) dalam kajian ini juga sikap positif terhadap penggunaan
komputer merupakan faktor penting dalam meningkatkan motivasi
pengajaran dan pembelajaran.
2.2.2 KEBERKESANAN DARI ASPKEK PENGETAHUAN
Pengetahuan juga memainkan peranan yang penting untuk
meramalkan kecekapan diri seseorang menggunakan komputer. Pengetahuan
sedia ada seseorang menggunakan Internet akan mempengaruhi sikap
seseorang pelajar terhadap internet. Pelajar yang berpengetahuan
menggunakan internet mempunyai sikap yang positif terhadap Internet begitu
juga dengan penggunaan komputer. Menurut Tsai et al. (2001) dalam kajian
tersebut, pengetahuan membantu pengguna mempunyai sikap yang lebih
positif terhadap Internet terutama kepada seseorang yang mempunyai sikap
bimbang dan kurang berkeyakinan terhadap Internet.
Menurut satu kajian yang dijalankan oleh Tina dan Lim Swee Kim
(2004) dalam kajian bertajuk ’Kesan Efikasi Kendiri Guru Sejarah Terhadap
Amalan Pengajaran Berbantukan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(ICT)’ yang ditulis oleh Azwan Ahmad, Abdul Ghani, Mohamad Zohir et al
(2005), pula mendapati penggunaan ICT dalam P&P membolehkan pelajar
bersikap aktif dalam pencarian maklumat dan membina pengetahuan daripada
maklumat yang diperolehnya serta berpeluang menghubungkait pengetahuan
merentas mata pelajaran tanpa disekat oleh masa dan jarak.
2.2.3 KEBERKESANAN DARI ASPEK TEKNOLOGI
Untuk menjayakan pelaksanaan penggunaan ICT supaya lebih
berkesan dan efektif penggunaannya, kemudahan infrastruktur ICT perlu
disediakan dan dirancang dengan baik. Kemudahan ICT dapat membantu
12
perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Pembelajaran
bukan lagi tertumpu dengan kaedah pengajaran di dalam kelas, makmal atau
pusat akses semata-mata tetapi penggunaan ICT perlu dieksploitasikan
sepenuhnya supaya memberikan impak positif dalam pembelajaran pelajar.
Penggunaan modul pembelajaran dalam bentuk CD Interaktif, tayangan
multimedia, perisian pembelajaran, simulasi dan sebagainya memerlukan
prasarana yang bersesuaian seiring dengan teknologi seperti komputer (PC,
laptop, netbook, galaxy tab, dll), LCD Projektor, Skrin LED dan sebagainya.
Menerusi kajian ’Aplikasi ICT Dalam Pembelajaran Penulisan Ilmiah:
Tinjauan Dari Aspek Kemahiran dan Persepsi Pelajar’ oleh Nasariah Mansor,
Nafisah Mahmud dan Faizah Ahmad, Hansman dan Wilson (1998)
mengatakan bahawa komputer merupakan alat yang membolehkan para
pelajar menguasai proses penulisan dengan lebih mudah berbanding kertas
dan pen. Walaupun pada peringkat permulaan, komputer berfungsi sebagai
mesin taip untuk menaip draf akhir sahaja, lama-kelamaan komputer
menggantikan pen dan kertas sebagai alat menulis. Komputer dikatakan
sebagai alat menulis dan dapat membantu mewujudkan suasana kerjasama
sama ada dalam menulis atau belajar menggunakan teknologi.
Menurut Nasariah Mansor, kajian yang dirujuk juga berpendapat
komputer juga amat berguna dalam pencarian maklumat atau bahan. Para
pelajar dapat menggunakan komputer untuk mencari artikel dan jurnal-jurnal
tertentu melalui pangkalan data perpustakaan online. Merujuk kajian ini juga
Caverly (2000) menyatakan keadaan ini akan dapat menjimatkan masa kerana
mereka tidak perlu lagi ke perpustakaan untuk mendapatkan maklumat. Nor
Hafidah (2002) dalam kajian yang sama turut menjelaskan bahawa selain
pelajar, guru-guru juga menggunakan komputer, khususnya Internet bagi
tujuan mencari bahan untuk pengajaran dan pembelajaran seperti mencari
bahan-bahan rujukan.
Selain itu, kajian penggunaan alat bantu mengajar dapat
meningkatkan minat serta merangsang minda para pelajar dan diakui sebagai
13
pemangkin kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Antara teknik yang
boleh digunakan bagi mempelbagaikan penyampaian ialah penggunaan
perisian Ms PowerPoint Presentation yang dapat dipersembahkan dalam
pelbagai bentuk grafik, animasi, warna, suara dan video. Alat-alat teknologi
yang digunakan secara efisien dan efektif bukan sahaja dapat menarik minat
dan rangsangan pelajar untuk menguasai pelajaran dengan mudah malah
dapat memotivasikan mereka untuk berfikir secara kreatif.
Pada masa yang sama juga, kajian oleh Abdul Razak (2005) yang
bertajuk ‘Penggunaan Perisian Komputer dan LCD Sebagai Bahan Bantu
Mengajar dan Pemudahcara’, turut menyatakan bahawa penggunaan
teknologi seperti perisian komputer iaitu PowerPoint dan Excel serta
penggunaan LCD sebagai bahan bantu mengajar perlu diterapkan dalam
pengajaran dan pembelajaran bagi menarik minat pelajar untuk menguasai
kemahiran IT. Melalui hasil kajian itu, beliau telah dapat mengenalpasti
keberkesanan penggunaan perisian komputer dan LCD dalam subjek tersebut.
Ini dibuktikan dengan berlakunya peningkatan kemahiran pelajar setelah
mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan perisian serta
LCD dalam kerja-kerja merekod.
Irfan Naufal Umar (2004) menerusi kajian ‘Penggunaan E-
Pembelajaran (E-Learning) di Kalangan Pelajar Jurusan Pendidikan Teknik
dan Vokasional di Institusi Pengajian Tinggi (IPTA) Negeri Johor’ oleh Ting
Kung Shiung (2007) pula mendapati penggunaan ICT dalam proses
pengajaran dan pembelajaran membolehkan bilik darjah bertemu dengan
dunia nyata serta membolehkan pelajar-pelajar sendiri mencari maklumat dan
bahan asal; memudahkan kolaboratif dan perbandingan global; serta
membolehkan bahan-bahan multimedia dicipta dan disebarkan dengan
mudah.
Menurut Suryanti Awang (2008), dalam jurnal yang bertajuk ‘ICT:
Senario dan Cabaran Dalam Pendidikan’, kaedah pembelajaran e-
Pembelajaran memberikan beberapa impak kepada keberkesanan dalam
14
penyampaian ilmu dan maklumat kepada pengguna. Antara kesan yang
positif dari kaedah pembelajaran ini ialah penjimatan masa dan kos, capaian
maklumat yang tidak terhad disebabkan maklumat yang di arkibkan serta
mempunyai potensi tinggi untuk meningkatkan bilangan pelajar apabila ia di
sebarkan melalui Internet. Pendidikan di Malaysia juga tidak ketinggalan
dalam mengaplikasikan e-Pembelajaran selaras dengan hasrat kerajaan untuk
melahirkan rakyat yang celik IT. Kebanyakan institusi pendidikan
menggunakan bantuan teknologi ICT sebagai satu strategi penyampaian
pengajaran di mana semua maklumat berkaitan pembelajaran dipancarkan
secara terus kepada pelajar yang mana memudahkan pelajar mencapai
maklumat yang diperlukan.
2.3 KESIMPULAN
Berdasarkan kajian-kajian lepas (yang telah dijalankan oleh pihak lain)
yang telah dibincangkan, dapatlah disimpulkan bahawa aspek pengetahuan,
kemahiran dan teknologi adalah faktor-faktor yang dapat meningkatkan
keberkesanan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam
pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Sains dalam topik Haba bagi pelajar
tingkatan satu. Maka, penulis merasa perlu untuk mengadakan kajian terhadap tiga
faktor tersebut bagi memastikan faktor-faktor tersebut mempunyai hubungan
signifikan yang amat positif dengan keberkesanan penggunaan ICT dalam
pengajaran dan pembelajaran.
15
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 PENGENALAN
Metodologi ialah unsur penting dalam rancangan kajian tindakan supaya
kajian tindakan yang ingin dilaksanakan mencapai objektifnya. Penggunaan model
kajian tindakan dapat membantu penyelidik merancang langkah yang perlu
dilaksanakan dalam kajian tindakan yang dirancang dengan lebih tersusun. Hal ini
seterusnya dapat memudahkan proses pelaksanaan tindakan dijalankan mengikut
masa yang telah ditetapkan.
Metodologi penyelidikan merujuk Nasariah Mansor, Nafisah Mahmud &
Faizah Ahmad (2002), merupakan suatu kajian yang berbentuk deskriptif dengan
menggunakan kaedah tinjauan untuk mendapatkan maklumat. Pengumpulan
maklumat melibatkan proses yang memerlukan tempoh masa yang agak panjang,
rumit serta mahal. Oleh itu, kegagalan menggunakan kaedah pengumpulan data
secara efisien akan menghasilkan maklumat yang kurang relevan serta akan
meningkatkan perbelanjaan sesuatu penyelidikan. Sehubungan itu, bab ini akan
membincangkan reka bentuk untuk kajian yang telah dijalankan, populasi dan sampel
yang terlibat dalam kajian yang telah dijalankan, instrumen kajian yang telah
digunakan dalam kajian, prosedur-prosedur dalam menjalankan kajian ini serta
penganalisisan data iaitu bagaimana data dianalisis selepas kerja lapangan
dijalankan.
3.2 REKABENTUK KAJIAN
Reka bentuk sesuatu penyelidikan adalah teknik dan kaedah tertentu untuk
memperoleh maklumat yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah. Khususnya,
rekabentuk sesuatu penyelidikan membincangkan bagaimana untuk mencapai
sesuatu objektif penyelidikan. Rekabentuk merupakan keseluruhan rangka projek
penyelidikan yang menyatakan apakah corak jenis kajian yang hendak dilaksanakan,
16
jenis maklumat yang perlu dikumpul, daripada mana sumber maklumat boleh
didapati dan dengan kaedah apa maklumat boleh diperolehi. Sekiranya penyelidikan
direkabentuk dengan berhati-hati, reka bentuk akan memastikan bahawa maklumat
yang diperolehi adalah sesuai dengan persoalan masalah yang ingin diselesaikan. Di
samping itu, maklumat yang dikumpul akan diperolehi dengan kaedah yang paling
berkesan. Reka bentuk kajian ini dibuat dengan cara mengumpulkan maklumat atau
data-data tentang keberkesanan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran
matapelajaran Sains dalam topik Haba di kalangan pelajar tingkatan 1 SMK Bandar
Kerayong.
Menurut Mohd. Majid Konting (2005), reka bentuk kajian ini adalah bersifat
kuantitatif dan mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang merujuk kepada
ketekalan maklumat yang diperolehi daripada responden. Selain itu, kaedah ini juga
lebih cepat dari segi masa pengutipan data serta penyiapan tinjauan. Dalam
menjalankan kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah tinjauan dan deskriptif.
Kaedah tinjauan adalah satu cara yang spesifik untuk mengumpulkan maklumat
mengenai populasi. Kaedah tinjauan sering dijalankan dalam penyelidikan
pendidikan. Dua jenis tinjauan yang penting dan sering dilakukan dalam bidang
pendidikan ialah tinjauan sekolah dan tinjauan komuniti (Mohd. Majid Konting,
2000). Kaedah tinjauan digunakan kerana kajian ini memfokus kepada pemboleh
ubah yang dianggap boleh diukur. Selain itu, data yang akan perolehi adalah bersifat
empirikal. Melalui kaedah tinjauan, dengan melibatkan sekumpulan elemen yang
kecil dan terperinci, maka maklumat yang banyak boleh dikumpul dan direkodkan.
Walau bagaimanapun data yang lengkap atau mendalam jarang sekali dapat
dihasilkan namun data yang dikumpulkan adalah tepat. Strategi tinjauan ini juga
sesuai digunakan kerana penyelidikan yang dijalankan ini hanyalah untuk membuat
kenyataan umum tentang sesuatu populasi (Mohamad Najib Ghaffar, 1999). Justeru,
pengkaji menyelaraskan teknik tinjauan terlebih dahulu untuk menentukan cara dan
alat penyelidikan yang sesuai dengan praktikal dengan mengambil kira beberapa
kriteria seperti faktor masa, kos dan peraturan-peraturan organisasi tempat kajian
dijalankan.
17
Penyelidikan deskriptif pula merupakan penyelidikan yang bermatlamat
untuk menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku. Bagi mendapatkan
maklumat mengenai sesuatu peristiwa yang sedang berlaku, kaedah deskriptif
digunakan. Seringkali juga penyelidikan deskriptif bermatlamat untuk menerokai
sesuatu bidang yang belum atau kurang dikaji. Sekiranya penyelidikan bermatlamat
untuk menerokai sesuatu bidang, penyelidikan yang dijalankan adalah berbentuk
penerokaan. Kaedah penyelidikan deskriptif tidak memerlukan usaha mengawal
sesuatu olahan. Ini adalah kerana penyelidikan tidak menentukan terlebih dahulu
faktor-faktor yang mendatangkan kesan ke atas sesuatu peristiwa (Mohd Majid
Konting, 1993:96).
Sungguhpun setiap penyelidikan akan menentukan teknik masing-masing,
secara umumnya boleh dibezakan antara teknik yang dipilih oleh penyelidikan
kualitatif dan penyelidikan kuantitatif. Dalam penyelidikan ini borang soal selidik
digunakan telah digunakan untuk mengambilkira objektif kajian. Amir Hasan Dawi
(2006), berpendapat teknik menggunakan borang soal selidik mempunyai kelebihan
dan kekurangan. Teknik soal selidik dapat merangkumi jumlah sampel yang ramai,
lebih cepat dan sesuai untuk soalan-soalan yang sensitif. Namun penyediaan soalan-
soalan mungkin memakan masa, tidak dapat mencungkil data secara mendalam dan
kemungkinan sampel tidak mengisi borang soal selidik berkenaan.
3.3 SAMPEL KAJIAN
Sebelum memilih sampel, populasi kajian ditentukan terlebih dahulu. Populasi
ialah satu kumpulan perkara yang mengandungi unsur, objek, individu atau ciri-ciri
yang dipertimbangkan dalam suatu kajian yang ingin di ambil oleh penyelidik (Azhar
Harun dan Nawi Abdullah, 2004:52). Dalam kajian ini penulis telah memilih kaedah
persampelan rawak mudah (Simple Random Sampling). Dalam kaedah ini
kebiasaannya dengan menggunakan nombor rawak atau angka rawak sama ada
bercetak atau digunakan secara elektronik. Teknik ini dipilih kerana jumlah populasi
yang sedikit dan mempunyai variasi yang kecil di antara unit-unit dalam populasi. Ini
bermakna perbezaan yang terdapat antara ahli dengan ahli yang lain adalah tidak
ketara. Oleh itu, mana-mana ahli yang dipilih sebagai sampel mampu mewakili ciri-
18
ciri populasinya. Tiap-tiap ahli dalam populasi berkenaan mempunyai
kebarangkalian yang sama untuk dipilih sebagai sampel.
Dalam kajian ini, penulis telah memilih untuk menjalankan kajian ini di SMK
Bandar Kerayong, Bera, Pahang. Populasi kajian adalah pelajar tingkatan satu yang
secara amnya wajib mengambil matapelajaran Sains namun difokuskan hanya
kepada satu topik sahaja. Sampel kajian terdiri daripada pelajar tingkatan satu yang
berlainan kelas bagi mendapatkan data yang lebih tepat. Saiz sampel bagi kajian ini
adalah 30 orang pelajar yang dipilih secara rawak.
3.4 INSTRUMEN KAJIAN
Instrumen kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini ialah soalan soal selidik
yang dijalankan kepada 30 orang pelajar tingkatan satu di SMK Bandar Kerayong.
Sebanyak 30 set soalan selidik diedarkan kepada responden. Soal selidik merupakan
alat untuk mengumpul data bagi penyelidik sains sosial. Soal selidik sebenarnya
tidak lebih daripada satu borang yang dibentuk khusus untuk mengisi maklumat yang
diberikan oleh setiap responden dalam temu bual (Ahmad Mahdzan Ayob, 2005).
Bagi satu-satu kajian, satu soal selidik yang sama hendaklah digunakan untuk semua
responden. Ini bagi memastikan keseragaman dalam jawapan yang diberikan.
Keseragaman bermaksud semua mereka memberi jawapan yang sama, tetapi
jawapan itu diletakkan di ruang yang sama bagi membolehkan pemprosesan data
melalui komputer. Soalan itu juga dikemukakan mengikut urutan yang sama (Ahmad
Mahdzan Ayob, 2005).
Dalam kajian ini, soal selidik yang dibuat adalah diambil daripada soalan-
soalan yang terdapat di dalam jurnal dan kajian yang dikaji. Soal selidik tersebut
terdiri daripada empat bahagian. Bahagian A mengandungi maklumat responden
yang terdiri daripada 4 soalan yang berbentuk nominal iaitu yang berkaitan diri
responden mengikut jantina dan opsyen. Bahagian B, C dan D ialah soal selidik
berkenaan faktor yang diandaikan oleh pada awal bab yang dapat mempengaruhi
keberkesanan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran
Sains bagi topik Haba di kalangan pelajar tingkatan satu iaitu pengetahuan,
kemahiran dan teknologi.
19
Bahagian B soal selidik adalah soalan berbentuk ‘checklist’ di mana pelajar
dikehendaki memberikan jawapan sama ada ‘Ya’ atau ‘Tidak’ bagi setiap pernyataan
yang telah diberikan. Bahagian C pula adalah soalan-soalan berkaitan faktor
kemahiran dan pengetahuan. Dalam kajian soal selidik bahagian C ini menggunakan
kod skala Likert, dan sebagai contoh respon yang disediakan ialah :
Sila bulatkan nombor jawapan. Pilihan anda mengikut skala berikut sekiranya anda:
Sangat
tidak
Berkesan
Tidak
Berkesan
Tidak pasti Berkesan Sangat
Berkesan
1 2 3 4 5
Jadual 3.4.1 : Kod skala likert
Akhir sekali, dalam bahagian D terdapat 20 soalan yang berkisarkan faktor
teknologi. Di bahagian ini responden perlu membuat pilihan berdasarkan penyataan
yang diberikan sama ada teknologi menjadi penghalang atau tidak kepada mereka
untuk menggunakan ICT.
3.5 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA
Prosedur kajian ialah langkah-langkah kajian yang perlu diambil oleh penulis
untuk melaksanakan kajian dari awal hingga kajian berakhir. Ini termasuklah
menyediakan cadangan penyelidikan, melaksanakan modul dan menganalisis data
serta menyediakan laporan akhir penyelidikan. Segala prosedurnya perlu
diperjelaskan secara terperinci dan satu persatu. Untuk menjalankan kajian ini,
prosedur-prosedur kajian adalah seperti berikut:
i. Menyediakan kertas cadangan penyelidikan iaitu proposal.
ii. Mengenal pasti masalah dan menyatakan objektif
iii. Mencadangkan hipotesis
iv. Menyediakan instrumen kajian
20
v. Memproses dan menganalisis data yang melibatkan pemprosesan
maklumat daripada soal selidik yang diedarkan.
vi. Menulis laporan akhir kajian.
3.6 ANALISIS DATA
Bagi kaedah analisis data ia bermula di mana borang soal selidik akan diedarkan
untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan kajian yang
dijalankan. Sebelum memulakan analisis, borang-borang soal selidik akan ditapis
dahulu bagi memastikan hasil yang diperolehi adalah tepat dan menjawab persoalan
kajian.
Untuk soal selidik, data-data yang diperolehi akan dikumpul dan dianalisis
secara prosedur statistik deskriptif. Skor-skor mentah akan dianalisis menggunakan
kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai untuk menentukan keberkesanan
penggunaan ICT dalam matapelajaran Sains dengan difokuskan topik Haba di
kalangan pelajar tingkatan satu.
3.7 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya akan dijelaskan tentang kaedah penyelidikan yang
digunakan dari segi reka bentuk kajian, pemilihan populasi dan sampel, instrumen
penyelidikan, kaedah menganalisis data dan prosedur kajian. Semua kaedah ini
dilakukan secara berturutan bagi memudahkan penulis mencapai objektif kajian ini.
21