Download - TAMADUN_MESIR_PURBA

Transcript

TAMADUN MESIR PURBA

Soalan SPM 2008 :

Pada pandangan anda, apakah keistimewaan masyarakat Mesir Purba yang menyumbang kepada kemunculan Mesir sebagai pusat tamadun awal dunia ?[8 markah]

F1 menjalani kehidupan di bandar yang menjadi pusat pentadbiran/pemerintahan/pelabuhan/keagamaan dan tumpuan penduduk

F2 kemampuan mewujudkan bandar-bandar sepertiC2a ThinisC2b MemphisC2c Abydos

F3 penciptaan tulisan hieroglif/hieratik/demotikF4 rekod kerajaan ditulisF5 kemahiran menukar padang pasir menjadi tanah pertanian yang suburF6 mampu membina tembok pengairan sepanjang 123 kmF7 mempunyai sistem kalendar berasaskan 365 hari setahun/12 bulan setahunF8 pengkhususan kerjaF9 mahir dalam penenunanF10 mampu mengeksport kertas dan tekstilF11 kanak-kanak diberikan pendidikan sejak umur rendahF12 kebolehan memumiakan mayat

(b) Terangkan sumbangan Tamadun Mesir Purba kepada masyarakat dunia yang kekal hingga ke hari ini.6 markahSumbangan penting Tamadun Mesir Purba kepada peradaban dunia hari ini ialah kemajuan dalam bidang seni bina yang dapat dibuktikan dengan peninggalan monumen teragung Mesir iaitu Piramid. Selain daripada itu, sumbangan yang lain ialah dari segi pendidikan yang telah berjaya melahirkan jutera terlatih sehingga dapat mewariskan sistem pengairan yang hebat dan kawalan banjir yang telah diadaptasi ke dalam teknologi masa kini. Orang Mesir juga mewariskan sistem Tulisan yang telah membangkar banyak rahsia dan khazanah Fir'aun kepada dunia masa kini melalui terjemahan relief hieroglif yang terdapat pada dinding Piramid dan tinggalan orang Mesir. Tamadun Mesir juga memperkenalkan teknik mumia mayat yang memberi ilham dalam proses mengawet mayat pada zaman moden.

(c)Berdasarkan pemerhatian anda, apakah pencapaian Malaysia masa kini yang boleh menjadi kebanggaan kepada generasi akan datang?6 markahPencapaian Malaysia yang paling ketara sekali ialah keharmonian yang wujud dalam masyarakat pelbagai budaya, kaum dan agama hingga menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik dan dikagumi. Selai daripada itu, pertumbuhan ekonomi Malaysia yang kian berkembang dan mapan telah membolehkan pelbagai perancangan untuk memodenkan negara dapat dirancang dan direalisasikan seperti pembangunan Kompleks Kerajaan Putrajaya yang lengkap dan selesa, pembinaan lapangan Terbang KLIA yang canggih serta pelbagai pembangunan ekonomi yang merangsang kemajuan negara seperti pembangunan koridor ekonomi dan infrastruktur yang lengkap. Malaysia juga kini muncul sebagai hub pendidikan serantau yang menarik minat ramai pelajar antarabangsa. Malaysia juga giat membangunkan bandar ICT dan pembangunan jalur lebar yang dapat dimanfaatkan oleh generasi akan datang. Malaysia juga menunjukkan pencapaian yang gemilang dalam bidang sukan melalui atlet-atlet yang berpotensi di peringkat antarabangsa seperti Datuk Nicol David yang menjadi juara dunia Sukan squash, Datuk Lee Chong Wei dan Pandalela Rinong. Prasarana sukan di Malaysia juga dibangunkan dengan baik dan maju sehingga memenuhi standard antarabangsa seperti Litar lumba F! di Sepang.