langkah langkah-membaca-dan-menterjemah-litar

Post on 23-Jan-2018

298 views 0 download

Transcript of langkah langkah-membaca-dan-menterjemah-litar

LANGKAH-LANGKAH MEMBACA DAN MENTERJEMAH LITAR

Langkah Tindakan

1. Membaca lukisan skematik dan mengenalpasti nama serta jenis komponen yang digunakan.

- Kenalpasti nama dan jenis komponen yang digunakan berpandukan simbol.- Kenalpasti nilai komponen yang digunakan.

2. Mengenalpasti kaedah sambungan antara satu

komponen dengan komponen yang lain.

- Kenalpasti cara komponen disambung dengan komponen yang lain di dalam litar.- Tentukan kekutuban kaki komponen pada sambungan yang ditunjukkan dalam lukisan skematik

Langkah Tindakan

3. Menterjemah lukisan skematik kepada lukisan bergambar.

- Sediakan gambarajah papan litar atau bod litar.- Lukis gambarajah tentang rupa bentuk komponen-komponen yang telah dikenalpasti pada rajah bod litar.

4. Menyemak dan membandingkan lukisan

bergambar dengan lukisan skematik.

- Bandingkan lukisan bergambar yang telah disediakan dengan lukisan skematik. - Pastikan bahawa kedudukan komponen yang dilukis pada rajah bod litar adalah betul seperti yang ditunjukkan dalam litar skematik.