Post on 14-Sep-2015
KEMAHIRAN
KEMAHIRANMembaca
BAND1
PERNYATAAN STANDARDMengetahui perkara yang didengar, dituturkan, di baca dan ditulis.
DESKRIPTORB1 DB1
Membaca perenggan dengan sebutan dan intonasi yang sesuai.
EVIDENSB1 DB1 E1
Membaca ayat dalam perenggan daripada sesuatu sumber dengan sebutan dan intonasi yang sesuai.
AKTIVITI PENTAKSIRANLangkah pentaksiran:
1. Murid membaca dialog dengan sebutan dan intonasi yang sesuai. Petikan dalam perengganContoh instrument (buku teks)
Contoh Kad Inventori Bacaan
Nama Murid: Tingkatan:BilPernyataan / X
1
Murid membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang sesuai.2
Murid membaca petikan dengan lancar
Hari Pertama Persekolahan
Haikal : AmirAmir saya di sini.
Amir : Haikal, di manakah rakan kita yang lain?
Haikal : Sabrina yang awak maksudkan?
Amir : Bukan Sabrina sahaja, David, Mei Hwa, Ranjit dan Munira.
Haikal : Mereka ada di pondok bacaan. Mari kita ke sana.
Amir : Nanti dulu, ini ada cenderamata untuk awak.
Haikal : Eh, cantiknya! Di manakah awak beli?
Amir : Di Pulau Langkawi.
Haikal : Ingat juga awak pada saya, ya. Terima kasih.
Amir : Sama-sama. Mari kita berjumpa dengan kawan-kawan yang
lain.
Sabrina : Ha, itupun Amir dan Haikal!
Amir : Apa khabar semua? Seronoknya kita dapat berjumpa semula.
Mei Hwa : Khabar baik Amir, Haikal. Amboi, cerianya awak berdua!
Haikal : Terima kasih, Mei Hwa. Kelas kita di mana?
Nagesh : Kelas kita di tingkat dua , Blok Amanah. Kami bercadang untuk
membersihkan kelas itu.
Haikal : Saya sangat setuju dengan pendapat awak. Tentu kelas kita
berhabuk. Saya pun ada membawa beberapa helai kain buruk.
Chandran : Baguslah tu. Saya pula membawa beberapa helai kertas
untuk ditampal pada papan kenyataan bagi menggantikan yang
lama.
Amir : Ya, kita bersependapat. Kelas kita mesti dibersihkan terlebih
dahulu.
Haikal : Ayuh, kita ke sana!
( Buku Teks Tingkatan 2 m/s 2 )