Post on 08-Dec-2015
description
8.0 RUMUSAN DAPATAN DAN REFLEKSI
8.1 Rumusan Dapatan
Hasil dapatan yang diperolehi melalui ujian pra dan pasca, pemerhatian dan
soal selidik telah menjawab soalan kajian yang telah dikemukakan.
Persoalan Kajian 1 :
Dapatkah teknik “Tangan Kiri Kanan dan Jadual Tiga” (TKK & JT) dapat
meningkatkan kemahiran murid dalam mengenal imbuhan awalan dan
akhiran kata kerja dalam bahasa Melayu?
Hasil keputusan ujian pra dan pasca telah menjawab persoalan kajian satu
iaitu teknik RTKK & JT telah dapat meningkatkan kemahiran murid dalam mengenal
imbuhan awalan dan akhiran kata kerja dalam Bahasa Melayu. Hasil analisis dan
interpretasi data yang diperolehi melalui ujian pra dan ujian pasca menunjukkan
peningkatan yang sangat ketara dalam kemahiran mengenal imbuhan awalan dan
akhiran kata kerja.
Hal ini demikian kerana, semasa ujian pra, pengkaji mendapti ketujuh-tujuh
orang responden memperoleh markah dan gred yang rendah, iaitu masing-masing
mendapat gred C iaitu seramai 3 orang dan gred D seramai 4 orang sahaja.
Berbanding selepas intervensi dan ujian pasca dilaksanakan, iaitu kesemua ketujuh-
tujuh murid berjaya memperolehi gred A dengan pencapaian terbaik iaitu seramai
dua orang murid memperoleh markah penuh iaitu 100 %. Berdasarkan hasil dapatan
dalam ujian pra dan pasca ini, ternyata 7 orang responden yang terlibat dalam
kajian ini berjaya meningkatkan kemahiran mengenal imbuhan awalan dan akhiran
kata kerja selepas menggunakan teknik RTKK & JT. (Jadual 9)
Melalui kajian ini juga, pengkaji mendapati bahawa kajian ini dapat
membantu peserta kajian dalam mengingat bentuk-bentuk imbuhan awalan dan
akhiran kata kerja yang telah dipelajari. Teknik yang telah diperkenalkan ini
memberikan kesan yang positif dalam diri peserta dalam memahami bentuk imbuhan
awalan dan akhiran kata kerja dengan betul. Instrumen ujian pra dan ujian pasca
yang digunakan terbukti menjawab persoalan kedua dan mengetahui tahap
peningkatan pencapaian peserta kajian. Terbukti hasil dapatan analisis data daripada
ujian pra dan pasca menunjukkan bahawa berlakunya peningkatan secara puratanya
sebanyak 55% dalam kemahiran menggunakan imbuhan awalan dan akhiran kata
kerja dengan betul setelah teknik RTKK & JT diperkenalkan.
Hasil dapatan ini telah disokong data daripada soal selidik. Daripada hasil
analisis soal selidik mendapati responden bersetuju bahawa penggunaa teknik RTKK
& JT membantu mereka memahami konsep imbuhan awalan dan akhiran kata kerja
dengan baik sekali. Pengkaji juga mendapati penggunaan simbol tangan dan akronim
yang diberikan sebagai mengenal imbuhan awalan dan akhiran membantu mereka
meningat dengan baik bentuk imbuhan yang telah dipelajari.
Dapatan kajian ini selari kajian yang telah dijalankan oleh Shazuwani (2013),
meningkatkan penguasaan imbuhan ‘me’ bagi kata dasar yang bermula dengan huruf
‘p,t,k,s bagi murid tahun 3 arif di Sekolah Kebangsaan Padang Mengkuang, Marang
Terengganu menggunakan klik kpt. Huruf p,t,k,s ini merupakan rumus bagi
perubahan yang akan berlaku kepada huruf bagi kata dasar apabila menerima
imbuhan meN-.perkara ini telah memudahkan pemahaman konsep murid. Hasil
kajian beliau mendapati bahawa penggunaan teknik klip kpt telah membuktikan
wujud peningkatan pada ujian pra iaitu memperoleh markah sebanyak 46 % dan
meningkat kepada 80% pada ujian pasca 1 dan 100% pada ujian Pasca 2.
Persoalan Kajian 2 :
Dapatkah teknik “Tangan Kiri Kanan dan Jadual Tiga” (TKK & JT)
meningkatkan kemahiran murid dalam membezakan imbuhan awalan dan
akhiran kata kerja?
Hasil pemerhatian berstruktur ternyata dapat menjawab soalan kajian yang
kedua ini iaitu teknik RTKK & JT telah dapat meningkatkan kemahiran murid
dalam membeakan imbuhan awalan dan akhiran kata kerja.
Berdasarkan pemerhatian berstruktur kesemua murid dapat membezakan
imbuhan awalan dan akhiran menggunakan Jadual Tiga dengan baik sekali semasa
melaksanakan latih tubi sepanjang intervensi dilaksanakan. Ketujuh-tujuh responden
ini dilihat mampu menyenaraikan dengan betul dan meminimumkan kesalahan
dengan menguunakan teknik TKK & JT. Melalui pemerhatian berstruktur juga,
pengkaji mendapati kesemua tujuh responden dapat membezakan imbuhan awalan
dan akhiran berdasarkan latihan pengukuhan yang telah disediakan dalam mengecam
imbuhan awalan dan akhiran dalam kad-kad perkataan. Perkara ini telah
menyebabkan mereka lebih mudah menyenaraikan dengan betul imbuhan awalan dan
akhiran kata kerja berdasarkan latihan yang diberi.
Hasil dapatan hasil analisis ini dikukuhkan lagi dengan hasil analisis soal
selidik. Berdasarkan soal selidik yang telah dilaksanakan, pengkaji mendapati 100 %
responden bersetuju bahawa penggunaan Jadual Tiga membantu mereka
membezakan antara imbuhan awalan dan akhiran dengan betul. Hal ini secara tidak
langsung dapat membantu mereka membezakan imbuhan awalan dan akhiran kata
kerja dengan betul berdasarkan analisis yang telah dibuat.
hasil kajian lepas oleh Nurul Nadiah (2014), meningkatkan penguasaan
penggunaan imbuhan awalan ‘mem-’, ‘men-’, dan ‘meng-’ murid tahun 5 arif
menggunakan MoBIm. Dalam penggunaan MoBIm, pengkaji telah merangkumkan
beberapa aktiviti iaitu aktiviti Kenali Saya, dan JaBIm (Jadual Berwarna Imbuhan
mem-, men- dan meng-). Perkara ini telah membantu murid dalam pemahaman
Sesuatu konsep imbuhan dengan betul melalui penggunaan jadual.
Hal ini turut disokong oleh Yahya (2005) yang menyatakan bahawa teknik
penggunaan peta minda (jadual) merupakan salah satu unsur kreatif dalam
pengajaran bahasa. Penggunaan jadual dalam bentuk grafik juga semasa penggunaan
tangan kiri kanan dalam bentuk jadual tiga telah membantu murid membezakan
imbuhan awalan dan akhiran dengan lebih jelas. Ternyata kesemua responden
bersetuju bahawa penggunaan jadual tiga membantu dalam membezakan imbuhan
awalan dan akhiran kata kerja dengan betul.
Teknik Tangan Kiri Kanan dan Jadual Tiga telah dihasilkan agar murid dapat
membezakan dengan betul bentuk-bentuk imbuhan awalan dan akhiran kata kerja
dengan betul. Hasilnya melalui teknik RTKK & JT ini ternyata memudahkan
responden untuk membezakan dengan baik bentuk imbuhan awalan dan akhiran
sekali gus meminimumkan kesalahan responden mengenal pasti imbuhan awalan dan
akhiran di dalam petikan.
8.2 Refleksi
Selepas tindakan ini, pengkaji melihat berlaku perubahan positif yang amat
menggalakkan dalam kalangan peserta kajian. Hasil kajian juga mendapati berlaku
perbezaan suasana pembelajaran di dalam bilik darjah. Kesemua responden amat
kurang meminati pengajaran tatabahasa. Mereka juga kurang berkeyakinan semasa
diajukan soalan serta ketika melaksanakan ujian pra. Namun setelah diperkenalkan
teknik RTKK & JT murid mudah memahami konsep yang ingin diajarkan terutama
melibatkan pengajaran imbuhan awalan dan akhiran kata kerja. Respon yang positif
ditunjukkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran apabila mereka saling
bersaing untuk tampil ke hadapan kelas bagi menjawab soalan dan melibatkan diri
secara aktif dalam setiap latih tubi yang disediakan semasa pengajaran. Ternyata,
melalui teknik yang diperkenalkan membantu mereka untuk mempelajari ilmu
tatabahasa dengan lebih baik.
Semasa sesi latihan pula, peserta kajian dilhat mampu berdikari dan mampu
membuat apa jua bentuk latihan yang diberikan di samping dapat membantu rakan
yang lain melengkapkan lembaran kerja yang telah diberikan oleh guru. Sebelum ini,
peserta kajian sukar untuk menjawab soalan yang diberikan kerana terkeliru dengan
bentuk imbuhan yang terlalu banyak. Namun fokus pengajaran lebih kepada imbuhan
awalan dan akhiran kata kerja sahaja. Peserta kajian juga tidak dapat membezakan
antara imbuhan awalan dan akhiran dengan betul. Namun, selepas teknik RTKK &
JT diperkenalkan pengkaji dapat melihat peningkatan prestasi yang amat
menggalakkan dalam kalangan responden. Begitu juga peningkatan kadar
pemahaman responden dalam membezakan imbuhan awalan dan akhiran kata kerja
adalah sangat baik dan boleh dipertingkatkan lagi pada masa hadapan.
Teknik ini mungkin mengambil masa tetapi guru perlu berusaha untuk
meningkatkan prestasi murid-murid ke arah yang lebih baik. Oleh itu, bagi
memantapkan penggunaan teknik ini penggunaan latih tubi sangat membantu murid
terutama dalam pemahaman sesuatu konsep seperti memahami imbuhan awalan dan
akhiran. Hal ini sesuai dengan pendapat Tengku Sarina Aini dan Yusmini (2006)
yang menyatakan bahawa kaedah latih tubi adalah kaedah latihan yang bertujuan
menyampaikan kemahiran dan kecekapan kepada pelajar. Pandangan yang
dikemukakan sangat bertepatan dengan hasil dapatan kajian dimana pengkaji
menggunakan jadual tiga bagi memahami konsep imbuhan awalan dan akhiran
dengan betul sebagai latih tubi semasa melakukan latihan. Selain itu, penggunaan
jadual ini dapat membantu murid memahami konsep dengan lebih jelas tentang
pembentukan imbuhan awalan dan akhiran dengan betul. Pengalaman menjalankan
kajian tindakan ini memberikan peluang kepada pengkaji untuk membaiki amalan
profesionalisme dalam menampaikan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah.
Pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran merupakan elemen yang sangat
penting yang harus diteliti sebelum memulakan sesuatu sesi pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah. Hal ini demikian kerana, kaedah dan teknik yang
sesuai dengan tahap pemikiran dan selari dengan minat murid mumudahkan guru
menyampaikan isi pengajaran dengan baik. Sepanjang tempoh melaksanakan kajian
ini, pengkaji yakin dan percaya bahawa keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan
pembelajaran ini juga berkait rapat dengan daya kreativiti dan sensitivity seseorang
guru. Guru juga digalakkan untuk berdaya kreatif dengan memilih teknik pengajaran
dan menghasilkan bahan bantu mengajar yang dapat menarik minat murid di
samping memudahkan pembentukan konsep murid dalam memahami apa yang ingin
diajarkan.
Hasil dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa penggunaan teknik RTKK
& JT mampu membantu murid memahami konsep imbuhan dengan lebih mudah
untuk membezakan imbuhan awalan dan akhiran dengan betul. Selain itu, guru harus
peka dengan perubahan yang ditunjukkan oleh murid sama ada perubahan negatif
mahupun positif. Setiap perubahan negatif haruslah ditangani dengan bijak seperti
memberikan teguran secara lembut dan membimbing responden dari masa ke masa.
Manakala perubahan yang positif sama ada dari segi tingkah laku mahupun
pencapaian, seorang guru haruslah memberikan kata-kata pujian untuk
menggalakkan murid untuk sentiasa meningkatkan prestasi diri mereka.
Hasil daripada kajian yang telah dilaksanakan, terdapat banyak perbezaan
selepas teknik RTKK & JT diperkenalkan dimana responden yang tidak mengenal
bentuk imbuhan awalan dan akhiran dengan betul telah menunjukkan peningkatan
yang amat memberangsangkan. Hasil soal selidik yang telah diberikan, responden
telah memberikan maklum balas yang sangat baik dan tidak dpengaruhi oleh faktor
persekitaran yang lain. Hasil dapatan daripada soal selidik keseluruhan responden
dapat mengikuti dan memahami teknik yang telah diperkenalkan dan
mengaplikasikannya semasa menjawab soalan.
Secara keseluruhannya, pengkaji mendapati bahawa keberkesanan teknik
RTKK & JT yang telah diperkenalkan dalam kajian ini turut dipengaruhi oleh
beberapa faktor lain seperti keprihatinan guru dalam membimbing murid dari masa
ke masa serta pemilihan teknik yang bertepatan dengan tahap pemikiran murid-
murid. Di sampan itu, dorongan dari dalam diri responden seseorang individu juga
mempengaruhi kehendak mereka untuk terlibat secara aktif semasa sesi pengajaran
dan pembealajran dilaksanakan. Justeru, sebagai seorang guru, pengkaji harus
mempertimbangkan pelbagai aspek yang menjadi tonggak kepada kejayaan
seseorang murid dalam pelajaran mereka terutama dari aspek pedagogi seorang guru
harus ditingkat dari semasa ke semasa selaras dengan pendidikan abad ke-21.