Post on 10-Jan-2020
UTPSZ 19:16 (pind.1I97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS·
JUDUL: KAnAN ANTARA FAKTOR-FAKTOR KEKELUARGAAN DENGAN TlNGKAH LAKU DELIKUENSI PELAJAR
SESI PENGAJIAN: 2008/2009
Saya SUZ' - BINTI MUSTAPHA (HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSMISarjanaIDoktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi.
4. **Sila tandakan (../ )
D D
SULIT
TERHAD
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972)
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
AKTERHAD
GAN PENULIS)
Alamat tetap:
LOT 86
KAMPUNG GONG TINGGI
16800 PASIR PUTEH
KELANTAN
Tarikh:~
(TANDAT
DR AZLINA BINTI MOHD KOSNIN
NAMA PENYELIA
Tarikh: Yl/f/OO] CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana • secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerjakursus dan nenvelioikan at;HI r.:'lnor,tn Pmiek Sarirlna MllOrl rpSMI
" Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya
ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahim Ijazah
Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan ( Kemabiran Hidup )"
Tanda tangan
Nama Penyelia ~~·~~i~;;;;;~~~ ~OSNIN Tarikh ··?4··I-~lQ·~··················
KAITAN ANTARA FAKTOR-FAKTOR KEKELUARGAAN DENGAN
TINGKAH LAKU DELIKUENSI PELAJAR
SUZILA BINTI MUSTAPHA
Laporan Projek ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
2009
11
PENGAKUAN
"Saya akui karya ini adalah hasil keIja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah sayajelaskan sumbernya."
Tandatangan :
Nama PenuEs : SUZILA BINTI MUSTAPHA
Tarikh 4 APRIL 2009
iii
DEDIKASI
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W.
Nendaku
Yang disayangi, dihormati lagi dikasihi,
Halimah binti Kassim
Segala jasa, pengorbanan dan keringatmu,
Disulami hajat dan harapanmu,
diiringi doa dan restumu,
tidak akan kupersiakan.
Saudara-saudaraku,
Suzana, Suhazlinda, Suhaizura
Kalian adalah pembakar semangatku,
Dalam kesungguhan meniti kejayaan.
Sahabat dan rakan seperjuanganku,
Perjuangan kita belum terhenti,
Harungi pancaroba ini walau sabar dihinjak kebumi.
Pendidik-pendidikku,
Ilmu kalian tiada bandingan,
Mengajarku erti kehidupan,
Doaku moga kalian dalam rahmat dan keredhaanNYA.
iv
PENGHARGAAN
“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan
Lagi Maha Penyayang”
Alhamdulillah dengan rasa syukur kehadrat Allah SWT dengan limpah
kurnia-Nya, maka saya telah menyiapkan projek ini bagi memenuhi syarat untuk
mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).
Dengan sempurnanya penyelidikan ini, saya dengan rasa rendah hati dan
tulus ikhlas merakamkan penghargaan kepada penyelia projek saya, Dr Azlina binti
Mohd Kosnin atas segala bimbingan, tunjuk ajar, teguran dan nasihat yang
diberikan sepanjang penyelidikan tesis ini dijalankan. Terima kasih juga kepada
Fakulti Pendidikan Jabatan Teknikal dan Kejuruteraan dan semua pensyarah yang
terlibat mendidik saya selama ini
Penghargaan ini juga diberikan kepada rakan-rakan seperjuangan serta
sesiapa yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan
projek penyelidikan ini. Kepada Allah jua saya doakan agar diberi pembalasan yang
setimpal dengan amal jariah yang kalian berikan kepada saya. Insyaallah ianya akan
tetap dikenang hingga akhir hayat.
Wassalam.
Suzila binti Mustapha
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kaitan antara faktor-faktor latar
belakang keluarga, penerapan nilai-nilai keagamaan dan gaya keibubapaan dengan
tingkah laku delikuensi pelajar. Seramai 141 orang pelajar tingkatan empat lelaki dan
perempuan yang beragama Islam telah terlibat dalam kajian ini. Faktor latar belakang
keluarga diukur melalui ciri-ciri status sosioekonomi. Penerapan nilai-nilai keagamaan
diukur menggunakan 10 soalan objektif. Bagi gaya keibubapaan, instrumen yang
digunakan ialah skala keibubapaan yang mengandungi 27 soalan objekif.
Kebolehpercayaan skala bagi semua pembolehubah adalah melebihi 0.6. Ujian kolerasi
Pearson dan Ujian t telah digunakan bagi melihat kaitan dan perbezaan antara
pembolehubah dengan tingkah laku delikuensi pelajar. Bagi faktor latar belakang
keluarga, hasil ujian kolerasi Pearson dan ujian t mendapati terdapat kaitan dan
perbezaan yang signifikan antara pendapatan ibu bapa, status ibu bapa (bercerai atau
tidak) dan kawasan tempat tinggal dengan tingkah laku delikuensi pelajar. Hasil analisis
mendapati terdapat kaitan yang signifikan antara penerapan nilai-nilai keagamaan
dengan tingkah laku delikuensi pelajar. Manakala bagi aspek keibubapaan pula, didapati
terdapat kaitan yang signifikan antara aspek penglibatan dan pemberian autonomi
dengan tingkah laku delikuensi pelajar. Cadangan-cadangan daripada hasil kajian
dikemukakan pada akhir laporan ini.
vi
ABSTRACT
The objective of this study is to identify the relationships between family
background factors, religious values and parenting style with students delinquent
behavior. A total of 141 form four Muslim boys and girls were involved in this study.
Family background factors measured through students socioeconomic status. Religious
values measure with used a 10 objective question. Parenting style instrument used was
parenting scale which contains 27 objective questions. Scale reliability of all variables
are above 0.6. Correlations Tests and t-tests were used to see the relationships and
differences between variables with students delinquent behavior. Result shows
significant relationships and differences in parents income, parent status (divorce or no)
and residence area with students delinquent behavior. Significant relationships between
religious values application with students delinquent behavior were found in analysis.
Result also shows the significant relationships between involvement and autonomy with
students delinquent behavior. Based on the result of this study, suggestions were given at
the end on this report.
.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAB 1 PERKARA HALAMAN
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 8
viii
1.4 Objektif Kajian 9
1.5 Persoalan Kajian 9
1.6 Hipotesis Kajian 10
1.7 Kepentingan Kajian 11
1.8 Batasan Kajian 12
1.9 Definasi Istilah 12
1.9.1 Kekeluargaan 13
1.9.2 Latar Belakang Keluarga 14
1.9.3 Penerapan nilai-nilai keagamaan 14
1.9.3 Gaya Keibubapaan 15
1.9.5 Tingkah Laku Delikuensi 15
1.9.6 Pelajar 16
1.10 Kerangka Kajian 16
1.11 Penutup 17
BAB 2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 18
2.2 Konsep dan Teori 18
2.2.1 Latar Belakang Keluarga 19
2.2.2.1 Status Sosioekonomi 19
2.2.2.2 Struktur Keluarga 19
2.2.2 Penerapan Nilai-Nilai Keagamaan 20
2.2.3 Gaya Keibubapaan 22
2.3 Kajian-Kajian Lepas 23
2.3.1 Latar Belakang Keluarga 24
2.3.2 Penerapan Nilai-Nilai Keagamaan 27
2.3.3 Gaya Keibubapaan 29
2.4 Penutup 33
ix
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 34
3.2 Rekabentuk Kajian 35
3.3 Tempat Kajian 35
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 36
3.5 Instrumen Kajian 36
3.5.1 Aspek Demografi 37
3.5.2 Latar Belakang Keluarga 37
3.5.3 Penerapan Nilai-Nilai keagamaan 38
3.5.4 Gaya keibubapaan 40
3.5.5 Jenis Kesalahan Disiplin 42
3.5.6 Rumusan 43
3.6 Kajian Rintis 44
3.7 Prosedur Kajian 44
3.8 Analisis Data 45
3.9 Penutup 46
BAB 4 ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN
4.1 Pengenalan 47
4.2 Kebolehpercayaan Skala 47
4.3 Maklumat Demografi Sampel Kajian 49
4.4 Analisis Deskriptif 50
4.4.1 Jenis Kesalahan Disiplin Yang Pernah
Dilakukan Oleh Pelajar 50
4.4.2 Faktor-Faktor Latar Belakang Keluarga 51
4.2.3 Penerapan Nilai-Nilai Keagamaan Dan
Gaya Keibubapaan 53
x
4.5 Kaitan Antara Faktor-Faktor Latar Belakang Keluarga
Dengan Tingkahlaku Delikuensi Pelajar 53
4.5.1 Hasil Ujian Kolerasi 54
4.5.2 Hasil Ujian t 56
4.6 Kaitan Antara Penerapan Nilai-Nilai Keagamaan
Dengan Tingkahlaku Delikuensi Pelajar 57
4.7 Kaitan Antara Aspek Keibubapaan Keluarga
Dengan Tingkahlaku Delikuensi Pelajar 58
4.8 Penutup 59
BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 60
5.2 Perbincangan 60
5.2.1 Kaitan Antara Faktor-Faktor Latar Belakang
Keluarga Dengan Tingkah Laku Delikuensi
Pelajar. 61
5.2.2 Kaitan Antara Penerapan Nilai-Nilai Keagamaan
Dengan Tingkahlaku Delikuensi Pelajar. 63
5.2.3 Kaitan Antara Aspek Keibubapaan Keluarga
Dengan Tingkahlaku Delikuensi Pelajar 64
5.3 Cadangan / Implikasi Kajian 65
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 68
5.5 Penutup 69
RUJUKAN 70
LAMPIRAN A – B 76
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
2.1 Klasifikasi corak keibubapaan, Macocoby & Martin. (1983) 22
3.1 Contoh item mengikut aspek kajian
(penerapan nilai-nilai keagamaan) 40
3.2 Contoh item mengikut aspek kajian (aspek keibubapaan) 41
3.3 Set Skala 4 mata. 41
3.4 Tahap Pembolehubah Dan Nilai Min 42
3.5 Kategori tahap Disiplin Pelajar 43
3.6 Taburan Item Soal Selidik Mengikut Aspek Kajian 43
3.7 Garis Panduan Guiford 46
4.1 Kebolehpercayaan skala 48
4.2 Latar Belakang Responden (Kekerapan Dan Peratusan
pembolehubah Demografi). 49
4.3 Nilai Min Dan Tahap Disiplin Pelajar 50
4.4 Tahap Pembolehubah Faktor-Faktor Latar Belakang Keluarga 51
4.5 Nilai Min Dan Sisihan Piawai Bagi Tingkah Laku Delikuensi
Pelajar Dengan Status Hubungan Ibu Bapa. 52
4.6 Nilai Min Dan Sisihan Piawai Bagi Tingkah Laku Delikuensi
Pelajar Dengan Kawasan Tempat Tinggal. 52
4.7 Nilai Min Dan Tahap pembolehubah 53
4.8 Ujian Kolerasi Antara Faktor-Faktor Latar Belakang Keluarga
Dengan Tingkah Laku Delikuensi. 54
4.9 Hasil Ujian t 56
4.10 Ujian Kolerasi Pearson Antara Penerapan Nilai-Nilai
xii
Keagamaan Dengan Tingkah Laku Delikuensi Pelajar. 57
4.11 Kolerasi Antara AspekKeibubapaan Dengan Tingkah 58
Laku Delikuensi.
xiv
SENARAI LAMPIRAN
NO. LAMPIRAN TAJUK
A Soal Selidik
B Surat EPRD (Surat Kebenaran Daripada Bahagian
Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, KPM)
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Masalah disiplin dan keruntuhan moral remaja pada hari ini menjadi satu isu
yang sering diperkatakan pada hari ini. Tuduh menuduh di antara satu pihak dengan
pihak yang lain sering kedengaran bagi melindungi diri dari masalah yang terjadi.
Salah laku remaja adalah semakin serius. Laporan perangkaan polis, kes salah
laku dan jenayah remaja melebihi 3000 pada tahun 1997 dan jumlahnya hampir sama
pada tahun 1998 (Dewan Budaya, September 1999). Kenyataan ini diperkukuhkan lagi
oleh Pengarah Eksekutif Institut Pembangunan Minda (Inmind), Dr. Zambry Abdul
Kadir. Menurut beliau, kesalahan juvana yang dilakukan oleh remaja semakin
meningkat setiap tahun. Statistik pada tahun 1998 menunjukkan 5612 remaja yang
melakukan kesalahan juvana telah ditangkap manakala pada tahun 1999 pula seramai
5977 remaja telah ditangkap (Berita Harian, Mei, 2001).
2
Menurut Wan Rahimah (2008), tidak kurang 5.2 juta daripada 26 juta rakyat
Malaysia kini adalah kanak-kanak dan jumlah itu berdasarkan rekod pendaftaran di
10,000 buah sekolah di seluruh negara. Jumlah mereka ini adalah hasil produk daripada
kira-kira 4 juta keluarga yang bernaung di bawah institusi kekeluargaan. Seramai 250
kanak-kanak di sekitar Kuala Lumpur berada dalam tahanan polis kerana terlibat dalam
pelbagai kesalahan jenayah sepanjang Januari hingga Mei 2008. Malah kadar indeks
jenayah polis Kuala Lumpur merekodkan 15 kanak-kanak berumur 13 hingga 18 tahun
yang ditangkap terlibat dalam 11 kes samun tanpa senjata dalam tempoh tersebut.
Sebanyak 50 peratus tangkapan pula adalah kanak-kanak mangsa rogol yang sebahagian
besarnya berlaku secara sukarela. Inilah situasi masalah kanak-kanak yang dilahirkan
dalam institusi kekeluargaan masyarakat di negara kita sekarang.
Akhbar Berita Harian, (19 Julai 2001) melaporkan sebanyak 4,922,441 kes
pelanggaran disiplin melibatkan pelajar di seluruh negara diterima oleh Kementerian
Pendidikan dalam tempoh lima tahun (1996-2000). Menurut Setiausaha Parlimen
Kementerian Pendidikan, Datuk Mahadhir Mohd. Khir (2001), berkata kes-kes
perlanggaran disiplin tersebut melibatkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah.
Jumlah kes itu termasuk kes-kes disiplin yang kecil seperti ponteng sekolah, penampilan
tidak kemas serta tidak menepati waktu. Katanya lagi, walaupun jumlah kes yang
dilaporkan adalah besar tetapi mencatatkan penurunan dari 4.48 peratus pada tahun 1995
kepada 1.84 peratus pada tahun 2000. Manakala bagi tahun 1996 sebanyak 4.08 peratus
kes disiplin berlaku dan menurun kepada 2.28 peratus (1997), 2.38 peratus (1998) dan
2.04 peratus (1999).
Menurut Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa Mohamad dalam jawapan bertulis
di Dewan Rakyat (2001), menerangkan sebanyak 12 kes bunuh, 123 kes rogol dan 51
kes samun atau rompak telah dilakukan oleh pelajar dari tahun 1999 hingga Mei tahun
2001. Dan bagi kesalahan dadah pula sebanyak 328 kes melibatkan pelajar sekolah di
seluruh negara dilaporkan pada tahun 1999 dan 448 kes tahun 2000. Masalah disiplin di
3
kalangan pelajar bukan sahaja melibatkan kes-kes yang kecil, ia juga melibatkan kes-kes
yang boleh dikategorikan sebagai kes jenayah seperti peras ugut, bergaduh dengan
menggunakan senjata tajam dan sebagainya. Masalah disiplin ini telah mencapai ke satu
tahap yang amat membimbingkan dan sesungguhnya ianya perlu ditangani dengan
segera oleh semua pihak iaitu ibubapa, masyarakat dan pihak kerajaan
Keluarga memainkan peranan yang penting dalam perkembangan seseorang
individu, sahsiah dan tingkah laku. Setiap individu boleh menjadi negatif atau positif
bergantung kepada keturunan dan suasana persekitaran keluarganya. Pertumbuhan dan
perkembangan manusia bukan sahaja dari segi zahir dan batin, tetapi juga dari segi
suasana alam sekitarnya iaitu sosial, aspek psilogika, emosional dan fizikal yang
membentuk sahsiah individu. Kesahsian ini dipengaruhi oleh baka, keturunan dan
suasana sekitar yang sama-sama membantu tingkah laku seseorang individu. Kedua-dua
ibu bapalah merupakan tunjang kepada sesebuah keluarga. Ini kerana ibu bapa pihak
yang paling berpengaruh dalam membentuk peribadi anak-anak. Ibu bapa berperanan
sebagai seorang pendidik yang terdekat terutama semasa di rumah semenjak dari
kelahiran anak lagi. Seperti kata pepatah melayu “melentur buluh biarlah dari
rebungnya”.
1.2 Latar Belakang Masalah.
Banyak yang telah kita dengar tentang gejala sosial. Pelbagai gejala sosial telah
melanda masyarakat kita dan aktiviti yang terlibat beraneka rupa, baik yang dilakukan
oleh remaja, mahupun oleh orang dewasa. Namun, oleh sebab golongan remaja
merupakan bakal pewaris negara ini, maka kegiatan merekalah yang paling hangat
diperkatakan. Gejala seperti membuang bayi, ponteng sekolah, lari dari rumah,
4
mengamalkan seks bebas serta melepak tidak lagi memeranjatkan kita. Kini, penemuan
baru menunjukkan anak muda kita bukan sahaja jaguh dalam gejala sosial tersebut,
tetapi juga dalam kegiatan jenayah seperti membunuh, cuba membunuh, samun tanpa
senjata api mahupun dengan senjata api, merogol dan sebagainya.
Bagaimana ini boleh terjadi? Apa yang sudah berlaku kepada anak muda kita
sehingga mereka tergamak melakukan semua ini? Berbagai-bagai faktor telah diutarakan
dalam cubaan untuk menjawab soalan ini dan salah satu jawapan yang menjadi begitu
popular sejak akhir-akhir ini ialah keluarga. Keluargalah yang menyebabkan anak-anak
jadi begitu. Sebagai contoh, keluarga berkerjaya serta keruntuhan institusi keluarga
adalah punca utama kepada peningkatan masalah moral dalam kalangan remaja bawah
umur seperti kurang berkesempatan berinteraksi dengan keluarga atau dengan kata lain
kurangnya kasih sayang dari keluarga (Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, 2007).
Mengaitkan gejala sosial dengan keluarga bukanlah satu perkara baru. Suatu
ketika dahulu ia hanya perkaitan dari segi gejala sosial yang berlaku dalam lingkungan
keluarga, misalnya gejala seperti penganiayaan isteri, penganiayaan kanak-kanak, suami
kaki botol dan sumbang mahram, yang semuanya berlaku dalam lingkungan keluarga.
Kemudian, perkaitan yang dimaksudkan menjadi lebih saintifik. Misalnya, dikatakan
anak yang membesar dari keluarga yang runtuh berkecenderungan untuk memiliki
keluarga yang runtuh di masa depan. Begitu juga perkaitan bahawa kanak-kanak yang
dianiaya akan cenderung untuk menjadi seorang dewasa yang agresif. Dalam kata lain,
perkaitan seumpama ini menunjukkan bahawa individu yang menjadi mangsa sesuatu
gejala sosial akan dewasa menjadi individu yang menyumbang kepada gejala sosial itu
itu sendiri.
Mungkin kerana kesahihan analisa seumpama itu diragukan, maka ianya ditolak
dan perkaitan baru pula timbul. Satu darinya ialah dengan melihat status sosioekonomi
5
keluarga tersebut. Maka timbullah perkaitan seperti, remaja yang terlibat dengan aktiviti
kurang sihat datangnya dari keluarga yang miskin. Atau, remaja yang terlibat terdiri dari
mereka yang datang daripada keluarga induk single parent. Bagaimanapun, tidak semua
dari kita boleh menerima bulat-bulat perkaitan ini. Ini adalah kerana ramai di antara kita
dan orang-orang yang kita kenali, berasal dari keluarga miskin atau keluarga induk,
tetapi tidak terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat. Oleh kerana analisa ini juga tidak
dapat diterima seratus peratus, maka kini timbul pula perkaitan baru yang mungkin lebih
meyakinkan (Berita Harian, Jun, 2007).
Golongan muda atau remaja sering dikaitkan sebagai pewaris kecemerlangan
negara. Keluarga dan masyarakat sentiasa mengharapkan mereka untuk mengambil alih
tanggungjawab membangunkan negara daripada generasi sekarang dan meyarankan agar
mereka berakhlak baik bagi mengisi ruang yang ada dalam pembangunan agama dan
Negara (Dahlan, 1991).
Bagi ibu bapa pula ia merupakan satu tanggungjawab dan kewajipan mendidik
anak-anak beriman teguh, beramal soleh dan berahklak mulia. Sesungguhnya anak
adalah kurniaan Allah S.W.T yang tidak ternilai harganya. Anak-anak merupakan asset
yang besar kepada kedua ibu bapa, lebih-lebih lagi ketika ibu bapa menjangkau usia tua.
Anak-anak juga adalah jantung hati dan penawar rindu ibu bapa. Dalam kehidupan
seharian, sudah pasti ibu bapa menghadapi pelbagai masalah mendidik dan
membesarkan anak-anak mereka. Dalam konteks ini ibu bapa tidak terlepas daripada
melakukan kesilapan dan kesalahan terhadap anak-anak dan begitu juga sebaliknya
(Hassan, 1996).
Malaysia adalah antara negara yang menekankan kepentingan nilai kekeluargaan
dan masih konsisten dengan definisi tradisional dalam ikatan kekeluargaan (Dato Sri
Shahrizat, 2007). Akan tetapi dalam era 2000 ini, sistem kekeluargaan di negara kita
6
semakin rapuh dan kian meruncing dari hari ke hari. Ini amat membimbangkan semua
pihak. Kesatuan-kesatuan guru 2008 menyifatkan faktor keruntuhan institusi keluarga
dan kesibukan ibu bapa mencari rezeki menjadi punca utama kepada penglibatan
semakin ramai remaja melayu dalam penagihan dadah. Mereka berpendapat, ibu bapa
yang bercerai kerana tidak bersefahaman dan sibuk bekerja setiap hari kurang berminat
untuk memantau tingkah laku dan perkembangan emosi anak mereka.
Menurut Tajuddin (2005), taraf ekonomi keluarga mempunyai hubungan yang
ketara dengan gejala salah laku pelajar. Para pelajar daripada kumpulan sosioekonomi
rendah banyak terlibat dalam kes-kes salah laku ringan seperti ponteng sekolah dan
lewat datang ke sekolah. Sementara pelajar dari kumpulan sosioekonomi sederhana
melakukan salah laku seperti berpakaian tidak mengikut peraturan yang ditetapkan oleh
sekolah dan berkelakuan kasar terhadap pengawas dan guru
Menurut Abdul Rashid (1995), arus perubahan sosioekonomi masyarakat hari
ini telah sedikit sebanyak menjejaskan keupayaan ibu bapa membina generasi yang
bermoral dan beretika tinggi. Peranan ibu bapa adalah penting untuk membina akhlak
yang mulia, bermoral dan beretika. Pendidikan yang diberikan oleh ibu bapa
menentukan corak aliran anak-anak mereka. Pendidikan agama berkait rapat dengan
pendidikan akhlak. Akhlak yang baik lahir daripada mereka yang mendalami agama. Ibu
bapa perlu mengasuh anak-anak mereka dengan sifat jujur, ikhlas, sabar dan lain-lain
lagi nilai kesempurnaan seperti yang terdapat dalam apa jua ajaran agama yang dianuti.
Seperti sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud “ anak-anak yang di
lahirkan adalah ibarat kain putih yang bersih jiwanya. Ibu bapalah yang menjadikan
ianya Yahudi, Nasrani, Majusi”. Kebenaran falsafah Islam dalam hal ini telah dibuktikan
oleh Carls Rogers (1940) menerusi teori psikologi yang diberi nama pendekatan
humanistik. Beliau mencadangkan bahawa manusia mengawal diri mereka sendiri dan
7
setiap individu itu pada dasarnya adalah baik dan cenderung mencapai potensinya.
Tingkah laku ditentukan oleh keupayaan setiap orang memilih bagaimana berfikir dan
bertindak.
Al- Quranul karim telah menggariskan beberapa panduan dan bimbingan untuk
membentuk dan mendidik anak-anak supaya menjadi anak yang salih dan salihah seperti
mana firmanNya :
“ Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api
neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu.”
( Al-Tahriim 66:6)
Rumah tangga adalah faktor yang paling penting dalam pembentuk peribadi
seseorang insan kerana di sinilah kanak-kanak mula di pelihara, diasuh, dididik dan
diajar untuk menghadapi penghidupan. Dalam islam, ibu bapa diberi tugas penting untuk
memelihara dan mendidik anak-anaknya. Allah telah menganjurkan :
“Hendaklah kamu beri peringatan (pengajaran) semua saudara dan keluargamu
yang terdekat.”
(Asy – Syu’araak 26 :214)
Sejak akhir-akhir ini, banyak isu personaliti remaja telah dibangkitkan oleh
masyarakat dan ia dikatakan berpunca daripada hubungan mereka dengan ibu bapa yang
tidak harmoni. Secara umum, keharmonian hubungan itu bergantung kepada gaya
disiplin ibu bapa yang diterapkan untuk anak-anak mereka. Gaya disiplin ibu bapa boleh
mempengaruhi pembentukan personaliti remaja. Personaliti negatif remaja terbabit
menunjukkan mereka mempunyai masalah dalaman tertentu yang berpunca daripada
faktor keluarga terutama kegagalan peranan ibu bapa di rumah (Zakiah, 1995).
8
Menurut Hurlock ( 1990 ), kebanyakan gaya disiplin yang dipilih ibu bapa untuk
mendidik anak tidak berdasarkan pengetahuan yang betul. Ibu bapa selalunya
terpengaruh dengan gaya disiplin yang digunakan oleh orang tua mereka untuk
membesarkanya sebelum ini. Kadang kala, mereka juga terikut-ikut dengan pengalaman
peribadi atau teman ketika mendisiplinkan anak-anak.
Sebuah rumah, tiang serinya mestilah kukuh dan setiap ahli keluarga mestilah
memastikan kukuhnya ikatan tersebut dengan kasih sayang antara satu sama lain.
Institusi keluarga yang kukuh melahirkan anak-anak yang sihat mental dan fizikal. Dasar
kerajaan dan institusi kekeluargaan sekarang terlalu berkonsep materialistik dengan
masing-masing bekerja untuk kepentingan sendiri bukan bagi kesejahteraan menyeluruh
untuk ummah akan datang ( Mohd Asri, 2007).
1.3 Penyataan Masalah.
Pada masa kini, terdapat banyak kajian-kajian mengenai faktor-faktor keluarga
yang dikaitkan dengan tingkah laku delikuensi pelajar telah dijalankan terutama oleh
pengkaji di Barat. Akan tetapi masalah yang berkaitan dengan isu kekeluargaan ini tidak
dapat diselesaikan lagi sehingga hari ini.
Sehubungan dengan itu, pengkaji ingin mengkaji kaitan antara faktor-faktor
kekeluargaan dengan tingkah tingkah laku delikuensi pelajar sekolah di Malaysia
khususnya di negeri Kelantan. Faktor faktor kekeluargaan yang ingin dikaji ialah latar
belakang keluarga, penerapan nila-nilai keagamaan serta gaya keibubapaan.
9
1.4 Objektif Kajian :
Objektif umum kajian ini adalah untuk mengkaji perkaitan antara faktor-faktor
kekeluargaan dengan tingkah laku delikuensi pelajar. Secara khususnya objektif kajian
adalah untuk:
1.4.1 Mengkaji kaitan antara faktor-faktor latar belakang keluarga dengan tingkah
laku delikuensi pelajar.
1.4.2 Mengkaji kaitan antara penerapan nilai-nilai keagamaan dengan tingkah laku
delikuensi pelajar.
1.4.3 Mengkaji kaitan antara gaya keibubapaan dengan tingkah laku delikuensi
pelajar.
1.5 Persoalan Kajian :
Kajian ini akan menjawab beberapa persoalan di bawah :
1.5.1 Adakah terdapat kaitan dan/perbezaan yang signifikan antara faktor-faktor latar
belakang keluarga dengan tingkahlaku delikuensi pelajar dari aspek tahap
pelajaran ibu, tahap pelajaran bapa, pandapatan ibu, pendapatan bapa, bilangan
adik beradik, status hubungan ibu bapa (bercerai atau tidak) dan kawasan tempat
tinggal.
1.5.2 Adakah terdapat kaitan yang signifikan antara penerapan nilai-nilai keagamaan
dengan tingkahlaku delikuensi pelajar?
10
1.5.3 Adakah terdapat kaitan yang signifikan antara gaya keibubapaan dengan
tingkahlaku delikuensi pelajar dari aspek penglibatan, pemberian autonomi dan
ketegasan
1.6 Hipotesis Kajian
1.6.1 Tidak terdapat kaitan yang signifikan antara tahap pelajaran ibu dengan tingkah
laku delikuensi pelajar.
1.6.2 Tidak terdapat kaitan yang signifikan antara tahap pelajaran bapa dengan tingkah
laku delikuensi pelajar.
1.6.3 Tidak terdapat kaitan yang signifikan antara pendapatan ibu dengan tingkah laku
delikuensi pelajar.
1.6.4 Tidak terdapat kaitan yang signifikan antara pendapatan dengan tingkah laku
delikuensi pelajar.
1.6.5 Tidak terdapat kaitan yang signifikan bilangan adik beradik dengan tingkah laku
delikuensi pelajar.
1.6.6 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara status hubungan ibu bapa
(bercerai atau tidak) dengan tingkah laku delikuensi pelajar.
1.6.7 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kawasan tempat tinggal dengan
tingkah laku delikuensi pelajar.
1.6.8 Tidak terdapat yang signifikan antara penerapan nilai-nilai keagamaan dengan
tingkah laku delikuensi pelajar.
1.6.9 Tidak terdapat kaitan yang signifikan antara gaya keibubapaan dari aspek
penglibatan dengan tingkah laku delikuensi pelajar.
1.6.10 Tidak terdapat kaitan yang signifikan antara gaya keibubapaan dari aspek
pemberian autonomi dengan tingkah laku delikuensi pelajar.