Ctu 281 kuliah 11 seni bina islam

Post on 19-May-2015

4.445 views 11 download

Transcript of Ctu 281 kuliah 11 seni bina islam

SENI BINA ISLAM

MOHD ADIB SHUJAA’ AHMAD

SENI BINA ISLAM

PENDAHULUAN• Seni bina bermaksud bangunan yang dicorakkan oleh seseorang yang tahu

dalam selok belok pembinaan dan pertukangan (Suhaimi Mustafa, 1991: 31.)

• Pembinaan bangunan berkait rapat dengan kecekapan merancang sesuatu bandar dan merupakan salah satu ciri tamadun sesebuah masyarakat.

• Sejarah telah mengiktiraf tentang kehebatan seni bina Islam yang tidak ada tolok bandingnya. Kehebatan ini merupakan suatu bukti mengenai ketinggian tamadun baik dari sudut fizikal mahupun spiritual.

• Selain faktor tauhid, ketinggian nilai dalam seni bina Islam ialah dari segi ketepatan mengikut ukuran tertentu, bentuk susunannya, pengisian ruang yang dihiasi bersama-sama teknik motif serta komposisinya (Amini Amir Abdullah, 1997: 157.)

• Justru itu berbagai-bagai faktor perlu diambil kira ketika membangun sesuatu binaan. Misalnya siapakah yang akan menempati, bagaimana status sosialnya, berapa banyak tamunya dan lain-lain perkara, kerana seni bina merupakan karya berbentuk tiga dimensi yang perlu kelihatan indah dilihat dari pelbagai sudut.

CIRI-CIRI UTAMA SENI BINA ISLAM

• Mementingkan unsur pengaliran cahaya dan udara

• Seni khat/kaligrafi sebagai hiasan • Memisahkan ruang lelaki dan perempuan • Mengambil kira faktor keadaan dan iklim • Mementingkan segi keselamatan • Harmonis • Mementingkan kesederhanaan • Praktikal

JENIS-JENIS SENI BINA ISLAM

Menurut Ghazali Darusalam menyatakan, bahawa seni bina Islam sebenarnya ada tiga jenis (2001 :252)•Bangunan Awam (Imarah Madaniyah) dalam perancangan bandar, bangunan dan pertamanan.•Bangunan keagamaan (Imarah Diniyah) seperti masjid.•Bangunan ketenteraan (Imarah Harbiyah) seperti pembinaan benteng-benteng, kubu-kubu dan menara pertahanan

Seni Bina Masjid

• Kreativiti umat Islam dalam bidang ini telah berjaya memukau dunia dengan keindahan yang tiada tolok bandingnya. Di antara contoh-contoh bentuk seni bina Islam yang dapat ditatap hingga ke hari ini ialah Masjid.

• Berbicara tentang seni bina Islam, sejarah telah membuktikan bahawa masjid adalah asas bermula seni terse but. Contohnya, Masjid Quba

Masjid Biru - Turki

Asas-asas Susun Atur Seni Bina Masjid

• a.Ruang Solat/dewan sembahyang

Menara Masjid

Kubah Masjid

Mihrab

Mihrab

Mimbar

Mimbar

Fungsi Masjid Zaman Rasulullah (s.a.w.)

• Tempat Rasulullah s.a.w. menerima wahyu • Tempat menunaikan ibadah solat • Tempat menyampaikan segala maklumat dan

menyelesaikan masalah-masalah yang berhubung dengan kemasyarakatan.

• Dijadikan Baitulmal untuk menyimpan sumber kewangan, misalnya zakat.

• Tempat merawat sahabat-sahabat yang cedera dalam peperangan.

• Tempat menjalankan aktiviti pendidikan. • Tempat menjalankan pentadbiran negara • Tempat membicarakan kes-kes serta menjatuhkan

hukuman

Bentuk-bentuk Seni Bina Masjid

• Bentuk Hypostyle hall dan open courtyard

Bentuk Hypostyle hall

• Dibina dengan menggunakan batu bata yang dibuat dari tanah liat sebagai asas binaan.

Bentuk empat Iwan, terdapat di Iran dan Asia Tengah

Bentuk Triple Dome di Indo Pakistan

Berkubah besar di bahagian tengah masjid seperti di Turki

Pavillions dalam taman yang berpagar di negara Cina

Bentuk berbumbung piramid di Asia Tenggara

Seni Bina Istana

• Pembangunan fizikal yang melibatkan seni bina Islam terus berkembang dari semasa ke semasa dengan silih bergantinya khalifah dalam sistem pemerintahan Islam.

• Kedudukan istana adalah terletak di tengah-tengah pusat pentadbiran dan bangunan askar persendirian. Ia berfungsi sebagai simbol kekuasaan, pemerintahan, kebanggaan dan keagungan.

• Biasanya ia berbentuk segi empat tepat dengan dikelilingi oleh dinding-dinding yang tinggi. Sesetengah istana mempunyai menara yang berbentuk bulat memagarinya. Misalnya, istana Mshatta yang dibina kira-kira tahun 743 merupakan struktur seni bina Umayyah.

• Contoh lain yang berkaitan dengan seni bina istana ialah pada zaman pemerintahan Bani Abbasiyyah, di tengah-tengah kota Baghdad terdapat Dar al-Khalifah iaitu suatu kawasan eksklusif yang besar dan indah. Di dalamnya terdapat istana khalifah Abu Ja'afar aI-Mansur yang berbentuk dua tingkat. Tingkat atas terdapat sebuah ruangan luas, digunakan untuk khalifah bermesyuarat dengan pembesar-pembesar kerajaan sedangkan di tingkat bawah pula terdapat ruang-ruang tamu. Istana ini mempunyai kubah hijau setinggi 40 meter tingginya dari permukaan tanah. Pada puncaknya berdiri arca seorang pahlawan berkuda sedang menghayunkan lembing yang dibuat daripada perunggu dan boleh berputar-putar ( Mahayudin Hj Yahaya, 2003: 468).

Baitul Hikmah

Institusi Pendidikan

• Selain Istana, institusi-institusi pendidikan juga merupakan peninggalan bersejarah dalam seni bina Islam. Pendidikan Is lam di peringkat awal memang dijalankan di masjid-masjid tetapi lama kelamaan madrasah di bangun dalam bentuk tersendiri sesuai dengan keadaan dan fungsinya.

• Atas inisiatif bangsa Saljuk, pada akhir abad 5H (11 M) beberapa buah sekolah pada mas a itu dibina untuk tujuan menyebarkan Mazhab Sunni. Sekolah ini mempunyai halaman dan dilengkapi dengan empat buah bilik yang besar (Diwan al Qiblat). Ia juga dilengkapi dengan:

• Asrama para pelajar

• Tempat minum

• Tempat wudhu

• Kolam minum untuk ternakan