Post on 12-Mar-2019
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR MEROKOK DI
KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI TIGA BUAH SEKOLAH
MENENGAH DI BANDAR PORT DICKSON,
NEGERI SEMBILAN.
KRISHNA KUMARI A/P LETCHUMANAN
Tesis ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Pendidikan
(Kejuruteraan Elektrik )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2006
iii
DEDIKASI
ingatan khas untuk
ibubapa, P.Letchumanan dan P.Krishna Veni
berkat dan jasa pengorbanan kalian amat kuhargai
adik beradik yang ku sayangi
L.Santha Kumari, L.Yogalakshimi, L.Ganeswari
teruskan usaha-usaha mu dalam mencapai cita-cita.
semoga usaha-usaha aku dan kalian diberkati Tuhan
rakan-rakan seperjuangan yang dikasihi
R.Parveen Gayesthire, S.Thibagaran, V.Vijayashamila, A. Manjula
K.Kayalvizi
iv
PENGHARGAAN
Segala kesyukuran diucapkan kepada Tuhan Yang Maha Esa kerana
keberkatanNya sahajalah saya diberi kekuatan bagi menyempurnakan penulisan kajian
ini.
Jutaan terimakasih kepada penyelia dan pembimbing saya iaitu Puan Hjh Norani
bte Mohd Noor yang telah memberikan saya ilmu, tunjuk ajar serta kekuatan dalam
menyempurnakan kajian sebaik yang mungkin. Penghargaan juga diucapkan kepada
Bahagian Penyelidikan dan Pendidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan
Malaysia kerana memberikan kebenaran untuk menjalankan kajian in, serta kakitangan
dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Port Dickson, Sekolah Menengah
Kebangsaan Bukit Saujana dan Sekolah Menengah Sekolah Menengah Kebangsaan Dato
Haji Abdul Samad dalam memberikan kerjasama disepanjang kajian.
Penghargaan turut ditujukan kepada semua rakan-rakan seperjuangan dan sesiapa
sahaja yang terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung. Mudah-mudahan
Tuhan sahaja yang dapat membalas jasa mereka.
Sekian, terima kasih
Krishna Kumari A/P Letchumanan,
1792 Taman TKK,
71000 Port Dickson,
Negeri Sembilan.
v
ABSTRAK
Faktor-faktor yang mempengaruhi remaja merokok, terutamanya dikalangan
pelajar-pelajar tingkatan empat telah menarik perhatian para penyelidik. Kajian yang
berbentuk deskriptif ini bertujuan untuk mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi
pelajar merokok. Kajian ini meliputi empat faktor iaitu pengaruh ibu bapa, pengaruh
rakan sebaya, pengaruh persekitaran dan penguatkusaan disiplin di sekolah. Kajian ini
telah dijalankan di tiga buah sekolah menengah di daerah Port Dickson. Sampel kajian
ialah seramai 262 orang pelajar tingkatan 4 lelaki dan perempuan. Kajian ini
menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Sebelum soal selidik digunakan ia
diuji untuk melihat kebolehpercayaannya dan hasilnya menunjukkan nilai indeks
kepercayaan adalah 0.82. Data-data dianalisis menggunakan perisian SPSS bagi
mendapatkan nilai frekuensi dan nilai min. Seterusnya berdasarkan nilai frekuensi dan
peratus akan ditentukan nilai purata peratusan keseluruhan secara manual. Hasil kajian
menunjukkan faktor persekitaran merupakan faktor utama yang mempengaruhi pelajar
merokok, diikuti dengan faktor ibu bapa dan ketiga pula faktor rakan sebaya yang
mempengaruhi pelajar merokok. Hasil kajian juga menunjukkan penguatkusaan disiplin
di sekolah ada di jalankan di setiap sekolah yang dikaji. Berdasarkan kepada dapatan
kajian beberapa cadangan telah dibuat kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia,
sekolah, ibu bapa, media massa, undang-undang dan pelajar.
vi
ABSTRACT
The factors that influence teenagers to smoke, especially among Form 4 students,
have attracted the attention of researchers. This descriptive research is aimed at
identifying the factors that influence student to smoke. This research covers four factors
which are parental factor, peer influence, influence from surrounding environment and
the enforcement of discipline at school. The research was carried out in three secondary
schools in Port Dickson. 262 male and female Form 4 student are the sample of this
research. Questionnaires were used as the research instrument. Before the questionnaire
was distributed, it was tested for reliability. The reliability index obtained was 0.82. all
data were analysed using SPSS software to obtain the frequency and mean values.
Subsequently, the overage percentage was determined manually based on the frequency
and percentage values. The research result shows that influence from the surrounding
environment is the main factor contributing towards student smoking, followed by
parental factor and thirdly is peer influence. This research also shows that each school
researched, has dicipline enforcement. Based on the research outcome, several
suggestion have been made to the Ministry of Education, schools, parents, mass media,
law and students.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKASURAT
JUDUL i
PENGAKUAN PENULIS ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAB 1 PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 2
1.2 Penyataan Masalah 3
1.3. Objektif Kajian 4
1.4. Persoalan Kajian 4
1.5. Kepentingan Kajian 4
1.6 Skop Kajian 5
1.7. Batasan Kajian 5
1.8. Definisi Istilah 6
1.9 Kesimpulan 8
viii
BAB 2 SOROTAN PENULISAN
2.0. Pengenalan 9
2.1. Pengenalan Kepada Merokok 9
2.2 Pengaruh Rakan Sebaya Dengan Pelajar 15
2.3 Pengaruh Penguatkuasaan Disiplin Sekolah
Dengan Pelajar 18
2.4. Pengaruh Persekitaran Dengan Pelajar 21
2.5. Pengaruh Ibu Bapa Dengan Pelajar 25
2.6. Penutup 27
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pengenalan 29
3.1 Rekabentuk Kajian 29
3.2 Kawasan Kajian 30
3.3. Sampel dan Populasi 30
3.4 Instrumen Kajian 32
3.5 Pembinaan Soal Selidik 32
3.6 Kajian Rintis 35
3.7. Prosedur Kajian 36
3.8. Analisa Data 37
3.9 Penutup 39
BAB 4 ANALISIS DATA
4.0 Pendahuluan 39
4.1 Bahagian A: Analisis Biodata
Responden 39
4.1.1 Jantina 40
4.1.2 Bilangan Adik-Beradik 40
ix
4.1.3 Tempat Tinggal Responden
Semasa Persekolahan 41
4.2 Bahagian A: Latar Belakang Keluarga
Responden 42
4.2.1 Pekerjaan Bapa/Penjaga 42
4.2.2 Pendapatan Bapa/Penjaga 43
4.2.3 Pekerjaan Ibu 43
4.2.4 Pendapatan Ibu 44
4.2.5 Hubungan Responden dengan Penjaga 45
4.2.6 Hubungan Ibu Bapa/Penjaga 46
4.3. Bahagian B: Analisis Item Soalan 46
4.3.1 Faktor Rakan Sebaya yang
Mempengaruhi Pelajar Merokok 47
4.3.2 Faktor Ibu Bapa Yang
Mempengaruhi Pelajar Merokok 50
4.3.3 Faktor Persekitaran yang
Mempengaruhi Pelajar Merokok 53
4.3.4 Faktor Penguatkuasaan Disiplin
Merokok Di Sekolah 56
4.4 Kesimpulan 58
BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN
DAN CADANGAN
5.0 Pengenalan 59
5.1 Perbincangan 59
5.2 Kesimpulan 72
5.3. Cadangan 73
5.3.1 Ibu Bapa 74
5.3.2 Sekolah 75
5.3.3 Kementerian Pelajaran Malaysia 76
5.3.4 Media Massa 76
5.3.5 Undang-Undang 77
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL PERKARA MUKA SURAT
3.1 Pemilihan Sampel Mengikut Sekolah-Sekolah 31
yang Dikaji
3.2: Taburan Soalan Mengikut Setiap Pembolehubah 34
3.3 Skala Likert 35
3.4 Pekali Alpha Conbach 36
3.5 Analisis Keseluruhan Mengikut Aspek 38
3.6 Tahap Pengaruh Setiap Faktor 38
3.7 Tahap Purata Min 38
4.1 Respon Pelajar Mengikut Jantina 40
4.2 Respon Pelajar Mengikut Bilangan Adik-Beradik 41
4.3 Respon Pelajar Mengikut Tempat Tinggal
Semasa Persekolahan. 41
4.4 Respon Pelajar Mengikut Pekerjaan Bapa/Penjaga 42
4.5 Respon Pelajar Mengikut Pendapatan Bapa/Penjaga 43
4.6 Respon Pelajar Mengikut Pekerjaan Ibu 44
4.7 Respon Pelajar Mengikut Pendapatan Ibu 45
4.8 Respon Pelajar Mengikut Hubungan Responden dengan Penjaga. 45
4.9 Respon Pelajar Mengikut Hubungan Ibu Bapa/ Penjaga 46
4.10 Respon Pelajar Mengenai Faktor Rakan Sebaya 47
4.11 Respon Pelajar Mengenai Faktor Ibu Bapa 50
4.12 Respon Pelajar Mengenai Faktor Persekitaran 53
4.13 Respon Pelajar Mengenai Faktor Penguatkuasaan
Disiplin Sekolah 56
xiii
SENARAI SINGKATAN
KPM : Kementerian Pendidikan Malaysia
SPM : Sijil Pendidikan Malaysia
SPSS : Statistical Packages for Social Sciences
SMK : Sekolah Menengah Kebangsaan
WHO : World Health Organization
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN PERKARA
A Soal Selidik
B Surat Kebenaran Menjalankan Kajian dari
Kementerian Pelajaran Malaysia.
C Surat Kebenaran Menjalankan Kajian dari
Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan.
D Jadual Penentuan Saiz Sampel
BAB 1
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Pada era teknologi maklumat yang semakin berkembang sekarang, semua
sekolah adalah tertakluk di bawah Akta Pendidikan 1996 bagi menggantikan Akta
Pendidikan 1961. Walaupun akta pendidikan berubah tetapi pendidikan di Malaysia
sekarang adalah tertakluk kepada Falsafah Pendidikan Negara. Di dalam falsafah ini
disebutkan dengan jelas di mana pendidikan adalah untuk melahirkan masyarakat yang
berakhlak mulia dan bertanggungjawab (Mohd Salleh, 2000).
Ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah adalah untuk mendapatkan
seberapa banyak ilmu yang ada. Melalui pendidikan segala tingkah laku dapat berubah
dan terbentuk dalam diri pelajar. Tingkah laku dan pengamalan akhlak yang baik sangat
diharapkan oleh ibu bapa dan juga seluruh masyarakat terhadap generasi pelajar
sekarang. Matlamat pendidikan pada masa sekarang juga adalah melengkapkan pelajar
dengan ilmu dan kemahiran disamping menerapkan aspek nilai seperti yang disebutkan
dalam Falsafah Pendidikan Negara. Aspek nilai ini akan diterapkan sama ada secara
langsung atau tidak langsung secara bersepadu dan dilaksanakan merentasi kurikulum
selain diajar melalui pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral bagi bukan Islam
(Dewan Siswa, Februari 1999).
2
Sehubungan dengan itu sekolah, ibu bapa dan masyarakat perlu sehaluan dan
bergabung tenaga dalam menangani masalah disiplin dan akhlak pelajar. Sekiranya
masalah ini dibiarkan berterusan, negara tidak akan mencapai seperti mana yang
dikehendaki dalam wawasan 2020 iaitu mewujudkan sebuah masyarakat yang kukuh
ciri-ciri moral dan etika dengan warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian
yang utuh dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur (Mahathir, 1991). Wawasan
murni yang diharapkan kelak hanya dapat dilihat kepada keratan-keratan akhbar sahaja
tanpa berlaku perubahan pada masyarakat jika sekiranya masalah sosial ini tidak diatasi
dengan segera dan ditangani dengan sebaik mungkin.
1.1 Latar Belakang Masalah
Masalah disiplin dan keruntuhan moral remaja pada hari ini menjadi satu isu
yang sering diperkatakan pada hari ini. Isu kemerosotan moral ini meresahkan ibu bapa
yang mempunyai anak serta pihak sekolah yang melaksanakan disiplin. Remaja
didedahkan dengan pelbagai perkara negatif sama ada melalui media massa, rakan
sebaya, alam sekitar serta masyarakat sendiri. Maka terjadilah pelbagai masalah seperti
ponteng sekolah, ponteng kelas, merokok, melepak, gangsterisme, vandalisme,
melarikan diri dari rumah, penagihan najis dadah, bohsia dan bohjan, mencuri, berjudi,
peras ugut serta pergaduhan sama ada secara individu atau berkumpulan.
Kegiatan merokok adalah merupakan salah satu aktiviti yang tidak sihat yang
sering dilakukan oleh pelajar-pelajar sekolah pada hari ini. Berdasarkan catatan
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) antara 80,000 dan 100,000 kanak-kanak mula
merokok setiap hari yang mana separuh daripadanya adalah dari Asia. Menurut
Mohamed Idris, di negara ini terdapat kira-kira 10,000 kematian yang dikaitkan dengan
amalan merokok setiap tahun dan kadar tersebut semakin membimbangkan berdasarkan
peningkatan kes. Jumlah tersebut menggambarkan kepada kita terdapat 38 kematian
sehari atau 1.2 kematian setiap jam berpunca daripada perbuatan merokok (Utusan
3
Malaysia, 11 Februari 2004). Tabiat buruk merokok dalam kalangan remaja perlu
dikekang dari sekarang kerana amalan itu didapati ketara meresap kuat dalam jiwa
generasi muda di negara ini. Perangkaan menunjukkan antara 50 hingga 60 remaja mula
merokok setiap hari dan golongan pelajar merangkumi kira-kira lapan peratus daripada
4.6 juta perokok di Malaysia (Berita Harian, 31 Mei 2004).
Menurut Dewan Masyarakat (Ogos 1997), pelbagai kempen dilakukan oleh
kerajaan bagi mencegah remaja dari merokok dan penyingkiran pelajar dari sekolah
setelah diberi amaran bukanlah tindakan baru oleh Kementerian Pendidikan. Kempen
juga dijalankan sama ada melalui media cetak, media elektronik serta penyebaran poster
ke sekolah-sekolah. Inilah menunjukkan seriusnya masalah merokok dalam kalangan
pelajar sekarang. Tindakan pelajar yang merokok tanpa menghiraukan papan-papan
tanda larangan merokok sama ada di dalam kawasan sekolah atau di tempat-tempat
awam amatlah ketara ketika ini. Perbuatan ini wajar dihentikan bagi membentuk
golongan remaja yang sihat demi untuk pembangunan negara pada masa akan datang.
1.2 Pernyataan Masalah
Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar merokok dalam kalangan
pelajar?. Remaja khususnya pelajar pada hari ini sering dikaitkan dengan masalah
rokok. Mereka tidak takut untuk mengisap rokok terutamanya ketika berada di luar
kawasan sekolah serta tempat awam. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui
faktor-faktor yang menyebabkan pelajar menjadikan rokok sebagai pengamalan mereka
setiap masa.
4
1.3 Objektif Kajian
Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk:
(i) Mengenal pasti pengaruh rakan sebaya terhadap masalah merokok di
kalangan pelajar.
(ii) Mengenal pasti pengaruh keluarga terhadap masalah merokok di
kalangan pelajar.
(iii) Mengenal pasti pengaruh persekitaran terhadap masalah merokok di
kalangan pelajar.
(iv) Mengenal pasti penguatkuasaan disiplin terhadap masalah merokok di
sekolah.
1.4 Persoalan Kajian
Berdasarkan dari objektif kajian di atas, beberapa persoalan dapat ditentukan
seperti:
(i) Bagaiamanakah rakan sebaya mempengaruhi pelajar untuk merokok?
(ii) Bagaimanakah keluarga mempengaruhi pelajar untuk merokok?
(iii) Bagaimanakah persekitaran mempengaruhi pelajar untuk merokok?
(iv) Bagaimanakah penguatkuasaan disiplin merokok dijalankan di sekolah?
1.5 Kepentingan Kajian
Kajian ini diharapkan dapat mengesan punca-punca yang menyebabkan pelajar
merokok. Dapatan yang diperolehi dalam kajian ini dapat:
(i) Membantu pihak pentadbir sekolah menangani masalah merokok di
kalangan pelajar sekolah.