Post on 29-May-2015
BAB 1
1.1 PENGENALAN
Kajian Sejarah dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji perkara-
perkara penting yang berlaku pada masa lampau. Selain itu ia bertujuan untuk
mengenalpasti dan mempelajari aspek-aspek sejarah yang terdapat di sekeliling
kita. Melalui pengkajian ini, kemahiran seperti mencari, mengumpul, mengelas,
mentafsir maklumat dan fakta sejarah dapat dipertingkatkan. Pengalaman ini
juga diharapkan akan dapat menimbulkan kepekaan dan memupuk minat
terhadap sejarah.
Kajian Tempatan adalah untuk mengkaji dokumen mengenai sejarah
laporan tahunan Jabatan Pertanian mengenai penanaman padi di Negeri Kedah
dari tahun 1949 sehingga 1964 yang juga merupakan sumber pertanian utama.
Selain itu juga kajian dokumen ini juga adalah untuk mengkaji sumbangan
penanaman padi terhadap pembinaan terusan dan juga penubuhan agensi-
agensi kerajaan yang bertanggungjawab terhadap perkembangan pertanian
padi ini seperti penubuhan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).
1
1.2 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian dokumen laporan tahunan Jabatan Pertanian dari tahun
1949 hingga 1964 mengenai penanaman padi di Kedah adalah adalah agar
dapat memenuhi objektif-objektifnya yang penting seperti berikut;
a) Mengkaji dan menyelidik dokumen laporan tersebut mengenai
penanaman padi yang menjadi komoditi utama di Kedah
b) Mengkaji dan menyelidik sumbangan penanaman padi terhadap
perkembangan pembinaan terusan dan penubuhan agensi yang berkaitan
di negeri Kedah
c) Seterusnya mengkaji kemajuan dan juga penyelidikan penanaman padi
yang menjadi sumber pendapatan utama penduduk negeri Kedah dari
tahun 1949 hingga 1964. Objektif ini juga melibatkan bantuan-bantuan
yang diberikan oleh pihak kerajaan khususnya Jabatan Pertanian.
1.3 PERMASALAHAN KAJIAN
Penyelidik menghadapi kesukaran mendapatkan maklumat mengenai
tajuk kajian di kawasan tempat tinggal penyelidik memandang penyelidik tinggal
di Langkawi. Kebanyakan maklumat hanya boleh diperolehi dari di Arkib dan
Perpustakaan di Alor Setar. Walaubagaimanapun, penyelidik dapat mengatasi
masalah ini bagi menyiapkan kajian ini dan diharapkan ia dapat memberi serba
sedikit maklumat dan pengetahuan kepada masyarakat.
2
1.4 SKOP KAJIAN
Skop kajian yang dijalankan adalah mengenai perkembangan penanaman
padi di samping kemajuan dan juga penyelidikan dalam penanaman padi yang
menjadi sumber pendapatan utama penduduk di Negeri Kedah sepanjang tahun
1949 sehingga 1964. Selain itu juga, melalui kajian ini juga adalah bertujuan
untuk mengkaji tentang padi yang menjadi komoditi eksport utama di Kedah.
Kajian tempatan mengenai dokumen perkembangan padi ini adalah untuk
mengkaji dan menganalisis tentang pengeluaran padi bagi setiap daerah,
sumbangan dan peranan penanaman padi sebagai komoditi dagangan pada
tahun 1949 hingga 1964 terhadap perkembangan pembinaan terusan atau
sistem pengairan dan juga penubuhan agensi yang bertanggungjawab. Pada
mulanya penanaman padi hanya bergantung kepada sokongan sungai asal yang
berpecah kepada jaringan anak-anak sungai yang kecil. Para petani
mendapatkan sumber bekalan air untuk sawah-sawah mereka dari anak-anak
sungai ini.
Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji sumber air dan
tanaman padi di negeri Kedah. Tinjauan mendapati penanaman padi
berkembang sejajar dengan perkembangan pengurusan dan pengawalan
sumber air. Malahan melalui kajian ini juga, penyelidik turut mengkaji sistem
penanaman padi yang dijalankan di Kedah.
3
1.5 METODOLOGI KAJIAN
Untuk memantapkan penulisan tesis ini, penyelidik telah menggunakan
beberapa kaedah untuk menghasilkan sebuah penulisan yang baik. Penggunaan
sumber pertama dan sumber kedua amat penting bagi menghasilkan sebuah
penulisan sejarah yang baik dan boleh diterima umum.Lantaran itu penyelidik
melakukan penyelidikan dokumen rasmi dan tak rasmi.Mentelaah buku-buku
serta menemuramah orang-orang tertentu.
a. Kajian Sumber Pertama – Sumber pertama merupakan sumber asli
seperti dokumen
rasmi, surat-surat persendirian, gambar atau catatan pengalaman mereka
yang terlibat.
b. Kajian Sumber Kedua – Selain sumber pertama, penyelidik berusaha
memperkuatkan penulisan sejarah ini dengan melakukan kajian ke atas
sumber-sumber kedua. Ini amat penting dilakukan bagi memastikan
wujudnya kesinambungan dan keseragaman antara sumber pertama yang
diperolehi tadi dengan sumber kedua, dalam bentuk kajian sejarah yang
pernah dilakukan oleh para pengkaji sejarah sebelum ini. Lantaran itu
penyelidik melakukan kajian kepustakaan. Antaranya Perpustakaan
Awam Langkawi, Universiti Sains Malaysia (USM), Perbadanan
Perpustakaan Awam Kedah dan sebagainya. buku, artikel dan jurnal,
yang memuatkan maklumat-maklumat penting. Semua bahan ini dapat
membantu bagi melengkapkan lagi hasil kajian.
4
BAB 2
2.1 SEJARAH PENANAMAN PADI DI KEDAH
Peta Negeri Kedah
Penemuan arkeologi telah menunjukkan kawasan penanaman padi yang
paling awal di Kedah terletak di kawasan yang subur di sepanjang Sungai Kuala
Muda dan juga berhampiran dengan muara.1 Kawasan ini merupakan kawasan
penanaman padi yang paling awal di Kedah seperti di Kuala Muda, Merbuk,
Singkir dan Kampung Seberang Terus. Terdapat beberapa bukti yang
mengatakan penaman padi di kedah bermula pada kurun ke 15 dan 16. Ini
kerana Kerajaan Kedah ketika itu telah membekalkan beras-beras kepada
pedagang-pedagang dan seterusnya menjadikan Kedah sebagai salah satu
1 Ab.Latif bin Ibrahim, Tanaman Padi di Negeri Kedahdan Hubungannya Dengan Sumber Air:Satu Tinjauan Daripada Perspektif Sejarah, dalam Kajian Malaysia, jil. IX, No.2, 1991. Hlm 55.
5
pengeksport beras di Nusantara dan mempeunyai status yang lebih kurang
sama dengan Jawa.2
Padi merupakan tanaman yang paling banyak ditanam di Kedah. Malah
Kedah sendiri begitu sinonim dengan hasilan padi. Gelaran “Jelapang Padi
Malaysia“ atau “The Rice Bowl” sememangnya telah dikenali umum. Namun
begitu ramai yang tidak mengambil kisah tentang asal-usul penanaman
tumbuhan ini walaupun ia merupakan hidangan makanan harian penduduk di
Malaysia.
Padi sawah banyak ditanam di kawasan delta Kedah yang berada
menghadap Selat Melaka. Ianya menganjur dari pinggir daerah Kubang Pasu
hingga ke selatan Kuala Muda. Gunung Jerai boleh dianggap sebagai penanda
tengah kepada kedua-dua kawasan ini. Kawasan ini bertanah pamah, agak
berselut dan dibantu dengan jalinan sungai-sungai asal. Terusan-terusan buatan
manusia kemudiannya menjadikan kawasan ini lebih bernilai untuk sektor
pertanian sebegini.
Padi huma pula lebih bertumpu kepada kawasan tengah Kedah dan
menganjur ke bahagian tengah negeri. Ianya ditanam di kawasan berbukit
seperti di Padang Terap, Sik dan Baling. Namun jumlah keluasannya pula
tidaklah seluas keluasan padi basah. Boleh dikatakan ianya bukanlah jenis padi
yang popular apabila membicarakan tentang padi di Kedah. Tambahan lagi ianya
2 Ab.Latif bin Ibrahim, Tanaman Padi di Negeri Kedahdan Hubungannya Dengan Sumber Air:Satu Tinjauan Daripada Perspektif Sejarah, dalam Kajian Malaysia, jil. IX, No.2, 1991. hlm 56.
6
tidak disokong oleh sistem terusan yang kemudiannya turut menyumbang
kepada perubahan pola penempatan serta sosial budaya penduduk.
Sejarah padi di Kedah boleh dilihat kepada empat pembahagian mudah
yang boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu; yang bermula era silam ke
awal pendudukan Jepun, semasa Jepun, selepas hingga merdeka dan dari
merdeka hingga awal abad ke 21.
2.2 SEPINTAS LALU MENGENAI SISTEM PENANAMAN PADI DI KEDAH
Sistem Penanaman Padi
Penanaman padi ketika dahulu amat berkait dengan panduan musim.
Kebiasaannya, ia terbahagi kepada dua musim iaitu musim hujan atau ‘musim
barat’ yang bermula dari bulan Mei hingga Oktober. Manakala musim kemarau
atau juga dikenali sebagai ‘musim timur’ bermula dari bulan April sehinggalah
bertembung bulan april tahun berikutnya. Ia dikenali sebagai ‘musim timur
kerana angin datang dari arah timur.3 Tanaman padi memerlukan sinaran
matahari, suhu dan jumlah hujan (18-40°C dan 1240 mm/tahun) yang cukup dan
memerlukan keadaan air bertakung. Oleh itu, tanah-tanah berstruktur halus
seperti lempung, lempung berkelodak, lom lempung atau lempung berpasir
adalah sesuai.
3 Ismail Hj Salleh, Bulan Piama dalam Intisari Kebudayaan Melayu Kedah, Alor Setar: Majlis Kebudayaan Negeri Kedah, 1986.
7
Sistem penanaman padi cara tradisional di Negeri Kedah dapat di
kelaskan kepada dua musim iaitu:
1. Musim Bersawah
2. Musim Menuai
2.21 Musim Bersawah
Golongan petani akan turun ke sawah bila tiba musimnya. Kebiasaannya
apabila musim hujan atau musim barat, petani akan memulakan kerja-kerja
membajak sawah. Ini kerana pada masa dahulu penanaman padi amat
bergantung kepada sumber air hujan, tidak seperti sekarang yang mempunyai
sistem pengairan. Sebelum kerja-kerja membajak dilakukan, para petani akan
memastikan petak-petak sawah dipenuhi dengan air hujan yang secukupnya.
Keadaan ini akan memudahkan para petani membajak sawah nanti.
Dalam mengerjakan sawah, pelbagai peralatan tradisional digunakan bagi
melakukan kerja-kerja. Antaranya adalah tenggala, penyisir, cangkul, tajak,
tenggiling dan sebagainya. Berikut adalah kerja-kerja yang dijalankan semasa
musim bersawah.
a) Penyediaan Tapak (Petak) Semaian
8
Ketika menyediakan petak semaian, para petani akan turun beramai-
bramai dengan membawa peralatan khusus untuk membajak dan juga
membersihkan petak-petak sawah untuk tujuan penyemaian benih padi.
Tenggala digunakan untuk membajak sawah. Tenggala ini akan dipasang
di badan kerbau dan seterusnya kerbau akan menarik tenggala tersebut
dengan pengendalian oleh petani. Sawah padi yang siap dibajak akan
dijadikan tapak untuk menabur benih padi yang kemudianya akan
dipindah ke petak-petak sawah yang lain apabila cukup matang untuk di
tanam.
Dalam penyediaan sawah, para petani perlu melakukan kerja-kerja
dengan rapi. Ini kerana mereka perlu memastikan tanah tersebut perlulah
lembut dah bersih dari sebarang rumput atau tumbuhan air. Keadaan
tanah yang lembut memudahkan proses untuk mencabut semai bila
sudah cukup matang.
b) Penyediaan Benih Padi
Untuk menyediakan benih padi, petani akan memilih padi-padi yang
berkualiti dan akan dimasukkan ke dalam guni. Selepas itu padi tadi akan
direndam di dalam air selama tiga hari tiga malam. Selepas proses
rendaman tersebut selesai, benih-benih padi ini akan disejat dan
dimasukkan ke dalam bekas khas yang dinamakan ‘bakul lau’. Selepas
itu, benih tersebut akan ditutup dengan guni dan dibiarkan selama tiga
9
dan 3 malam lagi untuk benih tersebut tumbuh atau percambahan tunas
dan akar. Apabila semua benih tadi sudah tumbuh, kemudiannya akan
ditabur dipetak-petak sawah yang disediakan sebelum ini. Dalam jangka
masa 30 hingga 44 hari tempoh selepas benih tersebut ditabur, ia akan
menjadi semai. Semai ini pula akan dicabut dan dipindahkan ke petak
sawah yang baru.
c) Mengerjakan Sawah
Kerja-kerja membajak akan diteruskan sehingga anak padi tersebut
sampai tempoh matang. Penjagaan rapi perlu dilakukan untuk
menghasilkan lebih banyak pengeluaran padi. Antara kerja-kerja yang
sering dilakukan adalah seperti berikut.
1. Menggala (Membajak) Sawah
Dengan menggunakan peralatan tradisional yang dinamakan tenggala,
petani akan membajak sawah. Tenggala diperbuat dari kayu-kayu terpilih
dan menggunakan seekor kerbau atau dua ekor lembu untuk menariknya.
Kebiasaannnya kayu yang digunakan untuk membuat tenggala ini
merupakan kayu halban kerana ia senang dibentuk. Tujuan menggunakan
tenggala ini adalah untuk membalik-balikkan tanah sawah tersebut. Petani
akan mengemudi tenggala tersebut sambil ia ditarik oleh kerbau atau
lembu.
10
2. Menyisir (Sisir)
Apabila kerja menggala atau membajak sawah sudah selesai, ketulan-
ketulan tanah yang ditinggalkan semasa proses menggala tanah akan
disisir kan agar ia menjadi halus dan dilembutkan. Untuk melakukan kerja-
kerja ini, sejenis alat tradisonal yang dikenali sebagai penyisir akan
digunakan. Selain itu, penyisir juga digunakan untuk membuang rumpai-
rumpai yang bergumpal dengan tanah sawah yang dibajak tadi. Terdapat
tiga jenis penyisir yang digunakan untuk tujuan tersebut iaitu;
i. Penyisir Kayu
Penyisir ini dibuat daripada kayu cengal, halban atau kayu beruas
dan mata atau giginya dibuat daripada batang pokok pinang atau
pokok nibong yang diraut halus.
ii. Penyisir Besi
Penyisir ini berbentuk serupa dengan penyisir kayu. Ianya
diperbuat daripada besi semuanya kecuali pemegangnya sahaja
dibuat daripada kayu.
iii. Penyisir Kapar / Sisir Kapar
Penyisir ini berbentuk T. Ianya dibuat daripada kayu dan matanya
daripada batang nibong atau pinang.
11
3. Menggiling Tanah
Seterusnya proses menggiling tanah dilakukan bagi meratakan tanah
petak sawah. Kaedah ini adalah lebih kurang sama dengan menggala
tanah kerana ia juga turut menggunakan kerbau. Alat yang digunakan ini
dinamakan tenggiling yang diperbuat daripada batang kayu yang dipotong
mengikut keperluan dan berbentuk seperti belimbing segi. Tenggiling ini
mempunyai dua jenis iaitu tenggiling belimbing dan tenggiling belangkas.
Proses menggiling tanah ini akan memudahkan lagi proses menanam
padi.
d) Memindahkan Anak Padi (Semai) Dari Tapak Semaian
Apabila anak padi sudah cukup matang untuk dipindahkan, ia akan dicabut
dan dijadikan ketul-ketulan kecil. Kebiasaannya kerja-kerja mencabut semai
ini dilakukan secara bergotong- royong atau berderau. Selepas proses
mencabut semai selesai, ia akan dipindahkan ke petak-petak sawah dengan
menggunakan pengandar/salang yang diperbuat daripada buluh atau palung
(sejenis sampan kecil). Semai-semai yang diangkut ini akan diatur di atas
batas-batas sawah bagi memudahkan proses penanaman dilakukan.
e) Menanam Padi
12
Kebiasaannya kerja-kerja menanam padi dilakukan oleh kaum wanita
selepas kaum lelaki melakukan kerja-kerja mencabut semai dengen
mengandarnya. Ia juga turut dilakukan secara bergotong-royong. Cara
penanaman semai dijalankan dengan empat atau lima jalur yang dipanggil
"tekap". Untuk menanam padi ini ia menggunakan tangan atau "Kuku
Kambing” iaitu sejenis alat yang pemegangnya diperbuat daripada kayu. Manakala
hujungnya daripada besi yang dicabangkan sedikit untuk memudahkan semai
diletak sebelum ditanam ke tanah.
f) Penjagaan
Kerja-kerja ini meliputi membaja, merumput, menyulam (menggantikan
anak padi yang mati), penjagaan air dan serangan penyakit padi, tikus
dan burung. Kerja-kerja ini dijalankan berterusan sehinggalah padi masak.
"Orang-orang" atau "Selayut" akan dipacak di tepi-tepi sawah bertujuan
untuk menakutkan binatang seperti tikus dan burung daripada
memusnahkan padi yang telah masak.
2.22 Musim Menuai
Dalam masyarakat petani tradisional, musim ini dikenali juga sebagai
musim mengerat atau mengiau. Musim ini kebiasaannya jatuh pada
musim kemarau. Bagi mendapatkan hasil padi, beberapa kaedah tradisi
telah digunakan seperti mengetam, mengiau dan mengerat. Kaedah ini
13
merupakan satu proses untuk mendapatkan buah padi. Kerja-kerja ini
dijalankan oleh kaum wanita secara berderau (gotong-royong).
A. Mengetam
Kaedah ini menggunakan sejenis alat yang dibuat daripada kayu dan
mempunyai mata di atasnya yang dikenali sebagai "renggam". Alat ini
digunakan untuk memotong tangkai padi yang masak untuk dijadikan
gemai (gemal) padi.
B. Mengiau padi
Kaedah ini dijalankan dengan menggunakan "pisau pengiau". Teknik
penggunaannya sama seperti mengetam iaitu memotong tangkai
(tengkok) pokok padi. Kaedah ini seringkali dilakukan ke atas pokok padi
yang rebah.
C. Mengerat/Memotong Padi
Kaedah ini dijalankan dengan menggunakan pisau mengerat. Batang
pokok padi akan dipotong dan kemudiannya dihimpun untuk dijadikan
"kedap".
1. Menghirik (Mengirik)
14
Proses ini merupakan satu kaedah tradisional untuk meleraikan buah padi
daripada tangkainya. Kerja-kerja ini dijalankan setelah selesai kerja-kerja
mengetam dan mengiau padi dijalankan. Terdapat beberapa cara yang
digunakan. Antaranya:
A. Menggunakan Kerbau
Kaedah ini digunakan sekiranya petani-petani mempunyai bilangan petak-
petak sawah yang banyak. Lazimnya kerja-kerja ini dijalankan pada waktu
malam hingga ke dinihari secara gotong royong (berderau). Mengikut
kaedah ini, gemai-gemai padi akan dihimpun dan diletakkan di atas tikar
dan selepas itu kerbau tersebut akan berjalan berulangkali di atasnya
sehinggalah buah padi terlerai.
B. Menggunakan Kayu (Dong)
Ianya diperbuat daripada kayu dan berbentuk melengkung. Mengikut
kaedah ini, gemai-gemai padi akan dilonggokkan di atas tikar pada satu
tempat. Kemudian para petani secara beramai-ramai akan memukul
gemai-gemai tersebut dengan "dong" sehinggalah buah padi terlerai. Di
samping itu terdapat juga di setengah-setengah tempat kaum wanita
melakukan kerja-kerja ini dengan menggunakan kaki. Kesimpulannya
walau apa kaedah yang digunakan adalah bertujuan untuk meleraikan
buah padi daripada tangkainya.
15
3. Memukul (Membanting) Padi
Proses ini juga merupakan satu kaedah untuk memisahkan buah padi daripada
tangkainya. Dalam proses ini sebuah tong padi yang di lengkapi dengan sehelai
layar yang diperbuat daripada tikar dan sebuah tangga kecil di dalamnya
berserta dengan kayu (buloh) yang mencekangkan layar yang di kenali sebagai
"turus layar" akan digunakan. Kedap-kedap padi akan dipukul ke dalam tong
padi dan buah padi akan terlerai masuk dan terhimpun di dalam tong tersebut.
Buah padi kemudiannya akan diisikan ke dalam guni (karung).
4. Mengangkut Padi
Buah-buah padi yang telah diisi ke dalam guni kemudiannya akan diangkut
dengan menggunakan "anok" atau kereta kerbau. Kedua-dua jenis alat
pengangkutan ini menggunakan tenaga kerbau untuk menariknya.
5. Menghuroi (Menguroi)
16
Alat yang digunakan untuk proses ini ialah nyiru jarang yang diikat (gantung)
pada tiga batang buluh sebagai penyangga untuk berdiri. Proses ini dijalankan
bertujuan untuk membersihkan buah padi daripada daun-daun padi kering
(kambu) dan hampa bagi mendapatkan buah padi yang bersih. Proses ini
dijalankan di kawasan tanah lapang dengan menggunakan bantuan angin. Buah
padi yang telah siap dihuroi akan dijemur sehingga betul-betul kering supaya
tidak rosak semasa disimpan.
6. Menyimpan Padi
Buah-buah padi yang telah kering dan bersih kemudiannya akan diisikan atau
diangkut ke dalam bekas padi (jelapang) manakala gemai-gemai padi pula akan
diisi ke dalam kepok (kerubung) yang diperbuat daripada buluh yang selalunya di
letakkan berhampiran bekas padi.
7. Penghasilan Beras
Penghasilan beras secara tradisional dijalankan dengan menggunakan lesung
hindik (lesung kaki), lesung tangan, pengisar dan penampi padi.
8. Menampi
Beras yang telah siap ditumbuk atau dihasilkan melalui proses penghasilan
beras tradisi kemudiannya ditampi dengan menggunakan sejenis alat penampi
17
yang dikenali sebagai "nyiru telor buaya" yang diperbuat daripada buluh untuk
mengasingkan antah, sekam dan dedak beras bagi menghasilkan beras bersih.
PERALATAN-PERALATAN TRADISIONAL TANAMAN PADI
A. Alat-alat Untuk Tanaman Padi
1. Tenggala Perlis dan Tenggala China
2. Kuku Kambing
3. Cangkul
4. Tajak
5. Sisir Besi
6. Sisir Panjang (Sisir Kapar)
7. Palong
8. Tenggiling
9. Terendak
10.Pencakar/Pencakar Bara
B. Alat-alat Untuk Menuai/Selepas Menuai
1. Tong Pukul Padi, Tangga dan Layar 18
2. Ketam (Renggam)
3. Sabit (Berbagai Jenis)
4. Pengangin Padi/Tikar Mengkuang
5. Guni/Tali/Jarum
C. Alat Proses Padi
1. Lesong Tangan/Halu
2. Lesong Kaki/Hindik
3. Nyiru Penampi Padi/Penampi Beras
4. Pengisar Beras
D. Alat Penyimpanan Padi/Beras
1. Kepok/Jelapang Padi
2. Berbagai jenis Gebok
3. Berbagai jenis Tempayan
E. Alat Pengangkutan Padi
Pengangkutan darat:
19
1. Basikal
2. Beca
3. Kereta Tolak
4. Bakul Junjung
5. Anok
6. Kandar
7. Kereta Lembu
Pengangkutan Air:
1. Sampan/Perahu kecil
F. Alat Penyimpanan/Sukat Padi dan Beras
1. Pikul
2. Kilo
3. Kati
4. Gantang
5. Cupak
6. Leng
7. Kopi
20
8. Kepoi
BAB 3
3.1 JENIS-JENIS PADI YANG DI TANAM DI KEDAH
Padi atau nama saintifiknya Oryza sativa merupakan salah satu daripada
tanaman bijirin dan merupakan makanan ruji bagi ramai penduduk dunia
termasuk di Asia, Amerika Latin dan Caribbean. Di Malaysia penanaman padi
dikategorikan kepada dua jenis iaitu iaitu padi sawah yang juga dikenali sebagai
padi bendang, dan padi huma atau padi bukit.
3.11 Padi Sawah
21
Padi sawah atau padi bendang adalah jenis padi yang paling banyak di
tanam kerana dapat mengeluarkan hasil yang tinggi. Padi sawah memerlukan
penggunaan air yang banyak, baja dan perlu ditanam dengan cara yang
teratur.Padi sawah banyak di tanam di Semenanjung Malaysia iaitu di Pantai
Barat terutamanya di bahagian Utara. Keadaan ini berlaku kerana terdapat
kawasan berpaya yang datar dan terdapat satu musim lembap yang ketara
dengan purata hujan tahunan melebihi 3,500 mm. Kesesuaian ini di tambah lagi
dengan adanya musim panas yang berpanjangan. Padi sawah yang di tanam di
Malaysia sekarang merupakan hasil kacukan dan penyelidikan yang mengambil
masa bertahun-tahun untuk menghasilkan benih padi yang bermutu.
Penyelidikan oleh pihak MARDI membantu pembangunan jenis padi yang
mampu mengeluarkan hasil yang lebih banyak, dan mempunyai daya tahan
penyakit yang lebih tinggi.
3.12 Padi Huma
Padi huma merupakan padi asal yang ditanam di Malaysia sebelum padi
sawah diperkenalkan. Padi huma mempunyai hasil yang rendah dan kurang
bermutu. Ini disebabkan padi huma di tanam dengan cara lama dan kurang
menggunakan baja serta daripada benih yang kurang baik. Padi juga tidak di
jaga dengan baik dan selalu pula dirosakkan oleh serangga. Padi jenis ini
banyak di tanam di Sabah dan Sarawak yang kebiasaannya ditanam oleh orang
22
asli seperti orang Iban dan Murut. Kelebihan padi huma adalah padi huma tidak
memerlukan jumlah air yang banyak dan dapat ditanam di kawasan di mana air
tidak bertakung.
3.2SISTEM PENGAIRAN /SUMBER AIR UNTUK PENANAMAN PADI
Sebelum pembinaan Rancangan Pengairan Muda penanaman padi di
Kedah bergantung kepada sumber air hujan dan juga sungai. Oleh itu kegiatan
penanaman padi begitu terikat dengan corak taburan dan musim hujan.
Kebiasaannya air hujan akan turun dengan banyak pada sekitar bulan April
hingga hingga Mei. Sekitar bulan Jun hingga Julai jumlah hujan agak berkurang
dan akan meningkat kembali pada sekitar bulan Ogos hingga Oktober.
3.3MASALAH YANG DIHADAPI OLEH PENANAMAN PADI PADA TAHUN
1949 – 1964
Pada sekitar tahun 1949 hingga 1964, penanaman padi di beberapa kawasan di
Kedah berdepan dengan masalah penyakit iaitu penyakit merah. Padi yang
dijangkiti penyakit merah ini akan kelihatan perubahan warna daun kepada
kuning ‘pinang masak dan pertumbuhannya akan terbantut dan akan hilang lama
kelamaan yang kemudiannya akan meninggalkan kesan bintikan pada daun-
daunnya.4 Selain itu juga, penanaman padi juga menghadapi serangan-serangan
4 Berita Pertanian Negeri Kedah, (Bil. 40) JabatanPertanian Negeri Kedah, 1967. Hlm 10.23
serangga, kulat, tikus, babi hutan, burung dan juga ketam. Serangga adalah
salah satu jenis perosak yang paling berbahaya sekali. Serangga-serangga yang
penting yang perlu dikawal adalah seperti ulat pasak. Ulat pasak bertelur di
daun-daun, menetas disitu, kemudian mengorek masuk ke dalam upih daun dan
memakan isinya. Batang-batang yang rosak akan mati dan jika berbuah hanya
sedikit sahaja yang bernas. Ulat pasak membiak dengan cepat dan boleh
menyebabkan kerosakan besar di sawah.Hal ini telah menyebabkan banyak
hasil tanaman rosak dan seterusnya mengakibat pengeluaran padi terjejas.
Seterusnya penanaman padi yang terlalu bergantung kepada hujan juga
mengakibatkan masalah. Ini kerana jika hujan terlalu berkurangan, hasil padi
juga kurang memuaskan kerana kekurangan air. Begitu juga sekiranya berlaku
hujan berlebihan, ini akan mengakibat terjadinya banjir dan seterusnya pokok-
pokok padi ini akan terendam di dalam air yang terlampau banyak. Apabila
keadaan begini berlaku, banyak pokok-pokok padi akan musnah.
Menurut Laporan dalam Penyata Suku Tahun bagi Jabatan Pertanian
Negeri Kedah tahun 1962, keluasan padi yang rosak akibat kemarau adalah
seluas 26,736 relung (18,982 ekar), banjir, 3,393 relung (2,409 ekar) dan
serangan penyakit dan musuh perosak seluas 1,660 relung (1,178 ekar) atau
jumlah keseluruhan kerosakkan tanaman adalah sebanyak 31,789 relung
(22,569 ekar).5 Berdasarkan laporan ini, ia menunjukkan bahawa pengeluaran
hasil padi telah terjejas dan kurang dari musim yang lepas sebanyak 22.6%.
5 Laporan Penyata Suku Tahun bagi Jabatan Pertanian Kedah 1962.24
3.4RANCANGAN PENGAIRAN SUNGAI MUDA DAN PENUBUHAN MADA
Rancangan pengairan Sungai Muda dilancarkan dengan tujuan untuk
membekalkan air kepada tanah-tanah sawah seluas 260,000 ekar supaya
penanaman padi dapat dijalankan dua kali setahun.6 Ia bertujuan untuk
membekalkan air yang cukup untuk penanaman padi di kawasan dataran negeri
Kedah dan juga selatan negeri Perlis dan dijangka dapat membekalkan air yang
secukupnya kepada penanaman padi diluar musim buat pertama kalinya pada
tahun 1970. Punca-punca air yang ada adalah terdiri dari hujan yang turun terus
di bendang, air yang mengalir dari sungai-sungai semulajadi dan air yang
ditakung di kolam-kolam takungan Muda dan Pedu. Punca-punca air ini
diintegrasikan ke dalam satu sistem bagi memenuhi keperluan untuk tanaman
kedua-dua musim.
Sebenarnya cadangan awal Projek Pengairan Muda ini telah diutarakan
oleh Jabatan Parit dan Taliair Persekutuan dalam tahun 1950an. Di antara tahun
1960 hingga 1964, firma perunding Sir William Halcrow and Partner (United
Kingdom) telah diberi tugas menjalankan kajian kemungkinan terhadap
pelaksanaan Projek Pengairan Muda. Laporan akhir kajian telah diserahkan
kepada kerajaan dan juga kepada Bank Dunia pada awal tahun 1965.7
6 Ibid, hlm 4.
7 www.mada.gov.my25
Pada bulan September 1964, pihak kerajaan telah memohon pinjaman
daripada Bank Dunia yang bertujuan untuk membiayai sebahagian daripada kos
pembinaan projek pengairan ini. Manakala sebahagian lagi ditanggung oleh
kerajaan Malaysia sendiri. Bank Dunia menyiapkan penilaian akhir terhadap
cadangan Projek Pengairan Muda antara Februari – Mac 1965. Seterusnya pada
16 November 1965 pinjaman sebanyak US$45 juta telah diluluskan dan
perjanjian ditandatangani pada hari berikutnya.8 Pinjaman tersebut mula
berkuatkuasa pada 1 Februari 1966.
Selepas pinjaman diluluskan, kerja-kerja awal pembinaan dilakukan pada
bulan April 1966. Peringkat pertama sistem pengairan telah dimulakan pada awal
tahun 1970 meliputan kawasan seluas 33,600 hektar bagi tanaman luar musim.
Sebenarnya sistem pengairan ini dijalankan dalam empat peringkat yang
kemudiannya diselesaikan pada tahun 1974. Selepas siapnya pembinaan
pengairan ini, dasar kerajaan telah berubah daripada semata-mata
mengeluarkan beras yang cukup kepada dasar untuk meningkatkan pendapatan
dan juga kesejahteraan masyarakat petani ketika itu.
Melalui Rancangan Pengairan Muda iniyang menelan belanja sebanyak
kira-kira $238 juta, pembinaan dua buah empangan di hulu Sungai Muda dan
hulu Sungai Pedu, iaitu kira-kira 80 km ke Timur kawasan projek, telah
membentuk kolam-kolam takungan Muda dan Pedu. Seterusnya air dari Kolam
Muda dialirkan ke Kolam Pedu melalui Terowong Saiong yang dibina dibawah
8 Ibid.26
tanah sepanjang kira-kira 7.2 km. Air dilepaskan dari Empangan Pedu ke Sungai
Pedu dan mengalir melalui Sungai Padang Terap sehingga sampai di Alator
Pelubang. Di Alator Pelubang aliran air dipecahkan kepada dua saluran, iaitu
Terusan Besar Utara dan Terusan Besar Selatan. Air dari terusan ini pula akan
memasuki terusan-terusan cabang dan ke taliair-taliair agihan sekunder sebelum
memasuki kawasan sawah. Selain daripada itu sistem perparitan, jalan-jalan
ladang, permatang-permatang pantai disamping berbagai binaan lain yang
berkaitan juga telah dibina.9
Pada sekitar pertengahan tahun 1967, disedari terdapat kepincangan
dalam perancangan awal di mana kemudianya kerajaan telah menubuhkan
Pejabat Pegawai Penyama Projek. Ia ditubuhkan pada Ogos 1967 di bawah
Kementerian Pertanian dan pentadbirannya dilakukan di Kuala Lumpur. Namun
demikian, keberkesanan peranannya tidak dapat dijalankan, pejabat ini
kemudiaanya telah berpindah ke Alor Setar pada tahun 1969.
Walaubagaimanapun, kuasa eksekutif yang diberikan kepada Pegawai Penyama
terbatas dan menimbulkan kesulitan disebabkan perbezaan bidang kuasa yang
wujud di antara beberapa Jabatan Negeri dan Persekutuan.
Sehubungan dengan itu, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)
ditubuhkan pada 30 Jun 1970 di bawah satu dekri darurat dengan nama mula
Pihak Berkuasa Kemajuan Pertanian Muda. Perasmiannya telah dilakukan oleh
Allahyarham Tun Hj. Abdul Razak Hussein selaku Pemangku Perdana Menteri
9 www.mada.gov.my27
Malaysia merangkap Pengarah Gerakan di dalam satu upacara di Bangunan
Balai Besar, Alor Star, Kedah Darul Aman.
Tugas-tugas utama MADA adalah memajukan, menggalakkan, membantu
dan mengusahakan projek pembangunan ekonomi Kawasan Muda. Selain itu,
MADA juga berperanan merancang dan mengusahakan dalam Kawasan Muda
apa-apa Kamajuan Pertanian mengikut sebagaimana yang diperuntukkan
kepadanya oleh pihak berkuasa Negeri bagi Negeri Kedah Darulaman dan
Perlis. Sehubungan dengan itu, peranan utama yang dimainkan oleh MADA ialah
mendorong, menggerak dan menyatukan para petani ke dalam satu masyarakat
yang dinamis dan progresif yang akan mencetuskan pembangunan pertanian,
ekonomi dan sosial adalah satu proses yang sentiasa menubuhkan keperluan-
keperluan serta peluang-peluang baru. Malahan struktur organisasi MADA telah
dibentuk menggabung perkhidmatan-perkhidmatan pentadbiran, kejuruteraan,
pertanian dan latihan ke dalam satu pengurusan yang fleksibel.
3.5 ANALISIS KAJIAN
3.51 Padi Sebagai Komoditi Eksport
Berdasarkan Laporan dalam “Quarterly Report of the Department of
Agriculture, Kedah 1962,1963 and 1964, jumlah pengeluaran padi pada suku
tahun pertama 1963 ialah 131,823,323 gantang bagi keseluruhan 11 daerah di
Kedah dengan keluasan penanaman padi keseluruhan 400,227 relong (284,161
28
ekar).10 Ini menunjukkan hasil pengeluaran padi di Kedah amat
memberangsangkan. Maka tidak hairanlah ia menjadi komoditi eksport ke
beberapa negeri di Malaysia. Antara daearah yang paling tinggi mengeluarkan
hasil padi adalah Kota Setar Utara dengan jumlah 39,347,715 gantang dan juga
Kota Setar Selatan sebanyak 35,908,010. Berdasarkan jumlah keseluruhan di
atas, di dapati berlaku peningkatan sebanyak 7,639,965 gantang iaitu 6% lebih
tinggi dari tahun 1962.
Para petani diberikan bantuan subsidi atau pada masa itu dikenali sebagai
saguhati oleh pihak Jabatan Pertanian dari segi baja, biji benih dan juga nasihat
serta tunjuk ajar dalam menghasilkan jumlah padi yang banyak dan berkualiti.
Hal ini telah meningkatkan lagi pengeluaran padi bagi negeri Kedah.
Berdasarkan jumlah pengeluaran hasil padi, hampir 50% hasil padi di Kedah
digunakan sebagai Komoditi Esksport manakala 50% lagi adalah untuk
kegunaan penduduk di Kedah sendiri. Pada tahun 1963, peruntukan sebanyak
$550,000 telah diluluskan oleh Kementerian Pertanian dan Syarikat Kerjasama
bagi menampung saguhati kepada para petani untuk membeli baja semai,
permulaan dan urea bagi tanaman padi.
3.52 Sumbangan Penanaman Padi
Penanaman padi di Kedah telah member sumbangan yang cukup besar
kepada penduduknya. Ini kerana ia memberi peluang pekerjaan kepada
10 Quartely Report of the Department of Agriculture Kedah, 1962,1963 and 1964.29
penduduknya dan seterusnya meningkatkan pendapatan penduduk setempat.
Walaupun pada mulanya ia cuma sebagai pertanian sara diri untuk kegunaan
sendiri sahaja. Dengan bantuan kerajaan terutamanya Kementerian Pertanian,
pendapatan penduduk dapat ditingkatkan selaras dengan peningkatan
pengeluaran padi yang menjadi hasil eksport utama negeri Kedah.
Selain itu, dengan meningkatnya hasil pengeluaran padi di Kedah, pada
masa yang sama, banyak kilang-kilang padi dibuka di Kedah bagi tujuan untuk
memproses padi kepada sebelum dieksport. Banyak syarikat-syarikat melabur
dalam pembukaan kilang-kilang ini. Dengan situasi yang memberangsangkan ini,
kehadiran ejen-ejen pembeli padi di Kedah juga ramai di Kedah. Dalam tahun
1931, terdapat 21 buah kilang padi milik pengusaha-pengusaha cina di Kedah
yang mana 15 buah terletak di Alor Setar.11 Perkembangan ini berterusan
dengan lebih banyak kilang padi dibuka. Berdasarkan rekod Setiausaha
Kerajaan Negeri Kedah, pada tahun 1938, berlaku peningkatan pembukaan
kilang padi kepada 36 buah kilang.
Selain itu, bagi memasarkan pengeluaran padi, sistem perhubungan juga
turut ditingkatkan. Sistem pengangkutan yang strategik di bina di Kedah.
Perkembangan ini juga telah membangunkan lagi infrastruktur bagi Kedah.
Malahan pembinaan terusan dan sistem pengairan juga dijalankan demi
meningkatkan hasil pertanian.
11 Mohd Isa Othman, Pengalaman Kedah dan Perlis-Zaman Penjajahan British, Kuala Lumpur. Utusan Publication. 2001. Hlm 66.
30
3.53 Kemajuan, penyelidikan dan juga bantuan kerajaan kepada para
petani.
Pelbagai usaha dijalankan oleh pihak kerajaan termasuk kerajaan negeri
dalam meningkatkan hasil pengeluaran padi dan seterusnya dapat memberi
peluang pekerjaan kepada para petani. Seterusnya terdapat juga usaha untuk
meningkatkan taraf hidup para petani sekaligus menambahkan pendapatan
kerajaan.
Langkah pertama yang diambil oleh kerajaan adalah dengan menubuhkan
Jabatan Pertanian Negeri Kedah Darul Aman pada tahun 1922 bermula dengan
seorang pegawai tanaman, Raja Mahmud b. Raja Ali (1922 - 1924) dan seorang
pelayan pejabat. Oleh kerana tanaman padi sangat penting kepada Negeri
Kedah sejak bertahun-tahun yang lalu, maka peranan jabatan ditumpukan
kepada tanaman ini. Peranan untuk memajukan tanaman ini pada
keseluruhannya dapat di bahagikan kepada tiga iaitu membuat penyelidikan,
menyediakan bekalan bahan tanaman dan memberi khidmat nasihat. Dengan
wujudnya jabatan ini, hasil pertanian padi dapat ditingkatkan.
Pada tahun 1930, jenis-jenis padi yang baik dari luar negeri seperti Nachin
No. 10 dan No. 22, Siam No. 29, Radin No. 2, dan No. 13 telah diimport dan diuji
kesesuaiannya serta dibuat perbandingan dengan jenis-jenis tempatan. Kerja-
kerja penyelidikan ini dibuat di empat petak ujian padi iaitu di Jitra, Langgar, Batu
17 Jalan Sungai Petani dan Rantau Panjang.
31
Manakala pada bulan Mei 1930, jabatan telah membeli sekeping tanah di
Telok Chengai seluas 35.78 ekar untuk dijadikan stesen Percubaan Padi. Selain
daripada menjalankan kerja-kerja penyelidikan, stesen ini kemudiannya juga
memainkan peranan menyedia bekalan benih padi.
Pada tahun 1931, dengan peruntukan sebanyak $2,574.00, jabatan telah
menjalankan kerja-kerja pembersihan kawasan seluas 9 ekar diatas sekeping
tanah seluas 150 ekar yang dicadangkan untuk dijadikan Stesen Pertanian
Gajah Mati. Mulai tahun 1936 – 1949 aktiviti pertanian telah berkembang dengan
pesatnya. Ini dapat dilihat dengan bertambahnya dua lagi stesen ujian padi iaitu
di Batu 10, Jalan Sungai Petani Alor Setar dan di Ulu Melaka, Langkawi.
Pengedaran benih padi daripada jenis-jenis padi yang terpilih juga telah
bertambah hingga mencapai 2, 545 gantang pada tahun 1935 dibandingkan
dengan 364 gantang pada tahun 1933. Aktiviti khidmat nasihat juga turut
diperluaskan lagi bila jabatan mengadakan kursus penanaman padi untuk murid-
murid sekolah. Pada Januari 1938 seramai 8 murid sekolah darjah VI ketika itu
telah terpilih untuk mengikuti kursus ini di stesen Percubaan Padi Telok Chengai.
Mulai tahun 1950, semua program yang dijalankan oleh jabatan adalah
dirancang selaras dengan matlamat dan strategi yang ditetapkan. Matlamat
jabatan pada masa itu adalah untuk meningkatkan taraf pertanian dinegeri ini.20
Strategi-strategi yang digunakan adalah:
a) Memaksimakan penggunaan tanah.32
b) Memperkenalkan kaedah fixed farming system dimana yang sesuai.
c) Menyediakan bahan tanaman yang baik.
d) Memperbaiki sistem pemasaran hasil-hasil pertanian.
e) Mewujudkan hubungan yang rapat diantara petani dan jabatan dalam
pelaksanaan khidmat nasihat yang lebih baik.
Pada tahun 1952, sebagai membantu aktiviti khidmat nasihat, Jabatan
Pertanian telah menerbitkan risalah dalam tulisan jawi yang diberi nama
Perkhabaran Tanam-Tanaman. Ia diterbitkan tiga bulan sekali dan diedarkan
kepada petani-petani secara percuma. Penerbitan pertama adalah sebanyak
2,000 risalah. Oleh kerana sambutannya sangat menggalakkan penerbitan
berikutnya dibuat sebanyak 6,000 risalah. Pada tahun 1961, jabatan mula
mendapat peruntukan pembangunan pertanian untuk melaksanakan rancangan-
rancangan subsidi dalam membantu petani-petani. Rancangan subsidi yang
pertama adalah Rancangan Subsidi Baja Padi dengan peruntukan sebanyak RM
344,000.00. Pihak petani adalah dikehendaki membayar 60% daripada harga
baja-baja padi manakala 40% lagi adalah dibayar oleh jabatan.
Mulai tahun 1961 juga, jabatan telah dipertanggungjawabkan untuk
menubuhkan persatuan-persatuan peladang. Dalam tahun yang pertama,
jabatan berjaya menubuhkan 34 buah persatuan peladang dengan 1191 orang
ahli. Empat (4) buah persatuan peladang telah didaftarkan. Yang pertama
33
didaftarkan adalah Persatuan Peladang Kg. Belat, Mukim Rambai, Daerah Kota
Setar.
BAB 4
KESIMPULAN
Padi merupakan makanan asasi yang telah sedia ditanam di Kedah sejak
zaman dahulu lagi dan juga seluruh Asia Tenggara. Kedah, telah pun menjadi
negeri penanam, pengguna dan pernah sebagai pengeksport padi sejak zaman
berzaman. Usaha kerajaan melalui Rancangan Pengairan Muda ini bukan hanya
menjana pendapatan yang lebih baik malah memperkenalkan teknologi dan
kemodenan dalam proses penanaman padi. Sistem penanaman dan
pengumpulan padi secara tradisi telah mula berubah kepada teknologi yang lebih
canggih dan moden dan kemudiannya begitu berjaya menjadikan Kedah kekal
sebagai ‘Jelapang Padi Malaysia’.
Kini penanaman padi di Malaysia khususnya di Kedah sudah semakin
berkembang. Pelbagai bantuan subsidi dan penyelidikan dilakukan bagi
meningkatkan pengeluaran padi negara. Penyatuan sawah padi yang bersaiz
34
kecil diteruskan melalui konsep pertanian secara berkelompok di lapan kawasan
jelapang padi serta pelaksanaan Projek Sepuluh Tan Sehektar telah
membolehkan penggunaan Amalan Pertanian Baik (GAP) yang lebih meluas dan
pengurusan ladang yang lebih baik.
Berdasarkan kajian yang dilakukan ke atas penanaman padi ini, terdapat
banyak perbezaan mengenai proses penanaman padi pada masa dahulu dan
kini. Di antara perbezaan-perbezaan yang paling besar antara kerja-kerja
persawahan di Kedah pada masa dahulu dan sekarang ialah tentang mengambil
padi dan kerja-kerja lain yang berturutan dengannya. Cara- cara bagaimana
pekerjaan-pekerjaan itu dilakukan oleh orang tua-tua kita itu tidaklah lagi
diamalkan oleh orang-orang di zaman ini. Orang-orang muda kita sekarang tidak
lagi kenal adat itu, cuma mendengar ceritanya sahaja. Bahkan setengah-
setengah orang tua-tua yang ada. Hari ini tidak dapat menceritakan hal itu
kepada kita lagi.
Dalam kerja penanaman padi ini seperti menggala, menanam dan
mengambil padi merupakan kerja-kerja yang seringkali dilakukan dalam bentuk
berderau atau bergotong-royong. Namun begitu, kini amalan tersebut tidal lagi
dijalankan kerana berlaku pelbagai preubahan dalam teknologi penanaman padi
tersebut. Di Kedah hari ini, dalam kerja pertanian ini seperti dalam hal-hal
lainnya, berderau itu tidaklah lagi begitu terkenal dalam kehidupan hari-hari.
Hanya dalam kerja menanam dan mengerat sahaja masih tedapat orang
berderau. Itu juga tidaklah seramai yang pemah diadakan oleh orang-orang
35
zaman dahulu. Kini, terutama dalam kerja mengerat mereka lebih mudah
mengupah atau `kupang' (upah hari = bayar hari). Selain itu ada pula orang yang
datang menolong secara sukarela sahaja. Biasanya pada orang-orang yang
datang menolong itu diberikan sebagai saguhati sedikit padi, dan seterusnya
kadang-kadang zakat pun diberinya. Dengan demikian banyaklah juga orang
yang suka mengambil peluang tersebut.
BIBLIOGRAFI
1. Haji Mat Nayan Hj Saad, Adat Persawahan Di Negeri Kedah dalam
Intisari Kebudayaan Melayu Kedah: Majlis Kebudayaan Negeri Kedah,
1986.
2. Dr Badriyah Hj Salleh, Sejarah Ekonomi Kedah Sehingga Kurun Ke 19:
Arkib Negara, Cawangan Kedah Perlis.
3. Buyong Adil, Sejarah Kedah. Dewan Bahasa & Pustaka. 1980.
4. Muhd Isa Othman, Pengalaman Kedah dan Perlis – Zaman Penjajahan
British, Utusan Publication, Kuala Lumpur. 2001.
5. Habsah Hj Ibrahim, Zainab Awang Ngah et al. Bibliografi aspek-aspek
sosio-budaya penanaman dan penggunaan padi di Malaysia,
Perpustakaan Universiti Malaya, 1981.
36
6. Mohd Isa Othman, Politik Tradisional Kedah 1681-1942, Dewan Bahasa
dan Pustaka, 1990.
7. S.Silvadurai, Padi Farming in West Malaysia, Ministries of Agricultural &
Fisheries. 1972.
8. Laporan Tahunan dari Jabatan Pertanian 1949 – 1964
9. Berita Pertanian (bil.33), Jabatan Pertanian Negeri Kedah, Penggal
Pertama 1965.
10.Mohd Nadzri b. Ismail, Keadaan Ekonomi Padi dan Beras Negeri
Kedah Sewaktu Pentadbiran Jepun dan Thai (1941-1945), Jabatan
Sejarah Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Sesi 1987/88
11.Sharifah Binti Umar, Sejarah Perkembangan Pertanian Padi dan Getah
di Negeri Kedah Sebelum dan Selepas Merdeka (1930-1980an),
Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusian,
Universiti Kebangsaan Malaysia. 1991/92.
12.Jabatan Arkib Negara cawangan Kedah/Perlis
13.MADA
14. Ishak Saat. Ilmu Sejarah : Antara Moden & Tradisi. Karisma
Publication. Shah Alam. 2007.
15.Mohd Yusof Ibrahim. Ilmu sejarah dan Falsafah, Pengertian dan
Kaedah. Dewan Bahasa & Pustaka. 2000.
37