Post on 06-Feb-2018
KAUNSELING
D’PUNCAK
(artikel)
Keluaran Jun, 2016
BIMBINGAN KERJAYA
Pengenalan
Pendidikan yang bermula sejak pra sekolah hingga ke peringkat pengajian tinggi merupakan kunci utama
dalam menentukan kualiti kehidupan seseorang. Sebagai umat Islam kita diwajibkan untuk menuntut ilmu
tidak kira lelaki mahupun perempuan, bahkan mendapat ganjaran disisi Allah sekiranya ilmu yang dipelajari
diamalkan. Tidak kira ditahap mana pendidikan seseorang, hidup perlu diteruskan dengan menceburi bidang
pekerjaan samada makan gaji mahupun bekerja sendiri.
Pendidikan dan kerjaya adalah merupakan dua bidang yang berbeza. Syed Muhammad Qutb menyatakan
bahawa pendidikan adalah proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang. Menurut beliau,
tujuan utama pendidikan ialah untuk memperkembangkan potensi intelek, fizikal, emosi dan rohani manusia
ke arah tahap kesempurnaan. Pendidikan biasanya berlaku secara langsung dan tidak langsung. Manakala
kerjaya pula menurut Super ialah satu siri keadaan yang berlaku secara berturutan dalam kehidupan
seseorang yang berkaitan dengan pemilihan kerjaya, peranan yang dimainkan serta status seseorang itu
sepanjang kehidupannya.
“Ada juga yang memilih kursus bagi memenuhi harapan keluarga atau pun menceburi
bidang pengajian yang gagal dimasuki oleh ibubapa mereka dahulu”
2
Dilema memilih
Di peringkat sekolah menegah pelajar akan dijuruskan ke aliran-aliran yang bersesuaian dengan
keputusan peperiksaan mereka samada aliran sains, perdagangan, perakaunan ataupun vokasional
yang lebih berbentuk kemahiran. Pelajar-pelajar ini (vokasional) akan lebih berjaya jika melanjutkan
pelajaran dalam kursus yang sama kerana jika mereka ingin menukar ke kursus yang berorientasikan
akademik, mereka perlu memberi tumpuan terhadap subjek teras iaitu Matematik dan Sains. Pada
peringkat ini biasanya pelajar berada dalam dilema untuk memilih aliran pengkhususan kerana
mempunyai minat yang pelbagai serta cita-cita yang sering berubah-ubah. Ada yang cenderung ke
bidang sains dan minat kerjaya juga ke arah kerjaya sains, malangnya keputusaan peperiksaan tidak
memihak ke arah cita-cita. Jadi bagaimana pelajar perlu menghadapi dilema ini? Perkara ini berlaku
bukan sahaja di peringkat sekolah Menengah tetapi juga di kalangan pelajar-pelajar pusat pengajian
tinggi.
Melalui pengalaman sebagai kaunselor, terdapat kes-kes di mana pelajar diberhentikan atau pun
mengambil keputusan untuk berhenti kerana tidak berupaya untuk meneruskan bidang berkaitan
semata-mata kerana faktor minat. Setelah menjalani sesi kaunseling didapati ada di antara mereka
memilih kursus bukan berdasarkan pilihan mereka tetapi didorong oleh keluarga/saudara mara. Ada
juga yang memilih kursus bagi memenuhi harapan keluarga atau pun menceburi bidang pengajian yang
gagal dimasuki oleh ibubapa mereka dahulu.
Tindakan remaja dalam memilih bidang pengajian mahupun pekerjaan banyak bergantung kepada
bimbingan yang diperolehi sebelum membuat sesuatu pilihan. Dalam hal ini ibu bapa dan juga pihak-
pihak bertanggungjawab di institusi pendidikan perlu membimbing remaja dalam membuat keputusan
pemilihan pengajian dan kerjaya. Menurut Amir Awang (1983), tiga sebab mengapa berlakunya
kesukaran membuat pemilihan kerjaya ialah;
a) Mempunyai minat dalam pelbagai bidang, minat tidak jelas ataupun tidak mempunyai minat langsung
terhadap apa-apa kerjaya.
b) Pelajar tidak dapat menenetukan dengan sebaiknya minat, kebolehan dan personaliti mereka.
Disebabkan itu, pilihaan kerjaya yang dibuat tidak setimpal dengan sifat-sifat peribadi mereka.
c) Kekurangan pengetahuan dan maklumat tentang pekerjaan.
Remaja perlu menyedari bahawa selain dari pencapaian
akademik, minat, kebolehan, kemahiran, sikap dan
persoanaliti memainkan peranan dalam mendapatkan
bidang pekerjaan yang sesuai .Pada peringkat awal
samada di peringkat sekolah mahu pun pengajian tinggi,
remaja belajar hanya untuk lulus peperiksaan tanpa
memikirkan soal kerjaya. Ada remaja yang memikirkan
kerjaya selepas mereka tamat pengajian. Keadaan ini
sudah pasti menyukarkan mereka untuk memilih bidang
pekerjaan yang bersesuaian dengan minat, personaliti dan
kebolehan mereka. Ketidak selarasan antara minat dan
personaliti dengan pemilihan kerjaya boleh menyebakan
berlakunya pertukaran kerja ataupun pertukaran bidang
pengajian dalam masa yang singkat. Justeru itu dalam
pemilihan kerjaya, adalah penting bagi seseorang remaja
memahami diri mereka – dari aspek kebolehan, minat,
cita-cita, peluang-peluang dan prospek dalam pekerjaan
yang dipilih. Remaja yang jelas dari aspek tersebut akan
bermotivasi untuk meningkatkan pencapaian mereka baik
di peringkat pengajian mahupun kerjaya.
3
Sekiranya tuan/puan ingin mendapatkan perkhidmatan
kaunseling, tuan/puan boleh menghubungi talian berikut
untuk maklumat lanjut:-
Kampus Puncak Alam
03-32584069—Pejabat Am UKK
03-32584107- Hjh Siti Aluyah
Mohd Ali
03-32584084—Hamidah Abdul
Ninggal
03-32584075— Hjh Rozainun
Mahmod
03-32584085— Mawaddah Fida
Farid
03-32584094—Azila Bakri
03-32584074– Nurfatihah Aziz
03-32584085—Mohd Zulkhairi
Ibrahim
Kampus Puncak Perdana
03-79622326—Sulaiman Selamat
Kampus Dengkil
03– 89245205 - Marlizawati
Mohamat
03-89245336 - Syeriefa
Zulaikha Asni
PENGARUH LAYANAN IBUBAPA TERHADAP PEMILIHAN KERJAYA ANAK
Ibubapa memainkan peranan penting dalam membentuk personaliti dan sikap
remaja dalam membuat keputusan termasuklah pemilihan kerjaya. Ibubapa
janganlah memaksa anak-anak untuk memilih bidang yang tidak diminati kerana
yang akan mengalami suka duka belajar adalah remaja tesebut. Bantulah mereka
memilih bidang pengajian bersesuaian dengan minat, cita-cita dan juga personaliti
diri mereka.
Menurut Anne Roe dalam teori pemilihan kerjaya, kecenderungan pemilihan kerjaya
juga dipengaruhi oleh gaya layanan ibubapa kepada anak-anak mereka. Gaya
layanan tersebut ialah gaya layanan mesra, gaya layanan dingin dan gaya layanan
menumpu.
A) Gaya layanan Mesra
Mesra bersahaja
Ibubapa memberi kasih sayang yang sederhana, memberi perhatian kepada
mereka apabila ada masa lapang, mempunyai peraturan tetapi tidak
dikuatkuasakan.
Mesra pengasih
Memberi kasih sayang pada anakn-anak, membantu anak dalam menyelesaikan
masalah, memberi pujian dan kebebasan yang munasabah
B) Gaya layanan menumpu
Terlampau melindungi
Memberi pujian dan ganjaran yang berlebih-lebihan pada anak serta seringkali
mencampuri urusan anak. Memenuhi segala keperluan fisiologi anak mereka.
Terlampau menuntut
Ibubapa ini selalunya menyediakan piawaian yang tinggi untuk diikuti oleh anak.
Peraturan yang dibuat sangat keras , tegas dan anak-anak pula tidak boleh
membantah atau memberi pendapat. Mereka mahu anak-anak melibatkan diri
dalam aktiviti yang berguna menurut pandangan mereka selain cenderung
mendenda dan membatasi hubungan anak-anak dengan rakan sebayanya.
menghina anak.
4
C) Gaya layanan Dingin
Dingin mengabai
Ibubapa ini kurang memberi perhatian dan kasih sayang pada anak serta tidak
menepati janji.
Dingin Mengelak
Tidak mengambil berat, selalu merendah-rendahkan kebolehan anak dan seringkali
menghina anak.
Menurut Ann Roe bagi anak-anak yang dibesarkan dalam suasana yang tidak diterima mereka lebih cenderung untuk menjauhi orang lain. Mereka mungkin menjadi agresif atau mengelak dan lebih cenderung untuk bekerja dengan data atau benda berbanding dengan manusia. Orientasi pekerjaan adalah dalam sektor teknologi dan sains. Anak-anak yang dibesarkan oleh ibu bapa yang terlalu melindungi atau meletakkan standard yang telalu tinggi terhadap mereka akan menjadi seorang yang sangat mementingkan pandangan orang lain terhadap diri mereka dan ingin mempunyai kedudukan yang kuat dalam hubungan mereka dengan orang lain. Dalam pemilihan pekerjaan mereka akan lebih berorientasikan manusia seperti bidang perkhidmatan, perniagaan dan kesenian. Bagi anak-anak yang dibesarkan oleh ibu bapa yang menerima dan mendidik mereka dengan baik pula akan menunjukkan minat mereka terhadap manusia berbanding data dan benda.
Kesimpulan
Sebagai remaja walau apapun gaya layanan yang diberikan, tiga perkara penting dalam
pemilihan kerjaya ialah mengenalpasti potensi diri (personaliti, minat, nilai dan
pencapaian akademik), mengenalpasti keperluan-keperluan pekerjaan serta
memadankan potensi diri dengan kerjaya yang bersesuaian. Justeru itu dapatkan
khidmat kaunselor bagi membimbing anda mengenalpasti potensi diri melalui inventori
psikologi berkaitan.
Rujukan:
1. Hairunnaja Najmuddin. (2006) . Remaja Pendidikan & Kerjaya, PTS, Kuala Lumpur
2. Sidek Mohd Noah.(2002). Perkembangan kerjaya : Teori & Praktis, UPM, Serdang
Oleh : Hamidah Abdul Ninggal Unit Kerjaya
5