Post on 20-Jun-2015
KEMAHIRAN PENUTUP
1.10 PENGENALAN
1.11 Definisi:
Penutup pengajaran adalah suatu aksi atau penyataan dari guru yang direka khas untuk
menandakan guru akan membawa sesuatu persembahan kepada satu kesimpulan yang sesuai.
Proses penutup merupakan satu usaha guru secara sedar atau di sengajakan untuk membantu
pelajar menyusun semula maklumat yang telah dipersembahkan kepada mereka dan akhirnya
dapat melihat kaitan antara maklumat tersebut. Penutup kepada sesuatu proses pengajaran dan
pembelajaran mencakup aspek:
Melengkapkan sesuatu aksi pengajaran.
Menerangkan makna pembelajaran yang telah dilaksanakan.
Menjawab persoalan penting kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang baru
berlalu.
Bagaimanakah guru menamatkan pelajaran supaya murid-murid mengetahui arah yang dituju
dan objektif-objektif pengajaran? Guru boleh mengukuhkan apa yang mereka telah pelajari
dengan menumpukan perhatian kepada butir-butir utama atau mengemukakan soalan-soalan
untuk difikirkan.
Soalan-soalan tersebut tidak semestinya memerlukan jawapan yang tertentu. Adalah memadai
jika soalan-soalan itu berjaya menjolok fikiran murid-murid untuk melanjutkan pemahaman
mereka tentang perkara-perkara yang baru dipelajari. Penutup haruslah sesuai dengan objektif
dan aktiviti pelajaran yang telah disampaikan. Semasa penutup ini aktiviti susulan juga harus
dirancang dengan teliti dan ada kesinambungan dengan pelajaran akan datang.
1.2 Kaedah menutup sesi pengajaran:
Aktiviti menutup pengajaran termasuk:
Memperuntukan masa yang cukup untuk membuat penutup. Langkah dalam membuat
penutup perlu dirancang supaya pengajaran kita tidaklah sampai kedetik terakhir masa
kelas tersebut dan kita gagal melaksanakan aktiviti penutup.
Mempastikan pelajar tahu bahawa pengajaran anda telah tamat dengan menggunakan
ungkapan seperti “sekian sahaja kelas kita …” ataupun “anda boleh tutup buku
sekarang” atau dengan berkata “kita akan tamatkan kelas dalam masa tiga minit lagi”…
Mengulangkaji isi-isi penting dalam pengajaran.
Meminta pelajar membuat rumusan tentang apa yang telah dipelajari.
Bertanya pelajar soalan seperti “apa yang anda telah belajar”, “apa yang anda ingin tahu
lagi?”, dan “adakah perkara yang anda tidak faham atau masih keliru tentang kuliah hari
ini?”, “Bagaimana anda bleh gunakan maklumat pelajaran hari ini?”.
Memuji pelajar tentang apa yang mereka lakukan dalam kelas seperti: “Saya bangga
melihat anda semua aktif dalam kerja kumpulan hari ini”.
Menggunakan teknik “ritual” seperti membaca doa, menutup pelajaran dengan lagu, dan
ada yang membuat bulatan dan berkongsi idea tentang apa yang telah di pelajari.
Penilaian Kemahiran Menutup Pengajaran
Aspek 1 2 3 4 5
Guru memperuntukan masa untuk penutup
Terdapat penglibatan pelajar dalam membuat
rumusan.
Pelajar dapat memberi makna kepada isi pelajaran
dan dapat mengaitkan kegunaannya.
Guru prihatin dengan penglibatan pelajar dalam
kelas dan memberi pujian atau teguran
Skala: 1 = amat lemah, 2. = lemah, 3 = kurang baik, 4 = baik, 5 = sangat baik
1.3 Komponen penutup
Komponen penutup terbahagi kepada dua iaitu:
1) Perkaitan kognitif
- Mengulangi isi-isi penting
- Menjalankan aktiviti penilaian
- Mencadangkan aktiviti susulan
- Menjalankan aktiviti pengukuhan
2) Perkaitan sosial
- Menimbulkan perasaan pencapaian pelajar
- Memberi peneguhan positif
- Mewujudkan perasaan ingin tahu
- Memotivasikan perasan ingin tahu
- Mengaitkan dengan pelajaran yang akan datang.
Senarai Semak Komponen Kemahiran Penutup
Komponen Kemahiran Penutup Catatan
Ber
kai
t K
ogn
itif
Membuat rumusan
Mengulang isi penting
Aktiviti penilaian
Aktiviti susulan
Aktiviti pengukuhan
Ber
kai
t S
osia
l
Menimbulkan perasaan
Memberi peneguhan
Perasaan ingin tahu
Motivasi
Mengaitkan pelajaran akan datang
Ak
tivi
ti y
ang
dil
aku
kan
di
Bah
agia
n P
enu
tup
Rumusan
Pengukuhan
Penilaian
Guru perlu menilai pembelajaran murid, sama ada secara langsung atau tidak langsung, di
sepanjang proses pengajaran. Melalui penilaian yang konsisten dan berterusan, guru dapat
mengesan sebarang masalah pembelajran yang dihadapi murid, seterusnya mengambil tindakan
segera untuk mengatasinya. Di samping menilai pemahaman murid, guru perlu menganalisis dan
menilai keberkesanan perancangan dan pengajarannya (iaitu, refleksi kendiri), sebaik sahaja
sesuatu pengajaran tamat.
2.0 KEMAHIRAN MENILAI HASIL PENGAJARAN
2.1 Kepentingan hasil pembelajaran
Langkah pertama dalam pembelajaran ialah guru harus menentukan hasil pembelajaran
untuk sesuatu unit pembelajaran atau tajuk. Penentuan hasil pembelajaran adalah penting
kerana penentuannya dapat:
a. Menyatakan apa yang perlu dikuasai oleh pelajar.
b. Menolong guru memberi tumpuan dalam penguasaan hasil pembelajaran.
c. Membantu guru dalam merancang dan menggunakan pelbagai kaedah
pembelajaran dan alat bantu mengajar yang berkesan untuk pelajar menguasai
hasil pembelajaran itu.
d. Menolong guru dalam membina ujian formatif dan sumatif.
Di negara maju, trend pendidikan sekarang adalah ke arah penguasaan hasil
pembelajaran. Pelajar harus juga tahu apa hasil pembelajaran yang mesti dikuasai supaya
mereka boleh memberi tumpuan untuk belajar dan menguasai apa yang dikehendaki.
2.2 Maksud Hasil Pembelajaran
Hasil pembelajaran ialah apa yang boleh ditunjukkan oleh pelajar tentang pengetahuan dan
kebolehan membuat sesuatu selepas sesuatu perkara diajar.
Contoh hasil pembelajaran ialah:
a. Menamakan ibu kota bagi setiap negeri di Malaysia
b. Mengenal pasti kata nama dan kata kerja dalam satu ayat
c. Menambah sebarang dua nombor tidak lebih daripada 1000
d. Membanding dan membezakan haiwan dan tumbuhan
e. Memberi sebab-sebab mengapa kerajaan awal wujud di pesisiran pantai
f. Menerangkan kepentingan kebersihan
g. Melukis seekor kucing
h. Mengetam sekeping papan
i. Memukul bola hoki yang bergolek
Perkaitan di antara hasil pembelajaran dan proses pengajaran dan pembelajaran ditunjukkan
dalam Rajah 2. Pengalaman pembelajaran yang diberi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bukanlah hasil pembelajaran tetapi hanya merupakan cara untuk mencapai hasil
pembelajaran. Isi kandungan, kaedah emngajar dan bahan pengajaran dalam proses pengajaran
merupakan alat atau cara untuk mencapai hasil pembelajaran. Tentukan anda boleh mengenal
pasti dan membezakan hasil pembelajaran daripada isi kandungan, proses pengajaran dan
pkroses pembelajaran.Contohnya diberi dalam Jadual 1.
Jadual 1: Jenis Pernyataan dalam P&P
Pernyataan Jenis
a) Benda hidup boleh bergerak, makan,
bernafas, merespons kepada stimuli.
Isi kandungan
b) Untuk menambahkan pengetahuan
pelajar tentang sifat benda hidup
Proses pengajaran
c) Memperoleh pengetahuan tentang sifat
benda hidup
Proses pembelajaran
d) Memahami sifat benda hidup Hasil pembelajaran umum
e) Menghuraikan sifat benda hidup Hasil pembelajaran khusus
1. Pernyataan 'a' hanya menyatakan isi kandungan dan tidak menyatakan sama ada pelajar
harus menyenaraikan, mengenalpasti atau menghuraikan sifat benda hidup.
2. Pernyataan 'b' bermaksud guru dan bukan pelajar yang akan menambahkanpengetahuan
mengenai sifat benda hidup dan pernyataan ini merupakan proses pengajaran.
3. Pernyataan 'c' bermakna pelajar memperolehi pengetahuan dan pernyataan ini merupakan
proses pembelajaran dan bukan hasil pembelajaran.
4. Pernyataan 'd' bermaksud pelajar dapat memahami dan pernyataan ini adalah hasil
pembelajaran umum dan bukan khusus kerana "memahami sifat benda hidup" melibatkan
pelbagai hasil pembelajaran khusus seperti:
a. Menyatakan sifat benda hidup
b. Mengenal pasti sifat benda hidup
c. Menerangkan sifat benda hidup
d. Memberi contoh benda hidup
e. Membezakan benda hidup dan benda bukan hidup
f. Mengkelaskan benda ke dalam kumpulan benda hidup dan benda bukan hidup.
5. Pernyataan 'e' bermakna pelajar menghuraikan dan pernyataan ini merupakan hasil
pembelajaran khusus.
Dalam pembelajaran guru harus menentukan hasil pembelajaran khusus kerana mudah dinilai. Di
sekolah menengah, guru boleh menyatakan hasil pembelajaran yang umum dengan berfokuskan
kepada beberapa hasil pembelajaran khusus.
2.3 Pernyataan Hasil Pembelajaran
Hasil pembelajaran boleh dinyatakan dalam
a) Bentuk:
i. Hasil Pembelajaran Umum
ii. Hasil Pembelajaran Khusus
b) Bidang:
i) Kognitif
ii) Afektif
iii) Psikomotor
c) Aras:
i) Satu
ii) Dua
iii) Tiga (lebih tinggi)
2.31 Menyatakan hasil pembelajaran dalam bidang kognitif
1. Bidang kognitif termasuk hasil pembelajaran yang menegaskan hasil intelek seperti
pengetahuan, pemahaman dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
2. Hasil pembelajaran boleh dikategorikan ke dalam enam kategori berikut mengikut
Taksonomi Bloom:
a. Pengetahuan:
Mengingat kembali sesuatu istilah, fakta, konsep, prinsip, hukum, kaedah, cara
atau prosedur.
b. Kefahaman:
Kebolehan menerangkan sesuatu istilah, fakta, konsep, prinsip, hukum, kaedah,
cara atau prosedur dengan perkataan sendiri.
c. Aplikasi:
Kebolehan menggunakan sesuatu istilah, fakta, konsep, prinsip, hukum, kaedah,
cara atau prosedur dalam situasi yang baru
d. Analisis:
Kebolehan memecahkan konsep, kaedah, cara atau prosedur kepada bahagian-
bahagian dan mengenal pasti perkaitan di antaranya.
e. Sintesis:
Kebolehan mencantumkan unsur-unsur atau konsep-konsep supaya mendapat satu
corak atau struktur yang bermakna.
f. Penilaian:
Kebolehan menilai sesuatu idea, konsep, prinsip, kaedah, cara, prosedur, projek
atau tindakan.
3. Guru boleh menyatakan hasil pembelajaran umum dengan menggunakan perkataan kata
kerja berikut contonya:
Pelajar dapat
- mengetahui sesuatu istilah, fakta, konsep, prinsip, hukum, kaedah, cara atau
prosedur.
- memahami sesuatu istilah, fakta, konsep, prinsip, hukum, kaedah, cara atau
prosedur.
- mentafsir sesuatu bahan bahasa, rajah, carta atau graf
- menggunakan atau mengaplikasikan sesuatu konsep, prinsip, hukum, kaedah, cara
prosedur dalam situasi yang baru.
- menyelesaikan sesuatu masalah
- menganalisis sesuatu konsep, prinsip, kaedah, cara, prosedur atau hasil.
Guru boleh menyatakan hasil pembelajaran khusus dengan perkataan kata kerja berikut
(Gronlund N.E., 1970)
Pelajar dapat:
(a) Pengetahuan:
melabel memadan menama
mendefinisi mengenal pasti menyatakan
menyebut menyenarai
(b) Kefahaman:
memberi contoh memperluaskan menambah
menganggar menerang Menghurai
(c) Aplikasi:
menemui mengait menggunakan
menghasil mengira mengubah suai
menukar menunjukkan menyediakan
menyelesaikan meramal
(d) Analisis
membahagi membanding membeza
membuat inferens memecahkan memilih
mengasing mengilustrasi menyusun
(e) Sintesis:
bercerita bertutur berucap
membina semula membuat generalisasi mencantumkan
mengarang mengkategori mengkelaskan
mengumpul menjana merancang
menulis meringkas merumus
(f) Penilaian:
membuat kesimpulan mempertahankan mempertikaikan
mengkritik menilai menyokong
Guru boleh menambahkan hasil pembelajaran yang lain yang tidak terkandung dalam senarai di
atas.
2.2 Menyatakan Hasil Pembelajaran Dalam Bidang Afektif
1. Bidang afektif termasuk hasil pembelajaran yang menegaskan rohani dan emosi seperti
sikap dan nilai.
Nilai murni sarwajagat berikut harus diserapkan dalam setiap mata pelajaran:
baik hati kebebasan kerjasama
berdikari keberanian kesederhanaan
hemah tinggi kebersihan fizikal &
mental
kesyukuran
hormat kejujuran rasional
keadilan kerajinan semangat bermasyarakat
Guru boleh menyatakan hasil pembelajaran umum dengan menggunakan perkataan kata kerja
berikut contohnya:
Menyedari tentang sesuatu
Menerima sesuatu seperti teguran, nasihat, tugas, penerangan, tanggungjawab,
wujudnya perbezaan, kepercayaan
Memahami kepentingan tentang sesuatu sikap, nilai, peraturan
Menghargai sesuatu
Menggunakan sesuatu sikap positif atau nilai dalam situasi yang baru
Menunjukkan kepekaan, minat, keseronokan, keselamatan, kesabaran, atau
sesuatu sikap yang positif seperti proaktif, bertanggungjawab, timbang rasa, ingin
tahu, ingin menyelesaikan masalah dan tekun.
Guru boleh menyatakan hasil pembelajaran khusus dengan menggunakan perkataan kata kerja
seperti berikut contohnya:
Berbincang dengan kawan, rakan atau dalam kumpulan
Bercakap dengan sopan santun
Berpakaian kemas dan bersih
Membantu kawan, rakan atau orang ramai
Mengamalkan sesuatu amalan yang baik
Mematuhi arahan atau peraturan
Menerangkan sesuatu sikap atau amalan murni
Menyusun dengan kemas dan teratur
2. Guru harus tahu bahawa hasil pembelajaran dalam bidang afektif mengambil masa yang
panjang untuk dikuasai dan ia susah dinilai.Walau bagaimanapun gur harus menyerapkan
sikap yang positif dan nilai murni di kalangan pelajar semasa pengajaran dan
pembelajaran.
2.3 Menyatakan hasil pembelajaran dalam bidang psikomotor
1. Bidang psikomotor termasuk hasil pembelajaran yang menegaskan kemahiran gerakan seperti
penulisan, menaip, berenang, melompat tinggi, bermain, melukis, membina sesuatu dan
mengoperasi mesin atau alat.
2. Guru boleh menyatakan hasil pembelajaran umum dengan menggunakan perkataan kata kerja
seperti berikut contohnya:
Pelajar dapat:
Bermain sesuatu permainan alat muzik
Menulis dengan cepat dan tulisan mudah dibaca
Melakar sesuatu
Memasang sesuatu
Menaip dengan cara betul
Membaiki sesuatu
3. Guru boleh menyatakan hasil pembelajaran khusus dengan menggunakan perkataan kata kerja
berikut:
Berenang berlari Melompat
Memaku memanaskan Memangkas
Memasangkan Membaja Membakar
Membaling Membalut Membersihkan
Membuat Membuka memegang
Selain daripada senarai di atas, guru boleh menambahkan hasil pembelajaran yang lain.
2.4 Hasil Pembelajaran Dapat Dikenal Pasti Dalam Huraian Sukatan Pelajaran
1. Guru boleh mengenal pasti hasil pembelajaran khusus yang terkandung di bawah
pelbagai lajur seperti:
a. Objektif atau objektif khusus
b. Huraian atau huraian kandungan
c. Kemahiran, kemahiran saintifik, atau kemahiran berfikir
d. Aktiviti atau kegiatan
e. Nilai
f. Unsur patriotism
g. Catatan
2. Guru harus membezakan hasil pembelajaran yang khusus daripada yang umum dalam
bidang kognitif, afektif dan psikomotor seperti diterangkan di atas. Sekiranya hasil
pembelajaran itu telah dinyatakan secara umum, guru boleh menyatakannya semula
secara khusus dengan panduan yang diberi.
3. Beberapa contoh HSP diberi di bawah untuk menunjukkan bagaimana guru boleh
mengenal pasti atau menyatakan hasil pembelajaran khusus.
2.41 Contoh HSP Matematik KBSR: Tahun 4
1. HSP tentang satu kemahiran matematik, “2. Menambah dalam lingkungan 10 000”
ditunjukkan dalam Jadual 1
2.
Contoh HSP Matematik KBSR: Tahun 4
1. HSP tentang satu kemahiran matematik, "2. Menambah dalam
lingkungan 10 000" ditunjukkan dalam Jadual 3.
Jadual 3
Kandungan Dalam
Sukatan Pelajaran
Huraian Nota
2.5 Menambah
sebarang dua nombor
dengan mengumpul
semula dan hasil
tambahnya tidak lebih
daripada 10 000
1. Menambah sebaran
dua nombor tanpa
emngumpul semula dan
hasil tambahnya kurang
daripada 10 000.
1.1 Menambah
sebarang dua gandaan
seribu yang hasil
tambahnya tidak lebih
daripada 9 000:
Pelajar perlu dibimbing
mengulang fakta asas
tambah terlebih dahulu.
Gunakan pembilang
sebagai panduan pada
peringkat awal bagi
kemahiran 1.1 - 1.3.
Contoh bagi kemahiran
1.1(b):
1. 1 000 + 2 000=
a. secara lisan
b. secara bertulis
_____
2. 4 000
+2 000
--------
2. Hasil pembelajarankhusus dinyatakan di bawah lajur Huraian dan
beberapa hasil pembelajaran khusus diberi, misalnya:
"1.1 Menambah sebarang dua gandaan seribu yang hasil tambahnya tidak lebih
daripada 9000:
a. secara lisan
b. secara bertulis
Contoh HSP Sains KBSR: Tahun 4
Jadual 4
Objektif PencapaianCadangan Pengalaman
PengajaanObjektif Umum Objektif Khusus
2. Memahami bahawa
sifat fizikal dan ciri
haiwan dan tumbuhan
boleh digunakan untuk
mengkelaskan kehidupan
2.1 Mengenal sifat-sifat
fizikal yang boleh dilihat
pada haiwan
2.2 Membezakan haiwan
mengikut sifat-sifat
Memerhati sifat-sifat
fizikal yang terdapat pada
haiwan
Mengkelaskan haiwan
mengikut sifat fizikal
fizikal yang dikenal pasti seperti berlulu, bersisik,
berkaki, berkepak dan
bercengkerang
1. Satu contoh HS{ dalam bidang "Alam kehidupan" di beri dalam Jadual
4.
2. Hasil pembelajaran umum dinyatakan di bawah lajur objektif umum
3. Hasil pembelajaran khusus yang mesti dikuasai dinyatakan di bawah
lajur objektif khusus.
Contoh HSP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan KBSR: Tahun 4
1. Satu contoh HSP tentang Topik 3.3 "Keselamatan Api" diberi dalam
Jadual 5.
2. Hasil pembelajaran khusus dinyatakan bawah lajur Objektif
Pembelajaran.
3. Hasil pembelajaran khusus tambahan diberi bawah lajur Kegiatan
Jadual 5
Objektif Pembelajaran Kegiatan Catatan
Pelajar boleh:
i. Menyatakan langkah
pencegahan kebakaran
Mengumpul dan
menampal keratan
akhbar, rencana dan
majalahtentang langkah
pencegahan kebakaran
yang diambil oleh pihak
tertentu.
Rujuk Tajuk 2: Sukan dan
Rekreasi:
2.2 Jadual Harian
Rumusan
Hasil pembelajaran ialah apa yang boleh ditunjukkan oleh pelajar tentang
pengetahuan dan kebolehan membuat sesuatu selepas sesuatu perkara diajar.
Penentuan hasil pembelajaran adalah penting kepada guru agar mengutahui apa
yang perlu dikuasai oleh pelajar, member tumpuan kepada penguasaannya,
merancang kaedah-kaedah mengajar dan membina ujian formatif dan sumatif.
Hasil pembelajaran khusus boleh dinilai dengan mudah dan harus dibezakan
dengan hasil pembelajaran umum atau kenyataan lain yang merupakan isi
kandungan, proses pengajaran dan proses pembelajaran.Hasil pembelajaran
boleh dinyatakan dalam bentuk, bidang, dan aras. Hasil pembelajaran dalam
bidang kognitif menegaskan hasil intelek dan boleh dikategorikan mengikut
Taksonomi Bloom seperti pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis
dan penilaian. Hasil pembelajaran dalam bidang afektif menegaskan hasil
rohani dan emosi termasuk sikap dan nilai dan perlu diserapkan walaupun
susah untuk dinilai dalam jangkamasa yang pendek.Hasil pembelajaran dalam
bidang psikomotor menegaskan kemahian gerakan. Guru perlu merujuk kepada
pelbagai dokumen kurikulum khasnya huraian sukatan pelajaran.
Rujukan
Tang Chee Yee (1988) Panduan Latihan Mengajar. Selangor : Fajar Bakti Sdn.Bhd
Abd Aziz Abd Talib (2000) Pedagogi Bahasa Melayu:Prinsip, Kaedah dan Teknik.
Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Ralph W.Tyler (1991) Prinsip Asas- Kurikulum dan Pengajaran. Johor : Unit
Penerbitan Akademik Universiti Teknologi Malaysia Skudai.
http://www.teachersrock.net/masteri2.htm