Post on 28-Apr-2015
NAMA AHLI KUMPULAN:MOHAMMAD SAIFUL BIN BOHARI
FATIN SYAZRINA BINTI MOHD YUSOFNUR SYAHMIMI BINTI IBARAHIM
NURUL NAJIAH BINTI AWANG
NAMA PENSYARAH:PUAN NOOR ZAMRINA
INTERVENSI AWAL
Intervensi awal (early intervention) yang diatur untuk kanak-kanak berkeperluan khas sejak lahir hingga 6 tahun adalah sangat penting.
Intervensi awal terdiri daripada gabungan usaha pendidikan, maklumat tentang pemakanan, perkembangan kemahiran motor, penjagaan diri, interaksi sosial dan sokongan keluarga yang dilaksanakan sejurus selepas ketidakupayaan dikenal pasti (Hanson & Lynch, 1989).
Intervensi awal boleh merupakan pengukuhan penguasaan bahasa, mempertingkatkan kemahiran matematik, memperkembangkan kemahiran motor dan interaksi sosial.
DEFINISI
Intervensi awal yang intensif bertujuan untuk mengurangkan kesan sesuatu kurang upaya kepada pembelajaran dan mengelaknya menjadi lebih ketara apabila kanak-kanak memasuki sekolah rendah.
MENGAPA AMALAN INTERVENSI AWAL TIDAK BERLELUASA? ◦Salah satu sebab ialah kadar
pertumbuhan kanak-kanak yang sukar dijangkakan terutama pada peringkat umur yang muda.
Golongan pendidik enggan mencadangkan kanak-
kanak prasekolah yang menghadapi kesukaran belajar
mengikuti program pendidikan khas (Lerner, 2003).
Mereka lebih cenderung untuk mengaitkan kanakk-
anak yang menghadapi masalah pembelajaran dengan
perkembangan lewat (late developers) dan perlu diberi
lebih banyak masa.
Ini telah menyebabkan kanak-kanak berkenaan tidak
mendapat perkhidmatan pendidikan khas yang
sewajarnya dan akhirnya gagal untuk menguasai
kemahiran asas.
Contohnya, kanak-kanak dyslexia [disebut ‘dis-lek-sia] (sejenis masalah penyakit yang menjejaskan kemahiran bacaan), tidak dapat membaca pada tahap kanak-kanak lain ditafsir oleh guru sebagai lewat berkembang dan perlu diberi lebih banyak masa.
Bagi kebanyakan murid sekolah rendah, masalah pembelajaran menjadi jelas apabila mereka gagal untuk menguasai kemahiran membaca, menulis dan menyelesai masalah matematik.
Tingkah laku yang sering dilihat ialah ketidakupayaan untuk memberi tumpuan dan lemah dalam kemahiran motor (contohnya, tidak boleh bergerak dengan pantas).
Lama kelamaan kurikulum menjadi semakin susah, apabila mereka dikehendaki mempelajari bidang-bidang ilmu lain seperti sains dan sains sosial.
Setelah beberapa tahun mengalami kegagalan dalam bidang akademik, masalah emosi mula muncul yang menghalang interaksi dengan murid lain.
Oleh itu, intervensi awal sangat penting untuk membantu kanak-kanak ini (Lerner, Lowenthal dan Egan 2003).
Para ibu bapa dan guru tidak harus berputus asa terhadap kanak-kanak berkeperluan khas.
Sebaliknya, mereka harus memberikan sokongan sepenuhnya melalui usaha intervensi awal.
Persamaan antara intervensi berpusatkan
pelajar, berpusatkan guru dan berpusatkan
keluarga
Bergantung kepada keupayaan sendiri untuk menentukan
strategi pembelajaran yang digunakan
Mampu mengawal tingkah laku pelajar
bermasalah pembelajaran
Sesuai digunakan pada tahap pemerolehan pengetahuan dan
kemahiran
Membolehkan pemantauan terhadap tahap kemajuan kanak-
kanak bermasalah pembelajaran
dilaksanakan dengan mudah
Melatih pelajar bermasalah
pembelajaran untuk berdikari dalam
menghadapi proses pembelajaran
Perbezaan antara intervensi berpusatkan
pelajar, berpusatkan guru dan berpusatkan
keluarga
Berpusatkan pelajar Berpusatkan guru Berpusatkan keluarga
lebih sesuai bagi pelajar yang berkemampuan mengawal tingkah laku sendiri
memerlukan guru memainkan peranan utama dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
memerlukan komitmen yang tinggi daripada setiap ahli sesebuah keluarga
Membawa imej tentang pelajar yang berdikari, bergantung pada diri sendiri dan berjaya mengendalikan proses-proses pembelajaran dalam kelas biasa.
adalah satu kaedah yang berkesan untuk mengajar dan mengawal pelajar bermasalah pembelajaran dan tingkah laku
kanak-kanak dilihat sebagai sebahagian daripada sistem sesebuah keluarga
Berpusatkan pelajar Berpusatkan guru Berpusatkan keluarga
pelajar memainkan peranan utama tetapi masih mendapatbimbingan dalam beberapa perkara daripada guru kelas.
guru yangmenentukan jenis strategi yang perlu digunakan, model dan demonstrasi, memberia rahan kepada kanak-kanak dan memantau kemajuan mereka
Apabila ibubapa dilibatkan dalamproses intervensi, keluarga itu akan menjadi elemen yang mustahak dalam proses pembelajaran kanak-kanak berkenaan.
melatih pelajar untuk‘berdiri di atas kaki
sendiri’.(c)
Intervensi berpusatkan guru sepenuhnya sesuai digunakan pada tahap pemerolehan pengetahuan dan kemahiran
pendekatan ini juga mampu mengeratkan hubungan kekeluargaandan meningkatkan kefahaman tentang keperluan individu berkeperluan khas
Berpusatkan pelajar Berpusatkan guru Berpusatkan keluarga
guru yangmenentukan jenis strategi yang perlu digunakan, model dan demonstrasi, memberiarahan kepada kanak-kanak dan memantau kemajuan mereka.
Pelajar akan diajarprosedur-prosedur kawalan diri, menentukan matlamat yang realistik, menanganikekecewaan dan cara mengatasi masalah.
memperbaiki interaksi di antarakanak-kanak dengan golongan dewasa
Kepentingan Intervensi Awal Kepada Kanak-kanak Berkeperluan
Khas
Membekalkan perkhidmatan, pendidikan dan sokongan kepada kanak-kanak yang berisiko atau yang mengalami kelambatan dalam perkembangan fizikal atau mental yang akan mempengaruhi perkembangan dan menghalang pembelajaran.
Mengurangkan kesan kelambatan perkembangan yang dialami
Mengelakkannya menjadi serius
Memaksimumkan potensi kanak-kanak berkeperluan khas
Mengurangkan bebanan masyarakat
Meningkatkan perkembangan kanak-kanak dalam bidang utama (komunikasi & mobiliti)
Meningkatkan keyakinan kanak-kanak
Mengelakkan berlakunya masalah pada masa hadapan
Mempertingkatkan perkembangan serta pendidikan kanak-kanak
Mengurangkan perbelanjaan pendidikan khas, rehabilitasi dan keperluan kesihatan
Mengurangkan perasaan keseorangan, tekanan dan kekecewaan yang mungkin dialami oleh keluarga
Membantu kanak-kanak membesar dengan menjadi individu yang produktif dan mampu berdikari