Post on 16-Apr-2017
FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR MEMILIH PROGRAM KULINARI DI KOLEJ KOMUNITI NIBONG TEBAL, PULAU PINANG
Nurdzifazura Binti Dziyauddin
ierad@yahoo.com
Emyzatul Najlaa’ Binti Roslin
najlaa_me@yahoo.com
Kolej Komuniti Nibong Tebal, Pulau Pinang
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mendorong pelajar memilih
program kulinari di Kolej komuniti Nibong Tebal, Pulau Pinang. Faktor-faktor yang diutarakan
dari segi minat, pengaruh ibu bapa, pengaruh rakan sebaya dan kerjaya. Kajian ini melibatkan 52
pelajar ambilan Mac, Julai dan November 2014 yang mengikuti Program Kulinari di Kolej
Komuniti Nibong Tebal pada peringkat Sijil Kolej Komuniti (Modular). Data mentah dikutip
menggunakan soal selidik yang diedarkan kepada responden. Data yang diperolehi, kemudian
dianalisis seterusnya dilaporkan secara deskriptif. Pada keseluruhannya, dapatan kajian
menunjukkan responden memberikan reaksi yang positif terhadap aspek-aspek yang dikaji. Hasil
kajian mendapati faktor kerjaya merupakan faktor paling tinggi yang mendorong pelajar memilih
program kulinari di samping faktor lain seperti minat, pengaruh ibu bapa dan pengaruh rakan
sebaya.
Kata Kunci: faktor, mendorong, program kulinari
SEMINAR PENYELIDIKAN KOLEJ KOMUNITI ZON UTARA (SPEKKU) 2015 | 1
1.0 Pengenalan
Pemilihan program untuk melanjutkan pelajaran merupakan suatu perkara yang penting kerana ia
memberi kesan jangka panjang kepada pelajar. Perkembangan pendidikan yang pesat di negara
ini telah membuka banyak peluang dan ruang kepada pelajar lepasan SPM dan STPM untuk
menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Menurut Nadzri Mohammad dan Abu
Osman Md. Tap (2002) di dalam Nurzatil et. al (2015), proses membuat pemilihan tempat dan
kursus pengajian juga menjadi semakin sukar kerana semua Institut Pengajian Tinggi (IPT) ini
menawarkan pelbagai pilihan program berkualiti dan berdaya saing yang bertujuan menarik
perhatian pelajar.
Nadzri Mohamad dan Abu Osman Md. Tap (2002) di dalam Nurzatil et. al (2015)
pemilihan universiti juga amat berkait rapat dengan kursus yang akan diikuti oleh pelajar bagi
mencapai cita-cita mereka. Ia perlu kepada persediaan dan perancangan rapi terutama dalam
mendapatkan maklumat berkenaan bidang kerjaya yang boleh diceburi selepas tamat pengajian.
Ketepatan pemilihan kursus pengajian berkait rapat dengan maklumat yang diperolehi oleh
seseorang tentang sesuatu kerjaya. Pemilihan ini juga boleh digambarkan menerusi pemilihan
pelajar terhadap bidang pengajian dan pusat pengajian tinggi tertentu.
Industri kulinari yang semakin berkembang pesat juga menjadi faktor pemilihan kursus
ini. Kewujudan hotel dan restoran yang bertaraf antarabangsa, membuka peluang pekerjaan,
sekaligus menyumbang kepada permintaan dalam kulinari. Kenyataan ini disokong oleh Mohd
Rizal dan Rusli Radzi (2008), di Malaysia, industri hospitaliti sedang rancak berkembang dengan
adanya banyak kemudahan hotel dan restoran yang bertaraf antarabangsa. Perkembangan yang
paling pesat berlaku pada tahun 1990an yang mana banyak syarikat hotel gergasi telah bertapak
di Malaysia.
SEMINAR PENYELIDIKAN KOLEJ KOMUNITI ZON UTARA (SPEKKU) 2015 | 2
2.0 Latar Belakang Masalah
Dalam dunia pekerjaan masa kini, kemahiran teknikal adalah salah satu kemahiran yang sangat
diperlukan oleh para majikan di luar sana. Salah satu kemahiran yang semakin mendapat tempat
dikalangan para pelajar masa kini adalah kemahiran dalam bidang masakan atau lebih di kenali
dengan bidang kulinari. Sehubungan dengan itu, satu kajian telah dijalankan di Kolej Komuniti
Nibong Tebal untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mendorong para pelajar memilih program
kulinari. Menurut Asnul Dahar Minghat dan Siti Azizah Disun (2011) telah menyenaraikan
faktor –faktor yang mempengaruhi pemilihan kursus rekaan dan jahitan di daerah Muar, Johor.
Antara faktor berikut ialah pangaruh minat pelajar, pengaruh kemudahan bengkel, pengaruh
kerjaya serta pengaruh sikap pelajar dalam memilih kursus rekaan dan jahitan pakaian.
Mohd Rizal dan Rusli Radzi (2008) telah menyenaraikan beberapa faktor pemilihan
kursus hospitaliti sebagai pembentukan awal kerjaya di Insitut Kemahiran Belia Negara, Peretak.
Antara faktor berikut ialah faktor minat pelajar terhadap pemilihan kursus hospitaliti, peranan
ibu bapa, peranan rakan sebaya untuk menceburi kursus hospitaliti dan samada kelayakan
akademik mendorong pelajar dalam memilih kursus hospitaliti.
Melalui kajian ini, pengkaji dapat mengesan faktor utama yang mendorong para pelajar
memilih program ini agar penambahbaikan dapat dilaksanakan bagi menarik minat lebih ramai
pelajar memilih program kulinari.
Walaupun peningkatan dari segi pengambilan pelajar membanggakan, terdapat juga
sesetengah golongan pelajar masih kurang berkeyakinan terhadap program ini. Segelintir pelajar
masih berpandangan negatif terhadap program kulinari kerana bagi mereka pendidikan seperti
ini, adalah bagi pelajar kelas kedua dan untuk mereka yang tidak cemerlang di dalam pelajaran.
SEMINAR PENYELIDIKAN KOLEJ KOMUNITI ZON UTARA (SPEKKU) 2015 | 3
3.0 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan mengandungi beberapa objektif yang hendak dicapai seperti berikut:
i. Mengenal pasti sama ada faktor minat mendorong pelajar memilih program
kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal.
ii. Mengenal pasti sama ada pengaruh ibu bapa mendorong pelajar untuk memilih
program kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal.
iii. Mengenal pasti sama ada faktor pengaruh rakan sebaya mendorong pelajar dalam
memilih program kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal.
iv. Mengenal pasti sama ada faktor kerjaya mendorong pelajar dalam memilih
program kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal.
4.0 Persoalan Kajian
i. Sejauh manakah responden memilih program kulinari kerana faktor minat?
ii. Sejauh manakah responden memilih program kulinari kerana faktor pengaruh
ibubapa?
iii. Sejauh manakah responden memilih program kulinari kerana faktor pengaruh
rakan sebaya?
iv. Sejauh manakah responden memilih program kulinari kerana faktor kerjaya?
SEMINAR PENYELIDIKAN KOLEJ KOMUNITI ZON UTARA (SPEKKU) 2015 | 4
5.0 Metodologi
Seramai 52 orang pelajar baharu Kolej Komuniti Nibong Tebal telah mendaftar bagi sesi
ambilan Mac, Julai dan November 2014. Sehubungan itu, sebanyak 52 borang soal selidik telah
diedarkan semasa sesi pendaftaran pelajar baharu bagi program Sijil Kulinari dan maklum balas
yang diterima adalah sebanyak 52 responden. Kajian dijalankan ke atas pelajar pada sesi
berkenaan kerana sesi ini Kolej Komuniti Nibong Tebal menawarkan sepenuhnya Sijil Kolej
Komuniti (M). Menurut Syed Arabi (1992), penggunaan soal selidik adalah lebih praktikal,
berkesan dan menjimatkan masa. Kaedah ini juga sesuai kerana lebih realistik bagi mendapatkan
maklumbalas dari responden, gerak balas atau jawapan yang diberikan lebih mudah diproses dan
dianalisis.
Borang soal selidik bagi kajian ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian pertama
adalah demografi responden yang berkaitan seperti jantina, umur dan bangsa. Manakala
bahagian kedua pula, faktor-faktor pemilihan program kulinari mengikut persoalan kajian iaitu
faktor minat, pengaruh ibu-bapa, pengaruh rakan sebaya dan faktor kerjaya.
SEMINAR PENYELIDIKAN KOLEJ KOMUNITI ZON UTARA (SPEKKU) 2015 | 5
6.0 Analisis Dapatan
6.1 Bahagian A- Data demografi
Hasil dapatan kajian ini diperolehi melalui borang soal selidik yang telah dijalankan ke atas
seramai 52 orang responden yang terdiri daripada para pelajar kulinari ambilan Mac, Julai dan
November 2014 di Kolej Komuniti Nibong Tebal. Berdasarkan analisis data kajian ini, peratusan
responden mengikut jantina ialah lelaki mewakili sebanyak 42%, manakala perempuan sebanyak
58 % daripada jumlah responden. Bagi hasil dapatan untuk bangsa responden pula, menunjukkan
Melayu mewakili 98 % dan India 2%. Taburan bagi peringkat umur responden pula 18-20 tahun
adalah sebanyak 79%, peringkat umur 21-25 tahun sebanyak 15% dan 26 tahun ke atas sebanyak
6%.
Taburan 1 – Jantina
LELAKI PEREMPUAN0
5
10
15
20
25
30
35
22
30
JANTINA
PEREMPUAN
SEMINAR PENYELIDIKAN KOLEJ KOMUNITI ZON UTARA (SPEKKU) 2015 | 6
Taburan 2 – Bangsa
MELAYU CINA INDIA0
10
20
30
40
50
60
51
0 1
BANGSA
MELAYUCINAINDIA
Taburan 3 – Umur
18-20 21-25 26 KE ATAS0
5
10
15
20
25
30
35
40
45 41
8
3
UMUR
18-2021-2526 KE ATAS
SEMINAR PENYELIDIKAN KOLEJ KOMUNITI ZON UTARA (SPEKKU) 2015 | 7
6.2 Bahagian B – Faktor-faktor yang mendorong pelajar memilih program kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal, Pulau Pinang
6.2.1 Faktor minat mendorong pelajar memilih program kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal.
Jadual 1.1- Faktor minat mendorong pelajar memilih program kulinari di Kolej Komuniti
Nibong Tebal.
NO
PERNYATAAN TIDAK SETUJU
(%)
TIDAK PASTI
(%)
SETUJU
(%)
1. Saya minat/gemar memasak 0 12 882. Saya berminat untuk menjadi seorang chef terkenal 0 19 813. Saya terpengaruh dengan rancangan televisyen
dalamdunia masakan
6 17 77
4. Saya gemar menghasilkan resipi masakan sendiri 2 48 505. Saya suka melakukan kerja amali berbanding teori 4 25 71
Jadual 1.1 menunjukkan peratusan keseluruhan, pelajar bersetuju adalah 73% bahawa faktor
minat mendorong mereka memilih program kulinari. Peratusan pelajar di dalam faktor minat
terhadap program kulinari, dapatan tertinggi yang diperolehi adalah “saya minat/gemar
memasak” sebanyak 88%. Minat memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan
proses pembelajaran dan ianya mempengaruhi pencapaian seseorang pelajar itu. Menurut
Roshidah (2001), minat boleh menentukan apa yang hendak dilakukan. Ini disokong dengan
kajian Khashiatul-fauziah (2003), yang menyatakan bahawa minat adalah segalanya yang
membawa maksud walaupun seseorang itu mempunyai kebolehan dalam melakukan kerja tetapi
disebabkan faktor minat, seseorang itu mudah menguasai bidang tersebut. Menurut Rhys Davies
(2003) di dalam Nurzatil et. al (2015) , sebab sesuatu kursus pengajian dipilih ialah minat
terhadap sesuatu subjek tersebut. Oleh sebab itu, minat yang ada dalam diri pelajar memberi
kesan kepada pelajar dalam pemilihan program kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal.
“Saya gemar menghasilkan resipi masakan sendiri” mencatat peratusan terendah
sebanyak 50%, ini berkemungkinan responden masih belum mempunyai ilmu dalam bidang
kulinari dan kurang percaya pada diri sendiri dalam mengolah dan mencipta resipi sendiri.
SEMINAR PENYELIDIKAN KOLEJ KOMUNITI ZON UTARA (SPEKKU) 2015 | 8
6.2.2 Faktor peranan ibu bapa dalam mendorong pelajar untuk memilih program kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal.
Jadual 1.2 - Faktor peranan ibu bapa dalam mendorong pelajar untuk memilih program
kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal.
NO
PERNYATAAN TIDAK SETUJU
(%)
TIDAK PASTI
(%)
SETUJU
(%)1. Ibu bapa saya membuat keputusan dalam pemilihan
program ini 56 15 29
2. Ibu bapa saya merasakan program ini sesuai dengankebolehan saya
8 21 71
3. Ibu bapa saya memohon program ini tanpa pengetahuansaya
13.5 73 13.5
4. Ibu bapa memberi galakan dan sokongan apabila sayamemohon program ini
4 6 90
5. Ibu bapa saya merasakan program ini menjamin masa depan
2 11.5 86.5
Jadual 1.2 menunjukkan peratusan keseluruhan, pelajar bersetuju adalah 58% bahawa peranan
ibu bapa mendorong mereka memilih program kulinari. Sebanyak 90% responden menjawab
“Ibu bapa memberi galakan dan sokongan apabila saya memohon program ini”, selalunya ibu
bapa memainkan peranan utama dalam mempengaruhi anak-anak mereka dalam pemilihan
sesuatu kursus supaya ia dapat menjamin masa depan mereka, menurut Hishammudin dalam
Baharin Abu (2010) ibu bapa merupakan kumpulan rujukan terpenting dikalangan anak-anak di
dalam sistem kekeluargaan di Malaysia. Ibu bapa berkemungkinan merasakan program ini
mampu menjana pendapatan yang menguntungkan dan menjamin peluang perkerjaan apabila
anak mereka tamat pengajian kelak. Sekiranya, ibu bapa pelajar merupakan peniaga makanan
atau minuman ini dapat membantu mereka dalam mendalami dunia kulinari dan
memperkembangkan perniagaan mereka. Keyakinan ibu bapa terhadap program ini
menyumbang kepada kecenderungan pemilihan program dengan memberi galakan dan sokongan
semasa pemilihan program kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal.
SEMINAR PENYELIDIKAN KOLEJ KOMUNITI ZON UTARA (SPEKKU) 2015 | 9
6.2.3 Faktor rakan sebaya mendorong pelajar dalam memilih program
kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal
Jadual 1.3 – Faktor rakan sebaya mendorong pelajar dalam memilih program kulinari di Kolej
Komuniti Nibong Tebal
NO
PERNYATAAN TIDAK SETUJU
(%)
TIDAK PASTI
(%)
SETUJU
(%)1. Ramai rakan saya mengikuti program kulinari ini 10 52 382. Rakan-rakan yang mengikuti program ini mengesyorkan
sayasupaya mengikuti program ini.
12 48 40
3. Kejayaan rakan-rakan yang mengikuti program ini mendorongsaya memilih program ini
12 42 46
4. Rakan saya merasakan program ini sesuai dengan kebolehansaya
4 44 52
5. Saya dan rakan memohon program yang sama 19 38.5 42
Berdasarkan dapatan yang diperoleh pada jadual 1.3, purata keseluruhan pelajar tidak pasti faktor
rakan sebaya mendorong mereka memilih program kulinari adalah sebanyak 45 %. Pengaruh
rakan sebaya kurang memberikan kesan ke atas responden dalam pemilihan program kulinari. Ini
kerana kebanyakan responden memberikan peratusan 52 % kepada ‘Tidak Pasti’ dan 10 % atas
jawapan ‘Tidak Setuju’ kepada item “Ramai rakan saya mengikuti program kulinari ini”. Bagi
pernyataan “Rakan-rakan yang mengikuti program ini mengesyorkan saya supaya mengikuti
program ini”, responden memberikan 48% kepada ‘Tidak Pasti’ dan 12% ke atas ‘Tidak Setuju’.
Oleh yang demikian, faktor rakan sebaya bukanlah pendorong utama responden dalam pemilihan
program kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal. Berdasarkan dapatan yang di perolehi di
dalam jadual diatas, kebanyakan responden tidak memilih program kulinari kerana mengikut
jejak langkah rakan-rakan. Namun begitu, berkemungkinan rakan mereka memberi galakan
kepada responden dalam pemilihan program ini dengan menyatakan program ini bersesuaian
SEMINAR PENYELIDIKAN KOLEJ KOMUNITI ZON UTARA (SPEKKU) 2015 | 10
dengan responden kerana menurut Asnul Dahar Minghat (2011), remaja lebih terpengaruh
dengan rakan sebaya daripada orang lain dalam pelbagai aspek.
SEMINAR PENYELIDIKAN KOLEJ KOMUNITI ZON UTARA (SPEKKU) 2015 | 11
6.2.4 Faktor kerjaya mendorong pelajar dalam memilih program
kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal.
Jadual 1.4 - Faktor kerjaya mendorong pelajar dalam memilih program
kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal.
NO
PERNYATAAN TIDAK SETUJ
U(%)
TIDAK PASTI
(%)
SETUJU
(%)
1. Saya bercita-cita untuk menjadi seorang chef yang mahirdi masa depan
2 13 85
2. Pelajar lepasan program kulinari mempunyai peluang pekerjaanyang baik
0 13 87
3. Program kulinari memberi peluang kepada saya untuk menjadiusahawan yang berjaya
0 15 85
4. Program kulinari memberi persediaan yang cukup kepada sayasebelum melangkah ke alam pekerjaan
0 13 87
5. Program kulinari berkaitan dengan kerjaya yang saya cita-citakan
2 19 79
Jadual 1.4 menunjukkan item dalam faktor kerjaya mendorong responden memilih program
kulinari. Purata keseluruhan, pelajar bersetuju adalah sebanyak 84.6% bahawa faktor kerjaya
mendorong memilih program kulinari. Jumlah peratusan tertinggi pada jadual berikut ialah item
“Pelajar lepasan program kulinari mempunyai peluang pekerjaan yang baik” dan “Program
kulinari memberi persediaan yang cukup kepada saya sebelum melangkah ke alam pekerjaan”
mewakili sebanyak 87 %, ini memberi gambaran pelajar percaya bahawa program ini
menawarkan banyak peluang perkerjaan. Seseorang individu itu tertarik kepada sesuatu
pekerjaan kerana terdapat beberapa ciri-ciri yang menarik seperti latar belakang pekerjaan,
pangkat, bentuk kerja dan ganjaran (Herzberg, 1966). Kenyataan ini disokong, kerana menurut
Robiah (1993), pelajar-pelajar perlu diberi bimbingan dalam memilih kerjaya dan mengamalkan
budaya kerja yang baik kerana hanya kerjaya yang sesuai dengan personaliti dan keperluan diri
seseorang itu boleh menjamin kepuasan kerja. Selain daripada itu, proses pembelajaran program
kulinari mengamalkan konsep yang hampir sama seperti situasi sebenar dalam alam pekerjaan
SEMINAR PENYELIDIKAN KOLEJ KOMUNITI ZON UTARA (SPEKKU) 2015 | 12
termasuk penggunaan alatan dapur untuk tujuan kemahiran, tatacara penggunaan serta
penekanan terhadap aspek-aspek keselamatan semasa menjalankan kerja di bengkel masakan.
SEMINAR PENYELIDIKAN KOLEJ KOMUNITI ZON UTARA (SPEKKU) 2015 | 13
7.0 Kesimpulan
Pemilihan program bagi tujuan melanjutkan pelajaran merupakan perkara yang penting kerana
pemilihan program yang tepat serta bersesuaian memberikan kesan jangka panjang kepada
pelajar. Pemilihan program pengajian yang tepat berdasarkan keperluan semasa, minat serta
tempat pengajian amat penting bagi membantu pembelajaran dan melakar kejayaan dalam
bidang yang diceburi. Hasil kajian yang telah di jalankan secara keseluruhannya menunjukkan
faktor minat, pengaruh ibu bapa, pengaruh rakan sebaya dan faktor kerjaya telah mendorong
responden dalam pemilihan program kulinari. Namun begitu, daripada keempat-empat faktor
yang yang menjadi kayu pengukur kepada kajian ini, faktor terbesar yang dapat di lihat
mendorong responden memilih kursus kulinari adalah faktor kerjaya. Peluang pekerjaan yang
terhad pada masa kini, mendorong responden memilih program kulinari kerana program ini
memberi persediaan yang cukup kepada responden sebelum melangkah ke alam pekerjaan.
Selain dari itu, program ini juga membuka peluang kepada responden yang berminat menjadi
usahawan di dalam bidang makanan serta minuman.
8.0 Cadangan
Hasil daripada dapatan kajian, beberapa penambahbaikan boleh di lakukan agar kajian lebih
terperinci dapat dilaksanakan. Beberapa elemen seperti persepsi pelajar terhadap Kolej Komuniti
Nibong Tebal, faktor lokasi, kemudahan infrastruktur boleh diambil sebagai salah satu skop
kajian. Penyelidik berharap agar kajian ini dapat dijadikan rujukan oleh bahagian pengambilan
pelajar kolej untuk menambahbaik pengambilan pelajar di masa akan datang.
SEMINAR PENYELIDIKAN KOLEJ KOMUNITI ZON UTARA (SPEKKU) 2015 | 14
9.0 Rujukan
Asnul Dahar Minghat dan Siti Azizah Disun (2011). Faktor-faktor Yang Mempengaruhi
Pemilihan Kursus Rekaan Dan Jahitan Di Daerah Muar, Negeri Johor. Journal of
Technical, Vocational & Engineering Education, Volume 4, 58-76.
Baharin Abu dan Nor Fatimah A. Aziz (2010). Faktor-faktor Yang Mendorong Guru Pelatih
Fakulti Pendidikan Memilih Bidang Perguruan pp. 1-9. Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia. Tidak Diterbitkan.
Frederick Herzberg, Bernard Mausner, Barbara Bloch Snyderman (1966). The Motivation to
Work. New Brunswick, New Jersey: Transaction Pub.
Khashiatul-Fauziah Hamzah (2003). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Kerjaya Di
Kalangan Remaja Melayu Di Daerah Batu Pahat. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Skudai : Tesis Sarjana Muda.
Mohd Rizal Mohd Said dan Rusli Radzi (2008). Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pelajar
Memilih Kursus Hospitaliti Sebagai Pembentukan Awal kerjaya Di Institut Kemahiran
Belia Negara, Peretak. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Norbaizura Abu bakar, Mohd Hafiz Saberi, Nasruddin Faisol, Mohmad Mohd Derus, Suhaila Ali
dan Farhan Md Dahlan (2012). Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Kursus
Professional Di Universiti Awam Di Malaysia: Tinjauan Awal. 1st International
Conference On Innovation and Technology For Sustainable Built Environment 2012, 23-
24 April.
BIBLIOGRAPHY Nurzatil Ismah Azizan, Zanariah Dimon, Nazneen Ismail dan Sahlawati Abu Bakar (2015).
Faktor-faktor Yang Mendorong Pemilihan Institusi Pengajian Tinggi Di Kalangan Pelajar. E-
Proceeding of The 2nd International Conference on Arabic Studies And Islamic Civilization, 9-10
March.
Rahmahtunnisah Hj. Sailin, Norziah Othman, Nor 'Adha Abd. Hamid, Nurkaliza Khalid, Abdul
Hadi Awang dan Mohd Farok Mat Nor (2014). Faktor pendorong Kemasukan Pelajar
SEMINAR PENYELIDIKAN KOLEJ KOMUNITI ZON UTARA (SPEKKU) 2015 | 15
Baharu Ke Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). 1st International
Research Management and Innovation Conference, Kuala Lumpur, 17-18 November.
Robiah Sidin (1993). Pendidikan Malaysia : Cabaran Masa Depan. Shah Alam : Fajar Bakti Sdn.
Bhd.
Roshidah Mat Rashid (2001). Aplikasi Kompenen Ekonomi Rumah Tangga (ERT) Dan
Kemahiran Manipulatif Tambahan (KMT) Dalam Kehidupan Seharian Di Kalangan
Pelajar Sekolah Menengah. Universiti Teknologi Malaysia, Johor. Projek Sarjana Muda.
Tidak Diterbitkan.
Zikriah Zakaria dan Mohd Juwahir Pa'iman (2014). Faktor-faktor Yang Mendorong Para pelajar
Memilih Program Pengajian Di Kolej Komuniti Rompin, Pahang. Seminar Kebangsaan
Hal Ehwal Pelajar Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Malaysia, 20 Disember.
BIBLIOGRAPHY
SEMINAR PENYELIDIKAN KOLEJ KOMUNITI ZON UTARA (SPEKKU) 2015 | 16