Post on 23-Dec-2015
description
LAPORAN ORIENTASI PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU
Bil Perkara Keterangan
1 Tarikh 17.02.2015
2 Masa 7.30 pagi – 1.30 pagi
3 Bidang Pentadbiran dan Pengurusan
4 Aspek Pekeliling/Dasar/Program/Aktiviti KPM dan Perintah Am
Organisasi Sekolah
Organisasi PIBG
Organisasi PPD, JPN dan KPM
5 Objektif 1. Mengetahui pelbagai organisasi penting dalam bidang
pendidikan
6 Aktiviti Mentor menerangkan cara dan tugas setiap organisasi
berfungsi dalam bidang pendidikan serta fungsi setiap
organisasi dalam menjayakan program sekolah. Mentor juga
menggunakan carta alir untuk memberi keterangan yang jelas
tentang setiap organisasi.
Menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran seperti
yang ditugaskan dalam jadual kelas.
7 Penilaian Objektif bagi sesi oreintasi ini berjalan dengan lancar dan
efektif. Walaupun dalam masa yang singkat kerana Mentor
mempunyai kelas yang perlu diajar, beliau telah
memanfaatkan masa yang ada dengan menggunakan carta
alir setiap organisasi untuk meningkatkan kefahaman saya.
8 Refleksi Penerangan oleh Mentor memberi kefahaman bahawa
program sekolah akan dijalankan berdasarkan aktiviti yang
dirancang oleh KPM serta mengikut keperluan sekolah. Oleh
itu, setiap aktiviti perlu dirancang rapi dan ditubuhkan satu ahli
jawatankuasa supaya program dapat dijalankan dengan
sempurna dan produktif.
Selain organisasi PPD, JPN dan KPM, satu lagi
organisasi mempunyai tanggungjawab yang penting dalam
pelaksanaan program sekolah iaitu organisasi Persatuan Ibu
Bapa dan Guru (PIBG). Organisasi ini adalah penting bagi
mengeratkan hubungan pihak sekolah dengan warga ibu
bapa. Keadaan ini membolehkan ibu bapa mengetahui aktiviti
yang dijalankan di sekolah adalah bermanfaat bagi
membentuk jati diri murid dari aspek akademik dan bukan
akademik.
…………………………………………… …………………………………………
Tandatangan Guru Tandatangan Mentor
Nama: Nama:
LAPORAN ORIENTASI PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU
Bil Perkara Keterangan
1 Tarikh 15 Februari 2015
2 Masa 07.30 pg – 1.30 tgh
3 Bidang Pentadbiran dan Pengurusan
4 Aspek Pekeliling/Dasar/Program/Aktiviti KPM dan Perintah Am
Organisasi Sekolah
Organisasi PIBG
Organisasi PPD, JPN dan KPM
5 Objektif 1. Mengetahui program sekolah yang akan dijalankan di
sekolah mengikut takwim tahunan yang telah dirancang.
6 Aktiviti Mentor menerangkan program yang akan dilaksanakan di
sekolah mengikut takwim yang dirancang. Beliau juga melantik
saya sebagai guru yang bertanggungjawab mencatat aktiviti
sekolah di bilik guru.
Sesi pengajaran kelas Tahun 2 Pemulihan dan Tahun 1
Bahasa Melayu dan Tahun 5 Bahasa Inggeris.
7 Penilaian Kefahaman yang tinggi terhadap aktiviti tahunan yang akan
dijalankan di sekolah. Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
telah berjalan dengan lancar.
8 Refleksi Saya mendapati bahawa sekolah bukan sahaja terlibat dalam
meningkatkan tahap akademik murid tetapi juga dari aspek
bukan akademik seperti yang dirancang dalam program
sekolah. Oleh itu, saya, seorang guru baru, perlu
menunjukkan minat saya dalam profession ini dengan
melibatkan diri secara aktif dalam menjayakan program
sekolah.
…………………………………………… …………………………………………
Tandatangan Guru Tandatangan Mentor
Nama: Nama:
LAPORAN ORIENTASI PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU
Bil Perkara Keterangan
1 Tarikh 16 Februari 2015
2 Masa 07.30 pg – 1.30 tgh
3 Bidang Pentadbiran dan Pengurusan
4 Aspek Pekeliling/Dasar/Program/Aktiviti KPM dan Perintah Am
Organisasi Sekolah
Organisasi PIBG
Organisasi PPD, JPN dan KPM
5 Objektif 1. Merancang aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran serta
melengkapkan buku Rekod Persediaan Mengajar.
6 Aktiviti Sesi pengajaran kelas Tahun 2 Pemulihan, Tahun 1 Bahasa
Melayu dan Tahun 5 Bahasa Inggeris.
7 Penilaian Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran telah berjalan dengan
lancar. Murid-murid dapat menyiapkan tugasan yang
diberikan.
8 Refleksi Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran yang dijalankan
memberi pendedahan kepada guru tentang kepelbagaian
murid-murid Tahun 2. Guru perlu menambah pengetahuan
tentang ilmu psikologi pendidikan supaya memudahkan aktiviti
pembelajaran.
…………………………………………… …………………………………………
Tandatangan Guru Tandatangan Mentor
Nama: Nama:
LAPORAN ORIENTASI PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU
Bil Perkara Keterangan
1 Tarikh 18 - 23 Februari 2015 (6 HARI)
2 Masa -
3 Bidang -
4 Aspek -
5 Objektif -
-
6 Aktiviti CUTI SEMPENA PERAYAAN TAHUN BARU CINA
7 Penilaian -
8 Refleksi -
…………………………………………… …………………………………………
Tandatangan Guru Tandatangan Mentor
Nama: Nama: