Post on 16-Jan-2015
description
1.0 PENDAHALUAN
Kurikulum Baru Sekolah Rendah ( KBSR ) telah digubal atas rasional
bahawa aktiviti pembelajaran dan pendidikan peringkat rendah merupakan
pendidikan asas yang melibatkan tiga kemahiran, iaitu membaca, menulis dan
mengira ( 3 M ) . Pendidikan peringkat rendah juga hendaklah menyeluruh dan
seimbang dari segi perkembangan intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani. KBSR
juga dirancangkan untuk memberi setiap murid peluang yang sama untuk mendapat
kemahiran, pengetahuan, nilai, sikap dan amalan-amalan yang diperlukan. Murid-
murid juga diberi peluang dan ruang bagi mengembangkan atau mempertajamkan
bakat, minat dan daya kreatif mereka.
1.1 Pengenalan
Kemahiran Hidup adalah satu mata pelajaran yang terkandung di dalam
kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Menurut Musa Mohd Hisham,
(1997) dalam bukunya mengatakan ianya dirancang untuk membolehkan murid-
murid menggunakan pelbagai alat dan bahan melalui berbagai kaedah dan teknik
bagi menghasilkan sesuatu (projek) yang dirancangkan. Pengalaman yang diperolehi
1
menjadikan murid lebih berkeyakinan, celik teknologi dan sentiasa bersedia
seandainya keadaan memerlukan mereka melakukan sesuatu untuk kehidupan tanpa
bergantung kepada individu lain. Pengajaran dan pembelajaran dalam kemahiran
hidup membolehkan murid-murid mengendalikan pelbagai alat tangan dan bahan.
Mata pelajaran Kemahiran Hidup bertujuan untuk membina dan membentuk sebuah
masyarakat yang berorientasikan teknologi selaras dengan hasrat negara dan
perkembangan industri elektronik yang pesat berkembang di negara kita. Secara
tidak langsung akan menimbulkan keinginan dan minat murid terhadap teknologi
dalam kehidupan.
Menurut Ee Ah Meng ( 1989 ) dalam bukunya, Falsafah Dalam Falsafah
Pendidikan Negara (1988) menjurus ke arah melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek . Insan yang sedemikian akan
menjadi seorang warganegara yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan memberi sumbangan terhadap
kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Sehubungan itu, Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (1983) telah dibentuk sebagai kesinambungan
daripada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (1983) dengan menitikberatkan
pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran, peningkatan daya intelek,
penguasaan kemahiran belajar, pemupukan dan penerapan nilai, penguasaan dan
penggunaan Bahasa Melayu serta kesepaduan pengalaman pembelajaran.
Oleh itu, saya telah menjalankan satu kajian untuk membantu murid
meningkatkan minat dan pembelajaran berkumpulan di dalam bilik Kemahiran Hdup
2
iaitu susun atur meja demonstarasi. Susun atur meja merupakan asas dalam kajian ini
dengan penambahan meja demonstrasi guru yang membolehkan semua murid
melihat kaedah tunjuk cara dengan jelas. Susun atur yang sesuai dengan suasana
pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup akan meningkatkan minat murid dan
pembelajaran berkumpulan mereka. Ia juga membantu murid menguasai
pembelajaran terutamanya murid yang berprestasi rendah. Selain itu, penggunaan
meja demonstrasi guru juga akan meningkatkan keputusan peperiksaan murid dalam
mata pelajaran Kemahiran Hidup.
1.2 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran
Sewaktu menjalani praktikum saya yang lepas, saya telah mengenal pasti
pelbagai masalah yang dihadapi oleh murid di sekolah ini seperti masalah emosi,
masalah akademik, masalah sosial dan masalah salah laku. Mengikut Sharifah
(1984), jumlah murid yang ramai dalam satu kelas bercampur yang mempunyai
tahap kebolehan murid yang berbeza (lemah, sederhana dan cemerlang)
sememangnya memberi satu masalah yang besar kepada saya dalam memastikan
segala isi pengajaran yang disampaikan diterima oleh sejumlah murid yang ramai
dalam satu masa serentak. Ini kerana, saya tidak dapat memfokuskan pengajaran
kepada setiap peringkat kebolehan murid.
Justeru itu, saya telah memfokuskan masalah yang berlaku kepada murid
semasa proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup.
3
Murid-murid mengalami masalah untuk mengingati dan memahami konsep-konsep,
teori-teori mahupun setiap fungsi komponen yang telah dijelaskan. Menurut Chong
Lean Keow, (2008) mengatakan bahawa kegagalan murid-murid untuk berbuat
demikian menyebabkan mereka tidak dapat menguasai sepenuhnya setiap sub topik
yang mereka telah pelajari sekaligus murid-murid menunjukkan reaksi bosan ketika
pengajaran dan pembelajaran dilakukan. Masalah ini telah dikenal pasti ketika proses
pengukuhan yang diberikan semasa di akhir pengajaran dan pembelajaran. Murid-
murid tidak mencapai objektif pengajaran yang diharapkan kerana terdapat
sebilangan daripada mereka tidak dapat menjawab soalan pada lembaran kerja
dengan tepat. Tindakan ini menunjukkan mereka tidak faham dan sekaligus
memberikan kesan buruk kepada mereka kelak pada waktu peperiksaan yang akan
datang. Untuk mengenal pasti murid yang bermasalah, saya akan berjumpa murid-
murid tersebut untuk berbincang.
Oleh itu saya telah mengenalpasti masalah yang dihadapi dan memfokuskan
kajian saya untuk meningkatkan minat dan pembelajaran berkumpulan murid. Bagi
merialisasikan matlamat tersebut saya telah menggunakan kaedah susun atur meja
yang berlainan di dalam bilik Kemahiran Hidup. Menurut Kamarudin Hj Husin
(1969), susun atur meja yang sesuai semasa pengajaran dan pembelajaran Kemahiran
Hidup akan dapat meningkatkan minat dan pembelajaran berkumpulan murid. Secara
tidak lansung pencapaian setiap peringkat murid akan dapat ditingkatkan.
Pada minggu pertama saya menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran,
masalah pertama yang dapat saya kenal pasti ialah murid kelas ini tidak minat
4
terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup. Buktinya, apabila saya meminta mereka
membaca maklumat di dalam buku teks secara beramai-ramai, tidak semua murid
membuka mulut untuk membaca. Kemudian, saya memanggil lima orang murid
secara rawak termasuk dua orang murid yang tidak membuka mulut untuk membaca
tadi. Semasa saya menyuruh murid untuk mengeluarkan buku tulis dan buku teks
Kemahiran Hidup, didapati bahawa ada sepuluh orang murid yang tidak membawa
buku tersebut. Apabila ditanya kenapa tidak membawa buku mereka memberikan
alasan terlupa untuk membawa, buku hilang dan tertinggal di rumah. Masalah yang
wujud ini secara tidak langsung memberi kesan kepada saya untuk merancang
aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan murid-murid kelas ini.
Selain itu, saya juga mendapati bahawa murid kelas ini juga mungkin
mempunyai masalah pembelajaran secara berkumpulan. Apabila saya mengedarkan
lembaran kerja bertulis kepada setiap murid di dalam kumpulan mereka masing-
masing, terdapat beberapa orang murid mengambil masa yang lama untuk menulis
jawapan. Pada peringkat awal, saya menyangkakan murid-murid ini tidak menulis
jawapan kerana mereka tidak tahu jawapan yang betul. Namun, apabila saya
membacakan soalan pada lembaran kerja tersebut, terdapat ahli dalam kumpulan
murid tersebut yang boleh memberikan jawapan dengan betul. Lalu, saya meminta
mereka berbincang mengenai jawapan yang disebutkan oleh ahli dalam kumpulan
mereka tadi di atas lembaran kerja tetapi mereka menyoal saya semula seperti;
“Cikgu, soalan nombor dua apa jawapannya?”, “Cikgu, macam mana lukis
kapasitor?” dan “Cikgu, apa maksud LED?”.
5
Berdasarkan pemerhatian dan sesi soal jawab yang dijalankan, saya dapati
murid di dalam kelas ini sebenarnya kurang berminat terhadap mata pelajaran
Kemahiran Hidup dan mereka menghadapi masalah semasa pembelajaran
berkumpulan. Oleh itu, mereka menghadapi masalah untuk memberikan fokus
terhadap pengajaran dan pembelajaran guru serta tidak dapat menyiapkan sesuatu
tugas yang diberikan secara berkumpulan. Malahan, saya juga dapati bahawa murid
di dalam kelas ini tidak suka dengan kedudukan susun atur meja di dalam bilik
Kemahiran Hidup. Oleh yang demikian, mereka tidak tahu apa yang mereka pelajari
selepas selesai sesi pengajaran dan pembelajaran serta kesan daripada tidak suka
pembelajaran secara berkumpulan tersebut menyebabkan mereka tidak dapat
menyiapkan sesuatu tugasan dan berkongsi idea. Hal inilah yang menyebabkan
mereka mengambil masa yang lama untuk melengkapkan lembaran kerja bertulis
yang diberi.
Melalui sesi temu bual, saya akan cuba mengenal pasti dan mencari punca
kepada pembawaan masalah tersebut. Pada masa yang sama, saya juga menggunakan
kaedah pemerhatian. Saya telah membuat kajian tindakan berkaitan susunan meja di
dalam bengkel Kemahiran Hidup ke atas murid Sekolah Kebangsaan Parit No 5,
Muar, Johor iaitu sebuah sekolah di daerah Muar. Saya telah memilih darjah 4
Unggul yang seramai 21 orang sebagai sampel kajian saya. Isu yang hendak dikaji
ialah peningkatan minat dan pembelajaran secara berkumpulan jika susunan meja di
bengkel Kemahiran Hidup diubah. Pemerhatian dilakukan semasa kelas Kemahiran
Hidup berlangsung. Saya mendapati bahawa murid di dalam kelas tersebut tidak
memberi perhatian sepenuhnya terhadap mata pelajaran tersebut dan tidak dapat
6
menguasai objektif dengan baik. Setelah tamat waktu pembelajaran, saya telah
bersemuka dengan guru mata pelajaran tersebut dan bertanyakan tentang pencapaian
akademik Kemahiran Hidup bagi kelas berkenaan.
Selain itu, saya juga meminta rekod pencapaian seperti ujian bulanan
peperiksaan setengah tahun. Berdasarkan rekod yang di perolehi, didapati bahawa
pencapaian pelajaran Kemahiran Hidup kelas 4 Unggul tidak memuaskan. Oleh itu,
untuk menaikkan prestasi murid, saya merangka satu pelan tindakan yang bernama
‘Meja Demonstrasi’ supaya murid 4 Unggul meminati untuk belajar mata pelajaran
Kemahiran Hidup iaitu dengan menarik minat pelajar untuk menguasai kemahiran-
kemahiran dalam elektrik, kayu, logam, pertanian, jahitan dan perniagaan secara
pembelajaran berkumpulan.
Selama sebulan saya menjalankan Internship di sekolah itu semula, saya cuba
mempelbagaikan kaedah susun atur meja kepada tiga set susun atur meja di bilik
Kemahiran Hidup setelah saya berbincang dengan guru panatia dan guru mentor.
Saya dapat mengesan murid kurang memberi perhatian apabila saya melaksanakan
aktiviti penilaian. Murid yang dipilih secara rawak di bahagian hadapan meja dapat
menjawab soalan penilaian tersebut tetapi murid yang berada di bahagian belakang
meja adalah sebaliknya. Jika perkara ini tidak diperbetulkan, nescaya terdapat lebih
ramai murid akan tercicir dalam subjek Kemahiran Hidup ini. Bagi mengatasi
masalah ini, saya telah mempelbagaikan aktiviti secara berkumpulan agar murid akan
sentiasa berkomunikasi dengan ahli dalam kumpulan mereka serta berkongsi idea.
7
Jika perkara ini dapat dilaksanakan dengan baik, nescaya murid yang duduk di meja
belakang juga boleh menjawab soalan yang diberikan secara lisan. Kemerosotan
pencapaian sekolah akan memberi impak yang besar kepada sekolah walaupun ada
sesetengah pihak berpendapat subjek Kemahiran Hidup tidak penting kerana tidak
dimasukkan di dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
1.3 Refleksi Nilai Pendidikan
Perlukah saya mengulang semula apa yang telah saya ajar kepada mereka?
Adakah susun atur meja di dalam bilik Kemahiran Hidup ini tidak membantu minat
dan pembelajaran berkumpulan murid tersebut terutama yang berada di bahagian
belakang? Apakah yang boleh saya lakukan untuk meningkatkan peratus pencapaian
mereka? Apabila saya cuba membincangkan perkara ini dengan guru-guru sekolah,
ada guru yang berpendapat bahawa minat dan pembelajaran secara berkumpulan
murid tersebut banyak mempengaruhi pencapaian mereka. Justeru itu, tindakan yang
terbaik bagi saya ialah merombak dan membuat satu pelan tindakan yang boleh
diguna pakai dalam membantu murid mencapai kecermelangan dalam mata pelajaran
Kemahiran Hidup. Saya telah membuat keputusan akan membuat satu kajian
berkaitan susun atur meja di dalam bilik Kemahiran Hidup dapat meningkatkan
minat dan pembelajaran secara berkumpulan murid.
Justeru, isu ini saya telah membuat kajian berlandaskan kepada nilai-nilai
pendidikan yang berhubung dengan proses pembelajaran berkumpulan seseorang
8
murid seperti Teori Pembelajaran Bruner. Sebagaimana yang sedia maklum, kaedah
pembelajaran Kemahiran Hidup adalah melalui pendekatan tunjuk cara di mana
menguasai sesuatu kemahiran adalah asas yang penting. Menurut Bruner (Noriati A.
Rashid, 2009), pembelajaran konsep melalui penemuan merujuk kepada bagaimana
kita membezakan dan mengkategorikan benda atau perkara yang mempunyai ciri-ciri
tertentu. Apabila murid dapat membuat pengkategorian dan membezakan sesuatu
perkara ia bererti murid dapat memahami konsep yang dipelajari. Malahan,
pembelajaran penemuan ini menyediakan ruang untuk murid membina pengetahuan
kerana ia melibatkan proses kognitif. Selain itu, proses inkuiri yang terdapat dalam
pembelajaran penemuan juga melibatkan situasi penyelesaian masalah yang akan
dilalui sendiri oleh murid. Apabila murid terlibat sendiri di dalam sesuatu proses
pembelajaran maka murid akan lebih memahami dan mengingati isi pembelajaran
tersebut. Kekeliruan wujud apabila murid tidak memahami maklumat yang ingin
disampaikan itu dengan sepenuhnya. Kemudian, apabila murid kurang
memahaminya dan murid membuat andaian sendiri maka akan berlakulah
kekeliruan.
Saya juga ingin berpegang kepada Teori Pembelajaran Konstruktivisme
(Noriati A. Rashid, 2009), yang memberi penekanan kepada bagaimana struktur
kognitif membina dan mengorganisasikan pengetahuan. Menurut Piaget (2001) yang
merupakan tokoh konstruktivisme yang terkenal dengan teori perkembangan kognitif
dan bagaimana manusia membina pengetahuan, proses pembinaan pengetahuan
berlaku mengikut peringkat. Ia bermula dengan pengetahuan sedia ada dalam
struktur kognitif kemudian maklumat baru akan diserap masuk atau disesuaikan
9
dalam struktur kognitif melalui proses adaptasi. Melalui proses adaptasi iaitu
asimilasi dan akomodasi, maklumat dalam struktur kognitif akan sentiasa
diorganisasikan untuk disimpan dan digunakan apabila perlu. Oleh itu, penyusunan
meja yang mengikut tahap perkembangan murid dalam sesuatu mata pelajaran
merupakan salah satu daripada teori yang diperkenalkan oleh Piaget. Apabila saya
berpegang kepada teori ini semasa menjalankan penyelidikan, saya dapat membantu
meningkatkan pemahaman serta kemahiran murid dalam pengajaran dan
pembelajaran Kemahiran Hidup.
Oleh yang demikian, saya melaksanakan penyelidikan ini berlandaskan
kepada Teori Pembelajaran Bruner dan Teori Pembelajaran Konstruktivisme. Saya
percaya bahawa nilai-nilai pendidikan tersebut dapat dijadikan rujukan penyelidikan
untuk saya menghasilkan satu intervensi yang boleh membantu murid meningkatkan
minat dan pembelajaran secara berkumpulan. Saya juga percaya bahawa penguasaan
kemahiran amat penting kepada murid bagi memudahkan proses pembelajaran murid
itu sendiri sama ada pada peringkat sekolah rendah atau pun di peringkat yang lebih
tinggi kelak.
10
2.0 FOKUS KAJIAN
Fokus kajian dilakukan adalah untuk mengenal pasti sama ada susun atur
meja di dalam bilik Kemahiran Hidup dapat meningkatkan minat dan pembelajaran
berkumpulan murid. Fokus utama kajian ini ialah melihat minat dan pembelajaran
berkumpulan murid.
2.1 Isu Kajian
Secara rasionalnya kajian ini dijalankan adalah kerana murid bagi kelas 4
Unggul mendapat keputusan ujian Kemahiran Hidup yang sederhana. Semua guru
Kemahiran Hidup boleh melaksanakan kajian ini kerana ianya sesuai untuk setiap
kelas tahap 2. Jika tidak, ini akan memberi impak yang negatif terhadap pelajar dan
sekolah itu sendiri. Apabila kajian ini dibuat secara rasionalnya dapat membantu
pihak sekolah dalam membendung masalah ini agar semua pihak terlibat agar sedar
betapa pentingnya peningkatan pencapaian murid menguasai Kemahiran Hidup.
Kajian ini melibatkan seramai 21 orang pelajar Tahun 4 Unggul di Sekolah
Kebangsaan Parit No 5, Jalan Yusof, Semerah, Muar.
11
2.2 Kebolehpentadbiran Kajian
Selepas sesi pengajaran berakhir, guru akan menyemak lembaran kerja yang
dilakukan oleh murid dan guru mengisi borang pemarkahan mengenai tahap
kefahaman murid-murid terhadap pengajaran dan peratusan murid yang dapat
menjawab dengan tepat. Guru di dalam bilik Kemahiran Hidup akan menyusun
semula meja dan kerusi supaya kedudukannya lebih teratur dan sistematik.
Penyusunan meja dan kerusi ini bertujuan untuk melihat perubahan murid.
Kedudukan meja bertujuan memberi keselesaan guru bergerak bebas di sekeliling
bengkel. Selain itu, murid akan merasakan dirinya sentiasa diberi perhatian apabila
guru sentiasa bergerak menuju kearahnya. Kesannya ialah murid tidak akan
bersembang, bermain-main dan mengantuk semasa guru mengajar di hadapan.
2.3 Kepentingan Kajian
Sepanjang pengajaran saya yang lepas, banyak masalah salah laku dan
masalah pembelajaran yang diperhatikan melalui tindak tanduk murid-murid.
Diantaranya ialah kelas bising, murid suka bermain, murid cepat bosan dan tidak
dapat menguasai sesuatu pembelajaran, murid tidak mencapai objektif pengajaran
dan murid-murid kurang berminat untuk belajar. Masalah yang paling katara ialah
mengenai murid-murid yang tidak dapat menguasai sesuatu pembelajaran atau tidak
faham dan akan mengakibatkan murid-murid cepat bosan dengan sesuatu pengajaran
yang disampaikan. Masalah ini diperhatikan semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran Kemahiran Hidup. Walaupun mata pelajaran ini dilihat lebih kepada
12
pengajaran melibatkan amali, namun begitu penyampaian teori-teori dan juga
konsep-konsep tidak diabaikan.
Penguasaan teori dan konsep tersebut menjadi kayu ukur untuk guru-guru
untuk menilai tahap kefahaman murid-murid tehadap sesuatu pengajaran yang telah
di sampaikan dan keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Setiap
kali soalan diajukan kepada murid-murid, mereka tidak dapat menjawabnya dengan
tepat dan memuaskan. Begitu juga ketika menjawab soalan pada lembaran kerja.
Lain pula semasa pembelajaran, murid menunjukan reaksi bosan dan kurang
berminat kepada pengajaran yang disampaikan. Sehubungan dengan masalah
tersebut, saya berpendapat bahawa ia perlu diambil serius dan segera mengambil
langkah mengatasinya. Jika tidak diatasi, masalah ini akan berterusan sampai bila-
bila. Kesan tidak langsung daripada masalah tersebut ialah prestasi murid akan
merosot dari semasa ke semasa dan mengganggu tahap pencapaian semasa ujian dan
peperiksaan.
2.4 Kesahan Kajian
Kesahan (validity) dan kebolehpercayaan (reliability) instrumen amat penting
bagi mempertahankan kejituan instrumen daripada terdedah kepada kecacatan.
Semakin tinggi nilai dan tahap kesahan dan kebolehpercayaan instrumen maka
semakin jitu data-data yang akan diperoleh bagi menghasilkan kajian yang baik dan
berkualiti. Menggunakan pendekatan kualitatif melalui temu bual, pemerhatian dan
dokumen dalam usaha pengkaji untuk mengumpulkan sebanyak mungkin maklumat
13
atau data, penggunaan teknik triangulasi itu sendiri telah dapat memperkukuhkan
kesahan kajian. Penggunaan teknik triangulasi (soal selidik, temu bual dan
pemerhatian) yang digunakan secara serentak dalam sesuatu kajian hendaklah dibuat
dalam bentuk equivalent form (kriteria dan konstruk item yang sama dalam pelbagai
jenis instrumen).
Penggunaan teknik triangulasi seperti pungutan data-data yang diperoleh
melalui sumber dokumen bukan sahaja boleh menyokong dan menambahkan bukti
daripada pelbagai sumber lain, tetapi juga menolong mengesahkan maklumat yang
didapati daripada temu bual dan pemerhatian. Kesahan dalam kajian berbentuk
kualitatif (penggunaan temu bual, pemerhatian dan dokumen sebagai instrumentasi)
tidak hanya tertumpu kepada hasil kajian tetapi keseluruhan proses penyelidikan.
Tujuan membuat kesahan instrumen adalah bagi menjamin keesahan item-item
(instrumen) agar bersifat;
Defensibility (dapat dipertahankan– hasil kajiannya tepat dan berguna)
Accuracy (ketepatan–menjawab persoalan kajian)
Appropriatetness (kesesuaian– relevan dengan tujuan kajian)
Meaningfulness (bererti – memberi makna terhadap data melalui skor)
Usefulness (kebolehgunaan – mampu membuat keputusan berhubung dengan
apa yang cuba dicari atau dihasilkan kerana keputusan dari penilaian tersebut
boleh menyediakan maklumat yang bermakna mengenai tajuk dan
pembolehubah yang hendak diukur untuk menginferenkan data kajian).
14
2.5 Kebolehgunaan Kajian
Rasional utama kajian ini dijalankan adalah kerana Kemahiran Hidup
merupakan mata pelajaran yang paling penting. Ini adalah kerana Kemahiran Hidup
merupakan pembelajaran mengenai kemahiran yang boleh diaplikasikan oleh murid
dalam kehidupan harian mereka. Ia akan diaplikasikan apabila pelajar tamat alam
persekolahan. Sekiranya murid sudah menguasai kemahiran ini pada peringkat
pengajian maka dengan secara tidak langsung memudahkan pelajar tersebut untuk
mendapatkan pekerjaan memandangkan semua syarikat swasta mahupun kerajaan
memerlukan pekerja yang mahir dan mempunyai kemahiran yang tersendiri.
2.6 Kawalan Kajian
Saya akan memfokuskan kajian kami kepada fokus murid semasa penerangan
guru dan tindakan murid di dalam kelas Kemahiran Hidup agar murid faham
pengajaran dan pembelajaran guru. Ini kerana kebanyakan pelajar tidak dapat fokus
dalam kelas sekaligus menyebabkan murid berasa bosan untuk mempelajari
Kemahiran Hidup. Secara langsung akan memberi kesan pada markah peperiksaan
Kemahiran Hidup.
Walaupun saya dapat mengesan pelbagai masalah semasa proses pengajaran
dan pembelajaran dijalankan, saya hanya akan fokuskan kajian saya terhadap
susunan meja murid semasa berada di dalam bengkel. Kedudukan meja sebelum ini
15
tidak ditentukan, mereka duduk mengikut kumpulan yang ditentukan oleh mereka
sendiri dan hanya duduk dalam kumpulan jantina yang sama saja. Kesannya, murid
yang lemah duduk di bahagian belakang tidak mendapat input yang diberikan oleh
guru sepenuhnya. Antara masalah-masalah yang dikenalpasti selepas pemerhatian
dibuat ialah murid di yang duduk di meja belakang tidak boleh fokus kerana jarak
yang agak jauh dengan guru. Murid di belakang tidak dapat melihat dengan jelas
langkah demontrasi guru apabila melibatkan kerja projek. Murid hanya duduk dalam
kumpulan jantina yang sama sahaja. Kesannya ialah kebolehan dalam menjalankan
amali tidak sama. Murid lelaki yang lebih mahir tidak membantu murid perempuan
yang kurang mahir. Contohnya dalam amali pertukangan, murid perempuan tidak
dibantu oleh murid lelaki memandangkan murid lelaki berada di dalam kumpulan
lain. Murid yang berada di kedudukan hadapan lebih aktif menjawab soalan
dibandingkan dengan murid yang berada di meja belakang. Murid yang mempunyai
tahap pencapaian yang rendah berasa mengantuk dan bosan semasa guru mengajar
kerana murid tersebut duduk di meja belakang dan menganggap guru tidak
mempedulikannya.
2.7 Kolaborasi Kajian
Berdasarkan temu bual saya dengan cikgu Kemahiran Hidup, terdapat dua
fenomena yang memberikan sumbangan kepada gred pencapaian pelajar yang
sederhana. Pertama, guru hanya mengajar untuk mereka lulus peperiksaan semata-
mata tetapi tidak dari aspek menanam minat pelajar untuk meminati Kemahiran
16
Hidup. Kedua, disebabkan susunan meja di dalam bengkel Kemahiran Hidup tidak
sesuai dan menyukarkan murid untuk memberikan fokus semasa guru sedang
mengajar di hadapan.
2.8 Releven Kepada Sekolah
Sekolah Kebangsaan Parit No 5, Jalan Yusof, Semerah, Muar ini merupakan
salah sebuah sekolah yang terletak di Johor merupakan antara sekolah yang berada di
luar bandar. Berdasarkan rekod pencapaian mata pelajaran Kemahiran Hidup di salah
sebuah kelas di sekolah berkenaan, didapati bahawa tahap pencapaian mata pelajaran
tersebut adalah sederhana. Ramai murid yang gagal menguasai beberapa kemahiran
dalam projek Kemahiran Hidup. Mereka tidak menyedari kepentingan Kemahiran
Hidup merupakan mata pelajaran yang amat penting bukan sahaja di sekolah malah
ia penting selepas alam persekolahan dan ia perlu diaplikasikan di dalam setiap aspek
termasuk semasa di peringkat pengajian tinggi. Dengan menyusun semula meja
bengkel Kemahiran Hidup dengan kedudukan yang lebih baik. Saya berpendapat
bahawa masalah tersebut dapat diselesaikan. Keputusan pencapaian murid juga dapat
ditingkatkan dengan baik sekali.
2.9 Tinjauan Literatur Berkaitan Isu Kajian
Objektif kajian Mengikut pandangan Sharifah (1986), tokoh Falsafah
Pendidikan dan Pedadogi Bahasa Melayu, tiada suatu kaedah penyusunan meja dan
17
kerusi murid yang tetap. Hal ini bermakna tiada suatu susunan fizikal sebuah bilik
darjah yang khusus untuk seorang guru patuhi. Namun, seorang guru perlu sentiasa
peka dan memahami iklim bilik darjah kelas mereka bagi memastikan proses
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan berjalan dengan lancar.
Pengurusan fizikal bilik darjah yang kondusif dapat membawa kepada
interaksi iaitu penyampaian dan pemindahan ilmu yang baik, dapat menyesuaikan
aktiviti yang dijalankan dengan pembelajaran, menjimatkan masa pelaksanaan
aktiviti, serta dapat menyimpan bahan rujukan dan bahan bantu belajar dengan baik.
Perlu diingatkan bahawa seorang murid akan mencontohi sikap gurunya bak kata
pepatah guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari. Justeru, guru hendaklah
mengurus persekitaran bilik darjah dengan sebaiknya. Sikap ini akan menanam nilai
murni tersebut dalam diri murid-muridnya kelak.
Mengikut Sharifah (1984), persekitaran fizikal bilik darjah yang baik dapat
meningkatkan kuasa pengajaran guru. Iklim bilik darjah yang baik ini dapat
menyumbang kepada pembelajaran yang berkesan, kawalan kelas yang terjamin,
perhubungan guru-murid yang aktif, dan menjamin keseronokan untuk belajar.
Beliau juga menekankan aspek pengurusan bilik darjah yang kondusif melibatkan
tugas seorang guru untuk menyusun organisasi kelas, menyusun tempat duduk
murid-murid dan menyusun alat-alat bantu mengajar. Oleh itu aspek-aspek yang
terlibat dalam penyediaan fizikal sebuah bilik darjah harus ditekankan. Antaranya
adalah seperti wujudnya guru, sekumpulan pelajar, dan kemudahan-kemudahan
18
seperti meja, kerusi, papan tulis, alat bantu mengajar, papan kenyataan, dan sudut
pembelajaran murid perlulah ditekankan.
Penyusunan meja murid secara berkumpulan seperti mana yang dinyatakan
oleh Kamarudin Hj. Husin (1969), dalam bukunya Asas Pendidikan 1, Terbitan
Longman Malaysia, pembelajaran berkumpulan bermaksud penukaran maklumat,
kepakaran, dan keperluan dalam kalangan ahli kumpulan. Sumbangan daripada
setiap ahli kumpulan adalah matlamat utama dalam pembelajaran berkumpulan
sejajar dengan pendapat Jim Murphy (2001), dalam bukunya Teaching Practise
Conversations. Beliau menyatakan bahawa salah satu kaedah untuk mengekalkan
tumpuan murid adalah dengan membahagikan murid kepada pasangan dan kumpulan
kecil.
Mengikut Kamarudin Hj Husin (1988), dalam bukunya KBSM dan Model-
model Pengajaran Bahasa, pembelajaran berkumpulan dalam kelas KBSR adalah
berdasarkan pencapaian, kebolehan (ability grouping), dan juga berdasarkan minat
dan tujuan sesuatu kumpulan itu didirikan. Bagi kumpulan yang meletakkan murid-
murid yang berpencapaian tinggi dalam akademik, pembelajaran secara kumpulan
dapat meningkatkan lagi kemahiran kognitif mereka kerana mereka telah didedahkan
dengan bahan pengajaran yang lebih mendalam dan tinggi. Sementara bagi kumpulan
yang mempunyai murid-murid yang berpencapaian rendah, bahan pengajaran mereka
akan disesuaikan oleh guru mengikut tahap kognitif mereka. Jadi, mereka dapat
membentuk konsep diri kerana tidak terjejas dengan pertandingan bersama murid-
murid yang lebih baik dalam bidang akademik. Oleh itu, meja dan kerusi murid
19
hendaklah disusun mengikut kumpulan-kumpulan kecil mengikut kesesuaian guru
setelah membuat penilaian terhadap prestasi dan kebolehan mereka.
Menurut Kamarudin Hj. Husin Dan Kamarul Azhar (1994), dalam buku
‘Asas Pendidikan 1 Dinamika Sekolah dan Bilik Darjah’ menyatakan bahawa aspek
psikososial iaitu persekitaran bilik darjah memainkan peranan penting dalam
memupuk minat murid supaya terus belajar. Jika kedudukan bakul sampah berada di
situ, besar kemungkinan akan terdapat sekumpulan murid yang tidak selesa dengan
bau dan keadaan sampah yang berlonggokan. Oleh itu, sudah pastilah murid tersebut
tidak dapat belajar dengan tekun. Justeru, kedudukan bakul sampah perlu diubah ke
bahagian belakang kelas. Mengikut Jim Murphy (2001) pula, aspek kebersihan
seperti penghiasan kelas dapat menyediakan keadaan pembelajaran yang selesa
kepada murid-murid di samping membudayakan mereka dengan amalan kebersihan.
Sebagai kesimpulan, seorang guru sewajarnya mempertimbangkan faktor-
faktor pengurusan fizikal bilik darjah yang meliputi ruang kelas, prosedur dan rutin,
aktiviti dan sudut pembelajaran, serta pergerakan dan perjalanan bilik darjah tersebut
20
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti sama ada susun atur meja di
bengkel Kemahiran Hidup dapat meningkatkan minat dan pembelajaran
berkumpulan murid. Selain daripada itu, kajian ini juga dilakukan untuk:
Meningkatkan pembelajaran secara berkumpulan murid di bengkel
Kemahiran hidup
Meningkatkan minat murid untuk datang awal ke kelas Kemahiran Hidup
3.1 Soalan Kajian
Sejauh manakah susunan meja di dalam bilik Kemahiran Hidup dapat
meningkatkan minat murid-murid untuk mata pelajaran Kemahiran Hidup?
Apakah punca murid kurang berminat dengan topik-topik berkaitan teori dan
konsep untuk mata pelajaran Kemahiran Hidup?
Tahukah murid-murid mengenai pentingnya pembelajaran secara
berkumpulan?
21
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini akan melibatkan seramai 21 orang pelajar Tahun 4 Unggul di
Sekolah Kebangsaan Parit No 5, Jalan Yusof, Semerah, Muar.
Jadual 1 : Kumpulan Sasaran Kajian
Kelas (Tahap 2)
Bilangan Murid 21 Orang
Murid Lelaki 12 Orang
Murid Perempuan 9 Orang
Jawatan Ketua = Ummair Yamani
Penolong = Al Nur Rozalinda
Pengawas sekolah = Amirul Asyraf
Pengawas pusat sumber = Nani
Prestasi Akademik Terdiri daripada 4 murid cemerlang
11 murid sederhana dan 6 murid
lemah
Umur 10 Tahun.
22
Kumpulan sasaran kajian saya terdiri daripada murid-murid kelas Tahun 4
Unggul. Kelas ini mempunyai 21 orang murid di mana lapan orang daripadanya ialah
murid perempuan dan selebihnya ialah murid lelaki. Saya memilih 100% orang
murid jumlah keseluruhan kelas tersebut sebagai kumpulan sasaran kajian.
Kumpulan sasaran ini dipilih berdasarkan kepada tahap pencapaian akademik hasil
daripada pelaksanaan ujian terkini bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup sahaja.
Semua murid dalam kumpulan sasaran terdiri daripada bangsa Melayu dan berumur
dalam lingkungan 10 tahun. Taraf hidup keluarga kumpulan sasaran saya adalah
sederhana kerana ayah mereka kebanyakannya bekerja sebagai peladang kelapa
sawit, peniaga atau pekebun manakala ibu mereka tidak bekerja.
Semua responden ini merupakan murid-murid yang mendapat markah ujian
antara 40% hingga 70% iaitu di dalam gred B dan C. Berdasarkan kepada markah
ujian tersebut, tiga orang daripada sebelas orang responden mendapat gred B
manakala selebihnya mendapat gred C. Kesemua responden juga merupakan murid-
murid yang berprestasi sederhana di dalam kelas. Walau bagaimanapun, mereka ini
telah menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira dan itu juga
merupakan salah satu faktor mereka dipilih untuk menjadi kumpulan sasaran kajian.
Pun begitu, terdapat tiga orang murid daripada kumpulan sasaran menghadapi
masalah kelancaran membaca dan mengeja yang sekaligus mempunyai masalah
dalam kemahiran menulis. Namun, saya mengambil mereka menjadi murid kajian
juga kerana saya ingin melihat kesan intervensi ini terhadap murid yang mempunyai
masalah 3M.
23
Seorang daripada murid lelaki kelas ini pula mempunyai daya ingatan yang
baik dan boleh mengulang semula ayat yang saya gunakan pada pembelajaran lepas.
Malahan, beliau juga sering menggunakan nada suara yang kuat apabila bercakap di
dalam kelas. Sikapnya itu, sudah diketahui oleh semua warga sekolah ini. Sikap
beliau tersebut telah menjadi pencetus jenaka bagi murid-murid kelas ini. Walaupun
sikapnya begitu, murid tersebut tetap berminat untuk belajar dan boleh mencapai
semua hasil pembelajaran yang saya tetapkan bagi setiap proses pengajaran dan
pembelajaran. Selain itu, terdapat tiga orang murid di dalam kelas ini yang suka
berangan di dalam kelas. Salah seorang daripada mereka tersebut walaupun kelihatan
seperti sedang berangan tetapi masih boleh menjawab soalan saya dengan baik
apabila disoal secara tiba-tiba. Hal ini berbeza dengan dua orang murid yang lain itu.
24
5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Kajian yang saya jalankan ini tertumpu kepada isu untuk meningkatkan minat
dan pembelajaran berkumpulan murid di dalam bilik Kemahiran Hidup. Penyelidikan
isu kajian ini telah dijalankan berpandukan kepada model penyelidikan tindakan Kurt
Lewin (1946), dalam (Rosinah Edinin, 2012), yang terdiri daripada empat langkah
dan dimulakan dengan langkah perancangan. Di dalam langkah ini, penyelidik
merancang pelan tindakan setelah mengenal pasti aspek amalan yang perlu ditambah
baik. Kemudian, penyelidik bergerak ke langkah tindakan atau implementasi di mana
pelaksanaan tindakan yang dirancang dilaksanakan. Seterusnya, penyelidik
mengumpul kesemua data berkaitan dengan tindakan yang telah dilaksanakan
tersebut dan diakhiri dengan proses penghasilan refleksi. Di dalam refleksi,
penyelidik perlu menilai pelaksanaan tindakan yang dijalankan dan diikuti dengan
proses mengenal pasti keberkesanan tindakan berdasarkan kepada data-data yang
telah dikumpulkan. Sekiranya perlu, lingkaran proses penyelidikan ini boleh diulang
semula.
25
5.1 Prosedur Tindakan
LANGKAH 1( mengumpul data murid)
Sebelum kajian dijalankan, saya telah mengumpul beberapa data penting
yang diperlukan untuk bahan kajian saya seperti markah ujian bulanan yang lepas,
buku latihan murid dan rekod prestasi murid. Saya akan mengedarkan soal selidik
kepada murid-murid mengenai minat dan pembelajaran berkumpulan murid untuk
sesuatu mata pelajaran Kemahiran Hidup (rujuk lampiran A), maklumat murid (rujuk
lampiran B) dan soal selidik di kalangan guru-guru ( rujuk lampiran C).
Saya telah membahagikan murid kelas ini kepada beberapa kumpulan iaitu
kumpulan sasaran yang terdiri daripada 21 orang murid. Kumpulan terdiri daripada
empat meja kumpulan mengikut susun atur meja Set A. Sebelum memulakan kajian,
saya memberikan tugas kepada kumpulan iaitu latihan menyalin nota dan menjawab
soalan latihan. Ini bertujuan untuk melihat perbezaan tahap pencapaian murid setelah
saya mengajar kelas tersebut .
LANGKAH 2.(membuat pemerhatian terhadap pelajar)
Saya telah menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran seperti biasa
tehadap kelas yang dijadikan bahan kajian saya. Semasa pengajaran saya telah
memerhatikan murid-murid mengenai tahap tumpuan mereka terhadap proses
26
pengajaran dan pembelajaran. Selain itu saya telah mengenal pasti murid yang
bermasalah (tidak menumpukan perhatian) dan mengisi borang pemerhatian murid
(rujuk lampiran D). Seterusnya saya telah memberi soalan (lembaran kerja) berkaitan
pembelajaran semasa langkah penilaian pembelajaran. Setelah selesai menanda
kertas lembaran kerja yang diberikan kepada murid saya telah mengenal pasti tahap
keberkesanan murid semasa melihat tunjuk cara guru. Oleh yang demikian juga saya
telah dapat mengenal pasti tahap pembelajaran secara berkumpulan murid di dalam
bilik Kemahiran Hidup.
Setiap murid dalam kumpulan mendapat satu saoalan lembaran kerja. Ini
bertujuan untuk menyediakan peluang yang lebih besar kepada setiap murid untuk
melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu,
proses pelaksanaan kajian bagi fasa penghafalan dilakukan secara berkumpulan
kerana saya ingin menerapkan pembelajaran secara berkumpulan dan tolong
menolong antara satu sama lain semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik Kemahiran Hidup. Dengan cara ini, proses pembelajaran juga berlaku dengan
lebih cepat kerana murid bersaing antara satu sama lain.
Selepas sesi pengajaran berakhir, saya telah menyemak lembaran kerja yang
dilakukan oleh murid dan guru mengisi borang pemarkahan mengenai tahap
kefahaman murid-murid terhadap pengajaran dan peratusan murid yang dapat
menjawab dengan tepat.
27
LANGKAH 3.( melaksanakan kaedah)
Untuk menjalankan kajian ini, set susun atur meja perlu dihasilkan. Proses
menghasilkan set susun atur ini mudah kerana ia boleh dihasilkan sendiri secara
manual dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Setiap set susun atur terdiri daripada
meja kumpulan, meja demonstrasi dan meja guru seperti di lampiran E. Saya telah
susun atur yang kondusif dan selesa kerana ia mampu mengaktifkan otak atau minda
manusia yang melihatnya. Setiap set susun atur meja pula mempunyai kedudukan
meja demonstrasi yang berlainan. Kedudukan murid di dalam kumpulan juga diubah
bagi memastikan pembelajaran berkumpulan dapat berlaku dengan baik. Pada masa
yang sama, murid dapat melihat kaedah tunjuk cara yang dilakukan guru di meja
demonstrasi.
Sekali lagi sesi pengajaran dan pembelajaran dilakukan kepada murid-murid.
Pada sesi pengajaran kali ini,saya akan mengubah susunan meja di bilik Kemahiran
Hidup kepada Set A, Set B dan Set C. Saya telah mengaplikasikan kaedah ini secara
maksimum semasa menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran. Semasa sesi
pengajaran, saya telah memerhatikan murid-murid mengenai tahap tumpuan mereka
tehadap proses pengajaran dan pembelajaran. Saya telah mengenal pasti bilangan
murid yang masih tidak memberi penumpuan dan mengisi borang pemerhatian murid
(rujuk lampiran D) serta memberi soalan (lembaran kerja) berkaitan pembelajaran
semasa langkah penilaian pembelajaran.
28
Langkah seterusnya dalam menjalankan kajian. Saya telah menyusun semula
meja dan kerusi supaya kedudukannya lebih teratur dan sistematik dengan
menggunakan susun atur Set B. Penyusunan meja dan kerusi ini bertujuan untuk
melihat perubahan murid. Kedudukan meja bertujuan memberi keselesaan guru
bergerak bebas di sekeliling bengkel. Selain itu, murid akan merasakan dirinya
sentiasa diberi perhatian apabila guru sentiasa bergerak menuju kearahnya. Kesannya
ialah murid tidak akan bersembang, bermain-main dan mengantuk semasa guru
mengajar di hadapan.
Setiap kumpulan diberi masa selama sepuluh minit untuk menyiapkan
lembaran kerja setelah saya selesai menerangkan mengenai tajuk pengajaran pada
hari itu tetapi terdapat murid yang lemah untuk mengingat maka saya memberi masa
tambahan selama lima minit kepada mereka yang gagal mengingat dalam tempoh
masa yang diberi. Ini adalah kerana saya mahukan semua responden boleh membuat
lembaran kerja dan belajar secara berkumpulan di meja kumpulan mereka. Saya
menggunakan borang soal selidik seperti di lampiran A untuk merekodkan dan
memastikan semua responden telah berjaya tahu perubahan yang berlaku setelah
susun atur meja bilik Kemahiran Hidup diubah..
Untuk langkah kedua, pada sesi pengajaran dan pembelajaran seterusnya saya
telah mengubah kedudukan meja kepada Set C. Susun atur meja pada kali ni sama
dengan sebelumnya tetapi ditambah penggunaan meja demonstrasi untuk guru
29
sebagai tambahan kepada murid untuk lebih jelas melihat tunjuk cara oleh guru.
Ruang antara meja juga lebih selesa dan memudahkan murid dan guru untuk
bergerak melakukan kerja-kerja amali di dalam bilik Kemahiran Hidup.
Setelah memberikan lembaran kerja kepada murid saya telah mengambil
semula untuk dianalisis bagi setiap set susun atur meja. Selepas membuat soalan
berdasarkan lembaran kerja, saya akan menguji tahap pembelajaran berkumpulan
murid dengan memberikan latihan dalam bentuk amali. Projek amali yang telah
dilaksanakan ialah amali reka bentuk menggunakan penyedut minuman. Setiap
kumpulan akan diminta untuk menghasilkan satu reka bentuk menggunakan
penyedut minuman yang telah diberikan kepada setiap kumpulan. Kriteria
pemarkahan ialah berdasarkan kreativiti projek, hiasan projek, ketahanan projek dan
kerjasama di dalam kumpulan. Amali ini dilakukan selama 50 minit dan setiap
kumpulan berjaya menyiapkannya. Semasa sesi amali ini saya telah dapat melihat
tahap pembelajaran berkumpulan bagi setiap kumpulan.
Langkah ini diteruskan dengan tindakan seterusnya di mana pada proses
pengajaran dan pembelajaran berikutnya, setiap murid dalam kumpulan diberi
lembaran kerja 2 (ujian) seperti di lampiran E. Kumpulan sasaran diberi masa
sepuluh hingga lima belas minit untuk menjawab lembaran kerja 2 yang mempunyai
dua set soalan secara individu. Setelah lima minit masa menjawab berlalu, dua orang
murid yang kelihatan mempunyai masalah untuk menjawab saya akan minta rakan
30
pada kumpulan mereka untuk membantu. Kemudian, kumpulan sasaran dan guru
membincangkan jawapan bersama. Jawapan kumpulan sasaran dianalisis
menggunakan borang soal selidik seperti di lampiran 1 kemudian perbandingan
dilakukan untuk melihat bilangan murid yang menjawab soalan dengan tepat dan
tidak tepat bagi setiap elemen yang diuji.
LANGKAH 4
Selepas selesai sesi kajian terhadap subjek (murid), saya telah mengumpul
semua data-data dan menyusun data-data tersebut dalam bentuk jadual yang senang
untuk di analisis. Saya akan memastikan segala data dan pembolehubah-
pembolehubah yang diperlukan mencukupi dan mengikut spesifikasi yang
diperlukan.
Prosedur pelaksanaan kajian ini diringkaskan seperti di lampiran F dan
gambar rajah di sebelah merupakan ringkasan kepada keseluruhan proses
pelaksanaan kajian ini menggunakan model Kurt Lewin:
31
Sumber : Diadaptasi daripada (Rosinah, 2012)
Rajah 1: Kitaran Model Penyelidikan Tindakan Isu Kajian
32
(1)
Merancang Tindakan
1. Mengenal pasti Isu Kajian : Kesukaran murid memahami pengajaran dan pembelajaran semasa
berada di bilik Kemahiran Hidup. Murid kurang selesa dan tidak nampak dengan jelas guru di hadapan
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Murid tidak minat terhadap matapelajaran Kemahiran Hidup dan
pembelajaran berkumpulan. Murid kurang berminat untuk melakukan pembelajaran secara
berkumpulan.2. Menjalankan tinjauan masalah menggunakan instrumen berikut:
• Pemerhatian • Temu bual• Soal selidik
(4)
Menulis Refleksi
Kekuatan dan aspek penambahbaikan tindakan kajian dinilai.
(2)
Melaksanakan Tindakan Kaedah set susun atur meja Set A,
Set B dan Set C
(3)
Melakukan Pemerhatian
Pemerhatian Soal selidik –lembaran kerja pertama
dan kedua serta ketiga Temu bual
Instrumen Kajian
Set A
33
Kabinet sim
pana barang
Rajah 2 : Kedudukan Meja Susun Atur Set A
3
2
4
1
Meja Guru
Papan putih
Kabinet sim
pana barang
Rujukan :1 = kumpulan lemah2 = kumpulan sederhana3 = kumpulan cemerlang4 = kumpulan cemerlang
Rajah 3 : Kedudukan Meja Susun Atur Set B
Set B
34
Rujukan :1 = kumpulan lemah2 = kumpulan sederhana3 = kumpulan cemerlang4 = kumpulan cemerlang
4
1Meja Guru
3
2Papan putih
Kabinet simpana barang
Kabinet simpana barang
Meja Demontrasi
Set C
35
4
1Meja Guru
3
2
Papan putih
Kabinet simpana barang
Kabinet simpana barang
Meja Demontrasi
Meja demontrasi
Rajah 4 : Kedudukan Meja Susun Atur Set C
Rujukan :1 = kumpulan lemah2 = kumpulan sederhana3 = kumpulan cemerlang4 = kumpulan cemerlang
6.0 CARA PENGUMPULAN DATA
Pengumpulan data dilakukan selepas implementasi kaedah kajian
dilaksanakan. Tiga jenis instrumen telah dipilih untuk mengumpulkan data kajian.
Data-data yang dikumpul berbentuk data kualitatif dan instrumen pengumpulan data
yang digunakan ialah pemerhatian menggunakan senarai semak dan nota lapangan,
analisis dokumen berdasarkan lembaran kerja pertama (latihan) dan lembaran kerja
kedua (ujian) yang dijalankan beserta dengan soal selidik dan temu bual yang
melibatkan kumpulan sasaran kajian. Bagi mengumpul segala maklumat dan data
yang diperlukan, saya telah menggunakan kaedah cara mengumpul data borang soal
selidik, temubual, dan pemerhatian yang telah diperolehi:-
i. Mengedarkan borang soal selidik mengenai keberkesanan pembelajaran
berkumpulan dan minat murid terhadap subjek Kemahiran Hidup.
ii. Membuat temu bual bersama guru kemahiran Hidup mengenai minat dan
pembelajaran murid secara berkumpulan.
iii. Merekodkan markah ujian bulanan murid dalam subjek Kemahiran
Hidup.
36
iv. membuat pemerhatian mengenai penumpuan murid ketika sesi pengajaran
dan pembelajaran.
v. Merekod markah untuk setiap lembaran kerja yang diberikan sebelum dan
selepas tindakan di jalankan kepada murid.
6.1 Pemerhatian
Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku murid semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian. Sebelum
kajian dijalankan murid kurang memberi respons kepada soalan yang diajukan.
Sebagaimana kebiasaannya, murid perempuan yang lebih bersedia dan menunjukkan
kesungguhan sebaliknya murid lelaki kurang bersungguh dan kurang mengambil
bahagian di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Reaksi atau
respon murid dicatatkan dalam nota lapangan oleh pengkaji. Selain itu, kaedah
pemerhatian menggunakan nota lapangan juga digunakan untuk mengumpul data
berkaitan dengan minat murid dalam menjawab soalan. Reaksi ini boleh wujud
dalam bentuk verbal dan juga bukan verbal. Contoh reaksi bentuk verbal adalah
seperti respon lisan dan nada suara manakala contoh reaksi bukan verbal ialah seperti
mimik muka dan posisi tubuh
37
6.2 Ujian Pengesanan
Ujian pengesanan diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan
sejauh mana minat dan pembelajaran berkumpulan mereka terhadap mata pelajaran
Kemahiran Hidup. Item Ujian pengesanan merupakan item lembaran kerja topik
yang telah di ajar oleh guru Kemahiran Hidup iaitu Tanaman Hiasan. Selepas saya
menyemak jawapan murid, saya tidak memulangkan kertas jawapan murid dan tidak
membincangkan jawapannya, sebaliknya saya telah memperkenalkan set susun atur
meja yang berlainan di dalam bilik Kemahiran Hidup dan 5 hari selepas itu saya
telah memberikan lembaran kerja menggunakan set soalan yang sama dengan Ujian
Pra. Selepas itu saya menukar semula susun atur meja di dalam bilik Kemahiran
Hidup dan memberikan soalan lembaran kerja kepada murid. Akhir sekali saya
menukar susun atur meja untuk Set yang terakhir dan memberikan lembaran kerja
kepada murid.
6.3 Soal Selidik
Borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada murid untuk
mendapatkan maklum balas murid berkenaan susun atur meja dan pembelajaran
berkumpulan murid semasa berada di dalam kelas Kemahiran Hidup. Saya juga telah
mengedarkan borang soal selidik kepada guru yang mengajar Kemahiran Hidup
38
untuk mendapatkan pandangan mereka mengenai set susun atur meja yang saya
perkenalkan.
6.4 Temu Bual
Temu bual yang dijalankan ialah separa berstruktur maka soalan temu bual
telah disediakan terlebih dahulu sebelum temu bual dijalankan. Semasa temu bual
dijalankan, terdapat beberapa soalan ditambah mengikut keperluan. Ini kerana ada
masanya soalan yang disediakan terlebih awal tersebut kurang difahami oleh
kumpulan sasaran maka soalan tersebut perlu dipermudahkan agar murid yang di
temu bual boleh memberikan respon dengan lebih baik. Temu bual ini telah
dijalankan di dalam bilik darjah sewaktu murid rehat. Kaedah temu bual yang
digunakan ialah temu bual bersemuka dan instrumen temu bual dipilih kerana ia
mempunyai ciri kebolehtadbiran yang tinggi. Tambahan pula, soalan yang ditanya
ialah soalan terbuka maka jawapan yang diberikan murid tidak tertutup dan
mencapah.
Temu bual yang dijalankan ini direkodkan agar tiada maklumat yang
tertinggal atau tercicir. Hasil temu bual ditranskripkan, dianalisis dan
dipersembahkan dalam bentuk naratif. Sebanyak tiga orang murid daripada
kumpulan sasaran dipilih untuk menjalani proses temu bual ini. Tiga orang murid
berkenaan dipilih berdasarkan kepada prestasi penguasaan kemahiran setelah
39
menjalani proses kajian dan menjawab soalan lembaran kerja kedua (ujian). Daripada
keseluruhan murid di dalam kumpulan sasaran, seorang murid dipilih bagi mewakili
setiap tahap prestasi penguasaan kemahiran iaitu berprestasi rendah, sederhana dan
tinggi. Ia bertujuan untuk meningkatkan aspek kebolehpercayaan dan kesahan temu
bual yang dijalankan.
Daripada temu bual yang dijalankan, dua maklumat utama yang dikumpulkan
iaitu pertama berkaitan dengan minat murid terhadap mata pelajaran Kemahiran
Hidup. Data diukur berdasarkan kefasihan atau kelancaran responden untuk
menyatakan semula formula jawapan bagi soalan yang akan ditanya kepada mereka.
Manakala maklumat yang kedua ialah berkaitan dengan keberkesanan pembelajaran
secara berkumpulan murid di dalam kumpulan mereka.
Data dianalisis daripada transkrip temu bual berdasarkan tema-tema yang
telah ditetapkan oleh pengkaji terlebih dahulu. Hal ini adalah kerana temu bual ini
dijalankan secara separa berstruktur, maka pengkaji sudah mengetahui apakah
maklumat yang diingini berdasarkan temu bual yang dijalankan. Oleh itu, saya hanya
mencatatkan kod atau respon yang wujud dalam temu bual jika ada berdasarkan
tema-tema yang telah ditetapkan.
40
Secara keseluruhan, proses pelaksanaan kaedah pengumpulan data yang
dijalankan ini menekankan aspek triangulasi yang merujuk kepada penggunaan
beberapa kaedah atau instrumen semasa mengumpul data dengan tujuan untuk
meningkatkan kesahan data. Pada masa yang sama, ia juga bertujuan untuk
mengurangkan bias semasa data dikumpulkan. Oleh kerana itu, jenis triangulasi yang
saya gunakan ialah triangulasi data di mana data diperolehi daripada pelbagai sumber
berdasarkan kepada tiga instrumen pengumpulan data yang dijelaskan.
41
7.0 KEPUTUSAN/ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI
Data yang telah saya analisis ialah data daripada hasil pemerhatian kumpulan
sasaran, temu bual beberapa tiga orang responden, ujian pengesanan tahap
pencapaian murid dan soal selidik murid serta beberapa orang guru mata pelajaran
lain.
7.1 Analisis Pemerhatian
Berdasarkan pemerhatian menggunakan senarai semak seperti di lampiran D,
ia menunjukkan bahawa pada peringkat awal, kumpulan sasaran kelihatan agak
terkejut dengan aktiviti susun atur meja yang dijalankan. Terdapat tiga orang murid
lelaki daripada kumpulan sasaran mula merungut dan menyatakan bahawa mereka
tidak boleh belajar secara berkumpulan. Mereka cuba memberikan respon negatif
seperti duduk bersandar sambil memeluk tubuh. Walau bagaimanapun, pengkaji
berjaya memotivasikan mereka dan mereka mula fokus dan melibatkan diri dengan
aktif apabila melihat rakan-rakan lain belajar secara berkumpulan bersama.
42
Apabila tempoh masa pengajaran dan pembelajaran tamat, murid diuji oleh
pengkaji secara individu. Nama murid yang berjaya menjawab kesemua elemen yang
ditetapkan ditanda pada senarai semak yang disediakan seperti di lampiran G. Secara
keseluruhannya, terdapat empat orang murid lelaki dari kumpulan sasaran yang sukar
menjawab soalan dan mengambil masa yang panjang untuk mencari jawapan. Walau
bagaimanapun, setelah diberi masa tambahan dan dibantu oleh rakan murid yang
lain, mereka berjaya menjawab elemen-elemen yang terdapat pada lembaran kerja.
Hasil daripada pemerhatian menggunakan senarai semak ia menunjukkan bahawa
semua murid di dalam kumpulan sasaran berjaya melepasi menjawab lembaran kerja
ini.
Pemerhatian kedua yang dijalankan adalah menggunakan nota lapangan
seperti di lampiran D1 dan D2. Pemerhatian beserta dengan nota lapangan ini
digunakan untuk melihat tahap atau peningkatan minat murid dan pembelajaran
berkumpulan murid untuk menjawab soalan lembaran kerja. Berdasarkan Abdul
Rahman (2000), minat murid dapat diukur melalui beberapa aspek seperti posisi
tubuh, gerak-geri badan, nada suara dan riak wajah. Berdasarkan kepada pemerhatian
menggunakan nota lapangan yang telah dijalankan, reaksi yang telah ditunjukkan
oleh kumpulan sasaran boleh dibahagikan kepada dua iaitu kumpulan sasaran
berminat untuk menjawab soalan penyiasatan dan kumpulan sasaran tidak berminat
untuk menjawab soalan penyiasatan. Jadual di bawah menyenaraikan reaksi-reaksi
yang telah ditunjukkan oleh kumpulan sasaran.
43
Jadual 2: Reaksi Kumpulan Sasaran Pada Pemerhatian Kali Pertama
Reaksi berminat untuk menjawab
soalan penyiasatan
Reaksi tidak berminat untuk
menjawab soalan penyiasatan
Mengangguk-anggukkan kepala. Mengerutkan dahi.
Mengajukan soalan positif :
a) “Cikgu, dah siap, yang
sebelah ni kena jawab ek?”
b) “Cikgu, dah siap. Cikgu, saya
jawab soalan ni boleh
(merujuk kepada soalan set
ketiga)?”
Bermain pensel dan pemadam.
Responden mula menjawab soalan
lembaran kerja yang berikutnya
dengan cepat tanpa perlu disuruh.
Mengajukan soalan negatif :
a) “Cikgu, macam mana nak
jawab ni?”
b) “Cikgu, nak jawab macam
tadi ek?”
Responden bersungguh-sungguh
menjawab soalan.
Menulis jawapan dengan tekun.
Tersenyum-senyum sambil menulis
jawapan.
Bersungguh-sungguh untuk menulis
44
jawapan pada lembaran kerja.
Mereka juga berbincang antara satu
sama lain untuk membandingkan
jawapan.
Berdasarkan kepada pemerhatian pertama yang dilaksanakan, terdapat lapan
reaksi yang menunjukkan kumpulan sasaran berminat untuk menjawab soalan
penyiasatan dan tiga reaksi yang menunjukkan kumpulan sasaran tidak berminat
untuk menjawab soalan penyiasatan. Jadual di sebelah pula menyenaraikan reaksi
yang ditunjukkan oleh kumpulan sasaran pada pemerhatian kali kedua.
Jadual 3 : Reaksi Kumpulan Sasaran Pada Pemerhatian Kali Kedua
45
Reaksi berminat untuk menjawab soalan penyiasatan
Sebaik sahaja lembaran kerja diedarkan dan arahan diberikan,
kumpulan sasaran terus menjawab soalan tanpa mengurut.
Masing-masing kelihatan fokus membaca soalan dan mencari
jawapan.
Responden mempunyai masalah untuk menjawab soalan penyiasatan
tetapi mereka tidak berputus asa dan mencari cara lain untuk
menjawab soalan.
Memberikan tumpuan pada lembaran kerja masing-masing.
Ada yang tekun menulis jawapan pada lembaran kerja dan ada yang
berfikir sambil memegang kepala.
Semua ruang jawapan telah diisi oleh kumpulan sasaran.
Berdasarkan pemerhatian kali kedua tersebut, terdapat enam reaksi yang
menunjukkan kumpulan sasaran berminat untuk menjawab soalan penyiasatan. Bagi
pemerhatian kali kedua ini, tiada reaksi yang menunjukkan responden tidak berminat
untuk menjawab soalan penyiasatan.
46
Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan terhadap kumpulan
sasaran didapati murid lebih berkeyakinan untuk menjawab soalan yang diajukan
oleh guru secara lisan. Mereka menjawab dengan suara yang lantang dan tidak lagi
menundukkan muka apabila guru menyoal. Murid berjaya mengesan dan
membetulkan kesalahan yang sengaja dibuat oleh guru untuk menguji kefahaman
dan ingatan pelajar. Suasana pembelajaran di dalam kelas lebih memberangsangkan
kerana semua murid telah tahu untuk belajar secara berkumpulan. Aktiviti tunjuk
cara oleh guru lebih mudah difahami dan diperhatikan oleh semua murid apabila
terdapatnya meja demonstarasi khas di dalam bilik Kemahiran Hidup. Pembelajaran
berkumpulan menjadi lebih seronok dan berkesan kepada semua tahap murid jika
murid itu sendiri faham pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh guru.
Murid –murid telah kurang untuk melakukan kesalahan tingkah laku di dalam bilik
Kemahiran Hidup seperti berbual dengan kawan, membuat bising dan selalu ke
tandas. Murid yang lemah telah dapat bersaing dengan murid yang sederhana di
dalam kelas setelah pembelajaran berkumpulan diamalkan di dalam bilik Kemahiran
Hidup.
7.2 Analisis Ujian Pengesanan
Hasil daripada data analisis dokumen, jawapan kumpulan sasaran dianalisis
mengikut set susun atur meja di dalam bilik Kemahiran Hidup. Untuk lembaran kerja
latihan, set A, set B dan Set C sahaja yang dianalisis. Analisis data bagi lembaran
kerja latihan dan lembaran kerja ujian adalah seperti di lampiran E1 dan E2. Berikut
47
merupakan ringkasan analisis data yang difokuskan kepada dua elemen utama soalan
penyiasatan yang menjadi fokus kajian iaitu minat dan pembelajaran secara
berkumpulan murid. Perbandingan pencapaian pelajar dalam pengesanan adalah
seperti berikut :
Jadual 4 : Bilangan Responden Mengikut Gred Markah
Gred &
Kedudukan
meja
Bilangan Responden
Pra Set A Set B Set C
A
B
C
D
E
Tidak Hadir
0
2
10
4
2
3
1
12
3
3
1
1
3
15
2
1
0
0
4
17
0
0
0
0
Dapatan Ujian Pra, Set A, Set B dan Set C menunjukkan terdapat
peningkatan dari segi pencapaian murid. Walaupun masih terdapat murid yang gagal
tetapi tiada seorang pun murid yang mendapat sifar berbanding dengan Ujian Pra di
48
mana 5 orang murid telah mendapat sifar. Ujian pra ialah ujian sebelum berlakunya
sebarang tindakan kajian terhadap murid. Tujuan ujian ini ialah untuk melihat hasil
pembelajaran murid semasa guru mereka mengajar di dalam kelas. Murid kelas 4
Unggul ini merupakan kelas kedua dan kebanyakkan muridnya berada dalam
ketegori sederhana. Hasil ujian ini membolehkan saya untuk melihat perubahan
pencapaian murid setelah susun atur meja di dalam bilik Kemahiran Hidup ditukar.
Semasa lembaran kerja diberikan untuk kelas yang seterusnya, susun atur
meja telah ditukar kepada Set A. Hasilnya seorang responden mendapat gred markah
A dan dua belas orang responden mendapat gred B. Tiga orang mendapat gred C dan
gred D namun seorang responden telah gagal dalam ujian lembaran kerja dan
seorang responden tidak hadir semasa lembaran kerja diberikan.
Pada hari seterusnya sesi pengajaran dan pengajaran adalah sama, namun
susun atur meja telah ditukar kepada Set B. Hasilnya tiga orang responden mendapat
gred markah A dan lima belas orang responden mendapat gred B. Dua orang
mendapat gred C dan seorang gred D. Namun pada kali ini tiada responden yang
tidak hadir semasa kelas Kemahiran Hidup bermula.
Susun atur meja Set C merupakan ujian lembaran kerja yang terakhir bagi
kajian saya. Hasilnya empat orang responden mendapat gred markah A dan tujuh
belas orang responden mendapat gred B. Hanya seorang responden mendapat gred C
49
semasa hasil daripada lembaran kerja. Namun pada kali ini tiada responden yang
tidak hadir semasa kelas Kemahiran Hidup bermula. Jadual 7.4 di bawah pula
menunjukkan perbandingan peratus jumlah gred markah bagi set soalan lembaran
kerja setiap susun atur meja yang telah dijalankan.
Jadual 5 : Perbandingan Peratus Jumlah Gred Markah Bagi Lembaran Kerja
Yang Dilaksanakan.
Susun atur meja di
dalam Bilik
Kemahiran Hidup
Gred
markah
Jumlah peratusan markah gred (%)
Set A
A 5 %
B 60 %
C 15 %
D 15 %
E 5 %
Set B
A 14.3 %
B 71.4 %
C 9.5 %
D 4.8 %
E 0 %
Set C
A 19 %
B 81 %
C 0 %
D 0 %
E 0 %
50
Perbandingan dibuat dengan lebih jelas dalam bentuk peratus antara data set
soalan lembaran kerja dan set susun atur meja di dalam bilik Kemahiran Hidup. Gred
markah A bagi ujian pada lembaran kerja meningkat dari 5% set A kepada 14.3%
pada set B dan akhirnya menjadi 19% pada set C. Manakala bagi gred markah B pula
meningkat dari 60% pada set A kepada 71.4% pada set B dan akhirnya menjadi 81%
pada set C. Gred markah bagi C pula menurun dari 15% pada set A kepada 9.5%
pada set B dan 0% pada set C. Bagi gred markah D dari 15% pada set A kepada
4.8% pada set B dan 0% pada set C. Akhir sekali ialah gred markah E iaitu gagal
pada gred A dari 5% kepada 0% pada set B dan Set C. Perbandingan data tersebut
dijelaskan dengan lebih ringkas kepada bentuk graf seperti di dalam rajah di bawah.
51
Set a Set B Set C0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
Gred A
Gred B
Gred C
Gred D
Gred E
Set soalan :
Rajah 1: Graf Jumlah Gred Markah (%) Bagi Soalan Lembaran Kerja Untuk Setiap Susun Atur Meja Yang Dilakukan.
7.3 Analisis Soal Selidik
52
Markah Gred Peratusan Lembaran Kerja (%)
Graf Jumlah Gred Markah (%) Bagi Soalan Lembaran Kerja Untuk Setiap Susun Atur Meja Yang Dilakukan
Set Susun Atur Meja
Murid telah memberikan respons positif manakala guru-guru telah
memberikan komen yang membina. Berikut adalah analisis soal selidik yang telah
dijawab oleh pelajar :-
Skala Likert : 1 - ya
2 - tidak
3 - tidak pasti
Beberapa contoh komen yang telah diberi oleh guru – guru mata pelajaran
lain di sekolah pula adalah seperti guru Pendidikan Seni mengatakan ia sebagai satu
pendekatan yang menarik dalam meningkatkan minat dan pembelajaran
berkumpulan murid kerana susun atur meja terancang dan sesuai untuk pembelajaran
secara berkumpulan.
Guru Bahasa Inggeris pula menyatakan ia satu teknik susun atur meja yang
kondusif. Di samping itu, penggunaan meja demonstrasi sesuai dan berkesan untuk
pembelajaran. Selain itu, pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih mudah dan
berkesan.
Guru Sains pula menyatakan susun atur meja ini dapat menambah ingatan
dan minat murid di samping dapat melihat secara menyeluruh dan mengetahui tahap
pembelajaran berkumpulan murid di dalam kelas 4 Unggul.
53
Jadual 6 : Bilangan Analisis Soal Selidik Terhadap Responden
Skala Ya Tidak Tidak pasti
Item Bilangan murid
1. Adakah anda meminati mata pelajaran Kemahiran
Hidup?
2. Adakah anda meminati pembelajaran secara amali?
3. Adakah penggunaan BBM dapat menarik minat
anda dalam subjek ini?
4. Adakah susunan meja yang digunakan guru dapat
membantu anda untuk memahami isi pembelajaran?
5. Adakah jenis susunan meja set C yang dapat
membantu anda memahami sesuatu isi
pembelajaran?
6. Adakah anda mengetahui mengenai lembaran kerja?
7. Adakah anda selalu diberikan lembaran kerja semasa
sesi pembelajaran?
8. Adakah anda menghadapi masalah untuk
menyiapkan tugasan pada lembaran kerja?
9. Adakah penggunaan BBM oleh guru dapat
membantu anda menyelesaikan lembaran kerja
tersebut?
10. Adakah perasaan anda gembira sekiranya dapat
menjawab soalan pada lembaran kerja dengan cepat
19
15
18
5
21
17
10
20
5
1
4
2
10
0
2
10
1
10
1
2
1
6
0
2
1
0
6
54
dan betul?
11. Adakah anda menghadapi masalah untuk
menyiapkan tugasan pada lembaran kerja dalam
pembelajaran berkumpulan?
12. Adakah pengajaran secara berkumpulan oleh guru
dapat membantu anda menyelesaikan lembaran kerja
tersebut?
13. Adakah perasaan anda tidak selesa sekiranya dapat
duduk dalam susunan meja yang lama di dalam bilik
Kemahiran Hidup?
14. Adakah anda menghadapi masalah jika
pembelajaran berkumpulan tidak dilaksanakan di
dalam bilik Kemahiran Hidup?
21
12
20
21
21
0
0
0
0
0
0
7
1
0
0
7.4 Analisis data Temu Bual
Transkrip temu bual untuk ketiga-tiga murid yang dipilih daripada kumpulan
sasaran adalah seperti di lampiran H1 hingga H3. Berdasarkan kepada temu bual
yang telah dijalankan, antara reaksi yang telah ditunjukkan oleh tiga orang murid
yang ditemu bual adalah seperti menganggukkan kepala, tidak berpeluk tubuh,
bercakap dengan nada suara yang tinggi, tersenyum dan ketawa.
55
Berdasarkan kepada Abdul Rahman (2000), reaksi-reaksi yang telah
ditunjukkan oleh murid semasa di temu bual tersebut merupakan ciri-ciri minat yang
boleh diukur. Selain daripada reaksi murid, jawapan murid semasa ditemu bual juga
menunjukkan bahawa murid sudah mempunyai peningkatan minat untuk menjawab
soalan berbentuk penyiasatan.
Berikut merupakan analisis data temu bual berdasarkan transkrip yang
dipecahkan kepada tiga tema iaitu murid suka akan kaedah set susun atur meja,
kaedah susun atur meja membantu meningkatkan minat murid terhadap mata
pelajaran Kemahiran Hidup juga kaedah set susun atur meja dapat meningkatkan
pembelajaran berkumpulan murid.
Jadual 7 : Analisis data temu bual
Tema Respon verbal Kod Bilangan
Kaedah set C
susun atur
meja.
Suka. (S) = suka 3
Tidak suka. (TS) = tidak suka 0
kaedah susun
atur meja
membantu
meningkatkan
Boleh menyatakan
minat dengan amat
baik.
(AB) = amat baik 1
Boleh menyatakan (SB) = sederhana 2
56
minat murid
terhadap
matapelajaran
Kemahiran
Hidup
minat dengan
sederhana baik.
baik
Tidak boleh
menyatakan minat.
(TB) = tidak boleh 0
kaedah set
susun atur
meja dapat
meningkatkan
pembelajaran
berkumpulan
murid
Berminat untuk
menjawab soalan
secara
berkumpulan
(B) = berminat 3
Kurang berminat
untuk menjawab
soalan secara
berumpulan.
(KB) = kurang
berminat
0
Tidak berminat
untuk menjawab
secara
berkumpulan
(TBM) = tidak
berminat
0
Merujuk kepada jadual 7 di atas, didapati bahawa ketiga-tiga responden yang
ditemu bual memberikan respon suka akan pengaplikasian kaedah set C susun atur
meja di bilik Kemahiran Hidup. Kemudian, seorang daripada responden yang ditemu
57
bual boleh menyatakan minat terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup manakala
dua orang yang lain menyatakan minat dengan sederhana baik. Seterusnya, ketiga-
tiga responden juga memberikan respon berminat untuk menjawab soalan secara
berkumpulan.
58
8.0 RUMUSAN/REFLEKSI SELEPAS DAPATAN
Pencapaian murid dalam Ujian Pra, Set A, Set B dan Set C menunjukkan
peningkatan yang agak ketara. Kebolehan murid untuk memahami pengajaran guru
dan pembelajaran secara berkumpulan meningkat setelah susun atur meja di dalam
bilik Kemahiran Hidup di ubah. 10 daripada 21 orang murid 4 Unggul mempunyai
tahap penguasaan yang rendah berbanding yang lain.
Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa susun atur meja Set C banyak
membantu pelajar meningkatkan keyakinan diri, daya ingatan dan minat terhadap apa
yang dipelajari di samping menjadikan suasana P&P lebih ceria dan menyeronokkan
dengan pembelajaran secara berkumpulan. Masih terdapat murid yang gagal dalam
set A dan Set B kerana pada hari saya memperkenalkan susun atur meja ada seramai
10 orang murid tidak hadir ke sekolah kerana hujan lebat. Selain daripada itu ada 4
orang murid 4 Unggul yang kerap tidak hadir ke sekolah dan mereka yang tidak
hadir inilah yang gagal dalam Ujian Set B. Saya sepatutnya menerangkan dan
mempastikan bahawa mereka harus mengamalkan pembelajaran secara berkumpulan
bukan hanya sekadar mengarahkan mereka menyalin dari rakan-rakan.
59
Saya juga sepatutnya harus lebih bertegas terhadap segelintir murid lelaki
yang agak malas dan bersikap sambil lewa. Saya berasa tersentuh dan terharu apabila
seorang murid 4 Gemilang menghantar SMS meminta saya mengajar kelas mereka.
Saya yakin bahawa susun atur Set C dapat membantu murid meningkatkan
pencapaian mereka dalam subjek Kemahiran Hidup. Analisis keputusan lembaran
kerja tajuk Tanaman Hiasan 4 Unggul menunjukkan peratus kelulusan murid adalah
tinggi berbanding pada sebelum kajian dijalankan.
60
9.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut :-
Menggunakan susun atur meja Set C untuk pengajaran di dalam kelas.
Menghias meja kumpulan dengan info berguna agar pembelajaran
berkumpulan menjadi lebih seronok
Guru boleh menyediakan satu modul penggunaan meja demonstrasi untuk
memudahkan murid melihat tunjuk cara guru.
Menjadikan susun atur meja dan suasana bilik Kemahiran Hidup lebih
kondusif untuk murid belajar secara berkumpulan.
Hasil dari penyelidikan yang dijalankan, saya dapati terdapat perubahan yang
positif dari segi amalan pengajaran guru dan amalan pembelajaran pelajar . Semoga
hasil kajian saya ini dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan. Akhir kata :-
Prasarana
GURU KREATIF + PELAJAR DEDIKASI KEJAYAAN BERERTI
Kondusif
61
SENARAI RUJUKAN
Abdul Rahim Abdul Rashid,( 1996 ), Panduan Latihan Mengajar, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdul Ramman Abdul Aziz, (2000). Kemahiran Komunikasi Dalam Meningkatkan Keyakinan Diri. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Chong Lean Keow, (2008). Murid dan Alam Belajar untuk PPPRP4T. Selangor. Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
Kamarudin Hj. Husin & Kamarul, (2001). Azhar Asas Pendidikan 1 Dinamika Sekolah dan Bilik Darjah. Kuala Lumpur. Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Ee Ah Meng, ( 1989 ) Pendidikan di Malaysia Untuk Guru Pelatih, Edisi Kedua, Petaling Jaya, Siri Pendidikan Fajar Bakti.
Hall,C. (2000). Growing safe schools-it takes a community. University of Akron.
Henley,M. (2006). Classroom Menagement: A proactive approach. New Jersey: Pearson Prantice Hall.
Jim,M. (2001). Teaching Practise Conversations. New York: Longman Inc.
Piaget, J. (2001). The Psychology of Intelligence Book. New Jersey: Pearson Prantice Hall.
Kamarudin Hj. Husin, ( 1994 ) KBSM dan Strategi Pengajaran Bahasa (Edisi Baru), Siri Pendidikan Perguruan, Kuala Lumpur, Kumpulan Budiman Snd. Bhd.
Kamarudin Hj. Husin, ( 1969 ) Asas Pendidikan 1 , Siri Pendidikan guru, Kuala Lumpur, Longman Malaysia Snd. Bhd.
Kamarudin Hj Husin, (1989). KBSM dan Model-model Pengajaran Bahasa.. Vinlin Press Sdn Bhd. Kuala Lumpur .
Lemlech, J.K. (1988). Classroom management: methods and techniques for elementary and secondry teachers (2nd edition). New York:Longman Inc.
Levin,J.& Nolan,J.F. (2004). Principle of classroom management: a professional decision-making model. USA:Allyn&Bacon.
62
Mat Nor Hussin, Ab. Rahman Ab. Rashid,( 1988 ) Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa, Siri Pendidikan Longman, Selangor, Longman Malaysia Snd. Bhd.
Musa Mohd Hisham, (1997). Penggunaan Bahan Bantu Belajar Dalam Bahasa Melayu, dlm. Jurnal Dewan Bahasa. 3 Mac 2010
Ngui Kuen Sang (1981: 35 ), Pedagogi I, Siri Pendidikan Longman, Selangor, Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Noraziah Abdul Hamid & Noriati A.Rashid ( 1981: 2 ) , Alatan Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa, Petaling Jaya. Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Rosinah, E. (2012). Model Penyelidikan Tindakan Kurt Lewin. Kuala Lumpur. Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Savage,T. V. (1999). Teaching Self-Control Through Management and Discipline. Boston:Allyn and Bacon.
Sharifah Alwiyah Alsagoft. (1986). Tokoh Falsafah Pendidikan dan Pedagogi Bahasa Melayu, Kuala Lumpur. Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Jean, M. (2000). Teaching Practise Conversations, Plans, Action, and Performance. Pearson Sdn.Bhd. Singapore. 2003.
Verderber, R. F., & Verderber, K. S. (2002). Communicate (10th ed.). USA: Clark Baxter.
Media elektronik
Azmi Yahya Yaccob, (2001). Definisi Kurikulum. Dilayari pada 23 Febuari 2010 dari http://www.scribd.com/doc/262413754/definisi-kokurikulum
Azlan Md Nor, (2002). Tesis Bertajuk Pendidikan Era Globalisasi. Dilayari pada 03 Mac 2010.dari http://web.uthm.edu.my/ps/thesis/education/azlan%203mohdMd.%20ali.pdf
Rozelan Mohd, (2000). Pembelajaran Masteri. Dilayari pada 23 Febuari 2010 dari http://www.scribd.com/doc/4148111/Pembelajaran-Masteri
63