Post on 12-Dec-2015
description
Dasar Warga Emas Negara (dwen)
DASAR WARGA EMAS NEGARA (DWEN)
1. 2. Latar Belakang
2.1 Pada 5 Januari 2011, Mesyuarat Jemaah Menteri telah
meluluskan Dasar Warga Emas Negara (DWEN) yang telah
digubal oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat (KPWKM). Dasar ini adalah merupakan satu
penilaian semula dan merupakan penambahbaikan kepada
Dasar Warga Tua Negara sebelumnya.
2.2 Sehubungan itu, untuk memastikan pelaksanaan Dasar Warga
Emas Negara dapat direalisasikan secara berkesan KPWKM
serta ahli panel yang melibatkan kementerian lain yang
berkaitan telah menggubal Pelan Tindakan Warga Emas
Negara (PTWEN). Di samping itu juga, satu badan yang
bertindak sebagai pemantau kepada pelaksanaan program-
program di bawah Pelan Tindakan Dasar Warga Emas iaitu
Majlis Penasihat dan Perundingan Dasar Warga Emas Negara
(MPPWEN) telah ditubuhkan.
2.3 Terdapat 7 jawatankuasa kecil yang telah ditubuhkan di bawah
MPPWEN dan salah satunya ialah Jawatankuasa Kecil
Pendidikan dan Kerohanian yang dipengerusikan oleh Ketua
Setiausaha, Kementerian Pelajaran.
2.4 Jawatankuasa Kecil Pendidikan dan Kerohanian yang
dimaksudkan bertujuan untuk melaksanakan program dan
aktiviti yang berkaitan pendidikan dan kerohanian yang telah
digariskan di dalam PTWEN.
3. Definisi Warga Emas
Warga Emas merujuk kepada individu yang berumur sama atau melebihi 60
tahun dan ke atas seperti yang diterima pakai dalam United Nations World
Assembly on Ageing di Vienna (PBB, 1982) dan dalam kalangan negara-
negara ASEAN.
4. Matlamat JK Kecil Pendidikan dan Kerohanian
Matlamat utama Jawatankuasa Kecil Pendidikan dan Kerohanian ini ialah:
4.1 Mendayaupayakan individu, keluarga dan masyarakat
dengan menyediakan perkhidmatan mesra warga emas
yang cekap dan berkesan serta membangunkan
persekitaran yang memboleh dan membantu supaya warga
emas hidup sejahtera dan produktif kepada negara;
4.2 Membudayakan nilai, sikap dan amalan saling
menghormati, menghargai serta menyayangi sesama insan;
dan
4.3 Memanfaatkan pengetahuan, kepakaran dan pengalaman
warga emas bagi meningkatkan kerohanian, sahsiah dan jati
diri dalam kalangan murid dan remaja.
5. Fungsi Jawatankuasa Kecil Pendidikan dan Kerohanian
5.1 Mengambil tindakan susulan daripada keputusan Mesyuarat
Majlis Penasihat dan Perundingan Warga Emas Negara;
5.2 Merancang pelaksanaan program dan aktiviti yang berkaitan
dalam Pelan Tindakan Dasar Warga Emas Negara;
5.3 Mewujudkan koordinasi antara kementerian, agensi kerajaan
dan badan bukan kerajaan dalam melaksanakan perancangan
program dan aktiviti yang berkaitan dalam Pelan Tindakan
Dasar Warga Emas Negara;
5.4 Memantau program dan aktiviti yang dilaksanakan oleh Ahli
Jawatankuasa Pelaksana di peringkat kementerian, Negeri,
Daerah dan Sekolah;
5.5 Membuat penilaian terhadap program dan aktiviti yang telah
dilaksanakan untuk tujuan penambahbaikan;
5.6 Menyediakan laporan kepada Majlis Penasihat dan Perundingan
Dasar Warga Emas Negara; dan
5.7 Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk sebanyak dua kali
setahun dan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana sebanyak tiga
kali setahun mengikut jadual yang ditetapkan dan tarikh yang
dipersetujui.
6. Skop Jawatankuasa Kecil Pendidikan dan Kerohanian
6.1 Jawatankuasa Kecil ini dibahagikan kepada Jawatankuasa Induk
dan Jawatankuasa Pelaksana;
6.2 Jawatankuasa Kecil ini akan melaksanakan program dan aktiviti
yang dapat memberikan manfaat kepada murid, guru, pelajar
IPG, kolej dan IPT, pensyarah dan warga emas secara timbal
balik;
6.3 Jawatankuasa Kecil ini akan merancang untuk menyesuaikan
program dan aktiviti pembangunan insaniah, kokurikulum dan
sukan yang sedia ada di sekolah, IPG, kolej dan IPT untuk
diselarikan dengan strategi promosi dan advokasi serta
penglibatan dan kesepaduan antara generasi;
7. Bidang Tugas Jawatankuasa Kecil Pendidikan dan Kerohanian
Bidang tugas jawatankuasa ini akan dipecahkan kepada dua jawatankuasa
iaitu:
7.1 Jawatankuasa Induk
7.1.1 Merancang pelaksanaan program dan aktiviti
berdasarkan kepada Pelan Tindakan Dasar Warga Emas
Negara dengan kerjasama padu daripada kementerian,
agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan swasta yang
berkaitan;
7.1.2 Mendapat dan menyediakan dana untuk memastikan
pelaksanaan program dan aktiviti yang dirancang
berjalan dengan lancar, berkesan dan jayanya;
7.1.3 Membentangkan perancangan pelaksanaan program dan
aktiviti kepada Majlis Penasihat dan Perundingan Dasar
Warga Emas untuk kelulusan;
7.1.4 Menghebahkan program-program yang dilaksanakan
melalui media elektronik dan laman web kementerian,
agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan yang
menganggotai sebagai ahli jawatankuasa;
7.1.5 Memantau pelaksanaan program dan aktiviti yang
dirancang berjalan dengan jayanya;
7.1.6 Menilai pelaksanaan program dan aktiviti untuk tujuan
penambahbaikan dan pengesanan pencapaian petunjuk
prestasi;
7.1.7 Melaporkan kepada Majlis Penasihat dan Perundingan
Dasar Warga Emas Negara;
7.2 Jawatankuasa Pelaksana
7.2.1 Melaksanakan perancangan program dan aktiviti yang
telah dibuat oleh Jawatankuasa Induk;
7.2.2 Membentangkan perancangan program dan aktiviti
kepada Mesyuarat Profesional KPM untuk mendapat
kelulusan;
7.2.3 Menyediakan laporan pelaksanaan program dan aktiviti
kepada Jawatankuasa Induk dan Mesyuarat Profesional
KPM;
8. Keahlian Jawatankuasa Kecil Pendidikan dan Kerohanian
8.1 Ahli Jawatankuasa Kecil Pendidikan dan Kerohanian terdiri
daripada pegawai kementerian atau agensi kerajaan yang
berkaitan, pihak swasta, ahli akademik dan pertubuhan bukan
kerajaan.
8.2 Senarai Ahli Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa
Pelaksana adalah seperti berikut:
8.2.1 Ahli Jawatankuasa Induk
Pengerusi : Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran Malaysia
Naib Pengerusi : Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran
Malaysia
Dasar dan Pembangunan Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Setiausaha : Pengarah
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia
Ahli Jawatankuasa : Wakil
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Wakil
Jabatan Perkhidmatan Awam
Wakil Kementerian Kesihatan Malaysia
Wakil Kementerian Pengajian Tinggi Wakil Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Wakil Kementerian Penerangan, Komunikasi dan
Kebudayaan
Wakil
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia
Pengarah-Pengarah Bahagian Operasi KPM
Setiausaha Bahagian (Kewangan)
8.2.2 Ahli Jawatankuasa Pelaksana
Pengerusi : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia Naib Pengerusi : Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Operasi Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia Setiausaha I : Pengarah
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Kementerian Pelajaran Malaysia
Setiausaha II : Pengarah
Bahagian Kokurikulum dan Kesenian
Kementerian Pelajaran Malaysia
Bendahari : Setiausaha Bahagian
Bahagian Kewangan Kementerian Pelajaran Malaysia
Ahli Jawatankuasa :Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan
Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia Pengarah Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia
Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh Sekolah Kecemerlangan
Kementerian Pelajaran Malaysia PengarahBahagian Sukan
Kementerian Pelajaran Malaysia PengarahBahagian Pendidikan Khas
Kementerian Pelajaran Malaysia
Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia
Kesatuan Guru Jabatan Pengajian Tinggi
Jabatan Kesihatan Negeri
9. Petunjuk Prestasi
9.1 Output:
Peningkatan 10% setahun bagi program antara generasi yang
dapat memupuk nilai menghormati warga emas dalam kalangan
murid sekolah dan IPG, pelajar kolej dan IPT dilaksanakan
mulai tahun 2011.
9.2 Outcomes
Peningkatan 10% pembudayaan nilai, sikap dan amalan saling
menghormati warga emas dalam kalangan murid sekolah,
pelajar IPG, Kolej dan IPT.
10. Sasaran
10.1 Murid sekolah rendah dan menengah; serta pelajar kolej, institut
pendidikan guru dan institut pendidikan tinggi
10.2 Warga emas pelbagai bangsa di Pusat Jagaan;
10.3 Warga emas pelbagai bangsa di kawasan kediaman;
10.4 Warga emas yang dikenal pasti berjasa/tokoh dalam pelbagai
bidang tertentu;
11. Program Pendidikan dan Kerohanian di bawah Pelan Tindakan Warga
Emas Negara
Program yang dicadangkan untuk dilaksanakan ialah:
11.1 Menggalakkan aktiviti kesukarelaan di pusat jagaan warga emas
atau kediaman warga emas di dalam kawasan penempatan
murid, dalam kalangan warga sekolah, kolej dan institut
pengajian tinggi; dan
11.2 Mempromosi warga emas sebagai aset negara dan memupuk
nilai menghormati warga emas menerusi:
i. Program angkat warga emas – Pelajar IPG, kolej, IPT, warga emas dan komuniti setempat.
ii. Menganjurkan Hari Antara Generasi – Murid sekolah / IPG
/ Kolej / IPT, warga emas, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan komuniti setempat.
iii. Program Penuaan Sihat antara Generasi – Warga Emas
dan Komuniti setempat. iv. Kempen menghormati warga emas – Murid sekolah /
IPG / Kolej / IPT.
11.3 Membudayakan penglibatan warga emas dalam aktiviti sekolah ke arah memasyarakatkan sekolah.
12. Penutup
Warga emas merupakan insan yang sangat bermakna kepada kehidupan
manusia sejagat. Jasa dan peranan dalam membangunkan institusi keluarga,
masyarakat dan kemajuan negara amat besar serta perlu dihargai oleh
semua lapisan masyarakat di Malaysia. Menyedari akan kepentingan
menghargai, menghormati dan menyayangi warga emas, adalah relevan
KPWKM menggubal DWEN yang harus disokong sepenuhnya oleh semua
lapisan masyarakat, agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan.
Sehubungan itu, peranan Jawatankuasa Kecil Pendidikan dan Kerohanian ini
sangat penting dalam memastikan generasi muda menghormati, menyayangi
dan empati terhadap semua warga emas tanpa mengira jenis kaum serta
menghayati akan peranan dan sumbangan yang telah diberikan oleh warga
emas dalam membangun dan memajukan negara.
PROGRAM PENDIDIKAN DAN KEROHANIAN
DASAR WARGA EMAS
1. Kesedaran Terhadap Warga Emas (WE)
2. Menghargai warga emas
3. Mengalu-alukan penglibatan warga emas
Bil Program Aktiviti Sasaran Tindakan
1 Kesedaran Terhadap Warga Emas(WE)
Promosi Warga Emas:
a. Kempen Menghormati warga emas
b. Hari Warga Emasi. Perutusan
Semua Murid
1. Unit Beruniform
2. Persatuan
3. Mata Pelajaran Sivik (T2
Warga Emas
ii. Aktiviti (seni, sajak, poster, bercerita )
dan T5)
4. PIBG
Bil Program Aktiviti Sasaran Tindakan
2 Menghargai Warga Emas
Khidmat Sukarela:
a. Lawatani. Melawat WE
di rumah/ penginapan/ pusat asuhan
Semua Murid
1. Unit Beruniform
2. Persatuan
3. Mata Pelajaran Sivik (Murid T2 dan T5)
b. Gotong Royong
i. Mengadakan gotong royong membersihkan kawasan rumah/ penginapan WE
c. Memberi Penghargaani. Sambutan
Hari Lahirii. Sambutan
Hari Ibuiii. Sambutan
Perayaan
d. Program Angkat Warga Emas
Bil Program Aktiviti Sasaran Tindakan
3 Mengalu-alukan Penglibatan Warga Emas
Penglibatan Warga Emas Dalam Aktiviti Sekolah:
a. Aktiviti Ko-kurikulum, persatuan dan sukan
i. Sebagai tetamu
ii. Sebagai pegawai (mengikut keupayaan)
b. Perkongsian ilmu/pengalaman (mengikut keupayaan)
Warga Emas
1. Unit Beruniform
2. Persatuan
3. Mata Pelajaran Sivik (Murid T2 dan T5)
4. PIBG
LAPORAN
1. Laporan dikumpul 2 bulan sekali
2. Laporan disediakan oleh Panitia Sivik dan Kewarganegaraan dan Guru Bimbingan dan Kaunseling