Post on 06-Sep-2015
description
Isu, Permasalahan dan Penyelesaian, Program LINUS 2010
Pejabat Pelajaran Daerah Barat Daya
Isu, Permasalahan dan Penyelesaian, Program LINUS 20102
PEJABAT PELAJARAN DAERAH BARAT DAYA
Isu, Permasalahan dan Penyelesaian, Program LINUS NKRA 2010
PEJABAT PELAJARAN DAERAH BARAT DAYA
JALAN PERMATANG TEPI
11000 BALIK PULAU
PULAU PINANG
ISU 1OBJEKTIFPENYELESAIAN
Tahap kefahaman pentadbir dan guru dalam program LINUS Melahirkan warga sekolah yang berinformasi dan komited dalam melaksanakan program-program dalam bidang pendidikan. Memberi taklimat kepada pemimpin sekolah peranan mereka untuk mengambil tahu segala perkara berkaitan program LINUS yang dijalankan di sekolah. Taklimat kepada pentadbir dan guru-guru LINUS berkaitan proses pentadbiran saringan lisan/ membaca dan menulis.
Mengadakan mesyuarat verifikasi data LINUS setiap kali selepas saringan dilaksanakan.
ISU 2MASALAHPENYELESAIAN
Bilangan murid yang dapat menguasai asas literasi dan numerasi.Mencapai KPI yang ditetapkan iaitu 100% murid dapat menguasai literasi dan numerasi. Menggalakkan pihak sekolah mengadakan taklimat/mesyuarat bersama-sama ibu bapa.
Menggalakkan pihak sekolah mengambil inisiatif menambah bahan bacaan atau BBM bagi menjadikan p&p guru lebih berkesan. Mesyuarat Post-mortem setiap kali selepas saringan dilaksanakan.
Penyediaan Pelan Tindakan setiap kali selepas saringan.
ISU 3MASALAHPENYELESAIAN
Keupayaan guru menyampaikan p&p kepada kumpulan murid yang berbeza tahap kebolehan di dalam kelas yang sama.Guru tidak dapat memberi perhatian penuh terhadap kumpulan murid yang berbeza kebolehan (model kelas bergabung).
Pengajaran kemahiran menulis (membentuk huruf) belum diberi penekanan akibat daripada kekangan masa.
Mengaplikasikan p&p secara team teaching -kolaborasi antara guru LINUS dan guru Pemulihan.(sama seperti yang dijalankan dalam p&p J-Qaf)
ISU 4MASALAHPENYELESAIAN
Peningkatan P&P guru dalam program LINUSMelahirkan guru yang berkebolehan serta kreatif. Mengadakan Taklimat LINUS kepada semua guru Tahun 1.
Mengadakan Bengkel BBM kepada guru-guru LINUS.
Pemantauan yang berterusan oleh pihak pentadbir menjadikan guru senantiasa membuat persediaan untuk melaksanakan p&p LINUS. Memberi pendedahan kepada guru-guru LINUS tentang pedagogi terkini dan penyerapan elemen kreativiti dan inovasi dalam p&p LINUS.
Latihan kepada guru yang dikendalikan oleh FasiLINUS secara on-site.
ISU 5MASALAHPENYELESAIAN
Penglibatan guru Pemulihan dalam menjayakan program LINUSMelibatkan guru Pemulihan 100% dalam menangani masalah murid LINUS Pemulihan/Tegar. Taklimat kepada semua guru Pemulihan berkaitan tugas dan peranan yang perlu mereka laksanakan bagi menjayakan program LINUS .(Surat Siaran bertarikh 4 Ogos 2010) Memupuk semangat ownership dalam kalangan guru bagi memastikan kejayaan pelaksanaan Program LINUS
ISU 7MASALAHPENYELESAIAN
Penglibatan ibu bapa dalam menjayakan program LINUSMelibatkan dan menggalakkan kerjasama ibu bapa dalam memastikan anak-anak mereka memperoleh bimbingan berterusan di rumah terutama pada musim cuti persekolahan. Pihak sekolah perlu mempunyai hubungan yang baik dengan PIBG agar dana dapat disalurkan ke arah penambahbaikan dan pembelian BBM yang bersesuaian, boleh guna dan mesra pengguna.
Pelaksanaan program suka rela oleh ibu bapa untuk menyumbang tenaga dan kepakaran membantu guru menjalankan aktiviti berkaitan program LINUS contoh seperti Program Apple Seeds yang dijalankan di luar negara.
ISU 8
MASALAHPENYELESAIAN
Kehadiran murid LINUS ke sekolahKedatangan yang tidak berterusan ke sekolah boleh menjejaskan keberkesanan Program LINUS Pemimpin sekolah perlu memainkan peranan bagi memastikan kehadiran murid LINUS ke sekolah .
Mengadakan sesi perjumpaan dengan ibu bapa bagi murid-murid yang sering tidak hadir ke sekolah bagi mencari penyelesaian kepada masalah tersebut.
ISU 9
MASALAHPENYELESAIAN
Rekod Pencapaian murid LINUS Rekod pencapaian murid LINUS tidak diurus dengan baik. Kebanyakan guru tidak menampal/ melampirkan rekod pencapaian setiap murid LINUS dengan jelas. Guru hanya bergantung pada BPPI yang terdapat di dalam fail LINUS.
FasiLINUS telah menyediakan borang kosong (soft copy) bagi membolehkan guru merekodkan pencapaian setiap murid LINUS dan ditampal pada buku rekod mengajar bagi membolehkan guru melihat peningkatan setiap murid serta melaksanakan tindak susul yang bersesuaian.
_992459963.doc