Post on 23-Feb-2016
description
MONOPOLI DAWAMA & IMPAK KEPADA USAHAWAN PERCETAKAN
SIDANG MEDIA
30 Oktober 2013
FUNGSI DAWAMA1. Berdasarkan dasar penswastaan negara, DAWAMA diwujudkan
dengan tujuan meningkatkan ekuiti bumiputera sebanyak tiga puluh peratus (30%) dalam industri percetakan.
2. Pihak DAWAMA telah diberi konsensi selama 12 tahun di bawah DBP untuk mengambil kerja percetakan, pemasaran dan pengedaran buku bermula pada 1 September 2002 dan akan tamat pada tahun 31 Ogos 2014.
3. Tetapi kewujudan DAWAMA awal-awal lagi TIDAK DIPERSETUJUI oleh Persatuan Pengusaha Percetakan Melayu Malaysia (PPPMM).
APA YANG TELAH DISUMBANGKAN DAWAMA SELAMA INI?
Kerja-kerja percetakan hanya dimonopoli oleh
DAWAMA
Menidakkan peluang syarikat-syarikat
percetakan bumiputera sedia ada dari bersaing secara
sihat
Mengubah polisi dan dasar yang sedia ada kerana nasib syarikat
percetakan bumiputera yang lain diketepikan setelah
kewujudan DAWAMA
SYARIKAT DITUTUP SYARIKAT ‘MENGUNCUP’
i. Percetakan Print System Sdn Bhd ii. Afluent Master Sdn Bhd iii. Malindo Press Sdn Bhd iv. Ampang Press Sdn Bhd v. Percetakan Tulis Sdn Bhd vi. Zizi Press Sdn Bhd vii. Percetakan Asni Sdn Bhd viii. Percetakan Adabi Sdn Bhd ix. Tenaga Sinar Sdn Bhd x. Percetakan Ustara Sdn Bhd dll
i. Percetakan Inderapura Sdn Bhd ii. Cepat Cetak Sdn Bhd iii. Midmodal Sdn Bhd iv. Harian Zulfadli Sdn Bhd v. Masadah Sdn Bhd vi. Percetakan Watan Sdn Bhd vii. Nur Niaga Sdn Bhd
Dalam tempoh sepuluh tahun (2002-2012) DAWAMA beroperasi, banyak usahawan bumiputera dahulunya berjaya, kini terjejas teruk:
RENTETAN KEGAGALAN DAWAMAAkhir 2010 DAWAMA tidak dapat menyempurnakan kerja-kerja percetakan
buku-buku teks Kementerian Pendidikan yang telah diberikan oleh DBP:
i. Kegagalan ini menjadi bahan ketawa. ii. Bagaimana projek yang dipastikan nilai dan
keuntungannya oleh kerajaan (lebih kurang RM120 juta setahun) gagal diurus tadbir oleh sebuah syarikat bumiputera.
iii. Tiada tindakan yang jelas diambil sama ada kegagalan urus tadbir, korupsi atau pecah amanah.
2011 i. Pengusaha percetakan Melayu telah membantu DBP menyiapkan buku teks pada tahun tersebut walaupun masa yang diberikan agak singkat.
ii. Kerja-kerja percetakan, pengedaran dan pengangkutan telah dijalankan dengan jayanya oleh pengusaha bumiputera.
iii. Pihak DBP menghargai dan pengusaha percetakan bumiputera meneruskan pemberian kontrak secara terus kepada pengusaha percetakan Melayu.
2012 i. Kerja-kerja percetakan DBP terpaksa diserahkan kembali kepada DAWAMA walaupun DAWAMA terbukti telah gagal menjalankan projek tersebut.
ii. Segala memorandum dan bantahan dipandang sepi dan diketepikan begitu sahaja.
29 Nov 2012 Kegagalan DAWAMA membayar hutang kepada pengusaha percetakan. • Ramai usahawan pencetak, pengedar dan pengangkutan tidak
mendapat bayaran tunggakan hutang sebagaimana yang dijanjikan daripada DAWAMA sehingga hari ini.
• Jika tidak dengan desakan daripada PPPMM, sudah pasti kerja percetakan buku teks (cetakan semula 2012) tidak akan dijelaskan oleh DAWAMA. Kerja-kerja tersebut telah dibayar secara terus oleh DBP kepada pencetak.
• Malang bagi pengusaha pengangkutan dan pengedar, ada yang tidak dibayar dan ada yang tidak mendapat kerja.
Satu ketika pekerja DAWAMA menangis kerana dipecat dan tidak dibayar gaji. • DAWAMA sepatutnya selesai membayar tunggakan gaji kepada pekerja
secara ansur dan selesai melangsaikan hutang kepada pekerjanya pada Jun 2013. Namun, tunggakan gaji hanya dibayar sekali sahaja pada awaltahun 2013
Nasib pekerja DAWAMA yang kononnya akan terjejas tidak masuk akal. Anggaran kasar pekerja syarikat-syarikat percetakan, pengedaran dan pengangkutan bumiputera (150 buah syarikat) termasuk jumlah tanggungan mereka adalah seramai 25,000 orang berbanding pekerja DAWAMA yang hanya 300 orang sahaja.
NASIB PEKERJA YANG TIDAK TERBELA
Mengikut persetujuan, kerja-kerja percetakan, pengedaran dan pemasaran buku umum dan ilmiah terbitan DBP akan dijalankan oleh pihak DAWAMA. • Malangnya, pihak DAWAMA tidak dapat menjalankan tugas ini dengan baik
dan gagal menerbitkan karya-karya yang bermutu. • Ini menyebabkan kewujudan bahan-bahan ilmiah yang berkualiti berkurangan
dalam pasaran (Cth: majalah Massa yang telah pupus dan majalah ilmiah lain yang tidak mendapat sambutan seperti Dewan Masyarakat, Dewan Siswa dan Dewan Ekonomi).
• Ramai pensyarah-pensyarah universiti, para ilmuwan, penulis dan pencinta buku kecewa dengan fenomena ini. Kejadian ini tidak membantu kerajaan untuk penyebaran ilmu dan maklumat.
BUDAYA ILMU YANG SEMAKIN HILANG
GAGAL TETAPI MASIH BERDEGIL
1. Kegagalan DAWAMA telah mencemar nama baik kerajaan.2. Walaupun telah terbukti gagal, dikhabarkan konsesi bersama DAWAMA
akan disambung selama 10 tahun lagi setelah konsesi asal tamat pada 2014 nanti.
KEMBALIKAN KEGEMILANGAN PENCETAKAN MELAYU
Konsensi percetakan, pemasaran dan pengedaran DBP ini wajar ditamatkan lebih awal walaupun perjanjian ini bakal tamat pada tahun 31 Ogos 2014. Pelantikan syarikat Utusan Printcorp Sdn Bhd tidak dapat menjamin bahawa DAWAMA dapat diselamatkan dan ia bukan alasan untuk terus memonopoli dan mengetepikan usahawan percetakan yang lain.
Persatuan berpandangan kerajaan menyerahkan kembali kerja-kerja percetakan DBP kepada pengusaha-pengusaha percetakan, pengedaran dan pengangkutan orang Melayu atau diuruskan oleh Konsortium Percetakan, Pengedaran dan Pengangkutan (K3P) bagi memastikan industri ini kekal bersaing dan maju seiring dengan bangsa lain.
DAWAMA terbukti gagal melaksanakan tugas mereka walaupun peluang dan ruang diberikan begitu lama.
Konsensi yang tamat tidak patut dilanjutkan. Bahkan, konsensi tersebut sepatutnya ditamatkan lebih awal lantaran kegagalan DAWAMA.
RUMUSAN
Sekiranya diberi peluang, banyak syarikat pencetakan Melayu mampu bersaing secara adil dan membuktikan keupayaan mereka.
250 pengusaha 25,000 pekerja + keluarga
Nilai industri yang melebihi RM120 juta setahun
Mempunyai aset RM5 bilion mencakupi bidang percetakan, pengangkutan, rantaian bekalan, kilang, gudang