Post on 22-Aug-2019
•
1 •
..
MALAYSIA
PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES
DEWAN RAKYAT. House .of Representatives
PARLIMEN KELA.PAN Parliament Eighth
PENGGAL Second Session
KE DUA
Jilid II Bil. 64 Bari Selasa 22hb Disember 1992
L\NDUNGAN
JAWAPAlf-JAWAPAH MUI.UT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN
KANG UNDARG-um>ANG:
Rang Undang-andang Kewangan (No .2)
l!lang Undang-undang Suruhanjaya Pelabuhan ~Jlau Pinang {Pindaan)
Rang Undang-undang Koperasi
(Ruangan 1)
(Ruangan 39)
(Ruang~ 90)
(Ruangan io6)
' l
DR.22.12.92 - 1 -
MALA.YSIA
DEWAR RAltYAT
Sel asa, 22hb Di. sember, 1992
!lesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang
DOA
[Tuan Yang di-Pertua 11e111.pengerusikan Mesyuarat]
J'AWAPA.R-.JAWAPAB MULU'l BAGI PEB.TAlllYAAB-PEB.TARYAAR
PERMIT TEICSI - PEBYELEWERGA.R OLEB SYAB.IXAT
1. Van Banafiah bin Wan Mat Saam minta Menteri Perusahaan Awam menyatakan adakah beliau sedar bahawa ada syarikat-syarikat teksi yang me.nggunakan dua · teksi untuk satu ·permit. Bagaimanakah pihak yang be'rtanggungj awab akan mengesah j ika ada dua teksi mempunyai jenis kereta yang sama, nombor kereta yang sama, permit yang sama tetapi mempunyai dua pemandu yang diarah supaya berada di laluan yang tertentu dan tidak berdekatan di antara satu sama lain.
Ti.mbalan Menteri Perusahaan Awam [Dato' Dr. Si ti Zaharah bin~i
Baj i Sulaimm]: Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Perusaha~n Awam
semem.angnya sedar bahawa terdapat pemegang lesen individu dan
syarikat .yang menggunakan satu permit untuk menjalankan dua teksi • . Setakat ini tiga kes pemegang lesen yang berbuat demikian telah
dapat dikesan apabila pemegang lesen terbabit memohon untuk
membaharui lesen dan mengganti kenderaan.
Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Perusahaan Awam ..
menghadapi kesukaran untuk mengesan perbuatan sedemikian, kecual i
jika diadukan oleh orang awam atau sewaktu pemegang lesen terbabit . . untuk membaharui lesen mengganti kenderaan atau mengganti lesen yang
d idakwa . hil ang .
DR.22.12.92 - 2 -
Wal au bagaimanapun, Kementerian Perusahaan Aw am akan
menyelaraskan tindakan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan sebagai
pihak yang bertanggungjawab dalam penguatkuasaan mencari jalan bagi
membanteras perbuatan tersebut.
Tuan Lau Dak. lee : Tuan Yang di•Pertua, soalan tambahan.
Bolehkah Timbalan Menteri menyatakan, apakah dasar pemandu teksi
mempunyai teksi sendiri dapat ditunaikan sampai sekarang atau • setakat ini? Adakah dasar seperti ini masih dipegang oleh Kerajaan
dan kalau tidak, mengapa?
Dato' Dr. Siti Zaharah binti Baji Sula:iaan: Tuan Yang
di-Pertua, dasar pemandu persendirian itu tel ah dibekukan buat
sementara sehingga tahun 1990 untuk membolehkan pihak Kementerian
menyelaraskan perkhidmatan pengangkutan awam secara yang boleh
menjamin perkhidmatan yang lebih selesa.
Ini memandangkan bahawa pemberian lesen kepada individu tidak
menjaminkan perkhidmatan yang memuaskan secara lmtum.
Namun. demikian, pemberian lesen di kawasan-kawasan luar Kuala
Lumpur masih diteruskan.
Tuan Baj i Abdul Hamid bin Abdul :Rahman: Tuan Yang di-Pertua,
soalan tambahan. Saya ingin tahu adakah perkara ataupun penipuan
terhadap lesen-lesen teksi tadi terjadi juga kepada. kenderaan-
kenderaan seperti bas mini, lori yang berlesen dan lain-lain. Jadi,
saya ingin tahu, adakah pihak Kementerian sedar perkara ini juga
terjadi? Sila beri laporan.
'
DR.22.12.92 - 3 -
Dato' Dr. Si ti Zahar ah b inti Baj i Sul aiman: Tuan Yang
di•Pertua, seperti saya makl ulilkan bahawa perkara ini amat sukar
kecuali jika ada aduan daripada pihak awam ataupun kita dapat diberi
maklumbalas yang boleh mendapat maklumat-maklumat, perkara-perkara
atau bukti-bukti yang boleh disabitkan.
Oleh yang demikian, sebab itul ah pihak Keraj aan meminta kal au
ada perkara-perkara sedemikian yang berlaku, supaya dapat kerjasama -
daripada pegawai-pegawai, jabatan-jabatan yang berkaitan untuk
menunggu di tempat:..tempat yang dikenalpasti melanggar perkara atau
perbuatan _ini.
PRO.JEX. PEB.UMABA.R RORTOH - ICIBILARGU JIWA DUr GAN'l'IKUGI
2. Tuan Liew Ah Kim minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan sama ada beliau sedar dalam tempoh dua bulan dari Julai hingga September, 1992, tiga bangunan projek perumahan yang dalam pembinaan telah runtuh hingga menyebabkan berlaku kehilangan j iwa iaitu di Setapak, Cheras dan Kepong dan ianya bukanlah satu
· 'kemalangan' tetapi 'kecuaian' pemaju. Sila nyatakan:-
(a) sama ada gantirugi a tau pampasan akan diberi kepada kel uarga mangsa dalam ke tiga-tiga kej ad ian tersebut;
( b) sama ada Keraj aan akan menarik balik le sen pemaju sekiranya didapati cuai menj aga keselamatan pekerj a di tapak bangunan; dan
(c) apakah langkah-langkah positif yang akan diambil bagi menjamin kejadian malang ini tidak berulang.
Ti.mbalan Menteri Perumahan dan Keraj aan Tempatan [Tuan Osu bin
Baji Sukam]: Tuan Yang di-Pertua,
(a) Di dalam tiga kes keruntuhan yang berlaku di Setapak,
Cheras dan Kepong Utara, hanya dua kehilangan j iwa
- ---------------------
DR.22.12.92 - 4 -
terlibat iaitu seorang di Cheras dan seorang lagi di
Kepong Utara, manakala keruntuhan bagi projek Danau
Kota di Setapak melibatkan 13 orang pekerja
tercedera.
Mengikut maklumat yang diterima daripada pihak
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, mangsa kemalangan
" termasuk satu kehilangan jiwa di Kepong utara
telahpun menerima bayaran pampasan pekerj a daripada
syarikat insuran yang berurusniaga dengan pihak
pemaju. - Bayaran pampasan pekerj a dibuat berdasarkan
bahawa kesemua mangsa yang "terlibat mempunyai ·Pas
Kerja yang sah. Wal au bagaimanapun, mangsa-mangsa
yang terlibat adalah terdiri daripada mereka yang
mempunyai kewarganegaraan Indonesia bagi projek di
Danau Kota, Setapak, manakala di Kepong Utara pula,
mangsa yang terlibat adalah warganegara Myanmar.
Dengan itu, mereka ini. tidak berkelayakan untuk
menerima bayaran pampasan pekerja daripada Pertubuhan
Keselamatan Sosial (PERKESO). Adalah difaha:nkan, .
pekerfa yang meninggal akibat keruntuhan rumah pangsa
' di Taman Permai Indah, Cheras akan dibayar pampasan
pekerja oleh syarikat insurans.
( b) Untuk ma kl uman Ahl i-ahli Dewan yang mul ia ini, pad a
masa ini belum dapat ditentukan kejadian itu sama ada
berasaskan kecuaian pihak pemaj u perumahan,
DR.22.12.92 - 5 -
kontraktor a tau konsul tan. Wal au bagaimanapun, bagi
pemaj u yang pad a masa ini masih ada tanggungj awab
kepada pembel i-pembel i rumah; sekiranya le sen pemaj u
perumahan ditarik balik, ia akan ml!nyebabkan pemajuan
perumahan itu terbengkalai dan para pembeli akan
menj adi mangsa. Oleh yang demikian, tidak dicadang-
kan le sen pemaj u perumahan ditarik balik. Wal au
bagaimanapun, Kementerian Perumahan dan Keraj aan
Tempatan akan menyiasat untuk mendapatkan gambaran
yang lebih jelas mengenai kejadian 1nl. sebelum
tindakan· sesuai dapat diambil.
( c) Di bawah Undang-undang Kecil Bangunan Seragam (1984)
Bahagian II, Undang-undang Kecil 5 (Pengawasan
Kerj a), orang yang berkelayakan adalah bertanggung
jawab mengawasi kerja-kerja pembinaan dijalankan.
mengikut spesifikasi dan peraturan yang telah
ditetapkan. Oleh itu, pihak tersebut perlulah
meningkatkan tahap pengawasan ke atas pr~jek-projek
pembinaan perumahan. Mereka ini tertakluk k.epada
badan-badan profesional masing-masing yang mengambil
berat memelihara kewibawaan anggota-anggotanya.
Tuan Shahidan bin Kassia: Tuan Yang di-Pertua, soalan
tambahan. Saya ingin bertanya soalan kepada sahabat saya, Yang
Berhormat T1mbalan Menteri - saya berasa kesal tetapi saya tahu Yang
DR.22.12.92 - 6 -
Berhonnat membaca jawapan yang disediakan oleh pihak Kementerian -
Yang Berhormat berkata "hanya dua orang meninggal dunia". "Hanya"
dua orang tercabut nyawa, ini satu statement yang menunjukkan nyawa
ini boleh dinilaikan d.engan wang ringgit, sedangkan nyawa ini tak
boleh dibeli; kalau boleh beli nyawa semua orang hendak beli. Ini
bukan saya hendak OAP sokong saya," tak perlu itu. I don't need your
support. Ini cuma -saya dengan sahabat saya supaya pihak pegawai
tidak lagi menj awab dengan perkataan "hanya" itu.
Jadi, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat. Yang pertama,
oleh kerana tidak ada perlindungan bagi pekerja-pekerja asing, oleh
kerana m~reka ini bukan anak kucing, mere lea ini manusia juga, adakah
Yang Berhormat bercadang untuk mencadangkan kepada Yang Berhormat
Menteri Sumber Tenaga supaya ditubuhkan SOCSO II? SOCSO I ialah
SOCSO yang memberi perlindungan kepada pekerja. Mengenai Tabung
Perl indungan Pekerja yang kedua ini, saya sudah cadangkan dahulu,
tetapi tidak mendapat · j awapan, supaya pekerj a-pekerj a 1 uar i.ni.
mendapat pe.rlindungan kerana mereka juga m·anusia yang memberi
sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi negara.
DR. 22.12.92 - 7 -
Saya sudah cadangkan dahulu. Kalau sekiranya SOCSO tidak sanggup
buat sebab SOCSO mempertahankan. yang mereka sentiasa hebat, gag ah
dan kukuh walaupun sentiasa lambat memberi pampasan, kita cadangkan
pihak swasta.
Soalan yang kedua, kita tidak dapat nafikan Yang Berhormat
bahawa yang akan terlibat dalam kecuaian ini, yang pertamanya
pemaju; yang kedua, consultant; dan yang ketiganya, pihak yang
mengawasi sama ada Dewan Bandaraya ataupun Kementerian. Pastikan
ketiga-tiga ini kita tidak boleh hukum pemaju kerana pemaju buat
kerja atas arahan consultant. Consultant pula kalau sekiranya dia
tidak supervise, dia kata mungkin dia mendapat arahan yang lebih
tinggi. Adakah Yang Berhormat bercadang untuk menarik balik,
walaupun ini terpaksa -digantikan. dengan pemaju lain? Kita kena
tunjuk contoh dan teladan yang baik, supaya siapa yang bersalah·
dihukum, ditarik balik, diganti kepada orang lain. Dan semua
akaun-akaun yang terlibat dengan pembeli-pembeli ditukar kepada
pemaju yang baru, kerana seperti kata orang tua "kalau takut pembeli
dianiaya", kita kata pemaju ini tidak boleh ditarik lesennya. Jadi
kita mengarahkan orang salah terus menguruskan perkara-perkara yat}.g
sebenarnya mereka tidak patut buat lagi, sekali salah yang melibat-• • kan nyawa pasti dihukum. Adakah Yang Berhormat bercadang, maaf
.. cakap tinggi sedikit bahasa ini, bercadang untuk menarik balik lesen
pemaju kepada mereka?
DR 22.12.92 - 8 -
bercadang untuk menarik balik lesen pemaju kepada mereka?
Tuan Osu bin Baji Sukam: Tuan Yang di-Pertua, pandangan Yang
Berhormat daripada Arau tentang penggunaan perkataan 'hanya' itu
kita ambil perhatian. Kita cuma tekankan apabila kita gunakan
perkataan 'hanya'• itu, oleh kerana kita menunjukkan bahawa . yang
telah meninggal dunia akibat keruntuhan ini tidak ramai, jadi kita
gunakan perkataan 'hanya' itu ditekankan menunjukkan satu dua
sahaja. Walau bagaimanapun, kita ambil perkiraanlah pandangan Yang
Berhormat itu.
Mengenai soal PERKESO ini, Yang Berhormat telahpun menyatakan
pandangan kepada . pihak Kementerian Sumber Manusia. Jadi pihak
Kementerian saya juga akan membawak.an perkara ini untuk dibincang
dengan pihak Kementerian Sumber Manusia agar pandangan itu akan -
.diambilkira, dan jika perlu akan mengambil tindakan yang difikirkan
sesuai untuk melindungi kebajikan pekerja-pekerja, bukan sahaja
··akyat tempatan, tetapi juga pekerja-pekerja yang memberi sumbangan
kepada pertumbuhan ekonomi di dalam negara kita ini.
Soal kedua, sama ada Kementerian bercadang untuk menarik balik
lesen yang diberikan kepada pemaju yang telah terlibat di dalam
keruntuhan pembinaan perumahan. Seperti yang saya nyatakan kita
" memang mempunyai kuasa untuk menarik balik fesen, tetapi jika
sekiranya kita berbuat demikian dan tidak pula dapat menyelesaikan
masalah, maka sudah tentulah tindakan itu boleh mengakibatkan bukan
sahaja masalah kepada pihak-pihak pemaju dan pembeli, tetapi juga
DR 22.12.92 - 9 -
kepada industri perumahan itu sendiri. Walau bagaimanapun, j ika
sekiranya penarikan ini dibuat dan kita juga berpendapat tidak
mempunya1 kuasa untuk memberikan kawasan perumahan atau tanah yang
dibangun itu kepada pihak lain, kerana kita tidak mempunyai kuasa,
disebabkan pemaju adalah tuanpunya tanah itu. Jadi kita boleh
menarik lesen perumahan supaya projek itu tidak boleh diteruskan,
tetapi ini tidak akan menyelesaikan masalah dan mengakibatkan
pembeli rumah juga menghadapi masalah. Walau bagaimanapun, seperti
yang saya nyatakan, pihak Kemente.rian akan menunggu segala laporan
yang telah kita minta daripada pihak-pihak yang bertanggungjawab di
atas pembinaan rumah yang terdapat di ketiga-tiga kawasan ini. Jika
sekiranya pihak pemaju yang telah didapati menjalankan satu
kesalahan, maka sudah tentulah kita akan mengambil._ tindakan. yang
bersesuaian supaya perkara ini tidak akan berulang lagi.
Tuan Liew Ah Kim: Soalan tambahan, Tuan Yang di-Pertua.
Nampaknya Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan tidak ada minat
hendak datang untuk menjawab soalan yang betapa penting ini.
Mengenai pengorbanan nyawa manusia ini adalah satu perkara .
• yang bukan kecil, maka Timbalan Menteri sahaja menjawab, Menteri
mana hadir? •
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, sila.
Tuan Liew Ah Kia: Ini mem~ayangkan dia tidak mengambil berat
atas perkara ini, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Seputeh, soalan tambahan
Yang Berhormat.
DR 22.12.92 ... 10 -
Tuan Liew Ah Kia: Sebelum 9aya kemukakan soalan, say a ingin
memberitahu berkenaan dengan apa yang berlaku ••••
Tuan Yang di-Pertua: Sil a Yang Berhormat.
Tuan Liew Ah Kim: ••• akibat keruntuhan pembinaan rumah.
Sebenarnya bukan tiga kemalangan sahaja berlaku di Wilayah
Persekutuan atau negeri Selangor. Pada Shb November pun ada berlaku
juga ••••
Twm Yang
Berhormat.
di-Pertua: Minta pertanyaan tambahan, Yang
Twm Liew Ah Ki.a: Kawasan perumahan harga murah seperti Projek
Kuchai (Entrepreneur Park) di Jalan Kuchai Lama menyeb~bkan dua
orang pekerja terbunuh dan 9 orang tercedera •••••
ya.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, sila kemukakan soalan
Tuan Liew Ah Ki.a: Saya hanya membawa perkara ini untuk ••••
Twm Yang dii-Pertua: Tidak bo_leh, Yang Berhormat.
Tuan Liew Ah Ki.a: ••• menunjukkan •••••
. Tuan Yang di-Pertua: Tidak boleh, Yang Berhormat, salah dari
segi Peraturan Mesyuarat. Ya, sila kemukakan soalan dalam ••••
Twm Liew Ah Kia: Ini satu perkara yang serius, Tuan Speaker.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berho.rmat Seputeh, sila kemukakan
sebagai soalan seperti "Adakah Yang Berhormat ••••
Tuan Liew Ah Kim: Dan sehingga sekarang laporan mengenai
sebarang kejadian yang berlaku mengenai bangunan yang runtuh itu ••••
Tuan Yang di•Pertua: Yang Berhormat Seputeh, tidak boleh macam
itu!
•
DR. 22.12.92 • - 1l -
Tuan Liew Ab Itim: ••• tidak · dapa·t disampaikan kepada orang
awam. Kenapa ini tida~ sampai kepada orang awam?
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Seputeh, silalah
kemuk.akan soalan.
Tuan Liew Ah Itia: Saya hendak kemukakan soalan.
Tuan Yang di-Pertua: Ya.
Tuan Liew Ah Itim: Soalan satu, apakah Menteri Perumahan dan
Kerajaan Tempatan tidak menyedari bahawa kecuaian pemaju ini
bukankah satu kemalangan?
Yang kedua, apakah Kerajaan mahu menunggu sehingga lebih ramai
mangsa terkorban atau tercedera, barulah mahu mengambil tindakan
ataupun langkah-langkah yang tegas. Jawablahf [ltetava]
•
•
DR.22 .12. 93 - 12 -
Tuan Osu bin Baji Sukaa: Tuan Yang di-Pertua, saudara Yang
Berhormat daripada Seputeh telah mengemukakan soalan untuk tiga
bangunan projek yang telah runtuh. Bukan semua projek yang telah
runtuh. Ini spesifik dan Ahli Yang Berhormat sendiri yang telah
mempersoalkan perkara ini bukan perkara•perkara yang tid~k terlibat.
Jadi, kalau ada persoalan yang harus difikirkan perlu dinyatakan di
sini saya ingat Yang Berhormat boleh menyatakan di seluruh kawasan
Dewan Bandaraya a~aupun di seluruh negara. Dan kita akan bersedia
untuk memberi jawapan berdasarkan kepada soalan yang ditimbulkan
oleh Ahli Yang Berhormat.
Soal tidak ada Menteri yang menjawab, saya ingat tidak timbul
kerana jawapan pun akan serupa juga. Jadi sama ada Menteri,
Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen tidak timbul ••
Tuall Liew Ah Kim: Tuan Yang di-Pertua •••
Tuan Yang di-Pert:ua: Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat
Seputeh jangan •••••
Tuall Osu bin Baji Sulua: Saya ingat Yang Berhormat mesti
fahamlah tenta:ng tanggungj awab bersama Keraj aan sama ada Menteri,
Timbalan Menteri, Setiausaha Parliman serupa.
Mengenai masalah yang tel ah saudara Yang Berhormat timbul kan
soal kecuaian pemaju ini telah saya jawab dengan panjang lebar dan
kita akan pastikan bahawa perkara ini di mana yang boleh kita akan
elakkan supaya ianya tidak akan berlaku.
•
•.
•
DR. 22 .12. 92 - 13 -
Perkara keruntuhan ini bukan sahaja berlaku di Malaysia malahan
berlaku di mana-mana negeri di dalam dunia. Jadi, ini adalah satu
perkara yang kita terpaksa ambil kira sama ada perkara keruntuhan
ini berlaku disebabkan kecuaian atau, dengan izin, act of God.
Jadi, kalau sekiranya perkara itu disebabkan soal kedua tadi maka
sudah tentulah kita tidak boleh salahkan mana-mana manusia atau
pihak pemaJu. Jadi, jangan susahlah Yang Berhormat, kita dipihak
Kerajaan ak.an sentiasa menentukan supaya apa juga yang dilakukan
oleh Kerajaan dan juga pemaju-pemaju akan sentiasa di dalam keadaan
yang baik dan selamat.
SUKAR ltOMANWEL - PERSE_DIAAB MALAYSIA
3. Tuan Baji Abdul Hamid bin Abdul Rahman minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan:-
(a) apakah persediaan-persediaan yang telah ad~ dan yang dalam pembinaan serta yang dalam perancangan bagi menjayakan Sukan Komanwel yang akan diadakan di Malaysia;
(b) apakah program-program yang telah 'dan akan kepada atlit-atlit negara bagi mencapai membanggakan di Sukan Komanwel nanti;
disediakan tahap yang
(c) apakah imbuhan-imbuhan atau insentif-insentif yang dijanjikan kepada atlit-atlit negara sekiranya mereka mencapai kejayaan yang membanggakan; dan
(d) apakah ~erdapat rancangan untuk mengadakan sukan bagi orang-orang cacat pada Sukan Komanwel kali ini •
DR. 22. 12. 92 - 14 -
Setiausaha Parlimen ~ementerian Belia dan Sultan [Dato' Ismail
bin.Said]: Tuan Yang di-Pertua, jawapan kepada:-·
(a) Pada keseluruhannya kemudahan-kemudahan yang sedia ada
akan digunakan untuk Sukan Komanwel. Kerajaan akan
membina kemudahan baru untuk beberapa acara iaitu lawn
bowls, renang, gimnastik dan olahraga kerana kita tidak
mempunyai kemudahan yang sesuai pada masa ini untuk
acara-acara berkenaan.
(b) Program-program yang telah dan akan disediakan kepada
atlit-atlit negara bagi mencapai tahap yang membanggakan
di Sukan Komanwel nanti ialah:-
( i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)
(vii)
(viii)
Penyusunan semula organisasi persatuan sukan;
Mengenalpasti acara, sasara~ pingat.dan atlit;
Program kejurulatihan asing dan tempatan;
Penyediaan dan naik taraf kemudahan latihan;
Menge.nalpasti Pengurus Sukan;
Khidmat Sains Sukan;
Menubuhkan Jawatankuasa Perancangan Latihan
Sukan Komanwel 1988;
Menubuhkan · sistem latihan berasaskan.
model latihan negara maju.
..
..
DR.22.12.92 - 15 -
(c) Setakat ini Kementerian ini belum lagi berjanji untuk
memberi imbuhan atau insentif tertentu kepada atlit-atlit
negara sekiranya mereka mencapai kejayaan di Sukan
Komanwel 1998 nant1. Walau bagaimanapun pihak Kementerian
melalui Majlis Sukan Negara telahpun mengwujudkan Skim
Hadian Kemenangan Sukan untuk atlit-atlit yang memenangi
pingat baik di Sukan Olimpik mahupun di peringkat Sukan
Komanwel. Kepada pemenang pingat emas Sukan Komanwel,
pihak MSN akan menghadiahkan wang tunai sebanyak RM!S,000.
Pemenang pingat perak sebanyak RM8,000 dan pemenang pingat
gangsa sebanyak RM4,000.
(d) Kerajaan memang bercadang untuk menganjurkan sukan bagi
orang-orang cacat sempena Sukan Komanwel 1998 sekiranya
cadangan ini dipersetujui oleh - Commonwealth Games
Federation. Malaysia adalah tuan rumah yang pertama yang
menganjurkan Sukan Orang Cacat Negara-negara Komanwel.
Wan Hanafiah bin Wan Mu· Saman: Tuan Yang di-Pertua., soalan
tambahan. Bagi Sukan Komanwel yang akan diadakan pada tahun 1998,
ahli-ahli sukan yang ada sekarang ini semuanya akan jadi tua-tua
belaka. J adi, adakah latihan persediaan untuk sukan ini dimulai
daripada sekarang ini disponsor oleh syarikat-syarikat yang terkenal
supaya mereka ini mengambil kanak-kanak ·yang dibangku sekolah di
Tingkatan I ataupun renang barangkali di Darjah V di sekolah 'rendah
untuk memulakan latihan?
DR.22.12.92 - 16 -
Dato' tSlDail bin Said: Tuan Yang di-Pertua, memang benar pihak
Kementerian Belia dan Sukan memang mempunyai program latihan jangka
panjang
sekolah
bersesuaian dengan umur untuk melatih pelajar-pelajar
terutama sekali dalam trainable age; dan demikian juga
sektor-sektor swasta akan kita minta melibatkan diri juga dalam
mengenalpastikan atlit dan juga menjalankan latihan tadi.
Tuan Chor Chee Heung: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. •
Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Setiausaha Parlimen di
antara persediaan-persediaan yang akan dibina atau akan disedia
adalah kompleks-kompleks mac am kondominium-kondominium untuk
atlit-atlit yang datang ke negara kita bagi mengambil bahagian dalam
Sukan Komanwel ini untuk menduduki sepanjang Sukan Komanwel ini.
Maka saya hendak bertanya, selepas Sukan Komanwel ini apakah
rancangan Kerajaan jangka panjan~ bagi kompleks-kompleks ini sama
ada mereka ini semua· akan diguna sebagai apartment ataupun hanya
untuk sukan sahaja?
Yang kedua, bagi pihak Kerajaan apakah anggaran atau berapa
ramai atlit atau pelancong-pela~cong akan datang mengunjungi Suk.an
Komanwel di negara kita? Dan dari segi pertukarna tnatawang asing
berapa ianya ale.an ditambahkan? 0
0
..
DR.22.12.92 - 17 -
Dato' ISlllail bin Said: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman
Yang Berhormat perkampungan sukan akan dibina oleh Dewan Bandaraya
Kuala Lumpur dan penggunaannya selepas Sukan Komanwel belum lagi
ditentukan sama ada ianya akan dijadikan kondominium untuk dijual
kepada pihak oran,s ramai ataupun terus digunakan sebagai kegunaan
perkampungan sukan bagi sukan-sukan yang lebih besar lagi
di peringkat antarabangsa kelak.
Mengenai anggaran kedatangan pelancong, atlit dan juga
pertukaran wang asing semasa Sukan Komanwel kelak kita belum lagi
membuat perkiraan setakat ini. Insya Allah, apabila sampai masa dan
ketikanya kita.akan beritahu kepada Yang Berhormat-dari Alor Setar.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Puan Hajah Ilani bin Dato'
Haji Isahak.
[Soalan No.4 - Y.B. Puan Bajah Ilani binti Dato' Baji Isahalt
tidak badir.]
Tum Yang di-Pertua: Yang Berhormat Dr. Sanusi bin Daeng
Mariok.
[Soa:lan Bo.5 - Y.B •. Dr. Sanusi bin Daeng Mariolt tidak badir.]
Tuan. Yang di•Pertua: Ya~g Berhormat Tuan Billy Abit Joo.
[Soalan Bo.6 - Y.B. Tuan Billy Abit Joo tidalt badir.]
DR. 22.12. 92 - 18 -
DASAR PARDARG ltE TDtUR DAB 'BUY BRITISH LAST" - ltEJAY.AAB
7. Tuan Wahab bin Suhaili minta Perdana Menteri menyatakan sejauh manakab kejayaan Dasar Pandang ke Timur dan "Buy British Last" setakat ini, telah banyak mempengaruhi pertumbuhan ekonomi rakyat setempat dan negara ini.
Timbalan Menteri di J'abatan Perdana Menteri [Dato' Wong See
Wah]: Tuan Yang di-Pertua, Dasar Pandang ke Timur sebenarnya meng-
ambil contoh-contoh, nilai-ni lai yang baik daripada negara-negara
Timur- yang maju seperti Jepun dan Korea. Perkara yang diberi
tumpuan ialah kerajinan dan disiplin bekerja, kesetiaan kepada
negara dan perusahaan atau perniagaan di mana pekerja-pekerja;
keutamaan kepada kumpulan dan mutu kerja yang tinggi serta pening-
katan kecekapan yang tentunya dapat membantu meningkatkan daya
pengeluaran dan kemajuan sesebuah syarikat atau perusahaan dan
seterusnya dapat membantu pertumbuhan ekonomi secara keseluruhan.
Penunjuk. utama kejayaan dasar ini ialah peningkatan dalam
produktiviti yang oerterusan di mana pada keseluruhannya bagi tempoh
1981 bin~ga 1989, produktiviti buruh telah melebihi kenaikan dalam
kadar upah kecuali di sektor perladangan.
Produktiviti di sektor perladangan yang masih rendah mencermin-
kan penggunaan teknologi ditahap yang rendah dan masih tradisional
ser.ta ianya lebih berorientasikan buruh.
0
•
..
DR.22.12.92 19 -
Pelaksanaan dasar yang telah meningkatkan produktiviti dan mutu
. kerja yang tinggi in1 sedikit sebanyak telah dapat mengurangkan
mas al ah kekurangan tenaga kerj a di pasaran buruh dan kesan kenaikan
dalam kadar upah.
Setelah Keraj aan memperkenal kan dasar tersebut pada tahun 1982,
negara kita telah dapat mempertingkatkan pelaburan modal asing
dengan negara-negara di sebelah timur terutamanya dalam sektor
pembuatan. Pelaburan dalam sektor pembuatan· dari negara Jepun tel ah
meningkat dari cuma RM91.3 juta dalam tahun 1980 kepada RM264.5 jut;a
dalam tahun 1985 dan kepada RMJ,157.7 juta dalam' tahun 1991.
Pelaburan modal asing dari negara Korea dan Taiwan juga telah
menunj ukkan peningkatan yang menggalakkan. Pelaburan dalam sektor
pembuatan dari negara Korea telah meningkat dari tidak sanpai RMI
juta dalam tahun 1980 kepada RM25 juta dalam tahun 1985 dan seterus
nya kepada RMI, 668.8 j uta dalam tahun 1991. Pelaburan dari negara
Taiwan pula meningkat dari RM23.8 juta dalam tahun 1980 kepada
RM31.9 juta dalam tahun 1985 dan RMJ,548.4 juta dalam tahun 1991.
Dasar Pandang ke Timur tidak pul a bermakna yang Keraj aan
membeli semua barang atau memberi semua kontrak kepada syarikat
~yarikat dari negara Timur dan tidak juga bermakna yang kita menolak
nilai-nilai yang baik .dan murni daripada Barat. Ki ta tetap
merigam~il apa-apa perkara yang baik sama ada dari Barat ataupun
Timur. Dal am hal ini "buy British last" tidak bermakna yang ki ta
mengenepikan British dalam semua hal atau tidak pula bermaksud
DR. 22 • 12. 92 - 20 -
menganggap barangan keluaran British kesemuanya buruk. Ianya pada
masa ini tidak lagi diamalkan oleh Kerajaan kerana pihak British
telahpun diberi beberapa kemudahan dan terus mendapat peluang
pasaran barangannya di Malaysia.
Secara khusus, penilaian kesan Dasar Pandang ke Timur tidak
dapat dibuat dengan terperinci, tetapi pada keseluruhannya
pelaksanaan Dasar tersebut adalah begitu berjaya sekali di mana
ianya telah diterima l.pllum di kedua-dua sektor awam dan swasta. Kita
juga mesti menerima hakikat bahawa kesejahteraan rakyat dan per
tumbuhan ekonomi yang pesat di akhir-akhir ini membuktikan keber~
kesanan dasar-dasar yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan.
Tuan Baj i .Abdul Badi bin Baj i Awang: Tuan Yang di-Pertua,
soalan tambahan. Sejauh manakah pencapaian dan kejayaan pemindahan
teknologi daripada dasar tersebut? Yang kedua, adakah terdapat
tindakan-tindakan mengambil kesempatan daripada negara yang
berkenaan yang memberi kesan negatif kepada pertumbuhan ekonomi
negara kita dan apakah tindakan yang diambil?
Dato Wong See Wah: Tuan Yang di-Pertua, sebagai satu contoh,
apabila kita pandang ke Timur, salah satu daripada hasrat kita ialah
hendak meningkatkan usaha kita dalam teknologi yang berat, high
tech, heavy industries, dengan l.Zl.n, dan kita nampak. ·setakat ini
dengan kerjasama pihak swasta, Kerajaan telah berjaya untuk membuat
dan mengeluarkan kereta negara .. kita "Proton Saga". Itu sebagai. satu
contoh sahaja. Ini menunjukkan bahawa satu perubahan yang begitu
pesat. Pada beberapa tahun yang lalu, kalau kita sebut hendak
mengel uarkan sebuah kereta d·i negara ki ta, mungkin akan di tertawakan
•
..
0
DR. 22.12. 92 - 21 -
oleh pihak-pihak yang tertentu - buat kertas pun tidak • dapat.
Te ta pi pad a hari ini kita nampak kita tel ah dapat mengeluarkan
kereta Proton Saga, mungkin kalau kita tidak dapat mengel uarkan
dengan us aha kita 100%_, tetapi dengan peratusan yang begitu tinggi
yang dapat disumbangkan oleh rakyat kita.
Soalan yang kedua, saya harap dapat diulangkan sekali lagi.
Tuan Baj i Abdul Badi bin Baj i AwaUg: Apakah terdapat tindakan
tindakan mengambil kesempatan daripada ·negara yang berkenaan
sehingga memberi kesan negatif kepada perkembangan ekonomi kita dan
sej auh manakah l'angkah yang diambil?
Dato Wong See Wah: Tuan Yang di-Pertua, setakat ini kita ambil
nilai-nilai yang baik dan .kita bukan hendak mendatangkan kesan-kesan
- yang buruk. Setakat ini tidak ada apa-apa kesan yang buruk yang
kita terima daripada pelaksanaan polisi ini.
Dato' Dr. Affifudin bin Baj i Ollar: Tuan Yang di-Pertua, saya
hendak bertanya, di masa kedua-dua dasar ini dijalankan, iaitu
sebelum ianya d iberhentikan, selain daripada peningkatan
produktiviti dan peningkatan pelaburan .dari negara-negara Far East
ke · dalam ekonani kita, apakah basil tindak balas di dalam segi
perdagangan? Soalan yang pertama ialah, apakah hasil tindak balas
di dalam eksport kita ke Britain di masa polisi itu diadakan?
Adakah ianya menurun ataupun kalau ia menurun adakah ianya
significant dari segi kekurangan eksport kita ke Britain dan juga
apakah hasil tindak balas dari segi perdagangan kita dengan Jepun
khususnya kerana Jepun adalah diketahui sebagai sebuah negara yang
. sungguh protectionist dalam soal mengimport barang dari luar?
DR.22.12.92 - 22 -
Apakah dengan ki ta · memandang kepada Jepun sebagai negara yang
menj adi model kepada kita, adakah ianya memberi manfaat dalam bentuk
peningkatan eksport kita ke JepUn khususnya? Sa ya ada terbaca,
eksport kita mungkin ada naik ke Korea dan.Taiwan, tet~pi ke Jepun,
apakah Jepun membalas balik budi yang kita beri kepada mereka dari
seg i. pe rd ag ang an?
Dato Wong See Wah: Tuan Yang di-Pertua, setakat ini kita
nampak negara-negara yang maju mengalami masalah-masalah kemelesetan
ekonomi. Apa yang kit~ nampak ialah pembelian daripada kita dari-
pada segi itu adalah merosot. Dengan pengalaman yang telah kita
perolehi daripada pelaksanaan polisi ini, kita telah menjalankan
berbagai pelan kontingensi supaya dapat kita mengatasi masalah ini.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Ber ho rm at Tuan Maidom P. Pansai.
[Soalan Bo.8 - Y.B. Tuan Maidcm P. Pansai tidak badir]
DA.SAR PEHBABGURAB RASIORAL - DR.JASAMA Alft'ABA llDH
9. Tuan Foo Piew l'Dk minta Perdana Menteri menyatakan sej auh manakah projek usahasama antara kaum di Malaysia dalam bidang ekonomi dan perdagangan telah berjalan di bawah Dasar Ekonomi Negara sekarang ini.
Timbalan llenteri di .Jabat:an Perdana llenteri [Raja Dato'
Ariffin bin Baj a Sulaiaan]: Tuan Yang di-Pertua, di bawah Dasar
Pembangunan Nasional Keraj aan adalah menggalakkan kerj asama antara
kaum melalui usahasama tulen di antara bumiputer~ dan bukan
bumiputera. Dalam hubungan ini·, kerjasama antara kaum dalam bidang
ekonomi dan perdagangan tidak akan lagi berbentuk berat sebelah di
..
•
..
DR.22.12.92 - 23 -
mana berlaku satu-satu pihak sahaja yang aktif yang mengakibatkan
hasilnya tidak dapac- dinilanati oleh semua pihak yang terlibat. Oleh
yang demikian, program dan projek bidang ekonani dan perdagangan
akan memastikan penglibatan yang aktif oleh semua pihak dengan
berdasarkan kepada kekuatan masing-masing dan bukan semata-mata
kerana kemudahan-kemudahan yang diberikan oleh Ke raj aan.
Adalah diharapkan di bawah Dasar Pembangunan Nasional ini,
usahasama yang tulen in1 akan dapat diadakan supaya pemilikan
ekonomi dapat diseimbangkan. Memandangkan DPN baru dilancarkan, •
Keraj aan sememangnya berusaha supaya kerjasama dan usahasama di
antara kaum dapat dilaksanakan dengan jayanya. .
Tuan Shahidan bin Kassim: Tuan· Yang di-Pertua, sacu pepatah
ada mengatakan bahawa, "tidak kenal maka tidak cinta". Adakah
pepacah ini telah diterimapakai sebagai pepatah yang ~epac dalam.
dunia yang dahulu kala hingga Jee moden ini. Kita telah buktikan
bahawa apabila kita kenal-mengenal dengan PAS, kecuali S46 dan DAP
sehingga kita berjaya membawa usul yang boleh membawa kepada pindaan
Perlembagaan dan mendapac sokongan semua kerana kita sudah mengenali
antara satu sama lain sehingga kita jatuh cinta dan kita telah
bersemangat sama •
DR.22.12.92 - 24 -
Adakah konsep ataupun prinsip ataupun cita-cita yang murni ini
hendak diterapkan kepada pihak Pembangkang dan juga kepada rakyat
lain yang menyokong Pembangkang supaya mereka mengenali .dan
mencintai Malaysia dan juga pemimpin-pemimpinnya melalui peranan
Biro Tata Negara? It's a good question for you all.
Raja Dato' Ariffin bin Raja Sulaiman: Tuan Yang di-Pertua, saya
ucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat dari Arau kerana
membangk.itkan perk.ara ini kepada perkara 'tak kenal tak cinta'.
Sebenarnya, kita telah jadikan program nasional dari awal lagi iaitu
program Perpaduan Negara yang telahpun banyak usaha-usaha yang kita
buat hingga satu Kementerian diwujudkan iaitu Kementerian Perpaduan
Negara dan Pembangunan Masyarak.at .•
Saya percaya dengan usaha-usaha giat yang terus dibuat oleh
Kerajaan, mak.a telahpun membawakan semangat perpaduan, dan melalui
tempat-tempat kerja, te~pat-tempat kediaman, maka kita telah bawakan
perpaduan ini dan telah banyak membangk.itkan kerjasama. Saya
percaya kalau pihak Pembangkang tak ambil kesempatan pada masa-masa
yang tertentu untuk memperhangatkan keadaan ataupun sentimen di
kalangan masyarakat, saya percaya k.ita sudah lebih awal lagi
mencapai perpaduan di kalangan masyarakat kita.
Kalau apa yang berlaku di Parlimen baru~baru ini menampakkan
bahawa ada keikhlasan daripada parti-parti Pembangkang bersama parti
Kerajaan yang memahami dan kenal bahawa kalau sesuatu masalah itu
hendak diambil kesempatan oleh satu pihak, sepertimana kita tengok
46 sekarang ini, saya percaya ini akan memecahkan lagi. Tetapi saya
terima. kasih jugalah sepertimana Yang Berhormat dari Arau, mereka
..
..
DR.22.12.92 - 25
melihat masalah yang kita bawakan dalam Parlimen ini sebagai masalah
nasional. Kalau ini · dibiarkan begitu, maka masalah-masalah yang
dihadapi atau dibebankan atas masyarakat tertentu a~an berpanjangan.
Jadi, say a haraplah bahawa pihak Pembangkang akan meneruskan
persepsi mereka sungguhpun mereka utamakan politik, kita pun utama-
kan politik, biarlah politik itu ke arah untuk memajukan negara ini,
untuk membawa perpaduan ke tahap yang lebih tinggi supaya kita
semua, rakyat semua akan mendapat faedah daripada usaha-usaha yang
dibuat oleh kita ini.
Tuan Baj i Badruddin bin . Allliruldin: Saya ingin bertanya
adakah Kerajaan mempunyai satu sistem yang wajar dan tepat bagi
memonitorkan usahasama ataupun projek-projek usahasama ini berjalan
mengikut dasar yang dikehendaki oleh Kerajaan. Dan apabila kita
dapat memonitor dasar ini, maka tidak wujudlah sistem '.Ali-Baba"
ataupun 'Ali-Mutbu' yang .berlel'uasa.
Soalan yang kedua, Tuan Yang di-Pertua, adakah sambutan ataupun
apakah sambutan-sambutan yang Ke raj aan terima daripada keputusan
Kongres Ekonomi Bumiputera.
. Yang ketiga, iaitu sistem kongsi • Setakat manakah keikhlasan .. setengah-setengah kaum terhadap sistem kongsi yang ingin kita
amalkan ini supaya wujud perkataan 'tak kenal maka tak cinta",
tetapi dari segi perniagaan barangkali 'tak kenal maka tak sayang'. •.
Jadi, apabila kita antara satu sama lain, maka kita akan mempunyai
sikap sayang di antara satu sama lain. Mungkin macam Jelutong
dengan Jerai sungguhpun berbeza, tetapi kalau kenal kita sayang.
Tetapi ada bahayanya juga. [Ketawa]
DR.22.12.92 - 26 ·-
Raja Dato' Ariffin bin Raja Sulaiilum.: Tuan Yang di-Pertua, saya
ucapkan ribuan terima· kasih kepada Yang Berhormat daripada Jerai
yang selalu bila dia bangkit orang tak kering gusi. Jadi, Yang
Berhormat tadi bertanya berkenaan sistem adakah tidak dalam Kerajaan
untuk memonitor dan saya rasa juga untuk menggalakkan matlamat kita
untuk menjayakan pembangunan masyarakat menyeluruh, baik masyarakat
Cina Melayu, India, Kadazan, Dayak dan sebagainya. Memang ada,
kalau kita tengok daripada masa .dahulu - katalah dalam bidang
kontrak contohnya, memang saya ingat Kerajaan ·berikan perhatian yang
amat serius khususnya kepada bumiputera. Tetapi kadang-kadang dalam
kita mejalankan program-program ini, ia dalam perlaksanaannya kita
kurang sangat memberi perhatian yang lebih. Contohnya dalam bidang
yang amat ketara sekali dalam bidang kontrak ini. Kita buat khusus
kontrak untuk bumiputera, kita berikan keutamaan dengan memberikan,
kalau bumiputera .tinggi 10% pun· kita beri kepada bumiputera
sehinggalah kita sanggup berikan pendahuluan 15% daripada harga
kontrak kepada kontraktor-kontraktor bumiputera dengan harapan
bahawa mereka akan maju. Tetapi malangnya kalau dalam 15% ini kita
beri, kadang-kadang ada yang disalahgunakan. Kerana dia dapat
projek itu dia beri sub-kontrak kepada sub-kontraktor dan yang 15%
itu dia simpan dalam poketnya dahulu, lepas itu yang lain itu sub
kontraktorlah untuk menjalankan. Jadi, se~lah-olah kita menggalak
kan. Sebenarnya kalau kita ambil langkah lebih lagi saya ingat,
supaya 15% ini kita betul-betul mengawaskan.
Begitu juga yang kita berikan kepada kontraktor bumiputera
lebih 10%. 10% itu sepatutnya diberikan kepada pegawai-pegawai
ataupun agen-agen Keraj aan untuk memastikan bahawa k.ontraktor buat
..
..
•
..
DR.22.12.92 - 27
sama dengan harga orang lain juga. Tetapi yang 10% itu kita buat
untuk menentukan bahawa kontraktor itu akan dapat menjalank·an.
Maknanya Kerajaan ataupun agensi-agensi kita mengguna duit 10% itu
meletakkan jurutera kita, pengawas kita untuk menentukan bahawa bumi
putera dapat pelajaran daripada yang 10% yang kita tambah itu •
Bukan 10%, tambah keuntungan kepada kontraktor, tetapi 10% itu
digunakan untuk kos bagi mengawasi projek-projek supaya projek ini
berjaya. Saya p-ercaya kalau ini kita jalankan daripada masa awal
lagi, hari ini program kita untuk membangunkan kontraktor bumkputera
sudah mencapai tahap kejayaan yang tinggi.
Keduanya, dari segi sambutan Kongress Bumiputera sistem kongsi.
Dalam Kongres Bumiputera ini kita sudah buka pintu kepada
masyarakat-masyarakat lain untuk mengikuti, kita bincang bagaimana
kita hendak capai matlamat kita, program-program kita macam mana.
Dan kita minta sumbangan daripada masyarakat yang sudah berjaya
dalam perniagaan. Nampaknya ada sambutan yang baik daripada
masyarakat lain. Mereka bersetuju, sistem kongsi ini - saya ingat
sebelum dari itu sudahpun berjalan sebenarnya • Mungkin tak di-
utarakan, mungkin tak begitu ramai dan mungkin tidak diketahui umum.
Tetapi saya ingat sudahpun berjalan. Saya ingat banyak daripada
kita tahu berkenaan ini. Hanya kita harap sistem kongsi diperluas-
kan lagi. Mungkin bukan sahaja dalam bidang kontrak bangunan,
tetapi dalam semua bidang. Saya percaya, adanya persatuan-persatuan
dalam berbagai-bagai sektor perdagangan, sistem ini saya ingat boleh
diutarakan lagi, dibincangkan lebih lagi. Saya percaya mereka ini
tidak akan melibatkan diri, melainkan kita dapat meyakinkan mereka
bahawa sistem ini akan membawa keuntungan kepada semua pihak.
DR.22.12.92 - 28 -
Tidak ada orang yang hendak masuk kongsi, kalau dia nampak bi la
masuk kongsi dia rugi.
Jadi, dalam bidang perniagaan keuntungan itu adalah satu faktor
yang utama dan patut diberikan keutamaan yang wajar.
Tuan Yang di-Pert:ua: Yang Berhormat Tuan Nasruddin bin Raj i
Alang Saidin.
[Soalan Bo. 10 - Y.B. Tuan Basruddin bin Haji Alang Saidin
t:idak hadir]
LAJWfGAR MERGllISAP ROmK DI TEMPAT AW.AK - TIBD.AKAR
11. Tuan Shahidan bin Kassim minta Menteri Kesihatan menyatakan:-
(a) adakah penguatkuasaan larangan menghisap rokok di tempat-tempat awam yang tertentu seperti restoran berhawa dingin, pejabat dan lain-lain serta penjualan rokok. kepada remaja yang berumur di bawah 18 tahun serta iklan-iklan akan dikuatkuasakan sepenuhnya;
( b) apakah bentuk tindakan kepada mereka yang melanggar peraturan-peraturan tersebut; dan
(c) andainya larangan tersebut dikuatkuasakan, apakah peraturan ini memberi kesan kepada pendapatan pengeluar dan juga pendapatan negara melalui basil cukai. ..
·.
•
..
DR.22 .12. 92 - 29 -
Timbalan Menteri Kesihatan [Dato' Mohamed Farid bin Ariffin}:
Tuan Yang di-Pertua,
(~) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Kementerian Kesihatan sedang dan telah pun
merangka 'Peraturan Mengawal Merokok' di mana
terdapat peruntukan-peruntukan yang melarang
menghisap rokok di tempat-tempat awam yang
tertentu dan, melarang penjualan rokok kepada
remaja di bawah 18 tahun serta beberapa aspek
mengenai pengiklanan.
( b) Tindakan yang akan dikenakan kepada mereka
yang melanggar peraturan-peraturan ini ialah
dalam bentuk 'penalty' dan denda·.
(c) Adalah dijangka dalam jangkamasa pendek,
larangan-larangan te-rsebut tidak akan memberi
kesan kepa9a pengeluaran atau pun pendapatan
negara melalui cukai.
Wan. llanafiah bin. Wan. Mat Saum: Tuan Yang di-Pertua, adakah
Kementerian Kesihatan sedar, bahawa apabila seseorang itu berhenti
merokok, selera makannya akan bertambah, dia makan "lalu". Jadi,
badannya akan naik dan perutnya akan berjuntai keluar. Jadi, adakah
rancangan Kerajaan supaya untuk mengelakkan perkara ini diadakan
penerangan-penerangan yang lebih lanjut kepada penghisap-penghisap
rokok yang hendak berhenti dan juga persediaan tempat, exercise yang
lebih banyak?
DR.22.12.92 - 30 -
Dato' Mohamed J'arid bin Ariffin: Tuan Yang di-Pertua, memang
Kementerian Kesihatan telah pun melancarkan satu program dinamakan
'Gaya Hidup Sihat' atau 'Healthy Life Style', dengan izin, untuk
membantu orang-orang umum untuk menjalani cara hidup yang sihat,
termasuk orang-orang yang merokok dan yang berniat untuk berhenti
menghisap rokok. •
Adalah satu perkara yang didengar umum, bahawa sesiapa yang
cuba berhenti menghisap rokok, selera makannya bertambah baik, dan
badannya mungkin gemuk. Tetapi ini adalah dengan izin, a personal
choice. Sebab, jika sekiranya selera makanny.a, memang bertambah
baik, sebab narcotine dan juga ketar dalam badannya akan berkurangan
dan lidahnya agak nipis, maka ia akan merasai makanan lebih sedap.
Oleh kerana itu, jika ia tidak menjagai badannya mungkin dia
akan makan lebih dan kerana itulah maka kita menggalakkan supaya
orang yang hendak berhenti menghisap rokok itu terutama orang yang
lama merokok, berjumpa dengan Doktor dahulu minta nasihat yang se-
patutnya.
Tuan Lau D&k Kee: Tuan Yang di-Pertua, perkara melarangkan
merokok telah memberi begitu sumbangan yang hebat khasnya di dalam • Par 1 imen ini. Saya hendak tahu sebelum dan selepas pengumuman
melarangkan merokok di merata-rata tempat yang tertentu, adakah
orang-orang yang merokok itu telah berkurang ataupun bertambah
ataupun penjualan rokok itu bertambah atau berkurang setakat ini?
Dan berkenaan . dengan merokok akan memudaratkan kesihatan
manusia, ini saya dapati bahawa ada banyak cerita-cerita yang
bertentangan di antara satu dengan lain. Bolehkah saya minta sejauh I
0
DR.22.12.92 - 31 -
manakah pakar-pakar kita dan pakar-pakar antarabangsa dalam bidang
medical dapat membuktikan bahawa merokok akan memudaratkan kesihatan
dan akan membawa cancer khasnya. Bolehkah Timbalan Menteri memberi
sedikit keterangan terhadap perkara ini. Dan adakah benar, atas
soalan memudaratkan kesihatan badan jika ia merokok, ini akan ber
gantung atas tubuh badan ataupun daya tahan badan masing-masing.
Jika tidak, mengapa?
Dan mengapa ramai wargatua seperti di dalam kampung itu berusia
begitu panjang dan tua masib kuat dan tahan lasak lagi. Dan
pemimpin-pemimpin antarabangsa seperti pemimpin-pemimpin di Negeri
China Deng Xiao Peng, dia seorang "chain smoker" m~~ih kuat dan
tahan lagi, apakah sebabnya itu?
Dato' Mohamed Farid bin Ariffin: Tuan Yang di-Pertua, soalan
nya sampai lima sebenarnya.
Tuan Yang di-Pertua, setakat ini kita dapati bahawa orang-orang
yang mempunyai pelajaran yang tinggi dan mempunyai literacy yang
tinggi telah pun sedar mengenai bahaya menghisap rokok ini dan
kebanyakan mereka menunjukkan penurunan tabiat merokoknya. Tetapi
kita dapati bahawa di dalam suasana yang agak berlainan iaitu kepada
orang-orang yang kurang literacy ratenya, dia mengambil keputusan
tidak mahu berhenti merokok.
Tetapi tujuan undang-undang ini adalah dituju kepada kaum muda
kita. Kita cuba mempertahankan all;ak muda kita daripada terkena
tabiat merokok kerana kita telah pun mencatatkan melalui iklan yang
telah pun bertubi-tubi dijalankan, kanak-kanak sekol~h yang semuda
DR.22.12.92 - 32 -\
12 tahun sampailah ke universiti menunjukkan kenaikan tabiat merokok
daripada 12% ke 26%. Jadi, saya hendak tanya Ahli Yang Berhormat,
adakah Ahli Yang Berhormat rela anak-cucu Yang Berhormat sendiri
menjadi seorang yang mempunyai tabiat merokok.
Jadi, kalau tidak rela, contoh yang baik perlu ditunjuk kepada
anak Yang Berhormat.
Jadi, untuk hujah memudaratkan kesihatan, memang telah pun
terbukti bahawa kemungkinan ad~lah lebih tinggi untuk seseorang yang
merokok itu mendapat penyakit cancer dan/atau penyakit cardio
vascul~r. Kepada orang-orang yang memberi· contoh, katakan yang tua
tidak mati lagi menghisap rokok, itu seperti yang telah dijawab
dalam Dewan yang mulia ini beberapa kali, it is not the general
rule, it is with the exception.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Puan Hajah Rakibah binti
Haji Abdul Manap.
[Soalan Bo. 12 - Y • .B. Puan Rajah Bakibah ·bin.ti Haji Abdul
Hanap tidak haclir]
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Joseph Mauh Anak
Ikeh.
Tuan Joseph Hauh An.ak Ikeh: Tuan Yang di-Pertua, ada pem
betulan sedikit iaitu soalan yang di bawah itu. "Adakah Kerajaan
bercadang unt:uk melanjutkan. kemudahan ini kepada semua Pegawai
Undang-undang tidak kira di mana mereka berkhidmat".
Tuan Yang di-Pertua: Baiklah.
Tuan Joseph Mauh Anak Ikeh: Soalan yang ke 13.
0
•
DR.22.12.92 - 33 -
ELAUB SEWA R.UMAB PE~AI UBDABG-utm.ABG
13. Tuan Joseph Haub Anak Ikeh minta Menteri Undang-undang menyatakan mengenai elaun perumahan bagi Pegawai Undang-undang dari Negeri Sarawak yang berkhidmat di Negeri Sarawak dan Pegawai Undangunciang dari Semenanjung Malaysia yang berkhidmat di Semenanjung Malaysia dan juga pegawai dari Sabah yang berkhidmat di Sabah, memandangkan perkhidmatan mereka adalah perkhidmatan kritikal. Kerajaan adalah diseru memberi elaun perumahan kepada pegawai berkenaan ketika berkhidmat di wilayah sendiri. Sekarang hanya pegawai dari Semenanjung yang berkhidmat di Sarawak atau pegawai dari Sarawak yang berkhidmat di Semenanjung diberi elaun perumahan. Adakah Kerajaan bercadang untuk melanjutkan kemudahan ini kepada semua Pegawai Undang-undang tidak kira di mana mereka berkhidmat.
Timbalan Meuteri di Jabatan Perdana Menteri [Raja Dato'
1Ariffin bin Raja Sulaiman]: Tuan Yang di-Pertua, elaun sewa rumah
yang dibayar kepada pegawai-pegawai yang bertukar wilayah adalah
untuk semua kategori pegawai dan bukan kepada Pegawai Undang-undang
sahaja. Tujuan elaun · ini adalah untuk membantu pegawai-pegawai
tersebut mendapat perumahan yang sesuai di wilayah yang baru.
Dan oleh itu, tidaklah sesuai elaun ini dibayar kepada m~reka
yang berkhidmat di wilayah mereka sendiri.
Tuan. Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Raj i Ibrahim bin
Jendol.
[Soalan Ro. 14 - Y .B. Tuan. Baji Ibrahia bin Jeudol tidak
hadir]
DR.22.12.92 - 34 -
TAIWfAR AKDR (ISA) - PEMBEBASAR
15. Tuan R.uhanie bin Haji Abud minta Menteri Dal am Negeri me-nyatakan:-
(a) berapakah jumlah tahanan AKDN yang disifatkan sebagai "incorrigable" masih lagi dalam pusat-pusat tahanan hingga kini;
(b) berapakah jumlah perbelanjaan untuk menyara mereka; dan
(c) apakah rancangan Kerajaan untuk tahanan AKDN seperti itu •
. Setiausaha Parlimen ICementeria.n Dalaa Regeri [Tuan Ong Ka
Ting]: Tuan Yang di-Pertua,
(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tidak
ada tahanan-tahanan yang· dikategorikan se-
bagai, "incorrigable" yang ditahan di tempat
Tahanan Perlindungan Kamunting. Ini adalah
kerana respon yang didapati daripada
tahanan-tahanan terhadap semua program
pemuli~an telah berkesan dan disambut baik
oleh mereka.
(b) Jumlah perbelanjaan untuk menyara mereka
adalah seperti berikut:-
Kos perbelanj_aan menyara seseorang
tahanan termasuk makan, minum dan
lain-lain kemudahan serta perkhidmatan
dalam satu hari dianggarkan sebanyak
RM13.60 sehari.
•
-.
DR.22.12.92 - 35 -
( c) Setiap orang tahanan yang ditahan di bawah Seksyen 8 ( 1) •
Akta Keselamatan Dalam Negeri, 1960 akan dibebaskan
setelah mereka ditakrifkan tidak lagi mendatangkan ancaman
kepada Malaysia.
Tuan R.. Karpal Singh: Terima kasih, Tuan Spekaer. Adak ah
• Setiausaha·Parlimen sedar walaupun ada dikatakan tadi bahawa tidak
ada tahanan yang incorrigable, tetapi apabila Advisory Board,
dengan izin, buat rekomendasi untuk membebaskan seseorang - dalam
hal ini Jeffrey Kitingan - maka Lembaga Advisory Board ada bu at
rekomendasi kepada Menteri untuk membebaskan dia, tetapi Menteri
tidak mengikuti rekomendasi itu. Adakah itu benar?
Tuan Ong Ka Ting: Tuan Yang di-Pertua, saya tidak faham
bagaimana Ahli Yang Berhormat dari Jelutong boleh tahu, kalau
sekiranya benar bahawa sesuatu keputusan dibuat oleh Advisory -Board,
kerana sebarang keputusan adalah rahsia dan sama ada keputusan itu .
ada ataupun tidak ataupun dia hanya dengar-dengar, itu saya tidak
sedar. Akan tetapi M~nteri memang membuat keputusan secara adil •••
Tuan Yang di•Pertua: Ya. Yang Berhormat Jelutong, tidak ada
penjelasan.
Tuan R.. Karpal Singh:·saya dapat tahu oleh kerana
keputusan ada diberitahu kepada Peguam Jeffrey. Ia itu apabila
mesyuarat sudah ·tamat, Advisory Board ada memberitahu kepada Peguam
Jeffrey bahawa rekomendasi akan dibuat kepada Menteri untuk
membebaskan dia. Ini bukan rahsia. Bolehkah·jawab sekarang?
. .
DR.22.12.92 - 36 -
Tuan Ong Ka Ting: Tuan Yang di-Pertua, adakah itu satu soalan
tambahan?
Tuan R. Karpal Singh: Itu daripada soalan asal iaitu saya
ingin memberitahu di mana saya dapat tahu. Ini bukan rahsia.
Adakah ini benar?
Tuan Ong Ka Ting: Duduklah saya ja.wab. Tuan Yang di-Pertua,
• mengikut Akta Keselamatan Dal am Negeri Seksyen 8 (7), adalah kuasa
Menteri untuk sama ada sambung ataupun be bas. Itu memang kuasa
Menteri dari segi undang-undang .dan tidak ada sesiap yang boleh
mempersoal.
Tuan Ruhanie bin Baji Ahmad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,
saya cuma ingin tahu berapakah jumlah tahanan AKDN sehingga setakat
hari ini, yang ada didalam tahanan-tahanan di seluruh negara.
Tuan Ong Ka Ting: Tuan Yang di-Pertua, jumlah tahanan AKDN
setakat 5hb Disember ini adalah berjumlah 127 orang. Antara
tahanan-tahanan ini kebanyakannya adalah mereka yang ter.libat dalam
kegiatan komunis dan sebahagiannya mereka itu adalah terlibat di
dalam sindiket pemalsuan dokumen •.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Nasruddin bin Haji.
. Alang Saidin.
[Soalan Bo. 16 - Y.B. Tuan Baji Basruddin bin· Baji Alang
Saidin tidak bad~r]
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Dato' Haji Mohd. Shariff
bin Jajang.
[Soalan No. 17 - Y.B. Dato' Haji Mohd. Sharif.£ bin Jajang
tidak. badir] .
•
•
DR.22.12.92 - 37 -
HOSPITAL BARU SIBU·· PElftJBUllAR
18. Tuan Wong Sing Nang minta Menteri K~sihatan menyatakan:
(a) sama ada pembinaan hos pi cal baru Sibu mengikuc jaduaI. Kalau tidak, mengapa;
(b) bilakah pembinaan hospital baru tersebut akan selesai; dan
(c) apakah langkah-langkah yang diambil untuk memperbaiki perkhidmatan hospital di Hospital lau King Howe Sibu daripada segi jumlah doktor, pakar perubatan dan jururawat •
Dato' Mohamed Parid bin Ariffin: Tuan Yang di-Pertua,
(a) & (b) Hospital Baru Sibu sekarang telah sampai kepada tahap
50% pembinaan dan adalah mengikut jadual pelaksanaan
yang telah ditetapkan. Hospital ini dijangka memula-
kan pembinaan pada bulan April, 1991 dan dijangka
siap pada September, 1993.
(c) Pada masa ini Hospital Lau King Howe Sibu telahpun
ditempatkan 10 orang pakar-pakar dalam pelbagai
bidang iaitu perubatan, surgeri, obstetrik & gine-
kologi, pediatrik, oftalmologi, ENT, bius dan fato-
logi. Kementerian juga sedang berusaha untuk
menempatkan seorang lagi pakar di bidang radiologi •.
Bagi kategori jururawat pula, sebanyak 126 jawatan
telahpun diisi daripada 154 jawatan iaitu 91% telah-
pun diisi. · Bilangan ini adalah wajar bagi hospital
tersebut menyediakan perkhidmatan kepada .penduduk-
penduduk yang merangkumi bidang-bidang kepakaran.
DR.22.12.92 - 38 -
Wal au bagaimanapun, bagi kategori pegawai
perubatan, hanya 23 jawatan daripada 42 jawatan
telahpun diisi. Kementerian akan berusaha menambah
bilangan ini dari masa ke. semasa dan Kementerian juga
telah mengambil langkah-langkah untuk mengatasi
kekurangan pegawai perubatan dan jururawat dengan
menambah tempat latihan bagi jururawat dan penuntut
penuntut perubatan serta mewujudkan suasana kerja
yang lebih baik sebagai langkah jangka panjang.
Kementerian. Juga sedang menguruskan pengambilan
pegawai asing untuk berkhidmat secara kontrak sebagai
langkah jangka pendek.
Tuan Yang di•Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masa sudah
cukup.
[Maaa untuk Pertanyaan bagi Javab Mulut telah cukup dan Javapan
bagi Pertanyaan No. 4, 5, 6, 8, 10, 12, 14, 16, 17 dan 19 hingga 29
akan diaaauJrkan ke 4alaa naskhah bercetak kelak]
•
•
0
0
DR.22.12.92 - 39 -
lWIG UBD.ANG-OBDANG
RANG UNDANG•UIIDANG DWANGAN (N0.2)
Bacaan kali Yang Kedua dan Ketiga
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula
perbahasan atas masalah "Bahawa Rang Undang.:..undang ini dibacakan
kali yang kedua sekarang". [2lbb Disember, 1992]
Tuan Yang . di•Pertua: Yang Berhormat Timbalan Menteri sila
sambung.
3.36 pt:g.
Tiabalan Menteri Kewangan [Tuan Abdul Ghani bin Othman]: Terima
kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin menyambung pembentangan Rang
Undang-undang untuk bacaan bagi kali yang kedua dan merujuk kepada:
Fasal 13 Rang Undang-undang yang bertujuan untuk
meminda Seksyen 12(a) untuk menetapkan tarikh nilai
pasaran bagi harta yang dipindah milik sebagai hadiah,
penyelesaian atuapun jualan hendaklah ditentukan pada
tarikh penyempurnaan suratcara~suratcara berhubung dengan
transaksi-transaksi di atas.
pada lhb Januari, 1993.
Pindaan ini berkuatkuasa
Faaal 14 bertujuan.menaikkan kadar duti setem ke atas
suratcara pindah milik yang dikenakan di bawah butiran
32(a) - Jadual Pertama bagi harta yang nilainya melebihi
RMS00,000.
1993.
Pindaan ini berkuat~uasa pada lhb Januari,
DR. 22. -12. 92 - 40 -
Tuan Yang di-Pertua, Bal> IV ialah pindaan kepa~a Akta
Kewangan 1991.
Fasal 15 bertujuan meminda· Seksyen 3, Akta Kewangan
1991 untuk menjadikan Seksyen 8, .Akta itu berkuatkuasa
mulai dari tah~n taksiran 1992.
Bab 5 ialah pemansuhan dan kecualian Akta Cukai
Pendapatan (Tambahan) 1967.
Faaal 16 bertujuan memansuhkan Akta Cukai (Tambahan)
1967 dan dengan itu menghapuskan cukai pembangunan ~ulai
daripada tahun taksiran 1993. Pemansuhan ini bagaiman~pun
tidak akan meriyentuh kuatkuasa Akta ini sebelum tahun tak
siran 1993.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Tillbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Poe [Dato' Mohd. Tajol
Rosli bin Mohd. Ghazali]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Tuan Yang di•Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di
hadapan Majlis ialah Rang Undang-undang Kewangan (No. 2), 1992 di
bacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.
3.39 ptg.
Dr. Tan Seng Giav [Kepong]: Tuan Yang di-Pertua, memandangkan
bahawa Rang Undang-undang ini melibat~an berpuluh-puluh bilion
ringgit cukai yang hendak dikutip oleh pihak Jabatan Hasil Dalam
Negeri (JHDN), saya_ berasa hairan juga kerana ada Ahli-ahli Yang
Berhormat yang tidak berminat di dalam perkar~ yang begitu penting,
yang ••••••
•
f)
•
'·
•
DR.22.12.92 - 41 -
Tu.n Jang di-Pertua: Yang Berhormat> sila teruskan. Kita ada 9
Rang Undang-undang lagi.
Dr. Tan Seng Giav: Ada tujuh lagikah?
Tuan Yang di-Pertua: Se~bilan •.
Dr. Tan Seng Giav: Sembilan lagi? Saya tidak ••••
Tuan Yang_ di•Pertua: Barangkali mereka berminat kepada
perkara-perkara yang lain. [Ketava]
.Dr. Tan Seng Giav: Tuan Yang di-Pertua> daripada sembilan Rang
Undang-undang itu, inilah Rang Undang-undang yang melibatkan wang
yang terbanyak untuk .tahun 1993.
DR.22.12.92. - 42 -
Tuan Yang di-Pertua, setahu kita Jabatan Hasil Dalam Negeri,
ini tidak kira Kastam. · dan sebagainya, cum.a Jabatan Hasil Dalam
Negeri mempunyai bilangan kakitangan yang lebih 6, 700 orang. Ini
boleh dianggapkan sebagai satu Jabatan yang mungkin paling cekap di
dalam negara. Satu jabatan yang. paling cekap. Ini memandangkan.
usaha-usaha yang dikenakan ke atas saya di.dalam tempoh hampir dua
dekad ini.
Tuan Yang di-Pertua, ada perkara-perkara di.tanya kepada saya •••
Dato' Dr. Affifudin bin Baji Omar: [Bangun]
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat dari Padang Terap bangun.
Dato' Dr. Affifudin bin Baji Omar: Saya minta penjelasan.
Dr. Tan Seng Giav: Oh, boleh.
Dato' Dr. Affifudin bin Baji Ollar: Adakah statement Yang
Berhormat dari Kepong tadi, menyatakan bahawa Yang Berhormat lari
cukai 10 tahun? [Ketawa]
Dr. Tan Seng Giav: Yang Berhormat Padang Terap, say a tidak
lari. Sebagai Ahli Parlimen, terutamanya dari pihak Pembangkang,
memang JHDN tidak membiarkan kita membuat sesuatu yang tidak
mengikut undang-undang. Cuma saya hendak terangkan di sini,
kecekapan itu dari segi sebahagian sahaja. Ada yang sesetengah itu
tidak cekap lagi. Terserah kepada bidang-bidang yang tertentu yang
cekap. Ada yang tidak cekap juga. Cuma saya hendak bantu sahaja,
macam. mana kita boleh meningkatkan kaliber ataupun kualiti
•
. e
DR.22.12.92 - 43 -
kakitangan yang lebih 6, 700 itu ·dan yang cekapnya memang, misalnya
untuk saya. Kadangkala 10 tahun dahul u, ditanya. Saya buat
jawapankah, saya simpan jawapan, mesti simpan. Kalau tidak simpan,
tidak boleh. 15 tahun pun dia tanya lagi. Simpan. Tetapi 10 tahun
kemudian, tanya lagi. Soalannya serupa. Inilah, bertindih-tindih.
Mungkin kerana pegawai itu ditukar ke Jabatan yang lain ataupun di •
cawangan yang lain di seluruh negara. Mungkin kerana itu, kerja itu
bertindih-tindih. Ini satu "overkill" di dalam bidan·g. yang ter-
tentu. Satu "overkill".
Tetapi walau bagaimanapun, saya berharaplah dengan tambahan •
komputer sekarang itu dan juga kursus-kursus -yang diadakan oleh
pihak JHDN, kualiti dan_ kec-ekapan dapat ditingkatkan supaya jangan
bertindih-tindih dan kita menumpukan perhatian kepada bidang-bidang
yang lain yang saya akan sentuh sebentar lagi.
Tuan Yang ai-Pertua, yang pertama, saya hendak sebutkan
mengenai 'pengecual ian ataup.un pengurangan cukai 649 barang. Setakat
ini, walaupun Jabatan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna, pada mulanya telahpun bertindak dan disiarkan di dalam
~ media-massa juga, itu satu gej ala yang baik tetapi saya berharap,
tindakan ini dapat diteruskan dengan berkesan supaya semua peniaga
di negara ini akan turunkan harga ke.pada barang-barang yang di.;_
kecualikan ataupun dikurangkan cukai-cukai tersebut.
Walau bagaimanapl.nl, saya nanpak setengah-setengah jenis,
mungkin 10 ataupun lebih daripada itu yang dengan menyemakkan
~----------------~~~----------------------~~-
DR.22.12.92 - 44 -
cukainya, harga bertambah. Jadi, ini aneh juga. Misalnya ke atas
kacang Brazil ataupun Brazil nuts, avocado, cherry dan cashew nuts
kerana duti import telah dinaikkan. Itu satu paradox. Satu perkara
yang tidak dapat dif ahami. Meng a pa kit a kurangkan cukai at au pun
hapuskan cukai, kemudian duti import naik. Bolehkah Yang Berhormat
Timbalan Menteri menerangkan keadaan seperti ini? Walaupun Yang
Berhormat Padang Terap tidak begitu berminat di dalam cukai yang
naik selepas Budg~t mengumumkan kadar cukai dikurangkan ataupun di
hapuskan.
Ini satu keanehan yang belum saya tahu setakat ini. Macam mana
boleh berlaku hal seperti ini? Bolehkah Yang Berhormat Timbalan
Menteri menerangkan dengan baiknya mengenai hal seperti ini dan
mengenai tunggakan cukai yang tidak dibayar oleh pelbagai pihak.
Say a nampak ada kemaj uan sedikit, pungutannya bertambah daripada
orang-orang yang cuba hendak melarikan daripada membayar cukai itu,
saya nampak pada tahun 1989, pungutan bertambah RM126.8 juta dan ini
meningkat sedikit pada tahun 1990 kepada RM154.7 juta dan bagi tahun
1991, bertambah kepada RM207 juta. Ini menampakkan ada satu ke-
•
majuan sedikit di dalam usaha menggalakkan pihak yang lari dari "
cukai untuk membayar.
Saya berharaplah, Yang Berhormat Padang Terap' -tidak tergolong
di dalam golongan seperti ini. [Itetawa] Sistem pungutan cukai kita
mesti ditingkatkan supaya lebih efektif lagi dan pungutan itu, saya
nampak dari setahun ke setahun, untuk tahun 1993 pertumbuhan cukai
•
•
DR.22.12.92 - 45 -
2. 7%. Ini menggalakkan. Walau bagaimanapun, saya nampak daripada
angka yang diumumkan, sekarang kita mempunyai 2 juta pembayar cukai
dan 200 ribu syarikat yang membayar cukai. Ini banyak. Kalau orang
yang bayar cukai, itu banyak dan sebab itulah, walaupun sistem
pungutan cukai itu ada dipertingkatkan tetapi belum mencapai tahap
yang efektif tadi dari segi ini kerana banyak lagi ditumpukan kepada
saya, misalnya, lebih banyak usaha tetapi pada keseluruhannya usaha
tidak mencukupi untuk menyelesaikan masalah memungut cukai dari 2
3uta orang ini.
Saya berharaplah, semua Ahli Yang Berhormat di sini yang ter
masuk di dalam 2 juta ini tidak akan melarikan cukai juga. Maklum
lah, pihak Pembangkang susah hendak lari. Kita pun tahu, akibat dan
padahnya kalau lari. Walau bagaimanapun, Tuan Yang di- Pertua, kes
lari dari membayar cukai berjumlah hampir RM116.6 juta yang melibat
kan dua belas buah syarikat dan 8 orang Ahli Lembaga Pengarah, ini
satu perkara yang aneh juga berlaku kerana yang tidak membayar cukai
ini adalah syarikat yang besar belaka dan orang-orang yang terkenal
dan saya pun hendak tahu bagaimana perkara ini boleh berlaku. Kalau
berlaku ke atas peniaga-peniaga kecil, ke atas orang-orang yang
bukan terkemuka, mungkin kita boleh tahu kerana Unit Penyiasatan dan
Risikan mungkin tidak sampai ke situ tetapi untuk syarikat-syarikat
yang besar macam itu, inilah merupakan satu berita yang susah hendak
dipercayai.
DR.22.12.92 - 46 -
Bolehkah Yang Berhormat mengumumkan nama syarikat-syarikat yang
terlibat di dalam usaha untuk melarikan cukai dan juga 8 orang yang
belum membayar cukai dengan cukai tunggakan? Di dalam usaha untuk
meningkatkan pembayaran cukai ini, Unit Penyiasatan dan Risikan bagi
membanteras pembayar individu serta syarikat yang mengelak daripada
membayar cukai, · memang memainkan peranan yang penting dan adakah
pihak Kementeriannya hendak memperkuatkan Unit Penyiasatan dan
Risikan ini supaya kerjanya dapat dipertingkatkan kepada pembayar-
pembayar cukai yang selain daripada saya?
kerana lebih us aha tertumpu kepada say a,
Saya sebutkan "saya"
tetapi patutlah kepada
orang-orang lain juga. Ini peranan ~nit Penyiasatan dan Risikan.
Tuan Yang di-Pertua, saya nampak ada satu operasi sedar yang·
dilancarkan oleh pihak JHDN. bolehkah Yang Berhormat menerangkan
setakat manakah berjayanya operasi seperti itu yang dilancarkan
kepada beberapa bandar? Kalau tak silap saya, mungkin di Shah Alam,
di Seremban, Kota Bharu, Kuala Terengganu, di Kangar, Alar Se tar,
Pulau Pinang dan Ipoh ada operasi sedar yang sedemikian untuk
mengutip cukai tungg&kan dan denda yang tidak dibay~r di kalangan
pedagang dan peniaga kecil. Di dalam operasi itu, bolehkah Yang
Berhormat Timbalan Menteri menerangkan bilangan pedagang dan peniaga
kecil yang melarikan cukai dan yang membayar cukai? Mungkin
berpul~h-puluh ribu orang di seluruh negara. Di Wilayah Persekutuan
pun lebih daripada 1,000 orang. !tu peniaga kecil yang mempunyai
lesen; yang tanpa lesen itu mungkin beribu-ribu lagi yang tidak mem
bayar cukai. Di dalam operasi sedar nampaknya mereka hendak
•
•
•
•
DR.22."12.92 - 47 -
mencungkil berpuluh-puluh ribu orang yang tidak membayar cukai ini.
Tuan Yang di-Pertua, di dalam usaha untuk mempertingkatkan
kecekapan mengutip cukai ini, nampaknya ada disebut-sebutkan bahawa
JHDN akan dijadikan sebuah Lembaga. Saya pun tak t;ahulah bentuk
Lembaga ini kerana setakat ini tidak diumumkan bagaimana JHDN dapat
dijadikan Lembaga. · Selepas menjadikan Lembaga itu, macam mana
competencenya dan kecekapannya dapat dipertingkatkan? Berapakah
amaun geran daripada pihak Kementerian Kewangan yang akan diberi 7
Kemudian, Lembaga ini sama ada berbentuk penswastaan ataupun pada
mulanya. diperbadankan, kemudian diswastak~n; adakah itu satu trend
untuk menjadikan JHDN sebagai satu Lembaga?
Yang Berhormat Padang Terap tak tahu lagi ini akan dijadikan
satu Lembaga. [Disaapuk]
Tuan Yang di-Pertua: Ya Yang Berhormat, sila, sila. [Ketawa]
Sila teruskan ya.
Dr •. Tan Seng Giav:.Dan adakah dengan dijadikan sebagai
Lembaga, ia akan berfungsi dengan lebih fiexible dan mempunyai kuasa
autonomi? Sekiranya Lembaga JHDN ini berfungsi, apakah aspek yang
negatif itu yang mungkin akan timbul untuknya? Kerana saya tak
faham hal JHDN sebagai Lembaga, saya tak pernah dengar. Cuma satu
kenyataan say a hendak daripada pihak Ketua Pengarah, Tan Sri Abu
Bakar Mohd. Nor.
Tuan Yang di-Pertua, kalau JHDN dijadikan sebagai satu Lembaga,
ini ••••••••
Ti.abalan Menteri Tenaga, Tele~ODl dan Pos [Dato' Mohd. Tajol
Rosli bin Mohd. Ghazali]: [Bangun]
Tuan Yang di-Pertua: Ya, Yang Berhormat, ada yang bangun ini.
DR.22.12.92 - 48 -
Dato' Mohd. Tajol Rosli bin Mohd. Ghazali: Minta penjelasan
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua: Ya.
Dato' Mohd. Tajol Rosli bin Mohd. Ghazali: Tuan Yang di
Pertua, nampaknya Ahli dari Kepong ini mengkritik hasrat Kementerian
Kewangan untuk menubuhkan Lembaga Jabatan Hasil Dalam Negeri dan
sebagainya, tetapi kita tak dengar satu pun pandangan yang bail<.
ataupun cadangan-cadangan yang baik yang hendak dikemukakan oleh
Ahli dari Kepong. Kalau misalnya Lembaga ini tidak baik., apakah
yang paling baik untuk kita menjal-ankan usaha mengutiphasil dalam
negeri?
DT. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua, jelas menunjukkan Yang
Berhormat Timbalan Menteri tidak mendengar ucapan saya kerana ragam
fikiran itu tidal<. begitu memahami masalah percukaian yang dihadapi
oleh negara. Bukan saya tidak setuju dengan Lembaga kerana kita ·tak
tahu apa isi kandungannya. Kerana ini akan menimbulkan satu ••••
Dato' Dr. Affifudin bin. Baji Omar: [Bangun]
Tuan Yang di-Pertua: Padang Terap b~ngun ya.
bangun.
Padang Terap
Dato' Dr. Affifudin bin Baji Omar: Saya ingin bertanya, apakah
masalah percukaian negara itu? Apa dia masalah percukaian? Tadi
dia kata cekap, ini dia kata masalah percukaian negara pula. Dia
selalu contradict Tuan Yang di-Pertua, bercelaru.
Dl:'. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua, ini tidak menimbulkan
satu kontradiksi kerana di dalam beberapa bidang memang cekap. Saya
•
•
·.
•
•
DR.22.12.92 - 49 -
beri satu contoh keatas saya, memang cekap, tetapi ini tidak
semestinya ke atas orang-orang yang lain, termasuk Yang Berhormat
Padang Terap, cekap juga. Tidak semestinya!
Dr. Tan Seng Giav: Ya.
Tu~ Yang di-Pertua: Tidak, dia tak bangun ya. [Ketava]
Dr. Tan Seng Giav: Dan kalau JHDN dijadikan satu Lembaga, saya
tak tahu lagi isi kandungan, macam mana kita hendak memberi
pendapat? Ini tak akan membawa faedah kalau tidak memberi pendapat
kepada sesuatu Lembaga yang kita tidak kenali. Cuma saya tak tahu
sahaja di dalam usaha untuk berubah mengenai struktur tugas serta I
tanggungjawab baru bagi Lembaga JHDN ini, apakah aspek positif dan
aspek negatif? Inilah cara kritikan, bukan seperti Yang Berhormat
Timbalan Menteri tadi, cuma tak faham masalah yang di hadapannya,
dia hendak buat komen sahaja. Hendak menarik perhatian, menonjol-
kannya. Tak payah hendak menonjolkan di sini.
adanya Lembaga yang baru, mungkin Lembaga ini
[Ietaval Dengan.
akan berdasarkan
kepada sistem teknologi maklumat, dengan penekanan kepada penggunaan
komputer. Mungkin satu cara yang baru untuk menggunakan komputer.
Satu perkara lagi iaitu mengenai bayaran cukai melalui bank •
Ini tak pernah dilakukan lagi·, dan bolehkah Yang Berhormat Timbalan
Menteri menerangkan bagaimana kita dapat membayar cukai melalui
bank kerana mungkin satu car a yang baik? Mungkin satu car a yang
baik yang dapat dilakukan oleh orang-orang ataupun pembayar-pembayar
cukai yang menggunakan perkhidmatan bank
dilaksanakan.
kalau ini dapat
DR.22.12.92 - 50 -
Dan satu lagi, Tuan Yang di-Pertua, ialah mengenai cukai jualan dan
perkh~dmatan 5% ke atas perkhidmatan telekomunikasi. Saya bimbang
cukai ini akan membawa beban yang lebih kepada para pengguna
kemudahan telekomunikasi ini. Walaupun jaminan dibuat oleh· Yang
Berhormat Menteri Kewangan mengenai Sale & Service Tax (SST) ini,
tetapi kita belum dapat tahu setakat mana SST ini akan.membebankan
para pengguna kemudahan tersebut. Wal au- bagaimanapun·, ini adalah
satu perkara yang hendaklah diambilkira oleh pihak Kementerian
supaya kita janganlah membebankan pengguna telekomunikasi, kerana
itu satu bidang . yang baru juga untuk negara ini. Kita hendak . I
meningkatkan perkhidmatan telekomunikasi di negara ini memandangkan
kitapun hendak mengadakan satu satellite tidak lama lagi. Satu
satellite yang akan diadakan di negara ini akan me~ingkatkan lagi
kemudahan telekomunikasi dan cukai yang dikenakan itu mungkin akan
menjejaskan perkembangan bidang ini.
(Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Tuan Yang di-Pertua, satu lagi mengenai 10% cukai yang dikena
kan ke atas industri marmar (marble industry). Industri marmar
mungkin akan menyebabkan penutupan kilang marmar yang kecil di
Perak. Ini.negeri Perak yang mengusahakan bidang marmar yang tidak
diambilkira, tidak diambil pusing oleh Yang Berhormat Timbalan
Menteri. Marmar adalah penting bagi Perak dan inipun tidak
diambil berat . . . . . [Disampuk] •••••• di negeri Perak ••••
•
•
•
fJ
DR 22.12.92 - 51 -
Timbalan Yan di-Pertua [Tuan Ong Tee. Keat]: Yang Berhormat,
jangan berdialog di sini.
Dr Tan Seng Giav: Sayapun tidak ,tahu kerana dia
berbisik-bisik dan desas-desus di situ sahaja, ••••
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Mengapa hendak
berbisik-bisik ini •
Dr Tan Seng
[ICetava]
Giaw: Kalau hendak cakap sila bangunlah.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Ya, teruskan.
Dr Tan Seng Giav: !tu cara yang betul, kita bangun dan
tadi ••••••
Timbalan Menteri Tenaga. Telekom dan Pos [Dato' Mohd. Tajol
Rosli bin Mohd. Ghazali]: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Qng Tee Keat]: Ya, Timbalan
Menteri.
Dato' Mohd. Tajol Rosli bin Mohd. Ghazali: Tuan Yang
di-Pertua, saya ingin bertanya Ahli Yang Berhormat dari Kepong. Tadi
dia bercakap berkenaan dengan kecekapan JHDN, tetapi sebenarnya dari
segi percakapan pun ada kecekapan, yang padat dan tepat, misalnya
Ahli Yang Berhormat dari Bukit Bintang, tetapi Ahli Yang Berhormat
dari Kepong ini berpusing:-pusing, berputar-putar be lit, akhirnya
kitapun tidak f aham.
Dr Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat
.
DR 22.12.92 - 52 -
Tirnbalan Menteri yang tidak f aharn, kerana saya bangkitkan masalah
industri marmar (marble industri) sekarang. Dan saya hendak tahu
kerana negeri Perak merupakan satu industri yang penting. Dia
orang Perakkah? Bukan daripada Kedah?
Tuan Ahmad bin Hor: Langkawi.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat
diingatkan lagi, jangan berbisik-bisik ataupun cakap-cakap ••••
Dr Tan Seng Giaw: Saya tidak setuju dengan bisik-bisikan
[Ketava] •••••
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Ini suara dalang
banyak sangat.
Dr Tan Seng Giav: Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya pun
tidak tahu kawasan dia sekarang, sama ada di Kedah ataupun di Perak,
tetapi sukalah saya kemukakan masalah ini supaya sebagai Yang
Berhormat Timbalan Menteri dari negeri Perak, beliau dapat mengambil ·
perhatian di dalam usaha kita hendak ~emujuk, menggalak dan memaju
kan industri marmar yang baru sahaja diadakan di negeri Perak dan
dengan dikenakan 10% cukai, mungkin 40 kilang, 50 kilang marmar di
Perak akan ditutup - tidak boleh diteruskan lagi. Dan di dalam 40
kilang kecil ini dipusing ganti lebih kurang tidak sampai RM40 juta
dan bilangan pekerja lebih kurang 7 ,000 orang, dan mereka memang
menghadapi kesusahan terutamanya di dalam industri ini. Pihak peng
usaha terpaksa membayar dahulu satu dua tahun sebelum mendapat
•
0
•
~
DR 22 .12. 92 - 53 -
bayaran daripada pembeli-pembeli terutamanya di dalam industri
perumahan. Dengan sebab itulah kalau dikenakan 10% cukai ke at as
mereka mungkin mereka akan menghadapi kesusahan.
Saya berharap Yang Berhomat Timbalan Menteri boleh mengambil
· perhatian dan seterusnya menyiasat mengenai hal yang setakat ini
belum diketahui. Industri ini khusus untuk Perak sahaja terutama di
sekitar Pulau Langkawi, dan saya sendiri akan menyaksikan perkara
ini dua tiga hari lagi, saya ak~n pergi ke Pulau Langkawi, tengok
sendiri kawasannya. Padang Terap mesti tidak ada marmar, limestone
pun tidak ada di situ.
Tuan Yang di-Pertua, satu perkara lagi mengenai borang-borang
yang dikeluarkan oleh JHDN, setakat ini sangat rumit borangnya
terdapat beberapa muka surat dan berkehendakkan butir-butiran yang
begitu banyak, tiap-tiap tahun kita isi. Bagi saya terpaksa
melalui akauntan dan sebagainya atau tax agent untuk. mengisi semua
ini yang begitu rumit. Jadi bolehkah Kementerian mengeluarkan
borang-borang yang lebih simple untuk pembayar-pembayar cukai yang
seramai 2 juta orang sekarang, terutamanya bagi peniaga-peniaga dan
pedagang-pedagang kecil, mereka mes ti diberikan borang yang lebih
simple untuk mengisinya dan. kalau ada cadangan daripada pihak
Kementerian untuk mengadakan borang yang lebih simple, bilakah akan
dilaksanakan?
Dato' Dr. Affifudin bin Haji Omar: [Bangun]
'Tiabalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Padang Terap.
Dato' Dr Affifudin bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua,
macam mana Kerajaan hendak mengeluarkan borang yang lebih simple
DR 22 .12. 92 - 54 -
kerana orang seperti Yang Berhormat sumber pendapatannya 10, Dewan
Undangan Negeri, Parlimen, k.linik di Bangsar, klinik di Kepong,
klinik di Ipoh, jadj. saya hendak tanya balik, bagaimanakah hendak
mengeluarkan borang yang simple? Kalau orang itu jual "amsale"
mungkinlah dia satu sahaja. Orang macam Yang Berhoi:mat ini ada 10
atau 20 sumber pendapatan.
Dr Tan Seng Giav: Tuan Yang di-Pe.rtua, k.enyataan Yang
Berhormat dari Padang Terap itu tidak berasaskan kepada fakta,
kerana saya tidak mempunyai begitu banyak sumber termasuk klinik,
cuma disebutkan. Saya tidak ada cawangan klinik di Padang Terap
misalnya, seolah-olah saya boleh dibahagi kepada beberapa bahagian,
tiap-tiap saat boleh ada di Padang Terap, di Kuala Lumpur, di
Parlimen dan sebagainya dengan serentak. Macamana boleh jadi?
Kenyataan Yang Berhormat dari Padang Terap itu tidak bernas, kerana
cadangan saya itu sangat bernas dan membina.
Cuba Yang Berhormat tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri
Kewangan yang telah berusaha untuk meinahami sistem percukaian, dan·
bagaimana kita boleh mempertingkatkan pungutan cukai di negara ini
terutamanya menuju ke arah sebagai sebuah negara yang maju daripada
pelbagai segi termasuk pungutan cukai juga. Dan satu langkah yang
baik ialah k.ita keluarkan borang yang simple di mana semua pembayar
cukai boleh faham dan mudah mengisi. Ini adalah satu cara ya~g
baik, kita mesti mengkaji daripada negara-negara serantau ini ter
masuk Singapura dan juga di New Zealand, Kanada, Australia, United
Kingdom di mana mereka ada sistem borang.
•
b
..
·e
DR.22.12.92 - 55 -
Dan kalau berbanding dengan sistem borang di Australia dan New
Zealand bagaimana borang Malaysia itu •••
Dato' Dr. Affifudin bin Haji Omar:[Bangun]
Tillbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat,
Padang Terap bangun lagi.
Dato' Dr. Affifudin bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, saya
minta penjelasan. Adakah Yang Berhormat familiar, dengan izin,
dengan borang-borang daripada United States, United Kingdom,
Australia~ Kerana setahu saya borang dari Malaysialah yang paling
simple hanya 4 muka sahaja.
akauntan sendiri kalau dia
Pada hal di United States, seorang
tidak spesialisasi dalam bidang
percukaian tidak mampu mengisinya. Jadi, macam mana yang dia puji
United States sangat tadi ini?
Dr. Tan Seng Giav: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Padang
Terap tidak dengar dengan baik.
saya tidak tahu. Saya
Sama ada dia pekak ataupun tidak,
tidak sebutkan Amerika Syarikat
langsung. [Ketava] Susahlah sekarang, say a tidak sebutkan
langsung •••
Dato' Dr. Affifudin bin Baji O.ar: Dia kata United States,
bukan Amerika Syarikat, dia kata.
Dr. Tan Seng Giav: Tidak ada. Tidak ada.
· Dato' Dr. Affifudin bin Baji Omar: United Kingdom.
Dr. Tan Seng Giav: Ah,United Kingdom! [Ketava] Lebih baik.
.----~-
DR.22.12.92 - 56 -
Dato' Mohd. Tajol Rosli bin Mohd. Ghazali:[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat,
ini Timbalan Menteri bangun.
Dato' Mohd. Tajol Rosli bin Mohd. Ghazali: Tuan Yang
di-Pertua, saya ingin bertanya Yang Berhormat dari Kepong adakah
beliau sedar bahawa undang-undang taxation kita diasaskan kepada
undang-undang yang ada di United Kingdom dan juga yang ada di
Australia. Dan k.ebanyakan daripada akauntan-akauntan k.ita juga
lulus ."Chartered Accountancy" mereka sama ada daripada United
Kingdom dan juga Australia.
Jadi, kalau yang di United Kingdom dan Australia itu baik, saya
rasa oleh kerana k.ita juga berasaskan kepada United Kingdom dan
Australia maka kita juga dengan sendirinya baik. Dan saya rasa yang
kita ini lebih s~nang daripada yang di Australia dan United Kingdom.
Inilah bak kata pepatah, dengan izin, "the grass on the other side is
L al ways greener • "
Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat
Timbalan Menteri suka kepada rumput-rampai sekarang. [Ketawa] Memang
rumput-rampai itu rumit sedikit. Yang kita mintanya borang yang
simple. Australia, New Zealand memang pada mulanya berdasar kepada
sistem di United Kingdom. Begitu juga bagi Malaysia. Tetapi memang
di dalam itu mengadakan borang-borang ini mereka mengubahsuaikan
menurut keadaan semasa. Dan kalau kita bandingkan dengan New
Zealand dan Australia mungkin setakat ini, selama -ini mereka boleh
wujuJkan siseem horang yang Ieoih simple, mungkin. Saya cadanikan
kita kaji semua ini.
..
•
..
r
~
DR.22.12.92 - 57 -
Dato' Mohd. Tajol 'R.osli bin Mohd. Ghazali: Tuan Yang
di-Pertua, saya ingin bertanya Ahli Yang Berhormat daripada Kepong
secara spesifik. Kerana sa.ya fa.ham borang-borang yang ada di
Malaysia dan saya juga faham borang yang ada di Australia. Tetapi
.s.aya ktiJ:.anit. fa.ham dan jelas berkenaan dengan borang yang ada di united Kingdom.
Cuba Yang Berhormat terangk.an daripada muk.a pertama sampai muka
penghabisan itu di mana kelebihan baik.nya Australia dibandingkan
dengan borang yang ada di Malaysia. Di mana simplenya borang
Australia?
Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua, saya telah cadangkan
tadi ialah kita kaji borang-borang dari pelbagai negara. Itu
cadangan saya. Seka.rang ini hendak. minta itu, ini daripada Yang
Berhormat Timbalan Menteri yang tidak tentu arah. Kita cuma minta ••
Dato' Dr. Affifudin bin Baji Omar: [Bangun]
Timbalan Yang di•Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Ya, Padang Terap
bangun.
Dato' Dr. Affifudin bin Baji Omar: Tuan Yang di-Pertua, saya
anggap Ahli. Yang Berhormat dari Kepong adakah Ahli Yang Berhormat
dari Kepong ini berasa dirinya terjerat. Kerana sebenarnya borang
daripada Singapore, Australia, New Zealand dan apa lagi yang dia
sebut ta.di adalah lebih susah daripada yang di Malaysia. Kalau
tidak. percaya nanti ·k.eluar Dewan tanya Tan Sri Abu Bak.ar Mohd. Nor
sendirl. bagaimana simplenya borang kita yang ada di Malaysia yang
DR. 22 .12. 92 - 58 -
mana seorang yang berpendapatan rendah boleh mengisikan borang itu
dengan sendiri tidak payah pergi ke Akauntan.
Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua, saya menasihatkan Yang
3erhormat Padang Terap jangan kita menggunakan nama Tan Sri Abu
Bakar Mohd. Nor. S~ya gunakan kerana saya percaya kepada Tan Sri
Abu Bakar Mohd. Nor bahawa beliau akan mengkaj i cadangan-cadangan
saya dan juga mengkaji sistem borang dari pelbagai negara untuk
menyempurnakan borang di negara ini. !tu saya percaya kepada Ketua
Pengarah dan saya berpendapat beliau akan mempunyai sikap bijaksana·
dari segi borang ini. Mungkin dalam satu dua 1 tahun lagi akan keluar
borang yang lebih sempurna • . Dato' Dr. Affifudin bin Baji Omar: [Bangun]
'l'imbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong 'l'ee Keat]: Yang Berhormat,
Padang Terap bangun lagi.
Dato' ~. Affiffudin bin Haji Omar: Tuan Yang di~Pertua, apa
yang dikatakan oleh Timbalan Menteri ta.di dia pandai pusing. Tadi
isu yang dibangkit ialah borang kita itu tidak simple. Isu itu yang
kita bincangkan sekarang, bukan isu hendak kaji. Dia menuduh bahawa
borang kita itu tidak simple. !tu sahaja. Apabila dia terjerat dia
lari rata. Ini yang dituduh oleh Timbalan Menteri tadi betul.
Dr. Tan Serig Giav: Tuan Yang di-Pertua, borang kita memang
complicated; tidak simple. Sebab itu say a menyeru supaya us aha
dibuat untuk mengkaji sistem borang yang lain supaya kita dapat
mengutip apa yang baik daripada borang~borang yang lain. Kemudian
kita menyerap masuk kepada sistem borang di negara ini.
.,,
...
~
"'
•
DR.22.12.92 - 59 -
Dan kedua-dua Timbalan Menteri saya berharap dapat berbincang
dengan baik, tetapi bukan di dalam Dewan. Dewan kita boleh bincang
secara itu. [1'.etawa] Kedua-dua Tirnbalan Menteri kita tidak patut
bincang seperti itu. Kerana di sini, kita rnesti rnenumpukan per
hatian kepada apa yang sedang diucap di dalam Dewan yang mulia
ini. [Ketawa] Ini lebih baik. Kalau tidak lain kali pendapat atau-
pun kenyataan Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak tepat.
daripada segi •••
Dan
Tiabalan Menteri Kevangan [Tuan Abdul Ghani bin Othman]: Tuan
Yang di-Pertua, semasa saya bercakap dengan Timbalan Menteri Tenaga,
Telekom dan Pos itu adakah Yang Berhormat Kepong sedar bahawa dia
sepatah kata orang Johor dia me~aban sana-sini,· Tuan Yang di
Pertua. Dia lari merata-rata tempat, dia menceceh, dia merepek.
Jadi, saya sempat menanyakan satu dua perkara kepaaa Yang Berhorrnat
Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos. Jadi, saya harap Yang
Berhorrnat dari Kepong sedar bahawa dia menceceh.
DT. Tan. Seng Giaw: Saya tidak menceceh. Cuma kerana itu
gangguan daripada Yang Berhonnat Timbalan Menteri tadi dan juga Yang
Berhormat dari Padang Terap yang tidak tentu arah. Yang saya minta
itu simple sahaja. Sangat simple, sangat gampang sahaja.
Dato' Mohd. Tajol · R.oeli bin Mohd. Gbazali: Tuan Yang.
di-Pertua, saya ingin bertanya Yang Berhormat dari Kepong adakah
beliau sedar bahawa mereka yang tidak faham hendak baca borang
income tax ini kemungkinan tidak perlu bayar income tax. Sebab yang
kena bayar income tax, ada isteri. anak dia empat. Mereka yang
DR.22.12.92 - 60 -
pendapatannya lebih RMl0,000 setahun baru boleh bayar income tax.
Yang di bawah RMl0,000 mungkin tidak kena bayar income tax.
Jadi, di negara kita ini kalau mereka yang berpendapatan
RMl0,000 ke atas bukan mereka dalam Kumpulan D. Dan kalau yang ber
niaga pun, melainkan yang berniaga gerai dan sebagainya yang pen
dapatannya begitu besar baru kena bayar income tax.
Jadi, inilah sebabnya yang saya katakan bahawa beliau berputar
putar belit. Dan dari segi kita hendak senangkan lagi untuk meng
isi borang income tax ini, kita ada pendapatannya misalnya kalau
kita makan gaji. Kita ada pendapatan dari sewaan rumah. Kita ada
pendapatan daripada pelaburan saham dan sebagainya. Jadi, macam
mana yang kita hendak senangkan?- Itu yang saya tanya daripada Ahli
Yang Berhormat.
Dr. Tan Seng ~iaw: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat
Timbalan Menteri memang kurang insaf peri hal percukaian. Misalan
yang diberi tadi itu tidak tepat kerana di dalam kalangan yang
disebutkan · sebagai pedagang dan peniaga kecil di mana ditumpukan
satu "Operasi Sedar". Operasi Sedar ialah untuk mengatasi masalah
seperti ini kerana ada setengah-setengahnya yang walaupun tidak
begitu terpelajar di dalam segi akademik tetapi mereka memang pandai
berniaga. Sehingga pendapatan satu tahun mun~kin RM300,000 tetapi
tidak bayar cukai.
• ..
"
DR.22.12.92 - 61 -
Mereka ini memang tidak begitu arif dan tidak begitu faham untuk
mengisi borang cukai pendapatan. Yang Berhormat Timbalan Menteri
Kewangan memang memahami hal seperti ini. Kalau tidak mengapa kita
mengadakan satu Operas i Sedar. Inilah Yang Berhormat Timbalan
Menteri Tenaga, Telekom dan Pos tidak begitu tahu, cuma tahu hendak
pos· sahaja • .. Seorang Ahli: [Ket:ava]
Dr. Tan Seng . Giav: Tidak boleh kita ketawa dengan begitu
rupa. [Ketawa]
.Tuan Yang di-Pertua, satu contoh lagi, ada penduduk-penduduk di
Pulau Langkawi ~isalnya, ~alau mereka memiliki tanah lebih daripada
lima tahun dan dengan menjualkan tanah yang begitu mahal itu kepada
pemaju ataupun pengusaha, memang dengan segera pemilik tanah itu
menjadi jutawan dan· mungkin tidak dapat membayar cukai kerana
setengah-setengahnya mungkin tidak begitu terpelajar untuk mengisi
borang. Ini memang berlaku di Pulau.Langkawi sekarang kerana tanah ·
di sana nilainya meningkat. Dengan meningkatnya nilai tanah ada
setengah-setengah orang boleh menjadi jutawan dengan sekelip mata.
• Dat:6' Dr. Affifudin. bin Baj i Omar: [Bangun] . Ti.llbalan Yang di-Pertua [Tuau. Ong Tee Keat] : Ya, Padang Terap
bangun.
Dato' Affifudin bin Baji o.ar: Itu memang. b~rlaku di Langkawi,
tetapi apakah berlakunya yang mereka tidak mengerti mengisi borang?
Adakah berlaku yang menjadi jutawan itu tidak tahu mengisi borang?
DR.22.12.92 - 62 -
Yang jadi jutawan itu kita terimalah, tetapi adakah yang menjadi
jutawan itu tidak tabu isi borang, Yang Berhormat tahu dari mana?
Dr. Tan Seng Giav: Tuan Yang di-Pertua, memang ada orang yang
menjadi jutawan yang tidak tahu mengisi borang. Sekarang memang
ada. Saya beri satu misalan, kerana Yang Berhormat Timbalan Menteri
Tenaga, Telekom.dan Pos mungkin tidak tahu ada satu Pulau Langkawi
di mana penduduk-penduduk di situ boleh jadi jutawan dengan segera
kerana menjualkan tanah yang dimiliki lebih lima tahun ini. Itu
satu misalan sahajalah.
Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana masa berjalan dan saya pun
bendak menjimatkan masa juga.
Tuan Yang di-Pertua, satu program untuk mengadakan SST cukai
jualan dan perkhidmatan, walaupun ini dinafikan dan disangkalkan
oleh pibak Kementerian dan juga oleh Yang Berhormat Padang Terap
bahawa ini merupakan satu permulaan kepada sisteni mirip ke VAT -
nilai ditambahkan, ini satu sistem percukaian yang akan diamalkan di
negara ini walaupun mungkin pada tahun 1994 tidak dipanggil VAT,
tetapi saya percaya ini adalah satu bentuk VAT walaupun dipanggil
•
SST. Walau bagaimanapun.,. kalau kita tidak berwaspada, kita mungkin •
hilang cukai daripada pembayar-pembayar SST ini. . Perlulah kita
adakan satu program pendidikan untuk mendidik para peniaga kecil
kerana ada·setengah-setengah mereka tidak me~punyai rekod. Mereka
memang tidak mempunyai rekod, apatah lagi untuk mengisi borang cu~ai
yang begitu rumit. Kita mesti adakan satu sistem pendidikan kepada
peniaga- peniaga kecil ini supaya mereka lengkap dengan rekod-rekod
yang diperlukan. Sistem SST atau satu bentuk VAT ini memang
a
•
DR.22.12.92 - 63 -
memerlukan rekod yang baik dan cadangan saya untuk mengadakan satu
program pendidikan yang lengkap, yang comprehensive untuk pihak
pihak yang. tertentu termas0
uk peniaga-peniaga kecil, saya berharap
disambut dengan baik oleh Kementerian Kewangan untuk memperbaild
sistem kutipan cukai ini.
Tuan Yang di-Pertua, sejak bulan Oktober tahun lepas, ada wujud
satu institut percukaian - Malaysian Institute of Taxation yang
dinamakan sebagai MIT. Ini mungkin satu langkah yang baik dari segi
pendidikan. Saya pun tidak tahulah siapa yang menguruskan MIT ini.
Mungkin MIT ini.boleh dikelirukan dengan Institut MARA pula. Memang
dari segi pembayar cukai; dari segi agen cukai dan dari segi
pemungut cukai, pendidikan mengenai percukaian ini memang satu
perkara yang baik.
Setahu saya di dalam negara ini ada lebih 1 juta fail yang
disimpan oleh Pendaftar Syarikat. Sekarang ini pakar percuka.ian
tidak sampai satu pakar kepada 1,000 fail iaitu mengikut fail yang
disimpan oleh Pendaftar Syarikat dan kalau boleh nisbah ini mesti
dikurangkan mungkin kepada satu. pakar cukai kepada 200 atau 300
fail. Ini menunjukkan betapa perlunya kita mendidik lebih ramai
pakar percukaian untuk negara ini. Kalau kita hendak menjadikan
negara ini satu negara yang maju memang pakar-pakar cukai mesti
· ditambah dan kualiti pakar-pakar ini pun hendaklah ditingkatkan·.
Ini ·satu cadangan dari saya dan walaupun Yang Berhormat
Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos ti~ak begitu faham setakat
ini, kita boleh mendidik dia supaya lain kali dia lebih .arif
mengenai keperluan di negara ini untuk mempertambahkan bilangan
pakar cukai untuk masyarakat dan juga membantu JHDN yang bakal
menjadi Lembaga.
DR.22.12.92 - 64 -
Di sini saya hendak membangkitkan mengenai adakah cadangan
pihak Menteri Kewangan untuk mengadakan institut seperti ini supaya
kita dapat keluarkan diploma ataupun sarjana ~epada penuntut-
penuntut yang mahir dalam hal ini. Mungkin ini satu cara untuk
menggalakkan orang-orang yang berminat menjadi pakar di dalam bidang
percukaian ini.
Itulah sahaja ucapan saya dan dengan cadangan- cadangan yang
begitu bernas dan membina [Itetava] yang hendak saya tekankan di
sini, cadangan-cadangan ini perlulah dipertimbangkan supaya kita
daripada pihak DAP dan daripada pihak sebelah sana bersama-sama
dapat menyempurnakan sistem percukaian dan pungutan cukai di dalam
negara yang akan maj.u ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan. Yang di-Pertua [Tuan. Ong Tee hat]: Kota Melaka.
Selepas Yang Berhormat berucap, Timbalan Menteri diminta menj_awab.
4.19 ptg.
Tuan Li.a Guan Eng ['Itota. Helaka]: Tuan Yang di-Pertua, saya
ingin bertanya mengenai Rang Undang-undang yang dibentangkan oleh
Yang Berhormat Timbalan Menteri. Memandangkan bahawa cadangan-
cadangan cuka.i yang tersirat dalam Belanjawan akan dilaksanakan
melalui pindaan ini, saya ingin bertanya Yang Berhormat Timbalan
Menteri sama ada pihak Keraj aan bercadang untuk melaksanakan satu
sistem percukaian yang baru iaitu consumption tax pada masa depan!
Bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri memberitahu Dewan yang
mulia ini apakah jenis consumption tax yang akan dilaksan~kan pada
masa depan kerana nyata sekali mengikut cadangan cukai yang baru,
bahawa Malaysia sekarang menuju ke arah dan hala consumption tax
system untuk masa depan.
•
•
..
•
•
"
DR. 22 •. 12. 92 .. 65 -
Consumption tax system ini telah dicadangkan bukan sahaja oleh bekas
Menteri Kewangan, iaitu Tun Daim Zainuddin, tetapi juga oleh Bank
Dunia. Ada ura-ura me~gatakan bahawa Yang Berhormat Menteri
Kewangan akan mencadangkan consumption tax pada tahun ini, tetapi . ini tidak berlaku. Saya hendak bertanya· sama ada bilakah ini akan
berlaku, dan apakah jenis yang akan dilaksanakan kerana ia akan
memberi kesan yang agak besar kepada semua rakyat Malaysia.
Yang kedua, saya ingin mencadangkan bahawa pihak Kerajaan
seharusnya meninggikan ataupun menambahkan pelepasan cukai yang
sedia ada. Ini adalah kerana sungguhpun kadar cukai pendapatan . '
telah dikurangkan sebanyak 2% untuk kumpulan pendapatan yang
terendah, dan ·1% untuk kumpulan pendapatan yang tertinggi, adalah
jelas bahawa mereka yang tergulung dalam kumpulan pendapatan
ter_tinggi me_nikmati faedah· yang terbesar daripada. struktur baru
kadar cukai pendapatan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri
Kewangan. Kita boleh membuat angka atau pengiraal". yang mudah.
Ontuk seseorang yang memperolehi pendapatan setahun sebanyak
RMI0,000 iaitu kumpulan yang terendah sekali, cukai. yang dikenakan
selepas struktur baru ini diluluskan oleh Dewan yang mulia ini
adalah sebanyak RM175.00, manakala mengikut sistem lama ialah
seb~nyak RM275.00 atau savings atau pengurangan ialah sebanyak
RMlOO.OO. Ini · untuk gologan yang terendah, ·iaitu kalau kita
menganggap mereka mempunyai cukai pendapatan setahun sebanyak
R)!lO, 000. Berbanding dengan seseorang yang mempunyai pendapatan
untuk suatu tahun melebihi RMl00,000 saya telah membuat
DR.22.12.92 - 66 -
perhitungan - mengikut struktur lama,· cukai yang dikenakan adalah
sebanyak RM22,825 manakala di bawah sistem baru yang di.cadangkan
k.alau saya tidak silap, pengurangan adalah sebanyak RMI ,385.00.
Dari segi peratus, untuk golongan yang mempunyai pendapatan sebanyak
RMl0,000 pengurangan ialah sebanyak. 1%. atau RMlOO. Manakala untuk
merek.a yang tersenarai di dalam kumpulan pendapatan tertinggi, iaitu
pendapatan lebih daripada RMl00,000 pengurangan ialah hampir se-
banyak 1.4%. ·Dari sini jelas bahawa Belanjawan ini lebih memihak,
lebih memanf aatk.an golongan berpendapatan t:inggi daripada golongan
berpendapatan rendah. Sl!ngguhpun dari segi absolute figures, kadar
cukai turun sebanyak 2% untuk golongan berpendapatan rendah dan
kadar cukai untuk merek.a yang berpendapatan tinggi turun 1%, tetapi
kalau kita tengok dari segi figures ini jelas sekali yang lebih men-
dapat faedah ialah mereka yang berpendapatan tinggi.
Oleh sebab itu, saya hendak mencadangkan bahawa pihak Kerajaan
mengambilkira cadangan bukan sahaja oleh pihak DAP, tetapi juga oleh
kesatuan-kesatuan pengguna, bahawa pelepasan cukai ditambah, kalau
boleh, sehingga RMl0,000. Kerana dalam keadaan ekonomi masa kini, •
di ·mana ekonomi sedang maju, inflasi pun naik dan untuk sesebuah
kelua~ga yang mempunyai isipadu rumah (dari segi purata) enam orang,
saya rasa RMI0,000 setahun bukanlah satu 'jumlah yang mem~dai untuk
menampung kepe't'luan keluarga tresebut, khususnya persekolahan dan
lain-lain perbelanjaan. Saya harap pihak Kerajaan boleh menerima
cadangan bahawa pelepasan cukai dinaikkan hingga RMI0,000. Kalau
boleh se~urang-kuran6tlya pelepasan cukai ditambah. Saya rasa kalau
pelepasan cukai ditambah, adalah lebih baik kesan positif vang di-. . berikan kepada 5olongan yang tidak berada, golongan miskin, adalah
•
•
•
•
•
e
ii
DR.22.12.92 - 67 -
lebih besar, lebih positive, lebih bermakna daripada menurunkan
kadar cukai pendapatan. Saya harap pihak.Kerajaan boleh menimbang
cadangan ini menambah jumlah cukai pelepasan yang sedia ada.
Tuan Yang di-Pertua, perkara terakhir ialah mengenai cadangan
mengurangkan kadar cukai ke atas syarikat-syarikat dari 35% kepada
34% ataupun pengurangan.sebanyak 1%. Di sini saya hendak bertanya
pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri, memandangkan bahawa ini
merupakan satu insentif kepada syarikat-syarikat tersebut, apakah
rasionalnya, apakah alsannya Bank Negara masih mempertimbangkan
cadangan oleh semua bank. untuk menaikkan kadar pembayaran mereka
kepada pengguna. Ini merupakan satu savings yang sangat besar.
Untuk tahun lepas mengikut angka-angka y_ang dikeluarkan oleh laporan
Bank Negara, adalah dijangka bahawa semua bank perdagangan akan
mencapai tambahan keuntungan sebanyak RM300 juta, iaitu untuk tahun
lepas, keuntungan yang dijangka diperolehi ialah menjangkau atau
mungkin mele~ihi RMl,700 juta sehingga RMl,800 juta.
Memandangkan bahawa pihak Kerajaan akan ·mengurangkan cukai
pendapatan dari 35% ke 34%, ini merupakan satu pengurangan tax
savings 1% untuk angka yang sebegitu besar iaitu beribu-ribu juta
ringgit pendapatan. Ini merupakan satu tax savings, dengan izin
yang sangat besar, dan adalah tidak masuk akal sama sekali bahawa
Bank Negara boleh menimbang permohonan semua bank-bank perdagangan
untuk menaikkan kadar bayaran perkhidmatan ke atas. semua pengguna.
Apakah rasionalnya? Kalau mereka telah boleh memperolehi manfaat
DR.22.12.92 - 68 -
daripada pengurangan cukai, mengapakah manfaat ini tidak boleh di
salurkan kepada rakyat Malaysia? Saya di sini menegasakan, menyeru
pihak Kerajaan menolak sama sekali apa-apa cadangan oleh bank-bank
perdagangan, bank-bank komersil, untuk mengenakan atau menaikkan
kadar bayaran perkhidmatan ke atas para pengguna. Ini tidak boleh
diterima langsung kerana mereka telah mencapai, memperolehi
keuntungan yang banyak.
pulangkan kembali · untuk
Adalah munasabah bagi keuntungan ini di-
membolehkan
keuntungan· atau kemajuan ekonorni negara.
para pengguna menikmati
Saya amat kesal bahawa
Ban~ Negara masih menirnbang - saya rasa kira-kira lebih daripada dua
tahun masih menimbang. Tolak sama sekali, jangan hirau lagi, jangan
layan, 'boh layan'. Mengapa mesti layari permintaan yang begini?
Mereka sudah mencapai memperolehi keuntungan yang begitu banyak -
tak ma~uk akal. Say a rasa permohonan bank:-bank ini adalah satu
tindakan yang bercanggah berlawanan dengan kepentingan ekonomi
negara, berlawanan dengan rakyat Malaysia, dan menunjukkan sifat
tamak haloba bank-bank tersebut atau dengan izin, selfish, indi
vidual, uncaring act by the banks.
•
•
~
~
...
•
..
DR.22.12.92 - 69 -
Kerajaan meminta rakyat Malaysia menuju ke arah sebuah masyarakat
penyayang tetapi nampaknya seruan ini tidak diambil kira oleh
bank-bank tersebut khususnya Association of Banks, Malaysia.
Saya.tidak hendak bercakap panjang mengenai perkara ini, tetapi
hanya hendak menegaskan. bahawa Kerajaan mesti tegas, mesti berdiri
di sebelah para pengguna, jangan selalu memihak kepada bank-bank •
Sungguhpun Yang Berhormat Timbalan Menteri telah berjanji akan
melaksanakan sistem monthly rest untuk pinjaman-pinjaman kepada para
pengguna, tetapi sehingga hari ini masih ada bank-bank yang
menggunakan si"stem yearly rest. Ini menunjukkan kuasa pengaruh
bank-bank. Saya harap pihak Kerajaan, Yang Berhormat Menteri dan
Yang Berhormat Timbalan Menteri yang berani ini, boleh berdiri
di sebelah para pengguna. Jangan lagi layan permintaan yang tidak
munasabah, yang tamak, yang anti nasional daripada bank-bank ini.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat
Timbalan Menteri diminta menjawab.
4.42 ptg •
Timbalau Menteri Kevangau [Tuan Abdul Gbani bin Othman]: Tuan
Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada
Ahli Yang Berhormat daripada Kepong dan Kota Melaka yang telah
DR.22.12.92 - 70 -
bangun untuk membahaskan Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) di
hadapan kita pada hari ini. Kedua-dua Ahli Yang Berhormat mengambil
masa dekat-dekat satu jam setengah.
Tuan Yang di-Pertua, sebahagian besar daripada perbahasan itu
kalau kita rumuskan ada di antaranya seperti yang telah saya sebut
kan tadi, agak ke sana ke mar~, dengan tid·ak ada ketentuannya.
Walaupun begitu, kalau sekiranya kita hendak memberi kredit kepada
Ahli Yang Berhormat dari Kepong, Tuan Yang di-Pertua, .kita sewajar
nya memberi kredit kepada beliau kerana cuba terus mencuba dan
mencuba untuk berbahas dalam Dewan ini.
kepada dia.
Jadi, kita be't'i kredit
. . Tuan Yang di-Pertua, saya pada mulanya mendengar Ahli Yang
Berhormat dari Kepong bangun dan berkata bahawa Jabatan Hasil Dalam
Negeri adalah di antal:a jabatan yang cekap. Jadi, saya dengar
sebentar tadi, apabila tidak cekap, maka Ahli Yang Berhormat dari
Kepong kata, tidak baik. Dan kali ini cekap pun, tidak baik juga,
sehinggakan dia kata jabatan, dengan izin, "goes for overkill".
Tuan Yang di-Pertua, jadi, apa pun kita buat semuanya tidak
kena - cekap pun salah, tidak cekap pun salah. Dia menyebut perkara
ini dalam konteks merujuk tentang hal dirinya sehinggakan saya
hendak membuat tafsiran bahawa Yang Berhormat gunakan istilah
"overkill" dan apabila Yang Berhormat merujuk pendekatan
. "overkill", saya terpaksa mentafsirkannya sebagai agak self
incriminating dan juga self-inflicting, dengan izin.
~
•
,.
•
...
..
DR.22.12.92 - 71 -
Jadi, saya harap Yang Berhormat janganlah melihat kecekapan
Jabatan Hasil Dalam Negeri dalam konteks pengalaman Ahli Yang
Berhormat dari Kepong sahaja, tetapi sebenarnya Jabatan Hasil Dalam
Negeri - saya ingin menegaskan di sini - tidak memilih b-ulu dalam
hal memungut basil Kerajaan. Berdasarkan kepada peruntukan undang
undang yang datangnya daripada keputusan Parlimen yang mulia ini,
maka Jabatan~asil Dalam Negeri melaksanakan kerjanya.
Tuan Yang di-Pertua, sekadarkan kalau dulu-dulu, langkah
langkah yang agak begitu tegas.mendapat laporan daripada suratkhabar
secara nyata, tetapi kec~kapan yang ada pada Jabatan Hasil Dalam
Negeri dilaksanakan dengan menggunakan profail yang rendah kali ini,
tetapi sentiasa berjalan sehinggakan Yang Berhormat daripada Kepong
pun bersetuju dengan saya bahawa ada kesan yang baik daripada
tindakan-tindakan kebelakangan ini daripada kecekapan Jabatan Hasil
Dalam Negeri untuk memungut hasil-hasil daripada sumber-sumber yang
ditentukan oleh peruntukan undang-undang kita.
Tuan Yang di-Pertua; saya bersetuju dengan apa yang_ dikatakan
oleh Ahli Yang Berhormat daripada Kepong mengenai langkah Kerajaan
menurunkan tarif terhadap 649 barangan yang selepas itu disusul
dengan tindakan yang dibuat oleh Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, sehinggakan kita mendapat laporan
kebela\tangan ini bahawa paras harga dapat dikawal pada tahap yang
D&.22.12.92 - 72 -
boleh membanggakan kita. Tetapi angka yang paling tepat belum lagi
dapat diisytiharkan.
Tuan Yang di-Pertua, jadi, dalam hal mengawal harga, ianya
tidak semata-mata berdasarkan kepada dasar fiskal yang sewajarnya
disertakan juga dengan dasar kewangan yang selaras dengannya, tetapi
pendekatan institutional, dengan izin, sebegitu rupa supaya paras
harga dapat dikawal ?ada tahap yang sejajar dengan proses pertumbuh
an ekonomi dan t.idak membebankan kepada masyarakat peng~una khusus
nya.
Jadi, saya sekadar hendak menekankan tentang perkara tersebut,
kombinasi yang baik di antara dasar fiskal d.an dasar kewangan, perlu
disokong dengan tindakan-tindakan institutional supaya paras harga
dapat kita kawal.
Tuan Yang di-P~rtua,. Ahli Yang Berhormat dari Kepong mem
bangkitkan tentang pendekatan pihak Kerajaan menurunkan cukai-cukai
dalam bentuk tarif barang-birang yang diimport. Sekarang ini satu
langkah telahpun bermula daripada tahun Belanjawan 1993 ini, di mana
pihak Kerajaan telah mula menurunkan tarif-tarif terhadap import.
Ini merupakan satu amalan yang_ sejajar dengan semangat yang ada, di
antara negara-negara ASEAN menuju ke arah kawasan perdagangan bebas
antara negara-negara ASEAN untuk menuju 15 tahun yang akan datang.
Maka ini adalah di antara komitmen kita yang dapat kita tafsir
kan di peringkat perlaksanaannya. Ini bukan sahaja sesuai dengan
semangat pasaran bebas rantau ASEAN ini, ianya membawa nikmat
•
•
fl
0
DR.22.12.92 - 73 -
bahawa harga akan turun di pasaran domestik kita. Tetapi Yang ·
Berhormat juga ada menyebut ada jenis-jenis import di mana duitnya
ditingkatkan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kalau sekiranya
ada import di mana dutinya ditingkatkan, maka ianya berdasarkan
kepada kes-kes yang begitu spesifik supaya kita dapat melindungi ada
di antara ·industri-industri tempatan yang dikatakan perlu dibangun
kan berdasarkan kepada perlindungan yang boleh kita berikan melalui
duti import. Tetapi rata-rata pendekatan ini tidak merupakan amalan
yang menyeluruh bahkan ianya begitu terasing jika sekiranya kita
mel ihat semangat dan komitmen yang ada di antara Keraj aan untuk
menurunkan import duti ~taupun tarif antara kita sesama kita.
DR. 22.12. 92 - 74 -
Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada P.erkara yang
dibangkitkan oleh Ahli Yang Berbormat mengenai kegiatan Jabatan
Hasil Dalam Negeri. Sebentar tadi saya berkata bahawa kebelakangan
ini ada langkah-langkah yang agak begitu memeranjatkan, tetapi kalau
hendak ·dihebohkan di media massa mungkin mengejutkan setengah
daripada kita. Tetapi pihak Jabatan menggunakan profile yang
rendah, bahkan kebelakangan ini menggunakan pendekatan untuk, ~ebih
,, friendly, dengan izin, dengan masyarakat pembayar cukai. Kita
berpendapat bahawa untuk memungut cukai dan basil Kerajaan dengan
lebih berkesan lagi, maka ianya tidal<. sepatutnya berdasarkan kepada-
pendekatan yang menakutkan dan menggerunkan masyarakat pembayar
cukai, bahkan ianya sepatutnya mestilah berdasarkan kepada kefahaman
yang mendalam dari segi tanggungjawab masing-masing untuk membayar
·cukai. Kalau sekiranya kita semua mempunyai maklumat dan
pengetahual\ yang cukup tentang tanggungjawab · kita masing-masing,
maka dengan sendirinya Jabatan Hasil Dalam Negeri merupakan satu
Jabatan yang agak diterima dengan baiknya oleh masyarakat pengguna.
Jadi, Tuan Yang di-Pertua, pendekatannya sudahpun berubah
bahawa Inland Revenue Department adalah friendly k.epada masyarakat
pembayar cukai. "
Apabila Yang Berhormat menyebut tentang ·soal borang, saya tidak
mampu untuk membandingkan antara borang kita, sama ada lebih simple ..
j ika dibandingkan, dengan borang yang ada di negara-negara yang
lain. s·aya percaya kita tidak k.eberatan menerinra pandangan Yang
Berhormat untuk membandingkannya dan membuat langkah- langkah
memperbaiki jika sekiranya ada contoh-contoh yang lebih baik.
-----
"
"
DR.22.12.92 - 75 -
Tuan Yang di-Pertua, walaupun begitu, saya sekadar hendak mene
kankan bahawa borang yang simple adalah mungkin satu sebab mengapa
sistem cukai menjadi lebih efisien dan lebih membawa hasil. Tetapi
yang lebih penting lagi ialah apa yang dirujuk sebagai 'k.etelusan
sistem cukai itu sendiri, dengan izin, the transparency of the tax
system itself. Jadi, inilah yang telah diusahakan oleh Yang
Berhormat Mente"ri Kewangan dalam Belanjawannya dan ada di antara
cadangan-cadangan cukai untuk tahun 1993 menekankan ciri-ciri
ketelusan cukai. Jadi, kalau ketelusan cukai ini dapat kita meman
faatkan, maka tidak timbul masalah scima ada kita hendak mengelak
ataupun hendak melarikan diri daripada membayar cukai ataupun ada di
a~tara kita yang agak menghadapi masalah untuk benar-benar menentu-
· kan tentang beban cukai masing-masing.
Tuan Yang di-Pertua, inilah penekanan ke arah sistem cukai yang
lebih efisien dan lebih telus lagi rupa dan bentuknya.
Tuan Yang di~Pertua, saya juga ingin merujuk kepada. pandangan
Yang Berhormat mengenai pengwujudan sebuah Lembaga. Memang benar
bahawa Yang Berhormat Menteri Kewangan di dalam ucapan Belanjawannya
telah mencadangkan supaya akan diwujudkan satu Lembaga Hasil Dalam
Negeri untuk menggantikan Jabatan Hasil Dalam Negeri.
Tuan Yang di-Pertua, di antara kelebihan yang ada kepada
Lembaga ini ialah sumber kewangannya tidak lagi daripada sumber
Kerajaan ataupun Perbendaharaan, maka sewajarnya kita boleh membuat
andaian bahawa sumber kewangan· untuk menampung Lembaga itu adalah
datang dari sumber sendiri, dan sepatutnya begitu, kerana mereka
mampu untuk mencari sumber sendiri, dan saya percaya bahawa ianya
akan bertanggungjawab kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan.
DR.22.12.92 - 76
Tuan Yang di-Pertua, kita juga sedang mencari contoh-contoh
yang ada di ·peringkat antarabangsa di mana Jabatan Hasil Dalam
Negeri telahpun diubah menjadi sebuah Lembaga. Katanya di Singapura
telahpun disediakan satu kertas putih ke arah tersebut, tetapi belum
lagi dalam bentuk peringkat pelaksanaannya. Walaupun begitu, pihak
Perbendaharaan sedang membuat langkah-langkah awal untuk menentukan
rupa-bentuk kandungan Lembaga yang dicadangkan itu.
Tuan Yang di-Pertua, selain daripada: ianya menjadi, dengan
izin, self-financing, saya percaya bahawa berdasarkan kepada kemam
puan kewangannya sendiri, maka Lembaga itu akan dapat membangunkan
segala infrastrukturnya dari segi 'hardware' yang diperlukan dan
juga dari segi 'software' yang sesuai untuknya dan· sambil itu pula
membangunkan segala kepakaran yang sepatutnya ada pada Lembaga ter
sebut dan mampu untuk membayarnya denga~ ganjaran-ganjaran yang
sewa1arnya.
Jadi, Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat ada di antara
badan-badan statutory seperti Bank Negara, yang mungkin menjadi satu
contoh di mana ianya bo leh membangunkan kepakaran dari segi tenaga
manusiannya, menjadi sebuah Bank Negara yang begitu dihormati kerana
kerja-kerja yang dijalankannya dan track record yang terkumpul pada
nya, maka kita mengharapkan Lembaga yang dimaksudkan itu akan dapat
dibangunkan dengan kelebihan-kelebihan yang ada, seperti yang saya
sebutkan sebentar tadi. Tetapi ini masih lagi di peringkat
perancangan.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menjawab pandangan Ahli Yang·
Berhormat mengenai kemungkinan mewujudkan. satu institut percukaian.
..
..
~
..
..
DR. 22 .12. 92 -· 77 -
Tuan Yang di-Pertua, di peringkat Kementerian Kewangan sudahpun
ada pandangan-pandangan di mana Malaysia boleh mengenalpasti satu
program untuk melatih kepakarail di peringkat yang lebih intensif
dalam bidang percukaian, sama ada di peringkat Diploma, di peringkat
Ijazah ataupun di peringkat yang lebih tinggi lagi.
Jadi, Tuan Yang di-Pertua, pandangan"Yang Berhormat dari Kepong
itu untuk bukan hanya sekadar program tetapi satu pusat di mana kita
akan boleh menyediakan segala kepakaran untuk mendalami dan melebar-
kan lagi kepakaran dalam bidang percukaian, sebenarnya adalah dalam
pengamatan Kementerian Kewangan s_ekarang.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Kot~ Melaka dan·
juga Kepong telah membangkitkan t~nta~g cukai jualan dan cukai· per-
khidmatan dan dikaitkan dengan cukai 'value added' dan juga cukai.
penggunaan.
Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menegaskan di sini bahawa
cukai jualan dan cukai perkhidmatan telahpun digunakan oleh pihak
Perbendaharaan untuk beberapa tahun larnanya. Ahli-ahli Yang
Berhormat sedia sedar bahawa k.edua-dua jenis cukai ini telahpun di-
gunakan secara berasingan · dan ianya berdasarkan kepada masyarakat
pengguna yang menggunakan perkhidmatan yang tertentu ataupun barang-:
barang yang tertentu, maka mereka membayar cukai berdasarkan kepada
penggunaan mereka •
DR.22.12.92 - 78 -
Sekadarkan kali ini dal am cadangan Belanj a wan untuk tahun 1993 ini,
Tuan Yang di-Pertua, kedua-dua jenis cukai ini, iaitu cukai
perkhidmatan dan juga cukai jualan disatukan.
Tuan Yang di-Pertua, SST (Sales -and Service Tax) sebenarnya
adalah satu warisan yang ada dalam sistem cukai yang ada di: Malaysia ,,.
ini. Jadi, kalau sekiranya Ahli Yang Berhormat dari Kepong membuat
berbagai•bagai andaian sama ada ianya merupakan value added tax or
consumption tax, saya sekadarkan hendak menj elaskan di sini bahawa
SST sebenarnya ialah satu warisan cukai-cukai sales and service yang
telahpun digunakan secara berasingan begitu lama dalam sistem cukai
negara kita ini dan kita harap bahawa SST satu hari nanti akan dapat
menjadi sejenis cukai yang tidak langsung, yang merupakan satu
sumber cukai yang lebih 1 uas asasnya dan lebih cekap dari segi
pungutannya dan juga lebih telus dari segi kefahaman masyarakat
tentang sistem cukai.
Dr. Tan Seng Gi.av: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee bat] : Ya, Yang
Berhormat, Kepong bangun. .. Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di•Pertua, adakah Yang Berhormat
bersetuju bahawa ini memerlukan pendidikan mengenai cukai yang lebih
1 uas dan intensif untuk pembayar-pembayar cukai dan · untuk pihak-•.
pihak yang berkenaan dan ·ini akan mengambil masa? Sebab itulah saya
berpendapat bahawa ini satu batu asas supaya di masa hadapan kita
--~---- --------~
DR. 22.12. 92 - 79 -
kita dapat mengadakan satu sistem VAT di dalam ertikata yang
sebenar.
Tuan Abdul Qiani bin Othman: Tuan Yang di-Pertua, kalau Yang
Berhormat dari Kepong dapat mengimbas kembali kandungan ucapan Yang
Berhormat Menteri Kewangan, maka ada terkandung di dalam ucapan itu
beberapa anjuran di mana beberapa cadangan Keraj aan yang hendak
dilaksanakan pada masa-masa yang akan datang diberi kesempatan
kepada masyarakat semua pihak dan kepentingan tertentu untuk diberi
peluang memberi pandangan dan proses consultation.
Maka antaranya ialah apabila Kerajaan hendak membuat reformasi
cukai pad a masa-masa yang akan datang, maka pihak Perbendaharaan
menyedari tentang perlunya masyarakat memberi pandangan dan proses
pendidikan supaya apa pun cukai yang hendak digunakan pada masa
masa yang akan datang, maka ianya dapat dilaksanakan berdasarkan
kefahaman yang menda.lam dan diterima oleh' masyarakat.
Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya
Tuan Wee Choo l'eong : [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Qig Tee l'eat:]: Yang Berhorm.at,
Bukit Bintang bangun.
Tuan Wee aioo l'eong: Tuan Yang di-Pertua, minta penjelasan.
Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri memberitahu kita mengenai
dengan perkara SST, dan SST di atas perkhidmatan telekomunikasi ini
· ialah 5%. Saya rasa ini memang akan menjejaskan atau membebankan
rakyat jelata yang berpendapatan rendah. Saya ingin cahu, kenapakah
DR. 22.12. 92 - 80 -
Kerajaan ataupun Menteri Kewangan tidak menaikkan cukai untuk
industri perjudian? Saya rasa kalau kita menaikkan cukai industri
perj udian dengan 20% a tau 30%, cara itu boleh 'cover' daripada 5%
SST di atas perkhidmatan telekomunikasi.
Tuan .Abdul Qiani bin Othman: Tuan Yang di-Pertua, mengenai
cukai perkhidmatan dan jualan yang dicadangkan untuk sektor
telekomunikasi, ini adalah di antara jenis-jenis perkhidmatan yang
begitu luas untuk dijadikan sebagai asas cukai tidak langsung.
Yang Berhormat dari Bukit Bintang sewaj arnya bersetuju dengan
saya bahawa apabila sesebuah masyarakat dan ekonomi itu menj adi
lebih maju, maka di antarariya ialah perkhidmatan telekomunikasi yang
dengan sendirinya .akan menjadi satu asas cukai yang paling lumayan.
Maka ini adalah di antara sasaran yang digunakan di mana-mana
ekonomi pun dan di an tar a asasnya, masing-masing membayar cukai
berdasarkan kepada pilihan untuk menggunakan perkhidmatan yang
berkenaan.
Tuan Ahmad bin Bor: [Bangun]
Tim.balm Yang di-Pertua [Tuan ()lg Tee Iraat]: Yang Berhormat,
Bayan Baru bangun.
Tuan Ahmad· bin Bor: Tuan Yang di-Pertua, adakah kita sedar
bahawa terutamanya barangan· yang tertakluk kepad·a SST dan bai;angan
ini juga dikenakan duti import sewaktu ia diimport dan ini adalah
cukai-cukai yang bertindih yang mana, saya rasa, tidak patut kerana
akhirnya pengguna yang terpaksa membayar ke atas cukai duti import
..
4
DR.22.12.92 - 81 -
dan sekarang ini SST. Dalam jangka panjang, adakah Kerajaan
merancang supaya - cukai perkhidmatan dan cukai j ual an ini ad al ah
disatukan - sekurang-kurangnya duti import tidak akan dikena dan
diletak di bawah sistem SST yang baru ini? Adakah ada di dalam
rancangan Kerajaan?
Tuan Abdul Qiani bin Otbaan: Tuan Yang di-Pertua, kalau Yang
Berhormat dari Bayan Baru dapat mengingat semula, bahawa lebih
kurang 600 jenis barangan telahpun dihapuskan cukain):'a· Maka ini
ad al ah di an tar a langkah pihak Keraj aan mengurangkan dengan penuh
komitmen dari masa ke semasa terhadap duti import supaya akh~rnya
kita mempunyai satu sistem cukai tidak langsung dalam bentuk SST ini
yang kemas dan terhindar daripada apa Yang Berhormat sebut tadi,
bertindih dan merupakan bebanan tambahan kepada masyarakat pengguna.
Jadi, kita pastikan bahawa ini tidak berlaku dan trendnya adalah
seperti yang saya sebutkan sebentar tadi.
Tuan Yang di•Pertua, Yang Berhormat dari Bukit Bintang menyebut
tentang cukai perjudian. Saya sekadar hendak menambah di sini
mengatakan bahawa dalam bidang cukai perj udian ini, pihak
Perbendaharaan sedang mengkaj inya dengan begitu terperinc i dan
mendalam dan adalah dalam pengamatan pihak Perbendaharaan.
Tuan Wee Choo Beong: [Bangun]
Tiabalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Beat]: Ya, dia bangun,
Yang Berhormat.
DR. 22.12. 92 - 82 -
Tuan Wee Choo Jeong: Tuan Yang di-Pertua, tadi Yang Berhormat
Timbalan Menteri mengatakan bahawa· pengguna-pengguna ada pilihan
sama ada mereka hendak guna telefon atau tidak. Tetapi kita mesti
sanggup terima satu hakikat bahawa perkhidmatan telefon pada masa
sekarang ini sudah j adi satu necessity, dengan izin, bukannya satu
luxury lagi oleh kerana dalam masyarakat ki ta dalam 90an ini, ini
menj adi satu perkhidmatan seperti bekalan elektrik dan air.
Bukannya satu luxury seperti 10 tahun yang lalu.
Jadi, dengan mengenakan · 5% di atas pengguna telefon ataupun
perkhidmatan telekomunikasi ataupun telephone bill, dengan izin, ini
saya rasa akan membebankan kepada rakyat j elata yang berpendapatan
rendah. Jikalau ini dikenakan kepada syarikat gergasi seperti
syarikat dikawal oleh Tan Sri Vincent Tan, Ananda Krishnan dan Tan
Sri Loy dan sebagainya ataupun UDA, saya rasa itu no problem, tidak
ada masalah. Te~api kalau dikenakan kepada orang kanpung ataupun
orang yang berpendapatan rendah, saya rasa 5% ini sangat tinggi dan
tax allowance atau rebate yang diberikan kepada mer.eka 1% sahaja.
"'
..
..
..
DR.22.12.92 - 83 -
Jadi, memberi dari tang·an kiri dan mengambil balik dengan
· tangan kanan. Jadi, saya rasa soal tax atau cukai perjudian ini,
saya rasa Kerajaan pada tahun yang akan datang ini mulai tahun
hadapan mestilah mengenakan ta~ yang paling tinggi sekali, iaitu 8%
saya rasa oleh kerana industri ini akan mengakibatkan satu disaster
kepada masyarakat kita •
Saya harap Yang Berhormat Menteri berkenaan boleh memberi satu
jaminan kepada Dewan yang mulia ini bahawa pada tahun hadapan
Kerajaan akan mengambil tindakan supaya cukai ini akan dinaikkan
kepada yang paling ting~i dalam semua cukai di dalam negara kita.
Tuan Abdul Ghani bin Othman: Tuan Yang di-Pertua, pernah
diceritakan pada satu ketika dahulu, Yang Berhormat bekas Menteri
Kewangan, Tun Tan Siew Sin pada zamannya, memikirkan apakah sumber
cukai. baru yang boleh diperkenalkan. Maka, di° antara cukai yang
diperkenalkan ialah penutup botol. Jadi pada masa itu, the bottle
cork. [Ketava] Maknanya cukai dikenakan pada penutup botol kerana
penggunaan apa yang terkandung dalam botol.
Jadi, asas cukai pada masa tersebut begitu
sehinggakan pernah terfikir dan pernah digunakan
cukai. Tetapi oleh kerana pengalaman tersebut
~empit sekali
menjadi asas
tidak boleh
dipanjangkan, · maka cukai · jenis the bottle cork kena dihapuskan.
Jadi Tuan ·Yang di-Pertua, saya sekadar hendak menambah di sini,
bahawa dalam zaman yang ada pada hari ini, di mana telekomunikasi
sebagai satu di antara jenis penggunaan yang begitu meluas, maka
satu asas ya~g paling baik untuk dijadikan cukai. Walau pun
DR.22.12.92 - 84
begitu, dari segi kos beban cukai, ianya berdasarkan kepada
penggunaan. Saya pe~caya bahawa orang yang mampu, orang yang
menggunakan pada nilai yang begitu tinggi, maka dengan sendirinya
mereka akan menanggung beban yang lebih tinggi lagi.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat dari Kota Melaka memper-
soalkan tentang pelepasan cukai, kalau boleh ditambah lagi. Di "'
antara bocoran yang berlaku dalam sistem cukai mengikut perubahan-
perubahan sejak beberapa tahun ini iaitu 10 atau 15 tahun ini ialah
apabila ditambah lagi jumlah pelepasan cukai. Apabila itu berlaku,
maka asas cukai semakin lama semakin sempit kerana pelepasan itu
ditambah daripada masa ke semasa.- Maka apabila asas cukai menjadi
lebih kecil kerana pelepasan yang bertambah, maka di antara kesannya
ialah basil cukai Kerajaan semakin lama semakin tidak anjal dari
segi perubahan yang berlaku mengikut pertumbuhan ekonomi.
Sewajarnya apa yang berlaku ialah cukai naik sejajar dengan
pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran negara. tetapi itu tidak berlaku
disebabkan oleh bertambah kecilnya asas cukai melalui kemudahan
pelepasan. Jadi, apabila Yang Berhormat dari Ko ta Melaka
menyatakan bahawa perubahan kadar cukai untuk tahun 1993 sebegitu
rupa, ianya seolah~olah menjadi regresif.
Tuan Yang di-Pertua, ·saya tidaklah setuju dengan pandangan
tersebut kerana ~ungkin dari segi nisbahnya, Yang Berhormat berhujah
bahawa ianya agak regresif, tetapi saya ingin menekankan di sini
satu dua hujah berkata bahawa:
•
DR.22.12.92 - 85 -
"Perubahan-perubahan yang berlaku dalam sistem cukai di
merata dunia di kalangan negara-negara yang menggunakan
sistem free entreprise, dengan izin, semakin lama semakin
mengurangkan cukai langsung mereka melalui kadar-kadar .
yang dikenakan; tak kira negara-negara di Barat ataupun di
sebelah Timur ini di kalangan free enterprise economists.
Mereka sudahpun beralih daripada sistem cukai langsung
., kepada tidak langsung dengan cara menurunkan cukai-cukai
lan:gsung dan menambah asas cukai-cu~ai tidak langsung."
Jadi kalau sekiranya negara kita ini hendak terus bersaing dengan
negara-negara yang lain dari segi sistem cukai, kita perlu
mengubahsuai sistem cukai kita.
[Timbalan Yang di•Pertua aempengerusikan Mesyuarat]
Selain daripada itu, saya juga ingin menambah di sini, kalau
sekiranya ada kesan-kesan yang Yang Berhormat dari Kota Melaka
mengatakan agak regresif, kadar cukai dan sistem cukai yang mungkin
ada ciri-ciri regresif perlu ditampung pula dengan cara dasar-dasar
Kerajaan dan program-program Kerajaan dari segi perbelanjaan untuk
membetulkan keadaan bagi mencapai matlamat keadilan, ataupun equity,
.. dengan izin. Jadi, dalam soal membawa kemakmuran ekonomi negara,
sambil itu pula mencapai matlamat keadilan, maka sistem cukai perlu
disertakan dengan perbelanjaan Kerajaan, kerana dengan cara
demikianlah baru kita dapat mencapai matlamat keadilan itu.
Tuan Yang di-Pertua, yang akhirnya · perkara yang
dibangkitkan •••••
Tuan Lia Guan Eng: ['Bangun]
DR.22.12.92 - 86 -
Timbalau Yang di•Pertua [Tuan Baj i .Juhar bin Haj i
llahiruddin]: Yang Berhormat, Kota Melaka bangun.
Tuan Abdul Ghani bin Othman: Tidak lama saya berucap, Tuan
Yang di-Pertua.
Tuan Lia Gwm Eng: Sa tu kali sahaj a. Tuan Yang di-Pertua,
saya tel°ah tertarik hati dengan kenyataan tadi bahawa kemaj uan
mestilah diseimbangkan dengan keadilan. Di sini kalau kita melihat
contoh yang diberikan tadi oleh beberapa rakan saya mengenai sistem
cukai sebanyak 5% ke atas sistem telekomun.ikasi; saya hendak
bertanya, berapa banyakkah jumlah cukai yang boleh dipungut at au
dikutip daripada 5% ini? Bukankah kalau c~kai yang lebih tinggi
dikenakan kepada sektor perjudian, saya rasa ini melebihi apa yang
boleh dipungut· daripada cukai telekomunikasi. Saya ingin bertanya,
kalau -cukai perjudian ditambah dan pungutuan ini lebih daripada
cukai telekomunikasi, adakah pihak Kerajaan bersetuju atau memberi
jaminan bahawa cukai telekomunikasi akan dimasukkan demi keadilan
kerana yang kaya haruslah dikenakan yang lebih banyak khususnya
sektor perjudian di mana semua kaya-raya? Saya tak tahulah sama ada
satu daripada sebab mengapa kaj ian tidak dilaksanakan ialah kerana
Tan Sri Vincent Tan meraikan harijadi Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri. [Tepu~] Ini mungkin sebab mengapa kaj ian tidak dibuat
lebih awal. Mengapakah kajian dibuat kepada sektor telekomunikasi,
tetapi sektor perjudian tidak dibut langsung? Mung kinkah ker ana
sektor telekomunikasi tidak meraikan harijadi Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri?
<>
<;
..
.,
..
DR.22.12.92 - 87 -
Tuan Abdul Ghani bin Othman: Tuan Yang di-Pertua, saya
mendengar ucapan Yang Berhormat dari Marang. Dia pernah berkata:
"Seorang pemimpin, dia tidak boleh menjadi pemimpin
kalau dia membuat dosa besar. Dia membuat dosa kecil
berterusan, dan dia menjatuhkan maruah orang di khalayak
ramai."
Jadi, saya balik kampung, saya bertanya ustaz, apa maksud "dosa
kecil yang berterusan"? Di antaranya ialah sangka tak baik terhadap
orang! [Ketava] Jadi Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat dari
Kota Melaka ini sentiasa membuat sangkaan tak baik terhadap orang;
jadi tak layak menjadi pemimpinl [Ketava]
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya sudah kata tadi bahawa bidang
perjudian dalam pengamatan. Kita kena kaji dengan mendalam. Saya
hendak menegaskan di sini bahawa SST ini adalah satu salah tafsiran
jika sekiranya dianggap sebagai regresif. Sebenarnya ialah satu
jenis cukai yang begitu- adil. Apabila tiba masa untuk kita
menjelaskan dan memberi maklumat tambahan atau agaknya ada seminar
yang kita anjurkan pada mas a-mas a yang akan datang, sila Yang
Berhormat hadir untuk betul•betul melihat bagaimana akhirnya akan
dilaksanakan untuk kita buktikan bahawa ada progresivitinya dan ada
ekuitinya sambil menjadi satu sistem yang efisien sebagai sumber
_kutipan hasil Kerajaan.
DR. 22.12.92 - 88 -
Akhirnya, Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada perkara
yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, dia selitkan tentang turunnya
cukai korporat daripada 35% kepada 34% dan menggunakan hujahnya yang
biasa kita dengar di Dewan ini iaitu untung industri bank.
Tuan Yang di-Pertua, saya dimaklumkan dan difahamkan bahawa
ada satu pengumuman kalau tepat akan dibuat pada bulan Januari ini
tentang jenis-jenis perkhidmatan yang dianggap munasabah. •
Yang Berhormat dari Kota Melaka mengatakan jangan langsung,
tetapi saya ingin memberi jaminan di sini bahawa kalau sekiranya
adapun jenis-jenis perkhidmatan bank yang dikenakan dengan bayaran
bayaran yang baru, saya ingin memberi jaminan di sini bahawa ianya
adalah satu jenis bayaran yang adil.
Tuan Yang di-Pertua, kita akan mempastikan bahawa kita men•
dengar pandangan-pandangan daripada sumber-sumber masyarakat
pengguna supaya akhirnya jenis-jenis bayaran itu tidak membebankan
masyarakat terbanyak. Ada juga penekanan di mana beban yang
mungkin dikenakan adalah kepada mereka yang benar-benar mampu mem
bayarnya. Pada hari ini ada berlaku beberapa jenis subsidi silang
(cross subsidy) yang membebankan masyarakat pengguna secara kecil-
kecilan iaitu perkhidmatan bank.
itu perlu diperbetulkan, dan
Kalau ini merupakan· masalahnya,
kita juga hendal< memastikan
•
._
. DR 22.12.92 - 89 -
Tuan Yang di-Pertua, bahawa adanya symmetrical relationship, dengan
izin. Antaranya kalau sekiranya cost of fund naik, maka kadar
faedahpun naik dan kalau cost of fund, dengan izin, turun maka
sepatutnya ada pendekatan yang symmetrical dan kadar f aedahpun turun
dengan sewajarnya, dengan cepatnya.
I
Kita juga hendak mempastikan bahawa berlaku kecekapan ~i dalam .. industri bank ini melalui kelonggaran-kelonggaran at au pun
• deregulasi, liberalism, proses liberalisme yang berlaku dalam sektor
bank ini sebegitu rupa. lanya menganjurkan kepada persaingan di
antara bank dengan bank, bahkan antara institusi kewangan yang lain
supaya kecekapan dapat diwujudkan, lebihan untung pada tahap
sewajarnya dan di antara faedahnya dapat dinikmati oleh masyarakat
pengguna. Tuan Yang di-Pertua, dalam hal ini kita tunggulah apa
yang akan diumumkan oleh pihak Bank Negara nanti dan itulah jaminan
yang disampaikan kepada kami untuk saya sebutkan di Dewan yang mulia· . ini.
Tuan Yang di-Pertua, ialah sahaja perkara-l>erkara yang dapat
sambut, saya sudahi dengan terima kasih.
T:imbalan Yang di•Pertua [Tuan Baj i .Juhar bin Raj i
Hahiruddin] : Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan
masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang
Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Rang Utidang-uudang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan
kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.
DR 22.12.92 - 90 -
Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.
[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Javatankuasa]
Fasal 1 hingga 16 diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang
Undang-undang.
Rang Undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan: dibaca-
kan kali yang ketiga dan diluluskan.
5.15 ptg.
llABG URDARG-oRDARG SUB.UIWUAYA PELABUllAB PULA1J PIBARG (PIBDAAB)
Bacaan Kali Yang ltedua dan Ietiga
Timbalan Menteri Peuganglmtan [Datin Paduka Bajah Zaleha bin.ti
Is.ail]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu Suatu
Akta untuk meminda Akta Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (Pindaan)
1984, dibacakan kali yang kedua sekarang.
Rang Undang-undang ini bertujuan untuk meminda Akta Suruhanjaya
Pulau Pinang (Pindaan) 1984. Di bawah Akta Suruhanjaya Pelabuhan
Pulau Pinang (Pindaan) 1984, 11 pindaan telah dibuat dengan tujuan
untuk membolehkan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang beroperasi
dengan lebih licin, akan tetapi kerana terlepas pandang, tindakan
telah tidak diambil untuk mewartakan tarikh kuatkuasanya pindaan
tersebut. Untuk membetulkan kedudukan ini pindaan dibuat untuk
menyifatkan Akta ini, yakni Akta Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang
(Pindaan) 1984 sebagai bermula dikuatkuasakan pada 20hb Januari ,.
1984 iaitu sehari selepas tersiarnya Akta tersebut di dalam warta.
"'
•
,.
•
DR 22.12.92 - 91 -
Tiabalan Menteri Itewangan [Tuan Abdul Qlani bin Othman]: Tuan
Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Ti.abalan Yang di•Pertua [Tuan ·Baj i .Juhar bin Baj i
Mahiruddin]: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis
ialah Suatu Akta untuk meminda Akta Suruhanjaya Pelabuhan Pulau
Pinang (Pindaan) 1984 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka
untuk dibahas. Bagan •
5.28 ptg.
Tuan Lia Bock 'Seng [Bagan]: Tuan
Undang-undang yang kita bincang sekaraug
Yang di-Pertua,
adalah satu
Rang
Rang
Undang-undang yang mudah ataupun, dengan izin, simple di mana Akta
yang berkenaan hendak dikira balik pada satu masa. yang telah lepas.
Walau bagaimanapun, saya suka mengambil kesempatan ini untuk mem
bawa sedikit teguran dan pandangan atas kelemahan-kelemahan
Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang.
Tuan ·Yang di-Pertua, mula-mula saya suka menyentuh berkenaan
dengan feri di Butterworth dan Pulau Pinang. Perkhidmatan feri ada
lah antara satu•satunya tarikan pelacongan di Pulau Pinang: per•
khidmatan ini adalah unggul dal~ negara kita ini.
Pada tahun 1984 ia mencatat pungutan basil sebanyak RM30 juta,
selepas pembukaan Jambatan Pulau Pinang pada bulan September 1985,
hasii pungutan mulai jatuh dengan pungutan sebanyak RM18 juta pada
tahun 1986 dan pada tahun 1990 hanya RM13 juta sahaja dipungut.
Semenjak tahun 1986 jumlah kerugian perkhidmatan feri adalah
RM24.4 juta sehingga setakat ini. Pada tahun 1990 jumlah motokar
yang menggunakan feri ialah 1,141,674 buah.
DR.22.12.92 - 92 -
Penumpang-penumpang berjalan kaki dekat 8 juta orang. Motosikal 2.5
juta buah. Lori dan bas 184, 595 buah. Memandangkan. lagi ada begitu
ramai orang suka menggunakan perkhidmatan feri, maka perkhidmatan
ini perlu lagi dikekalkan.
Perkhidmatan ini bukan sahaja kena dikekalkan bahkan ia mesti
dilihat sebagai satu industri yang boleh membawa keuntungan. Saya
tidak setuju dengan pendapat pihak pengurusan.Suruhanjaya Pelabuhan
Pula~ Pinang bahawa perkhidmatan feri adalah khidmat sumbangan atau
complimentary services kepada Jambatan Pulau Pinang.
Tuan Yang di-Pertua, . pihak SPPP juga kerapkali pienggalakkan
·orang ramai menggunaltan Jambatan Pulau Pinang. Saya rasa ini tidak
sihat. Lambat-laun Jambatan Pulau Pinang mesti akan diswastakan dan
diambilalih oleh United Engineers. Adakah pihak pengurusan SPPP
bersubahat dengan pihak swasta supaya membawa lebih keuntungan
kepada UE dan membawa kerugian berterusan · kepada SPPP. Say a rasa
langkah-langkah yang diambil oleh SPPP adalah tidak sihat dan tidak
justifikasi. Apa yang patut dibuat ialah menaikkan taraf
perkhidmatan feri dan cuba menarik lebih pen·gguna-pengguna feri
supaya ia dapat lebih keuntungan.
Kami ada dengar pihak SPPP mengatakan feri penumpang mungk.in
diswastakan dan terdapat dua hingga tiga buah syarikat telah
mengemukakan cadangan penswastaan tersebut. Saya sokong ia
d~swastakan oleh kerana feri yang ~ereka guna adalah le.bib kurang
sama dengan feri-feri yang digunakan di Pulau Langkawi sekarang.
..
..
,.
•
DR.22.12.92 - 93 -
Menyeberangi selat Pulau Pinang-Butterworth hanya mengambil
mas·a 5 minit jikalau dibandingkan dengan feri yang sedia ada
sekarang ialah 20 minit.
Tuan Yang di-Pertua, feri yang berada sekarang adalah double
decker vehicle ferry. Ia direka untuk mengambil kenderaan motor di
tingkat atas dan juga di tingkat bawah. Kini ia digunakan untuk
mengambil penumpang-penumpang jalan kaki di tingkat atas dan
kenderaan-kenderaan motor di tingkat bawah sahaja. Ini adalah
membazir kepada perbelanjaan operasi.
Sekiranya feri•feri ini digunakan untuk membawa kenderaan motor
di ·atas dan juga di bawah, ia boleh mengambil lebih kurang 80 buah
kereta motor satu trip dengan menambah kapasiti pengambilan
kenderaan motor, maka mereka yang menggunakan feri tidak pay ah
menunggu feri dalam masa yang panjang dan saya yakin ada ramai orang
suka menggunakan perkhidmatan feri.
Oleh sebab itu saya cadangkan supaya feri penumpang jalan kaki
diganti dengan feri ekspress swasta dan feri-fe"ri yang sedia ada
digunakan untuk membawa kenderaan-kenderaan motor dengan sepenuh
penuhnya. Di sini saya suka minta pandangan Kementerian berkenaan
dengan penswastaan feri ini.
Tuan Yang di-Pertua, langkah-langkah mesti diambil untuk
menarik lebih orang menggunakan feri dan mesti melihat Jambatan
Pulau Pinang sebagai lawan perniagaan dalam industri ini. Buat masa
ini kerja-kerja ubahsuai dah tambahan sedang dijalankan oleh SPPP di
Butterworth. Saya ingin merayu kepada Suruhanjaya Pelabuhan Pulau
Pinang supaya pokok-pokok besar yang boleh membawa perlindung.a~
cahaya matahari ditanam di seluruh kawasan menunggu feri. Buat masa
DR.22.12.92 - 94 -
ini pengguna feri terpaksa menunggu kadang•kadang sehingga berjam
j am dalam hari yang panas tanpa sedikit perlindungan pun di
Pengkalan Butterworth dan di sebelah Pulau Pinang.
Tuan Yang di-Pertua, satu perkara yang selalu berlaku dalam
feri kenderaan motor ialah segelintir pemandu motokar suka
mementingkan diri sendiri dengan menghidupkan enjin kereta dan
berehat dalam motokar mereka dengan hawa dingin (air-condition)
berjalan. Asap kereta terus keluar sehingga orang-orang lain yang
ada dalam feri itu mer as a susah hendak bernafas. Saya syorkan
bahawa undang-undang kecil ~ikenakan supaya semua kenderaan
kenderaan motor semasa be.rada dalam feri mesti mematikan enjin demi
kepentingan kesihatan orang ramai.
Tuan Yang di-Pertua, saya suka menyentuh berkenaan dengan
dermaga air dalam di Butterworth. Saya rasa hairan dan aneh mengapa
pihak SPPP patut menyewa sebuah Gantry Crane dari Hong Kong dengan
sewa yang begitu mahal. Gantry crane ini ialah sebuah crane yang
terletak. di tepi pelabuhan yang mana ia boleh mengangkut kontena
dari kapal-kapal yang berlabuh di pengkalan tersebut. Ia disewa
pakai selama 3 hingga 4 tahun yang kebelak.angan ini. Mengapa pihak
SPPP tidak. · boleh sewa-beli dengan sendiri tetapi k~na sewa sahaja
dari pihak Hong Kong.
Tuan yang di-Pertua, saya suka juga menyentuh mengenai
pengendalian kargo cecair berbahaya iaitu, dengan izin, liquid bulk
dangerous cargo. SPPP mengendalikan lebih ku~ang 12 juta tan kargo
di mana 2.2 milion metrik tan adalah kargo cecair bahaya seperti
gas, petr.oleum, petrol, minyak dan petrol chemical products dan
lain- lain lagi. Ant.ara kargo cecair berbahaya ada sejenis kimia
.;
..
..
..
•
..
DR.22.12.92 - 95 -
yang dipanggil Vinyl Chloride Manama (VCM) iaitu sejenis kimia yan5
bahaya jikalau berlakunya kebocoran. Sejenis lagi kimia bahaya yang
dikendali ialah Phosphorus Nitrate. Bahan kimia ini juga sangat
bahaya sekiranya ada apa-apa berlaku.
Di Seberang Perai terdapat 4 buah Petrol Chemical Installations
iaitu Esso, Shell, Petronas dan Caltex • Semua ini memer 1 ukan
keselamatan yang rapi. Kami tidak mahu kemalangan seperti yang
telah berlaku di Port Kelang di mana kapal minyak meletup dan
membawa maut kepada manusia dan kehidupan laut. Di sini suka saya
menyoal apa jaminan boleh diberi. oleb Kerajaan bahawa pengendalian
kargo cecair berbahaya ini dapat dijaga dengan selamatnya.
Tuan Yang di-Pertua, suka juga saya menyentuh tentang kenaan
bayaran yang tidak berpatutan kepada pengimport-pengimport dalam hal
menyimpan kontena di. dermaga air dalam, Butterworth. Suruhanjaya
Pelabuhan Pulau Pinang mengenakan kutipan caj terhadap pengimport
kontena seperti berikut. Untuk hari pertama hingga kelima ialah
percuma. Kalau selepas hari .yang keenam ia akan kena caj termasuk
hari pertama hingga kelima dengan RMIO sehari bagi kontena 20 kaki
panjang dan RM20 sehari bagi kontena 40 kaki panjang. Saya rasa ini
tidak berpatutan.
· Kenaan caj hanya boleh bermula pada hari. keenam ia dikenakan.
Sekiranya pihak Kastam mahu periksa isi barangan· dalam kontena dan
ia perlu diplndah turun dengan reach-stacker atau forklift, dia
dikenakan RM45 bagi 20 kaki panjang kontena dan RM70 bagi 40 kaki
kontena.
DR.22.12.92 - 96 -
Saya rasa ini adalah sebahagian servis yang kena diberikan kepada
pelanggan-pelanggan dan harus dikecualikan daripada dikenakan caj.
Sekiranya penangguhan at au delay, dengan izin, dalam mengendalikan
kontena yang disebabkan oleh kerosakan trans~er crane, reach
stacker, forklift, prime· mover, hujan, kelambatan manifest untuk
pemeriksaan kontena, ini semua akan ditanggung oleh para pengimport.
Kelambatan dalam mengendalikan kontena oleh sebab-sebab yang saya
sebutkan ini ~estilah dikecualikan daripada dik.enakan bayaran caj.
Memandangkan beban dan tanggungjawab SPPP adalah begitu sibuk,
berat · dan penuh dengan c.abaran, kami tidak mahu melihat berlakunya
apa-apa. kemalangan seperti kebakaran kapal,· kebakaran lapangan
terbang, kegelinciran keretapi, kemalangan jalan raya dan juga
kebakaran pejabat fail-fail JPJ di Pulau Pinang. Walaupun
kemalangan-kemalangan sering- berlaku tetapi Menteri yang berkenaan
masih tidak berasa malu dan boleh melepaskan tanggungjawabnya dengan
senang-senang sahaja, maka pemimpin-pemimpin SPPP mestilah
orang-orang yang bekerja sepenuh masa dan bukannya part-time • . Tuan Yang di-Pertua, buat masa ini Pengerusi SPPP ialah Tuan
Syed Mohamad Idid. Beliau. memang termasyhur di bidang perniagaan.
Beliau memegang beberapa jawatan direktor di beberapa syarikat
besar. Antara s~tu-satunya ialah di Syarikat Boon Siew, Syarikat
Honda dan sebagainya. Saya bukan mempertikaikan kebolehan beliau
tetapi mahukan seorang yang boleh menumpukan sepenuh masanya dalam
merancang dan mengurus sebuah badan yang begitu penting dan besar
seperti·SPPP ini.
..
tJ
,
•
~
DR.22.12.92 - 97 -
Baru-baru ini Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan,
Yang Berhormat Tuan Daud Taha - saya terpaksa menyebut namanya
sekarang, kerana ada dua Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan
Tempatan. Yang Berhormat Tuan Daud Taha ada berkata, "adalah tidak
berpatutan kepada · syarikat-syarikat atau pertubuhan-pertubuhan
kerana ada direktor yang memegang beberapa jawatan dalaui satu masa
yang sama." Oleh yang demikian Pengerusi SPPP mes ti diwaj ibkan
sepenuh masa.
Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini Pengerusi SPPP ada berkata
bahawa seluruh atau sebahagian Pelabuhan Pulau Pinang akan di
korporat ·atau diswastakan. Ini adalah di dalam bidang kuasa
Kerajaan Persekutuan. Saya minta keterangan atau ulasan selanjutnya
dari Menteri yang berkenaan mengenai hal ini. Sekian sahaja, terima
kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji
Mahiruddin]: Tinggal lagi Bayan Baru seorang ·sahaja dan selepas ini
Timbalan Menteri menjawab.
S.45 ptg.
Tuan AbDlad bin Nor [Bayan Baru]: Tuan Yang di-Pertua, semenjak
pemansuqan pelabuhan bebas Pulau Pinang dalam tahun 1969, SPPP atau
pun Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang dalam mengendali ataupun
menangani barter trade . telah berkurangan. Dan dalam tahun 1960an
juga Kerajaan telah mencadang ·untuk mewujudkan satu kawasan yang
meliputi premis Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang yang dinamakan
Zon Perdagangan Bebas. Dalam sekelip mata sahaja rancangan ini
tel ah pun dibatalkan dan sehingga hari inipun masih
DR.22.12.92 • - 98 -
terlihat pagar-pagar yang telah didirikan untuk mewujudkan Zon
Perdagangan Bebas itu. Sebaliknya, Zon Perdagangan Bebas telah di
tubuhkan di kawasan-kawasan perindustrian yang sekarang dipanggil
Zon Perdagangan Bebas yang saya rasa tidak layak sebab kawasan itu
adalah kawasan perindustrian dan sepatutnya ia menj adi Zon
Perindustrian Bebas· ataupun Zon Perindustrian Berlesen kerana ia
bertaraf seperti juga gudang-gudang berlesen ·yang ada di seluruh
negara. Masalahnya i.ilah peranan SPPP dalam menangani barter
trade. Ini yang penting.
Dahulu barter trade adalah satu aktiviti yang begitu penting
bagi Pulau Pit~.ang, semasa Pulau Pinang menj adi pe labuhan be bas.
Saya rasa program atau aktiviti ini boleh disambungkan hingga ke
hari ini jika sekiranya premis Suruhanjaya Pulau Pinang itu dijadi
kan kawasan Zon Perdagangan Bebas. Kemungkinan ini akan bukan
sahaja mendorong bahkan mengembangkan lagi aktiviti barter trade di
antara ,Pulau Pinang dengan lain-lain negeri jiran yang berdekatan
seperti Burma, Thailand, Indonesia dan sebagainya.
Saya' lihat SPPP adalah satu-satunya pelabuhan di kawasan utara
yang paling besar yang boleh mengendalikan bukan hanya dalam soal
import eksport perdagangan yang besar, malahan menumpukan perhatian
dalam kegiatan atau aktiviti barter trading yang amat penting bagi
kawasan itu. Buat masa sekarang saya tidak nampak alternatif Pulau
Langkawi sebagai pelabuhan bebas boleh mengambil bahagian dalam
aktiviti barter trading yang penting ini kerana Langkawi masih jauh
daripada yang kita jangka akan dapat kita wujudkan atau membina
·sebuah pelabuhan yang besar untuk menandingi keadaan pelabuhan yang
..
..
•
DR.22.12.92 - 99 -
ada di Pulau Pinang. Saya rasa Kerajaan perlu memberikan perhatian
yang serius ke arah menyemak atau mengkaj i semula rancangan untuk
menubuhkan Zon Perdagangan Bebas meliputi premis Suruhanjaya Pulau
Pinang dan kemungkinan untuk meluaskan lagi .kawasan ini. meliputi
kedai-kedai yang terdapat dalam sebahagian daripada kawasan bandar
yang terdapat di sekeliling SPPP sama ada di sebelah pulau, mahupun
di kawasan sebelah Butterworth • Kalau ini dapat dilakukan, saya
rasa SPPP bukan hanya dapat mengendalikan apa yang ada sekarang ini
malahan akan mewujudkan satu bidang kegiatan perdagangan yang I
penting terutama sekal;i bagi pedagang-pedagang yang sederhana dan
kecil: kerana mereka ini tidak dapat mengendalikan perdagangan yang
besar-besar. Hendak menggunakan ocean liner yang besar-besar,
kebanyakan orang biasa, khasnya bumiputera memang tidak mampu.
Tetapi sekurang-kurangnya kalau. kita wujudkan balik Zon Perdagangan
Bebas yang satu masa dahulu dirancangkan sendiri oleh Kerajaan, saya
percaya ini akan memberikan galakan yang lebih pesat bagi pedagang-
pedagang sederhana dan kecil melibatkan diri mereka dalam barter
trading ini.
Saya rasa inilah satu usaha yang perlu dipertimbangkan · semula
secara serius. Saya tidak banyak hendak bercakap mengenai.hal Zon
Perdagangan Bebas ini dan saya ingin hendak menambah sedikit iaitu
tentang feri tadi. Banyak telah disebutkan cuma saya hendak
menambah bahawa masalah penumpang-penumpang keretapi yang .hendak
menaiki feri ke Pulau Pinang. Mereka ini terdiri daripada orang
tua-tua, orang cacat dan ada kanak-kanak. Kalau kita menggunakan
perkhidmatan keretapi dan perkhidmatan feri di Pulau Pinang, kita
akan berasa sedih melihat orang tua-tua yang berjalan dengan begitu
DR.22.12.92 - 100 -
lemah, orang-orang cacat yang terpaksa berjalan kaki, sudahlah ber
jalan kaki, mereka terpaksa naik turun tangga, naik jeti kemudian
turun balik c,ian ini satu keadaan yang berlarutan. Kerajaan tidak
pernah mengambil berat untuk melihat masalah ini, terutamanya pihak
pengurusan SPPP sendiri. Kalaulah Kerajaan tidak boleh hendak mem
buat semula seperti mana dahulu, kemungkinan SPPP merancang untuk
menswastakan perkhidmatan feri, tetapi sekurang-kurangnya boleh
buat, boleh mengatasi masalah ini dengan menyediakan shuttle bus
service dari terminal feri ke perhentian keretapi di Butterworth,
seperti mana juga yang dilakukan oleh perkhidmatan penerbangan.
•
"'
DR.22.12.92 - 101 -
Kita lihat MAS di Terminal 2, . bagaimana mereka shuttlekan
penumpang-penumpang dari Terminal 2 - sampai ke kapal terbang yang
berlabuh jauh daripada Terminal. Saya rasa perkara ini boleh
dibuat. Tetapi sehingga hari ini saya rasa begitu kesal kerana
masalah besar yang semua orang tahu, tidak siapa pun mahu mengatasi
masalah ini. Saya berharap pihak Kementerian dapat menimbang secara
serius sekurang-kurangnya rancangan dalam jangka pendek ini
menyediakan bas-bas sebagai shuttle daripada keretapi ke feri dan
sebaliknya. Dan saya berharap perkara yang saya bangkitkan ini
walaupun pendek, tetapi perkara pen ting, dan say a berharap dalam
membincangkan Rang Und~ng-undang ini, dua perkara yang saya sebutkan
tadi akan diberi perhatian·yang serius. Terima kasih.
Tiabalan Yang di-Pertua
Hahiruddin]: Minta jawapan.
5.51 ptg.
[Tuan · Baji Juhar bin Haji
Datin Paduka Rajah Zaleha binti Ismail: Tuan Yang di-Pertua,
saya ucapkan terima kasih kepada kedua-dua Ahli Yang Berhormat dari
Bagan dan Bayan Baru yang telah membahaskan mengenai Rang Undang
undang ini, iaitu menegur mengen~i kelemahan-kelemahan dan memberi
kan pandangan untuk membaiki khidmat feri sebagai tarikan pelancong,
dan mencadangkan beberapa perkara dan juga ada membuat tuduhan•
tuduhan yang rasa saya memang niatnya tidak begitu baik, kerana
menuduh SPPP subahat pula katanya dengan pihak swasta dan sebagai
nya·. Bagi beberapa perkara yang disebutkan misalnya mengenai
DR.22.12.92 - 102 -
Gantry Crane, Yang Berhormat hanya nampak apa Yang Berhormat lihat
sahaj a. Yang mengendalikan, yang menguruskan lebih tahu mengenai
masalah-masalah yang mereka hadapi. Sebenarnya kalau kit a hendak
membeli satu crane, ia bukan boleh kita beli off-the-shelf, dengan
izin. Ia terpaksa kita buat tender, kita buat order dan lead time
untuk order sampai setahun setengah dan sebagainy~. Semen tar a
sebelwn order kita· terus siap dan sebagainya, bagaimana gaya kita
hendak menjalankan kerja kalau kita tak terpaksa menyewa crane.
Jadi, sementara kita dapat bekalan yang kita order itu, terpaksalah
kita sewa crane. Jadi, janganlah Yang Berhormat salah sangka ••••••
Tuan Lim Bock Seng: [Banguu.)
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Raji Juhar bin Baji Mahiruddin]:
Ya, Yang Berhormat bangun.
Datiu Paduka Rajah Zaleha binti Ismail: •••• kita pun tak ada
banyak mas a lagi, sudahlah Yang Berhormat. Yang Berhormat sudah
bercakap begitu banyak tadi. Memang SPPP akan mengkaji keseluruhan
penswastaan perkhidmatan feri dan kemudahan-kemudahan yang disebut
kan tadi yang ditegur oleh Ahli Yang Berhormat. Kerana pihak
Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang memang sedang menjalankan kerja
kerja pengubahsuaian serta mempertingkatkan kemudahan•kemudahan di
kedua-dua pengkalan dan feri-feri bagi maksud mengendalikan
pengguna-pengguna yang berjalan kaki, itu yang utama, kerana yang
berjalan kaki, kalau tidak diberi kemudahan feri, dia hendak pergi
ikut jambatan dengan berjalan kaki lagilah susah.
..
-!
~
~
DR.22.12.92 - 103 -
Begitu juga untuk kenderaan supaya iany.a lebih cekap dan lebih
selesa bagi pengguna~pengguna •
. Bag1 keseluruhannya, sebenarnya SPPP sedang · membuat kajian
mengenai operasi feri ini dan juga pada awal tahun ini telahpun
melantik syarikat juruperunding untuk membuat kaj ian pe~an induk
Pelabuhan Pulau Pinang yang objektif•objektifnya adalah untuk
membuat kajian detail dari segi penggunaan peranan Pelabuhan Pulau
Pinang ini untuk 20 tahun yang akan datang - bukan satu dua hari.
Dan untuk mengkaj i dan menganalisa detail•detail itu apakah impak
perancangan dan cadangan projek-projek pengangkutan di dalam, iait.u
di darat bagi Pelabuhan Pulau Pinang, dan untuk menentukan · pula
secara detail potensi cargo through-put di Pelabuhan Pulau Pinang
itu sendiri sampai tahun 2000. Banyak lag~lah projection hingga
tahun 2010. Ini semua sedang dalam kajian. Kita meneliti juga
infrastruktur, terutamanya ·dari segi kemudahan-kemudahan
pengangkuta~ bagi kawasan-kawasan dalaman kepada Pelabuhan Pulau
Pinang. Dan mengkaj i juga mengenai trend global and regional,
dengan izin, dari segi perkapalan, dan impaknya ini juga kepada
Pelabuhan Pulau Pinang. Berdasarkan kajian-kajian analisa yang
sedang dilakukan itu, kajian tersebut akan memperakukan apakah
perancangan dan pelaksanaan yang sesuai bagi Pelabuhan Pulau Pinang
hingga tahun 2010, dan mungkin kemudiannya nanti kita buat 20 tahun
lagi sampai tahun 2020. Ini.lah yang sedang dilaksanakan.
Jadi, semua pandangan•pandangan Yang Berhorinat itu dicatitkan
dan bolehlah kita ambilkira dalam kita melaksanakan projek•projek
dan pengubahsuaian dan juga peningkatan kemudahan•kemudahan yang
DR.22.12.92 .. 104
sekarang ada dan akan terus diadakan bagi Pelabuhan Pulau Pinang
ini.
Twm Lim Boe k Seng: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Baji J'uhar bin
Mahiruddin]: Yang Berhormat Bagan bangun.
Datin Paduka Bajah Zaleha binti Ismail: Tak payahlah.
banyak sangat Yang Berhormat bercakap tadi; sudah, tak payah.
Baji
Sudah
Sebenarnya Yang Berhormat tegur mengenai Pengerusi, bukan SPPP
sahaja yang Pengerusinya, ada urusan-urusan dan perniagaan di t~mpat
lain. Banyak syarikat-syarikat berjala~ dengan baik, dengan jaya.
Jadi·, tidak bererti bahawa apabila seseorang itu sebagai Pengerusi,
dia bukan Pengurus Besar. Pengerusi membuat dasar. Pelaksanaannya
ialah bagi Pengurus Besar melaksanakan dengan semua kakitangan/
pegawai-pegawai yang ditugaskan. Jadi, takkan Pengerusi hendak
duduk sepenuh masa di situ kalau dia boleh membuat kerja-kerja lain
dapat inemberi khidmat kepada tempat-tempat lain, rasa saya tidak .
menjadi masalah.
Khidmat yang diberikan oleh SPPP dari segi perkhidmatan feri
ini memanglah ianya untuk diutamakan kepada pejalan-pejalan kaki.
Bagi kenderaan-kenderaan sebenarnya kita ingin menggalakkan supaya
mereka menggunakan Jambatan Pulau Pinang. Apa guna kita bina
jambatan yang begitu mahal, yang begitu cantik, yang begitu baik
sekali, yang begitu canggih, yang begitu termasyhur kalau tidak ada
pula kenderaan yang menggunakannya?
kerugian kepada projek jambatan itu.
Ianya juga akan menyebabkan
"
>'\
"
"
DR.22.12.92 - 105 -
Saya tengok lagi apa Yang Berhormat sebut tadi -· mengenai
pengendalian ~argo cecair. SPPP juga membuat kajian mengenai
dangerous cargo complex ini, dan ini termasuk sebahagia~ daripada
Kajian Pelan Induk Pelabuhan Pulau Pinang yang kita jangka siap pada
awal tahun 1993. Kalau saya kata awal itu bukanlah lhb Januari.
·Mungkin akhir bulan Januarikah atau dalam bulan Februarikah. Jangan
pula Yang Berhormat tuntut nanti kata awal 1993, lhb Januari sudah
sampai masih tak buat lagi. Itu mengenai petro-chemical,
installation dan sebagainya. Rasa saya itu sahaja tadi.
Tuan Yang, di-Pertua, rasa saya tidak ada lagilah yang hendak
saya tambah daripada ap~ yang disebutkan oleh dua Ahli Yang
Berhormat itu tadi, kerana kajian Pelan Induk Pelabuhan Pulau Pinang
itu akan dapat menjawab se:nuanya. Terima kasih •
. Timbalaii Yang. di-Pert:ua [Tuan Baji Juhar bin Baji
Mahiruddin): Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan
masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang
Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
Usul dikemuka bagi diputuskan, dan dis~tujukan.
Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan
kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.
Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.
[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa)
Fasal 1 hingga 2 diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang
Undang-undang.
Rang Undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan:
dibacakan ~ali yang ketiga dan diluluskan.
DR.22.12.92 - 106 -
RARG UNDANG-mn>ARG KOPERASI
Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga
6.00 ptg.
Ti.llbalan Menteri Tanah dan Pembanguo.an Koperasi [Dato' Baj i
Mohd. Khalid bin Mohd. Yunus]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon
mencadangkan iaitu "suatu Akta untuk membuat peruntukan bagi
penubuhan, pendaftaran, pengawalan dan pengawalseliaan ...
koperasi-koperasi; untuk _menggalakkan perkembangan .. koperasi-koperasi; dan bagi perkara-perkara yang berkaitan
dengannya" dibacakan kali yang kedua sekarang.
Sebelum Rang Unda~~-undang' ini dibuka untuk dibahaskan, izinkan
saya menerangkan secara ringkas latar belakang_ penggubalan -Rang
Undang-undang ini dan kandungan-kandungan pentingnya • • Tuan Yang di-Pertua, gerakan koperasi merupakan satu gerakan
sosioekonomi yang universal. Secara umumnya objektif gerakan
koperasi adalah untuk meninggikan taraf hidup ahli-ahli dengan
aktiviti-aktiviti berasaskan kepada enam prinsip berikut iaitu:-
(i) Keanggotaan yang terbuka dan sukarela;
(ii) Pengurusan ya~g berasaskan demokrasi;
(iii) Pulangan - yang terhad atas modal yang disumbangkan oleh
ahli•ahli;
(iv) Pembahagian keuntungan yang saksama;
(v) Kemajuan pendidikan koperasi; dan
,.
DR.22.12.92 - 107 -
(vi) Kerjasama yang aktif di kalangan koperasi-koperasi di
semua peringkat.
Di negara ini gerakan koperasi telah dimulakan sejak tahun 1922
dengan beberapa aktiviti yang terhad· sahaja. Pada masa ini gerakan
koperasi telah memasuki berbagai sektor ekonomi seperti perumahan,
insuran, pengguna, bank, pembangunan tanah, pengangkutan, pelaburan,
perindustrian dan pertanian. Kini terdapat lebih dari 3 ,000 buah
koperasi di seluruh negara dengan jumlah ahli seramai ~ampir 4 juta
orang. Modal berbayar adalah kira-kira RMl,773 juta dan nilai harta
koperasi pula, berjumlah kira-kira RM7,285 juta. Dari segi undang
undang pula, tiga undang-undang koperasi dipakai di negara ini iaitu
Akta Koperasi 1948 (Akta No. 287) bagi Semenanjung, Ordinan Koperasi
No. 3 Tahun 1958 untuk Sabah dan Ordinan Koperasi Tahun 1949 (Bab
66) untuk Sarawak •.
Pada wnumnya, kandungan ketiga-tiga undang-undang ini adalah
hampir sama. Akta Koperasi 1948 yang berkuatkuasa di Semenanjung
sejak tahun 1949, telah dipinda beberapa kali secara keci~-kecilan
untuk disesuaikan dengan kehendak semasa. Pindaan terakhir yang di
buat ialah pada tahun 1976.
Tuan Yang di-Pertua, dekad 1990an merupak~n dekad negara
memesatkan usaha ke arah perindustrian· secar~ menyeluruh. Beberapa
dasar baru telah diper~enalkan oleh Kerajaan, di antaranya Dasar
Pembangunan Nasional, Wawasan 2020 dan sebagainya.
Dengan adanya dasar-dasar ini, gerakan koperasi haruslah meng-
ikuti arus pembangunan semasa. Hasilnya, aktiviti-aktiviti yang
DR.22.12.92 - 108 -
diceburi oleh koperasi•koperasi semakin bertambah luas skopnya dan
semakin terarah haluannya.
Dengan itu juga, pentadbiran dan pengurusan koperasi•koperasi,
bukanlah lagi pentadbiran. dan pengurusan sebuah persatuan yang
mudah. Ia turut menjadi kompleks sebagaimana semakin kompleksnya
sistem ekonomi dan sosial itu sendiri. Dengan itu, Undang-undang
Koperasi yang telah digubal oleh penjajah setengah abad yang lalu,
sudah tidak lagi mampu untuk membimbing dan mengawalselia perjalanan
koperasi-koperasi tersebut.
Menyedari hakikat ini, Kementerian Tanah dan Pembangunan
Koperasi telah meneruskan usaha-u~aha yang telah dimulakan oleh
Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar, kini dikenali
sebagai Kementerian Pembangunan Luar Bandar untuk menyemak dan meng
gubal semula Akta Koperasi 1948. Hasil dari beberapa perbincangan,
seminar dan mesyuarat yang diambil bahagian oleh banyak pihak,
Undang-undang Koperasi yang baru dapat dibentangkan di Persidangan
Parlimen kali ini.
Tuan Yang di•Pertua, penggubalan semula Undang-undang Koperasi
ini, mempunyai empat matlamat utama, iaitu:-
( i) Menggalakkan kepada perkembangan koperasi;
(ii) Menjadikan gerakan koperasi· sebagai sebuah gerakan yang
(iii)
(iv)
mampan;
Pembaharuan pentadbiran dan pengurusan koperasi; dan
Penyatuan undang-undang.
...
..
DR.22.12.92 - 109 -
Matlamat pertama iaitu penggalakan kepada perkembangan koperasi
telah diberi tumpuan dalam menggubal Akta baru Koperasi ini. Akta
Koperasi 1948 yang dipakai sekarang tidak menjelaskan dengan terang
mengenai aspek penggalakan koperasi. Matlamat Akta Koperasi 1948
adalah untuk, dengan izin, 'an Act to provide for the constitution
and control of cooperative societies'.
Matlamat yang sama juga terkandung dalam Ordinan Koperasi No. 3
~ Tahun 1958 Negeri Sabah dan Ordinan Koperasi ·Tahun 1949 (Bab 66)
Negeri Sarawak.
Berasaskan kepada matlamat ini, Jabatan Pembangunan Koperasi
telah memainkan peranan. yang banyak menekank~n kepada fungsi penga-
walselia~n dan pendaftaran koperasi.
Aspek penggalakan dan perkembangan sebelum ~ni bukannya satu
fungsi yang ditekankan oleh Jabatan Pembangunan Koperasi. Kekaburan
ini timbul kerana Akta Koperasi·l948 sekarang, serta Ordinan-ordinan
berkenaan bagi Sabah dan Sarawak hanya menyebut mengenai aspek-aspek
pendaftaran dan pengawalseliaan sahaja.
Dalam konteks objektif Dasar Pembangunan Nasional dan Wawasan
2020, peranan Jabatan Pembangunan Koperasi perlu diperluaskan kepada
aspek penggalakan perkembangan koperasi di samping aspek•aspek peng-
awasan, pendaftaran dan pengawalseliaan.
Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi berpendapat bahawa •.
gerakan koperasi mempunyai potensi sebagai sebuah institusi sosio-
ekonomi yang dapat menyumbang kepada pencapaian Dasar Pembangunan
Nasional dan Wa\.rasan 2020, khususnya dalam bidang membantu
membangunkan golongan rakyat yang berpendapatan rendah di luar
DR.22.12.92 - 110 -
bandar, pekerja•pekerja di sektor industri dan juga institusi-
institusi yang boleh menggembeling modal yang banyak dari kalangan
mereka.
Dengan demikian unsur-unsur pembangunan perlu diserapkan ke
dalam Akta baru. Dengan perluasan fungsi ini, Jabatan Pembangunan
Koperasi akan berkecimpung dengan lebih aktif lagi bagi membantu dan •.
membimbing koperasi-koperasi kecil terutamanya koperasi di luar
bandar supaya menjadi lebih berdaya maju.
Bagi menyokong matlamat penggalakan dan perkembangan ini,
struktur organisasi gerakan koperasi juga telah ditetapkan dalam
Rang Undang-undang baru ini. Fasal 4 (1), (2) dan (3) telah meng-
gariskan jenis•jenis koperasi yang diwujudkan iaitu koperasi asas,
koperasi menengah dan koperasi atasan. Adatah dijangkakan bahawa
dengan pengwujudan struktur organisasi mengikut Fasal tersebut, . .
gerakan koperasi boleh bergerak dengan lebih teratur lagi.
~i samping itu, pada Fasal 54 pula, fleksibiliti bagi sesebuah
koperasi membuat pelaburan-pelaburan diberikan dengan meletakkan
kegiatan-kegiatan pelaburan koperasi itu di dalam keadaan yang ter-
kawal. Peruntukan Fasal 54 (1) membenarkan koperasi-koperasi mem-
buat pelaburan mengikut senarai institusi-institusi serta instrumen
pelaburan yang dinyatakan di bawah Fasal 54 ( 1). Sambil itu,
kelulusan Ketua Penda1!ta:r secara kbusus,. adalah perlu . diperolehi
bagi pelaburan-pelaburan yang dinyatakan di Fasal 54 (2).
DR.22.12.92 - 111 -
Selain dari itu, koperasi-koperasi juga diperingatkan di Fasai
54 (3) bahawa bagi maksud-maksud pelaburan di bawah Fasal 54 (lHe)
dan (l)(f) dan juga di bawah pelaburan Sub-Fasal (2), bahawa kope
rasi tidak boleh melaburkan wang melebihi had yang ditentukan oleh
mesyuarat agung.
Matlamat kedua ialah untuk menjadikan gerakan koperasi sebagai
sebuah gerakan yang mampan bermaksud koperasi-koperasi mempunyai
ciri-ciri kebebas~n bergerak, berwibawa, bertanggungjawab dan mempu
nyai daya ketahanan yang tinggi. Salah satu daripada prinsip
gerakan koperasi ialah ianya merupakan satu gerakan yang bergerak
bebas. Prinsip ini telahpun diterapkan ke dalam Akta dan Ordinan
ordinan ·sekarang. Namun demikian, unsur-unsur kebebasan itu adalah
dalam konteks ianya. memerlukan sokongan Kerajaan dalam bidang pem
belajaran, kawalselia, penyelidikan dan khidmat nasihat.
Perkara-perkara ini perlu dilakukan untuk .kepentingan ahli-ahli
supaya mereka memahami hak-hak mereka, sebagai ahli dan berkeupayaan
mengawasi pengurusan koperasi mereka. ·selaras dengan hasrat untuk
menjadikan gerakan koperasi sebagai satu gerakan yang bertanggung
jawab dan menjaga kepentingan ahli-ahlinya, beberapa peruntukan
telah diadakan bagi membolehkan Ketua Pendaftar membuat pengawal
seliaan yang lebih berkesan. Antaranya ialah:-
Pertama, Pasal 19 - Fasal ini mengandungi larangan kepada
koperasi dari menubuhkan subsidiari tanpa kelulusan dan kebenaran
Ketua Pendaftar.
Akta Koperasi 1948 seperti yang dipinda dalam tahun 1976, tidak
mempunyai peruntukan yang jelas mengen~i penubuha,n subsidiari oleh
koperasi sambil tidak mengharamkan penubuhan subsidiari oleh
koperasi.
DR.22..12.92 112
Oleh yang demikian, banyak koperasi telah menubuhkan syarikat . subsidiari tanpa pen6awasan ke atas perjalanan pelaburan koperasi-
koperasi berkenaan di dalam subsidiari-subsidiari. Ini telah banyak
mengakibatkan kerugian kepada koperasi-koperasi.· Banyak dari
k.egiatan-k.egiatan pelaburan di syarikat-syarikat subsidiary ini
seharusnya memerlukan pemerhatian Ketua Pendaftar. Oleh kerana
tidak ada kuasa yang jelas bagi maksud itu, maka kegiatan-kegiatan
ini tidak dapat diletakkan di bawah pengawasan Ketua Pendaftar.
Kedua, Fasal 58 - Fasal ini adalah mengenai penyenggaraan
akaun koperasi di mana kuasa diberikan kepada Ketua ~endaf tar untuk
membuat teguran ke atas penyata perakaunan yang telah diaudit ter
masuk ak.aun subsidiari dan teguran itu dibentangkan dalam mesyuarat
agung.
Ketiga, Fasal 64 Fasal ini memperuntukan kuasa kepada Ketua
Pendaftar untuk memeriksa akaun koperasi dan subsidiari supaya ter-·
atur. Dengan kuasa ini, Ketua Pendaftar dapat mengawalselia per-
jalanan subsidiari sesebuah koperasi supaya tidak menyeleweng dari
tujuan yang ianya ditubuhkan.
Keempat, Fasal 68 - Fasal ini membenarkan Ketua Pendaftar mem
buat penyiasatan ke atas akaun koperasi dan subsidiari di atas per
mintaan sipemiutang.
Kelima, .Fasal 92 - Fasal ini membolehkan Ketua Pendaftar men
dakwa dalam mahkamah bagi kesalahan-kesalahan di bawah Rang Undang
undang ini. Di bawah Akta Koperasi 1948, kuasa mendakwa tidak
diberikan kepada Ketua Pendaftar sebaliknya dijalankan oleh pihak
Polis.
"'
"
..
DR·. 22 .12 • 92 - 113 -
Keenam, Fasal . 93 - Fas al ini memberikan kuasa kepad~ Ketua
Pendaftar untuk mengenakan kompaun ke atas kesalahan-kesalahan ter
tentu di bawah Rang Undang-udang ini.
Tuan Yang di-Pertua, dengan adariya peruntukan kawalseliaan yang
berkesan yang boleh dibuat oleh Ketua Pendaftar sepertimana contoh
contoh peruntukan yang saya sebutkan tadi, maka pengurusan dan pen
tadbiran koperasi-koperasi di masa-masa yang a~an datang akan men
jadi· lebih baik dan dengan itu institusi koperasi akan menjadi
sebuah institusi ekonomi dan sosial yang lebih mampan.
Matlamat ketiga penggubalan semula undang-undang koperasi ialah
pembaharuan pentadbiran dan pengurusan koperasi. Akta baru koperasi
telah memasukkan unsur-unsur pemba~aruan yang boleh memperkemaskan
lagi sistem pentadbiran dan pengurusan kaperasi. Antara Fasal-fasal ·
yang menyentuh perkara ini ialah Fasal . 4 hingga Fasal 10 , yang
menyentuh mengenai hal ehwal pendaftaran koperasi.
Fasal 82 memperuntukkan cara penyelesaian pertikaian koperasi
dengan peruntukan kuasa kepada Ketua Pendaftar untuk menyelesaikan
sendiri atau melantik penimbang tara atau meminta pihak yang berte
lingkah supaya merujuk kepada mahkamah.
Pasal 83 adalah ·merupakan peruntukan baru yang membolehkan
Menteri menubuhkan sebuah tribunal untuk menimbang kes-kes di Fasal
82 atas perakuan Ketua Pendaftar. Cadangan mewujudkan tribunal ini
untuk. menyelesaikan pertikaian adalah bertujuan untuk mewujudkan
satu sistem penyelesaian pertikaian yang lebih tersusun serta jelas
mengikut kaedah-kaedah dan amalan-amalan penyelesaian pertikaian.
DR. 22. 12. 92 - 114
Perubahan ini diperlukan supaya proses pembicaraan di atas per-
tikaian di dalam sesebuah koperasi itu dapat diasingkan dari peranan
dan tanggungjawab seharian Ketua Pendaftar yang juga bertanggung-
jawab dan terlibat di atas penguatkuasaan dan pendakwaan yang ter-
kandung di dalam undang-undang yang sama. Dengan pengasingan tugas
ini, maka Ketua Pendaftar akan dapat menumpukan masa yang lebih
kepada aspek penggalakan, pendaftaran, pentadbiran dan pengurusan
koperasi serta kawalselia yang_d~pat mengelakkan pertelingkahan
dalam menjalankan peranan-peranan penguatkuasaan dan'pembangunan. . . ..
Satu peruntukan mengenai Jawatankuasa Audit Dalaman diperkenal-
kan di Fasal 49 . Fungsi Jawatankuasa ini adalah untuk memeriksa
rekod perakaunan dan rekod lain mengenai koperasi dan subsidiarinya
supaya koperasi berjalan mengikut matlamat penubuhannya. Pem-
baharuan ini adalah perlu supaya dapat mewujudkan satu sistem 'check
and balance' dalam "pentadbiran dan pengurusan koperasi di samping
membantu Lembaga Pengarah Koperasi membuat keputusan yang baik dan
dalam masa yang sama mengawasi perjalanan subsidiari koperasi.
Peruntukan ini adalah perlu sebagai tambahan kepada sistem
pengauditan yang diamalkan oleh koperasi-koperasi .sekarang. Dari
segi kewibawaannya pula, Jawatankuasa Audit Dalaman telah diper-
untukkan.dengan beberapa syarat tertentu. Antaranya ialah Jawatan-
kuasa ini hendaklah dilantik oleh mesyuarat agung koperasi berkenaan
dari ahli-ahli yap.g cukup syarat. Syarat-syarat perlantikan ahli
Jawatankuasa Audit Dalaman seperti ¥ang diperuntukkan di Fasal 43 ,
adalah:-
/ DR.22.12.92 - 115· -
( i) tidak pernah disabitkan di atas suatu kesalahan di bawah
Akta ini;
(ii) tidak pernah dipecat sebagai pekerja sesuatu koperasi ber-
daftar; dan
(iiiJ ahli biasa dan bukan ahli Lembaga Koperasi berkenaan semasa
dilantik.
Dengan tujuan untuk memberi ahli-ahli koperasi kuasa pengawasan
yang lebih berkesan di atas . ahli-ahli Lembaga Pengarah mereka,
supaya ahli-ahli Lembaga Pengarah akan menjalankan tugas-tugas
mereka secara ya~g terkawal dan lebih bertanggungjawab, Fasal 46(1)
memperuntukkan ahli•ahli Lembaga Pengarah ataupun ahli-ahli yang di
lantik kepada ahli Jawatankuasa Audit Dalaman hanya· berhak untuk
menerima apa-apa elaun yang tidak melebihi jwnlah wang·yang ditetap-
kan oleh mesyuarat agung koperasi yang berkenaan.
Matlamat yang keempat pula ialah penyatuan undang-undang.
Seperti yang telah saya sebutkan pada awal tadi, kini terdapat tiga
undang-undang yang berasingan yang beroperasi di negara ini iaitu
Akta Koperasi 1948 bagi Semenanjung, Ordinan Koperasi No. 3 Tahun •
1958 untuk Sabah dan Ordinan Koperasi Tahun 1945 (Bab 66) untuk
Sarawak. Demi untuk menyelaraskan pembangunan gerakan koperasi dan
untuk memperkemaskan lagi sistem pengawalseliaan ke atas perjalanan
koperasi-koperasi di seluruh negara, maka ketiga-tiga undang-undang
ini disatukan. Penyatuan undang-u.ndang ini diharap akan dapat mem-
percepa;kan lagi proses integrasi nasional yang merupakan salah
satu objektif Dasar Pembangunan Nasional dan Wawasan 2020.
DR.22.12.92 - 116 -
Tuan Yang di-Pertua·, saya mohon mencadangkan.
Tiabalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos [Dato' Mohd. Tajol
Rosli bin Mobd.·Ghazali]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Jubar bin Baji Mahirudin]:
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah "suatu
Akta untuk membuat peruntukan bagi penubuhan pendaftaran, pengawalan
dan pengawalseliaan koperasi-koperasi; untuk menggalakkan perkem
bangan koperasi-koperasi; dan bagi perkara-perkara yang berkaitan.
dengannya; dibaca bagi kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk
dibahas. Petaling Jaya.
6.18 ptg.
Dr. l'.ua Kia Soong [Petaling Jaya]: Terima kasih, Tuan Yang
di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, setelah skandal koperasi berlalu
selama lima tahun, sekarang Kerajaan memperk.enalkan Rang Undang
undang Koperasi ini dan tadi saya mendengar apa yang dikatakan oleh
Timbalan Menteri yang begitu "heartwarming" bahawa Kerajaan sek·arang
hendak mempertahankan kepentingan orang-orang kecil dan ahli-ahli
koperasi. Tetapi adakah ini satu occasion for celebration, dengan
izin, Tuan Yang di-Pertua, memandangkan bahawa tindakan koperasi
sudah begitu lama. sejak zaman penjajahan? · Ini adalah satu tanda
tanya. Tetapi sama ada tindakan melalui Rang Undang-undang ini akan
dapat membina kemudahan yang sebaik-baiknya untuk mengawasi dan
mengawal kegiatan koperasi, itu masih menjadi satu tandatanya juga.
..
;
DR.22.12.92 - 117 -
Sekiranya ditakdirkan Badan Pencegah Rasuah dan Undang-undang
Perlindungan Persekitaran di negara kita boleh dijadikan sebagai
alamat, maka kej ayaan Ra~g Undang-undang ini dalam melindungi ke
pentingan para ahli koperasi akan tertakluk ke atas kesanggupan
politik Kerajaan ataupun political will, dengan izin, dalam memper
tahankan kepentingan ahli-ahli koperasi dan bukannya mempertahankan
kepentingan kuncu-kuncu pol~tik Kerajaan sendiri.
Tuan Yang di-Pertua, pengajaran skandal koperasi yang berlaku
pada pertengahan tahun 80an menunjukkan bahawa selain daripada
pengurusan yang buruk, kebanyakan tanda-tanda awal berlakunya
skandal tersebut telah kelihatan di dalam pinjaman_yang diluluskan
tanpa rasa bertanggungjawab kepada para ahli peniaga terkenal serta
para pemiinpin politik yang ada hubungan dengan Barisan Nasional.
Tuan Yang di-Pertua, mungkin contoh yang paling buruk atas
skandal cooperative pada tahun 80an adalah Bank Pusat Koperatif
ataupun cooperative Central Bank (CCB), yang mana menurut firma per
akaunan yang memeriksa catitan akaunnya, telah dikendalikan sebagai
sebuah asset bersendirian, sebagai satu "fiefdom" dengan izin. Bank
Negara menganggarkan bahawa CCB pada masa itu telah menanggung rugi
bertimbun sebanyak RM726 juta pada akhir tahun 1987. Dia berhutang
lebih daripada RMI bilion kepada lebih kurang 240,000 penyiinpan.
DR.22.12.92 - 118 -
Tetapi, Tuan Yang di-Pertua, apa yang terbabit di dalam kejatuhan
CCB adalah Badan Penyelia Negara yang mendakwa dirinya mengawasi
kestabilan kewangan koperasi-koperasi negara. ini.
Maka keberkesanan mekanisme baru ini masih belum dapat ditentu
kan lagi. Sama seperti lain-lain koperasi, Tuan Yang di-Pertua, CCB
pada asalnya telah ditubuhkan dengan tujuan menerima simpanan dari
pada para ahli dan membiayai niaga komersil mereka tetapi pada tahun
1982, koperasi tersebut telah memperolehi status bank nominal supaya
Kerajaan serta lain-lain agensf Kerajaan boleh menyimpan wang mereka
di dalamnya.
Tuan Yang di-Pertua, sama seperti lai~-lain malapetaka raksasa
yang menim·pa diri kita kebelakangan ini, Kerajaan telah memainkan
satu peranan, dengan izin, Johnny come lately setelah apa yang
berlaku atau dalam kata-kata orang yang minat "equestrianism", ruan
Yang di-Pertua, they bolt the stable door, after the horse has
bolted. Itulah satu kata-kata yang boleh dikaitkan dengan Menteri
Kewangan juga.
· Tuan Yang di-Pertua, Jabatan Kerajaan yang berkenaan pada masa
tersebut iaitu Jabatan Pembangunan Koperasi. Satu unit di dalam
Kementerian Pembangunan Nasional dan Luar Bandar - juga mesti
bertanggungjawab terhadap skandal koperasi raksasa itu kerana adalah
merupakan tugasnya untuk mengawalselia CCB serta lain-lain koperasi.
Dan dokumen-dokumen yang dikemukakan di Mahkamah Tinggi pada tahun
-.
•
'
DR.22.12.92 - 119 -
1989 jug a menunjukkan bahawa Ketua Pendaftar tel ah mel ul uskan akaun
kewangan CCB "tan pa sebarang penangguhan dan siasatan bel iau sendiri
ke atas buku-buku koperasi juga tidak membongkarkan sebarang
kewuj udan yang melanggari peraturan".
Selain daripada itu, Tuan Yang di-Pertua, · pihak Ketua Akauntan
yang menjalankan siasatanny_a sendiri dalam tahun 1986 adalah ber-
puasha-t:i dengan pengendalian koperasi. Semua ini mesti diambilkira,
Tuan Yang di-Pertua, dalam memeriksa keberkesanan peraturan-
peraturan . pengawalan yang termaktub di dalam Rang Undang- undang
baru ini dan Menteri mesti meyakin.kan kita bahawa mekanisme-
mekanisme baru ini di bawah Rang Undang-'undang baru ini berbeza
secara ketara daripada apa yang ada sebelumnya.
Tidak syak lagi, bahawa salah satu sebab utama berlakunya
skandal koperasi raksasa itu pada tahun 80an adalah disebabkan oleh
pemain utamanya merupakan mereka yang menjadikan politik dan
perniagaan rapat dengan pihak pentadbiran. Kita juga mengetahui
bahawa beberapa orang pemimpin MCA telah terlibat di dalam skandal
ini. Pem"impin-pemimpin GERAKAN juga terlibat terutama sekali di
dalam isu CCB.
. Tuan Yang di-Pertua, antara 10 orang yang dikenalpasti sebagai
yang bennanfaat dari pinj aman untuk pelaburan spekulasi adalah
Timbalan Menteri, Alexander Y.L. Lee yang telah meminjam sebanyak
RMS j uta dan masih 1 agi menduduki bangku de pan Keraj aan pada hari
ini. CCB tidak pernah dibenarkan untuk menetapkan "had pinj aman
.,,
DR.22.12.92 - 120 -
perseorangan" oleh Jabatan Pembangunan Koperasi. Dalam insiden ini,
ia telah mengeluarkan sebanyak RM443.6 juta kepada orang perseorang
an serta lain-lain persatuan koperasi.
Tuan Yang di-Pertua, telah juga dibongkarkan bahawa rakan rapat
Perdana ~enteri dan juga pemimpin-pemimpin MCA, Vincent Tan Chee Yun
telah meminjam sekurang-kurangnya RM68.5 juta menerusi:Inter-Pacific
Industrial Group Berhad. Lain-lain yang terlibat termasuklah
seorang lagi kapten industri ataupun "asset stripper" yang begitu
glamorous iaitu Loy Hean Heong dari MBf Holdings. Dia telah
meminjam RMJS.5 juta dan ada satu lagi mangsa BMf iaitu Lorrain Esme
Osman yang juga ada meminjam RM25.5 juta.
Dalam senarai ini, Tuan Yang di-Pertua, kita boleh lihat semua
adalah "pirates of privatisation" yang pada hari ini adalah begitu
glam.ourous yang telah diterbitkan dalam majalah-majalah perniagaan
seperti Malaysian Business dan lain~lain majalah.
Tuan Yang di-Pertua, dalam 116 kes pinj aman yang terbongkar,
103 ada hubungkait dengan pembangunan hartanah, pembelian saham atau
· pelaburan am. Selain itu, juga wujud pin'jaman-pinjaman be;m.asalah
yang telah diluluskan tanpa pemeriksaan kredit yang teliti, contoh
nya· yang telah diberikan kepada.Ahmad Sebi Abu Bakar, bekas Managing
Director kepada Sistem Televisyen Malaysia dan New Straits Times
sebanyak RM18.3 juta dan bekas Pengerusi Bursa Saham Kuala Lumpur,
Abdul Razak Sheikh ·Mahmud sebanyak RM18.3 juta. Lain-lain rakyat
Malaysia terkemuka yang berhutang dengan CCB termasuklah bekas
,.
DR.22.12.92 - 121 -
Menteri Penerangan, Adib Adam serta Tan Boon Swan, saudara kepada
bekas Presiden MCA, Tan Koon.swan.
Maka, Tuan Yang di-Pertua, pengajaran skandal koperasi raksasa
pad a pertengahan tahun 80an merupakan, dengan izin, "rape" of the
cooperatives dan tidak boleh dibenarkan untuk berlaku sekali lagi.
Untuk memastikan perkara ini, Kerajaan mesti benar_.benar ikhlas
dalam membentuk mekanisme baru untuk mengasingkan perniagaan dari
politik.
Tuan ~ang di-Pertua, koperasi-koperasi mesti dibenarkan untuk
berfungsi hanya terhadap pengusaha tunggal kecil yang terdiri dari
petani, nelayan, pengguna biasa dan lain-lain persatuan yang
sedemikian dan apa yang dikatakan oleh Timbalan Menteri tadi dan
mereka yang memegang jawatan di dal.am persatuan koperasi serta
mereka yang bekerja di dalam struktur kuasa mengawasi koperasi mesti
mengutamakan kepentingan ora~g awam dan · bukannya kepentingan
peribadi mereka sendiri.
Di samping undang-undang, penguatkuasa juga tidak boleh diab~i
kan dan saya harap Rang Undang-undang ini akan jadi satu clean
slate, dengan izin, untuk Kerajaan tidak benarkan lagi buaya-buaya
dan "pirates of privatisation" untuk memperg~akan ahli-ahli
koperatif kita lagi. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan. Haji .Juhar bin Haji
Hahiruddin]: Nilam Puri. Satu minit.
DR. 22.12. 92 - 122 -
6.29 peg.
Tuan Baj i Mohamad bin Sahu [Nil am Puri]: Tuan ·Yang di-?ertua,
·cadangan pindaan Akta ini merupakan pindaan yang terbesar sekal i
sejak tahun 1948 dan setelah hampir 30 tahun tertubuhnya Malaysia,
Akta Koperasi ini disatukan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Apakah yang mendorong pindaan ini? Walaupun agak lewat, ki ta
mengucapkan terima kasih. Walaupun, peristiwa-peristiwa dulu ,., ...
seperti peristiwa. Bank Rakyat, tragedi yang menimpa 24 koperasi .. ,
pengambil deposit pada tahun 1986 dan juga apa yang berlaku terhadap
Shamelin dan KOBENA serta KUB. Sebenarnya skandal atau apa-apa yang
berlaku dal am koperasi itu sud ah cukup untuk Ke raj aan mempercepatkan
meminda Rang Undang-undang •••
Tiabal an Yang di-Pertua [Tuan Baji Juhar bin Baji
Mahiruddinl: Yang Berhormat, masa sud ah cukup hari ini.
Tuan Baj i Mohamad bin Sabu: Terima kasih, saya sambung esok.
Tiabalan Yang di-Pertua [Tuan Baj i Juhar bin Baj i
Mahiruddin]: Ahli-ahli Yang :Serhormat, Dewan · ini ditangguhkan
sekarang sehingga jam 2. 30 petang esok.
Dewan ditanggubkan pada pukul 6.30 petang.