Post on 06-Nov-2021
PELAWAAN SEBUT HARGA DBP 326/2021: KONTRAK PERKHIDMATAN PENGEDARAN BUKU TEKS SKIM PINJAMAN BUKU PESANAN TAMBAHAN KEGUNAAN TAHUN 2021 BAGI NEGERI PERAK
Syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam kod bidang : 010102 yang masih sah, berkuat kuasa serta masih
dibenarkan membuat tawaran pada masa ini, dipelawa untuk menyertai Sebut Harga DBP 326/2021 seperti maklumat yang berikut:-
Butiran Sebut Harga Tarikh Tutup : 17 September 2021 (Jumaat) Tidak lewat dari pukul 12.00 tengah hari (Melalui serahan tangan/pos dan dimasukkan ke dalam peti sebut harga) Alamat : Galeri Bahasa DBP, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 KUALA LUMPUR
Untuk maklumat lanjut (Dokumen Sebut Harga) : Puan Fairuz binti Yaacob – 03-2147 9056/012-6041997
Puan Rozalania binti Nasir – 03-2147 9061/016-2029572 Puan Hasmiza binti Mazlan – 03-2147 9081/016-7734756
Untuk Maklumat lanjut (Dokumen Spesifikasi) : Encik Saifuddin bin Abu Bakar – 03-41010004/013-6726408
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA
Tawaran adalah dipelawa kepada Pembekal bertaraf Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian
Kewangan Malaysia (Ministry of Finance, MOF) serta masih sah tempohnya dalam kod bidang berkaitan
untuk menyertai sebut harga berikut:
NO. SEBUT HARGA : 326/2021
TAJUK SEBUT HARGA : KONTRAK PERKHIDMATAN PENGEDARAN BUKU TEKS SKIM PINJAMAN BUKU PESANAN TAMBAHAN KEGUNAAN TAHUN 2021 BAGI NEGERI PERAK
KOD BIDANG : 010102 – Bahan Bacaan
TARIKH PELAWAAN : 10 September 2021
TARIKH TUTUP : Sebelum atau pada 17 September 2021 (Jumaat) dan tidak lewat dari
pukul 12.00 tengah hari. Sebut harga yang lewat tidak akan
dipertimbangkan.
1. Penyebut Harga adalah diminta untuk menyemak dan meneliti spesifikasi serta syarat-syarat lain yang
dinyatakan sebelum menawarkan harga. Tiada Cukai Barang dan Perkhidmatan bagi perolehan ini.
2. Semua kos yang berkaitan dengan sebut harga di atas adalah tanggungjawab pembekal.
3. Penyebutharga adalah diingatkan supaya mencatat dengan jelas harga yang ditawarkan di ruangan
yang disediakan di dalam dokumen sebut harga.
4. Dokumen sebut harga hendaklah dihantar secara salinan keras (serahan tangan/pos laju/berdaftar)
tidak lewat dari pukul 12.00 tengah hari pada tarikh tutup sebut harga iaitu 17 September 2021
(Jumaat).
5. Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tidak akan diterima.
6. Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima
apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini
merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009
(Akta 694).
7. Dewan Bahasa dan Pustaka tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran
dan penilaian akan dibuat mengikut item pembekalan.
8. Adalah diingatkan bahawa kegagalan pihak syarikat mematuhi arahan-arahan dinyatakan boleh
menyebabkan pertimbangan terhadap sebut harga syarikat akan terjejas.
9. Sekiranya memerlukan maklumat lanjut tentang sebut harga ini, sila hubungi Encik Saifudin bin Abu
Bakar (tentang spesifikasi) di talian 03-41040004/013-6726408 atau Puan Rozalania binti Nasir
(tentang sebut harga) di talian 03-2147 9061/016-2029572.S S
1
ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA
1. Perihal Sebut harga
(i) Sebut harga ini adalah Kontrak Perkhidmatan Pengedaran Buku Teks Skim
Pinjaman Buku Pesanan Tambahan Kegunaan Tahun 2021 Bagi Negeri
Perak.
(ii) Sebut harga ini adalah tertakluk kepada arahan, syarat-syarat am dan syarat-
syarat khas sebut harga.
2. Arahan Kepada Penyebut harga
(i) Kelayakan Menyertai Sebut harga
a. Pelawaan adalah terikat kepada arahan dan syarat-syarat am serta
syarat-syarat yang lain yang disertakan bersama-sama dokumen sebut
harga ini.
b. Semua penyebut harga hendaklah mematuhi sepenuhnya syarat-syarat
ini apabila menyertai sebut harga. Penyebut harga hendaklah membaca
arahan-arahan dan syarat-syarat serta menyemak kandungan dokumen
sebut harga dengan teliti sebelum membuat tawaran. Kegagalan
mematuhi mana-mana syarat yang telah ditetapkan menyebabkan
tawaran sebut harga tersebut tidak akan dipertimbangkan.
(ii) Pematuhan Syarat dan Spesifikasi Sebut harga
a. Penyebut harga mesti mematuhi semua syarat dan spesifikasi sebut
harga. Tawaran sebut harga yang gagal mematuhi mana-mana syarat
dan spesifikasi sebut harga akan ditolak.
b. Penyebut harga perlu mengemukakan semua dokumen yang
dikehendaki dan memastikan bahawa dokumen yang dihantar adalah
lengkap dan diisi dengan betul. Susunan dan format dokumen / borang
hendaklah mengikut ketetapan dalam dokumen sebut harga.
c. Penyebut harga perlu memotong dan menandatangani ringkas sebarang
pembetulan atau pindaan yang dibuat. Penggunaan pemadam cecair
dalam apa juga cara adalah tidak dibenarkan.
d. Semua dokumen yang diserahkan oleh penyebut harga, termasuk
manual teknikal hendaklah dalam Bahasa Melayu dan / atau Bahasa
Inggeris.
2
(iii) Kos Penyertaan dan Penyediaan Dokumen Sebut harga
a. Kos penyertaan sebut harga dan penyediaan dokumen sebut harga
adalah ditanggung sendiri oleh pihak penyebut harga. DBP tidak akan
bertanggungjawab atas apa-apa jua kos yang terlibat.
b. DBP tidak pernah melantik mana-mana individu atau syarikat yang
bertindak sebagai orang ketiga dalam sebut harga dan / atau perjanjian
ini. Penyebut harga yang mempunyai sebarang permasalahan berkaitan
sebut harga dan / atau perjanjian hendaklah merujuk terus kepada DBP.
c. DBP boleh membatalkan sebut harga ini tanpa memberikan sebarang
alasan kepada semua penyebut harga dan kos-kos yang terlibat semasa
penyediaan sebut harga ini tidak akan ditanggung oleh DBP.
3. Peringatan Mengenai Kesalahan Rasuah
(i) Peringatan mengenai kesalahan rasuah adalah dengan merujuk kepada Surat
Arahan Perbendaharaan rujukan S/K.Kew/PK/PP/1100/000000/10/31 Jld 26 SK.
7 (3) bertarikh 28 Februari 2009 seperti berikut:
a. Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau
memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah
kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini
merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Pencegahan Rasuah
1997 (terkini Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009).
b. Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa
suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak
yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan
segera ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau balai
polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian merupakan suatu
kesalahan bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
c. Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain tindakan tatatertib terhadap
anggota perkhidmatan awam dan menyenarai hitamkan penyebut harga
atau pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan
kesalahan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia 2009.
d. Mana-mana penyebut harga atau pembekal yang membuat tuntutan
bayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada
barangan dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada
perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang
3
mengesahkan tuntutan berkenaan melakukan kesalahan bawah Akta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
4. Integrity Pact dalam Perolehan Kerajaan
(i) Perkara ini adalah merujuk kepada Surat Arahan Perbendaharaan rujukan
S/K.Kew/PK/PP/1100/000000/10/31 Jld 29 SK. 2 (13) bertarikh 1 April 2010
seperti berikut:
a. Kesemua penyebut harga yang menghantar dokumen sebut harga
hendaklah menandatangani Surat Akuan Pembida bahawa penyebut
harga tidak akan menawar atau memberi rasuah sebagai sogokan untuk
mendapatkan kontrak. Wakil syarikat yang menandatangani Surat Akuan
Pembida hendaklah melampirkan Surat Perwakilan Kuasa
menandatangani bagi pihak syarikat sebagai tanda bahawa beliau
merupakan individu yang diberi kuasa berurusan dengan pihak Kerajaan
bagi urusan perolehan / perjanjian ini.
b. Penyebut harga yang berjaya dan telah dilantik secara rasmi oleh pihak
kerajaan sebagai juga dikehendaki menandatangani Surat Akuan Pembida
Berjaya bahawa beliau tidak akan memberi rasuah sebagai ganjaran
kerana mendapatkan kontrak. Wakil syarikat yang menandatangani Surat
Akuan Pembida Berjaya hendaklah juga melampirkan Surat Perwakilan
Kuasa dan menandatangani bagi pihak syarikat.
5. Borang Sebut harga
(i) Penawaran sebut harga hendaklah dibuat melalui borang-borang yang telah
disediakan dalam dokumen sebut harga seperti berikut:
a. Dokumen Kewangan
i. Jadual Tawaran Harga
ii. Surat Akuan Penyebut harga
iii. Surat Akuan Pembida (Penyebut harga)
(ii) Penyebut harga hendaklah membaca arahan-arahan dan syarat-syarat dalam
dokumen sebut harga serta menyemak kandungan dokumen dengan teliti
sebelum mengisi borang sebut harga. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat
yang telah ditetapkan mengakibatkan tawaran sebut harga tersebut tidak akan
dipertimbangkan.
(iii) Semua lampiran dalam dokumen sebut harga hendaklah diisi dengan lengkap
dan jelas serta mematuhi arahan yang ditetapkan.
4
SYARAT-SYARAT AM SEBUT HARGA
Tertakluk pada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain pelawaan ini, syarat-
syarat am yang berikut hendaklah dipakai, melainkan setakat mana syarat-syarat am itu
ditolak atau diubah dengan khususnya oleh penyebut harga.
1. Kelayakan Untuk Memasuki Sebut Harga
Penyebut harga bertaraf Bumiputera serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan
Malaysia (Ministry of Finance, MOF) .
2. Tawaran Harga
(i) Harga-harga yang ditawarkan adalah termasuk semua kos berkaitan dengan
perkhidmatan / bekalan / kerja seperti pengangkutan, peralatan, cukai dan
termasuk semua kos luar jangka yang berkaitan dengan skop dan spesifikasi
perkhidmatan (sekiranya berkaitan).
(ii) Harga yang ditawarkan dalam tawaran ini adalah tetap, harga bersih dalam
Ringgit Malaysia (RM) sahaja dan tidak boleh dipinda selepas penawaran
sebut harga ini ditutup serta akan berkuat kuasa dalam tempoh sah laku
sebut harga.
(iii) Harga yang ditawarkan oleh penyebut harga yang berjaya hendaklah dipatuhi
sepanjang masa dan tidak boleh dibuat sebarang perubahan kecuali atas
persetujuan bersama oleh kedua-dua pihak. Harga yang ditawarkan haruslah
mengikut mekanisme penggenap harga yang telah ditetapkan oleh Bank
Negara Malaysia iaitu dalam dua (2) titik perpuluhan sahaja.
(iv) Harga yang ditawarkan juga mestilah mengambil kira segala kos yang terlibat
semasa atau selepas tawaran, kos pentadbiran dan lain-lain kos yang
berkaitan termasuk cukai semasa yang ditetapkan oleh Kerajaan.
(v) DBP tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran yang terendah. Walau
bagaimanapun, harga yang ditawarkan oleh penyebut harga bukanlah nilai
muktamad yang akan ditetapkan oleh DBP sekiranya berjaya dalam
penawaran sebut harga ini.
(vi) Penyebut harga hanya boleh mengemukakan satu tawaran harga sahaja
Tawaran Pilihan (Alternative Offer) adalah tidak dibenarkan sama sekali dan
tidak akan dipertimbangkan.
5
3. Spesifikasi dan Skop
(i) Spesifikasi dan skop perkhidmatan / bekalan / kerja adalah seperti mana yang
dinyatakan dalam Lampiran. Penyebut harga hendaklah meneliti
perkhidmatan / bekalan / kerja yang diperlukan supaya tidak timbul masalah
kesilapan meletak harga.
(ii) Sebarang tuntutan yang timbul akibat daripada perbezaan di antara tafsiran
DBP dengan penyebut harga mengenai spesifikasi yang berkenaan tidak
akan dilayan.
(iii) Semua perkhidmatan / bekalan / kerja yang diberikan hendaklah tulen, baru
dan belum digunakan.
(iv) Sebut harga ini boleh ditawarkan bagi perkhidmatan / bekalan / kerja yang
setara serta bersesuaian dengan syarat butiran penuh mengenai
perkhidmatan / bekalan / kerja tersebut diberi.
(v) Penyebut harga adalah dikehendaki menaip atau menulis dengan jelas
segala maklumat yang diberikan dalam tawaran sebut harga. Tawaran sebut
harga dengan maklumat yang kabur, tidak jelas dan susah dibaca akan
ditolak.
4. Tawaran Lengkap
Penyebut harga dimestikan mengemukakan tawaran yang lengkap bagi tawaran
perkhidmatan / bekalan / kerja yang dinyatakan dalam Lampiran. Penyebut harga
yang gagal mengemukakan tawaran yang lengkap seperti yang dinyatakan dalam
lampiran-lampiran yang diperlukan boleh menyebabkan tawaran sebut harga
tersebut ditolak.
5. Pelanggaran Syarat-Syarat Sebut harga
(i) Penyebut harga yang memasuki sebut harga tidak boleh melanggar
perkara-perkara seperti berikut:
a) melakukan pakatan harga
b) memalsukan maklumat dengan tujuan menyertai sebut harga;
c) memalsukan tandatangan pada cap ‟Salinan Diakui Sah” dalam setiap
dokumen yang dikemukakan; dan
d) Lain-lain kesalahan yang dinyatakan dalam dokumen dan borang
sebut harga serta peraturan semasa yang sedang berkuat kuasa.
(ii) Penyebut harga yang berjaya memenangi sebut harga tidak boleh melanggar
syarat iaitu antaranya:
6
a) perkhidmatan / bekalan / kerja tidak mengikut spesifikasi
b) tidak menyerahkan Bon Pelaksanaan (sekiranya berkaitan) dalam
tempoh yang ditetapkan iaitu dalam tempoh 30 hari dari tarikh SST
dikeluarkan
c) didapati memajakkan mana-mana bahagian daripada tawaran ini
atau membuat apa-apa kontrak kecil (sub-contract); dan
d) lain-lain kesalahan yang dinyatakan dalam dokumen sebut harga /
dokumen tawaran serta peraturan-peraturan semasa yang sedang
berkuatkuasa.
(iii) Penyebut harga yang melanggar syarat sebut harga seperti di para 5(i) dan
5(ii) di atas boleh dikenakan tindakan seperti berikut:
a) Pembatalan SST
b) Amaran
c) Denda / Pemotongan
d) Rampasan Bon Pelaksanaan
e) Penamatan Kontrak
f) Senarai Hitam Syarikat
6. Tempoh Sah Laku Sebut harga
(i) Semua harga yang ditawarkan oleh penyebut harga hendaklah sah laku
(valid) dalam tempoh tidak kurang daripada sembilan puluh (90) hari daripada
tarikh tutup sebut harga.
(ii) Mana-mana penyebut harga yang mengemukakan tempoh sah laku harga
kurang daripada masa yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.
Walaubagaimanapun, tempoh ini boleh dilanjutkan dengan persetujuan
bersama secara bertulis oleh kedua-dua belah pihak jika dan apabila perlu.
7. Surat Setuju Terima
(i) DBP berhak menyetuju terima sebut harga ini sama ada kesemuanya
ataupun sebahagiannya daripadanya. DBP tidak terikat untuk menerima
mana-mana tawaran terendah atau mana-mana tawaran atau memberikan
apa-apa sebab atas penolakan sesuatu tawaran sebut harga.
(ii) Keputusan DBP adalah muktamad. DBP tidak akan melayan sebarang surat
menyurat yang berupa rayuan daripada penyebut harga mengenai sebab-
sebab tawaran mereka tidak berjaya.
(iii) SST hendaklah ditandatangani dan diserahkan kepada DBP dalam tempoh
14 hari dari tarikh SST dikeluarkan. Kegagalan menyerahkan kembali SST
7
dalam tempoh tersebut atau tempoh yang dinyatakan oleh DBP akan
menyebabkan tawaran sebut harga tersebut terbatal dengan sendirinya.
8. Bon Pelaksanaan
(i) Penyebut harga yang berjaya dikehendaki mengemukakan Bon Pelaksanaan
seperti berikut:
a) 2.5% daripada jumlah harga tawaran keseluruhan bagi perkhidmatan /
bekalan / kerja yang bernilai melebihi RM200,000.00 hingga
RM500,000.00.
b) 5% daripada jumlah harga tawaran keseluruhan bagi perkhidmatan /
bekalan / kerja yang bernilai melebihi RM500,000.00.
(ii) Penyebut harga hendaklah menyerahkan kepada DBP suatu Bon
Pelaksanaan dalam bentuk:-
a) Jaminan Bank atau Syarikat Kewangan yang dikeluarkan oleh Bank
atau Syarikat Kewangan berlesen di bawah Akta Bank dan Institusi
Kewangan 1989 (Akta 372) yang beroperasi di Malaysia;
b) Jaminan Bank Islam yang dikeluarkan oleh bank-bank berlesen di
bawah Akta Bank Islam 1983 (Akta 276) yang beroperasi di Malaysia;
c) Jaminan Insurans yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat insurans
yang berlesen di bawah Akta Insurans 1996 (Akta 553) yang
beroperasi di Malaysia;
d) Jaminan Takaful yang dikeluarkan oleh Syarikat Takaful yang berlesen
di bawah Akta Takaful 1984 (Akta 312); atau
e) Jaminan yang dikeluarkan oleh Bank Pembangunan Malaysia Berhad
(BPMB) dan Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME
Bank) yang beroperasi di Malaysia
(iii) Bon Pelaksanaan yang yang diserahkan oleh penyebut harga tidak boleh
batal dengan nilai dan peratusan dari nilai tawaran dalam tiga puluh hari (30)
hari dari tarikh SST atau dalam apa-apa tempoh yang dipersetujui secara
bertulis oleh DBP, sebagai jaminan bahawa penyebut harga tidak akan
melanggar dan akan mematuhi mana-mana terma-terma dan syarat-syarat
sebut harga ini dan, selain remedi yang diberikan kepada DBP dalam sebut
harga ini, DBP berhak mengambil atau merampas keseluruhan atau
sebahagian jumlah wang dalam Bon Pelaksanaan tersebut bagi apa-apa
pelanggaran terma-terma dan syarat-syarat dalam sebut harga ini dan / atau
jika tawaran sebut harga ini ditamatkan / dibatalkan sebelum perkhidmatan /
bekalan / kerja diselesaikan tanpa menyentuh apa-apa hak lain DBP dalam
perjanjian ini.
(iv) Nilai Bon Pelaksanaan hendaklah sentiasa tetap dan hendaklah berkuatkuasa
selama dua belas (12) bulan selepas tarikh penamatan.
8
(v) Jika jumlah wang dalam Bon Pelaksanaan:
a) diambil atau dirampas secara keseluruhan darinya, penyebut harga
hendaklah menggantikan Bon Pelaksanaan itu dengan Bon
Pelaksanaan baru sebagai gantian kepada keseluruhan jumlah wang
dalam Bon Pelaksanaan yang diambil atau dirampas; atau
b) diambil atau dirampas sebahagian daripadanya, penyebut harga
hendaklah mengemukakan Bon Pelaksanaan baru sebagai gantian
kepada bahagian jumlah wang dalam Bon Pelaksanaan yang diambil
atau dirampas.
(vi) Bon Pelaksanaan adalah menjadi sebahagian tawaran dan akan
dikembalikan kepada penyebut harga selepas tempoh yang dinyatakan di
para 8(iv) dan tertakluk kepada apa-apa pindaan, pengubahsuaian,
pengurangan atau potongan yang boleh dibuat oleh DBP mengikut syarat-
syarat dan terma-terma dalam tawaran sebut harga ini berhubung dengan
apa-apa pelanggaran terma-terma atau syarat-syarat yang dilakukan oleh
penyebut harga.
9. Pembayaran
(i) Semua pembayaran adalah dalam Ringgit Malaysia (RM).
(ii) Penyebut harga diberi peringatan untuk mengemukakan bil / tuntutan yang
lengkap dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh perkhidmatan /
bekalan / kerja disempurnakan untuk membolehkan bayaran dibuat dengan
segera.
(iii) DBP tidak akan bertanggungjawab atas kelewatan pembayaran kepada
penyebut harga jika bil / tuntutan tidak dihantar ataupun tidak lengkap dengan
segera dalam tempoh empat belas (14) hari.
(iv) Pembayaran akan dibuat bagi setiap pesanan oleh DBP yang disempurnakan
pembekalannya dan berdasarkan penerimaan sebenar oleh pihak DBP.
10. Menarik Balik Tawaran / Menolak Tawaran
(i) Penyebut harga tidak boleh menarik balik tawaran yang telah dikemukakan.
(ii) Penyebut harga juga tidak boleh menolak tawaran DBP sekiranya penyebut
harga berjaya mendapat tawaran tersebut. Jika penyebut harga berbuat
demikian, nama penyebut harga akan dikemukakan kepada MOF untuk
tindakan / disenarai hitamkan.
(iii) Perkara di para 10(i) dan 10(ii) hanya boleh dipertimbangkan sekiranya
penyebut harga mempunyai alasan yang munasabah dan dipersetujui oleh
pihak DBP.
9
11. Pemeriksaan
(i) DBP sentiasa berhak menghendaki perkhidmatan / bekalan / kerja diperiksa
atau diuji oleh seseorang pegawai yang dilantik olehnya dalam masa
pembuatan atau pada bila-bila masa lain sebelum penyerahan.
(ii) Penyebut harga hendaklah memberikan kemudahan pemeriksaan atau
pengujian apabila dikehendaki.
12. Perakuan Penentuan Telah Dipatuhi
Penyebut harga dikehendaki memperakui bahawa perkhidmatan / bekalan / kerja
yang mengikut skop, spesifikasi, syarat serta penentuan atau piawai (jika ada) yang
dinyatakan dalam pelawaan ini.
13. Penolakan
(i) Perkhidmatan / bekalan / kerja yang rendah mutunya atau yang berlainan
daripada perkhidmatan / bekalan / kerja yang telah dipersetujui dalam sebut
harganya boleh ditolak.
(ii) Apabila diminta, penyebut harga hendaklah meminda perkhidmatan / bekalan
/ kerja yang ditolak itu atas tanggungan dan perbelanjaannya sendiri, dan
hendaklah membayar balik kepada DBP segala perbelanjaan yang telah
dilakukan mengenai perkhidmatan / bekalan / kerja yang ditolak itu.
(iii) Syarat di 13(i) dan 13(ii) di atas ini tidak memudaratkan apa-apa hak DBP
untuk mendapatkan ganti rugi kerana kemungkiran tawaran sebut harga.
14. Insurans
Tiada apa-apa insurans ke atas perkhidmatan / bekalan / kerja dalam perjalanan
daripada negeri pembekal atau dalam Malaysia dikehendaki dimasukkan ke dalam
sebut harga.
15. Pembungkusan
(i) Harga yang ditawarkan diertikan sebagai termasuk belanja bungkusan dan
belanja pembungkusan.
(ii) Apa-apa kerugian atau kerosakan akibat bungkusan atau pembungkusan
yang tidak mencukupi atau yang cacat hendaklah diganti oleh penyebut
harga.
(iii) Bagi barangan yang diimport ke Malaysia, barangan hendaklah dibungkus
dengan bahan yang sesuai, melainkan jika mengikut norma perdagangan
barangan itu diimport dengan tidak dibungkus.
10
16. Pengenalan
Nama pembuat, jenama, nombor perniagaan atau nombor katalog dan negeri tempat
asal perkhidmatan / bekalan / kerja itu, jika berkenaan, hendaklah ditunjukkan.
17. Iklan
Tiada maklumat mengenai kontrak boleh disiarkan dalam sebarang akhbar, majalah
atau alat pengiklanan yang terkini melainkan jika pengiklanan itu telah dihantar dan
diluluskan oleh DBP terlebih dahulu.
18. Kerahsiaan
Semua maklumat yang berkaitan tawaran ini adalah sulit dan tidak boleh digunakan
untuk sebarang tujuan lain selain daripada tawaran ini sahaja.
19. Penamatan Tawaran
DBP berhak pada atau bila-bila masa menamatkan tawaran ini sekiranya didapati
perkhidmatan / bekalan / kerja yang diberi oleh penyebut harga tidak memuaskan.
20. Perubahan Syarat-Syarat
(i) DBP sentiasa berhak mengubah dari semasa ke semasa syarat-syarat yang
ditentukan untuk sebut harga ini dan mulai dari tarikh yang dinyatakan oleh
DBP.
(ii) Sekiranya sesuatu perubahan itu menyebabkan perubahan perbelanjaan bagi
perkhidmatan / bekalan / kerja maka perubahan perbelanjaan yang terlibat
dengan perubahan itu hendaklah dibuat dengan persetujuan kedua-dua pihak
secara bertulis.
21. Pertikaian
Apa-apa pertikaian yang terbit antara DBP dengan penyebut harga yang berjaya
mengenai pentafsiran, pengertian atau kuat kuasa tawaran, atau hak dan
tanggungan pihak-pihak di dalamnya atau apa-apa perkara yang terbit darinya atau
yang berhubung dengannya hendaklah, kecuali selain yang dipersetujui dengan
bertulis di antara DBP dengan penyebut harga yang berjaya, dirujukkan kepada
penimbangtaraan dua orang, seorang dilantik oleh DBP dan seorang oleh penyebut
harga.
22. Undang-Undang
Pelawaan dan tawaran sebut harga ini hendaklah ditafsirkan mengikut dan dikawal
oleh undang-undang Malaysia.
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
BAHAGIAN 1 – KENYATAAN TAWARAN
SEBUT HARGA DBP: 326/2021
KONTRAK PERKHIDMATAN PENGEDARAN BUKU TEKS SKIM PINJAMAN
BUKU PESANAN TAMBAHAN KEGUNAAN TAHUN 2021 BAGI NEGERI PERAK
1. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mempelawa syarikat yang berdaftar dengan
Kementerian Kewangan Malaysia (Ministry of Finance, MOF) dalam kod bidang 010102
iaitu Bahan Bacaan yang masih sah dan berkuat kuasa untuk mengemukakan tawaran
sebut harga.
2. Tawaran Teknikal dan Tawaran Kewangan hendaklah disediakan dalam sampul yang
berasingan dan berlakri. Syarikat tidak dibenarkan mencatat nama syarikat atau harga
dalam Tawaran Teknikal yang dikemukakan.
3. Setiap satu (1) sampul hendaklah dilabelkan “Tawaran Teknikal DBP/184/2021” dan
“Tawaran Kewangan DBP/184/2021” di sebelah kiri atas sampul. Kedua-dua sampul
tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam sampul besar dan dialamatkan kepada:
Bahagian Kewangan dan Bekalan,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Aras 27, Menara DBP,
Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur.
4. Setiap tawaran perlu dibuat tiga (3) salinan dan tawaran asal dilabel “ASAL” dan
salinan tawaran dilabelkan “SALINAN 1” dan “SALINAN 2”
5. Tawaran sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam peti sebut harga selewat-
lewatnya pada tarikh tutup sebut harga iaitu 17 September 2021 (Jumaat) pada atau
sebelum pukul 12.00 tengah hari.
6. Tawaran sebut harga tidak akan dipertimbangkan sekiranya:
(i) Syarikat lewat mengemukakan dokumen tawaran sebut harga;
(ii) Syarikat gagal mengemukakan dokumen wajib dengan lengkap seperti yang
dinyatakan dalam dokumen dan borang sebut harga;
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
(iii) Syarikat yang mempunyai rekod / prestasi buruk (surat amaran terakhir) dari
agensi kerajaan yang lain.
7. DBP tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan yang timbul secara langsung
atau tidak langsung terhadap dokumen sebut harga yang dikemukakan secara kiriman
pos.
8. DBP berhak untuk menerima keseluruhan atau sebahagian daripada tawaran sebut
harga mengikut pakej atau menerima tawaran pakej yang sama lebih daripada satu (1)
syarikat.
9. DBP tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran terendah atau mana-mana
tawaran atau memberikan apa-apa sebab atas penolakan sesuatu tawaran sebut
harga.
10. DBP tidak terikat untuk melantik hanya satu (1) syarikat yang berjaya dalam sebut
harga ini. DBP boleh melantik lebih daripada satu (1) syarikat pengedar mengikut
pecahan kawasan yang ada atas faktor kesegeraan dan tempoh masa yang singkat
untuk menyelesaikan pengedaran BTSP ke sekolah.
11. Keputusan sebut harga ini muktamad dan sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
BAHAGIAN 2 – ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA
SEBUT HARGA DBP: 326/2021
KONTRAK PERKHIDMATAN PENGEDARAN BUKU TEKS SKIM PINJAMAN
BUKU PESANAN TAMBAHAN KEGUNAAN TAHUN 2021 BAGI NEGERI PERAK
1. Syarikat tempatan yang berdaftar dengan MOF dalam kod 010102 iaitu Bahan
Bacaan yang masih sah tempoh pendaftaran dipelawa untuk menyertai sebut harga
ini.
2. Spesifikasi dan skop perkhidmatan yang ditawarkan hendaklah sama seperti yang
dinyatakan dalam dokumen sebut harga.
3. Perjanjian Kontrak
(i) Syarikat yang berjaya dikehendaki mengikat satu kontrak dengan DBP bagi
Kontrak Perkhidmatan Pengedaran Buku Teks Skim Pinjaman Terbitan
Dewan Bahasa dan Pustaka.
(ii) Syarikat perlu memenuhi syarat-syarat kontrak supaya perkhidmatan yang
diberikan dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna.
(iii) Syarikat yang berjaya mesti menanggung risiko berkaitan kontrak mengikut
syarat-syarat, spesifikasi dan jadual mestilah menurut status, peraturan,
undang-undang yang termaktub dalam kontrak.
4. Insurans
Syarikat bertanggungjawab menginsuranskan DBP dan pekerja daripada sebarang
risiko kemalangan berpunca daripada perkhidmatan yang dilaksanakan seperti
insurans Pampasan Pekerja-pekerja (Workmen Compensation), Insurans Liabiliti
Awam, Insurans Kerja bagi tempoh pelaksanaan perkhidmatan ini (mana yang
berkaitan).
5. Peraturan Pelaksanaan Perkhidmatan
(i) Pelaksanaan perkhidmatan tertakluk kepada peraturan yang dinyatakan
dalam perjanjian / kontrak dan peraturan DBP sedia ada.
(ii) Perkhidmatan yang dilaksanakan hendaklah mematuhi spesifikasi dan butir-
butir perkhidmatan dalam ringkasan sebut harga dan syarat-syarat yang
dinyatakan dalam dokumen ini.
(iii) Syarikat bersetuju bahawa penerangan spesifikasi perkhidmatan adalah jelas
dan menepati kehendak DBP seperti yang dinyatakan dalam dokumen sebut
harga.
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
6. Kegagalan Memulakan Perkhidmatan
Sekiranya syarikat gagal memulakan perkhidmatan mengikut tarikh yang telah
dipersetujui, pelantikan dan sebut harga adalah terbatal dengan sendirinya (tanpa
perlu diberikan notis peringatan).
7. Penolakan Bahan, Barang dan Perkhidmatan oleh Pegawai DBP
Pegawai DBP atau wakilnya berhak menolak bahan, barang dan perkhidmatan yang
tidak menepati spesifikasi. Bahan, barang dan perkhidmatan yang ditolak hendaklah
diganti dan sebarang kos yang terlibat hendaklah ditanggung oleh syarikat.
8. Percanggahan Dalam Dokumen Sebut Harga
Sekiranya syarikat mendapati ada percanggahan antara lukisan, senarai kuantiti dan
/ atau spesifikasi, syarikat hendaklah dengan serta-merta merujuk kepada Pegawai
DBP yang akan menyelesaikan atau menentukan yang mana perlu diikuti.
9. Perubahan Perkhidmatan
(i) Pegawai DBP boleh menurut budi bicaranya mengeluarkan arahan-arahan
yang berkehendakkan sesuatu perubahan perkhidmatan dengan secara
bertulis. Tiada apa-apa perubahan yang dikeluarkan oleh Pegawai DBP atau
disahkan kemudian oleh Pegawai DBP boleh membatalkan sebut harga ini.
(ii) Semua perubahan perkhidmatan dan / atau tambahan yang diluluskan oleh
Pegawai DBP akan diukur atau dinilai dengan menggunakan kadar harga
yang ada dalam Senarai Kuantiti / Ringkasan Sebut Harga. Jika tidak
terdapat sebarang kadar harga yang bersesuaian, kadar harga yang
dipersetujui oleh Pegawai DBP dan syarikat akan digunakan.
10. Kegagalan Menyiapkan Perkhidmatan dan Penamatan Pelaksanaan Kontrak
DBP berhak membatalkan kontrak atau memotong dan menahan bayaran sekiranya
syarikat berada dalam keadaan yang berikut:
(i) Gagal menyiapkan perkhidmatan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan
tanpa sebarang alasan. Sekiranya kontrak syarikat tidak dibatalkan, DBP
boleh mendapatkan perkhidmatan daripada punca lain dan segala
perbelanjaan tambahan yang terpaksa ditanggung oleh DBP akan dituntut
terus daripada syarikat.
(ii) Pelaksanaan perkhidmatan terlalu perlahan tanpa apa-apa sebab yang
munasabah. Bagi perkhidmatan yang terpaksa ditangguhkan kerana sebab-
sebab di luar kawalan syarikat seperti rusuhan, kekacauan awam, mogok,
kebakaran, banjir, bahaya laut atau seumpamanya, DBP boleh membenarkan
perlanjutan tempoh perkhidmatan tersebut dengan syarat syarikat perlu
mengemukakan notis sebab-sebab perkhidmatan tertangguh dan tempoh
masa yang diperlukan.
(iii) Tidak mematuhi arahan Pegawai DBP tanpa apa-apa alasan yang
munasabah.
(iv) Perkhidmatan yang disiapkan tidak mengikuti spesifikasi dan sempurna.
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
(v) Syarikat gagal mematuhi terma, syarat, spesifikasi dan skop perkhidmatan
seperti Bahagian 4.
11. Penahanan / Pemotongan Bayaran
Sekiranya perkhidmatan seperti yang dinyatakan dalam sebut harga ini tidak
dilakukan ataupun perkhidmatan tidak memuaskan, pihak DBP berhak memotong
sebahagian atau sepenuhnya daripada pembayaran berdasarkan harga tawaran
bagi setiap jenis item perkhidmatan ataupun menahan pembayaran atas
perkhidmatan item-item terbabit.
12. Peringatan Mengenai Kesalahan Rasuah
Peringatan mengenai kesalahan rasuah adalah dengan merujuk kepada Surat
Arahan Perbendaharaan rujukan S/K.Kew/PK/PP/1100/000000/10/31 Jld 26 SK. 7
(3) bertarikh 28 Februari 2009 seperti berikut:
(i) Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi,
meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada
mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah
di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997 (terkini Akta Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia 2009).
(ii) Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan
kepada mana- mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar
atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau balai polis yang berhampiran.
Kegagalan berbuat demikian merupakan suatu kesalahan di bawah Akta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
(iii) Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain tindakan tatatertib terhadap
anggota perkhidmatan awam dan menyenarai hitamkan syarikatatau pembekal
boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah
Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
(iv) Mana-mana syarikat atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran berkaitan
perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan dibekal mengikut
spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana
anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan
melakukan kesalahan bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
2009.
13. Integrity Pact Dalam Perolehan Kerajaan
Perkara ini adalah merujuk kepada Surat Arahan Perbendaharaan rujukan
S/K.Kew/PK/PP/1100/000000/10/31 Jld 29 SK. 2 (13) bertarikh 1 April 2010 seperti
berikut:
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
(i) Kesemua syarikat yang menghantar dokumen sebut harga hendaklah
menandatangani Surat Akuan Pembida bahawa syarikat tidak akan menawar
atau memberi rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan kontrak. Wakil
syarikat yang menandatangani Surat Akuan Pembida hendaklah melampirkan
Surat Perwakilan Kuasa menandatangani bagi pihak syarikat sebagai tanda
bahawa beliau merupakan individu yang diberi kuasa berurusan dengan pihak
Kerajaan bagi urusan perolehan / sebut harga ini.
(ii) Syarikatyang berjaya dan telah dilantik secara rasmi oleh pihak kerajaan
sebagai juga dikehendaki menandatangani Surat Akuan Pembida Berjaya
bahawa beliau tidak akan memberi rasuah sebagai ganjaran kerana
mendapatkan kontrak. Wakil syarikat yang menandatangani Surat Akuan
Pembida Berjaya hendaklah juga melampirkan Surat Perwakilan Kuasa dan
menandatangani bagi pihak syarikat.
14. Maklumat Lanjut
Sekiranya terdapat maklumat di dalam dokumen sebut harga yang tidak jelas atau
bercanggah, syarikatboleh menghubungi DBP seperti butiran berikut untuk
penjelasan lanjut:
Mengenai spesifikasi dan skop perkhidmatan
(i) Encik Azhar bin Mohamad Dora
No. Tel : 03-4101 0002
E-mel : azhar@dbp.gov.my
(ii) Encik Saifudin bin Abu Bakar
No. Tel : 03-4101 0004
E-mel : saifudin@dbp.gov.my
Mengenai dokumen sebut harga
(i) Puan Fairuz binti Yaacob.
No. Tel : 03-2147 9056
E-mel : fairuz@dbp.gov.my
(ii) Puan Rozalania binti Nasir
No. Tel : 03-2147 9061
E-mel : zalania@dbp.gov.my
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
BAHAGIAN 3 – SYARAT-SYARAT AM PENYEBUT HARGA
SEBUT HARGA DBP: 326/2021
KONTRAK PERKHIDMATAN PENGEDARAN BUKU TEKS SKIM PINJAMAN
BUKU PESANAN TAMBAHAN KEGUNAAN TAHUN 2021 BAGI NEGERI PERAK
1. Kelayakan untuk Memasuki Sebut harga
(i) Semua syarikat yang ingin menyertai sebut harga ini hendaklah berdaftar
dengan MOF dalam kod bidang kod 010102 iaitu Bahan Bacaan yang masih
sah tempoh pendaftaran dipelawa untuk menyertai sebut harga ini.
(ii) Syarikat hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen seperti yang berikut:
a. Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat
b. Salinan Sijil Akuan Syarikat Bumiputera (jika ada)
(iii) Dokumen-dokumen di atas hendaklah masih sah dan berkuat kuasa serta
diakui sah bagi setiap salinan dokumen oleh pegawai kerajaan dalam
Kumpulan Pengurusan dan Profesional / Pesuruhjaya Sumpah.
(iv) Syarikat hendaklah mengemukakan penyata bank / salinan penyata bank
yang disahkan bagi tiga (3) bulan terkini berturut-turut iaitu bagi bulan Mei,
Jun dan Julai 2021 seperti berikut:
a. Salinan Penyata bank asal / online banking statement bagi setiap
bulan mesti disahkan di setiap muka surat oleh pegawai bank. Cap
bank hendaklah mempunyai nama bank, nama dan no. ID pegawai
yang mengesahkan penyata tersebut;
b. Pengesahan salinan penyata bank hendaklah bercap dan
bertandatangan. Dokumen yang tidak menepati kriteria di atas tidak
diterima.
(v) Sekiranya syarikat mempunyai kemudahan kewangan dari bank / institusi
kewangan, syarikat hendaklah mengemukakan surat pengesahan daripada
bank / institusi yang berkaitan.
2. Tawaran Harga
(i) Harga-harga yang ditawarkan adalah termasuk semua kos berkaitan dengan
perkhidmatan ini (sekiranya berkaitan) seperti pengangkutan, peralatan, cukai
dan termasuk semua kos luar jangka yang berkaitan dengan Skop dan
Spesifikasi Perkhidmatan.
(ii) Harga yang ditawarkan dalam tawaran ini adalah tetap, iaitu dalam bentuk
peratusan kadar komisen (%) daripada nilai pesanan untuk setiap kawasan
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
dan tidak boleh dipinda selepas penawaran sebut harga ini ditutup serta akan
berkuat kuasa dalam tempoh sah laku sebut harga.
(iii) Harga yang ditawarkan oleh syarikat yang berjaya hendaklah dipatuhi
sepanjang masa kontrak berkuat kuasa dan tidak boleh dibuat sebarang
perubahan kecuali atas persetujuan bersama oleh kedua-dua pihak.
(iv) DBP tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran yang terendah. Walau
bagaimanapun, harga yang ditawarkan oleh syarikat bukanlah nilai kontrak
muktamad yang akan ditetapkan oleh DBP sekiranya berjaya dalam
penawaran sebut harga ini.
(v) Syarikat hanya boleh mengemukakan satu tawaran harga sahaja. Tawaran
Pilihan (Alternative Offer) adalah tidak dibenarkan sama sekali dan tidak akan
dipertimbangkan.
3. Spesifikasi dan Skop Perkhidmatan
(i) Spesifikasi dan skop perkhidmatan adalah seperti mana yang dinyatakan
dalam Bahagian 4. Syarikat hendaklah meneliti keperluan DBP supaya tidak
timbul masalah kesilapan meletak harga.
(ii) Sebarang tuntutan yang timbul akibat daripada perbezaan di antara tafsiran
DBP dengan syarikat mengenai spesifikasi yang berkenaan tidak akan
dilayan.
(iii) Syarikat adalah dikehendaki menaip atau menulis dengan jelas segala
maklumat yang diberikan dalam tawaran sebut harga. Tawaran sebut harga
dengan maklumat yang kabur, tidak jelas dan susah dibaca akan ditolak.
4. Pengalaman Syarikat
Syarikat juga perlu menyertakan pengalaman syarikat iaitu senarai pengalaman yang
telah atau sedang dilaksanakan oleh syarikat dengan mengisi ruangan Bahagian 5
berserta dokumen sokongan dan lain-lain sebagai bukti pengalaman.
5. Tawaran Lengkap
Syarikat dimestikan mengemukakan tawaran yang lengkap bagi tawaran
perkhidmatan ini yang dinyatakan dalam Bahagian 4 dan Bahagian 8. Syarikat yang
gagal mengemukakan tawaran yang lengkap seperti yang dinyatakan dalam
bahagian-bahagian yang diperlukan boleh menyebabkan tawaran sebut harga
tersebut ditolak.
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
6. Pelanggaran Syarat-Syarat Sebut harga / Kontrak
(i) Syarikat yang memasuki sebut harga tidak boleh melanggar perkara-
perkara seperti berikut:
a) melakukan pakatan harga;
b) memalsukan maklumat dengan tujuan menyertai sebut harga;
c) memalsukan tandatangan pada cap ‟Salinan Diakui Sah” dalam setiap
dokumen yang dikemukakan; dan
d) Lain-lain kesalahan yang dinyatakan dalam dokumen dan borang
sebut harga serta peraturan-peraturan semasa yang sedang berkuat
kuasa.
(ii) Syarikat yang berjaya memenangi sebut harga tidak boleh melanggar syarat
kontrak iaitu antaranya:
a) perkhidmatan tidak mengikut spesifikasi;
b) tidak menyerahkan Bon Pelaksanaan dalam tempoh yang ditetapkan
iaitu dalam tempoh 14 hari dari tarikh SST dikeluarkan;
c) didapati memajakkan mana-mana bahagian daripada kontrak ini
atau membuat apa-apa kontrak kecil (sub-contract); dan
d) lain-lain kesalahan yang dinyatakan dalam dokumen kontrak serta
peraturan-peraturan semasa yang sedang berkuatkuasa.
(iii) Syarikat yang melanggar syarat sebut harga / kontrak seperti di para 6(i) dan
6(ii) di atas boleh dikenakan tindakan seperti berikut:
a) Pembatalan SST
b) Amaran
c) Denda / Pemotongan
d) Rampasan Bon Pelaksanaan
e) Penamatan Kontrak
f) Senarai Hitam Syarikat
7. Tempoh Sah Laku Sebut harga
(i) Semua harga atau peratusan kadar komisen yang ditawarkan oleh syarikat
hendaklah sah laku (valid) dalam tempoh 90 hari.
(ii) Mana-mana syarikat yang mengemukakan tempoh sah laku harga kurang
daripada masa yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan. Walau
bagaimanapun, tempoh ini boleh dilanjutkan dengan persetujuan bersama
secara bertulis oleh kedua-dua belah pihak jika dan apabila perlu.
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
8. Surat Setuju Terima
(i) DBP berhak menyetujui terima sebut harga ini sama ada kesemuanya
ataupun sebahagiannya daripadanya. DBP tidak terikat untuk menerima
mana-mana tawaran terendah atau mana-mana tawaran atau memberikan
apa-apa sebab atas penolakan sesuatu tawaran sebut harga.
(ii) Keputusan DBP adalah muktamad. DBP tidak akan melayan sebarang surat
menyurat yang berupa rayuan daripada syarikat mengenai sebab-sebab
tawaran mereka tidak berjaya.
(iii) Syarikat yang berjaya dikehendaki menandatangani satu perjanjian kontrak
dengan DBP dan adalah terikat dengan syarat-syarat yang terkandung dalam
perjanjian tersebut.
(iv) SST hendaklah ditandatangani dan diserahkan kepada DBP dalam tempoh
tiga (7) hari dari tarikh SST dikeluarkan. Kegagalan menyerahkan kembali
SST dalam tempoh tersebut atau tempoh yang dinyatakan oleh DBP akan
menyebabkan tawaran sebut harga tersebut terbatal dengan sendirinya.
9. Bon Pelaksanaan
(i) Syarikat yang berjaya dikehendaki mengemukakan Bon Pelaksanaan seperti
berikut:
a) 2.5% daripada jumlah harga kontrak bagi kontrak bekalan /
perkhidmatan yang bernilai melebihi RM200,000.00 hingga
RM500,000.00.
b) 5% daripada jumlah harga kontrak bagi kontrak bekalan/perkhidmatan
yang bernilai melebihi RM500,000.00.
(ii) Syarikat hendaklah menyerahkan kepada DBP suatu Bon Pelaksanaan dalam
bentuk:-
a) Jaminan Bank atau Syarikat Kewangan yang dikeluarkan oleh Bank
atau Syarikat Kewangan berlesen di bawah Akta Bank dan Institusi
Kewangan 1989 (Akta 372) yang beroperasi di Malaysia;
b) Jaminan Bank Islam yang dikeluarkan oleh bank-bank berlesen di
bawah Akta Bank Islam 1983 (Akta 276) yang beroperasi di Malaysia;
c) Jaminan Insurans yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat insurans
yang berlesen di bawah Akta Insurans 1996 (Akta 553) yang
beroperasi di Malaysia;
d) Jaminan Takaful yang dikeluarkan oleh Syarikat Takaful yang berlesen
di bawah Akta Takaful 1984 (Akta 312); atau
e) Jaminan yang dikeluarkan oleh Bank Pembangunan Malaysia Berhad
(BPMB) dan Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME
Bank) yang beroperasi di Malaysia
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
(iii) Bon Pelaksanaan yang diserahkan oleh syarikat tidak boleh batal dengan nilai
dan peratusan dari nilai perjanjian dalam tiga puluh hari (30) hari dari tarikh
SST atau dalam apa-apa tempoh yang dipersetujui secara bertulis oleh DBP,
sebagai jaminan bahawa syarikat tidak akan melanggar dan akan mematuhi
mana-mana terma-terma dan syarat-syarat perjanjian sebut harga ini dan,
selain remedi yang diberikan kepada DBP dalam perjanjian ini, DBP berhak
mengambil atau merampas keseluruhan atau sebahagian jumlah wang dalam
Bon Pelaksanaan tersebut bagi apa-apa pelanggaran terma-terma dan
syarat-syarat dalam perjanjian ini dan / atau jika perjanjian ini ditamatkan
sebelum tarikh penamatan tanpa menyentuh apa-apa hak lain DBP dalam
perjanjian ini.
(iv) Nilai Bon Pelaksanaan hendaklah sentiasa tetap dan hendaklah berkuatkuasa
selama dua belas (12) bulan selepas tarikh penamatan.
(v) Jika jumlah wang dalam Bon Pelaksanaan:
a) diambil atau dirampas secara keseluruhan darinya, syarikathendaklah
menggantikan Bon Pelaksanaan itu dengan Bon Pelaksanaan baru
sebagai gantian kepada keseluruhan jumlah wang dalam Bon
Pelaksanaan yang diambil atau dirampas; atau
b) diambil atau dirampas sebahagian daripadanya, syarikathendaklah
mengemukakan Bon Pelaksanaan baru sebagai gantian kepada
bahagian jumlah wang dalam Bon Pelaksanaan yang diambil atau
dirampas.
(vi) Bon Pelaksanaan adalah menjadi sebahagian perjanjian dan akan
dikembalikan kepada syarikat selepas tempoh yang dinyatakan di para 9(iv)
dan tertakluk kepada apa-apa pindaan, pengubahsuaian, pengurangan atau
potongan yang boleh dibuat oleh DBP mengikut syarat-syarat dan terma-
terma dalam perjanjian ini berhubung dengan apa-apa pelanggaran terma-
terma atau syarat-syarat yang dilakukan oleh syarikat.
10. Menarik Balik Tawaran / Menolak Tawaran
(i) Syarikat tidak boleh menarik balik tawaran yang telah dikemukakan.
(ii) Syarikat juga tidak boleh menolak tawaran DBP sekiranya syarikat berjaya
mendapat tawaran tersebut. Jika syarikat berbuat demikian, nama syarikat
akan dikemukakan kepada MOF untuk tindakan / disenarai hitamkan.
(iii) Perkara di para 10(i) dan 10(ii) hanya boleh dipertimbangkan sekiranya
syarikat mempunyai alasan yang munasabah dan dipersetujui oleh pihak
DBP.
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
11. Perjanjian
(i) Syarikat yang berjaya adalah diwajibkan mengikat suatu perjanjian dengan
DBP.
(ii) Syarat-syarat dalam Bahagian 4 dan Bahagian 8 serta syarat-syarat dalam
SST adalah menjadi sebahagian daripada syarat-syarat perjanjian.
(iii) Syarikat yang berjaya dikehendaki menyediakan salinan-salinan fotostat
dokumen perjanjian asal. Perbelanjaan tersebut akan ditanggung oleh
syarikat yang berjaya.
(iv) Segala perbelanjaan bagi penyediaan dokumen perjanjian dan juga proses
mematikan setem adalah ditanggung oleh syarikat berjaya.
12. Tempoh Perkhidmatan
Tempoh perkhidmatan adalah bermula daripada tarikh SST ditandatangani sehingga
tarikh terakhir perkhidmatan yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, DBP adalah
berhak menentukan tempoh kontrak yang sebenarnya.
13. Pembayaran
(i) Semua pembayaran adalah dalam Ringgit Malaysia (RM).
(ii) Syarikat adalah diberi peringatan untuk mengemukakan bil / tuntutan yang
lengkap dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh bekalan /
perkhidmatan dibekalkan atau kerja disempurnakan untuk membolehkan
bayaran dibuat dengan segera.
(iii) DBP tidak akan bertanggungjawab atas kelewatan pembayaran kepada
syarikat jika bil / tuntutan tidak dihantar ataupun tidak lengkap dengan segera
dalam tempoh empat belas (14) hari.
(iv) Pembayaran akan dibuat bagi setiap pesanan oleh DBP yang disempurnakan
perkhidmatannya berdasarkan penerimaan sebenar oleh pihak DBP.
14. Iklan
Tiada maklumat mengenai kontrak boleh disiarkan dalam sebarang akhbar, majalah
atau alat pengiklanan yang terkini melainkan jika pengiklanan itu telah dihantar dan
diluluskan oleh DBP terlebih dahulu.
15. Kerahsiaan
Semua maklumat yang berkaitan tawaran ini adalah sulit dan tidak boleh digunakan
untuk sebarang tujuan lain selain daripada tawaran ini sahaja.
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
16. Penamatan Perjanjian
DBP berhak pada atau bila-bila masa menamatkan kontrak ini sekiranya didapati
perkhidmatan yang diberi oleh syarikat tidak memuaskan.
17. Perubahan Syarat-Syarat
(i) DBP sentiasa berhak mengubah dari semasa ke semasa syarat-syarat yang
terkandung dalam perjanjian dan mulai dari tarikh yang dinyatakan oleh DBP.
(ii) Sekiranya sesuatu perubahan itu menyebabkan perubahan perbelanjaan bagi
perkhidmatan maka perubahan perbelanjaan yang terlibat dengan perubahan
itu hendaklah dibuat dengan persetujuan kedua-dua pihak secara bertulis.
18. Pertikaian
Apa-apa pertikaian yang terbit antara DBP dengan syarikat yang berjaya mengenai
pentafsiran, pengertian atau kuat kuasa perjanjian, atau hak dan tanggungan pihak-
pihak di dalamnya atau apa-apa perkara yang terbit darinya atau yang berhubung
dengannya hendaklah, kecuali selain yang dipersetujui dengan bertulis di antara
DBP dengan syarikat yang berjaya, dirujukkan kepada penimbangtaraan dua orang,
seorang dilantik oleh DBP dan seorang oleh syarikat.
19. Undang-Undang
Perjanjian ini hendaklah ditafsirkan mengikut dan dikawal oleh undang-undang
Malaysia.
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA f
BAHAGIAN 4 – SPESIFIKASI DAN SKOP PERKHIDMATAN
SEBUT HARGA DBP: 326/2021
KONTRAK PERKHIDMATAN PENGEDARAN BUKU TEKS SKIM PINJAMAN
BUKU PESANAN TAMBAHAN KEGUNAAN TAHUN 2021 BAGI NEGERI PERAK
1. Perincian Spesifikasi
Perincian spesifikasi bagi Kontrak Perkhidmatan Pengedaran Buku Teks Skim
Pinjaman Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka adalah seperti yang berikut:
Penyediaan Stor
(i) Syarikat perlu menyediakan stor yang berkeluasan memadai untuk
menampung stok yang akan diterima dalam satu-satu masa (berdasarkan
maklumat anggaran jumlah naskhah yang diberikan).
Keupayaan dan Kemudahan
(i) Syarikat perlu menyediakan bilangan staf serta kemudahan seperti
kenderaan, forklift dan keperluan lain (contoh: komputer dan pencetak) yang
mencukupi bagi melaksanakan operasi dengan cekap dan berkesan serta
dapat mematuhi tempoh pengedaran yang telah ditetapkan.
Kualiti
(i) Sekiranya perkhidmatan yang diberikan tidak menepati kualiti atau buku
teks/bahan terbitan DBP rosak semasa dalam simpanan syarikat, syarikat
dikehendaki membekalkan semula tanpa kos tambahan kepada DBP.
Keselamatan dan Kesempurnaan
(i) Keselamatan dan kesempurnaan bekalan/perkhidmatan mestilah dikawal
selia sendiri oleh syarikat.
Perlindungan Insurans
(i) Syarikat perlu menyediakan perlindungan insurans bagi keselamatan buku
teks/bahan terbitan yang berada dalam simpanan dan semasa proses
penghantaran ke sekolah.
Penambahan atau Pengurangan Spesifikasi
(i) DBP berhak untuk menambah / mengurangkan apa-apa item spesifikasi
seperti yang disenaraikan di dalam spesifikasi sebut harga. Sekiranya timbul
apa-apa penambahan, DBP akan membuat bayaran berdasarkan kadar
harga yang dinyatakan di dalam sebut harga. Bagi item-item yang
dikurangkan, pengurangan bayaran akan dibuat ke atas kos yang dinyatakan.
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA f
2. Skop Perkhidmatan
(i) Menerima data pesanan dan dokumen lain (senarai BTBTR 481 dan penyata
peruntukan stok). Sijil Akuan Penerimaan (SAP) hendaklah dicetak sebanyak
5 salinan dan disemak berdasarkan senarai BTBTR 481.
(ii) Memuat turun aplikasi Sistem Pemantauan dan Pengedaran (SPP) di dalam
“Playstore” bagi tujuan melaksanakan proses pengimbasan Kod QR pada
setiap penerimaan Buku Teks Skim Pinjaman (BTSP).
(iii) Semasa menerima bekalan BTSP, Pengedar hendaklah menyemak
berdasarkan penyata peruntukan stok dan mengimbas kod QR pada palet
atau bungkusan serta menurunkan tandatangan pengesahan terima pada
nota serahan.
(iv) Bagi tujuan penghantaran BTSP ke sekolah-sekolah, Pengedar hendaklah
mencetak Nota Serahan Sekolah (NSS) sebanyak 3 salinan dan memastikan
pihak sekolah menurunkan tandatangan pada NSS serta mengimbas
dokumen tersebut. Di samping NSS tersebut, Pengedar juga perlu
memastikan pihak sekolah menurunkan tandatangan pada SAP setelah
BTSP lengkap dibekalkan.
(v) Menyediakan laporan status penerimaan dan pembekalan BTSP ke sekolah.
Laporan perlu dikemukakan kepada DBP setiap hari melalui imbasan
pengesahan SAP yang telah lengkap.
(vi) Menyusun dan memastikan semua dokumen tuntutan adalah lengkap
mengikut pesanan sebelum menyerahkan kepada DBP dan pihak yang
berkenaan (Jabatan Pendidikan Negeri atau Bahagian Sumber dan Teknologi
Pendidikan (BSTP), Kementerian Pendidikan Malaysia) seperti berikut :
DBP
a) 2 Salinan Asal SAP
b) Invois Syarikat
c) 1 Salinan Nota Serahan Sekolah (NSS)
d) Senarai BTBTR 481
JPN/BSTP
a) 1 Salinan Asal SAP
b) Senarai BTBTR 481
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA f
BIL. NEGERI KAWASAN DAERAH
1. PERAK
A01
BATANG PADANG/MUALLIM
HILIR PERAK
CAMERON HIGHLAND
A02 MANJONG
PERAK TENGAH
A03 KINTA
KUALA KANGSAR
A04
HULU PERAK
KERIAN
LARUT MATANG
Saya bersetuju / tidak bersetuju* dengan spesifikasi dan skop perkhidmatan yang ditawarkan.
ll ll Tandatangan Penyebut Harga Tandatangan Saksi Nama Syarikat
: Nama Saksi
:
Jawatan :
Jawatan :
Tarikh : Tarikh :
Catatan: * - potong yang mana tidak berkenaan
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA f
BAHAGIAN 5 - LATAR BELAKANG DAN PENGALAMAN
SEBUT HARGA DBP: 326/2021
KONTRAK PERKHIDMATAN PENGEDARAN BUKU TEKS SKIM PINJAMAN
BUKU PESANAN TAMBAHAN KEGUNAAN TAHUN 2021 BAGI NEGERI PERAK
A. MAKLUMAT SYARIKAT 1. Nama Syarikat : ______________________________________________________
1.1 Alamat Pejabat : ______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
1.2 No. Telefon : ______________________________________________________
1.3 No. Faksimile : ______________________________________________________
1.4 E-mel Syarikat : ______________________________________________________
1.5 No. Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia : ___________________________
1.6 No. Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia : ___________________________
Status Bumiputera / Bukan Bumiputera (Ya / Tidak) : ___________________________
(Sertakan salinan sijil pendaftaran berkenaan)
2. Modal Dibenarkan : RM ___________________________________________________
Modal Berbayar : RM ___________________________________________________
3. Kedudukan Kewangan :
3.1 Baki akaun bank tertinggi : RM ________________________________________
3.2 Baki akaun bank terendah : RM ________________________________________
3.3 Kemudahan Pinjaman Dimiliki : RM ________________________________________
3.4 Nilai Aset Semasa : RM ________________________________________
3.5 Nilai Liabiliti Semasa : RM ________________________________________
Sila lampirkan:
i. Salinan akaun syarikat yang telah disahkan dan diaudit
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA f
ii. Penyata Bank untuk tiga (3) bulan terakhir (Mei, Jun dan Julai 2021).
4. Profil Syarikat :
(i) Pengarah :
Bil. Nama
1.
2.
3.
4.
5.
(ii) Pemegang Saham :
Bil. Nama Peratus Pegangan Saham (%)
1.
2.
3.
4.
5.
…………………………………………….......... (Tandatangan) Nama : Jawatan :
Cap Syarikat : Tarikh :
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA f
B. MAKLUMAT PEKERJA Maklumat yang diberi mestilah yang terkini berdasarkan penghantaran Buku Teks Skim Pinjaman tahun lepas atau yang terakhir.
1. Ringkasan maklumat pekerja syarikat:
BIL. KATEGORI BILANGAN ORANG
i. Staf pentadbiran / penyediaan dokumen
ii. Staf pengurusan stor
iii. Staf penghantaran dan pemandu
2. Keterangan lanjut maklumat pekerja seperti yang berikut : (i) Staf pentadbiran / penyediaan dokumentasi
BIL. NAMA NO. KAD
PENGENALAN JAWATAN NO. TELEFON
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA f
(ii) Staf pengurusan stor.
BIL. NAMA NO. KAD
PENGENALAN JAWATAN NO. TELEFON
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA f
(ii) Staf penghantaran dan pemandu.
BIL. NAMA NO. KAD
PENGENALAN JAWATAN NO. TELEFON
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
Sila lampirkan : i. Bukti yang menyokong kenyataan di atas, contohnya caruman KWSP / PERKESO / surat
lantikan kerja / slip bayaran gaji pekerja dan lain-lain yang terkini.
• sila sertakan lampiran tambahan jika ruangan ini tidak mencukupi.
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA f
C. MAKLUMAT LOGISTIK
Maklumat yang diberi mestilah yang terkini berdasarkan penghantaran Buku Teks Skim Pinjaman tahun lepas atau yang terakhir.
1. Maklumat terperinci logistik seperti yang berikut :
(i) Maklumat Stor.
MAKLUMAT STOR
Daerah / Negeri :
Alamat Stor
:
Pemilikan : ( Hak milik / Sewa )
Luas Stor : (Dalam kaki persegi: _______ lebar X ______ panjang)
Sila lampirkan : i. Sila gunakan lampiran tambahan sekiranya terdapat penambahan stor di lain-lain
negeri/daerah. ii. Gambar terkini stor (pemandangan hadapan pintu masuk dan dalaman stor).
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA f
ii) Maklumat kenderaan.
BIL. JENIS KENDERAAN /
MODEL NO. PENDAFTARAN
STATUS (BELI / SEWA)
1. Lori :
1.1
1.2
1.3
2. Van :
2.1
2.2
2.3
3. Kereta :
3.1
3.2
3.3
4. Forklift :
4.1
4.2
4.3
Sila lampirkan : i. Gambar kenderaan. ii. Salinan geran kenderaan / perjanjian sewa. • Sila sertakan lampiran tambahan jika ruangan ini tidak mencukupi
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA f
iii) Maklumat Kelengkapan Pengurusan Pejabat.
BIL. JENIS KUANTITI
1. Komputer :
1.1
1.2
1.3
2. Pencetak :
2.1
2.2
2.3
3. Mesin fotostat :
3.1
3.2
3.3
4. Pengimbas :
4.1
4.2
4.3
Sila lampirkan : i. Gambar bagi setiap kelengkapan yang telah dinyatakan seperti di atas. • Sila sertakan lampiran tambahan jika ruangan ini tidak mencukupi
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA f
D. PENGALAMAN PENYEBUT HARGA Maklumat yang diberi mestilah yang terkini berdasarkan penghantaran Buku Teks Skim Pinjaman tahun lepas atau yang terakhir. i. Kawasan pengedaran :
Negeri :
BIL. NAMA DAERAH BILANGAN SEKOLAH
RENDAH MENENGAH
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
Sila lampirkan :
i. Sila gunakan borang tambahan sekiranya terdapat penambahan negeri dan daerah.
ii. Surat pelantikan sebagai penghantar BTSP daripada penerbit dan lain-lain. iii. Satu (1) salinan Sijil Akuan Penerimaan bagi sekolah rendah dan sekolah
menengah yang telah ditandatangani oleh pihak sekolah bagi setiap daerah yang dinyatakan sebagai dokumen pembuktian.
iv. Lain-lain dokumen sebagai pembuktian penghantaran buku ke sekolah.
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA f
SEBUT HARGA DBP: 184/2021
KONTRAK PERKHIDMATAN PENGEDARAN BUKU TEKS SKIM PINJAMAN
BUKU PESANAN TAMBAHAN KEGUNAAN TAHUN 2021 BAGI NEGERI PERAK
…………………………………………….......... (Tandatangan) Nama : Jawatan :
Cap Syarikat : Tarikh :
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA f
BAHAGIAN 6 – SURAT AKUAN PENYEBUT HARGA
Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Bahagian Kewangan dan Bekalan, Aras 27, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Tuan,
SEBUT HARGA DBP: 184/2021 KONTRAK PERKHIDMATAN PENGEDARAN BUKU TEKS SKIM PINJAMAN BUKU
PESANAN TAMBAHAN KEGUNAAN TAHUN 2021 BAGI NEGERI PERAK
Saya / kami yang bertandatangan di bawah, dengan ini mengemukakan tawaran bagi Kontrak Perkhidmatan Pengedaran Buku Teks Skim Pinjaman Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang di sebut harga dengan kadar peratusan komisen yang telah ditentukan dalam Bahagian 8 - Jadual Tawaran Harga. Tawaran ini sah laku untuk tempoh selama 90 hari dari tarikh sebut harga ini ditutup. 2. Saya / kami yang bertandatangan di bawah ini bersetuju sepenuhnya:
a. Bahawa tawaran ini akan dijadikan asas DBP untuk penerimaan tawaran kami; b. Bahawa DBP tidak terikat untuk menerima sebut harga dengan harga yang
terendah atau mana-mana sebut harga atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu sebut harga;
c. Bahawa DBP berhak untuk menerima keseluruhan atau sebahagian daripada
tawaran Syarikat mengikut pakej atau menerima tawaran pakej yang sama lebih daripada satu Syarikat;
d. Bahawa keputusan Lembaga Perolehan DBP adalah muktamad; e. Bahawa sekiranya tawaran kami diterima maka satu kontrak yang formal akan
ditandatangani antara pihak kami dengan DBP selaras dengan tawaran yang diberikan;
f. Bahawa sekiranya tawaran kami diterima maka kami akan mengemukakan
dalam tempoh empat belas (14) hari selepas penerimaan Surat Setuju Terima Sebut harga tetapi sebelum bermulanya perkhidmatan, perkara yang berikut:
● Bon Pelaksanaan sebanyak 2.5% atau 5% daripada / serta tertakluk
tawaran harga
g. Bahawa Surat Akuan Sebut harga (Borang Sebut harga) berserta dengan surat Setuju Terima Sebut harga ini hendaklah menjadi sebahagian daripada kontrak yang mengikat antara DBP dengan Syarikat walaupun kontrak yang formal belum dilaksanakan;
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA f
h. Bahawa sekiranya kami menolak tawaran ini atau jika maklumat yang diberikan adalah palsu, DBP boleh menarik balik penganugerahan sebut harga yang diberikan dan membawa kes ini ke Mahkamah; dan
i. Bahawa kami akan mematuhi segala syarat seperti mana yang dinyatakan di
dalam dokumen sebut harga.
Bagi pihak Syarikat:
Tandatangan Syarikat : ll
Nama Penuh : ll
No Kad Pengenalan : ll
Alamat/Cap Syarikat : ll
ll
ll
Di hadapan:
Tandatangan Saksi : ll
Nama Penuh Saksi : ll
No Kad Pengenalan Saksi : ll
Alamat/Cap Syarikat : ll
ll
ll
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA f
BAHAGIAN 7 - SURAT AKUAN PEMBIDA
SEBUT HARGA DBP: 326/2021
KONTRAK PERKHIDMATAN PENGEDARAN BUKU TEKS SKIM PINJAMAN
BUKU PESANAN TAMBAHAN KEGUNAAN TAHUN 2021 BAGI NEGERI PERAK
Saya,................................................................no. kad pengenalan.......................................
yang mewakililno. Pendaftaran........................................ dengan ini mengisytiharkan bahawa
saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau
memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Dewan Bahasa dan Pustaka atau
mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam sebut harga seperti di atas.
Bersama-sama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti
tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.
2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati
bersalah menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam
Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih
dalam sebut harga seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-
tindakan berikut diambil:
2.1 penarikan balik tawaran kontrak bagi sebut harga di atas; atau
2.2 penamatan kontrak bagi sebut harga di atas; dan
2.3 tindakan tatatertib lain-lain mengikut peraturan perolehan Kerajaan.
3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau
mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam
sebut harga seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan
tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai
polis yang berhampiran.
Yang benar,
.....................................................................
Nama :
No. Kad Pengenalan :
Cap Syarikat :
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA f
BAHAGIAN 8 – JADUAL TAWARAN HARGA
SEBUT HARGA DBP: 326/2021 KONTRAK PERKHIDMATAN PENGEDARAN BUKU TEKS SKIM PINJAMAN
BUKU PESANAN TAMBAHAN KEGUNAAN TAHUN 2021 BAGI NEGERI PERAK
1. Nama
Syarikat : ________________________________________________________________
2. Alamat
Syarikat : ________________________________________________________________
________________________________________________________________ 3. Pengakuan
Syarikat : Saya / kami bersetuju menerima syarat-syarat serta spesifikasi pelawaan sebut
harga DBP/184/2021 dengan harga yang disahkan seperti yang berikut:
KAWASAN PENGEDARAN BTSP BUKU TEKS SKIM PINJAMAN BUKU TERBITAN BAHARU BAGI TERBITAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
BIL. NEGERI KAWASAN DAERAH BILANGAN SEKOLAH
BILANGAN NASKHAH
NILAI PESANAN
(RM)
% KADAR KOMISEN RENDAH MENENGAH
1 PERAK
A01
BATANG PADANG / MUALLIM
101 27 35,907 464,722.20
HILIR PERAK
112 28 30,918 414,904.00
CAMERON HIGHLAND
25 3 4,898 64,360.10
A02
MANJONG 87 24 43,693 564,618.60
PERAK TENGAH
59 17 22,976 296,345.10
A03
KINTA 185 74 120,104 1,589,943.00
KUALA
KANGSAR 91 25 30,857 409,732.20
A04
HULU PERAK
56 16 21,303 264,657.10
KERIAN 70 23 31,192 410,200.60
LARUT MATANG / SELAMA
113 37 51,464 678,268.20
ll ll Tandatangan Syarikat Tandatangan Saksi Nama Syarikat : Nama Saksi : Jawatan : Jawatan : Tarikh : Tarikh :
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA f
BAHAGIAN 9 – SENARAI SEMAK
SEBUT HARGA DBP: 326/2021 KONTRAK PERKHIDMATAN PENGEDARAN BUKU TEKS SKIM PINJAMAN
BUKU PESANAN TAMBAHAN KEGUNAAN TAHUN 2021 BAGI NEGERI PERAK
Sila tandakan bagi dokumen yang disertakan.
Bil Perkara Pengesahan
Syarikat Pengesahan
DBP
Sampul Kewangan (Dokumen Wajib)
1. Bahagian 5 – (A) Maklumat Syarikat yang telah lengkap ditandatangani.
2. Bahagian 6 - Surat Akuan Sebut harga yang telah dilengkapkan dan ditandatangani.
3. Bahagian 7 - Surat Akuan Pembida yang telah dilengkapkan dan ditandatangani.
4. Bahagian 8 - Jadual Tawaran Harga yang telah dilengkapkan dan ditandatangani.
5. Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang telah disahkan oleh Setiausaha Syarikat
6. Form 24, Form 49 yang disahkan oleh Setiausaha Syarikat
7. Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat dengan MOF yang telah disahkan
8. Akaun syarikat yang telah disahkan dan diaudit
9. Penyata bulanan akaun bank syarikat bagi 3 bulan terakhir yang telah disahkan (September, Oktober dan November 2020).
Sampul Kewangan (Dokumen Tambahan)
1. Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera dengan MOF (sekiranya ada)
2. Penyerahan profil syarikat / contoh / katalog
3. Dokumen pengesahan / perakuan menunjukkan syarikat mempunyai sumber kewangan lain seperti kemudahan pembiayaan yang disahkan
4. Surat pengesahan prestasi syarikat yang dikeluarkan oleh syarikat / agensi lain yang telah disahkan (jika ada).
Sampul Teknikal (Dokumen Wajib)
1. Bahagian 5 – (B) Maklumat Pekerja, (C) Maklumat Logistik dan (D) Pengalaman Penyebut Harga (tanpa nama syarikat) yang telah lengkap ditandatangani.
2. Bahagian 4 - Spesifikasi dan Skop Perkhidmatan yang telah dipersetujui dan lengkap ditandatangani.
√
SURAT AKUAN PEMBIDA
SEBUT HARGA DBP 326/2021: KONTRAK PERKHIDMATAN PENGEDARAN BUKU TEKS SKIM PINJAMAN BUKU PESANAN TAMBAHAN
KEGUNAAN TAHUN 2021 BAGI NEGERI PERAK
Saya,l lno. kad pengenalanl lyang mewakilil
lno. pendaftaranl ldengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang
mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Dewan
Bahasa dan Pustaka atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam sebut harga seperti di atas.
Bersama-sama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk
membuat pengisytiharan ini.
2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah menawar atau
memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana individu lain
sebagai sogokan untuk dipilih dalam sebut harga seperti di atas, maka saya sebagai w2kil syarikat bersetuju
tindakan-tindakan berikut diambil:
2.1 penarikan balik tawaran kontrak bagi sebut harga di atas; atau
2.2 penamatan kontrak bagi sebut harga di atas; dan
2.3 tindakan tatatertib lain-lain mengikut peraturan perolehan Kerajaan.
3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana individu
yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam sebut harga seperti di atas, maka saya
berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Rasuah
Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran.
Yang benar,
.....................................................................
Nama :
No. Kad Pengenalan :
Cap Syarikat :
SURAT AKUAN PENYEBUT HARGA
Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Tuan,
SEBUT HARGA DBP 326/2021: KONTRAK PERKHIDMATAN PENGEDARAN BUKU TEKS SKIM PINJAMAN BUKU PESANAN TAMBAHAN
KEGUNAAN TAHUN 2021 BAGI NEGERI PERAK
Di bawah dan tertakluk kepada Arahan Sebut Harga, saya yang menurunkan tandatangan di bawah ini adalah dengan ini mengambil bahagian dalam sebut harga seperti di atas mengikut spesifikasi yang ditetapkan dalam Dokumen Sebut Harga.
2. Saya bersetuju menerima, mematuhi dan terikat dengan syarat-syarat Spesifikasi Sebut Harga ini dan bersetuju di atas harga yang ditawarkan sebanyak RMl l(Ringgit Malaysia:l )) 3. Saya juga bersetuju untuk menerima kesemua atau sebahagian daripada item yang ditawarkan dan sedia mengikut kehendak dan pertimbangan DBP. Saya juga bersetuju bahawa harga yang saya nyatakan dalam dokumen sebut harga ini akan sah laku dan tidak ditarik balik dalam tempoh sembilan puluh (90) hari dari tarikh tutup sebut harga.
4. Selanjutnya saya bersetuju sekiranya sebut harga saya diterima, satu Surat Pesanan atau Surat Tawaran (mana yang berkenaan) akan dikeluarkan dan saya akan menyempurnakan perolehan bekalan atau perkhidmatan atau kerja tersebut dengan DBP.
5. Saya juga mengesahkan, setelah menyemak sendiri, semua dokumen yang dilampirkan adalah yang sebenar yang terdapat di dalam Dokumen Sebut Harga. Bagi pihak penyebut harga:
Tandatangan Penyebut Harga : l l
Nama Penuh : l l
No Kad Pengenalan : l l
Alamat/Cap Syarikat : l l
l l
l l
Tarikh : l l
Di hadapan: Tandatangan Saksi : l l
Nama Penuh Saksi : l l
No Kad Pengenalan Saksi : l l
Alamat/Cap Syarikat : l l
l l
Tarikh : l l