Memperkasakan Bahasa Kebangsaan - dbp.gov.my DBP mewakili organisasi DBP yang merupakan badan yang...

1
Oleh Mashitah Taharin K ETUA Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Y. Bhg. Dato' Dr. Firdaus Abdullah dengan sokongan dan kerjasama warga DBP akan terus melaksanakan pelbagai langkah untuk terus memartabatkan baha- sa kebangsaan sejajar dengan mat- lamat RMK-9 dan Wawasan 2020. Bagi tempoh RMK-9 (2006-2010), usaha-usaha untuk memperkasa- kan bahasa kebangsaan yang akan dilaksanakan oleh DBP merang- kumi tiga matlamat utama. Matlamat utama DBP adalah untuk mengembalikan maruah dan wibawa bahasa Melayu sesuai dengan statusnya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi se- perti yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967. Sehubungan itu, DBP akan terus menyedarkan segenap lapisan ma- syarakat terutama pemimpin dan tokoh korporat supaya memberikan sokongan penuh terhadap usaha memartabatkan bahasa kebang- saan. DBP dengan ini menyeru pihak media supaya mengutama- kan bahasa kebangsaan dalam siarannya dan mengelakkan peng- gunaan bahasa rojak sepenuhnya kerana peranan media amat besar dalam soal memartabatkan baha- sa kebangsaan seperti yang telah dilakukan dengan cemerlang sekali ketika negara kita memperjuang- kan kemerdekaan dahulu. DBP juga memerlukan kerjasama daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) agar memastikan semua undang- undang dan peraturan penggunaan bahasa kebangsaan dipatuhi. Matlamat kedua DBP adalah untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi sosial untuk kehidupan moden. Sehubungan itu, DBP akan terus menjalankan pel- bagai kegiatan yang boleh membang- kitkan kesedaran dalam kalangan masyarakat, peri pentingnya bahasa Melayu sebagai asas pembentukan jati diri rakyat Malaysia. Usaha akan terus dilakukan supaya peng- gunaan bahasa Melayu lebih melu- as dalam bidang politik, ekonomi, sosial, dan pentadbiran, terutama di sektor perbankan, komunikasi dan teknologi maklumat. DBP akan menggerakkan usaha penyebaran produk bahasa Melayu yang dihasil- kan melalui Komunikasi Teknologi Maklumat (ICT). Menjadikan bahasa Melayu se- bagai bahasa ilmu dan bahasa peng- ucapan budaya tinggi merupakan matlamat ketiga DBP bagi tem- poh RMK-9. Sehubungan itu, DBP akan meningkatkan jumlah pener- bitan buku karya asli dan karya terjemahan dan akan memainkan peranan utama dalam pelaksanaan Dasar Buku Negara. Sesungguhnya usaha pemarta- batan bahasa kebangsaan tidak mampu dilakukan oleh DBP sen- dirian. Oleh itu, DBP akan terus menjalinkan kerjasama yang baik dengan pelbagai kementerian, seper- ti Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Kementerian Pene- rangan, dan beberapa kementerian lagi serta agensi kerajaan yang berkaitan. Sebagai permulaan satu “Mesyuarat Jawatankuasa Memperkasakan Bahasa Kebang- saan” yang dipengerusikan bersama oleh Menteri Pelajaran, Y. B. Dato' Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Y. B. Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, telah diadakan di Putrajaya, pada 2 Mac 2006 lalu. Cabaran yang dihadapi DBP sung- guh hebat dan kejayaan DBP amat bergantung pada keazaman dan iltizam warga DBP. Sehubungan itu, Ketua Pengarah DBP, Y. Bhg. Dato' Dr. Firdaus Abdullah amat menekankan langkah menemui kembali diri dalam kalangan warga DBP, sejajar dengan hakikat kewujudan DBP sebagai “satu jasad tiga wajah”, iaitu sebagai badan yang memperjuangkan bahasa dan sastera kebangsaan, badan pener- bitan buku ilmiah dan DBP sebagai agensi kerajaan. Oleh itu, dalam soal pemartabatan bahasa kebang- saan ini, DBP amat memerlukan sokongan penuh Kementerian Pelajaran, iaitu kementerian yang menjadi payung yang menaungi DBP dalam segala peranannya. Dalam erti kata lain sebarang peru- bahan yang dibuat dalam sistem pendidikan kita seharusnya sejajar dengan segala usaha dan peran- cangan yang telah dibuat ke arah pemartabatan bahasa kebangsaan sejak dahulu lagi. Sebarang per- canggahan dari segi pelaksanaan Dasar Bahasa Kebangsaan dalam sistem pendidikan kita akan hanya meletakkan DBP dalam keadaan yang bolehlah diibaratkan sebagai “Ditelan mati emak, diluah mati bapa”. Memperkasakan Bahasa Kebangsaan Bil: 22 ISNIN, 20 MAC 2006 BUKU BAHARU DALAM PASARAN PEMBERITAHUAN Pantun antara Korporat 2006 9 Bicara Karya Sastera Negeri Johor 10 Galeri Ilmu Koperasi DBP Waktu urus niaga Isnin hingga Jumaat 7.30 pagi hingga 5.00 petang Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am 9.00 pagi hingga 3.00 petang Pertanyaan Sila hubungi 03-2143 3504/3505 atau faks 03-2148 7887 atau sila layari laman web www.dbp.kop. gov.my. Diskaun istimewa akan diberikan kepada semua pengunjung. Sejarah Kesusasteraan Melayu ISBN: 983-62-8766-3 HARGA: RM55.00 BUKU Sejarah Kesusasteraan Melayu dalam Siri Lestari Sastera terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka ini merupakan hasil gabungan buku, Jilid 1 (1981) dan Jilid 2 (1990). Jilid 1 mem- fokuskan sejarah kesusasteraan Melayu moden pada peringkat awal pertumbuhannya manakala Jilid 2 memperlihatkan perkem- bangan kesusasteraan Melayu moden sehingga tahun 1970. DARI kiri: Y. B. Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim dan Y. B. Dato' Seri Hishammuddin Hussein semasa mempengerusikan mesyuarat di Putrajaya. Di sebelah kanan beliau ialah Ketua Pengarah Pelajaran, Dato' Ahamad bin Sipon, Naib Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Datuk Johan Jaafar dan Ketua Pengarah DBP. Logo Jubli Emas 50 tahun Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) terbentuk hasil daripada gabungan Menara DBP dan angka 50. Menara DBP mewakili organisasi DBP yang merupakan badan yang bertanggungjawab membina, memajukan, memperkembang dan memperkasakan bahasa, sastera, budaya, dan ilmu dalam bahasa kebangsaan khususnya. Warna biru sian pada Menara DBP merupakan warna korporat DBP. Jalur 50 berwarna emas merupakan lambang usia dan keutuhan serta kegigihan organisasi menempuh onak dalam mencapai visi dan misi. Bahasa Jiwa Bangsa ialah moto DBP, wadah penyatuan dan kemajuan bangsa Malaysia. Logo direka oleh En. Zamani Nordin. KETERANGAN LOGO

Transcript of Memperkasakan Bahasa Kebangsaan - dbp.gov.my DBP mewakili organisasi DBP yang merupakan badan yang...

Page 1: Memperkasakan Bahasa Kebangsaan - dbp.gov.my DBP mewakili organisasi DBP yang merupakan badan yang bertanggungjawab membina, memajukan, memperkembang danmemperkasakan bahasa, sastera,

Oleh Mashitah Taharin

KETUA Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Y. Bhg. Dato' Dr. Firdaus

Abdullah dengan sokongan dan kerjasama warga DBP akan terus melaksanakan pelbagai langkah untuk terus memartabatkan baha-sa kebangsaan sejajar dengan mat-lamat RMK-9 dan Wawasan 2020. Bagi tempoh RMK-9 (2006-2010), usaha-usaha untuk memperkasa-kan bahasa kebangsaan yang akan dilaksanakan oleh DBP merang-kumi tiga matlamat utama.

Matlamat utama DBP adalah untuk mengembalikan maruah dan wibawa bahasa Melayu sesuai dengan statusnya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi se-perti yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967. Sehubungan itu, DBP akan terus menyedarkan segenap lapisan ma-syarakat terutama pemimpin dan tokoh korporat supaya memberikan sokongan penuh terhadap usaha memartabatkan bahasa kebang-saan. DBP dengan ini menyeru pihak media supaya mengutama-kan bahasa kebangsaan dalam

siarannya dan mengelakkan peng-gunaan bahasa rojak sepenuhnya kerana peranan media amat besar dalam soal memartabatkan baha-sa kebangsaan seperti yang telah dilakukan dengan cemerlang sekali ketika negara kita memperjuang-kan kemerdekaan dahulu. DBP juga memerlukan kerjasama daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) agar memastikan semua undang-undang dan peraturan penggunaan bahasa kebangsaan dipatuhi.

Matlamat kedua DBP adalah untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi sosial untuk kehidupan moden. Sehubungan itu, DBP akan terus menjalankan pel-bagai kegiatan yang boleh membang-kitkan kesedaran dalam kalangan masyarakat, peri pentingnya bahasa Melayu sebagai asas pembentukan jati diri rakyat Malaysia. Usaha akan terus dilakukan supaya peng-gunaan bahasa Melayu lebih melu-as dalam bidang politik, ekonomi, sosial, dan pentadbiran, terutama di sektor perbankan, komunikasi dan teknologi maklumat. DBP akan menggerakkan usaha penyebaran produk bahasa Melayu yang dihasil-kan melalui Komunikasi Teknologi Maklumat (ICT).

Menjadikan bahasa Melayu se-bagai bahasa ilmu dan bahasa peng-ucapan budaya tinggi merupakan matlamat ketiga DBP bagi tem-poh RMK-9. Sehubungan itu, DBP akan meningkatkan jumlah pener-bitan buku karya asli dan karya terjemahan dan akan memainkan peranan utama dalam pelaksanaan Dasar Buku Negara.

Sesungguhnya usaha pemarta-batan bahasa kebangsaan tidak mampu dilakukan oleh DBP sen-dirian. Oleh itu, DBP akan terus menjalinkan kerjasama yang baik dengan pelbagai kementerian, seper-ti Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Kementerian Pene-rangan, dan beberapa kementerian lagi serta agensi kerajaan yang berkaitan. Sebagai permulaan satu “Mesyuarat Jawatankuasa Memperkasakan Bahasa Kebang-saan” yang dipengerusikan bersama oleh Menteri Pelajaran, Y. B. Dato' Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Y. B. Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, telah diadakan di Putrajaya, pada 2 Mac 2006 lalu.

Cabaran yang dihadapi DBP sung-guh hebat dan kejayaan DBP amat

bergantung pada keazaman dan iltizam warga DBP. Sehubungan itu, Ketua Pengarah DBP, Y. Bhg. Dato' Dr. Firdaus Abdullah amat menekankan langkah menemui kembali diri dalam kalangan warga DBP, sejajar dengan hakikat kewujudan DBP sebagai “satu jasad tiga wajah”, iaitu sebagai badan yang memperjuangkan bahasa dan sastera kebangsaan, badan pener-bitan buku ilmiah dan DBP sebagai agensi kerajaan. Oleh itu, dalam soal pemartabatan bahasa kebang-saan ini, DBP amat memerlukan sokongan penuh Kementerian Pelajaran, iaitu kementerian yang menjadi payung yang menaungi DBP dalam segala peranannya. Dalam erti kata lain sebarang peru-bahan yang dibuat dalam sistem pendidikan kita seharusnya sejajar dengan segala usaha dan peran-cangan yang telah dibuat ke arah pemartabatan bahasa kebangsaan sejak dahulu lagi. Sebarang per-canggahan dari segi pelaksanaan Dasar Bahasa Kebangsaan dalam sistem pendidikan kita akan hanya meletakkan DBP dalam keadaan yang bolehlah diibaratkan sebagai “Ditelan mati emak, diluah mati bapa”.

Memperkasakan Bahasa Kebangsaan

Bil: 22 ISNIN, 20 MAC 2006

BUKU BAHARU DALAM PASARAN

PEMBERITAHUAN

PantunantaraKorporat2006

9Bicara Karya SasteraNegeri Johor

10

Galeri Ilmu Koperasi DBP

Waktu urus niaga

Isnin hingga Jumaat 7.30 pagi hingga 5.00 petang

Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am9.00 pagi hingga 3.00 petang

Pertanyaan Sila hubungi 03-2143 3504/3505 atau faks 03-2148 7887 atau sila layari laman web www.dbp.kop.gov.my. Diskaun istimewa akan diberikan kepada semua pengunjung.

Sejarah KesusasteraanMelayu

ISBN: 983-62-8766-3HARGA: RM55.00

BUKU Sejarah Kesusasteraan Melayu dalam Siri Lestari Sastera terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka ini merupakan hasil gabungan buku, Jilid 1 (1981) dan Jilid 2 (1990). Jilid 1 mem-fokuskan sejarah kesusasteraan Melayu moden pada peringkat awal pertumbuhannya manakala Jilid 2 memperlihatkan perkem-bangan kesusasteraan Melayu moden sehingga tahun 1970.

DARI kiri: Y. B. Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim dan Y. B. Dato' Seri Hishammuddin Hussein semasa mempengerusikan mesyuarat di Putrajaya. Di sebelah kanan beliau ialah Ketua Pengarah Pelajaran, Dato' Ahamad bin Sipon, Naib Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Datuk Johan Jaafar dan Ketua Pengarah DBP.

LogoJubliEmas50tahunDewanBahasadanPustaka(DBP)terbentukhasil daripadagabunganMenaraDBPdanangka50.MenaraDBPmewakiliorganisasiDBPyangmerupakanbadanyangbertanggungjawabmembina,memajukan,memperkembangdanmemperkasakanbahasa,sastera,budaya,danilmudalambahasakebangsaankhususnya.

WarnabirusianpadaMenaraDBPmerupakanwarnakorporatDBP. Jalur 50 berwarna emas merupakan lambang usia dan keutuhan serta kegigihan organisasi menempuh

onakdalammencapaivisidanmisi. BahasaJiwaBangsaialahmotoDBP,wadahpenyatuandankemajuanbangsaMalaysia.

Logo direka oleh En. Zamani Nordin.

KETERANgAN Logo